Anda di halaman 1dari 14

TAJUK 7 STATISTIK ASAS

Sinopsis

Tajuk ini akan membincangkan konsep Statistik asas dalam pentaksiran dan
interpretasi data serta pelaporan data. Dengan pengetahuan ini, guru akan
mempunyai asas yang kukuh untuk mengendalikan pentaksiran yang berkesan
dalam bilik darjah.

Hasil Pembelajaran

Pada
Padaakhir
akhirtajuk
tajukini,
ini, pelajar
pelajardapat
dapat: :
Menghuraikan
MenghuraikanKonsep
Konsepasasasasstatistik
statistikdalam
dalampentaksiran
pentaksiran
Mengaplikasi
Mengaplikasistatistik
statistikasas
asaske
keatas
atasdata-data
data-datamentah
mentah
3.3. Menginterpretasi dan membuat pelaporan pentaksiran
Menginterpretasi dan membuat pelaporan pentaksiran

7.0 Statistik Asas

7.1 Statistik Asas dalam Pentaksiran


Pentaksiran melibatkan proses pengumpulan dan penganalisaan data
atau skor daripada beberapa ujian. Markah yang diperolehi melalui
ujian di sekolah dikenali sebagai skor mentah atau data mentah. Skor
mentah ini adalah adalah data-data yang belum disusun mengikut
tertib.

76, 74, 75, 78, 45, 56, 76, 89, 90, 65


65, 64, 47, 87, 93, 52, 67, 78, 77, 76

Jadual 7.1: skor-skor mentah yang tidak terkumpul

Data-data atau skor mentah yang diperolehi perlu dianalisis dan


diinterpretasi serta dibuat kesimpulan. Menganalisis dan
menginterpretasi data ujian merupakan satu proses yang penting
dalam setiap pentaksiran. Proses ini biasanya dilakukan oleh guru
selepas memperolehi data-data atau markah peperiksaan. Tujuan
melaksanakan analisis dan kesimpulan ke atas data-data mentah atau
markah murid adalah untuk memperolehi makluman tentang prestasi
pencapaian murid. Melalui makluman prestasi murid, para guru dapat
melakukan tindakan susulan untuk mengatasi kelemahan murid
tersebut.

30
Proses analisis dan interpretasi data-data mentah ini biasanya
menggunakan Statistik Asas. Statistik Asas adalah merupakan
kaedah yang boleh digunakan untuk menganalisis data-data mentah
yang diperolehi melalui proses pengujian. Statistik asas dapat
membantu para guru untuk merumus data-data mentah yang banyak
kepada bentuk yang mudah difahami seperti graf, peratus, min median,
mod, sisihan piawai dan skor Z dan skor T. Hasil analisis statistik ke
atas data mentah tersebut dapat membantu mentafsir pencapaian
murid dan menyediakan laporan prestasi murid.

Statistik Asas melibatkan Jadual Tabura Kekerapan dan ukuran


kecenderungan memusat yang merupakan satu nilai purata sesuatu
set skor. Terdapat tiga jenis ukuran kecenderungan memusat, iaitu min,
median dan mod.

7.2 Jadual Taburan Kekerapan

Taburan adalah susunan skor-skor mentang yang diperolehi daripada


sesuatu ujian. Manakala kekerapan adalah jumlah bilangan kali
skortersebut berulang. Oleh itu Jadual Taburan Kekerapan merupakan
susunan skor-skor menta yang disusun secara menaik atau menurun
dengan dinyatakan kekerapannya dalam sesuatu jadual.

Skor Mentah Gundalan Kekerapan


(x)
93 / 1
90 / 1
89 / 1
87 / 1
78 // 2
77 / 1
76 /// 3
75 / 1
74 / 1
67 / 1
65 // 2
64 / 1
56 / 1
52 / 1
47 / 1
45 / 1
Jumlah 20 20

Jadual 7.2: Jadual Taburan Kekerapam dengan skor mentah tidak terkumpul.

31
Aktiviti 7.1

Bentukkan Jadual Taburan Kekerapan berdasarkan skor-skor mentah


bagi Ujian Geografi berikut:

84, 67, 77, 63, 67, 87, 57, 62, 77, 45,

95, 73, 49, 89, 75, 67, 84, 95, 63, 67

7.3 Min, Median dan Mod


Min, median dan Mod adalah ukuran kecenderungan memusat yang
digunakan untuk membandingkan pencapaian antara murid yang
menduduki sesuatu ujian. Ujian Kecenderungan memusat ini adalah
kriteria asas untuk menentukan gred-gred pencapaian.

7.3.1 Min
Min adalah purata markah yang diperolehi oleh murid dalam sesuatu
ujian. Min dikira dengan menjumlahkan semua skor mentah yadng
diperolehi dalam sesuatu pengukuran dan hasil tambahnya
dibahagikan dengan jumlah bilangan skor dan kekerapannya. Min juga
berguna semasa mengira sishan piawai dan skor sisihan piawai, skor Z
dan skor T. Min juga mengambarkan prestasi keseluruhan untuk tujuan
perbandingan. Rumus min untuk skor-skor tidak terkumpul ialah :

X = Skor individu
X
Min, X = = Hasil tambah (dibaca sigma}
N
N = bilangan skor/ calon
Contoh 1:

Min skor 70, 85 dan 100 dalam satu ujian ialah:

70+85+100
3

= 85
3
X = 28.3

Contoh 2:

Skor x = 20, 30, 40, 50, 50, 50, 60, 70,70, 80

Maka min, X = 20+30+40+50+50+50+60+70+70+80

32
10
= 520
10

Min, X = 52

Skor-skor mentah di atas perlu dijumlahkan, hasil tambah dibahagikan


dengan jumlah bilangan skor tersebut.

7.3.2 Median

Median adalah nilai yang terletak di kedudukan tengah skor-skor yang


telah disusun secara menaik atau menurun. Median merupakan skor
tengah apabila jumlah bilangan skor adalah ganjil atau nilai purata dua
skor di tengah-tengah taburan jika jumlah bilangan skor adalah genap.
Median boleh diperolehi dengan membahagikan satu set skor yang
tersusun kepada dua bahagian yang sama.

Sebagai contoh, median untuk skor ujian Matematik (44, 56, 37, 77,
87) dan ujian Sains (57, 68, 96, 40, 74,80) adalah berikut:

Contoh 1: (Skor Ujian Matematik)

37, 44, 56, 77, 87 (susun secara menaik)

Median = 56

Jika bilangan skornya ialah nombor genap, maka mediannya adalah


min daripada dua skor di tengah.

Contoh 2 : (Skor Ujian Sains)

40, 57, 68, 74, 80, 96 (susun secara menaik)

68 74
Median =
2
= 71

7.1.1 Mod
Nilai mod boleh diperolehi dengan menyusun data yang tidak
terkumpul itu secara menaik atau menurun. . Simbol yang lazim
digunakan untuk statistik mod ialah M0. Mod ( M0 ) adalah skor yang
mempunyai kekerapan yang paling tinggi dalam satu taburan. Nilai
Mod boleh didapati dengan menyusun taburan skor secara menaik
atau secara menurun. Satu taburan mungkin mempunyai satu atau
lebih mod. Walaubagaimana pun, ia mungkin langsung tidak
mempunyai mod. Beberapa contoh boleh diperlihatkan daripada skor-
skor ujian Matematik berikut:

33
Contoh 1: 66, 55, 33, 81, 60, 40, 70

Taburan skor ini tidak mempunyai mod

Contoh 2: 86, 75, 59, 75, 75, 68, 75

Taburan skor ini mempunyai satu mod ( unimod) sahaja.


Nilainya ialah 75.

Contoh 3: 76, 66, 56, 68, 62, 56, 88, 66

Taburan skor ini mempunyai dua mod (dwi-mod). Nilai mod ialah 66
dan 56.

Aktiviti 7.2
X
Cari min dengan menggunakan Min, X =
N

a) 5. 7, 8, 11, 11, 18

b) 15, 17, 30, 20, 35, 38, 40, 45

Aktiviti 7.3
Cari Median bagi skor-skor berikut :
a) 78,78, 74, 65, 60, 52, 48, 48
b) 45, 38, 67, 54, 83, 20, 70, 10, 85

Aktiviti 7.4
Nyatakan skor-skor berkut dalam jadual taburan kekerapan bagi
skor tidak terkumpul, kemudian cari modnya.

45, 56, 34, 56, 43, 43, 48, 58, 63, 48, 58,
48, 34, 56, 67, 63, 48, 45, 45, 65, 48, 46
7.1.4 Sisihan Piawai
Sisihan piawai adalah satu jenis purata yang digunakan bagi melihat
kecenderungan memusat bagi sesuatu set skor dan lazimnya bagi set
skor yang terkumpul. Sisihan piawai boleh memberi gambaran tentang

34
ukuran sebaran atau serakan skor sama ada tersebar atau
terkelompok dari min.
Simbol bagi sisihan piawai ialah
Ada beberapa rumus yang kerap digunakan untuk pengiraan seperti
di bawah:
= (X X )2
1. N

2. = fX 2


fX
f
f

BEBERAPA CONTOH PENGIRAAN SISIHAN PIAWAI

CONTOH 1:
Sekiranya skor mentah bagi suatu ujian ialah: 30, 50, 60,60, dan 70, maka
rumus sisihan piawai yang mudah boleh digunakan.

Pengiraan Min :
X
Min, X =
N

= 30 +50 + 60+ 60 +70


5
= 270 / 5

= 54

Skor (X- X ) 2
(X- X )

30 30 54 = -24 (-24) x(- 24) = 576


50 50 54 = -4 -4 x -4 = 16
60 60 54 = 6 6 x 6 = 36
60 60 -54 = 6 6 x 6 = 36
70 70 -54 = 16 16 x 16 = 256
2
( X - X ) = 920

Aplikasi rumus

= (X X ) 2

N
920
=
5
= 184
= 13.56

35
= 13.6 ( satu titik perpuluhan)
CONTOH 2

Pengiraan sisihan piawai bagi set skor yang ada beberapa kekerapan
dan tidak terkumpul:

Jadual 7. 6: Skor bagi satu ujian

SKOR KEKERAPAN f fx x2 fx 2
X
70 2 140 4900 9800
60 4 240 3600 14400
50 8 400 2500 20000
40 4 160 1600 6400
30 2 60 900 1800
N= 20 fx = fx = 52400
2

1000

fx fx
2
2

Aplikasi rumus =
N N
2
52400 1000
=
20 20
= 2620 50
2

= 2620 2500
= 120
= 10.95

Aktiviti 7.5

Gunakan = (X X ) 2
, cari sisihan piawai bagi skor-skor
N ,
berikut;
Skor x : 40, 50, 60, 70, 80, 90, 95

Tafsiran Prestasi Murid

o Sekiranya nilai sisihan piawai ialah 10 dan min bagi skor itu 50, maka
sebaran skor itu dikatakan normal sebab 50% calon yang menduduki
ujian itu berada di atas min dan 50% lagi di bawah min.

o Sekiranya nilai sisihan piawai itu kecil iaitu bernilai kurang daripada 10
misalnya 5, maka taburan atau serakan skor itu adalah terkelompok
sekitar min bagi set skor itu. Pencapaian kelompok calon itu dikatakan
homogen iaitu tidak ada perbezaan ketara antara calon. Prestasi

36
mereka hampir sama antara satu dengan yang lain, kalau tinggi, sama-
sama tinggi dan begitulah sebaliknya.

o Sekiranya nilai sisihan piawai itu melebihi 10, skor antara calon yang
menduduki ujian itu dikatakan tersebar atau berserakan. Pencapaian
calon menjadi tidak begitu sama (heterogen)

7.1.5 Skor Piawai z dan t

Skor Piawai z dan skor piawai T biasanya digunakan untuk


membanding pencapaian seseorang pelajar dengan pelajar-pelajar
yang lain. Skor-z adalah salah satu jenis skor piawai. yang
menunjukkan kedudukan sesuatu skor berkait dengan min taburan
berkenaan. Skor z menyatakan kadar sisihan piawai di atas atau di
bawah min.

Rumus untuk mengira skor z ialah Skor-z = x x


Skor piawai T ialah skor yang mempunyai min 50 dan sisihan


piawainya 10.

Rumus untuk mengira skor-T ialah Skor T = 50 + 10z

Kedua-dua skor piawai itu amat berguna untuk membanding


pencapaian antara mata pelajaran yang min dan sisihan piawa masing-
masing berbeza sekali. Sekiranya tidak ditukar ke skor piawai bagi
pelbagai mata pelajaran, maka perbandingan yang dibuat mungkin
kurang tepat.

Pengiraan Skor Piawai


Contoh: Skor-skor untuk 5 orang murid dalam satu ujian ialah 5,8,10,4
dan 3. Cari skor-z dan skor-t untuk murid yang mempunyai 10 markah.

5 8 10 4 3
X =
5
= 6

skor (X) (X- X ) 2


(X- X )

5 -1 1
8 2 4
10 4 16
4 -2 4
3 -3 9
N=5 (X - X )2 =

37
34

Sisihan piawai, = (X X ) 2

N
34
=
5
= 6 .8
= 2.61

(X X )
Skor-z untuk murid yang mempunyai 10 markah =

10 6
=
2.61
4
=
2.61
= 1.53
Skor-T dikira dengan menggunakan rumus berikut:

T = 50 + 10z

Skor-T untuk murid yang mempunyai 10 markah = 50 + 10z


= 50 + 10 (1.53)
= 50 + 15.3
= 65.3

Contoh 2:
Berdasarkan jadual di bawah ini, pencapaian dalam mata pelajaran
manakah lebih baik? Kita mungkin berkata pencapaian pelajar itu
sama baik dalam Perakaunan dan Kimia kerana markah mentahnya
sama iaitu 80 bagi kedua-duanya. Sebenarnya perbandingan itu
kurang tepat kerana asas perbandingan tidak mengambil kira min dan
sisihan piawai.

Jadual 7.9: Skor bagi satu ujian

Mata Pelajaran X x
Bahasa Melayu 80 70 5
Matematik 80 88 8
Sains 66 56 5

Apabila data dalam Jadual 7.9 di atas ditukar ke bentuk skor piawai,
maka intepretasi kita mungkin berubah.

38
Proses pertukaran skor pelajar Y ke skor piawai: Pertama kirakan
skor-z dan selepas itu kirakan skor-T dengan menggunakan rumus-
rumus yang berkenaan.
xx
1. Skor-Z dalam Bahasa Melayu =

80 70 10
= =
5 5
= +2

Skor-T dalam Bahasa Melayu = 50 + 10Z

= 50 + (10 x 2)
= 50 + 20
= 70

80 88
2. Skor-Z dalam Matematik =
8
8
=
8
= -1

Skor-T dalam Matematik = 50 + 10 ( -1)


= 50 + (-10)
= 50 - 10
= 40

66 56
3. Skor-z dalam Sains =
5
= +2
Skor-T dalam Sains = 50 + 10 (+2)
= 50 + 20
= 70
Jadual 7.10: Skor bagi satu ujian

Skor piawai

Mata Pelajaran X X Skor-z Skor-T

Bahasa Melayu 80 70 5 +2 70
Matematik 80 88 8 -1 40
Sains 66 56 5 +2 70

Terbuktilah bahawa prestasi pelajar Y tersebut adalah sama baik dalam


Bahasa Melayu dan Sains kerana skor piawainya 70. Pelajar ini
mendapat skor piawai yang rendah ialah 40 walaupun skor mentahnya
ialah 80 jauh lebih tinggi daripada Sains iaitu 66. Malah, nilai negatif 1(-
1) bagi Matematik menampakkan pencapaian pelajar itu dalam

39
Matematik adalah di bawah min dan sekiranya markah lulus ialah 50,
maka pelajar itu dikatakan gagal dalam Matematik.

Aktiviti 7.6

Jika min X = 70 dan sisihan piawai = 10, kira skor piawai Z bagi
skor mentah berikut

a) Skor mentah = 62

b) Skor mentah = 85

Aktiviti 7.7
Jika min X = 68 dan sisihan piawai = -3, kira skor piawai T bagi skor
mentah = 74
xx
Skor piawai Z=

7.2 Interprestasi Data dan Pelaporan Pentaksiran


Pentafsiran Nilai Sisihan Piawai

Sisihan Piawai adalah ukuran kebolehubahan atau sebaran skor-skor.


Ia merupakan sejauh mana skor berubah keliling min. Semakin kecil
nilai sisihan piawai, semakin kecil sebaran/serakan skor dalam
taburan. Ini membawa implikasi bahawa data adalah berhampiran
antara satu sama lain (homogen). Begitu juga, semakin besar nilai
sisihan piawai, semakin besar sebaran skor dalam taburan. Ini
bermakna data adalah tersebar luas antara satu sama lain (heterogen).

Semua maklumat daripada pentaksiran bilik darjah harus direkod untuk


membantu guru merancang pengajaranpembelajaran membuat
tindakan susulan dan pelaporan.

Merekod merupakan aktiviti mencatat maklumat secara tertib untuk


memperjelaskan tahap perkembangan, kebolehan, kemajuan, dan
pencapaian pelajar. Maklumat yang tercatat dalam rekod perlu jelas
dan dikemaskinikan agar guru dapat membuat keputusan yang wajar.
Maklumat dalam rekod hendaklah ditafsirkan dan dianalisis agar
tindakan susulan dapat diambil oleh guru. Guru boleh memastikan

40
agar murid yang lemah dalam pembelajaran diberi aktiviti pemulihan
manakala murid yang pintar diberi aktiviti pengayaan.

Maklumat yang direkod boleh dibuat dalam bentuk


pernyataan misalnya ditulis dalam rekod Seorang murid yang
cemerlang
simbol: contoh: atau X untuk menyatakan betul atau salah
markah: contoh: 80% untuk menunjukkan markah yang diperoleh
ialah 80 per seratus.
Gred: contoh A, B, C atau I, II, dan III.

Terdapat beberapa jenis rekod, antaranya buku catatan guru, rekod


prestasi, laporan kemajuan murid, senarai semak, sijil penghargaan,
rekod profil, buku rekod mengajar dan sebagainya.

Aktiviti merekod dilakukan dari masa ke masa supaya maklumat


menyeluruh tentang tahap perkembangan, pencapaian atau prestasi
pelajar dapat dibuat rujukan oleh pihak yang berwajib seperti PIBG,
Guru Besar, Pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat
Pendidikan Daerah, pihak Kolej Matrikulasi, Maktab, Politeknik,
Universiti dan sebagainya.

Melapor adalah suatu proses penyampaian maklumat penilaian dari


masa ke masa tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran, nilai,
sikap dan pencapaian murid.

Maklumat untuk tujuan pelaporan boleh diperoleh daripada rekod


penilaian seperti rekod profil murid, rekod prestasi, rekod mengajar
guru dan sebagainya. Pelaporan seperti ini perlu dilakukan selalu
untuk disampaikan kepada pihak yang ingin mengetahui tentang
kemajuan, kelemahan dan bakat seseorang murid. Ibu bapa dan pihak
lain seperti Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Daerah,
agensi swasta dan awam memerlukan maklumat ini untuk kepentingan
masing-masing.

Tujuan pelaporan dibuat adalah untuk pihak atasan membuat


keputusan yang wajar dari segi penempatan pelajar dalam pelbagai
aliran pembelajaran seperti aliran Sains, Sastera, Perakaunan).

Pelaporan dibuat juga dengan tujuan untuk membolehkan guru


mengambil tindakan susulan iaitu menentukan sama ada seseorang
pelajar perlu diberi aktiviti pemulihan ataupun pengayaan. Pernyataan
tentang minat, sikap dan perlakuan murid-murid boleh dilaporkan
supaya tindakan susulan boleh dilaksanakan.

Pelaporan mengenai prestasi pelajar dibuat antara ibu bapa, pelajar


dan guru dalam konferens merupakan cara yang berkesan. Untuk
guru, pelaporan dapat:

41
Membolehkan tanggungjawab pembelajaran pelajar, pentaksiran
dan pelaporan dikongsi bersama antara guru, ibu bapa dan pelajar
Mengukuhkan komunikasi dengan ibu bapa melalui perbincangan
hasil pembelajaran dalam kurikulum serta bagaimana pelajar
berkembang

Untuk pelajar, pelaporan bersama tiga pihak dapat:


Merangsang konsep kendiri melalui peluang berkongsi pencapaian
dan kemajuan pembelajaran dalam satu persekitaran positif
Melibatkan pelajar secara langsung dalam pentaksiran dan
membolehkan mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran
mereka
Member autoriti kepada pelajar untuk memandu arah diri ke arah
pencapaian hasil pembelajaran kurikulum

Untuk ibu bapa pula, pelaporan sebegini dapat:


Meningkatkan pemahaman mereka tentang pembelajaran dan
pentaksiran dalam pendekatan berasaskan hasil
Memberi peluang kepada mereka untuk melibatkan diri dalam
proses pelaporan, bukan hanya member respons kepadanya
Membekalkan bukti untuk menyokong laporan bertulis

Pelaporan harus meliputi:


Pencapaian pelajar dari segi pengetahuan, kemahiran, nilai dan
sikap
Kekuatan dan kelemahan pelajar
Cadangan mengatasi kelemahan pelajar dan mempertingkatkan
lagi pembelajaran
(New South Wales Department of School Education, 1997)
Pelaporan dibuat secara lisan dan bertulis dalam bentuk pernyataan
dan gred. Perbandingan pencapaian dan kedudukan di antara pelajar
tidak diperlukan. Pelaporan secara umumnya memberi gambaran
menyeluruh tentang perkembangan pelajar dalam penguasaan,
pencapaian pengetahuan dan kemahiran, sikap dan amalan.

Antara rekod pelaporan termasuklah:


rekod kemajuan murid
rekod anekdot
senarai semak kemahiran

Rekod kemajuan merupakan rumusan penilaian kemajuan


pembelajaran murid yang akan digunakan maklumatnya oleh ibu bapa
dan guru untuk memandu arah pembelajaran dan perkembangan
murid.

Rekod kemajuan boleh menggunakan sistem markah di mana


rumusan penilaian terdiri daripada gred dan peratusan, sistem lulus

42
atau gagal dan senarai semak kemahiran. Gred boleh dalam bentuk A,
B, C dan D untuk menggredkan prestasi murid. Terdapat juga bentuk
numerical yang bersamaan dengan A seperti 90-100%; B: 80 89%;
C: 70 79% ; D:60 69% dan E : 50 -59% dan F: kurang daripada
50%.

Tambahan pula, peratus juga digunakan dalam rekod kemajuan. Ini


terutamanya dalam ujian di mana peratus jawapan yang dijawab
dengan betul. Contohnya, dalam ujian Matematik berbentuk objektif,
jumlah peratus item yang dijawab dengan betul. Contohnya, 93% yang
diperolehi daripada ujian tersebut akan dicatatkan dalam rekod
kemajuan. Skor ini mudah dikira, rekod dan boleh digabungkan untuk
mendapat peratus keseluruhan pada akhir peperiksaan.

Satu alternatif kepada rekod kemajuan yang tradisional ialah senarai


semak yang boleh digunakan untuk memberi maklumat tentang
prestasi kemahiran dalam setiap aspek pembelajaran. Guru
menyediakan satu set pernyataan yang menerangkan aspek prestasi
murid dan satu ruang untuk ditanda oleh guru (/) semasa menaksir
tingkahlaku yang dipamerkan oleh murid berkenaan. Selain itu,
pelaporan boleh dinilai berdasarkan kepada skala pencapaian di mana
guru tanda mengikut tahap pencapaian murid tersebut.

Selain itu, huraian bertulis dalam bentuk anekdot boleh digunakan. Ia


mengandungi komen dan pernyataan tentang prestasi setiap murid
secara individu. Rekod anecdotal ini berkesan kerana huraian akan
menonjolkan kekuatan dan kelemahan murid. Maklum balas cara ini
memberi maklumat yang amat berguna dan bermakna kepada murid
untuk menambahbaik kelemahan mereka

Kini dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah, pelaporan murid dalam


bentuk laporan deskriptif dan formatif dapat diperoleh melalui Sistem
Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) pada bila- bila
masa sekiranya diperlukan. Sistem ini juga menyimpan
maklumat perkembangan murid daripada Tahun 1 hinggalah ke
Tingkatan 5 (life-time data base).

Maklum balas yang diberi berdasarkan standard prestasi boleh


membantu murid mengenalpasti kekuatan, kelemahan, kesilapan dan
apa yang perlu dibaiki, bagaimana perlu diperbaiki untuk memberi hasil
yang lebih baik.

Maklum balas yang memberi makna boleh membantu murid tentang


tujuan dan perkembangan pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang
memberi motivasi kepada pelajar untuk mencuba lagi bagi
meningkatkan prestasi mereka di masa hadapan.

43

Anda mungkin juga menyukai