Anda di halaman 1dari 2

Penutup

Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan matlamat Pendidikan


Negara ialah melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara
Malaysia yang baik. Dengan tujuan perkataan lain, Matlamat Pendidikan Kebangsaan
bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri
berikut :
Percaya dan patuh kepada Tuhan.
Berilmu pengetahuan.
Berakhlak mulia.
Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan Negara.
Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.
Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.

Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang


adalah diharapkan juga, melalui proses pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat
pendidikanya seperti:

1) Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya


sebagai seorang warganegara.

2) Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkanya berupaya
melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberi sumbangan terhadap
kemajuan dan perkembangan negara.

3) Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip
prinsip dan cita cita demokrasi mengikut perlembagaan.

4) Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara.

5) Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip prinsip Rukun Negara
dan bersikap toleransi demi wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum.

6) Mengurangkan juarang perbezaan dari segi ekonomi sosial dan peluang di


antara kaum dengan membekalkan kemudahan kemudahan asas pendidikan
kepada golongan yang kurang berada.

Selain itu, tujuan pendidikan di negara ini adalah untuk melahirkan individu
manusia atau rakyat Malaysia yang terdidik dalam pelbagai segi agar mereka matang
berfikir, berkemahiran untuk memikul tanggungjawab dan mempunyai komitmen untuk
mendukung aspirasi negara agar hasrat pembangunan masyarakat pada segi fizik, material
dan spiritual dapat dicapai sepenuhnya. Berdasarkan tujuan tersebut, maka matlamat
pendidikan nagara tertumpu kepada beberapa aspek individu, social, ekonomi, politik,
pemodenan dan kefahaman antarabangsa.

Bagi aspek individu, pendidikan adalah untuk membentuk individu yang terdidik
dari segi intelek, moral, estetika, emosi, dan untuk menggalakkan perkembangan potensi
pada tahap maksimum. Pendidikan adalah perpusatkan pada murid di mana pendidikan itu
bukan bersifat indoktrinasi atau imposition tetapi lebih menuruni prinsip perkembangan
psikologi manusia. Bagi aspek sosial, pendidikan adalah untuk membina individu yang
mempunyai celik aka (insight) dan kefahaman mengenai persekitaran alam, budaya hidup
masyarakat dan peranan sebagai warganegara yantg mempunyai sikap dan komitmen
positif.

Anda mungkin juga menyukai