Anda di halaman 1dari 6

TUGASAN 3 : LAPORAN PROJEK

Hari jadi Sarah ke-21 akan menjelang tiba pada hari keesokan. Sarah akan mengadakan
satu majlis sambutan hari jadi untuk meraikan. Sarah ingin menyediakan pancakes dan
waffles untuk sambutan hari jadinya. Untuk membuat pancakes, ia perlukan 3 cawan
Bisquick, 1 cawan susu dan 2 biji telur. Untuk membuat waffles, ia memerlukan 2 cawan
Bisquick, 2 cawan susu dan 2 biji telur. Resepi pancakes ini mencukupi untuk menghidang 5
orang manakala waffles cukup untuk menghidang 3 orang.

Sarah mempunyai 24 cawan Bisquick, 18 cawan susu dan 20 biji telur. Sekiranya Sarah
telah menjemput lebih kurang 35 orang datang ke sambutannya, maka berapa pancakes
dan waffles perlu dihasilkan untuk menampung kesemua orang?

CARA PENYELESAIAN :

Jadual 1: Jenis dan Jumlah Bahan Yang Diperlukan

Bisquick Susu Telur


Pancakes 3 cawan 1 cawan 2 biji
Waffles 2 cawan 2 cawan 2 biji
≤ 24 cawan ≤ 18 cawan ≤ 20 biji

Langkah 1 : Jadikan

p = bilangan pancakes

w = bilangan waffles

Langkah 2 : Memandangkan jumlah pancakes dan waffles tidak kurang daripada 0,

Maka p ≥ 0 dan w ≥ 0

Langkah 3 : Fungsi Objektif :

Pancakes : Hidangan untuk 5 orang

Waffles : Hidangan untuk 3 orang

Maka, Jumlah hidangan pancakes dan waffles, S = 5p + 3w

S = 5p + 3w

Langkah 4 : Membentuk ketaksamaan berdasarkan maklumat

1
Bisquick : 3p + 2w ≤ 24

Susu : 1p + 2w ≤ 18

Telur : 2p + 2w ≤ 20

Langkah 5 : Mencari nilai p dan w untuk semua ketaksamaan

Jadual 2 : Nilai p dan w untuk semua ketaksamaan

Ketaksamaan Apabila p=0 Apabila w=0


Bisquick 3p + 2w ≤ 24 2w = 24 3p = 24
w =12 p=8
Susu 1p + 2w ≤ 18 2w = 18 p =18
w =9
Telur 2p + 2w ≤ 20 2w = 20 2p =20
w =10 p = 10

2p + 2w = 20

p + 2w = 18
3p + 2w = 24

2
Langkah 6 : Menentukan koordinat bagi bucu A, B, C dan D bagi kawasan yang dilorek.

A=(0,9) C=(4,6)

B=(2,8) D=(8,0)

Langkah 7 : Menggantikan p dan q dalam persamaan S = 5p + 3w dengan keempat-empat


koordinat bucu.

Jadual 3 : Hasil persamaan S = 5p + 3w

Koordinat A(0,9) B=(2,8) C=(4,6) D=(8,0)

S = 5p + 3w S = 5 (0) + 3 (9) S = 5 (2) + 3 (8) S = 5 (4) + 3 (6) S = 5 (8) + 3 (0)

= 27 = 10 +24 = 20 + 18 = 40

= 34 = 38

Bilangan orang yang dijemput lebih kurang 35 orang, maka nombor 34 merupakan nilai yang
paling terdekat dengannya. Oleh itu, koordinat B (2 , 8) merupakan penyelesaian optimum
bagi masalah pengaturcaraan linear di atas.

Jadi, Sarah perlu menyediakan 2 pancakes dan 8 waffles untuk sambutan hari jadinya.

3
Justifikasi

Pengaturcaraan linear merupakan satu cara penyelesaian masalah yang telah dibuat
untuk mengetahui cara terbaik untuk melakukan sesuatu di samping membantu manusia
membuat keputusan. Pada dasarnya, apabila anda ingin meminimumkan kos dan
memaksimumkan keuntungan, satu-satunya cara untuk melakukannya dengan tepat adalah
dengan menyelesaikannya sebagai masalah pengaturcaraan linear.

Pengaturcaraan linear ini boleh diterapkan dalam pelbagai sektor seperti ekonomi,
industri, sosial dan lain-lain. Hal ini demikian kerana setiap perusahaan atau organisasi
memiliki had atas sumber, baik had dalam jumlah bahan, ruang tenaga, jam kerja, mesin,
peralatan mahupun modal. Dengan menggunakan pengaturcaraan linear, perusahaan pihak
organisasi dapat mengoptimumkan hasil yang dicapai, sama ada keuntungan maksimum
atau pembiayaan yang minimum.

Pengaturcaraan linear mempunyai pelbagai manfaat dan kegunaan dalam kehidupan


seharian. Pengaturcaraan linear boleh digunakan untuk membuat keputusan penggunaan
bahan, keputusan pengendalian mutu, keputusan pembelian, eksplorasi deposit minyak,
masalah pencampuran bendalir, keputusan campuran produk, pemasaran, keputusan
pengedaran fizikal, keputusan pergudangan, perancangan pengeluaran dan perancangan
jangka panjang.

Berdasarkan masalah di atas, Sarah dapat mengenalpasti bilangan pancakes dan


waffles yang perlu dibuat untuk mencukupi kesemua tetamunya. Berdasarkan jadual di atas,
bilangan daripada koordinat B merupakan penyelesaian optimum. Sekiranya Sarah
mengunakan bilangan dalam koordinat A, makanan yang dihasilkan hanya dapat
menampung 27 orang, di mana Sarah akan menghadapi masalah kekurangan makanan.
Bagi koordinat C dan D pula, makanan yang dihasilkan dapat menampung sebanyak 38
hingga 40 orang, ini akan menyebabkan Sarah akan mempunyai makanan yang berlebihan
selepas sambutan hari jadinya. Secara ringkasnya, pengaturcaraan linear membantu Sarah
membuat keputusan terbaik dalam bilangan pancakes dan waffles yang perlu dihasilkan
untuk mengelakkan masalah kekurangan makanan dan kebaziran makanan yang berlebihan.

4
Kepentingan Pengetahuan dan Kefahaman Matematik Keputusan kepada Guru

Secara umum, Matematik keputusan adalah aplikasi pemodelan matematik untuk


menyelesaikan masalah dunia sebenar. Matematik keputusan melibatkan kaedah algoritma
untuk mendapatkan penyelesaian yang optimum. Tanpa disedari, Matematik keputusan
banyak diaplikasikan dalam kehidupan kita seharian.

Algoritma ialah siri tatacara yang disusun langkah demi langkah untuk
menyelesaikan masalah dalam masa yang terhingga. Algoritma boleh dikomunikasikan
dalam pelbagai cara seperti tulisan, kod-pseudo, bahasa pengaturcaraan komputer, carta
alir dan sebagainya. Algoritma mestilah logik untuk menentukan sama ada ia benar atau
tidak. Algoritma dapat meningkatkan kemampuan dalam mengatasi masalah dan melatih
seseorang lebih teliti dalam segala hal. Kita akan lebih berhati-hati dan tidak melulu dalam
menyelesaikan sesuat masalah atau membuat keputusan. Dalam pengajaran, guru boleh
membuat program mudah dengan bahasa pengaturcaraan yang berbeza yang diperoleh
dari algoritma mudah seperti nombor permainan tekaan, aktiviti simulasi, permainan guess
the word (hang man), traffic light dan sebagainya.

Seterusnya, analisis laluan kritikal juga penting kepada seseorna guru. Analisis
laluan kritikal merupakan satu perancangan yang menggunakan diagram rangkaian
(network diagram) untuk memastikan setiap perancangan dapat diselesaikan mengikut
jangka masa yang ditetapkan. Di sekolah, banyak aktiviti-aktiviti yang perlu dirancangkan
seperti hari sukan tahunan, aktiviti merentas desa, sambutan hari raya dan lain-lain. Sebagai
seorang guru, pengetahuan Matematik Keputusan (analisis laluan kritikal) adalah penting.
Dengan penggunaan analisis laluan kritikal guru mampu merancang serta memantau
aktiviti-aktiviti dari permulaan hingga ke penghabisan sesuatu aktiviti supaya aktiviti tersebut
boleh dilaksanakan dengan cekap dan lancar.

Pengaturcaraan linear boleh diaplikasikan dalam bidang pendidikan. Pengaturcaraan


linear dapat memudahkan pengajar dalam membuat jadual kuliah dan sekolah, serta
pembahagian kerja dan menyusun bahan kuliah mengenai kurikulum. Selain itu,
pengaturcaraan linear membantu seorang guru merancang masa kelas tuition mengikut
kehendak masa sendiri untuk mendapat keuntungan yang maksimum dalam seminggu atau
sebulan.

Tuntasnya, pengetahuan dan kefahaman Matematik Keputusan adalah penting


kepada seorang guru. Subjek ini bukan sahaja diajarkan kepada murid-murid dalam kelas
malah juga perlu banyak diaplikasikan dalam kehidupan seharian seorang pendidik.
Cabaran-cabaran yang dihadapi guru masa kini dan masa depan semakin meningkat. Isu

5
yang dihadapi bukan sahaja sekadar masalah murid dan peralatan tetapi lebih jauh daripada
itu termasuk cabaran terhadap kemampuan ilmiah guru menghadapi masyarakat
berasaskan-ilmu serta jati diri dalam mengharungi isu-isu nilai yang lebih global.
Pembelajaran sepanjang hayat amat penting bagi semua profesion lebih-lebih lagi profesion
kegurun. Oleh itu, guru masa kini perlu mengamalkan ‘sikap belajar untuk mengajar’ untuk
mempertahankan kredibiliti mereka di samping meningkatkan ilmu dan kemahiran mereka.

Anda mungkin juga menyukai