Anda di halaman 1dari 22

SOALAN REFLEKSI METAKOGNITIF

GE6543 (Teknologi Maklumat dalam Pendidikan)

Penerangan tugasan:

Penulisan refleksi ini adalah sebahagian daripada penilaian dalam Kursus


GE6543 yang akan membawa markah sebanyak 10%. Pemarkahan yang diberi
adalah berdasarkan kejituan idea, refleksi kendiri yang menjurus kepada aspek
penambahbaikan proses serta kejelasan dari sudut penerangan serta contoh
berkaitan. Tiada had patah perkataan untuk tugasan ini namun keseluruhan
penulisan hendaklah tidak kurang daripada 2500 patah perkataan.

Jangkaan terhadap kursus


Apakah jangkaan/harapan anda ketika mula-mula memilih kursus ini?

Syukur dengan keizinan Allah SWT sesi pembelajaran di semester ini dapat
disempurnakan dengan lancar. Harapan saya ketika mula-mula memilih kursus ini
aialah agar dapat memproleh ilmu berkaitan pengintegrasian teknologi maklumat
untuk dimanfaatkan dalam pendidikan. Tugas saya sebagai Penolong Pegawai
Pendidikan Daerah Unit Sumber Teknologi Pendidikan memerlukan saya
melengkapkan diri dengan keperluan semasa untuk menjadikan saya sentiasa cekap
dan mampu berdaya saing dalam melaksanakan segala skop tugasan pekerjaan.

Pengetahuan teknologi maklumat dalam pendidikan perlu seiring dengan


pekembangan abad ke-21 dalam melahirkan generasi yang kompeten dalam
segala aspek. Perkongsian ilmu daripada Prof. Dr. Fariza Binti Khalid, pensyarah yang
berpengalaman dan berpengetahuan luas dapat membantu saya untuk
mengembangkan potensi diri dan mengoptimumkan ilmu dalam bidang ini untuk
memperkasakan pendidikan di sekolah-sekolah daerah Jempol dan Jelebu
khususnya dan negara umumnya.
Setelah melalui proses pembelajaran selama satu semester, apakah yang anda
perolehi?

Kursus GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan pada semester ini memberikan
pelbagai ilmu dan pengetahuan baharu kepada saya. Topik yang telah dipelajari
semasa pertemuan ini ialah pengenalan kepada kursus, teknologi pendidikan dan
konsepnya, Instructional Model Design (ID Model), membangunkan laman web
menggunakan Weebly (e-portfolio), penghasilan bahan Augmented Reality (AR)
dalam pendidikan dan teori-teori inovasi. Pengetahuan baru mengenai teori-teori
inovasi dan ID Model mendedahkan saya dengan pembangunan bahan bantu
pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang lebih tersusun serta bermanfaat untuk
pendidikan.

Kursus ini juga telah memberikan pengalaman dan pengetahuan baharu kepada
saya terutamanya dalam membina atau membangunkan aplikasi terkini untuk yang
boleh digunakan dalam bidang pendidikan. Perkongsian penghasilan bahan AR
menggunakan aplikasi Blippar merupakan ilmu baru kepada saya. Sebelum ini saya
hanya menggunakan bahan AR sedia ada di pasaran sahaja kerana menyangkakan
langkah penghasilannya adalah rumit dan memerlukan kemahiran yang tinggi.
Sangkaan ini jelas meleset apabila mendapat perkongsian daripada Prof. Dr. Fariza.

Saya juga diperkenalkan dengan e-Portfolio sebagai platform perkongsian bahan


pendidikan mahupun peribadi. Pendedahan penggunaan platform Weebly
membolehkan saya membuat perbandingan dengan platform lain yang pernah
saya gunakan seperti Blogspot dan Wordpress. e-Portfolio dilihat lebih mudah
diurusakan serta bersifat profesional selain membolehkan interaksi antara penulis dan
pengguna lebih berkesan.

Sejauhmanakah pembelajaran anda dalam kursus ini menepati jangkaan awal itu
tadi?

Kursus ini telah melepasi tahap jangkaan awal saya kerana pelbagai pengetahuan
dan kemahiran baharu berkaitan teknologi maklumat telah saya perolehi.
Pendedahan rangka kerja ID Model dan teori-teori inovasi serta pengalaman dalam
penghasilan bahan bantu PdP meningkatkan kemahiran dan keyakinan saya untuk
menghasilkan output yang berkualiti dan bermanfaat. Saya juga dapat
memanfaatkan input yang dimiliki ini dengan berkongsi kepada guru dan pelajar di
bawah bimbingan saya.
Aktiviti/topik
Apakah aktiviti/topik dalam kursus ini yang paling memberi impak kepada
pembelajaran anda dalam kursus ini? (Anda boleh menamakan lebih dari pada satu
pilihan)

Topik dalam kursus GE6543 yang paling memberi impak kepada pembelajaran saya
adalah menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran menggunakan elemen
Augmented Reality (AR). Pandangan saya terhadap penghasilan AR sebelum
mengikuti kursus ini sangat skeptikal. Saya berpendapat untuk menghasilkan AR
seseorang perlu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam pengaturcaraan.
Penghasilan AR ini juga memerlukan kos yang tinggi dan tempoh masa pelaksanaan
yang lama. Namun, pandangan asal saya telah berubah apabila diberi tugasan
untuk menghasilkan bahan bantu mengajar bercirikan AR ini. Penghasilan AR tidak
memerlukan kos yang tinggi kerana boleh menggunakan platform percuma seperti
Blippar dan Assemblr. Langkah penghasilannya juga sangat mudah namun
memberikan hasil yang menarik dan interaktif.

Tugasan penghasilan AR ini menjadi pengalaman berharga buat saya kerana


berjaya meningkatkan kemahiran inovatif saya. Proses keseluruhan menjadi teratur
dan lebih berkesan apabila ID Model digunapakai sepanjang proses perancangan,
penghasilan dan implmentasi dan analisis bahan. Pengalaman ini sangat berharga
dan berguna buat saya untuk meningkatkan lagi mutu kerja saya di masa akan
datang.
PEMBANGUNAN BAHAN AR
1. Ceritakan tentang produk AR anda – bagaimana anda mendapat idea untuk
menghasilkan bahan tersebut ?

Produk AR yang dihasil adalah berdasarkan pemerhatian di sekolah dan perkongsian


idea antara ahli kumpulan. Melalui pemerhatian dan perkongsian tersebut, kami
mendapati kebanyakan murid tahun 3 mempunyai masalah dalam menguasai topik
Jenis Gigi. Murid sukar untuk mengenalpasti jenis gigi dan fungsi gigi dengan betul.
Murid juga sukar untuk mengenalpasti struktur gigi dengan betul. Faktor ini
menyebabkan murid tidak berjaya menguasai tahap penguasaan minimum bagi
topik ini. Murid dilihat sukar untuk membayangkan model gigi kerana kekurangan
bahan bantuan pengajaran berkaitan topik ini. Masalah ini bukan sahaja akan
menimbulkan rasa kurang minat murid terhadap topik malahan ianya akan
menyebabkan murid kurang berminat untuk mempelajari mata pelajaran Sains.

Justeru, melalui hasil perbincangan dan analisis masalah, kami mengambil keputusan
untuk mereka bentuk dan membangunkan satu aplikasi yang boleh membantu murid
menguasai objektif PdP topik Gigi Manusia. Kami bersetuju membangunkan satu
bahan pengajaran dan pembelajaran Sains (Jenis Gigi) berasaskan Augmented
Reality (AR) yang menyasarkan murid tahun 3 di sekolah rendah.
2. Dalam kelas ini ditekankan tentang pentingnya pemikiran dan pendekatan
berasaskan instructional design sebagai panduan dalam menghasilkan
sesuatu bahan pembelajaran yang efektif. Ceritakan bagaimana anda dan
ahli kumpulan menggunakan pendekatan ID ini dalam menghasilkan bahan
AR?

Instructional Design (ID) adalah satu proses yang sistematik untuk mereka bentuk,
membangun, melaksana dan menilai pengajaran. Oleh itu, dalam proses pengajaran
dan pembelajaran seseorang perlu ada perancangan yang lengkap dan sistematik
bagi memastikan proses penyampaian sesuatu maklumat atau pengajaran
disampaikan secara berkesan. Antara kepentingan dan peranan ID adalah seperti
meningkatkan pencapaian murid, menjadikan pengajaran dan pembelajaran bilik
darjah lebib teratur, memungkinkan objektif pengajaran dan pembelajara dan hasil
pembelajaran tercapai, membantu dalam proses membuat keputusan dan
menjadikan penyampaian pengajaran dan pembelajaran standard atau selaras
bagi kumpulan pelbagai dan akhirnya menjimatkan masa dan peruntukan yang
besar.

Untuk itu, dalam merangka dan membangunkan bahan pengajaran dan


pembelajaran ini, kami telah mengguna pakai ID ini sebagai garis panduan supaya
bahan AR ini dihasilkan secara sistematik. Oleh itu, kami perlu mengenal pasti
keperluan dan kehendak murid yang disasarkan dengan memikirkan cara atau idea
yang paling efisien untuk memastikan pembelajaran topik Jenis Gigi ini menarik dan
berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. ID ini juga membantu kami dalam
merancang keseluruhan strategi pembelajaran, susun atur atau reka letak bahan dan
melakukan penilaian terhadap bahan pengajaran ini. Dengan itu, ID Model ini
membantu kami menghasilkan bahan pengajaran yang berkualiti dan mampu
membantu menjadikan proses PdP lebih berkesan.
3. Pilih satu model ID yang anda gunapakai dalam proses menghasilkan bahan
AR dan kupas setiap fasa ID tersebut dan sesuaikan dengan apa yang telah
anda dan rakan sekumpulan lakukan. Contoh model ID – Morrison & Kemp,
Dick & Carey. Apakah langkah-langkah yang telah anda ambil berdasarkan
pendekatan ID dan berikan contoh yang jelas.

Kami memilih menggunakan Model Addie iaitu model yang berorientasikan produk.
Model ini berfungsi sebagai garis ke arah pembinaan perisian dan bahan PdP
berdasarkan keperluan dilihat bersesuaian dalam membantu kami untuk
membangunkan bahan pengajaran AR.

1. Analisis
Pada peringkat ini kami mengenalpasti dan mengambil kira masalah yang timbul
dalam kalangan murid untuk menguasai topik Jenis Gigi. Setelah masalah
dikenalpasti proses analisis dilaksanakan bagi mencari punca dan faktor yang
menimbulkan masalah tersebut. Proses analisis ini melibatkan aspek analisis terhadap
murid, analisis terhadap persekitaran pembelajaran dan matlamat pengajaran. Hasil
analisis menunjukkan keperluan murid untuk dibantu oleh bahan pengajaran yang
bersesuaian dan menarik bagi tajuk Jenis Gigi bagi membolehkan mereka
menguasai objektif pembelajaran.

2. Rekabentuk
Peringkat ini menjelaskan keseluruhan mengenai rupabentuk, struktur, pendekatan,
jenis media dan teknologi yang akan digunakan. Semasa fasa ini kami telah
menetapkan elemen seperti sasaran, objektif, sistem penyampaian , penyusunatur
pengajaran dan rekabentuk bahan AR.

3. Pembangunan
Peringkat ini melibatkan membina sistem sebenar dengan menggunakan semua
elemen media dan teknologi berdasarkan keperluan yang telah dianalisis pada
peringkat analisis dan dirancang pada peringkat rekabentuk. Kerja-kerja
pembangunan bahan AR Jenis Gigi dilakukan mengikut spesifikasi yang telah seluruh
ahli kumpulan persetujui. Setiap pembangunan diuji agar ia konsisten dan dapat
beroperasi dengan baik. Aplikasi Assemblr telah digunakan dalam membangunkan
bahan AR kami. Pengisian bagi bahan AR ini adalah merujuk kepada dokumen
standard kurikulum dan petaksiran (DSKP) Sains Tahun 3. Selain itu, kami juga
menggunakan bahan rujukan utama seperti Buku Teks Sains Tahun 3.
4. Pelaksanaan
Pada peringkat ini bahan AR telah disediakan dan boleh digunakan kepada
kumpulan sasaran dalam keadaan sebenar. Bahan AR Gigi Manusia ini gunakan
kepada murid tahun 3 semasa pengajaran topik Jenis Gigi.

5. Penilaian
Penilaian dibuat semasa setiap peringkat penghasilan Bahan AR Jenis Gigi dan juga
diperingkat akhir. Penilaian ini melibatkan pengujian rekabentuk, maklum balas
pengguna, pemerhatian penglibatan murid dan peningkatan kefahaman murid.

4. Sejauh mana pendekatan pemikiran berasaskan Instructional Design


memandu anda dan ahli kumpulan untuk menghasilkan bahan AR?
Bagaimana proses penambahbaikan dilakukan?

Model ADDIE telah membantu kami menghasilkan bahan AR yang berkesan melalui
pendekatan berorientasikan produk. Model ini sangat berkesan dalam
mengintegrasikan beberapa aspek yang kompleks dengan menyediakan langkah
terperinci tetapi mudah diikuti. Oleh itu, bahan AR Jenis Gigi ini bukan sahaja mampu
membantu murid menguasai objektif pembelajaran dengan mudah tetapi ia dapat
meningkatkan kemahiran literasi murid untuk memproses maklumat seteruskan
mencetuskan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar.

5. Apakah sumber maklumat yang anda gunapakai untuk menambahbaik


bahan AR tersebut?

Selain menggunakan Model ADDIE, kumpulan kami turut mengikut maklumat


berkaitan penghasilan bahan AR melalui laman Facebook Assemblr Edu yang dibina
untuk para pendidik khusus bagi membantu dalam penghasilan bahan AR. Kami juga
mengikut sumber rujukan melalui Youtube serta webinar berkaitan penghasilan
bahan AR.
6. Apakah pendekatan pembelajaran (teaching technique/learning theory) di
sebalik aktiviti pembentangan akhir projek AR? Apakah nilai tambah aktiviti
tersebut terhadap:
a. Kefahaman anda tentang AR:
b. Kefahaman anda tentang pendekatan Instructional Design:
c. Kefahaman anda tentang pemikiran secara reflektif:

Kefahaman tentang AR
AR teknik yang menggabungkan alam maya dan realiti dengan menggunakan
pemaparan yang menarik kerana menampilkan objek 3D, animasi, audio dan video
dengan hanya mengimbas kamera telefon pintar ke arah imej tertentu yang telah
direka. Tiga jenis kaedah AR iaitu AR berasaskan penanda (Marker based AR), AR
tanpa penanda (Markerless AR) dan GPS based tracking. Penggunaan AR dalam
bidang pendidikan khususnya dalam proses pembelajaran akan dapat merangsang
motivasi yang tinggi serta mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif.
Bahkan, AR ini mempunyai potensi untuk menggalakkan kolaborasi di antara pelajar
dan guru atau sesama pelajar lain, mengasas kreativiti dan imaginasi pelajar serta
pelajar boleh mengawal cara pembelajaran mereka sendiri.

Kefahaman tentang pendekatan Instructional Design


Reka bentuk pengajaran (ID) adalah suatu cara sistematik mereka bentuk, membina,
menilai dan menggunakan seluruh proses pengajaran. Enam elemen asas terdapat
dalam reka bentuk pengajaran (ID) adalah menentukan keperluan pelajar,
menentukan matlamat dan objektif, membina prosedur penilaian, mereka bentuk
dan memilih strategi penyampaian, mencuba sistem pengajaran dan menilai
keseluruhan sistem.

Kefahaman tentang pemikiran secara reflektif


Pemikiran secara reflektif adalah berhubung kait dengan aspek pemikiran yang lain
seperti kritis dan kreatif yang digunakan sebagai pendekatan dalam penyelesaian
masalah. Melalui pemikiran reflektif ini kita boleh menggunakan pengalaman sedia
ada untuk menimbangkan kemungkinan tindakan alternatif yang boleh digunakan
untuk mencapai objektif penyelesaian masalah dan menetapkan keputusan bagi
tindakan yang dibuat. Dalam dunia pendidikan, pemikiran reflektif ini boleh
digunapakai untuk melatih pelajar menggunakan teknik penyelesaian masalah
dengan cekap. Di samping itu, kita boleh melatih murid menggunakan pemikiran
secara reflektif melalui jurnal reflektif dan teknik penyoalan.
7. Apakah proses yang anda lalui untuk memahirkan diri dengan AR?

Proses yang dilalui oleh saya untuk memahirkan diri dengan AR adalah dengan
membuat pembacaan tentang AR, menonton Youtube serta mengikuti webinar
berkaitan pembangunan/pembinaan AR. saya juga melayari media sosial seperti
Facebook, tiktok dan sebagainya untuk memperoleh maklumat dari pakar-pakar AR
di Malaysia mahupun di luar negara. Oleh itu, melalui pembacaan dan perkongsian
ilmu, saya cuba mempraktikkan ilmu tersebut untuk mereka bentuk bahan AR.

8. Ceritakan tentang bahan AR yang anda bangunkan dan tool yang digunakan
untuk penghasilan bahan AR

Bahan AR yang dibangunkan oleh kumpulan saya bertajuk Jenis Gigi dengn
memfokuskan murid tahun 3 serta guru matapelajaran Sains. Gigi Manusia
merupakan salah satu topik di dalam Unit Manusia. Terdapat beberapa tool yang
digunakan dalam pembinaan bahan AR ini.

Canva
Kami menggunakan tool Canva untuk merekabentuk modul Jenis Gigi yang turut
disertakan dengan bahan AR. Penggunaan Canva adalah sangat ringkas namun
mampu memberikan hasil grafik yang menarik bersesuaian dengan kumpulan
sasaran kami iaitu murid tahun 3. Pemilihan tool Canva juga dibuat kerana sebagai
seorang guru, kami diberikan akses education yang membolehkan kami
menggunakan pelbagai pilihan grafik, template dan lain-lain secara percuma. Jadi
ia merupakan satu kelebihan kepada kami untuk digunakan.

Powtoon
Powtoon adalah perisian animasi berasaskan web yang membolehkan kami
menghasilkan video animasi pendek lagu jenis-jenis gigi. Penghasilan menggunakan
Powtoon adalah mesra pengguna. Kami tidak memerlukan kemahiran yang tinggi
untuk menghasilkan video animasi ini. Imej yang digunakan dimuat naik dan muzik
adalah menggunakan alih suara pencipta.

Assemblr
Assemblr ialah tool yang digunakan untuk menghasilan AR. Assemblr dipilih
berbanding tool lain kerana cara penggunaan sangat mudah dan mesra bagi
pengguna yang tidak memiliki kemahiran tinggi. Imej 3 dimensi boleh digunakan
secara percuma. Selain itu, fungsi nota boleh disertakan dengan ringkas dan tampak
mudah difahami oleh murid.

Quizziz
15 soalan dibina menggunakan pautan web Quizziz untuk menguji tahap
pemahaman murid tentang topik Gigi Manusia. Quizziz digunakan kerana ianya
mesra penggunaan kepada murid dan boleh diakses bila-bila masa menggunakan
peranti telekomunikasi milik mereka.
9. Apakah halangan paling utama yang anda dan rakan2 hadapi dalam
keseluruhan proses pembangunan bahan AR ini?

Halangan utama yang dihadapi dalam membangunkan bahan AR ini dari segi
kekangan masa dan jarak. Kami mempunyai masa yang terhad untuk menghasilkan
sebuah bahan AR ini memandangkan kami terikat dengan komitmen tugas hakiki
masing-masing. Tempoh bekerja semasa pandemik Covid-19 juga menjadikan kami
sukar untuk fokus sepenuhnya terhadap tugasan ini kerana terpaksa berhadapan
dengan situasi menjalankan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang
memerlukan lebih banyak masa.

Selain itu, jarak yang jauh antara kami menyukarkan kami untuk mengadakan
perbincangan berskala sekiranya terdapat masalah pada projek ini. Saya berada di
Negeri Sembilan, manakala 3 lagi rakan berada di Sabah dan Kelantan. Justeru,
kekangan ini menyebabkan kami menghadapi masalah untuk mengadakan
perjumpaan dengan lebih kerap dan kesukaran menggabungkan tugasan AR
masing-masing.

Halangan terakhir bagi saya ialah kesukaran untuk menggunakan bahan AR ini
bersama murid di sekolah kerana sesi persekolahan secara bersemuka adalah terhad
dan terpaksa tertakluk dengan pematuhan prosedur standard operasi.

10. Bagaimana anda dan rakan2 menghadapi dan menyelesaikan halangan


tersebut?

Walaupun terdapat beberapa kekangan dan cabaran dalam menyempurnakan


projek Bahan AR Gigi Manusia ini, namun kami berjaya mengatasi halangan tersebut.
Kami mengambil inisiatif dengan mewujudkan Telegram khas bagi membolehkan
kami kekal berinteraksi sekiranya terdapat masalah pada tugasan. Kami juga sentiasa
membuat perbincangan melalui Google Meet. Pada pertemuan kedua, kami telah
berbincang bersama-sama untuk mengagihkan tugas bagi memastikan penghasilan
projek ini boleh disempurnakan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh pensyarah.
Setiap tugasan yang telah dihasilkan juga akan digabungkan dengan menggunakan
Google Doc dan setiap tugasan yang diagihkan akan ditentukan ‘dateline’ bagi
memastikan setiap orang mematuhi tarikh penghantaran tersebut.

Bagi kekangan penggunaan bahan AR bersama murid, saya mengambil inisiatif


pembahagian masa bersama guru-guru di sekolah untuk mendapatkan ruang masa
yang mencukupi untuk bersama murid. Selain itu, saya turut berhubung dengan
murid melalui aplikasi Whatsapp untuk menerangkan langkah-langkah serta
pengajaran tambahan.
11. Apakah pengalaman terbaik dalam aktiviti penghasilan bahan AR ini bagi
anda? Terangkan kenapa anda berkata demikian.

Pengalaman terbaik dalam aktiviti penghasilan bahan AR ini adalah merangsang


pemikiran menjadi kreatif dan inovatif. Dalam menghasilkan projek AR Gigi Manusia
ini, ia telah melatih saya menjadi lebih kreatif dalam merekabentuk bahan
pengajaran yang mudah difahami dan diterima pakai oleh murid. Permasalahan
atau kekangan yang timbul semasa proses pembangunan projek Gigi Manusia ini
telah membantu saya untuk berfikir di luar kotak; cara untuk menangani masalah
atau kekangan tersebut dengan cara yang efisien. Di samping itu, penghasilan
bahan AR ini perlu dibangunkan dengan melihat konteks yang lebih luas; apakah AR
ini boleh dipasarkan? Apakah AR ini benar-benar memenuhi keperluan murid yang
sukar menguasai sifir? Dan, apakah AR ini boleh diterima pakai oleh murid-murid,
pihak sekolah, PPD, JPN mahupun pihak kementerian.

Maka, pembangunan bahan AR ini adalah satu pengalaman yang sangat berharga
bagi saya kerana ilmu yang dikongsi dan dipelajari mampu menjadikan saya seorang
yang lebih optimistik dan kreatif. Lebih manis lagi apabila projek AR ini telah siap
dikompilasikan dan sedia untuk digunakan oleh golongan sasaran iaitu murid tahun 3.

12. Apakah perkara yang paling bermakna anda pelajari hasil projek
pembangunan bahan AR ini (take-away experience) dan kenapa anda
berkata demikian?

Pembangunan teknologi AR boleh diperkembangkan di setiap sekolah bagi


membantu para guru dalam menjadikan proses pengajaran suatu yang
menyeronokkan. Penggunaan teknologi ini juga akan memberikan pengalaman dan
pembelajaran sebenar kepada murid kerana menggunakan keberkesanan dunia
sebenar yang sedia ada dan bukannya mencipta dunia baharu. Gabungan kaedah
pengajaran konvensional dan baharu ini memberikan faedah kepada bidang
pendidikan apabila gabungan ini akan menyediakan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang baharu kepada murid; membolehkan mereka guru mewujudkan
interaksi baharu dengan murid Maka, penggunaan AR di dalam kelas akan
meningkatkan kefahaman dan maklumat yang diterima murid melalui deria murid di
samping membantu mereka menjadi lebih kreatif.
13. Sekiranya diberi peluang kedua, apakah aspek yang ingin anda perbaiki
pada bahan AR yang telah dihasilkan? Mungkin boleh juga merujuk kepada
proses awal dll yang berkaitan.

Sekiranya diberikan peluang kedua untuk memperbaiki bahan AR yang dihasilkan,


saya ingin menggunakan memperkemaskan imej 3 dimensi yang digunakan dan
menjadikan paparan AR saya lebih menarik. Saya juga ingin memcuba
menggunakan aplikasi pembinaan AR yang lain yang lebih mencabar dan
memberikan hasil yang mengkagumkan.

Selain itu, bahan AR Jenis Gigi ini boleh ditambahbaik dengan memasukkan elemen
permainan berbentuk 3D kerana murid lebih tertarik kepada bahan interaktif
berbentuk permainan. Dengan memasukkan pelbagai elemen permainan akan
merangsang mereka berfikir dengan kritis dan sekaligus menggalakkan mereka
mempelajari matapelajaran Sains dengan seronok.

Teori Inovasi

1. Kondisi Ely merupakan satu teori yang telah anda pelajari. Pada pandangan
anda, kenapakah teori ini sesuai untuk digunakan dalam penyelidikan
tentang penggunaan teknologi dalam pendidikan?

Kondisi Ely telah mengemukakan teori yang lebih teliti dan umum mengenai keadaan
perubahan yang merangkumi pelaksanaan penyelidikan tentang penggunaan
teknologi dalam persekitaran pendidikan. 8 kondisi yang dikemukakan dilihat mampu
membantu kejayaan sesuatu penyelidikan.

Bermula dengan wujud ketidakpuasn dengan keadaan semasa akan membuatkan


penyelidik ingin keluar dari keadaan tersebut dan membuat perubahan. Seterusnya
dengan adanya ilmu, pengetahuan dan kemahiran, sesorang mampu untuk
melaksanakan perubahan ke arah lebih baik. Sumber-sumber yang diperlukan turut
penting bagi memastikan menjadi kemudahan dalam mendorong pelaksanaan
penyelidikan. Masa yang diperlukan memberikan impak penting untuk proses
perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Selain itu, ganjaran dan insentif turut
menjadi perangsang dalam melakukan sesuatu pekerjaan disamping mendapat
penglibatan dan galakan daripada pihak yang berkepentingan.
2. Penggunaan iPad merupakan salah satu idea yang inovatif untuk
meningkatkan motivasi pelajar. Sekiranya anda seorang pentadbir, apakah
langkah yang boleh anda ambil bagi memastikan semua guru
menggunakan iPad dengan sebaiknya?

Sekiranya saya adalah seorang pentadbir, saya akan menyokong sepenuhnya


penggunaan Ipad kerana ini merupakan salah satu idea yang inovatif mampu yang
meningkatkan motivasi pelajar. Langkah yang boleh diambil ialah merujuk 8 kondisi
Ely iaitu;

1. Mewujudkan rasa ketidakpuasan dengan kaedah PdP sedia ada dikalangan guru.
2. Memberikan ilmu pengetahuan dan kemahiran penggunaan Ipad kepada guru
contohnya cara mengintegrasikan penggunaan Ipad dalam pengajaran
Pendidikan Seni serta aplikasi yang boleh digunakan.
3. Menyediakan kemudahan prasarana Ipad untuk digunakan oleh guru dan murid
dengan lengkap.
4. Menyediakan masa untuk guru mempelajari kemahiran penggunaan Ipad.
5. Mewujudkan ganjaran dan inisiatif kepada guru yang berjaya menggunakan Ipad
dalam PdP mereka.
6. Memberikan penglibatkan sepenuhnya dengan sentiasa mengadakan
perbincangan dan komunikasi bersama guru untuk terus menambahbaik
pelaksanaan serta mencari solusi bagi kekangan yang dihadapi oleh guru.
7. Memberikan komitmen yang penuh dan sokongan berterusan dan membantu
guru.
8. Mewujudkan kepimpinan dari peringkat atasan dengan sentiasa menyediakan
latihan, kelengkapan, galakan dan kemudahan untuk para guru.

3. Terdapat persamaan dalam elemen teori Kondisi Ely dan Model RIPPLES.
Senaraikan persamaan elemen tersebut dari perspektif anda.

Kondisi Ely menggariskan 8 kondisi dalam pelaksanaan inovasi manakala Model


RIPPLES juga turut menggariskan 7 komponen aspek inovasi yang boleh dijadikan
sandaran. Persamaan antara teori Kondisi Ely dan Model RIPPLES ialah perincian
keseluruhan komponen adalah meliputi sumber, pengetahuan, kemudahan sama
ada infrastruktur mahupun masa, komitmen , dasar, sokongan dan penilaian. Jika
dianalisis kedua-dua teori ini dapat dilihat persamaan yang dicadangkan adalah
menjurus kepada item-item yang hampir sama.
4. Dalam DOI, terdapat lima ciri atribut inovasi. Kupas kesemua elemen tersebut
dan berikan pendapat anda tentang relevannya atribut ini dalam
memastikan tahap penerimaan terhadap idea dan inovasi dalam organisasi.

5 ciri atribut inovasi dilihat relevan kerana inovasi seharusnya menjadi penemuan baru
menggantikan yang perkara sedia ada. Jadi penghasilan inovasi perlu diterima
ideanya agar dapat dikembangkan dan dimplementasikan agar memberikan
manfaat.

1. Inovasi mempunyai nilai tambah baik yang memberikan keuntungan berbanding


inovasi terdahulu. Nilai baru ini akan menjadi ciri yang diingati dan
membezakannya dari yang lain.

2. Inovasi baru mempunyai ciri kesesuaian dengan inovasi yang digantikannya. Proses
adaptasi dan pembelajaran pengguna terhadap inovasi baru tidak terlalu jauh
ataupun drastik dengan inovasi terdahulu.

3. Mempunyai kerumitan yang ditambah baik berbanding inovasi sebelumnya.


Namun, kerumitan ini adalah menjurus kepada cara yang lebih baru dan lebih
baik.

4. Inovasi dapat diterima apabila telah diuji dan terbukti mempunyai nilai tambah
berbanding inovasi yang lama.

5. Inovasi juga haruslah berciri mudah dinilai dari segi kefungsiannya dan
keberkesanannya untuk menjadikan ianya sesuatu yang lebih baik.
Student’s Engagement
Di dalam bahagian ini, saya cuba untuk memahami bagaimana aspek engagement
membantu anda dalam mengharungi perjalanan khususnya berkaitan dengan
tugasan dan pembelajaran bagi kursus ini.

Personal Engagement

1. Sejauh manakah pengalaman sedia ada, kemahiran, pengetahuan dan


personaliti anda memberi sokongan dan bantuan dalam kejayaan anda
mengharungi kursus ini?

Pengalaman bertugas sebagai pendidik selama 11 tahun memberi sedikit manfaat


kepada saya untuk mengharungi kursus ini kerana saya telah berhadapan dengan
situasi suasana sebenar di sekolah ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Saya
sentiasa berhadapan dengan situasi kekurangan bahan bantuan pengajaran untuk
sesetengah topik pembelajaran dan juga memiliki pelajar yang memerlukan
pendekatan yang berbeza. Selain itu, saya kini bertugas di bidang pentadbiran
pendidikan membuatkan saya lebih terdedah dengan pelbagai isu dalam
pendidikan. Pengalaman ini menjadi input dalam meningkatkan kemahiran dan
pengetahuan saya ketika berhadapan dengan perkara-perkara tersebut. Kursus ini
mengetengahkan pembinaan inovasi yang sudah menjadi kelaziman kepada para
pendidik. Namun dengan adanya kursus ini pengetahuan dan kemahiran sedia ada
tersebut telah digandakan.

2. Sejauhmanakah kejayaan anda dalam menyiapkan tugasan serta menguasai


kemahiran yang diperlukan dipengaruhi oleh kepercayaan pada keupayaan
diri sendiri (self efficacy)?

Sebagai seorang pendidik, saya seharusnya sentiasa memiliki sikap berdaya saing
dan percaya terdapat keupayaan diri sendiri untuk terus memberikan yang terbaik
kepada bidang pendidikan. Hal ini turut membantu saya dalam menyiapkan segala
tugasan yang diberikan memandangkan saya harus sentiasa positif dan memberikan
komitmen dalam menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran demi menjadi
pendidik yang terus cemerlang kepada komuniti dan negara.
3. Sejauhmanakah performance anda banyak dipandu oleh objektif peribadi?

Objektif peribadi saya adalah untuk menimba seberapa banyak ilmu pengetahuan
dan kemahiran untuk dimanfaatkan dalam kehidupan saya dan tentunya untuk
menjalankan tugas sebagai pendidik. Sesungguhkan mencari ilmu itu tidak akan
luntur dari saya walaupun semakin meningkat usia. Pegangan ini menjadi kekuatan
kepada saya untuk terus mengekalkan prestasi saya dalam kerjaya dan
pembelajaran.

4. Adakah anda merasakan diri anda seorang yang mempunyai daya tahan?
Sejauh manakah aspek ini penting buat anda ?

Mengikuti kursus ini secara separuh masa dan terpaksa membahagikan masa antara
mengikuti kursus dan melaksanakan tugasan hakiki memerlukan saya menjadi
individidu berdaya tahan yang tinggi. Selain itu, komitmen saya terhadap keluarga
turut tidak dapat diketepikan. Aspek daya tahan ini sangat penting kerana kekuatan
mental dan fizikal mampu mendorong individu itu untuk terus berjuang dan berjaya
dalam setiap yang dilakukan. Saya sentiasa menjadikan tokoh-tokoh berjaya lain
sebagai inspirasi untuk menjadikan saya mampu memiliki daya tahan seperti mereka.

5. Bagaimanakah kefahaman pensyarah anda tentang keperluan serta


sokongan yang perlu diberikan kepada anda?

Alhamdulillah, Prof. Dr Fariza merupakan seorang pensyarah yang amat memahami


keperluan serta memberikan sokongan sepenuhnya kepada para pelajarnya. Beliau
memahami komitmen para pelajar yang terpaksa membahagikan masa antara
pengajian, kerjaya dan keluarga. Beliau juga prihatin dengan situasi pelajar yang
terkesan akibat pandemik Covid-19 yang melanda dunia menyebabkan sesi
pengajian terpaksa dilaksanakan dalam suasana maya. Dugaan utama yang sering
menjadi masalah kepada pelajar adalah akses internet yang tidak stabil. Bahan
bantu yang disediakan oleh pensyarah melalui Youtube, e-portfolio dan juga nota
pembentangan sangat membantu pelajar untuk mendapatkan maklumat
tambahan atau yang tercicir.
Academic Engagement

1. Bagaimana anda mengawal dan merancang jadual pembelajaran semasa


bersama pensyarah atau di luar waktu kelas?

Saya merancang dan mengawal jadual pembelajaran dengan memberikan fokus


kepada pengajian sepenuhnya ketika sesi kuliah bersama pensyarah. Bagi membuat
ulangkaji dan menyiapkan tugasan pula dilaksanakan pada waktu malam setelah
selesai menyiapkan tugasan kerja hakiki. Hujung minggu dan cuti persekolahan juga
dimanfaatkan untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.

2. Bagaimana anda menilai dan meneliti perkembangan pembelajaran dan


kemahiran anda selama bergelar pelajar sarjana?

Perkembangan pembelajaran dan kemahiran saya jauh lebih baik dan teratur
berbanding sebelum saya mengikuti pengajian di peringkat sarjana ini. Saya kini
memahami dengan jelas bahawa proses kerja yang baik seharusnya berpandukan
rujukan teori atau model yang mampu memberikan impak terbaik dalam sesuatu
pekerjaan. Penyelidikan adalah elemen penting untuk membuahkan output baru
yang memberikan kemudahan, penyelesaian dan penambahbaikkan terhadap
sesuatu perkara terutamanya dalam skop pendidikan.
Intellectual Engagement

1. Sejauh manakah anda setuju dengan kenyataan bahawa anda telah membuat
pembacaan yang mendalam dan meluas tentang bidang sumber teknologi bagi
membolehkan anda membahas dan berbincang secara ilmiah?

Saya bersetuju dengan kenyataan bahawa saya telah membuat pembacaan


mendalam dan meluas tentang bidang sumber teknologi kerana kini saya berupaya
untuk membahas dan berbincang secara ilmiah berkaitan bidang sumber dan
teknologi. Input teori, model dan proses yang pernah dibicangkan dalam bidang ini
telah saya pelajari dan fahami.

2. Apakah aspek yang anda rasa masih kurang tentang sikap, kepercayaan dan nilai
anda terhadap cara pembelajaran anda sekarang?

Aspek yang perlu saya tingkatkan terhadap cara pembelajaran sekarang adalah
perlu sentiasa memastikan diri saya up to date dengan perkembangan penggunaan
teknologi dan membuang sikap ingin kekal dalam comfort zone. Hal ini kerana dunia
teknologi berubah terlalu pantas hampir setiap hari. Saya perlu sentiasa
mempersiapkan diri untuk selari dengan perkembangan ini untuk kekal relevan dalam
melaksanakan tugasan harian saya. Bidang pendidikan yang memfokuskan generasi
masa hadapan memerlukan sesorang yang tidak mempunyai sikap lambat
bertindak.

3. Sejauh manakah penglibatan dalam penghasilan tugasan serta pembelajaran


dalam kelas Sumber dan Teknologi meningkatkan daya intelektual dan akademik
serta peribadi anda? Boleh nyatakan contoh bersesuaian.

Penglibatan dan penghasilan tugasan serta pembelajaran dalam kelas ini telah
meningkatkan kemahiran saya dalam menghasilkan bahan PdP yang inovatif
menggunakan teknologi. Penghasilan AR merupakan suatu peningkatan
pengetahuan dan kemahiran buat saya. Input penghasilan AR ini telah saya
kongsikan bersama guru dan pelajar bukan sekadar menggunakan bahan AR
tersebut bahkan langkah penghasilan AR tersebut je. Selain itu, saya juga mampu
untuk berkongsi dengan guru proses-proses model yang boleh menjadi rujukan
apabila terlibat dengan penghasilan sesuatu penyelidikan dan inovasi.
Social Engagement

1. Adakah anda berhadapan dengan masalah dalam membina hubungan dengan


rakan-rakan dalam program Sarjana ini? Jika ada jelaskan.

Perhubungan saya dan rakan-rakan dalam program Sarjana ini adalah baik.
Komitmen yang diberikan oleh rakan-rakan ketika menyelesaikan tugasan
berkumpulan mahupun perbincangan ilmu untuk menambah pengetahuan
berkaitan kursus sangat baik dan banyak membantu saya. Walaupun kami
dipisahkan dengan jarak yang jauh dan tidak pernah bersua muka , namun medium
teknologi telah mendekatkan kami. Perbincangan dan perkongsian dilaksanakan
melalui Telegram, Google Meet dan tugasan turut dibuat bersama menggunakan
medium seperti Google Doc. Sejujurnya saya tidak mepunyai sebarang masalah
dalam membina hubungan bersama rakan-rakan.

2. Sejauhmana anda percaya bahawa setiap individu perlu diberikan kebebasan


untuk berfikir dengan cara tersendiri serta membuat interpretasi berdasarkan
kefahaman mereka?

Setiap individu telah dicipta dengan mempunyai keunikan personaliti dan cara
berfikir yang tersendiri. Sebagai seorang guru saya sedia maklum dengan istilah
pedagogi terbeza yang merujuk kepada kelainan setiap individu. Oleh itu, setiap
individu seharusnya diberikan kebebasan untuk berfikir dengan cara tersendiri serta
membuat interpretasi berdasarkan kefahaman mereka asalkan tidak melampaui
norma-norma kehidupan. Kebebasan ini akan menjadikan individu tersebut
berupaya memberikan interpretasi terbaik dan tidak terikat atau dikongkong dengan
cara yang tidak bersesuaian dengannya.

3. Adakah anda merasakan wujudnya kesan positif apabila berbincang dan bertukar
pendapat dengan rakan-rakan dan pensyarah dalam komuniti maya seperti
Telegram? Jika ada jelaskan bagaiamana kesan tersebut memberi impak?

Perbincangan dan perkongsian pendapat bersama rakan dan pesyarah melalui


komuniti maya memberikan impak positif kepada saya. Sesi kuliah yang pendek dan
padat iaitu hanya 2 hari ada kalanya membuatkan saya terlepas maklumat atau
kurang menguasai objektif pembelajaran. Oleh itu, medium Telegram membantu
saya dan rakan untuk berbincang dan berkongsi secara lebih lanjut lagi di luar waktu
kuliah.
4. Meskipun anda berada di lokasi yang berbeza, jauh serta dekat, bagaimana anda
rasakan bahawa wujudnya group Telegram bersama rakan dan pensyarah
memberi sokongan moral kepada diri anda?

Telegram menjadi alternatif perhubungan yang sangat efektif dalam situasi saya dan
rakan-rakan yang terpisah lokasi. Rakan dan pensyarah telah membantu saya dari
aspek perkongsian ilmu dan juga sokongan moral. Respon pantas yang diberikan
oleh rakan dan pensyarah di medium Telegram ketika saya menghadapi kesukaran
dalam pelajaran membuatkan saya tidak berasa keseorangan mengharungi
cabaran dalam pengajian ini.

5. Pandangan anda tentang kelas Zoom dan tugasan berkaitan terhadap pembinaan
kemahiran anda dalam teknologi?

Secara keseluruhannya, kelas zoom dan tugasan yang diberikan berkaitan


pembinaan kemahiran dalam teknologi adalah sangat berguna kepada saya untuk
meningkatkan prestasi kerjaya saya. Jawatan sebagai Penolong PPD Unit Sumber
dan Teknologi memerlukan saya menguasai pengetahuan dan kemahiran teknologi
untuk disampaikan kepada guru-guru di bawah bimbingan saya. Kemahiran
teknologi saya juga haruslah seiring dengan perkembangan dunia teknologi kini
untuk memastikan ilmu yang ingin disampaikan relevan dengan situasi terkini.
Professional Engagement

1. Di dalam kursus yang anda pelajari dalam program Sumber dan Teknologi,
terdapat pelbagai tugasan yang diberikan. Apakah tugasan yang paling anda
rasakan memberi kesan kepada perkembangan profesionalism anda? Jelaskan
juga kenapa anda berfikiran sedemikian?

Tugasan yang paling memberikan kesan kepada perkembangan profesionalism saya


ialah penghasilan e-portflio. Ini kerana bidang kerjaya saya kini memerlukan saya
sentiasa berkongsi maklumat, ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan guru
sekolah di bawah bimbingan saya khususnya dan guru di sekolah negara amnya.
Tugsan pembinaan e-portfolio ini memberikan saya input dan idea untuk
menjadikannya medium perkongsian ilmiah yang mudah diakses oleh guru-guru
tanpa perlu berharap saya mengadakan ke sekolah untuk berkongsi atau tertakluk
kepada program yang dirancang dalam kalendar PPD sahaja. Perkongsian ini akan
berlaku secara terus tanpa memerlukan masa, kos dan komitmen yang tinggi.

2. Sejauh manakah pengalaman pembelajaran dan tugasan serta perbincangan


intelek di dalam kelas membina diri anda seakan profesional sebenar. Misalnya,
apabila bercakap tentang kemahiran merekabentuk, dan membangunkan sesuatu
bahan, adakah anda merasakan anda sebagai seorang designer sebenar?
Jelaskan kenapa anda berasa demikian.

Pengalaman pembelajaran dan tugasan dalam kursus ini membuatkan saya


memahami dan dapat mempraktikkan proses kerja yang menjadikan sesuatu
amalan pekerjaan itu lebih teratur dan mantap. Jika sebelum ini saya melaksanakan
tugas secara tidak sistematik, tugasan dan perbincangan intelek di dalam kelas ini
telah mengubah saya menjadi ibarat designer sebenar yang sentiasa bekerja
mengikut aturan proses-proses yang terbaik.

3. Sejauh manakah kemahiran yang diperolehi daripada kursus Seminar dan Sumber
Teknologi Maklumat meningkatkan kemahiran dan praktis anda dalam kerja
seharian?

Kerja seharian saya memerlukan saya berinteraksi, berkongsi ilmu pengetahuan dan
kemahiran dengan guru-guru berkaitan sumber dan teknologi maklumat. Kursus
seminar ini membantu menambah dan melengkapkan kekurangan saya dari aspek
tersebut. Skop tugasan harian memerlukan saya menguasai kemahiran berkaitan
penyelidikan, inovasi, pengurusan sumber dan penggunaan teknologi. Kini saya lebih
yakin dan merasa berketrampilan untuk melaksanakan tugasan harian.
Soalan tamat. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Semoga Allah
mempermudah segala urusan anda pada masa akan datang! ☺

Nama anda: Nurul Syuhada Binti Mokhtar

No. pelajar: P111822

Anda mungkin juga menyukai