Anda di halaman 1dari 26

1.

0 PENDAHULUAN

Menurut Ronger E. Miller (1971) inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang di
anggap baru oleh seseorang. Spencer (1994) pula menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang di
anggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu.

Berdasarkan kepada Kamus Dewan Edisi Keempat, inovasi membawa maksud sesuatu
yang baru diperkenalkan yang meliputi kaedah, sistem, adat dan lain-lain. Dalam ertikata lain ia
menjurus kepada kaedah atau usaha mencari jalan untuk menghasilkan produk atau
perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia
adalah hasil cetusan idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat
meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi dan kehidupan masyarakat.

Dalam segi pendidikan, inovasi diperlukan bagi memastikan sistem pendidikan tersu
berkembang maju dan tidak ketinggalan. Pendidikan adalah sangat penting untuk mewujudkan
masyarakat madani. Sesebuah tamadun akan terbina dan maju lahir daripada sistem
pendidikan. Masyarakat bertamadun adalah masyarakat yang berpendidikan.

Seiring dengan perkembangan masa dan teknologi yang semakin pesat, ia secara
automatik memerlukan penyesuaian atau pembaharuan (inovasi) dalam bidang pendidikan. Jika
kita terus mengekalkan cara tradisional tanpa membuat apa-apa perubahan, jelaslah bahawa
umat Islam dan pendidikan Islam akan semakin jauh dalam semua aspek. Atas sebab itu, perlu
ada inovasi dalam pendidikan Islam agar ianya dapat menjamin pendidikan Islam terus menjadi
suatu subjek yang relevan dan berkualiti sepanjang masa.

1
2.0 PEMBENTANGAN PROPOSAL PROJEK SUDOKU EXPERT

2
3
4
5
6
7
3.0 PROJEK SUDOKU EXPERT

3.1 PROPOSAL PROJEK “ SUDOKU EXPERT”

1.0 Pengenalan

Pendidikan adalah sangat penting untuk mewujudkan masyarakat madani. Sesebuah tamadun
akan terbina dan maju lahir daripada sistem pendidikan. Masyarakat bertamadun adalah
masyarakat yang berpendidikan. Seiring dengan perkembangan masa dan teknologi yang
semakin pesat, ia secara automatik memerlukan penyesuaian atau pembaharuan (inovasi)
dalam bidang pendidikan. Jika kita terus mengekalkan cara tradisional tanpa membuat apa-apa
perubahan, jelaslah bahawa umat Islam dan pendidikan Islam akan semakin jauh dalam semua
aspek. Atas sebab itu, perlu ada inovasi dalam pendidikan Islam agar ianya dapat menjamin
pendidikan Islam terus menjadi suatu subjek yang relevan dan berkualiti. Justeru itu,satu projek
inovasi telah direka khas bertujuan untuk membantu guru dan murid untuk mencapai objektif
pembelajaran. Projek inovasi ini diberi nama “ SUDOKU EXPERT” kerana ia mengambil unsur
permainan Sudoku yang berasal dari Negara Jepun dan diterapkan ke dalam bidang Jawi
Pendidikan Islam. Projek ini membantu murid supaya dapat membezakan huruf-huruf jawi
yang sama bentuk dengan lebih cepat dan berkesan. Produk ini berfokus kepada murid tahun 1
sekolah rendah yang agak lemah dalam mengenal, membezakan huruf jawi yang sama bentuk.

2.0 Rasional

Rasional projek inovasi ini dijalankan adalah kerana kelemahan murid membezakan huruf-huruf
jawi yang sama bentuk. Berdasarkan pengalaman praktikum yang lalu, sebahagian murid tahun
4 masih tidak dapat membezakan huruf-huruf jawi yang sama bentuk meskipun telah
mempelajarinya sebelum ini semasa tahun 1. Selain itu, kebanyakan murid juga tidak dapat
mengenalpasti dengan tepat perbezaan antara huruf-huruf jawi yang sama bentuk. Dalam pada
itu, projek ini adalah satu projek yang dapat menarik minat pelajar terhadap bidang jawi di
samping mewujudkan suasana bermain sambil belajar. Inilah antara rasional saya memilih
untuk membuat produk ini supaya dapat membantu murid saya di dalam kelas melalui kaedah
bermain sambil belajar.

3.0 Pernyataan masalah

Pada sesi praktikum yang lepas, saya mendapati hampir 40 peratus murid tahun 4 Efektif tidak
dapat membezakan huruf-huruf jawi yang sama bentuk meskipun telah mempelajarinya

8
sebelum ini pada tahap 1. Manakala 30 peratus murid pula tidak dapat mengenalpasti
perbezaan antara huruf-huruf jawi yang sama bentuk. Selain itu, terdapat juga murid yang
keliru dengan huruf-huruf jawi yang sama bentuk dan kelemahan yang paling ketara ialah murid
tidak dapat membezakan huruf-huruf jawi yang sama bentuk. Masalah ini telah dikenal pasti
melalui latih tubi dan bacaan Al-Quran yang dibuat di dalam kelas.

4.0 Objektif

Objektif produk ini dibina adalah supaya murid dapat membezakan huruf-huruf jawi yang sama
bentuk. Objektif kedua pula adalah supaya murid dapat mengenalpasti perbezaan antara huruf-
huruf jawi yang sama bentuk. Kemudian, murid juga diharapkan agar dapat mengingat
perbezaan huruf-huruf yang sama bentuk dalam jangka masa panjang melalui suasana belajar
yang lebih kondusif dan menarik.

5.0 Kumpulan sasaran

Kumpulan sasaran ini saya fokuskan kepada murid tahun 1 yang mempelajari tajuk
membezakan huruf jawi yang sama bentuk. Namun begitu, ia juga boleh digunakan kepada
mana-mana murid yang lemah dalam bidang jawi khususnya.

6.0 Kepentingan projek inovasi

Projek inovasi ini penting bagi membantu murid membezakan huruf-huruf jawi yang sama
bentuk. Selain itu, ia juga dapat membantu murid mengenalpasti perbezaan huruf-huruf jawi
yang sama bentuk. Dalam pada masa yang sama, guru juga dapat mewujudkan suasana
bermain sambil belajar di dalam kelas. Projek ini juga dapat memandu murid ke arah mengenal
huruf jawi dengan betul. Kepentingan yang terakhir ialah memandu murid dan guru untuk
mencapai objektif pembelajaran seperti yang telah ditetapkan mengikut Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).

7.0 Anggaran kos projek inovasi

BIL. ITEM KUANTITI HARGA JUMLAH KOS CATATAN


YANG SEUNIT
DIPERLUKAN
1. Internet 2 GB RM 20 RM20

9
5. Kos overhead - RM5 RM5

JUMLAH BESAR RM25

8.0 Plan projek inovasi

BIL TUGAS JANUARI FEBRUARI MAC APRIL


(minggu) (minggu) (minggu) (minggu)
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4

1. Penjanaan idea
2. Penetapan projek
inovasi digital
3. Pencarian
maklumat, sumber
& alat
4. Mereka bentuk
projek inovasi

5. Pembentangan
proposal
6. Mengumpul
sumber & alat
7. Melaksanakan
projek
8. Melakukan kajian
rintis
9. Mengumpul &
menganalisis data
10. Membuat
penambahbaikkan
11. Menyediakan
laporan
dokumentasi

10
12. Merancang
strategi
pemasaran
13. Mempromosi
projek
14. Pembentangan
projek inovasi

9.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, projek ini sangat dapat membantu guru dan pelajar dalam sesi pengajaran dan
pemudahcaraan (Pdpc) supaya objektif pembelajaran dapat dicapai. Projek ini perlu mendapat
sokongan daripada pihak guru dan pelajar agar sama-sama dapat menjayakan pdpc yang lebih
menyeronokkan. Selain itu, projek “ SUDOKU EXPERT” ini dapat membantu pelajar yang
menghadapi masalah untuk membezakan huruf-huruf jawi yang sama bentuk tanpa
menggunakan kos yang tinggi melalui penggunaan inovasi digital yang telah dibuat. Akhir
sekali, diharapkan projek inovasi ini dapat mencapai objektif yang ditetapkan sekaligus
menyelesaikan permasalahan yang timbul . Diharapkan juga cadangan usaha projek inovasi ini
dapat diterima dan disokong oleh semua pihak. Bantuan daripada semua pihak akan
menjadikan projek ini dapat mencapai sasarannya. Sesungguhnya, untuk menterjemahkan
sesuatu idea yang kreatif dan inovatif itu memerlukan usaha yang jitu daripada semua pihak.

11
3.2 HASIL PROJEK SUDOKU EXPERT

12
3.3 PROMOSI PROJEK SUDOKU EXPERT

Sebagai langkah untuk mempromosikan projek Sudoku Expert ini, saya telah
menyediakan satu platform secara online iaitu melalui kiriman di laman facebook saya sendiri
iaitu ismi liyana. Saya telah menanda beberapa orang rakan kepada kiriman saya itu untuk
memperoleh maklum balas dan komen daripada mereka. Bersama-sama kiriman itu saya telah
sertakan video yang merupakan sedutan daripada Power Point Interaktif dan Sudoku Games
yang telah saya hasilkan berserta dengan panduan penggunaannya sekali. Selain itu, saya juga
telah mempromosikan hasil inovasi ini dengan meletakkan tajuk projek iaitu Sudoku Expert dan
objektif pembelajaran yang ingin dicapai iaitu murid dapat membezakan huruf-huruf jawi yang
sama bentuk, murid dapat mengenal dan membezakan huruf jawi yang sama bentuk serta
murid dapat bermain sambil belajar melalui permainan secara digital yang sangat menepati
minat murid.

Dalam pada itu, saya juga menyertakan keperluan peralatan seperti paparan LCD
sekiranya murid yang ingin diajar adalah ramai. Antara ciri keselamatan yang saya nyatakan
dalam promosi saya adalah murid perlu dibimbing dan dipantau semasa mengendalikan
Sudoku Expert ini agar mereka tidak tersasar daripada mencapai objektif yang ditetapkan. Saya
juga telah mencadangkan aktiviti pembelajaran yang sesuai untuk menggunakan Sudoku
Expert ini iaitu guru boleh menggunakannya sebagai nota pengajaran dan latihan penggayaan
serta pengukuhan untuk murid- murid. Akhir sekali, reka bentuk pembungkusan yang mudah
dibaca dan menarik juga saya sertakan melalui promosi saya secara online di kiriman laman
facebook ini.

Kesimpulannya, promosi ini telah saya jalankan untuk mengetahui kelebihan dan
kekurangan projek Sudoku Expert serta untuk memperoleh beberapa cadangan
penambahbaikan hasil daripada komen orang ramai di kiriman facebook saya. Akhir sekali,
promosi ini berjalan dengan lancer dan mendapat maklum balas yang positif dan sangat
membina daripada rakan-rakan dan orang ramai.

13
14
4.0 PANDUAN PENGGUNAAN SUDOKU EXPERT

15
16
17
18
19
20
5.0 LAPORAN PROJEK SUDOKU EXPERT

LAPORAN PROJEK INOVASI SUDOKU EXPERT


PIMK 3152
INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BIL. PERKARA HURAIAN

“ SUDOKU EXPERT “ /
1. NAMA PROJEK /
Powerpoint interaktif dan permainan Sudoku
JENIS PROJEK

2. MATLAMAT/ Projek SUDOKU EXPERT ini merupakan satu inovasi yang


OBJEKTIF akan memudahkan murid untuk:
 membezakan huruf-huruf jawi yang sama bentuk.\
 mengenalpasti perbezaan antara huruf-huruf jawi yang
sama bentuk.
 mengingat perbezaan huruf-huruf yang sama bentuk
dalam jangka masa panjang melalui suasana belajar
yang lebih kondusif dan menarik

3. FUNGSI  boleh digunakan sebagai nota untuk tajuk membezakan


huruf-huruf jawi yang sama bentuk
 boleh dijadikan sebagai latihan pengukuhan dan
penggayaan
 boleh digunakan untuk aktiviti permainan digital di dalam
bilik darjah

4. KUMPULAN Fokus projek “Sudoku Expert” ini adalah kepada :


SASARAN - murid-murid Tahun 1
- murid-murid yang lemah dalam bidang Jawi

21
 Kelemahan ketara murid Tahun 4 yang masih tidak
5. SUMBER INSPIRASI dapat membezakan huruf-huruf jawi menjadi factor
utama kepada penghasilan projek ini.
 Guru pelatih turut menyedari akan minat pelajar
terhadap permainan Sudoku yang menggunakan
nombor sahaja. Maka guru pelatih merancang untuk
membina “Sudoku Expert” yang berfokuskan kepada
huruf jawi dengan mengekalkan konsep Sudoku itu
sendiri.

6. VERIFIKASI  Pada awalnya guru pelatih hanya ingin menggunakan 3


PROPOSAL kumpulan huruf yang sama bentuk sahaja. Namun
DENGAN PRODUK selepas cadangan dibentangkan, pensyarah meminta
untuk guru pelatih membina Sudoku untuk semua
kumpulan huruf yang sama bentuk iaitu sebanyak 11
kumpulan huruf.

7. PENILAIAN  Guru pelatih telah mempromosikan projek Sudoku


TERHADAP Expert di laman facebook
PROJEK DAN  Guru pelatih juga telah menghasilkan soal selidik
DAPATANNYA menggunakan survey monkey untuk memudahkan
orang ramai memberikan maklum balas mengenai
projek Sudoku Expert ini.
 Pelbagai komen positif dan membina telah diperoleh
(rujuk lampiran)
 Antara dapatan daripada penilaian soal selidik yang
telah dibuat:
- 100% responden bersetuju bahawa projek Sudoku
Expert ini adalah mesra pengguna
- 72.73% responden sangat bersetuju bahawa projek
Sudoku Expert ini mampu menarik minat pelajar
terhadap PdPc.
- 72.73% responden juga mengatakan bahawa projek

22
Sudoku Expert ini sangat menarik apabila pertama kali
melihatnya
- 63.64% responden sangat bersetuju bahawa Sudoku
Expert ini dapat membantu murid membezakan huruf-
huruf jawi yang sama bentuk
- 54.55% responden memberi 5 bintang untuk projek
Sudoku Expert ini.

Sudah menjadi lumrah, setiap inovasi yang dilakukan pasti


8. CADANGAN
mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Begitu
PENAMBAHBAIKAN/
juga dengan inovasi ini, jadi antara cadangan penambahbaikan
PENYELESAIAN
yang saya dapati daripada soal selidik yang telah dilaksanakan
ALTERNATIF
bagi inovasi ini ialah:
1. Penambahan lebih lagi permainan Sudoku kerana
permainan yang disediakan hanya ada 4 permainan
sahaja.
2. Memerlukan kepada animasi yang lebih menarik pada
bahagian nota khususnya agar dapat menarik minat
murid
3. Menambahkan lagi soalan-soalan yang sukar seperti
meninggalkan lebih banyak petak kosong pada Sudoku
yang telah dihasilkan.
4. Projek ini boleh diperluaskan lagi kepada topic-topik
yang lain seperti suku kata dan perkataan-perkataan
jawi.

9. REFLEKSI Refleksi berkaitan dengan projek Sudoku Expert yang telah


dibina dengan menggunakan SWOT iaitu strength, weakness,
oppoturnity dan threats. SWOT adalah satu langkah yang
diambil untuk melihat kekuatan, kelemahan, peluang dan
ancaman yang timbul dalam sesuatu produk yang dihasilkan.

23
 Antara kekuatan yang dikenalpasti dalam projek yang
telah dihasilkan ialah ianya sangat mesra pengguna dan
praktikal kerana boleh digunakan sama ada sebagai
nota, latihan ataupun permainan. Selain itu, projek
Sudoku Expert ini juga sangat menarik minat murid
untuk belajar.
 Dalam pada itu, terdapat sedikit kelemahan yang timbul
daripada Sudoku Expert ini iaitu aktiviti permainan
Sudoku yang sangat terhad di mana hanya terdapat 4
kumpulan permainan sahaja.
 Selain itu, Sudoku Expert ini juga membuka peluang
kepada murid untuk membezakan huruf-huruf jawi yang
sama bentuk dengan lebih cepat dan mudah melalui
kaedah bermain sambil belajar.
 Namun begitu, terdapat juga ancaman yang timbul
daripada projek yang dihasilkan ini. Antaranya ialah ia
mungkin murid yang pandai akan cepat bosan kerana
permainan Sudoku ini adalah mudah dan cepat untuk
diselesaikan.

24
RUJUKAN

Mohd. Azhar Abd. Hamid, Mohd Koharuddin Balwi, Muhamed Fauzi Othman (2008). Reka Cipta

Inovasi Dalam Perspekti Kreativiti. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia.

Mok Song Sang. (1994). Penilaian Pemulihan dan Pengayaan dalam Pendidikan. Kuala

Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Zamri Mahamod, Jamalul Lail Abdul Wahab, Mohammed Sani Ibrahim (2011). Transformasi

Dan Inovasi Dalam Pendidikan. Selangor : Universiti Kebangsaan Malaysia.

https://www.slideshare.net/roiamah/buku-panduankumpulankreatifdaninovatif

diakses pada 15 Mac 2018 jam 10.30 a.m

http://sumberpendidikan.com/2016/07/26/dskp-pendidikan-islam-tahun-1/

diakses pada 10 Mac 2018 jam 9.00 p.m

https://subair3.wordpress.com/2009/05/29/inovasi-pendidikan/

diakses pada 13 Mac 2018 jam 8.00 a.m

https://ahm80.wordpress.com/

diakses pada 20 Mac 2018 jam 12.30 p.m

25
LAMPIRAN

Muka Depan Projek Sudoku Expert Pilihan Menu Dalam Projek Sudoku Expert

Pilih Bentuk Huruf Yang Ingin Dipelajari 4 Set Sudoku Expert Untuk Dimainkan

26

Anda mungkin juga menyukai