Anda di halaman 1dari 9

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : SITI NURAINE BINTI ISMAIL

PROGRAM: : PISMP BAHASA MELAYU (SK) AMBILAN JUN 2016

NAMA SEKOLAH: : SK TANJUNG ARU 1

NAMA PROJEK/ AKTIVITI: RODA SIMPULAN BAHASA

TEMPOH PELAKSANAAN: 1 BULAN (24.02.2020 – 27.03.2020)

1.0 OBJEKTIF :

1) Meningkatkan pengetahuan murid tentang simpulan bahasa.

2) Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dalam sesi


pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Melayu

3) Meningkatkan penglibatan aktif semua murid di dalam kelas

4) Meningkatkan minat murid terhadap subjek Bahasa Melayu

2.0 STRATEGI PELAKSANAAN:

Fasa Tempoh Huraian


24 Februari 2020 -Berbincang dengan mentor tentang idea
- projek inovasi yang akan dilaksanakan.

Perancangan 6 Mac 2020


- Menyediakan kertas kerja projek
inovasi.

- Menyiapkan bahan-bahan untuk projek


inovasi.

- Menjalankan projek inovasi mengikut


masa yang telah dirancang dalam sesi
PdPc.
- Langkah-langkah pelaksanaan:
Pelaksanaan 24 Mac 2020 1) Set Induksi:
- Guru menunjukkan kad bergambar
kepada murid.

-Wakil murid dikehendaki memilih kad


gambar yang sesuai dipadankan bagi
membentuk satu simpulan bahasa.

- Guru menerangkan maksud simpulan


bahasa.

2) Langkah 1:
- Murid membaca petikan yang
mengandungi simpulan bahasa dengan
intonasi yang betul dan jelas.

- Secara berpasangan, murid


dikehendaki menggariskan simpulan
bahasa yang terdapat dalam petikan.

- Guru melakukan perbincangan dengan


murid.

3) Langkah 2:
- Murid dibahagikan kepada beberapa
kumpulan.

- Setiap kumpulan dikehendaki


menghantar wakil untuk menjawab
soalan kuiz simpulan bahasa (Inovasi).

4) Langkah 3:
- Murid menjawab latihan yang diberikan

5) Penutup:
-Murid merumuskan isi pembelajaran

- Membuat dokumentasi sepanjang


projek inovasi dilaksanakan.
Pelaporan dan 25 Mac 2020 - Membuat laporan dan refleksi tentang
Refleksi - projek inovasi yang telah dijalankan.
27 Mac 2020

3.0 REFLEKSI:

3.1 Kekuatan Projek/Aktiviti

(i) Pembelajaran secara interaktif

Pembelajaran interaktif merupakan suatu kaedah yg dinamik kerana aplikasi


multimedia memerlukan pelajar memberikan respons serta berinteraksi secara
aktif. Guru memainkan peranan penting untuk melibatkan murid secara aktif
dalam aktiviti pembelajaran. Penggunaan aplikasi PowerPoint ini merupakan
satu pembelajaran interaktif yang menekankan pedagogi dengan melibatkan
hubungan antara pemikiran aktif pelajar dengan kandungan pelajaran. Selain itu,
guru juga menggunakan permainan spinning wheel sebagai cara untuk menarik
perhatian murid. Aplikasi spinning wheel dan PowerPoint ini adalah selaras
dengan pedagogi dalam Pendidikan Abad ke-21 (PAK21) yang memerlukan guru
merancang Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) sesuai dengan keperluan
PAK21.
Projek inovasi “Roda Simpulan Bahasa” ini menggunakan perisian
PowerPoint yang membolehkan murid menguji kefahaman, meningkatkan
pengetahuan tentang simpulan bahasa serta melakukan perbincangan bersama
rakan sekelas. Media interaktif yang digunakan sebagai bahan bantu mengajar
sebegini boleh membantu PdP dengan lebih berkesan.

(ii) Mengandungi elemen warna, audio serta visual (gambar) yang menarik

Roda Simpulan Bahasa ini menggunakan bentuk soalan simpulan bahasa yang
menggunakan elemen warna, audio serta visual yang menarik. Justifikasinya,
penggunaan warna yang sesuai dalam multimedia pembelajaran dapat
membangkitkan motivasi, perasaan, perhatian, dan kesediaan murid untuk
belajar. Selain itu, dengan adanya penggunaan visual (gambar) dalam perisian
ini memberi gambaran kepada murid tentang sesuatu pembelajaran seterusnya
menjadi stimulus kepada murid untuk menjawab soalan dan memahami
pembelajaran simpulan bahasa dengan baik. Penggunaan audio juga
mempengaruhi emosi murid dan mewujudkan keadaan yang seimbang dan
harmoni serta dapat menarik perhatian murid.

Inovasi ini juga mengaplikasikan Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) oleh


Howard Gardner yang merangkumi elemen verbal-lingusitik, intrapersonal,
interpersonal dan visual-ruang. Selain itu, Roda Simpulan Bahasa ini juga
menggunakan gaya pembelajaran VAK (Visual, Auditouri, Kinestetik).

(iii) Menjimatkan kos dan mudah diakses

Inovasi Roda Simpulan Bahasa yang menggunakan perisian PowerPoint


sebagai platform pengajaran sangat menjimatkan kos. Hal ini kerana, semua
bahan atau soalan hanya perlu dimasukkan ke dalam perisian dan tidak
memerlukan guru untuk mencetak bahan tersebut. Kos perbelanjaan yang
digunakan hanya melibatkan kertas a4 dan papan ganjaran untuk meletakkan
markah murid. Maka, inovasi ini tidak memerlukan penggunaan bahan maujud
melainkan hanya beberapa keeping kad bergambar yang digunakan sebagai set
induksi projek.

Seterusnya, inovasi ini juga mudah untuk diakses oleh guru dan murid
menggunakan komputer atau telefon pintar pada bila-bila masa. Maka, guru
boleh berkongsi projek inovasi yang digunakan kepada rakan sekerja yang lain
terutamanya guru Bahasa Melayu. Murid juga boleh mengakses dengan mudah
sekiranya mereka ingin menjawab soalan dalam Roda Simpulan Bahasa sebagai
latihan di rumah.

(iv) Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan


Inovasi Roda Simpulan Bahasa ini mengaplikasikan teknik belajar sambil
bermain. Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan kepada murid-murid. Teknik ini juga akan
mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu
pengajaran yang hendak disampaikan.
Di samping itu, dengan bermain juga murid-murid akan dapat menguasai
perkembangan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.
Secara tidak langung, murid juga akan lebih berminat untuk mempelajari subjek
Bahasa Melayu pada masa akan datang.

(v) Boleh digunakan untuk murid Tahun 5 dan 6

Inovasi ini juga boleh diaplikasikan kepada murid Tahun 5 dan 6 selari dengan
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Tahun 5 dan 6. Hal ini kerana,
inovasi ini sesuai digunakan oleh murid tanpa mengambil kira faktor umur. Oleh
itu, guru boleh mengubah isi kandungan selaras dengan keperluan pembelajaran
mengikut DSKP dan buku teks tahun masing-masing.

Selain itu, template Roda Simpulan Bahasa ini juga boleh diubah suai
mengikut keperluan topik pembelajaran lain. Contohnya, soalan boleh diubah
suai mengikut aspek tatabahasa yang lain seperti peribahasa, kata bantu, kata
ganti nama diri, kata hunbung dan sebagainya.

3.2 Kelemahan Projek/Aktiviti:


(i) Pembelajaran bukan atas talian

Inovasi Roda Simpulan Bahasa ini menggunakan perisian PowerPoint secara


luar talian (offline). Hal ini bermaksud, guru perlu memuat naik terlebih dahulu
secara atas talian sekiranya ingin berkongsi inovasi tersebut kepada rakan
sekerja, ibu bapa atau murid. Inovasi ini tidak mempunyai pautan (link) secara
terus untuk mengakses inovasi Roda Simpulan Bahasa ini. Selain itu, projek
inovasi ini juga mempunyai kelemahan dari segi aplikasi atau perisian yang
digunakan iaitu slaid yang digunakan harus diubah dengan teliti untuk
mengaitkan slaid jenis soalan dan slaid soalan.

(ii) Tidak dapat digunakan sekiranya tidak mempunyai komputer atau


telefon pintar

Projek inovasi ini tidak dapat dijalankan sekiranya tidak mempunyai komputer
riba atau projektor LCD di dalam kelas. Walau bagaimanapun, guru boleh
menggunakan kemudahan bilik ICT untuk melaksanakan inovasi ini ketika sesi
PdP di sekolah. Selain itu, penggunaan bahan teknologi seperti komputer dan
projector LCD juga boleh terganggu sekiranya punca bekalan elektrik terputus
apabila hendak digunakan.

Di samping itu, ia juga boleh menyebabkan proses inovasi ini menjadi


sukar sekiranya ibu bapa atau murid tidak mempunyai telefon pintar untuk
mengakses inovasi di luar bilik darjah. Perkara sebegini boleh terjadi kepada
murid di sekolah luar bandar atau di kawasan pedalaman.

(iii) Masa yang tidak mencukupi

Proses pelaksanaan inovasi ini memerlukan masa yang mencukupi bagi


membolehkan semua murid melibatkan diri dan menghabiskan kesemua soalan
dalam Roda Simpulan Bahasa. Sekiranya masa yang diperuntukkan tidak
mencukupi, terdapat kemungkinan sesetengah murid tidak berpeluang untuk
melibatkan diri untuk menjawab soalan.
4.0 Cadangan Penambahbaikan
4.1 Menggunakan aplikasi atas talian

Bagi mengatasi kelemahan aplikasi yang digunakan iaitu PowerPoint, guru boleh menggunakan
aplikasi kuiz atau permainan secara atas talian. Contohnya, seperti aplikasi Kahoot, Quizziz,
QuizStar dan ClassMarker. Dalam pada itu, guru juga boleh menyediakan satu platform untuk
memudahkan proses memuat naik projek inovasi secara atas talian bagi memudahkan guru-
guru lain serta ibu bapa atau murid mengakses bahan semasa di luar bilik darjah. Contohnya,
aplikasi atas talian seperti Schoology, Google Classroom, Padlet dan sebagainya untuk
memuat naik bahan inovasi.

4.2 Mencetak bahan inovasi

Kelemahan ketiadaan komputer riba atau telefon pintar serta masalah ketiadaan bekalan
eletrik untuk mengakses bahan inovasi ini boleh diatasi dengan cara guru mencetak bahan
inovasi Roda Simpulan Bahasa ini. Hal ini kerana, perisian PowerPoint yang digunakan
boleh dicetak dan diedarkan kepada murid. Guru perlu menggunakan kreativiti untuk
mengendalikan aktiviti tanpa menggunakan bahan teknologi seperti projector LCD dan
sebagainya.

Selain itu, guru boleh meminta murid untuk mewarnakan kotak jawapan yang
betul berdasarkan soalan yang diberikan atau menulis jawapan simpulan bahasa berdasarkan
gambar. Guru boleh melakukan sesi perbincangan bersama murid untuk mengukuhkan lagi
pengetahuan murid tentang simpulan bahasa.

4.3 Menambah masa pelaksanaan aktiviti

Masa untuk memperuntukkan pelaksanaan aktiviti inovasi Roda Simpulan Bahasa dalam sesi
PdP boleh ditambah bagi membolehkan semua murid melibatkan diri. Selain itu, guru juga
boleh mengaplikasikan inovasi ini sebagai aktiviti kokurilkuum terutamanya ketika aktiviti
Kelab/Persatuan. Sebagai contoh, inovasi Roda Simpulan Bahasa dilaksanakan dalam
Persatuan Bahasa Melayu yang melibatkan murid Tahun 4,5 dan 6. Hal ini kerana, aktiviti
kokurikulum memperuntukkan masa selama 1 jam untuk aktiviti-aktiviti persatuan.
5.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa bahan multimedia seperti inovasi Roda Simpulan
Bahasa merupakan salah satu bahan bantu mengajar yang membantu memberikan kefahaman
kepada murid tentang topik simpulan bahasa. Oleh itu, guru seharusnya lebih bijak dalam
mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran agar dapat membantu murid dan memastikan
proses PdP berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancangkan. Pembelajaran
menggunakan bahan multimedia dijangka dapat meningkatkan prestasi murid di samping
memberi pendedahan kepada guru dan murid terhadap penggunaan teknologi multimedia
sebagai bahan bantu mengajar.

Seterusnya, penggunaan inovasi Roda Simpulan Bahasa ini juga dilihat sebagai
satu usaha untuk menambah baik amalan pengajaran guru. Kaedah dan teknik pengajaran
sedemikian diperlukan untuk menjadikan guru sentiasa bijak dalam mencorakkan amalan PdPc
yang lebih kreatif dan berkesan. Oleh itu, setiap guru haruslah mewujudkan suasana
pembelajaran yang seronok agar murid tidak berasa tertekan di samping dapat belajar
pengetahuan baru dengan lebih seronok serta meningkatkan minat murid terhadap subjek
Bahasa Melayu.

Anda mungkin juga menyukai