Anda di halaman 1dari 2

Refleksi kelas amali masakan

1) Saya dapat menguasai kemahiran yang telah ditunjukan oleh tenaga pengajar dan
dapat mengaplikasikannya dalam seharian.

2) Saya dapat pengetahuan baru tentang teknik-teknik dan cara yang betul dalam
memasak

3) Saya dapat ilmu pengetahuan baru tentang masakan barat yang sebelum ini tidak
pernah saya mengetahuinya contohnya penggunaan bahan untuk masakan barat
adalah sedikit berbeza berbanding masakan timur. Ini kerana bahan yang digunakan
dalam masakan barat lebih mudah berbanding masakan timur. Kaedah yang
digunakan juga sedikit berbeza.

4) Saya dapat mengetahui dan menggunakan pelbagai prinsip dan kaedah dalam
menyediakan makanan seharian.

5) Saya dapat menumpukan perhatian sepanjang pengajaran berjalan kerana cara


mengajar yang baik.

6) Saya berjaya mengaplikasikan kaedah yang ditunjukan olehh tenaga pengajar dan
dapat menggunakannya sebaiknya. Contohnya, minggu ini kami mempelajari ilmu
tentang American Breakfast menggunakan produk telur. Setelah pulang dari kelas
amali saya telah mengaplikasikannya.

7) Walaupun kelas amali adalah waktu petang, bagi saya kelas amali ini tidak
menyebabkan saya mengantuk kerana cara dan ilmu yang disampaikan adalah ilmu
yang baru untuk saya dan saya rasa teruja mengetahuinya dan mempelajarinya.

8) Kami dapat memupuk nilai kerjasaama dalam kumpulan contohnya setiap


kumpulan mempunyai 4 orang ahli kumpulan. Oleh itu, kami akan membahagikan
tugasan masing-masing agar setiap ahli dapat belajar setiap kaedah yang diajar.

Anda mungkin juga menyukai