Anda di halaman 1dari 1

Panduan Penggunaan Mobail Bilik Tidur Saya

1. Guru menggantungkan mobail pada suatu sudut di dalam kelas. 2. Semasa sesi pengajaran, guru meminta murid untuk mengeja dan membaca tajuk yang terdapat pada mobail tersebut. 3. Setelah murid dapat mengeja dan membaca tajuk Bilik Tidur Saya dengan betul, guru meminta murid untuk melihat gambar-gambar yang terdapat pada mobail tersebut. 4. Guru meminta murid untuk memilih salah satu gambar dan mengeja perkataan yang menunjukkan gambar tersebut. 5. Guru menyemak dan memperbetulkan ejaan murid. 6. Langkah 4 dan 5 diulang untuk kesemua gambar yang lain. 7. Guru meminta murid untuk menyalin semula perkataan-perkataan tersebut di dalam buku latihan. 8. Guru meminta murid untuk membina ayat mudah berdasarkan perkataanperkataan tersebut. 9. Guru menyemak dan memperbetulkan ayat murid.

Anda mungkin juga menyukai