Anda di halaman 1dari 4

Latihan 1

Pilih jawapan yang betul.

1. Ali dan Rahmat baik hati. ______ disukai oleh rakan-rakan.


a. Kita
b. Dia
c. Beliau
d. Mereka

2. Wahid ponteng sekolah. ______ didenda oleh guru disiplin.


a. Saya
b. Dia
c. Aku
d. Mereka

3. ______ ialah negarawan yang terkenal.


a. Dia
b. Kamu
c. Beliau
d. Kita

4. "______ ingin bersantap," titah sultan.


a. Beta
b. Hamba
c. Patik
d. Tuanku

5. "______ mohon pertimbangan tuanku," kata Laksamana Hang Tuah


kepada sultan.
a. Beta
b. Hamba
c. Aku
d. Saya

6. "______ patut menyanyikan lagu kebangsaan dengan penuh semangat,"


kata ketua pengawas.
a. Kita
b. Kami
c. Dia
d. Mereka

7. Kumaran suka akan rambutan tetapi ______ tidak suka akan manggis.
a. kita
b. dia
c. mereka
d. nya
Latihan 2

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

1. ____________seorang budak yang baik hati dan jujur.

2. Di manakah ____________tinggal?

3. ____________bertiga merupakan sahabat karib.

4. "Dayang,____________ingin bersantap sekarang juga," titah Sultan

Mahmud.

5. Puan Monaliza ialah guru kelas saya. ____________ seorang guru

yang penyayang dan baik hati.

6. "Sembah____________harap diampun,"kata Laksamana Kirana

kepada ____________Sultan Rauddin Syah.

7. "____________akan ke rumah awak esok,"kata Rauna dan Rauni

kepada ____________.

8. Cis, berani ____________membuli adikku!

baginda beta patik engkau

kami mereka awak dia

saya beliau
Kata Ganti Nama Diri digunakan untuk menggantikan nama orang. Kata Ganti
Nama Diri terdiri daripada 3 jenis,iaitu:

Kata Ganti Nama Diri Pertama


Kata Ganti Nama Diri Kedua
Kata Ganti Nama Diri Ketiga
Kata Ganti Nama Diri Pertama

1. Saya : digunakan dalam situasi rasmi,semasa bercakap dengan orang


yang lebih tua.

2. Aku : bercakap dengan orang yang rapat, doa kepada tuhan.

3. Beta : digunakan oleh raja.

4. Patik : digunakan oleh rakyat biasa semasa bertutur dengan raja.

5. Kami : tidak termasuk orang yang diajak bercakap.

6. Kita : digunakan untuk orang yang bertutur dan termasuk orang yang
diajak bercakap.

Kata Ganti Nama Diri Kedua

1. Anda : digunakan apabila tiada hubungan langsung atau pertemuan.

2. Awak : digunakan untuk bercakap dengan kawan.

3. Engkau: digunakan antara dua pihak yang rapat hubungannya,


digunakan untuk membahasakan Tuhan semasa berdoa.
4. Kamu : digunakan oleh orang yang lebih tua terhadap orang yang lebih
muda.

5. Kalian : digunakan untuk diri kedua yang lebih muda daripada orang
yang bercakap atau lebih daripada seorang.
Kata Ganti Nama Diri Ketiga

1. Dia/Ia : digunakan untuk orang biasa.

2. Beliau : digunakan untuk orang yang terhormat.

3. Baginda : digunakan untuk raja.

4. Mereka : digunakan untuk diri ketiga yang lebih daripada seorang.

Anda mungkin juga menyukai