Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal : Ke- 10

Minggu Praktikum : Ke- sepuluh

Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 10 September 2017 hingga 14 September 2017

Tajuk Jurnal : Masalah murid tidur semasa sesi pdp dijalankan

1. Masalah /Peristiwa

Semasa saya mengajar dalam kelas 5R, saya mendapati seorang murid sering
tertidur dalam kelas. Yang paling ketara, murid ini tertidur semasa aktiviti penerangan dan
aktiviti membuat latihan. Masalah murid ini telah menyebabkan saya perlu sentiasa
mengejutkannya sepanjang sesi pdp saya. Beberapa hari yang lepas, saya mendapati
bahawa dia tertidur semasa saya sedang bercakap dengan dia. Saya berasa agak terkejut
dengan perlakuan ini dan berpendapat bahawa masalah murid ini telah bertambah serius.

2. Analisis

Menurut Rossie Turner dan Bisset (2009), beliau menyatakan bahawa pengurusan
dan penyusunan bilik darjah adalah menjadi pedagogi am mengatasi mata pelajaran. Proses
pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan
sekiranya guru menggunakan pelbagai keadah mengajar yang bersesuaian dengan isi
pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh setiap murid seperti yang diutarakan oleh
Zamri Mahamod dan Mohamed Amin Embi ( 2006).

Pada pendapat saya, murid ini tertidur adalah disebabkan sesi pdp yang saya
jalankan tidak dapat menarik minat murid ini. Murid ini merupakan antara kumpulan murid
LINUS dalam kelas. murid tidak menggemari mata pelajaran yang diajar sehingga
menyebabkan murid tidak faham apa yang diajarkan oleh guru. Oleh hal yang demikian,
murid ini hilang tumpuan dan berasa rendah diri sehingga dia membuat keputuasan untuk
berputus asa kepada diri sendiri dan rela tidur sewaktu sesi pdp.

Selain itu, saya mendapati bahawa murid ini sentiasa kelihatan letih dan tidak
bersemangat. Saya berpendapat berkemungkinan murid ini sentiasa tidur lewat setiap hari
sehingga dia tidak mempunyai masa tidur yang mencukupi. Walaubagaimanapun, semasa
aktiviti permainan atau berkumpulan, murid ini masih dapat menunjukkan minat dan
keinginan untuk melibatkan diri dalam aktiviti. Tetapi semasa sesi penerangan dan aktiviti
membuat latihan, keinginannya untuk mendengar dan membuat latihan adalah amat kurang
dan akhirnya dia tertidur.
Beberapa hari yang lepas, dia tertidur semasa saya sedang bercakap dengan dia.
Saya terkejut dan mulai berpendapat bahawa berkemungkinan murid ini mempunyai
masalah kesihatan yang saya tidak ketahui. Murid ini boleh dikatakan mempunyai saiz
badan yang besar, maka berkemungkinan terdapat faktor lain yang menyebabkan dia
sering tertidur dalam kelas.

Guru seharusnya perlu sentiasa mengubahsuai kaedah yang bersesuaian untuk


sesuatu isi pengajaran, topik atau kemahiran bagi menilai kelebihan dan kekurangan bagi
mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran di samping mencari kaedah-kaedah yang baru
bagi meningkatkan minat dan komitmen murid terhadap mata pelajaran.

3. Cadangan untuk Memperbaiki


i. Saya juga harus meminta murid-murid yang duduk bersebelahan dengannya
sentiasa memberi tolongan dan motivasi kepada murid tersebut supaya dia tidak
berasa tersisih. Apabila dia tertidur, murid bersebelahan harus mengejutkannya
dan membimbingnya mengikut apa yang telah disampaikan oleh guru.
ii. Selain banyak menyediakan aktivit-aktiviti yang menarik, semasa aktiviti latihan,
saya harus menyediakan aktiviti kecil bagi murid tersebut dan melalui aktiviti kecil
itu, saya boleh membimbing murid tersebut menyiapkan latihan. Oleh sebab
murid ini kelihatan lebih cenderung kepada pelaksanaan aktiviti, maka harap cara
ini dapat mengekalkan minat dan keinginannya untuk belajar.
iii. Semasa sesi penerangan dijalankan, saya harus menukar tempat duduk murid
tersebut lebih berdekatan dengan guru supaya saya lebih mudah memberi
perhatian kepadanya. Dengan ini, saya dapat mengesan apa-apa perlakuan
murid tersebut dan boleh mengambil tindakan secara segera seperti memintanya
pergi ke tandas mencuci muka.

4. Tempoh Masa
Saya akan cuba mengatasi masalah ini 17 September 2017 hingga 21 September
2017, selama seminggu.

5. Tindakan Susulan

Saya akan melaporkan masalah ini kepada guru kelasnya dan berbincang dengan
keadaan murid ini semasa dalam kelas. Saya akan berbincang dengan guru kelasnya dan
mencadangkan supaya melaporkan masalah ini kepada ibu bapanya supaya mereka sedar
dengan perlakuan anak mereka di sekolah seterusnya mengambil tindakan yang sewajar
untuk mengetahui sebab perlakuannya.

Anda mungkin juga menyukai