Anda di halaman 1dari 13

LATIHAN KATA PENGUAT

KATA PENGUAT
Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.
1. Ibu saya __________ sayang akan barang-barang antiknya.
A sangat C nian
B benar D sekali

2. Karangan saya telah terpilih memenangi kategori tulisan yang __________


cantik antara peserta-peserta yang bertanding.
A sungguh C paling
B sekali D begitu

3. Rohana _________ pandai jika dibandingkan dengan adik-beradik.


A begitu C sekali
B agak D betul

4. Tempat ini __________ indahnya sehingga menenangkan fikiran.


A demikian C sekali
B agak D nian

5. Cendol pulut Pak Hassan __________ sehingga terkenal di pekan ini.


A nian enak C paling enak sekali
B sekali enak D sungguh enak sekali

6. Kakak saya sedih __________ apabila nenek meninggal kerana dia tinggal
dengan nenek sejak kecil lagi.

A benar C lebih
B makin D cukup

7. Jurulatih itu _________ tegas terhadap pemain jika berkaitan dengan


disiplin.
A amat C nian
B benar D sekali

8. Kediamannya terletak _________ jauh dari pecan itu.


A nian C benar
B agak D paling

9. Para doktor tetap meneruskan tugas menyelamat mangsa serangan askar


Israel walaupun mereka _________ letih.
A amat C paling
B agak D nian

10. ________ tidak disangka bahawa Farid pandai memasak makanan


tradisional Melayu.
A Amat C Paling
B Terlalu D Sungguh

11. Kerap _________ dia ke perpustakaan sejak belakangan ini kerana ingin
mengulang kaji pelajaran.
A paling C sungguh
B nian D agak

12. Besar _________ kubah masjid yang terletak di bandar itu.


A sekali C agak
B lebih D terlalu

13. Hujah-hujah yang dikemukakan oleh pihak pencadang dalam perbahasan


itu ___________ meyakinkan.
A paling C makin
B agak D amat

14. Junaidilah yang ________ banyak mengemukakan idea


perbincangan tentang aktiviti tahunan persatuan Bahasa Melayu.

dalam

A paling C terlalu
B sekali D nian

15. Jangan _________ mengharap kita akan menang kerana peserta-peserta


sekolah lain tidak kurang hebatnya.
A terlalu C paling
B sangat D cukup

16. Indah _________ pemandangan matahari terbenam pada waktu senja di


tepi pantai itu.
A nian C paling
B terlalu D agak

17. Tikar mengkuang yang dianyam oleh kakak _________ kemas dan perlu
dibaiki lagi.

A cukup C makin
B amat D kurang

18. Jangan buka tingkap itu _________ lebar kerana angin dari luar sejuk.
A sekali C terlalu
B cukup D nian

19. Rafi _________ keberatan hendak ke rumah kawannya untuk meminjam


buku kerana hari sudah lewat.
A sekali C agak
B paling D kurang

20. Lambat _________ dia pulang semenjak bertukar tempat kerja.


A terlalu C paling
B benar D agak

Latihan 7 : Kata Penguat


Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1 ______________ pantas kuda berwarna putih itu berlari.


A Nian
B Benar
C Sekali

D Terlalu

2 Haiwan yang ___________ besar di darat ialah gajah.


A betul
B benar
C sekali
D paling

3 Antara batu permata itu, berlian yang ___________mahal.


A paling
B sekali
C benar
D betul

4 Rasa kopi yang dibancuh oleh Ros _________ manis.


A nian
B agak
C betul
D benar

5 Arumugam merupakan penjaga gol pasukan negara yang __________ handal.


A paling
B sekali
C betul

D nian

6 Tulisan Sulaiman _________ cantik dan kemas.


A sungguh
B sekali
C benar
D nian

7 Cerita yang dikarang oleh Maniam itu _________ menarik.


A amat
B betul
C benar
D sekali

8 Rasa buah durian itu _________ sedap.


A betul
B benar
C sekali
D sangat

9 Sang Kancil merupakan haiwan yang __________ pintar.


A paling
B sekali
C betul

D nian

10 Biskut coklat yang dibuat oleh Mak Cik Yam ____________rangup.


A sekali
B betul
C amat
D nian
Jawapan:
1 D

6 A

2 D

7 A

3 A

8 D

4 B

9 A

5 A

10 C

Latihan Tatabahasa

Gariskan kata penguat yang sesuai.


1. Kepalanya (sangat, nian, betul) sakit sehingga menyebabkan dia tidak
dapat membuat
kerja.
2. Pekerjaan yang ditawarkan oleh Syarikat Nam Yik sesuai (agak, sekali,
paling) untuk graduan universiti.
3. Rumah banglo yang dibina di kawasan perumahan itu merupakan rumah
yang (terlalu, paling, benar) cantik di situ.
4.

Udara di puncak bukit itu nyaman (agak, sekali, paling).

5.

Pensel yang diasah oleh Min tajam (sungguh, paling, terlalu).

6. Latihan Matematik yang diberikan oleh Cikgu Rosminah mudah (nian,


paling, agak).

Kata Tugas ( Kata Penguat)

1.4.9 KATA PENGUAT ( KATA PENGUAT SECARA LANGSUNG TELAH


DIBINCANGKAN DALAM BAB
KATA ADJKTIF 1.3 DI MUKA SURAT 55 )
PERKARA

KETERANGAN

Kata
Penguat

Kata penguat ialah kata yang digunakan untuk menguatkan maksud


bagi sesuatu kata adjektif. Kata penguat ini jugs disebut kata digri
dan umumnya hadir bersama-sama kata adjektif atau kata kerja
yang membawa maksud kata adjektif seperti memberangsangkan,
memilukan, membosankan, dan sebagainyaSecara umumnya kata penguat/kata digri terdiri daripada tiga jenis,
iaitu:
Kata Penguat
1) Kata Penguat Belakang
2. Kata Penguat
Hadapan
3. Kata Penguat Bebas

PERKARA

KETERANGAN

Kata
Penguat
Hadapan

Kata penguat hadapan ialah kata yang letaknya hanya sebelum kata
adjektif. Kata-kata ini tidak boleh hadir selepas kata-adjektif. Katakata tersebut ialah:-

agak

paling

terlalu

Contoh:
1 Harga kereta keluaran terbaharu itu agak mahal.
2 Gunung yang paling tinggi di Malaysia ialah Gunung Kinabalu.
3 Harga barang di pasar rays itu terlalu mahal.

Kata
Penguat
Belakang

Kata penguat belakang ialah kata yang letaknya selepas kata


adjektif atau kata kerja yang berunsur adjektif. Kata-kata ini hanya
hadir selepas kata adjektif dan tidak boleh hadir
benar

betul

nian

sekali

Contoh:
1 Barang-barang di kedai runcit itu mahal betul.
2 Para pelajar yang menyertai seminar itu rajin benar.
3 Pemandangan di tepi pantai di Pulau Tioman indah nian.
4 Baginda disukai oleh rakyat kerana bertindak dengan
adil sekali.
Kata
Penguat
Bebas

Kata penguat bebas ialah kata penguat yang boleh hadir secara
bebas sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif. Kata-kata
adjektif tersebut ialah:
amat

sangat

sungguh

Contoh:
1.

(a) Budak lelaki itu amat tinggi.


(b) Budak lelaki itu tinggi amat.

2.

(a) Penduduk-penduduk di kampung amat rajin.


(b) Penduduk-penduduk di kampung rajin amat.

3.

(a) Masakan ibu kamu sungguh lazat.

(b) Masakan ibu kamu lazat sungguh.


Penerangan tentang kata penguat telah dijelaskan dalam kata
adjektif sebelum ini.

LATIHAN PENGUKUHAN
A. Tuliskan kata penguat yang betul pada tempat yang sesuai
dalam ayat-ayat di bawah ini
1

Harga barang-barang di pasar basah itu mahal.

Suara penyanyi itu lantang.

Makanan yang dijual di kantin sekolah lazat.

Pelajar yang pintar itu selalu mendapat markah tinggi dalam kelas karni.

Negeri yang besar di Malaysia ialah negeri Sarawak.

Tebing sungai itu curam.

Cuaca di negara itu panas.

Perangai budak itu luar biasa.

9 Angin yang bertiup pada petang itu


nyaman.
10

Ayah letih setelah sehari suntuk bekerja di sawah

Kata Penguat
By cikguhii Posted in Tatabahasa Tagged bahasa malaysia, kata
penguat, pmr, spm, stpm, tatabahasa, upsr Leave a comment

Kata Penguat
Kata
Penguat

Ayat Contoh

Bil.
Anjing itu sangat garang.
Anjing itu garang sangat.
1

sangat
Murid itu sungguh malas.
Murid itu malas sungguh.

sungguh
Kucing itu amat comel.
Kucing itu comel amat.

amat

paling

Dia paling tinggi di dalam kelas.

terlalu

Harga barang itu terlalu mahal.

agak

Rasa buah itu agak masam.

nian

Permandangan kampung itu


indah nian.

betul

Mudah betul untuk menjawab soalan


ini.

benar

Susah benar untuk menjawab soalan


ini.

sekali

Negeri yang besar sekali ialah


Sarawak.

8
9
10

Kesalahan Tatabahasa
1

Dia paling tinggi sekali di dalam kelas.

(salah)

Dia paling tinggi di dalam kelas.

(betul)

Harga barang itu terlalu mahal sekali.

(salah)

Harga barang itu terlalu mahal.

(betul)

Rasa buah itu agak masam sekali.

(salah)

Rasa buah itu agak masam.

(betul)

Anjing itu sangat garang sekali.

(betul)

Murid itu sungguh malas sekali.

(betul)

Kucing itu amat comel sekali.

(betul)

Anda mungkin juga menyukai