Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal : Ke- 8

Minggu Praktikum : Ke - lapan

Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 20 Ogos 2017 hingga 24 Ogos 2017

Tajuk Jurnal : Kegagalan Murid Memberi Hormat kepada Guru

1. Masalah /Peristiwa

Pada minggu ini, saya mendapati bahawa kebanyakan murid tidak memberi salam
kepada cikgu-cikgu termasuk saya apabila bertemu di sekitar kawasan sekolah. Amalan
bertegur sapa atau memberi senyuman tidak diamalkan oleh murid-murid.

2. Analisis

Sahsiah merupakan perkataan Arab yang membawa definisi keperibadian atau peribadi
(Kamus Dewan, 2011). Peribadi pula bererti manusia sebagai diri sendiri, sifat-sifat
(kelakuan, sikap) seseorang individu yang sudah sebati dengan diri sendiri bagi membentuk
watak dirinya sendiri.

Sahsiah juga dapat menjelaskan sistem tingkah laku seseorang iaitu bolehlah dikatakan
bahawa perlakuan atau tingkah laku itu dapat dilihat sebagai lebih kurang sama dari sehari
ke sehari dan telah tertanam sejak dari kecil dan menjadi rutin.

Berdasarkan pemerhatian saya terhadap masalah ini, saya mendapati bahawa murid-
murid kurang menghargai kehadiran guru. Ada sesetengah murid hanya memberi salam
kepada saya semasa kelas pdp. Apabila keluar dari kelas, mereka tidak mengendah-
endahkan saya apabila bertemu di sekitar sekolah. Murid-murid mungkin berpendapat
bahawa cikgu hanya merupakan cikgu semasa dalam kelas, apabila keluar daripada kelas
salam tidak perlu lagi diberikan.

Selain itu, semasa saya masuk kelas, murid-murid memberi salam secara sambil lewa
dengan tidak memandang kepada saya dan sibuk membuat hal-hal sendiri. Pada
pandangan saya, murid mungkin berasa memberi hormat kepada guru semasa cikgu masuk
kelas adalah sekadar peraturan sekolah. Setiap kali guru masuk kelas mereka memberikan
salam, lama-kelamaan mereka berasa bosan dan berasa perkara ini adalah tidak penting.
Maka wujudlah perbuatan tidak memandang pada cikgu, sibuk menyimpan barang sendiri
dan sebagainya semasa beri salam kepada cikgu.
3. Cadangan untuk Memperbaiki
i. Semasa kelas pdp, saya akan meminta ketua kelas untuk memastikan semua
murid-murid berdiri tegak dan bersedia sebelum mereka memberi salam kepada
saya. Sekiranya tidak, mereka perlu berdiri sehingga semua murid bersedia
untuk memberi salam.
ii. Semasa dalam kelas pdp, saya akan mengingatkan murid-murid dari masa ke
masa supaya memberi salam kepada guru-guru tidak kira di mana dan siapa
guru tersebut.
iii. Di sekitar kawasan sekolah, sekiranya saya bertemu dengan murid-murid yang
tidak memberi salam kepada saya, saya akan terus memberi teguran kepada
murid tersebut.
iv. Saya juga akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan
pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.

4. Tempoh Masa
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dari 3 September 2017 hingga 7 September
2017, selama seminggu.

5. Tindakan Susulan
Semasa dalam kelas pdp, saya boleh bersikap lebih tegas sepanjang proses pdp
dijalankan untuk mendirikan satu imej perwatakan yang boleh dihormati oleh murid.
Selain itu, saya berkemungkinan boleh berbincang dengan guru disiplin untuk memberi
teguran kepada murid-murid semasa sesi perhimpunan.

Anda mungkin juga menyukai