Anda di halaman 1dari 3

Bilangan Jurnal : Ke- 7

Minggu Praktikum : Ke- tujuh

Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 13 Ogos 2017 hingga 17 Ogos 2017

Tajuk Jurnal : Masalah murid tidak mengangkat tangan semasa menjawab

1. Masalah /Peristiwa

Sepanjang saya menjalankan proses pdp di kelas 3R, saya mendapati bahawa
murid-murid sering menjawab soalan yang ditanyakan oleh guru tanpa mengangkat tangan.
Murid-murid terutamanya lelaki akan menjeritkan jawapan tanpa mengangkat tangan.
Keadaaan ini amat mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Analisis

Murid-murid yang sering tidak mengangkat tangan apabila hendak menjawab soalan
menyebabkan keadaan kelas menjadi bising dan seterusnya mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran. Bukan seorang dua murid yang melakukan perkara tersebut,
sebaliknya hampir keseluruhan murid dalam kelas tersebut menjawab soalan sebelum
mengangkat tangan terlebih dahulu.

Kelas ini mengandungi beberapa orang murid yang merupakan murid kumpulan
LINUS. Oleh sebab jawapan terus dijawab apabila soalan ditanyakan, maka murid-murid
yang lebih lemah tidak kesempatan untuk memikirkan jawapan terlebih dahulu dan terus
menggunakan jawapan yang dinyatakan oleh kawan-kawannya. Perlakuan ini bukan sahaja
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran kelas, malah menyebabkan guru tidak
dapat mengesan murid yang masih tidak menguasai tajuk tersebut.

Dari aspek guru, hal ini berlaku berkemungkinan adalah kerana saya tidak tegas
terhadap murid-murid semasa proses pdp dijalankan dan menyebabkan murid-murid tidak
berasa takut kepada saya. Di samping itu,berkemungkinan juga saya tidak memberi teguran
serta-merta apabila perlakuan ini wujud pada kalangan beberapa orang murid sebelum ini
sehingga telah membiasakan mereka untuk tidak mengangkat tangan dahulu sebelum
menjawab soalan. Dari aspek murid pula, murid-murid mungkin berasa teruja untuk
menjawab soalan yang ditanyakan kerana sebahagian mereka mengetahui jawapannya. Hal
ini menyebabkan murid-murid berebut-rebut untuk menjawab soalan tanpa mengangkat
tangan.
Sebagai seorang guru, guru berperanan penting dalam pembentukan disiplin dalam
diri murid. Murid perlulah berdisiplin sama ada di sekolah atau di dalam bilik darjah.
Kewujudan disiplin dalam bilik darjah dapat melancarkan proses pengajaran dan
pembelajaran. Menurut Mok Soong Sang (2011), pengurusan bilik darjah merujuk kepada
satu proses pembentukan satu alam pembelajaran yang kondusif untuk pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta usaha-usaha untuk mengekalkannya. Suasana
pembelajaran yang kondusif sangat penting agar objektif PdP dapat dicapai dan murid
berasa selesa dan bermotivasi untuk belajar.

3. Cadangan untuk Memperbaiki


i. Saya patut menetapkan peraturan dengan murid-murid iaitu mengangkatkan
tangan sebelum menjawab soalan. Sekiranya murid-murid tidak mematuhi
peratuan yang ditetapkan, murid tersebut akan dikenakan dendaan.
ii. Saya harus sentiasa mengingatkan murid untuk mengangkatkan tangan terlebih
dahulu sebelum menjawab soalan semasa sesi soal jawab.
iii. Saya harus memotivasikan murid-murid agar berkelakuan seperti yang
dikehendaki. Hanya murid yang mengangkat tangan akan diberi peluang untuk
menjawab soalan. Setiap murid yang dapat menjawab soalan dengan betul akan
diberi cop bintang. Sekiranya murid tidak mematuhi peraturan ini, maka murid
tersebut tidak diberi peluang untuk menjawab soalan dan tidak berpeluang untuk
mendapat cop bintang.

4. Tempoh Masa
Saya akan cuba mengatasi masalah ini 20 Ogos 2017 hingga 7 September 2017,
selama 2 minggu.

5. Tindakan Susulan

Saya juga boleh mengubah cara penyoalan saya dengan menyebutkan nama murid
yang perlu menjawab soalan. Dengan ini dapatlah mengelakkan masalah murid daripada
menjeritkan jawapan dengan tidak mengangkatkan tangan. Di samping itu, cara ini
membolehkan murid yang lebih bersifat pemalu dan pendiam tidak berasa tersisih atau
rendah diri apabila melihat rakan lain saling berlumba mengangkat tangan untuk menjawab
soalan yang dikemukakan.

Anda mungkin juga menyukai