Anda di halaman 1dari 12

LATIHAN KATA PENGUAT

KATA PENGUAT

Bulatkan dan isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.

1. Ibu saya __________ sayang akan barang-barang antiknya.

A sangat C nian

B benar D sekali

2. Karangan saya telah terpilih memenangi kategori tulisan yang __________ cantik antara
peserta-peserta yang bertanding.

A sungguh C paling

B sekali D begitu

3. Rohana _________ pandai jika dibandingkan dengan adik-beradik.

A begitu C sekali

B agak D betul

4. Tempat ini __________ indahnya sehingga menenangkan fikiran.

A demikian C sekali

B agak D nian

5. Cendol pulut Pak Hassan __________ sehingga terkenal di pekan ini.

A nian enak C paling enak sekali

B sekali enak D sungguh enak sekali

6. Kakak saya sedih __________ apabila nenek meninggal kerana dia tinggal dengan nenek sejak
kecil lagi.
A benar C lebih

B makin D cukup

7. Jurulatih itu _________ tegas terhadap pemain jika berkaitan dengan disiplin.

A amat C nian

B benar D sekali

8. Kediamannya terletak _________ jauh dari pecan itu.

A nian C benar

B agak D paling

9. Para doktor tetap meneruskan tugas menyelamat mangsa serangan askar Israel walaupun
mereka _________ letih.

A amat C paling

B agak D nian

10. ________ tidak disangka bahawa Farid pandai memasak makanan tradisional Melayu.

A Amat C Paling

B Terlalu D Sungguh

11. Kerap _________ dia ke perpustakaan sejak belakangan ini kerana ingin mengulang kaji
pelajaran.

A paling C sungguh

B nian D agak

12. Besar _________ kubah masjid yang terletak di bandar itu.


A sekali C agak

B lebih D terlalu

13. Hujah-hujah yang dikemukakan oleh pihak pencadang dalam perbahasan itu ___________
meyakinkan.

A paling C makin

B agak D amat

14. Junaidilah yang ________ banyak mengemukakan idea dalam perbincangan tentang aktiviti
tahunan persatuan Bahasa Melayu.

A paling C terlalu

B sekali D nian

15. Jangan _________ mengharap kita akan menang kerana peserta-peserta sekolah lain tidak
kurang hebatnya.

A terlalu C paling

B sangat D cukup

16. Indah _________ pemandangan matahari terbenam pada waktu senja di tepi pantai itu.

A nian C paling

B terlalu D agak

17. Tikar mengkuang yang dianyam oleh kakak _________ kemas dan perlu dibaiki lagi.

A cukup C makin

B amat D kurang
18. Jangan buka tingkap itu _________ lebar kerana angin dari luar sejuk.

A sekali C terlalu

B cukup D nian

19. Rafi _________ keberatan hendak ke rumah kawannya untuk meminjam buku kerana hari
sudah lewat.

A sekali C agak

B paling D kurang

20. Lambat _________ dia pulang semenjak bertukar tempat kerja.

A terlalu C paling

B benar D agak

Latihan 7 : Kata Penguat

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1 ______________ pantas kuda berwarna putih itu berlari.

   A Nian

   B Benar

   C Sekali

   D Terlalu

2 Haiwan yang ___________ besar di darat ialah gajah.


   A betul

   B benar

   C sekali

   D paling

3 Antara batu permata itu, berlian yang ___________mahal.

   A paling

   B sekali

   C benar

   D betul

4 Rasa kopi yang dibancuh oleh Ros _________ manis.

   A nian

   B agak

   C betul

   D benar

5 Arumugam merupakan penjaga gol pasukan negara yang __________ handal.

   A paling

   B sekali

   C betul

   D nian

6 Tulisan Sulaiman _________ cantik dan kemas.

   A sungguh
   B sekali

   C benar

   D nian

7 Cerita yang dikarang oleh Maniam itu _________ menarik.

   A amat

   B betul

   C benar

   D sekali

8 Rasa buah durian itu _________ sedap.

   A betul

   B benar

   C sekali

   D sangat

9 Sang Kancil merupakan haiwan yang __________ pintar.

   A paling

   B sekali

   C betul

   D nian

10 Biskut coklat yang dibuat oleh Mak Cik Yam ____________rangup.

   A sekali

   B betul
   C amat

   D nian

Jawapan:

1  D 6  A

2  D 7  A

3  A 8  D

4  B 9  A

5  A 10 C

Latihan Tatabahasa

Gariskan kata penguat yang sesuai.

1. Kepalanya (sangat, nian, betul) sakit sehingga menyebabkan dia tidak dapat membuat     kerja.

2.    Pekerjaan yang ditawarkan oleh Syarikat Nam Yik sesuai (agak, sekali, paling) untuk
graduan universiti.

3.    Rumah banglo yang dibina di kawasan perumahan itu merupakan rumah yang (terlalu,
paling, benar) cantik di situ.

4.    Udara di puncak bukit itu nyaman (agak, sekali, paling).

5.    Pensel yang diasah oleh Min tajam (sungguh, paling, terlalu).

6.    Latihan Matematik yang diberikan oleh Cikgu Rosminah mudah (nian, paling, agak).
Kata Tugas ( Kata Penguat)
1.4.9  KATA PENGUAT ( KATA PENGUAT SECARA LANGSUNG TELAH
DIBINCANGKAN DALAM BAB

          KATA ADJKTIF 1.3  DI MUKA SURAT 55 )

PERKARA KETERANGAN

Kata Kata penguat ialah kata yang digunakan untuk menguatkan maksud bagi sesuatu
Penguat kata adjektif. Kata penguat ini jugs disebut kata digri dan umumnya hadir
bersama-sama kata adjektif atau kata kerja yang membawa maksud kata adjektif
seperti memberangsangkan, memilukan, membosankan, dan sebagainya-

Secara umumnya kata penguat/kata digri terdiri daripada tiga jenis, iaitu:

                                                           Kata Penguat

 1)  Kata Penguat Belakang               2.  Kata Penguat Hadapan         3. Kata


Penguat Bebas

PERKARA KETERANGAN

Kata Kata penguat hadapan ialah kata yang letaknya hanya sebelum kata adjektif.
Penguat Kata-kata ini tidak boleh hadir selepas kata-adjektif. Kata-kata tersebut ialah:-
Hadapan
agak paling terlalu

Contoh:

1   Harga kereta keluaran terbaharu itu agak  mahal.

2   Gunung yang paling tinggi di Malaysia ialah Gunung Kinabalu.

   3   Harga barang di pasar rays itu terlalu mahal.

Kata Kata penguat belakang ialah kata yang letaknya selepas kata adjektif atau kata
Penguat kerja yang berunsur adjektif. Kata-kata ini hanya hadir selepas kata adjektif dan
Belakang tidak boleh hadir

benar betul nian sekali


Contoh:

1   Barang-barang di kedai runcit itu mahal betul.

2   Para pelajar yang menyertai seminar itu rajin benar.

3   Pemandangan di tepi pantai di Pulau Tioman indah nian.

  4   Baginda disukai oleh rakyat kerana bertindak dengan adil sekali.

Kata Kata penguat bebas ialah kata penguat yang boleh hadir secara bebas sama ada di
Penguat hadapan atau di belakang kata adjektif. Kata-kata adjektif tersebut ialah:
Bebas
amat sangat sungguh

Contoh:

1.    (a)  Budak lelaki itu amat tinggi.

       (b)  Budak lelaki itu tinggi amat.

2.    (a)  Penduduk-penduduk di kampung amat rajin.

       (b)  Penduduk-penduduk di kampung rajin amat.

3.    (a)  Masakan ibu kamu sungguh lazat.

       (b)  Masakan ibu kamu lazat sungguh.

Penerangan tentang kata penguat telah dijelaskan dalam kata adjektif sebelum ini.

LATIHAN PENGUKUHAN

A.     Tuliskan kata penguat yang betul pada tempat yang sesuai dalam ayat-ayat di bawah
ini

1    Harga barang-barang di pasar basah itu mahal.


2    Suara penyanyi itu lantang.

3    Makanan yang dijual di kantin sekolah lazat.

4    Pelajar yang pintar itu selalu mendapat markah tinggi dalam kelas karni.

5     Negeri yang besar di Malaysia ialah negeri Sarawak.

6    Tebing sungai itu curam.

7    Cuaca di negara itu panas.

8    Perangai budak itu luar biasa.                            

9   Angin yang bertiup pada petang itu nyaman.                                                                            

10    Ayah letih setelah sehari suntuk bekerja di sawah

Kata Penguat
By cikguhii ¶ Posted in Tatabahasa ¶ Tagged bahasa malaysia, kata penguat, pmr, spm, stpm, tatabahasa, upsr
¶Leave a comment
Kata Penguat 程度词                                                                                 
Kata
Penguat Ayat Contoh
Bil.

Anjing itu sangat garang.
Anjing itu garang sangat.
1 sangat

Murid itu sungguh malas.
Murid itu malas sungguh.
2 sungguh

Kucing itu amat comel.
Kucing itu comel amat.
3 amat

4 paling Dia paling tinggi di dalam kelas.


5 terlalu Harga barang itu terlalu mahal.

6 agak Rasa buah itu agak masam.

7 nian Permandangan kampung itu indah nian.

8 betul Mudah betul untuk menjawab soalan ini.

9 benar Susah benar untuk menjawab soalan ini.

10 sekali Negeri yang besar sekali ialah Sarawak.

 
Kesalahan Tatabahasa
1 Dia paling tinggi sekali di dalam kelas. (salah)

  Dia paling tinggi di dalam kelas. (betul)

2 Harga barang itu terlalu mahal sekali. (salah)

  Harga barang itu terlalu mahal. (betul)

3 Rasa buah itu agak masam sekali. (salah)

  Rasa buah itu agak masam. (betul)

4 Anjing itu sangat garang sekali. (betul)

5 Murid itu sungguh malas sekali. (betul)

6 Kucing itu amat comel sekali. (betul)

Anda mungkin juga menyukai