Anda di halaman 1dari 4

Getah (Hevea Brazilliensis) berasal dari negara Brazil.

Pada tahun 1876,


pemerintah Inggeris bernama Mr. H.A. Wickham telah membawa 70, 000 biji benih
getah ke Royal Botanic Garden di England. Biji-biji getah ini kemudiannya ditanam di
Sri Lanka, Jawa dan Singapore Botanic Garden sebelum dibawa masuk ke
Kuala Kangsar oleh Mr. H.H. Ridley. Biji-biji getah ini kemudiannya
diedarkan untuk ditanam di seluruh Semenanjung Tanah Melayu,
Borneo dan beberapa negara Asia. Mr. H.H. Ridley bukan sahaja telah
memperkenalkan tanaman getah ke Tanah Melayu, malah dia juga
memberi sumbangan besar dalam penanaman getah apabila
memperkenalkan kaedah ‘menoreh’ untuk membantu
pekebun-pekebun mendapat hasil getah mentah yang lebih banyak
berbanding kaedah sebelumnya. Menurut Mr. H.H. Ridley, apabila
penoreh melakukan torehan, curam torehan perlulah dilakukan pada
sekitar 300 agar susu getah mengalir terus ke dalam cawan atau bekas tadahan
susu getah. Katanya lagi, t orehan yang paling baik adalah sedalam 1 mm
daripada kulit pokok getah untuk menghasilkan susu getah yang lebih
banyak. Torehan yang terlalu dalam pula akan menghasilkan susu
getah yang cair. Ia juga akan merosakkan batang pokok getah itu.

Sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, perusahaan getah


adalah di bawah seliaan Lembaga Getah dan Institut Penyelidikan
Getah (RRIM). RRIM berfungsi untuk menguji keberkesanan tanaman
getah, membantu pembangunan dan pemodenan industri getah
dalam semua aspek seperti penanaman pokok getah, pemprosesan
getah mentah, pembuatan barangan getah dan pemasaran getah dan
produk hasil getah. Penanaman getah telah dikomersialkan apabila
b anyak tanah-tanah di Tanah Melayu pada ketika itu ditanam dengan
pokok-pokok getah. Pedagang Inggeris yang nampak potensi getah telah
mengambil kesempatan ini untuk membuka ladang-ladang getah di Tanah
Melayu. Syarikat asing telah menguasai 70% ladang di Tanah Melayu, diikuti
23% milik peniaga Cina seperti Lee Rubber Estate Ltd dan 7% milik usahawan
India. H arga getah asli di Tanah Melayu pada ketika itu semakin meningkat,
sehingga pernah pada suatu masa harganya meningkat sekali ganda kesan
daripada peperangan yang berlaku di Semenanjung Korea.

Setelah negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, banyak


kilang-kilang yang berasaskan getah telah dibangunkan. Pada ketika
itu, permintaan getah asli dunia kian melonjak sehingga Perdana
Menteri Malaysia kedua Tun Abdul Razak bin Haji Dato’ Hussien telah
membuat keputusan untuk membuka penempatan peneroka FELDA,
dengan fokus tanaman utamanya adalah getah.

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)


Pada 1 Julai 1956, di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 (Land
Development Ordinance), kerajaan Malaysia telah menubuhkan FELDA,
sebuah agensi separa kerajaan yang berfungsi untuk menjalankan dan
melaksanakan projek pembangunan tanah serta pembangunan kawasan yang
dimiliki oleh FELDA dan syarikatnya. Di samping itu, FELDA juga ditugaskan
untuk menguruskan perkhidmatan ekonomi, sosial, pertanian, penempatan,
perindustrian dan komersial serta aktiviti sampingan. FELDA juga merupakan
badan yang ditugaskan untuk melaksana kegiatan yang dapat membantu
memodenkan sektor pertanian di kawasan pentadbirannya terutama dalam
kegiatan yang berkaitan dengan pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran
hasil keluaran pertanian dan ternakan.

Sehingga kini, setelah lebih 50 tahun FELDA ditubuhkan, kumpulan FELDA


mempunyai 80 syarikat yang aktif. Sebagai sebuah entiti bebas dan tidak
bergantung kepada bantuan atau dana daripada kerajaan, apa sahaja
pendapatan dan keuntungan yang dijana oleh Kumpulan FELDA akan
dikongsi bersama para peneroka FELDA. Pendapatan atau
keuntungan ini boleh diperoleh dalam bentuk pembangunan komuniti,
infrastruktur, tanggungjawab sosial korporat, biasiswa, pendidikan,
tanaman semula, bantuan kewangan dan sebagainya. Peneroka
FELDA juga dapat menikmati pelbagai kemudahan pinjaman tanpa faedah
seperti pinjaman perumahan. Tanah yang diteroka juga akan menjadi hak milik
mereka sendiri. Selain itu, dengan penyenaraian FELDA Flobal Ventures FGV
di bursa saham Malaysia, setiap peneroka juga berpeluang menerima saham
dan keuntungan bagi setiap saham yang diperoleh. Perubahan-perubahan
yang dilakukan FELDA semenjak beberapa tahun lalu adalah bagi
memenuhi keperluan komuniti FELDA sendiri yang juga berubah
mengikut peredaran semasa.

Beberapa statistik daripada pihak FELDA berkaitan dengan getah adalah


seperti yang berikut:


Bagi tahun 2010, keluasan tanah bertanam getah untuk FELDA
adalah seluas 65, 932 hektar kedua terbesar selepas RISDA (587,
225 hektar). Jumlah keseluruhan tanah bertanam getah untuk tahun
2010 pula adalah seluas 948, 590 hektar, yang merangkumi tanah
milik RISDA, FELDA dan FELCRA.



Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh FELDA bertarikh 21 Mac
2012, bilangan peneroka getah teramai adalah di Johor iaitu seramai 3,
158 orang. Kedah pula mempunyai peneroka seramai 3, 077 dan
Pahang pula seramai 2, 623 orang.



Mengikut statistik pengeluaran getah di bawah Rancangan FELDA
bagi tahun 2009 pula menunjukkan negeri terbanyak mengeluarkan
getah untuk tahun 2009 adalah Negeri Sembilan (19, 454 tan metrik),
diikuti Kedah (11, 688 tan metrik) dan Johor (10, 504 tan metrik).



Terdapat lima destinasi utama eksport produk getah negara ketika ini iaitu di
China, Amerika Syarikat, Jerman, Jepun dan Brazil yang membentuk 58
peratus daripada jumlah eksport.


Penanaman Getah Di Malaysia

Pokok getah adalah sejenis tumbuhan tropika dan termasuk dalam


tanaman jangka panjang atau tanaman saka. Jangka hayat untuk
pokok getah mengeluarkan hasil adalah antara 30 hingga 40
tahun. Pokok getah akan meluruhkan daun setiap 1-2 tahun sekali dan
digantikan dengan daun baru. Biji getah yang cukup matang akan meletup dan
menggugurkan bijinya yang kemudian akan bercambah. Pokok getah bukan
sahaja diusahakan untuk penghasilan susu getah sahaja tetapi kini batang
getah merupakan komoditi penting di Malaysia bagi menghasilkan perabot
kayu getah yang sangat cantik dan berharga.

Kini pokok getah telah banyak ditanam di negara-negara Asia Tenggara


terutamanya di Malaysia dan Indonesia. Malaysia merupakan pengeluar getah
yang utama di dunia selepas Indonesia dan Thailand. Perusahaan kereta
menggunakan tayar getah asli telah menyebabkan permintaan getah asli dunia
semakin meningkat. Pokok getah kini telah menjadi satu industri yang besar di
negara-negara ini.

Masalah Yang Dihadapi

Kebiasaannya FELDA akan melantik kontraktor untuk melakukan program


penanaman semula di ladang-ladang getah milik FELDA. Malangnya, terdapat
kes kegagalan kontraktor untuk melaksanakan tugas mereka, sehingga
berlakunyakelewatan dalam proses tanam semula . Ada peneroka yang
terpaksa menunggu sehingga lebih daripada enam tahun selepas anak benih
getah ditanam untuk mula menoreh. Ini akan memberi impak daripada segi
ekonomi kepada peneroka-peneroka ini. Memang seperti yang kita sedia
maklum, sepanjang tempoh penanaman semula, peneroka akan diberikan
elaun sara hidup RM1, 200 oleh pihak FELDA. Namun, elaun sara hidup ini
sebenarnya adalah hutang peneroka kepada FELDA dan perlu dibayar balik
selepas getah-getah mereka sudah boleh mengeluarkan hasil. Bagi pihak
pengurusan FELDA, untuk mengelakkan perkara ini daripada berulang FELDA
telah mengenakan denda ke atas kontraktor yang lewat menyiapkan kerja
mereka.
Boleh dikatakan harga getah di Malaysia ini ada naik turunnya . Sekitar
akhir tahun 2010, harga getah pernah mencecah RM5.00 sehingga RM6.50
sekilo, tetapi kini jatuh pada harga RM0.90 sehingga RM1.00 sekilo. Di kala
harganya naik mendadak, pernah ada pekebun kecil yang memperoleh
pendapatan antara RM1, 500 hingga RM2, 000 sehektar sebulan. Di tanah
FELDA sendiri, rata-rata pendapatan sebulan peneroka adalah lebih tinggi
daripada guru lepasan ijazah. Ada juga antara peneroka ini yang memperoleh
pendapatan mengatasi elaun asas seorang wakil rakyat! Ada guru yang
sanggup pergi menoreh pada pukul 4 pagi sebelum memulakan tugas
mengajar di sekolah. Semua ingin mengambil kesempatan ke atas kenaikan
harga getah pada ketika itu untuk mendapat pendapatan yang lumayan.
Fenomena kenaikan harga getah yang berlaku pada masa itu adalah kesan
permintaan yang tinggi di pasaran antarabangsa dan pengeluaran yang rendah
daripada negara pengeluar terbesar seperti Thailand dan Indonesia yang pada
ketika itu mengalami krisis ekonomi dan politik. Di samping itu, ia juga
dipengaruhi oleh faktor kenaikan harga bahan bakar petroleum, kepesatan
industri pembuatan tayar di China dan industri automotif di India.

Keluasan penanaman getah juga dilihat semakin mengecil, akibat kesan


daripada beberapa faktor seperti petani lebih minat untuk menanam kelapa
sawit, harga getah yang tidak menentu dan rendah terlalu lama, kekurangan
penoreh getah, masa yang lama untuk menunggu pokok getah untuk ditoreh,
tanah diubah syarat kepada tanaman lain dan paling kritikal adalah tawaran
pembelian kayu getah yang aktif oleh kilang perabot.

Pendapatan negara melalui hasil eksport barangan getah juga dilihat mulai
merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini ekoran penggunaan getah
tiruan yang ternyata lebih murah berbanding getah asli. Menyedari keadaan
ini pelbagai cara dilakukan untuk meningkatkan mutu dan kualiti
getah. Dalam waktu yang sama, satu usaha baru dibuat, iaitu
mempelbagaikan barangan keluaran hasil pokok getah.

Kesimpulan

Kini, walaupun harga getah tidak lagi mampu mencapai harga tertinggi yang
pernah diperoleh dahulu, namun beberapa langkah baru bagi membantu
memulihkan harga pasaran telah pun dipersetujui oleh pakatan negara
pengeluar utama komoditi itu, iaitu Malaysia, Thailand dan Indonesia.
Antaranya, penarikan balik 300, 000 tan getah asli daripada pasaran dan
mempercepatkan program penanaman semula seluas 100, 000 hektar yang
bakal menyebabkan pengurangan eksport sebanyak 150, 000 tan. Selain itu
faktor cuaca turut akan menyokong harga komoditi itu untuk melonjak pada
paras yang tinggi. Jepun juga dilihat antara negara yang berminat untuk
mengimport getah asli daripada negara pengeluar utama ini, sejajar dengan
pemulihan beransur-ansur industri automotif di negara itu. Beberapa pengeluar
kereta utama dunia seperti Nissan juga kini sedang dalam proses
meningkatkan pengeluaran unit keretanya susulan pelancaran model barunya.
Hal ini dilihat dapat meningkatkan permintaan terhadap getah asli, seterusnya
menaikkan harga getah sedunia.

Anda mungkin juga menyukai