Anda di halaman 1dari 5

Kemahiran Sintaksis (Mencerakinkan Ayat Majmuk)

(Nota: Mencerakinkan bermakna memisahkan/menceraikan ayat)

Teknik Menjawab:
1. Calon mesti mengenal pasti kata hubung yang terdapat dalam ayat berkenaan.
Contoh:
i) Encik Azman ke pejabat atau pulang ke rumah?
2. Bina ayat tunggal yang baharu. PERHATIAN. Setiap ayat tunggal yang
dibina MESTILAH mempunyai subjek dan predikat.

a. Encik Azman ke pejabat?


(S) (P)

b. Encik Azman pulang ke rumah?


(S) (P)
i) Encik Azman ke pejabat atau pulang ke rumah?

a) Encik Azman ke pejabat?


b) Encik Azman pulang ke rumah?

ii) Hanisah mengambil beg lalu masuk ke dalam kereta.


a) Hanisah mengambil beg.
b) Hanisah masuk ke dalam kereta.

iii) Nazri sedar bahawa dia telah melakukan kesilapan terhadap ibunya.
a) Nazri telah sedar.
b) Nazri telah melakukan kesilapan terhadap ibunya.

iv) Mereka ditahan oleh pihak polis kerana disyaki terlibat dalam kes jenayah.
a) Mereka ditahan oleh pihak polis.
b) Mereka disyaki terlibat dalam kes jenayah.

v) Pemuda itu rajin bekerja dan aktif dalam persatuan belia.


a) Pemuda itu rajin bekerja.
b) Pemuda itu aktif dalam persatuan belia.
AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK

Ayat Tunggal
1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
Contoh :
1. Lelaki itu \ sedang menembak burung.
Subjek = Lelaki itu
Predikat = sedang menembak burung.
2. Ibu saya /seorang guru
Subjek = Ibu saya
Predikat = seorang guru

Ayat Majmuk
1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih dari satu subjek atau lebih dari
satu predikat.
2. Ayat Majmuk juga mengandungi lebih daripada satu ayat tunggal yang
digabungkan menggunakan kata hubung .
3. Terdapat 2 jenis ayat majmuk
a) Ayat majmuk gabungan
b) Ayat majmuk pancangan.
4. Ayat Majmuk Gabungan/ ayat gabungan
- Terbentuk dengan cara menggabungkan dua atau beberapa ayat tunggal menggunakan
kata hubung gabungan seperti – dan, atau, lalu, tetapi, maka, sambil
- Contoh ayat I:
a) Pelajar itu bijak (ayat tunggal)
b) Pelajar itu sombong (ayat tunggal)
c) Pelajar itu bijak tetapi sombong. (ayat majmuk gabungan/ayat gabungan)
Contoh ayat 2:
a) Salim menebas rumput. (ayat tunggal)
b) Salimah menyapu sampah. (ayat tunggal)
c) Salim menebas rumput dan Salimah menyapu sampah. (ayat majmuk gabungan)

5. Ayat majmuk pancangan


- Terbentuk dengan menambah penerang kepada subjek menggunakan kata hubung
pancangan ‘ yang’.
- Contoh I:
a) Lelaki itu abang saya. (ayat tunggal)
b) Lelaki itu tinggi. (ayat tunggal penerang )
c) Lelaki yang tinggi iu abang saya.
- Contoh 2:
a) Orang tua itu dibawa sertamerta ke hospital. (ayat tunggal)
b) Orang tua itu sedang sakit tenat. (penerang subjek)
c) Orang tua yang sedang sakit tenat itu dibawa sertamerta ke hospital. (ayat majmuk
pancangan)
Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal. Tulis jawapan anda pada
ruang jawapan yang disediakan.

i) Encik Azman ke pejabat atau pulang ke rumah?


a) ______________________________________________________________
b) ______________________________________________________________

ii) Hanisah mengambil beg lalu masuk ke dalam kereta.


a) ______________________________________________________________
b) ______________________________________________________________

iii) Nazri sedar bahawa dia telah melakukan kesilapan terhadap ibunya.
a) ______________________________________________________________
b) ______________________________________________________________

iv) Mereka ditahan oleh pihak polis kerana disyaki terlibat dalam kes jenayah.
a) ______________________________________________________________
b) ______________________________________________________________

v) Pemuda itu rajin bekerja dan aktif dalam persatuan belia.


a) ______________________________________________________________
b) ______________________________________________________________

[Maksimum 10m]
Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat sahaja.

1 subjek 1 predikat
Saya sakit
Rumah Ali cantik
Ahmad tidak pergi ke sekolah hari
ini.

Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat yang digabungkan dengan
kata hubung.

Ayat majmuk Kata Ayat tunggal


hubung
Suhaili suka makan nasi dan(a) Suhaili suka makan nasi
lemak dan mi sup. lemak.

(b) Suhaili suka makan mi


sup.
Rumah yang besar itu Yang(a) Rumah itu besar.
rumah Fazli.
(b) Rumah itu rumah Fazli.
Dia memberitahu bahawa bahawa
(a) Dia memberitahu.
kakaknya akan melanjutkan
pelajaran ke luar Negara. (b) Kakaknya akan
melanjutkan pelajaran ke
luar Negara.
Dia akan balik ke kampong Apabila
(a) Dia akan balik ke
apabila ada masa lapang. kampung.

(b) Dia ada masa lapang.


(B) Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah dengan kata hubung yang diberi supaya menjadi ayat
majmuk.
1. Ayah membaca surat khabar.
Ayah menonton televisyen. sambil
________________________________________
2. Hanita tinggal di Taman Aman.
Suresh tinggal di Taman Aman dan
_________________________________________
3. Amran melayari internet.
Amran mencari maklumat terbaru. untuk
_________________________________________
4. Kasut itu berwarna biru.
Kasut itu sangat mahal. yang
_________________________________________
5. Kami terkejut.
Kami terdengar bunyi letupan. apabila
_________________________________________
6. Halim kaya.
Halim kedekut. tetapi
_________________________________________
7. Murid itu mengetuk pintu.
Murid itu masuk ke dalam bilik darjah. sebelum
__________________________________________
8. Ibu memarahi adik.
Adik bermain di tepi longkang. kerana
__________________________________________
9. Asward tetap pergi ke kelas tuisyen.
Asward tidak sihat. walaupun
__________________________________________

Anda mungkin juga menyukai