Anda di halaman 1dari 2

KATA PENGUAT

1. Kata Penguat Hadapan – Kata penguat yang terletak di hadapan


kata adjektif atau frasa adjektif. Contohnya : paling, terlalu, agak
2. Kata Penguat Belakang – Kata penguat yang hadir selepas kata
adjektif atau frasa adjektif. Contoh : nian, benar, sekali.
3. Kata Penguat Bebas – Kata penguat yang hadir sebelum atau
selepas kata adjektif atau frasa adjektif. Contoh : sungguh, sangat,
amat
4. Contoh penggunaan ayat :
a. Masakan ibu paling sedap.
b. Dia sedih benar kerana tidak dapat menziarahi neneknya di
kampung.
c. Pakaian budak itu sungguh kemas.
d. Pakaian budak itu kemas sungguh.
Praktis Pengukuhan 1
Tandakan (/) bagi ayat yang menggunakan kata penguat yang betul dan
tandakan (x) bagi ayat yang menggunakan kata penguat yang salah.
1. Indah benar pemandangan di kawasan ini, apatah lagi pada waktu
pagi. ( )
2. Keadaan kedua – dua orang adik – beradik itu sungguh
menyedihkan selepas kematian ibu bapanya. ( )
3. Pinggan mangkuk yang dibeli oleh Puan Salmah di kedai itu cantik
paling. ( )
4. Budak yang baru berpindah ke sekolah kami bijak sungguh. ( )
5. Betul berani budak itu tinggal bersendirian di rumah yang besar
itu. ( )
Praktis Pengukuhan 2
Isi tempat kosong dengan kata penguat yang betul.
agak sangat nian sungguh sekali

1. Cantik _______ hamparan sawah padi yang sedang menguning itu.


2. Kadar kemalangan jalan raya di negara kita __________ tinggi
pada setiap tahun.
3. Harga barang yang ditawarkan di pasar raya itu menarik ________
terutama pada musim perayaan.
4. Gunung yang _________ tinggi itu akan kami daki.
5. Baik _____________ budak yang tinggal di hujung kampung itu.

Praktis Pengukuhan 3
Bina 5 ayat sendiri yang mengandungi kata penguat ”sangat”
1. Karangan yang ditulis oleh murid Kolej Tun Datu Tuanku Haji
Bujang itu panjang sangat hingga melampaui bilangan perkataan
yang dikehendaki soalan.
2.
3.
4.
5.

Anda mungkin juga menyukai