Anda di halaman 1dari 4

IKBN ALOR GAJAH TEORI KEJ.

ELEKTRIK
TEOREM RANGKAIAN
JUR. PEND. ELEKTRIK
NO. KOD :
PW 4

3. TAJUK : TEOREM NORTON

3.1 Tujuan Penerangan

Setelah tamat mempelajari tajuk ini, pelatih-pelatih mestilah boleh :

 mengenal dan menerangkan penggunaan teorem Norton.

 menyelesaikan pengiraan dalam rajah teorem Norton.

3.2 Pengenalan

Sebarang rangkaian dua pangkalan yang mengandungi rintangan dan punca voltan
atau punca arus boleh digantikan oleh punca arus tunggal dalam selari dengan rintangan
tunggal.Keluaran daripada punca arus adalah arus litar pintas pada pangkalan rangkaian dan
rintangan selari ialah rintangan diantara pangkalan-pangkalan rangkaian apabila semua punca
digantikan oleh galangan-galangan dalamnya.

3.3 Kaedah Menggunakan Teorem Norton

 Kira arus litar pintas (IN) pada pangkalan rangkaian.

 Lukis semula rangkaian dengan setiap punca digantikan oleh rintangan dalamnya.
Perhatikan bahawa apabila tiada rintangan punca ditunjukkan, punca voltan harus dilitar
pintaskan dan punca-punca arus harus dilitar terbukakan.

 Kira rintangan (RN) bagi rangkaian yang dilukis semula seperti yang dilihat daripada
pangkalan-pangkalan keluaran.

3.4 Contoh Penyelesaian

punca arus R punca voltan


2
A
3.3 kΩ

R3
1.2 kΩ
R 1
4.7 kΩ
I1
E1 R L
10 mA 60V

Rajah 3.1

1
JUR. PEND. ELEKTRIK
TEOREM NORTON NO. KOD :
PW 4

punca
arus R voltan
litar pintas i1
2 punca A R 2 A

R 3

R 1
I sc
I1 R 1
E1 I1
10 mA
60V 10 mA

B
B
(a) (b)
i2 R 2
A
A

R 3
R N R
R 1
R 3 R L
N

IN
E1
60V 55.875 mA

Litar setara
B B
Norton
(c) (d) (e)

Penggunaan teorem Norton kepada litar rajah 3.1 (a). Arus keluaran apabila A
dan B dilitar pintaskan adalah dikira terlebih dahulu untuk memberikan IN. Kemudian
rintangan dalam RN ditentukan dengan I1 dilitar terbukakan dan E2 dilitar pintaskan

Isc = i1 + i2 (dari rajah (b) dan (c).

R1
i1 = I1 = ——————
R1 + R2

4.7Ω
= 10 mA x —————————
4.7 kΩ + 3.3 kΩ

= 5.875 mA

E1 60V
i2 = —— = ———— = 50 mA
R3 1.2 kΩ

Isc = 5.875 mA + 50 mA

IN = Isc = 55.875 mA

2
JUR. PEND. ELEKTRIK
TEOREM NORTON NO. KOD :
PW 4

Dalam rajah (d) punca arus dan voltan adalah digantikan oleh rintangan dalamnya.

RN = R3 ∥ (R2 + R1)

= 1.2 kΩ ∥ (3.3 kΩ + 4.7 kΩ) ⇒ Rs = 1.04 kΩ

Litar setara Norton sekarang adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah (e).
Arus keluaran melalui RL boleh dikira dengan menggunakan peraturan pembahagi arus.

R8
IL = IN x —————
RN + RL

untuk RL = 12 kΩ

1.04 kΩ
IL1 ≅ 55.875 mA x —————————
1.04 kΩ + 12 kΩ

IL1 ≅ 4.46 mA

Untuk RL = 5.6 kΩ,

1.04 kΩ
IL2 ≅ 55.875 mA x ——————————
1.04 kΩ + 5.6 kΩ

IL2 ≅ 8.75 mA

I R 1

E = 25V R 2
R 3

I2 I1

Rajah 3.2

3
JUR. PEND. ELEKTRIK
TEOREM NORTON NO. KOD :
PW 4

3.5 Masaalah latihan

(a). Gunakan teorem Norton bagi menetukan arus I2 dari rajah litar 3.2.

Anda mungkin juga menyukai