Anda di halaman 1dari 2

Nama Bahan Inovasi : “Per-Fraction Wheel”

Pencipta : Mindy Lim Mim & Joyce Ho Jen Yhee

Apakah kegunaan bahan inovasi anda?

“Per-Fraction Wheel” adalah suatu inovasi yang terdiri daripada 10 roda pecahan dan jalur
pecahan yang juga mewakili nilai peratus. Inovasi ini terhasil untuk menyelesaikan masalah
bagi menukarkan pecahan kepada peratus.

Bagaimana inovasi anda mendapat anugerah emas ?

Tujuan penghasilan “Per-Fraction Wheel” adalah untuk meningkatkan kefahaman


murid terhadap konsep pecahan dan kemudiannya menukarkannya kepada peratus
dengan cara yang lebih mudah dan menarik.

Idea inovasi ini tercetus adalah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
murid dan guru di sekolah semasa dalam pengajaran dan pembelajaran. Ketika mengajar di
sekolah rendah, konsep pecahan susah dikuasai oleh murid-murid dan para guru
memerlukan masa yang panjang bagi menerangkan konsep pecahan. Apabila guru bertukar
topik dan murid diminta untuk menyelesaikan masalah melibatkan pecahan, misalnya tukar
pecahan kepada peratus, masih terdapat murid yang tidak dapat menyelesaikan soalan
tersebut. Mereka lupa apa itu konsep pecahan. Oleh itu, guru terpaksa menerangkan
semula konsep pecahan dan cara penyelesaiannya. Mereka gagal menyelesaikan masalah
peratus hanya kerana mereka lupa akan konsep pecahan. Mungkin ini di antara salah satu
sebab guru tidak dapat menghabiskan sukatan mengikut masa yang sepatutnya.

Sebelum ini. terdapat kajian yang membincangkan isu tentang penukaran unit yang
melibatkan pecahan dengan pantas. Kaedah 'Miracle Fingers' telah dicipta untuk digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan jawapan untuk meukarkan
unit yang melibatkan pecahan dengan pantas. ‘Miracle Fingers’ adalah satu inovasi yang
membolehkan murid mendapatkan jawapan secara spontan dengan hanya menggunakan
jari tanpa langkah pengiraan yang panjang.

Dengan ini, tercetus idea inovasi ini, iaitu ‘Per-Fraction’, murid dapat menukarkan
pecahan kepada peratus dengan hanya perlu melihat roda pecahan dan melakukan
beberapa langkap penyelesaian. Ia juga sesuai digunakan oleh guru-guru untuk
menerangkan konsep asas pecahan supaya dapat difahami oleh murid-murid.

Senaraikan apa yang dibuat untuk pameran?

 “Per-Fraction Wheel”
 Contoh soalan dan cara penyelesaian
 Tayangan video tentang penggunaan bahan inovasi oleh murid

Anda mungkin juga menyukai