Anda di halaman 1dari 11

JAHITAN PENYAMBUNG

Jahitan

JELUJUR HALUS

Dimulakan dan dimatikan dengan jahit kia


Jahit dari kanan ke kiri dengan mata jahitan yang halus dan sama
besar dengan jaraknya 0.3 - 0.5 cm

Kegunaan

Menyambung dua atau lebih kepingan kain


Membuat kedut
Melekatkan lapisan kain buat sementara
Menandakan kedudukan dan panjangnya lubang butang
Mengelakkan tepi kain daripada memeri
Mensekatakan kepala lengan
Sebagai jahitan sulaman

penyambung adalah kekal dan mesti dijahit dengan kukuh. Kegunaannya adalah untuk
menyambung dua atau lebih kepingan kain.
Benang yang digunakan mesti padan dengan kain yang dijahit dan warnanya. Jenisjenis jahitan penyambung ialah jahitan mesin, jelujur halus, jahit kia dan jahit lilit ubi.

Jahit dari kanan ke kiri. Mula dan matikan jahitan dengan kia
Jahitan pertama adalah seperti jelujur halus, kemudian jarum dibawa
balik ke jahitan pertama dan dijahit ke hadapan semula.
Jahitan adalah halus dan panjang pendek (0.2 - 0.3cm)
Di sebelah luar ia kelihatan seperti jahitan mesin manakala di sebelah
dalam ia seperti jahitan batang.
Digunakan juga sebagai jahitan sulaman
JAHIT KIA

JAHIT LILIT UBI

Mulakan jahitan dengan


meninggalkan kira-kira 1 cm benang

di antara lipatan kain.


Jahit dari kanan ke kiri dengan jarum
menegak tepat pada tepi kain dan
menghala ke arah penjahit

Mata jahitan mesti rapat untuk mengelakkan alur daripada terjadi.


Bentuk mata jahitan serong

Akhiri jahitan ini dengan menjahit balik ke kanan di atas 3-4 mata

jahitan lilit ubi yang membentuk silang. Jahitan ini kukuh dan erat.

Mulakan jahitan kia pada T.


Masukkan jarum dari U dan keluar dari V dengan jarak 1 mm seperti
dalam rajah
Jahitan TU diperoleh. Masukkan jarum pada W dan keluarkan pada X
seperti rajah (b)
Jahitan VW diperoleh. Ulangi lagkah 2 dan 3 untuk mendapatkan
hasil jahitan silang pangkah yang dikehendaki
JAHITAN SILANG PANGKAH

Buatkan beberapa jelujur halus menegak pada E. Jarum dicucuk


menegak pada F seperti dalam rajah (a)
Letakkan jarum di atas benang dan tarik keluar dengan menghala ke
arah pengguna
Ulang langkah di atas sehingga akhir.
Matikan jahitan dengan beberapa jelujur halus menegak. Jahit dari kiri
kekanan. Jarum menegak tepat pada tepi kain dan menghala ke arah
penjahit
Mula dan matikan jahitan dengan beberapa jelujur halus
Digunakan untuk mengemas tepi kain, basi kelim dan sebagai jahitan
sulaman untuk menjahit kulat-kulat.
JAHITAN INSANG PARI

JAHITAN SEMBAT
Jahit dari kanan ke kiri di S.D. kain
Mula dan matikan jahitan dengan jahit kia
Buat mata jahitan dengan

menyondongkan jarum pada sudut 30


darjah
Ia jahitan kecil, halus, sekata, kukuh yang
kelihatan di sebelah luar
Ia digunakan untuk mengekalkan kelepet

pakaian, lapik, ikat pinggang dan lain-lain.

JAHITAN LUBANG BUTANG


Mulakan dengan beberapa jelujur

halus menegak pada sebelah kiri.


Cucuk jarum menegak tepat pada
tepi kain dan menghala ke arah
penjahit.
Kemudian tarik kedua-dua lembar
benang daripada mata jarum dan
gelungkan benang itu di bawah
jarum sebelum jarum itu ditarik ke
hadapan.
Lebar jahitan adalah selebar 4 urat benang kain yang digunakan

dan jarak antara jahitan ialah setebal benang menjahit. Tiap-tiap


mata jahitan ditamatkan dengan satu simpul.

JELUJUR PANJANG PENDEK

Mulakan dengan satu lembar benang dengan jahit kia dari kanan
ke kiri

Mata jahitan yang panjang adalah 1 cm dan yang pendek adalah


cm. Jaraknya ialah cm

Mematikan jahitan dengan jahit kia. Ia lebih teguh dan susah


dicabut.

Jahitan ini sesuai bagi kain tebal, kain yang lembut dan mudah
tergelincir.

JELUJUR KASAR
Dengan satu lembar benang.

Akhirkan dengan jahit kia. Jahitan ini


senang dicabut.
Mata jahitan adalah sama panjang

disebelah luar dan dalam kain iaitu 1


cm

TUSUK SULAM BULU

Tusuk sulam yang umum untuk menyulam batang kecil kerana


memberi kesan seolah-olah tumbuh. Sesuai untuk hiasan pinggir
dan dapat dibuat secara lurus mahupun melengkung.

Cara membuatnya hampir sama dengan tusuk sulam lalat tetapi


tidak dimatikan. Keluarkan jarum di 1, masukkan di 2, keluarkan di
3 dengan gelung di bawah jarum. Keluarkan lagi di 4 dan siap untuk
tusuk sulam berikutnya.

Jika tusuk sulam ini dibuat ke kanan lebih dari satu tusuk sulam,
kemudian ke kiri juga lebih dari satu tusuk sulam disebut double
feather stitch. Kesannya lebih lebar.

Tusuk sulam ini mirip tusuk sulam lazy daisy, tetapi puncaknye

terbuka.
Keluarkan jarum di 1, masukkan di 2, dan keluarkan lagi di 3

dengan gelung di bawah jarum.


Tarik benang dan tusukkan jarum di 4 untuk mematikan.
Tusuk sulam ini dapat dibuat bersambung secara terbuka
mahupun tertutup tergantung panjang pendeknya gelung
penghubung. Tusuk sulam ini digunakan untuk membuat daun.
TUSUK SULAM LALAT

Anda mungkin juga menyukai