Anda di halaman 1dari 6

SOALAN-SOALAN PENYELESAIAN MASALAH (DAYA; GERAKAN LINEAR DAN

GERAKAN PUTARAN; DAN KERJA, TENAGA DAN KUASA):

1. Rajah 5 menunjukkan Jane berjisim 20 kg memanjat papan gelongsor setinggi 2 m.


Dia menuruni gelongsor sepanjang 5 m. Apabila berada di penghujung gelongsor
pada ketinggian 0.1 m dari aras tanah, halajunya ialah 1 m s ̄ ¹.

1ms̄¹
2m Jane
5m
0.1 m

Rajah 5
(a) Apakah perubahan tenaga keupayaan Jane dari hujung atas ke hujung bawah
gelongsor?

(b) Hitung tenaga kinetik Jane apabila berada di penghujung gelongsor,

(c) Tentukan daya geseran purata yang menentang pergerakannya semasa


menggelongsor.

Penyelesaian:

(a) Perubahan tenaga keupayaan

= mgΔh

= 20 X 10 X (2 – 0.1)

= 380 J

(b) Tenaga kinetik, Ek = ½ mv2

= ½ X 20 X 12

= 10 J

(c) Katakan F = daya geseran

Berdasarkan prinsip keabadian tenaga,


Tenaga keupayaan yang hilang = Tenaga kinetik yang diperoleh + Kerja yang dilakukan
melawan geseran

380 = 10 + (Fg X 5)

1
5Fg = 380 – 10

Fg = 370
5

= 74 N

2. Rajah 4 menunjukkan kenderaan A dan B masing-masing bergerak dengan halaju 40


m s ̄ ¹ dan 30 m s ̄ ¹ sebelum berlanggar. Jisim kenderaan A dan B masing-masing
ialah 2200 kg dan 2000 kg. Jika kenderaan A terlantun ke belakang dengan halaju 2
m s ̄ ¹, berapakah halaju kenderaan B?
40 m s ̄ ¹ 30 m s ̄ ¹ 2ms̄¹ V=?

A B A B
Sebelum perlanggaran Selepas perlanggaran

Rajah 4

Penyelesaian:

Jadikan arah ke kanan sebagai positif.

m1u1 + m2u2 = m1v1 + m2v2

(2200 X 40) + (2000 X (-30)) = (2200 X (-2)) + 2000 v2

88,000 – 60,000 = - 4,400 + 2000 v2

32,400 = 2000 v2

v2 = 16.2 m s ̄ ¹

3. Sebuah bongkah kayu diletakkan di hujung atas sebuah landasan licin yang
panjangnya 1.5 m. Sudut condong landasan itu dari lantai ialai 35˚. Tentukan:
(a) masa; dan
(b) halaju bongkah
apabila bongkah itu sampai ke bawah landasan.

R
a

mg sin θ
W
35 ˚

2
Penyelesaian:

(a) Blok itu bergerak dengan pecutan,


F bersih = ma
mg sin θ = ma

a = g sin θ

= 10 x sin 35 ˚

= 5.7 m s ̄ ²

u = 0, s = 1.5 m, a = 5.7 m s ̄ ²

s = ut + ½ at ²

1.5 = 0 + ½ (5.7) t ²

t² = 1.5 x 2
5.7
t = 0.73 s

(b) v² = u² + 2as
= 0 + 2 (5.7) (1.5)
= 17.1
v = √17.1
= 4.14 m s ̄ ¹

4. (a) Rajah 1 menunjukkan sebuah blok berjisim 1 kg ditolak dengan daya 10 N ke


kanan. Blok itu memecut dengan pecutan 1 m s ̄ ². Arah manakah geseran
bertindak? Cari magnitudnya.
a=1ms̄²
10 N
1 kg

Rajah 1

Penyelesaian:

Geseran bertindak ke kiri


F bersih = ma
10 – geseran = 1 (1)
Geseran = 9 N

3
(b) Kemudian, satu lagi daya 20 N yang menghala ke kiri dikenakan terhadap blok
itu, seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2. Arah manakah pula geseran
bertindak? Hitung pecutan baharu bagi blok itu.
10 N 20 N
1 kg

Rajah 2

Penyelesaian:

Geseran bertindak ke kanan


(bertentangan dengan pergerakkan).
F bersih = ma
20 – (10 + 9) = 1 a
a=1ms̄²

5. Sebuah kereta lumba bermula dari keadaan pegun memecut secara seragam
kepada halaju 50 m s ̄ ¹ dalam satu tempoh masa 10 saat. Kereta itu mengekalkan
halaju itu selama 30 saat. Halaju kereta itu kemudian dikurangkan secara seragam
ke 25 m s ̄ ¹ dalam masa 10 saat dan seterusnya berhenti selepas satu tambahan
masa 10 saat.
Lukis satu graf halaju-masa untuk mewakili penerangan di atas. Daripada graf yang
dilukis, tentukan:
(a) pecutan kereta itu bagi 10 saat pertama;
(b) jarak yang dilalui; dan
(c) halaju purata keseluruhan.

Penyelesaian:
Halaju (m s ̄ ¹)

50

25

I II III IV
10 40 50 60 Masa (s)
(a) a = v – u
t
= 40 – 0
10
=4ms̄²

(b) Jarak dilalui = Luas di bawah graf …Lukisan graf halaju-masa

= I + II + III + IV
= (½ x 10 x 50) + (50 x 30) + (½ x 10 x (50 + 25))+ (½ x 10 x 25)

4
= 250 + 1500 + 375 + 125
= 2250 m
(c) Halaju purata = 2250 m
60 s
= 37.5 m s ̄ ¹

6. Puan Aishah menolak sebuah troli yang berjisim m kg dengan daya 35 N. Troli itu
bergerak dengan halaju seragam iaitu 1 m s ̄ 1. Apabila dia menggandakan daya
yang dikenakan, pecutan troli itu ialah 3 m s ̄ ². Berapakah jisim troli tersebut.

Penyelesaian:

Geseran = 35 N apabila troli bergerak pada halaju seragam iaitu, 3 m s ̄ ¹ (a = 0)

F bersih = ma

70 – 35 = m x 3

3m = 35

m = 11.7 kg

7. Seorang pelagak ngeri yang berjisim 55 kg memanjat bumbung sebuah bangunan


setinggi 30 m. Jika kuasa yang dijana olehnya ialah 5 kW, hitung masa yang diambil
untuk melengkapkan aksinya. [Diberi g = 10 m s ̄ ²]

Penyelesaian:

Kuasa yang dijana pelagak ngeri = Kerja


Masa
5,000 = mg X h
t
5,000= 55 X 10 X 30
t
t = 16,500
5,000
= 3.3 s

5
8. Panjang jarum saat sebuah jam tangan ialah 1 cm. Berapakah
(a) halaju sudut jarum itu; dan
(b) laju hujung jarum itu.

Penyelesaian:

(a) Daripada T = 2 Π
ω
Halaju sudut, ω = 2 Π
T
=2Π
60
= 0.104 rad s ̄ ¹

(b) Daripada v = r ω
Laju, v = (1 X 10 ̄ ²) X (0.104)
= 1.04 X 10 ̄ ³ m s ̄ ¹

Anda mungkin juga menyukai