Anda di halaman 1dari 5

NOTA ASAS ELEKTRONIK SKE 2012

Transistor Dwikutub

 Seperti diod, transistor juga diperbuat daripada cantuman bahan jenis N dan P tetapi
mengandungi tiga lapisan. Lapisan-lapisan itu sama ada NPN atau PNP.
 Rajah 1 menunjukkan struktur binaan dan simbol bagi transistor NPN dan PNP.

PEMUNGUT

P TAPAK

PENGELUAR

Struktur Binaan Simbol

PEMUNGUT

N TAPAK

P
PENGELUAR

Struktur Binaan Simbol


Rajah 1 : Struktur Binaan Dan Simbol Bagi Transistor
NOTA ASAS ELEKTRONIK SKE 2012

 Arah kepala anak panah pada simbol transistor menunjukkan arah aliran arus konvensional
jika transistor itu beroperasi.
 Sama ada transistor jenis NPN atau PNP, lapisan bagi tapak adalah amat nipis dan
sengaja dibuat supaya mengandungi hanya sedikit sahaja pembawa arus majoriti.
 Pengeluar berfungsi sebagai pembekal cas-cas atau pembawa arus majoriti dalam
transistor.
 Pemungut pula bertugas untuk mengutip cas-cas ini untuk operasi litar.
 Tapak pula merupakan sebagai simpang yang akan mengawal pengaliran arus.

Voltan Pincang

 Untuk membolehkan suatu transistor itu beroperasi secara sempurna, ia mestilah


diberikan voltan pincang.

 Ada dua jenis voltan pincang yang mesti dibekalkan kepada transistor sebagai
syarat untuk membolehkannya beroperasi, tanpa mengira jenis transistor tersebut
NPN atau PNP. Dengan bantuan rajah 2 dua syarat itu ialah :

i. cantuman E - B mesti mendapat voltan pincang depan.


ii. cantuman C - B mesti mendapat voltan pincang songsang.

Rajah 2 Voltan pincang bagi transistor


NOTA ASAS ELEKTRONIK SKE 2012

Bagaimana Transistor Beroperasi

N P N
E C
- - - + - - -
- - - + - - -
- - - + - - -
- - - B
- - -

V1 V2

Rajah 3 : Pengaliran arus elektron di dalam transistor

 Merujuk rajah 3 di atas, oleh kerana cantuman E - B telah di pincang depan oleh
V1, litar E - B itu akan mengalirkan arus kerana elektron-elektron pada pengeluar (
jenis N ) akan tertolak oleh upayaan negatif bekalan V1. Elektron-elektron ini cuba
untuk pergi ke upayaan positif V1 melalui tapak (jenis P). Tetapi oleh kerana tapak
hanyalah suatu lapisan yang amat nipis dan mempunyai bilangan hol yang sangat
sedikit, tidak semua elektron-elektron itu dapat mengalir. Hanya sedikit saja arus
elektron yang mengalir di litar tapak, dikenal sebagai arus tapak ( IB).
 Elektron-elektron yang selebihnya itu terkumpul dengan banyaknya di lapisan
tapak. Oleh kerana lapisan pemungut telah dihubungkan kepada terminal positif
bakalan V2, keupayaan positif itu akan menarik elektron-elektron yang terkumpul di
tapak tadi mengalir melalui litar pemungut sebagai arus pemungut ( IC )

IE IC

IB
Rajah 4 : Arah arus elektron di dalam transistor

 Anak panah pada rajah 4 di atas menggambarkan aliran arus elektron yang
terhasil dalam transistor. Ditunjukkan bahawa IC ialah pecahan besar dari IE dan
pecahan kecil IE itu mengalir sebagai IB. Dari sini terbitlah satu rumus:

IE = IC + IB
NOTA ASAS ELEKTRONIK SKE 2012

Contoh :

10mA 9.8mA

Rajah

Berdasarkan kepada rajah di atas, kirakan nilai dan arah arus tapak.

a) 0.2 mA mengalir ke dalam tapak c) 0.2 mA mengalir keluar dari tapak


b) 19.8 mA mengalir ke dalam tapak d) 29.8 mA mengalir keluar dari tapak

Penyelesaian :

Diberi IE = 10 mA
IC = 9.8 mA

IE = IC + IB

10 mA = 9.8 mA + IB
IB = 10 mA - 9.8 mA
= 0.2 mA

Oleh kerana IE keluar dari transistor, maka IC dan IB mengalir masuk ke dalam transistor.
Jawapan bagi contoh di atas ialah a) iaitu 0.2 mA mengalir ke dalam tapak
NOTA ASAS ELEKTRONIK SKE 2012

Mengukur Transistor dengan Multimeter.

1) Laraskan tombol pada multimeter


pada julat OHM (Ω) x1k atau x10k.

2) Hubungkan Probe Merah pada


Terminal tapak (B) dan Probe
Hitam pada Terminal pengeluar
(E), Jika jarum bergerak ke kanan
menunjukan nilai tertentu, berarti
Transistor tersebut dalam keadaan
baik.

3) Pindahkan Probe Hitam pada


Terminal pengumpul (C), jika
jarum bergerak ke kanan
menunjukan nilai tertentu, berarti
Transistor tersebut dalam keadaan
baik.

1) Laraskan tombol pada multimeter


pada julat OHM (Ω) x1k atau x10k.

2) Hubungkan Probe Hitam pada


Terminal tapak (B) dan Probe
Merah pada Terminal pengeluar
(E), Jika jarum bergerak ke kanan
menunjukan nilai tertentu, berarti
Transistor tersebut dalam keadaan
baik.

3) Pindahkan Probe Merah pada


Terminal pengumpul (C), jika
jarum bergerak ke kanan
menunjukan nilai tertentu, berarti
Transistor tersebut dalam keadaan
baik.

Anda mungkin juga menyukai