Anda di halaman 1dari 13

Kata Imbuhan

Latihan 1 Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai. (berasa, ditegur, jauhi, Tanaman, bertambah, melanggar) 1.Kuah kari itu memang _______________ pedas. 2._______________ herba amat sesuai dengan iklim di negara kita. 3.Wahai kawan, ________________lah sifat malas dan degil. 4.Kereta yang dipandu laju itu ________________ seorang tua yang sedang melintas jalan. 5.Apabila malam menjelang, suasana di tapak pesta itu _______________ meriah. 6.Leong _______________ oleh abangnya kerana menunggang motosikal tanpa lesen.

Latihan 2 Garisi perkataan berimbuhan yang sesuai. 1.Banyak rumah penduduk kampung yang (tercabut, dicabut) bumbung akibat ribut malam tadi. 2.Ramu dan adik-adiknya bercadang hendak (dicat, mengecat) rumah mereka sempena Deepavali nanti. 3.(Kesemua, Semua) anak Encik Murad berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading. 4."(Menyiram, Sirami) pokok di tepi pagar itu, Amin," kata ibunya. 5.Stadium itu dibanjiri (lautan, melaut) manusia. 6.Perangai budak itu sungguh nakal seperti orang tidak (belajar, berajar).

7.(Penduduk, Menduduki) kampung Andak mengalami kerugian setelah hasil tanaman mereka ditanggelami banjir. 8.Adik menangis kerana (kejatuhan, terjatuh) dari katilnya.

Latihan 3

Pilih jawapan yang betul. 1.Walaupun hanya anak angkat, Syamil ________________ sepenuh kasih sayang oleh keluarga Encik Jamal. A.diberi B.memberi C.pemberian D.memberikan 2.Karim sedang leka ________________ kerja sekolah hingga tidak sedar akan kedatangan kawan-kawannya. A.menyiapkan B.disiapkan C.persiapan D.bersiap 3.Anak gadis Puan Mona _________________ minuman kepada tetamu yang datang. A.hidangan B.terhidang C.dihidangkan D.menghidangkan

4.Datuk Malek Mydin menjadi rakyat Malaysia yang pertama berenang ________________ Selat Inggeris. A.direntasi B.rentasan C.merentasi D.merentaskan 5.Seruling yang ditiup oleh Mohar itu ________________ nyaring. A.membunyikan B.bunyi-bunyikan C.dibunyikan D.berbunyi 6.Murid itu berjaya _________________ sebuah meja serba guna. A.pencipta B.mencipta C.diciptakan D.penciptaan

Kata Ganti Lain Latihan 1 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1.Saya murid baru di sekolah ____________________. A.ini B.apa C.sini

2.Nama guru kamu __________________? A.apa B.situ C.sini D.sana 3.Puan Ros ke Indonesia. Dia berada di __________________ selama setahun. A.itu B.situ C.sini D.sana 4.Tidak ada __________________ di dalam almari itu. A.bila-bila B.apa-apa C.siapa-siapa D.mana-mana 5.Kami tidak menyebelahi __________________ pihak. A.apa-apa B.bila-bila C.mana-mana D.siapa-siapa

Penjodoh Bilangan Latihan 1 Garisi penjodoh bilangan yang betul dalam ayat di bawah. 1.Cikgu Hadi berpesan kepada murid-muridnya supaya membawa (sebentuk, sebuku) benang dan (sebilah, sehelai) kertas warna. 2.Polis melepaskan beberapa (das, cucuk) tembakan amaran kepada perompak itu. 3.Perkhemahan itu disertai oleh beberapa (kumpulan, gerombolan) pengakap dan pasukan bulan sabit merah. 4.Datuk sedang mengasah (sebatang, sebilah) parang miliknya yang sudah lama tidak digunakan. 5.Mak Cik Hasnah membuang beberapa (butir, batang) padi ketika menampi beras.

Latihan 2 Tulis penjodoh bilangan yang betul bagi perkataan bergaris. 1.Pemuda yang gemuk itu mampu makan dua puluh batang sate dengan cepat sekali. ______________ 2.Seorang hartawan ingin membeli beberapa buah tanah penduduk kampung. ______________ 3.Hock Seng makan sebuah betik sambil menonton televisyen. _____________ 4.Suzana menempah segulung baju kebaya untuk dipakai semasa majlis hari jadinya. _______________ 5.Yang Hwa menggunakan sebutir mata kail dan sebatang joran ketika memancing ikan. ______________

Latihan 3 Pilih jawapan yang betul. 1.Kereta itu terbabas lalu melanggar se________________ tiang telefon yang berada di tepi jalan. A.buah B.deret C.batang D.bidang 2.Encik Wong membeli beberapa ________________ kawat duri untuk memagari kebun pisangnya. A.bilah B.rawan C.gelung D.keping 3.Encik Tan hanya menyebut dua ________________ kata sahaja apabila disoal oleh pihak polis. A.biji B.patah C.batang D.naskhah 4.Abang membawa dua _______________ joran untuk memancing ikan di sungai. A.urat B.utas C.bentuk D.batang

5.Ayu memetik _______________ bunga di taman bunga rumahnya. A.sebuah B.sepokok C.sekuntum D.sebatang

Tanda Baca

Tuliskan perkataan "betul" bagi ayat yang menggunakan tanda baca yang betul dan "salah" bagi ayat yang menggunakan tanda baca yang salah. 1.Ibu suruh saya membeli sekilo gula dua ekor ikan dan seikat kangkung. ( ) 2.Halim ingin mengajak Lokman dan Gariesh bermalam di rumahnya. ( ) 3.Encik Wong bercadang untuk membuka sebuah Restoran Makanan Laut di melaka. ( ) 4.Bilakah ayah kamu akan berangkat ke Indonesia? ( ) 5.Cis berani engkau mengingkari perintah aku! ( ) 6.Murid-murid sedang menyanyikan lagu "Negaraku". ( )

Latihan 2 Tulis ayat-ayat di bawah semula dengan meletakkan tanda baca yang sesuai. 1.zaki dan siva melawat ke muzium negara kuala lumpur ______________________________________________________________________ 2.syabas awak berjaya menjadi johan akhirnya ______________________________________________________________________ 3.mengapakah budak perempuan itu menangis ______________________________________________________________________

4.makanan di restoran cita rasa sungguh enak dan murah harganya ______________________________________________________________________ 5.beberapa orang murid sedang bersenam di padang ______________________________________________________________________ 6.puan seela sudah membeli sebuah kereta proton saga baharu pada minggu lepas ______________________________________________________________________

Latihan 3 Pilih jawapan yang betul. 1. A."Mengapakah kamu tidak datang ke sekolah semalam ?" Tanya cikgu Siti. B."Mengapakah kamu tidak datang ke sekolah semalam ?" tanya Cikgu Siti. C."Mengapakah kamu tidak datang ke sekolah semalam?" Tanya Cikgu Siti. D."Mengapakah kamu tidak datang ke sekolah semalam." tanay Cikgu Siti. 2. A."Aduhai, malang sungguh nasibku hari ini." keluh pengemis itu. B."Aduhai! malang sungguh nasibku hari ini." Keluh pengemis itu. C."Aduhai. Malang sungguh nasibku hari ini!" keluh pengemis itu. D."Aduhai, malng sungguh nasibku hari ini!" keluh pengemis itu. 3. A.Tolong! Tolong! Ada kebakaran, jerit Samy. B."Tolong, tolong, ada kebakaran!" jerit Samy. C."Tolong! Tolong! ada kebakaran!" Jerit Samy. D."Tolong! Tolong! Ada kebakaran," jerit Samy. 4. A."Wah! cantik sungguh rumah kamu," kata Siti. B."Wah, cantik sungguh rumah kamu!" kata Siti. C.Wah, "cantik sungguh rumah kamu kata Siti!" D.Wah, cantik sunggu rumah kamu, kata Siti. 5. A."Di manakah kemalangan itu berlaku?" tanya polis. B."Di manakah kemalangan itu Berlaku?"tanya polis. C."Di manakah kemalangan itu berlaku" tanya polis. D."Di manakah kemalangan itu berlaku?tanta polis."

Antonim
Latihan 1 Tulis antonim bagi perkataan yang bergaris. 1.Halim mempunyai ramai teman kerana sikapnya yang peramah dan baik hati. ( ) 2.Walaupun sudah berusia 60 tahun, Encik Subra masih kelihatan cergas lagi. ( ) 3.Pihak bomba berjaya juga memadamkan kebakaran itu setelah berusaha selama setengah jam. ( ) 4.Makanan yang baru dibelinya itu sangat panas. ( ) 5.Shi Min selalu datang lambat ke pejabatnya kerana kesesakan lalu lintas. ( )

Latihan 2 Pilih jawapan yang betul. 1.Ali sedang membaiki komputer yang dihantar oleh pelanggannya. A.mematikan B.merosakkan C.membetulkan D.menghentikan 2.Kereta Astri tidak dapat bergerak kerana tayarnya terbenam ke dalam tanah yang lembut itu. A.lembik B.kukuh C.keras D.padu

3."Sudah sebulan hujan tidak turun. Air sungai pun sudah semakin cetek," kata Tok Ketua. A.rendah B.dalam C.tinggi D.tohor 4.Galah yang panjang itu boleh digunakan untuk mengait buah rambutan. A.labuh B.singkat C.rendah D.pendek 5.Pada pukul 10.00 malam, suasana di pasar malam semakin lengang. A.sibuk B.sunyi C.kelam D.bising

Sinonim Tulis sinonim bagi perkataan yang bergaris. (lazat, derma, bayu, rosak, wajah, risau) 1.Hartawan itu memberikan sumbangan kepada fakir miskin yang memerlukan. ( ) 2.Ibu semakin bimbang kerana abang belum pulang lagi walaupun sudah larut malam. ( ) 3.Rupa anaknya hampir sama dengan rupa ibunya. ( ) 4.Semua tanaman Pak Abu musnah akibat banjir. ( ) 5.Masakan emak sungguh enak+ dan selalu dipuji oleh ayah. ( ) 6.Pada waktu malam, angin laut bertiup ke darat. ( )

Latihan 2 Pilih jawapan yang betul. 1.Anak-anak Encik Osman mengikut sahaja segala nasihatnya dan tidak pernah membantah. A.mengambil B.menurut C.melihat D.meniru 2.Pemuda yang kacak dan bergaya itu menjadi kegilaan gadis-gadis di kampungnya. A.baik B.kemas C.tampan D.sombong 3.Pulau Perhentian memang terkenal kerana airnya yang jenih dan pantainya yang bersih. A.masyhur B.agung C.besar D.maju 4.Kebanyakan orang menganggap bahawa wang merupakan perkara yang paling penting dalam hidup ini. A.utama B.mesti C.akhir D.wajib Ang Chin trjaga daripada tidur kerana terdengar bunyi bising di dapur. A.riuh B.sepi C.sibuk D.tenang

Anda mungkin juga menyukai