Anda di halaman 1dari 191

Kandungan

Praktis DSKP Pantun Kiasan 95


Tema 1 Kesihatan dan Kebersihan 1 Pantun Budi 96
Tema 2 Menimba Ilmu 5 Pantun Nasihat 97
Tema 3 Kerjaya ke Mercu Impian 9
Pantun Kasih Sayang 97
Tema 4 Integriti Amalan Kita 13
Syair Nasihat 98
Tema 5 Bahasa dan Sastera 16
Puisi Moden
Tema 6 Teladani Sejarah dan Hargai Warisan 19
Dalam Persekitaran Kata-kata 100
Tema 7 Indah Seni Gah Budaya 22
Tema 8 Utamakan Keselamatan 26 Roti 101

Tema 9 Sukan dan Rekreasi 29 Kucari Damai di Sini 102


Tema 10 Selamat Datang ke Malaysia 32 Pada Sekuntum Mawar 103
Tema 11 Perpaduan 35 Prosa Tradisional
Tema 12 Negaraku Jati Diriku 37 Pelanduk Mengajar Memerang 104
Tema 13 Ekonomi, Keusahawanan dan Cerpen
41
Pengurusan Kewangan
Banjir di Mata Emak 107
Tema 14 Berbudi kepada Alam 44
Talia dan Raksasa Qadqad 109
Tema 15 Sains, Teknologi dan Inovasi 48
Tema 16 Pelestarian Alam 51 Menuai Emas 112

Tema 17 Era Baharu Industri 54 Drama


Tema 18 Pentadbiran dan Politik 56 Mahkamah 114
Sistem Bahasa 59 Praktis Berformat PT3 116
Kata Ganti Nama 59 Pemahaman Petikan 132
• Praktis DSKP 1 – Praktis DSKP 6 60 Praktis Berformat PT3 132
Kata Adjektif 63
Novel 139
• Praktis DSKP 7 64
Meniti Impian 139
Kata Kerja 64
Darah Titik di Semantan 141
• Praktis DSKP 8 65
Jejak MONPUS 143
Kata Sendi Nama 66
• Praktis DSKP 9 66 Jalan ke Puncak 145

Pengimbuhan 66 Praktis Berformat PT3 148


• Praktis DSKP 10 67 Pemindahan Maklumat 153
Kata Ganda 68 Ulasan 153
• Praktis DSKP 11 69 Praktis Berformat PT3 154
Kata Prafrasa 70 Ringkasan 159
Kata Pascakata (Kata Penekan/Kata Pembenda) 74 Praktis Berformat PT3 160
• Praktis DSKP 12 – Praktis DSKP 16 74
Rumusan 165
Jenis-jenis Ayat 77
Praktis Berformat PT3 166
• Praktis DSKP 17 – Praktis DSKP 18 79
Karangan Pendek 172
Praktis Berformat PT3 80
Praktis Berformat PT3 173
Pemahaman Teks (Antologi) 94
Puisi Tradisional Karangan Umum 176
Pantun Alam Remaja 94 Praktis Berformat PT3 177

(0)Masteri BM Tkt 2-Kandungan.indd 1 10/29/21 5:08 PM


TEMA
1 Kesihatan dan Kebersihan

Praktis PBD
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
S.P 1.1.1 Mendengar, mengenal pasti dan menyebut perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan betul dan tepat.
Murid dapat mendengar, mengenal pasti dan menyebut perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan betul dan
Objektif
tepat.

Lakonkan dialog di bawah. Kemudian, sebutkan rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai
ujaran dengan tepat.

Raihan : Hai, Aiman! Apa khabar? Saya mendapat tahu bahawa adik kamu tidak hadir ke sekolah kerana
demam. Bagaimanakah keadaannya sekarang?
Aiman : Khabar baik. Oh, keadaan adik saya sudah beransur baik! Dia tidak tahu menjaga kesihatan diri.
Itulah yang menyebabkan dirinya demam.
Raihan : Baguslah kalau sudah beransur baik. Kita haruslah menjaga kesihatan diri agar sentiasa dalam
keadaan sihat.
Aiman : Ya, ada pelbagai cara untuk memastikan diri kita sentiasa sihat. Kita hendaklah rajin menjaga
kebersihan diri. Sebagai contoh, mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Kita mesti
membersihkan semua anggota badan dari hujung kepala hingga hujung kaki dengan sabun dan
air yang bersih.
Raihan : Kita juga mestilah memotong kuku tangan dan kuku kaki yang panjang kerana kuman mudah
membiak di celah-celah kuku yang panjang.
Aiman : Bagi saya, pemakanan yang seimbang juga amat penting terutama makanan yang berzat.
Makanan segera atau makanan ringan mestilah dijauhi. Jikalau teringin, bolehlah kita makan
sekali-sekala.
Raihan : Saya bersetuju dengan pendapat kamu. Kita juga haruslah bersenam sekurang-kurangnya tiga
kali seminggu supaya peluh dapat dikeluarkan bersama dengan toksin badan.
Aiman : Nampaknya menjaga kesihatan merupakan satu tanggungjawab besar yang harus kita
laksanakan dengan penuh amanah. Oleh itu, kita mestilah menjaga kesihatan diri agar dapat
menjamin kesejahteraan hidup.

Tahap Penguasaan Borang Penilaian


Sebutan dan Intonasi Penyampaian dan Penghayatan Keterampilan Jumlah Markah

/4 /3 /3 /10

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

(1)Masteri BM Tkt 2-Tema 1-9.indd 1 11/2/21 4:59 PM


Kemahiran Membaca
Membaca surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi dan teks pengacaraan dengan sebutan dan intonasi yang betul serta mengenal pasti
S.P 2.1.1
maksud tersurat dan tersirat.
Objektif Murid dapat membaca teks pengacaraan dengan sebutan dan intonasi yang betul serta mengenal pasti maksud tersurat dan tersirat.

Baca teks pengacaraan di bawah dengan sebutan dan intonasi yang betul. Kemudian, jawab soalan
Praktis PBD

berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Melayang serindit di atas permatang, Rakan-rakan guru dan seterusnya yang dikasihi
Merbah berkicau di hujung muara, murid-murid SMK Convent (M) Muar.
Pemanis kata selamat datang,
Alhamdulillah,
Salam sejahtera pembuka bicara.
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana
Bismillahirrahmanirahim. dengan limpah dan rahmat-Nya dapat kita
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. berada di dalam Dewan Budaya ini bagi
menjayakan Program Hari Gotong-royong
Yang Berusaha,
Sekolah. Syabas dan tahniah saya ucapkan
Pn. Siti Zaiton binti Manaf
kepada semua ahli jawatankuasa pelaksanaan
Pengetua SMK Convent (M) Muar
yang bertungkus lumus dalam menjayakan
Yang Dihormati, penganjuran program ini yang sememangnya
Tn. Hj. Mahamud bin Bulat sangat memberikan manfaat kepada semua
YDP PIBG SMK Convent (M) Muar warga sekolah.
Yang Dihormati, Para hadirin sekalian,
Pn. Kong Huey Fung Objektif utama mengadakan program Hari
Penolong Kanan Pentadbiran Gotong-royong adalah untuk meningkatkan
tahap kebersihan sekolah dan mengeratkan
Pn. Wan Hasiah binti Ton Abdullah
hubungan silaturahim antara murid dengan
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
guru. Sekolah yang bersih dan cantik dapat
Cik Chui Yu Peng menarik minat murid-murid untuk datang
Penolong Kanan Kokurikulum ke sekolah dan lebih bersemangat untuk belajar.
Oleh itu, kita haruslah bekerjasama untuk
Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, membersihkan dan menceriakan kawasan
Barisan Jawatankuasa Pengelola Program sekolah agar murid-murid selesa ketika mereka
Hari Gotong-royong Sekolah, menuntut ilmu.

1 Apakah objektif utama mengadakan program Hari Gotong-royong Sekolah?


Objektif utama mengadakan program Hari Gotong-royong adalah untuk meningkatkan tahap kebersihan sekolah dan
mengeratkan hubungan silaturahim antara murid dengan guru.

2 Pada pendapat anda, mengapakah semangat kerjasama sangat penting untuk menjayakan sesuatu?
KBAT Menilai
Pada pendapat saya, semangat kerjasama sangat penting untuk menjayakan sesuatu kerana dapat mengekalkan suasana
harmoni dalam kalangan rakyat di negara kita dan dapat memastikan Malaysia terus cemerlang dan mampu berdaya saing
pada masa akan datang.

Tahap
Penguasaan
1 2 3 4 5 6

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

(1)Masteri BM Tkt 2-Tema 1-9.indd 2 11/2/21 4:59 PM


Kemahiran Menulis
S.P 3.1.1 Menulis untuk menyatakan makna kata, rangkai kata, istilah dan ungkapan serta menggunakannya dengan betul mengikut konteks.
Objektif Murid dapat menulis untuk menyatakan makna kata, rangkai kata, istilah dan ungkapan serta menggunakannya dengan betul mengikut konteks.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, berikan maksud bagi perkataan yang berhuruf tebal dan

Praktis PBD
bina ayat daripada perkataan tersebut.

Amalan Kesihatan dan Kebersihan

Setiap orang perlu menjaga kesihatan dan kebersihan diri. Tahap kebersihan seseorang akan menentukan
kesihatan seseorang. Seseorang yang bersih akan meninggalkan kesan yang positif kepada orang lain.
Terdapat pelbagai langkah afdal untuk memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.
Kebersihan badan amat penting kerana orang yang mementingkan kebersihan akan terhindar
daripada sebarang penyakit kulit seperti bisul, kudis, kurap dan seumpamanya. Oleh hal yang demikian,
kita haruslah menjaga kebersihan badan dengan mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari supaya kita
tidak dijangkiti penyakit. Di samping itu, kita harus sentiasa menukar baju yang dipakai dan tidak berkongsi
tuala dengan orang lain untuk memastikan badan kita bersih. Seseorang yang selalu tampil bersih pasti
akan disenangi oleh rakan taulan.
Selain kebersihan fizikal, kebersihan minda juga penting agar kita tidak mudah dibawa arus songsang.
Sebagai contoh, kita harus sentiasa menjadikan agama sebagai pedoman hidup agar perbuatan kita
tidak melampaui norma masyarakat. Melalui pendekatan tersebut, kita tidak mudah dipengaruhi dengan
unsur-unsur negatif seperti seks bebas, perbuatan tahyul dan keganasan. Dengan itu, kesihatan kita lebih
terjamin kerana kita tidak mudah terjebak dengan perkara yang merosakkan masa hadapan kita dan
dijangkiti pelbagai penyakit.
Kebersihan diri turut terpelihara apabila kebersihan persekitaran tempat tinggal kita terjaga. Kita
seharusnya menjaga kebersihan tempat tidur, bilik mandi dan tempat makan. Sekiranya tidak diuruskan
dengan baik, banyak anasir boleh mengancam kebersihan dan kesihatan kita. Tikus, nyamuk dan lipas akan
membiak di tempat yang kotor dan busuk. Pelbagai penyakit seperti penyakit berjangkit, serangan kuman
dan udara yang tidak bersih boleh membawa musibah penyakit. Sewajarnya, kawasan sekitar hendaklah
dibersihkan dan dihiaskan dengan pokok-pokok bunga serta landskap yang menarik. Sebenarnya, semua
perkara tersebut menjadi aset untuk jiwa, minda dan emosi supaya menjadi tenang dan stabil.
Kesimpulannya, kebersihan memainkan peranan penting dalam usaha menjaga kesihatan diri. Oleh
itu, marilah kita sama-sama menjaga kebersihan dan kesihatan agar menjamin kesejahteraan hidup.

Beri maksud perkataan di bawah.

1 afdal lebih baik, lebih utama

2 taulan kawan

3 norma sukatan yang standard untuk menentukan sesuatu; ukuran; kaedah

4 musibah bencana, celaka, malapetaka

5 aset wang tunai dan harta benda (seperti tanah, bangunan dan lain-lain) yang dimiliki seseorang

6 kesejahteraan keadaan sejahtera; keamanan dan keselamatan

(1)Masteri BM Tkt 2-Tema 1-9.indd 3 11/2/21 4:59 PM


Bina ayat daripada perkataan tersebut.
Langkah yang afdal untuk mengatasi kemalangan jalan raya adalah dengan menguatkuasakan undang-undang oleh pihak
1
berkuasa.

Praktis PBD

Dalam meniti kehidupan, kita pasti akan berdampingan dengan ahli keluarga, saudara-mara dan rakan taulan.
2

Norma komuniti merupakan peraturan dan amalan-amalan yang menjadi kebiasaan dan diterima oleh komuniti.
3

Keluarga itu menerima musibah yang menimpa mereka dengan hati terbuka.
4

Golongan remaja merupakan aset penting kepada negara pada masa hadapan.
5

Rakyat Malaysia mesti bersatu demi kesejahteraan negara.


6


(Terima mana-mana jawapan yang sesuai)

Tahap
Penguasaan
1 2 3 4 5 6

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

(1)Masteri BM Tkt 2-Tema 1-9.indd 4 11/2/21 4:59 PM


TEMA
2 Menimba Ilmu

Praktis PBD
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Mendengar dan memahami perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan serta menggunakannya dalam pelbagai ujaran dengan betul dan tepat
S.P 1.2.1
mengikut konteks secara bertatasusila.
Murid dapat mendengar, mengenal pasti dan menyebut perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan betul dan
Objektif
tepat.

Dengar gurindam dengan teliti. Kemudian, berikan maksud istilah dan rangkai kata berikut.

Gurindam Kepentingan Ilmu

Pentingnya ilmu tak dapat disangkal, Pentingnya ilmu mematangkan fikiran,


memantapkan pendirian menajamkan akal. otak cerdas maju jaya dalam pelajaran.

Pentingnya ilmu tak pernah terhad, Pentingnya ilmu memuliakan diri,


dari buaian hingga ke liang lahad. dihormati orang serata negeri.

Pentingnya ilmu dalam semua perkara, Pentingnya ilmu membetulkan tindakan,


ketika bekerja atau bual bicara. dapat membezakan kebaikan dan keburukan.

Pentingnya ilmu disedari sejak dulu, Pentingnya ilmu menjanjikan perubahan,


segala tindakan tidak melulu. hidup berjaya di mercu kemegahan.

Pentingnya ilmu membawa manfaat, Pentingnya ilmu nama terpahat,


hidup indah terisi setiap saat. disebut dikagumi jelas terlihat.

Istilah/Rangkai kata Maksud

1 menajamkan akal mengasah supaya fikiran menjadi tajam

2 liang lahad ruang di dalam kubur tempat meletakkan mayat

3 melulu tidak lain hanya; semata-mata

4 manfaat sesuatu yang mendatangkan kebaikan/faedah

5 mercu bahagian yang tertinggi; puncak

6 terpahat telah diukir dengan pahat

Tahap
Penguasaan
1 2 3 4 5 6

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

(1)Masteri BM Tkt 2-Tema 1-9.indd 5 11/2/21 4:59 PM


Kemahiran Membaca
S.P 2.2.2 Membaca untuk memahami dan menaakul maklumat berbentuk pesanan daripada pelbagai bahan dengan memberikan respons yang betul.
Murid dapat membaca untuk memahami dan menaakul maklumat berbentuk pesanan daripada pelbagai bahan dengan memberikan respons
Objektif
yang betul.

Baca petikan di bawah. Kemudian, senaraikan maklumat berbentuk pesanan yang terdapat dalam petikan.
Praktis PBD

Ilmu sangat penting dalam kehidupan manusia. Dengan adanya ilmu, sudah tentu kita akan mendapat
maslahat yang banyak terutamanya dalam era globalisasi ini. Dengan menguasai ilmu, peluang kerjaya
seseorang akan lebih terbuka dan lebih mudah untuk mendapat pekerjaan. Bukan itu sahaja, ilmu yang
dimiliki juga membolehkan kita menguasai bidang perniagaan yang semakin kompleks dan bercorak
global dewasa ini. Persoalannya, bagaimanakah caranya untuk kita menambah ilmu pengetahuan?
Antara cara kita memperoleh ilmu dalam pelbagai bidang adalah dengan melalui penggunaan media
sosial. Pada zaman moden ini, ilmu pengetahuan amat senang diperoleh kerana maklumat di hujung
jari. Melalui media sosial, kita dapat mencari maklumat tambahan tentang apa-apa sahaja yang ingin
diketahui melalui aplikasi Facebook, Instagram dan Twitter. Oleh itu, kita perlulah menggunakan media
sosial sebagai medium untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang luas agar kita dapat menguasai
pelbagai bidang keilmuan dunia. Di samping itu, kita juga boleh menguasai ilmu dengan berkunjung
ke perpustakaan untuk membaca buku. Melalui pembacaan buku, perspektif kita terhadap dunia akan
berubah kerana pembacaan buku memerlukan kita berfikir secara kritis dan rasional. Maka, ilmu-ilmu
yang diperoleh daripada buku dapat kita terapkan bagi menguasai pelbagai bidang kehidupan.
Selanjutnya, untuk menambah ilmu pengetahuan, kita perlu mengikuti kelas tuisyen dan program
kecemerlangan akademik anjuran sekolah. Kita sedia maklum, tenaga pengajar yang mengajar di pusat
tuisyen terdiri daripada guru-guru yang berpengalaman. Justeru, ibu bapa tidak teragak-agak untuk
melaburkan wang demi kecemerlangan anak-anak dengan menghantar mereka ke pusat tuisyen. Selain
itu, pihak sekolah juga sentiasa mengadakan program kecemerlangan akademik dengan mengundang
guru-guru cemerlang agar dapat memupuk kesedaran tentang pentingnya ilmu pengetahuan untuk
mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Seterusnya, cara kita menuntut ilmu pengetahuan adalah
dengan memberi tumpuan kepada sesi pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Kita akan
mudah memahami ilmu yang disampaikan oleh guru-guru semasa belajar di dalam kelas tanpa sebarang
gangguan. Kita perlu mengamalkan sikap rajin bertanya sekiranya tidak memahami pengajaran guru.
Ibarat pepatah, “malu bertanya sesat jalan”. Akhir sekali, kita perlulah sentiasa meminta tunjuk ajar
daripada ibu bapa dan guru-guru di sekolah. Hal ini demikian kerana ibu bapa dan guru bagaikan aur
dengan tebing dalam melaksanakan obligasi mereka dalam mendidik serta mengajar murid-murid dengan
ilmu pengetahuan di dunia dan di akhirat kerana merekalah insan yang telah banyak menempuhi pahit
manis kehidupan dunia. Kesimpulannya, ilmu amat penting dalam kehidupan dan memiliki ilmu banyak
kebaikan dalam kehidupan kita.

Senaraikan maklumat berbentuk pesanan.

1 Memperoleh ilmu melalui penggunaan media sosial.

2 Memperoleh ilmu melalui kunjungan ke perpustakaan.

3 Memperoleh ilmu dengan mengikuti kelas tuisyen.

4 Memperoleh ilmu dengan mengikuti program kecemerlangan akademik anjuran sekolah.

5 Memperoleh ilmu dengan memberi tumpuan kepada sesi pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas.

6 Memperoleh ilmu dengan meminta tunjuk ajar daripada ibu bapa dan guru-guru di sekolah.

Tahap
Penguasaan
1 2 3 4 5 6

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

(1)Masteri BM Tkt 2-Tema 1-9.indd 6 11/2/21 4:59 PM


Kemahiran Menulis
S.P 3.3.1 Menulis untuk melengkapkan perenggan dalam pelbagai bahan dengan betul dan tepat.
Objektif Murid dapat melengkapkan perenggan berdasarkan gambar yang telah diberikan.

Baca teks dan teliti gambar di bawah. Kemudian, lengkapkan empat perenggan berdasarkan gambar.

Praktis PBD
Slogan “Membaca Jambatan Ilmu” dapat ditakrifkan sebagai aktiviti pembacaan yang akan menghubungkan
manusia dengan pelbagai cabang ilmu yang terdapat di dunia. Namun begitu, masyarakat di negara kita
masih kurang minat membaca. Apakah usaha-usaha untuk mengatasi masalah ini?

Ibu bapa menyediakan perpustakaan mini di rumah Pihak media massa mengadakan kempen
galakan membaca

Ibu bapa membawa anak-anak berkunjung Ibu bapa membawa anak-anak berkunjung
ke perpustakaan ke pesta buku

(1)Masteri BM Tkt 2-Tema 1-9.indd 7 11/2/21 4:59 PM


Perenggan 1 Amalan membaca wajar diterapkan oleh ibu bapa dengan menyediakan perpustakaan mini di rumah.
Perpustakaan mini di rumah sangat penting dalam menanamkan serta mewujudkan budaya membaca
dalam kalangan anak-anak dan keluarga kita. Oleh itu, suasana bilik bacaan ini mestilah kreatif,
menarik dan selesa bagi mengukir minat anak-anak untuk membaca. Selain itu, perpustakaan mini
juga perlu dilengkapi dengan pelbagai jenis buku sama ada ilmiah, cerita mahupun ensiklopedia yang
Praktis PBD

menarik. Apabila terdapat bahan bacaan yang banyak di rumah, secara tidak langsung boleh membantu
memperkaya kosa kata anak-anak di samping membantu meningkatkan proses kematangan mereka.
Memang benarlah bahawa ibu bapa bertanggungjawab dalam memainkan peranan agar anak-anak
membesar dalam suasana dan budaya membaca sejak kecil.

Perenggan 2 Beralih ke jendela yang lain, pihak media massa sama ada media cetak mahupun media elektronik
berperanan penting untuk mengadakan kempen galakan membaca. Hal ini dikatakan demikian kerana
media massa berperanan penting dalam menghebahkan kepada masyarakat tentang kepentingan tabiat
membaca melalui kempen galakan membaca. Sebagai contoh, pihak-pihak yang terlibat seperti penerbit
stesen televisyen haruslah mengadakan satu dokumentasi yang memaparkan kepentingan membaca dalam
kehidupan dan menayangkannya di televisyen. Tegasnya, pihak media massa seharusnya lebih kreatif
dalam melaksanakan kempen galakan membaca agar dapat memupuk tabiat membaca dalam kalangan
rakyat Malaysia.

Perenggan 3 Di samping itu, ibu bapa boleh membawa anak-anak berkunjung ke perpustakaan awam. Sebagaimana
yang kita ketahui, perpustakaan merupakan gerbang ilmu pengetahuan. Dengan ini, anak-anak dapat
didedahkan dengan berbagai-bagai jenis bahan bacaan di perpustakaan berbanding di rumah. Sekiranya
mereka berkunjung ke perpustakaan, mereka dapat menghilangkan rasa bosan apabila hanya membaca
buku di rumah. Maka sudah terang lagi bersuluh bahawa amalan membaca dapat dipupuk dan disemai
dalam hati sanubari anak-anak dengan membawa anak-anak ke perpustakaan awam.

Perenggan 4 Umum mengetahui bahawa pihak kerajaan pasti akan mengadakan pesta buku secara besar-besaran
pada setiap tahun. Pesta buku seumpama ini dapat mempromosikan tabiat membaca kepada anak-anak.
Misalnya, Putra World Trade Centre (PWTC) yang berpusat di Kuala Lumpur sering dipilih sebagai
lokasi untuk mengadakan festival buku pada setiap tahun. Sehubungan dengan itu, ibu bapa seharusnya
tidak melepaskan peluang keemasan yang terbentang di hadapan mata untuk membawa anak-anak
mengunjungi pesta buku tersebut. Situasi ini pastinya membuat anak-anak rambang mata kerana terdapat
pelbagai pilihan buku yang boleh didapati dengan harga yang jauh lebih murah berbanding di kedai-kedai
buku yang lain. Memang benarlah bahawa ibu bapa mampu menyemarakkan budaya membaca dalam diri
anak-anak dengan membawa mereka ke pesta buku.

Idea tidak/masih relevan/idea bercampur Idea masih relevan mengikut tugasan, Idea relevan mengikut tugas, dihuraikan
Penilaian aduk dan huraian tidak jelas/tidak huraian isi masih jelas. Pengelolaan dengan jelas dan matang. Pengelolaan
berkembang. Pengelolaan tidak menarik. masih menarik. menarik dan berkesan.
Tahap Penguasaan 1 2 3 4 5 6

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

(1)Masteri BM Tkt 2-Tema 1-9.indd 8 11/2/21 4:59 PM


TEMA
3 Kerjaya ke Mercu Impian

Praktis PBD
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
S.P 1.2.2 Mendengar dan memahami ayat majmuk serta menggunakannya dalam pelbagai ujaran dengan betul dan tepat mengikut konteks.
Objektif Murid dapat mendengar dan membina ayat dengan menggunakan kata hubung dalam ayat majmuk daripada dialog.

Kenal pasti ayat majmuk daripada dialog yang diperdengarkan. Kemudian, bina ayat dengan
menggunakan kata hubung yang terdapat dalam ayat majmuk tersebut.

Aiman : Apakah cita-cita kamu apabila dewasa kelak?


Saiful : Saya bercita-cita ingin menjadi seorang jururawat.
Aiman : Setahu saya bidang kejururawatan lebih sinonim dengan wanita.
Mengapakah kamu bercita-cita ingin menjadi seorang jururawat?
Saiful : Walaupun bidang ini sinonim dengan wanita tetapi bagi saya
bidang tugas ini cukup mulia kerana mampu menyelamatkan
nyawa dan menjadi satu jihad.
Aiman : Ya, yang penting kita menyelamatkan nyawa pesakit tanpa mengira
jantina. Setiap individu perlu memberi komitmen dan bekerja secara
profesional untuk memastikan tugas jururawat dijalankan dengan sempurna.
Saiful : Saya berharap lebih ramai yang akan menceburi bidang kejururawatan ini dan tiada istilah malu
untuk bergelar jururawat kerana masih ramai pesakit yang memerlukan khidmat jururawat lelaki.
Bagaimanakah dengan kamu, Aiman? Apakah cita-cita kamu?
Aiman : Saya pula bercita-cita ingin menjadi seorang guru. Bagi saya, guru ibarat lilin yang membakar
dirinya untuk menerangi orang lain.
Saiful : Nampaknya kerjaya sebagai guru sangat mencabar macam jururawat. Marilah kita belajar dengan
bersungguh-sungguh untuk mencapai impian kita.

Apabila guru keluar dari kelas, murid-murid mula bising tanpa mematuhi arahan ketua kelas.
1 apabila ➠

Cikgu Siti sangat garang tetapi hatinya baik.
2 tetapi ➠

Aiman tidak hadir ke sekolah kerana demam.
3 kerana ➠

Lelaki yang memakai baju hitam itu abang saya.
4 yang ➠

Hadiah ini adalah untuk ibu kesayangan saya.
5 untuk ➠

Aiman dan adik tidak pergi ke sekolah kerana mereka kurang sihat.
6 dan ➠

Tahap
Penguasaan
1 2 3 4 5 6

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

(1)Masteri BM Tkt 2-Tema 1-9.indd 9 11/2/21 4:59 PM


Kemahiran Membaca
S.P 2.1.2 Membaca syair dan sajak secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul serta mengenal pasti maksud tersurat dan tersirat.
Murid dapat sekurang-kurangnya mendengar, mengenal pasti dan menyebut perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran
Objektif
dengan betul dan tepat.

Deklamasikan sajak di bawah dengan sebutan dan intonasi yang betul. Kemudian, kenal pasti maksud
Praktis PBD

tersurat dan tersirat setiap rangkap.

Jadikan Kerjaya Itu Impian

Wahai anak-anak
Jika ingin menggapai awan
Jika ingin mencapai kejayaan
Berpeganglah pada panji ilmu
Tidak mungkin dimungkiri
Tidak mungkin dikhianat.

Wahai anak-anak
Walau usaha diperlukan pedih
Sesekali kau perlukan tekad
Sesekali bara panas yang kaugenggam
Jangan sesekali kaulepaskan.

Wahai anak-anak
Jadikan ilmu itu pelita dalam kehidupan
Agar kerjaya engkau terang-benderang
Jadikan sahsiah itu benteng dan iman
Agar kerjaya engkau utuh dan kukuh
Jadikan pengalaman di sekolah itu bekalan syumul
Agar kerjaya engkau nanti maju dan jitu.

Wahai anak-anak
Jika kejayaan menjadi harapan
Jangan sesekali sekadar impian
Jangan sesekali kau berganjak
Setelah langkah sudah bergerak
Geraklah sederap
Ayuh, majulah ke hadapan!

Wahai anak-anak
Puncak jaya yang kaucitakan
Susur kerjaya yang kauimpikan
Biar apa pun di hadapan
Akan kautuju dengan seribu keyakinan
Jangan undur nanti kecundang,
Walau berjambak rintangan yang datang.

10

(1)Masteri BM Tkt 2-Tema 1-9.indd 10 11/2/21 4:59 PM


Maksud Tersurat Rangkap 1 Maksud Tersirat Rangkap 1
Penulis memberitahu kepada anak-anak agar berpegang Ilmu itu penting dan kita harus menuntut ilmu sekiranya
kepada ilmu sekiranya ingin mencapai kejayaan dalam kita ingin mencapai kejayaan dalam kehidupan. Ilmu dan

Praktis PBD
hidup. Ilmu sentiasa setia dengan manusia. Ilmu tidak akan pengetahuan yang kita peroleh tidak akan memudaratkan
mengkhianati manusia. diri kita.

Maksud Tersurat Rangkap 2 Maksud Tersirat Rangkap 2


Penulis memberitahu kepada anak-anak bahawa tekad untuk Apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan yang sukar, kita
melakukan sesuatu pekerjaan itu perlu ada, walaupun usaha harus berazam dan berusaha dengan bersungguh-sungguh
itu pedih. Bara panas yang dipegang di tangan, tidak boleh sehingga berjaya.
dilepaskan sama sekali.

Maksud Tersurat Rangkap 3 Maksud Tersirat Rangkap 3


Penulis memberitahu kepada anak-anak bahawa ilmu itu Kita harus berpegang kepada ilmu yang dipelajari agar
ibarat pelita dalam kehidupan agar masa depan kerjaya sentiasa membuat keputusan yang betul dalam kerjaya.
kekal cerah. Sahsiah merupakan benteng untuk memastikan Kita juga harus memiliki sahsiah yang mulia agar tidak
kerjaya kita kekal kukuh dan terjamin. Pengalaman menjejaskan kerjaya kita. Pengalaman yang ditimba di alam
di sekolah akan mendidik kita agar kerjaya kita lebih maju persekolahan akan menjadi panduan dan bimbingan kepada
dan cemerlang. kita ke arah mencapai kejayaan dalam kehidupan.

Maksud Tersurat Rangkap 4 Maksud Tersirat Rangkap 4


Penulis memberitahu kepada anak-anak agar tidak sesekali Usaha yang berterusan dan konsisten adalah penting untuk
menjadikan kejayaan sebagai impian semata-mata. Kejayaan merealisasikan impian kita menjadi kenyataan.
perlu dicapai dengan berani mengorak langkah pertama dan
bergerak seiringan dengan rakan-rakan untuk maju
ke hadapan.

Maksud Tersurat Rangkap 5 Maksud Tersirat Rangkap 5


Penulis memberitahu kepada anak-anak agar yakin menuju Kita tidak boleh mudah berputus asa atau mengalah
ke arah kejayaan yang diimpikan. Jangan sesekali berundur sekiranya menghadapi dugaan dalam hidup. Kita harus
walaupun menghadapi pelbagai rintangan dalam kehidupan. sentiasa yakin dengan kebolehan dan kemampuan diri
untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan.

Tahap
Penguasaan
1 2 3 4 5 6

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

11

(1)Masteri BM Tkt 2-Tema 1-9.indd 11 11/2/21 4:59 PM


Kemahiran Menulis
S.P 3.4.1 Membina kerangka karangan dalam bentuk grafik secara terancang.
Objektif Murid dapat membina kerangka karangan dalam bentuk grafik secara terancang.

Berdasarkan bahan rangsangan di bawah, sediakan kerangka karangan dalam bentuk grafik.
Praktis PBD

Kerjaya sebagai Seorang Anggota Polis

Adakah anda berminat menyertai bidang kepolisan? Permohonan terbuka kepada semua rakyat Malaysia
yang memenuhi syarat kelayakan bagi setiap jawatan yang ditawarkan. Pemohon mestilah berumur
18 hingga 26 tahun pada tarikh tersebut. Pemohon juga harus mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya
1.63 meter bagi lelaki dan 1.57 meter bagi wanita. Berat badan pemohon sekurang-kurangnya 50 kilogram
(lelaki) dan 48 kilogram (wanita). Pemohon lelaki perlu mempunyai ukuran dada yang biasa 81 sentimeter dan
86 sentimeter semasa menarik nafas (lelaki sahaja). Berani, bersemangat tinggi dan mempunyai daya
tahan yang kental merupakan syarat kelayakan yang perlu dipenuhi bagi pemohon yang berminat.
Bidang tugas pegawai polis adalah seperti menjaga keselamatan, ketenteraman dan keamanan rakyat
dan negara serta sentiasa berusaha mengatasi masalah jenayah yang meningkat dari semasa ke semasa.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kerjaya ini, sila hubungi Cawangan Perhubungan Awam,
PDRM, 50560 Bukit Aman, Kuala Lumpur. Tel: 03-2262XXXX atau 03-2262XXXX atau permohonan boleh
dibuat secara dalam talian (online) melalui portal rasmi PDRM di https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my

TAWARAN KERJA

ANDA INGIN MENJADI ANGGOTA POLIS?


Pastikan anda
(i) Meminati profesion ini
(ii) Berani dan bersemangat tinggi
(iii) Berdaya tahan yang kental
(iv) Berumur 18 hingga 26 tahun
(v) Ketinggian sekurang-kurangnya 1.63 meter bagi lelaki dan 1.57 meter bagi wanita
(vi) Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 50 kilogram (lelaki) dan 48 kilogram (wanita)
(vii) Mempunyai ukuran dada yang biasa 81 sentimeter dan 86 sentimeter semasa menarik nafas (lelaki sahaja)
BIDANG TUGAS ANGGOTA POLIS
– Menjaga keselamatan, ketenteraman dan keamanan rakyat dan negara
– Sentiasa berusaha mengatasi masalah jenayah yang meningkat dari semasa ke semasa
MAKLUMAT LANJUT
Hubungi Cawangan Perhubungan Awam, PDRM, 50560 Bukit Aman, Kuala Lumpur.
Tel: 03-2262XXXX atau 2262XXXX atau permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui portal rasmi
PDRM di https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my

Tahap
Penguasaan
1 2 3 4 5 6

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

12

(1)Masteri BM Tkt 2-Tema 1-9.indd 12 11/2/21 4:59 PM


TEMA
4 Integriti Amalan Kita

Praktis PBD
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
S.P 1.3.2 Mendengar dan menyusun panduan, tunjuk cara dan arahan dengan memberikan respons yang sesuai dan bermakna.
Objektif Murid dapat menjelaskan panduan dan arahan yang dibacakan oleh guru.

Dengar arahan yang dibacakan oleh guru dengan teliti. Kemudian, jelaskan panduan dan arahan yang
harus diikuti oleh murid sewaktu mengunjungi Pusat Sumber Sekolah.

Peringatan mesra kepada para murid yang ingin mengunjungi perpustakaan sekolah. Murid-murid mesti
mematuhi peraturan penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS) yang telah ditetapkan. Anda semua hanya
diberikan kebenaran ke perpustakaan pada waktu rehat atau sebelum bermulanya sesi pembelajaran. Murid-
murid diminta senyap apabila memasuki perpustakaan. Murid dibenarkan membawa masuk alat tulis dan
buku tulis sahaja ke dalam perpustakaan manakala beg, fail peribadi dan bahan-bahan yang mencurigakan
hendaklah diletak di atas rak di luar bilik perpustakaan. Selain itu, murid dikehendaki menjaga kebersihan
dan keselamatan bahan-bahan di perpustakaan. Murid tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis dan
mengubah kedudukan kerusi meja di dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru PSS. Demi menjaga
kebersihan perpustakaan, murid-murid tidak dibenarkan makan atau minum di dalam perpustakaan.
Bagi murid yang ingin meminjam atau memulangkan buku, anda mesti mengamalkan budaya beratur.
Murid mesti menggantikan kos buku-buku yang dihilangkan, diconteng atau dirosakkan. Sebelum keluar
dari perpustakaan, murid dikehendaki memasukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas
digunakan. Buku-buku yang selesai digunakan hendaklah diletakkan di tempat yang disediakan. Akhbar atau
majalah hendaklah dikembalikan ke tempat asal dan tidak dibenarkan membawa keluar dari perpustakaan.
Itulah sahaja arahan dan panduan penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS). Peraturan ini mesti
dipatuhi oleh semua murid pada setiap masa dan keadaan. Semua peraturan yang digubal ini tertakluk
kepada pindaan dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan keadaan.

Murid-murid diminta senyap apabila memasuki perpustakaan.


1
Hanya dibenarkan membawa masuk alat tulis dan buku tulis ke dalam perpustakaan.
2
Tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis dan mengubah kedudukan kerusi meja.
3
Tidak dibenarkan makan atau minum di dalam perpustakaan.
4
Mesti mengamalkan budaya beratur.
5
Mesti menggantikan kos buku-buku yang dihilangkan, diconteng atau dirosakkan.
6
Memasukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan.
7
Buku-buku yang selesai digunakan hendaklah diletakkan di tempat yang disediakan.
8
Akhbar atau majalah hendaklah dikembalikan ke tempat asal dan tidak dibenarkan membawa keluar dari perpustakaan.
9

Tahap
Penguasaan
1 2 3 4 5 6

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

13

(1)Masteri BM Tkt 2-Tema 1-9.indd 13 11/2/21 4:59 PM


Kemahiran Membaca
S.P 2.3.1 Membaca untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan dengan betul dan tepat.
Objektif Murid dapat menyatakan idea utama dan idea sampingan setelah membaca petikan.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, nyatakan idea utama dan senaraikan idea sampingan
Praktis PBD

yang terdapat dalam petikan.

Pengawas ialah murid yang menjalankan tugas dalam bidang disiplin di sekolah. Pengawas berperanan
penting dalam membantu sekolah melancarkan perjalanan kawalan pentadbiran dan menyelia disiplin
murid. Jadi pengawas ialah orang yang sangat penting di sekolah.
Persoalannya, apakah tanggungjawab sebagai seorang pengawas? Pengawas memainkan peranan
untuk membantu pihak sekolah serta guru-guru memantau dan menguatkuasakan peraturan sekolah.
Pengawas perlu membantu pihak sekolah mengurangkan salah laku disiplin dan seterusnya melaksanakan
setiap arahan sekolah agar disiplin murid sentiasa dalam keadaan yang terkawal. Selain itu, tanggungjawab
pengawas juga termasuklah membantu guru dalam pelbagai perkara. Hal ini dikatakan begitu ekoran
pengawas mempunyai keupayaan dan kecekapan untuk membantu guru menangani pelbagai masalah.
Misalnya, pengawas boleh membantu guru mengajar murid yang mempunyai masalah pembelajaran
di dalam kelas. Dengan ini, beban guru dapat dikurangkan.
Bukan itu sahaja, pengawas turut bertanggungjawab menjadi suri teladan murid yang lain. Hal ini
dikatakan demikian kerana pengawas ialah seseorang yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi. Misalnya,
pengawas akan beratur sewaktu membeli makanan di kantin. Oleh sebab itu, murid lain akan mengikuti
tingkah laku pengawas tersebut dengan mengamalkan budaya beratur. Tegasnya, pengawas perlulah
menjadi role model kepada murid-murid yang lain agar mereka mengikuti tingkah laku pengawas untuk
menjadi murid yang cemerlang. Pengawas juga berperanan membantu program yang dianjurkan oleh guru
kaunselor untuk membentuk tingkah laku terpuji dalam kalangan rakan sebaya. Pengawas berperanan
sebagai ikon atau idola yang membawa pengaruh positif kepada rakan sebaya kerana gerak geri atau
perbuatan mereka sama ada cara percakapan, cara berpakaian, cara belajar dan apa sahaja tingkah laku
mereka menjadi ikutan murid. Maka sudah terang lagi bersuluh bahawa pengawas yang menjalankan
peranan mereka dengan baik sudah pasti objektif sekolah untuk melahirkan kemenjadian murid cemerlang,
gemilang dan terbilang akan tercapai.

Idea utama:
Tanggungjawab seorang pengawas

Idea sampingan:
Membantu pihak sekolah serta guru-guru memantau dan menguatkuasakan peraturan sekolah
1
Membantu guru dalam pelbagai perkara
2
Menjadi suri teladan murid yang lain
3
Membantu program anjuran guru kaunselor untuk membentuk tingkah laku terpuji dalam kalangan rakan sebaya
4
Berperanan sebagai ikon atau idola yang membawa pengaruh positif kepada rakan sebaya
5

Tahap
Penguasaan
1 2 3 4 5 6

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

14

(1)Masteri BM Tkt 2-Tema 1-9.indd 14 11/2/21 4:59 PM


Kemahiran Menulis
S.P 3.4.3 Menulis perenggan pendahuluan dan kesimpulan karangan menggunakan bahasa yang gramatis.
Objektif Murid dapat menulis perenggan pendahuluan dan kesimpulan karangan menggunakan bahasa yang gramatis.

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis perenggan pendahuluan dan kesimpulan karangan

Praktis PBD
berdasarkan kebaikan dan keburukan laman sosial dengan menggunakan bahasa yang gramatis.

Pendahuluan
Pada era modenisasi ini, penggunaan laman sosial kini semakin meluas bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Istilah
Facebook, Telegram, Twitter, Skype, WhatsApp dan Wechat bukan lagi asing malah saban waktu meniti dari bibir ke bibir.
Kita akan dianggap ketinggalan zaman jika tidak cakna dengan istilah atau isu yang dibincangkan dalam laman sosial. Secara
tidak langsung, penggunaan laman sosial memberikan kesan positif dan negatif terhadap gaya hidup masyarakat di Malaysia.
Persoalannya, apakah kepentingan laman sosial kepada kita sehingga jutaan masyarakat menggilainya?

Penutup
Kesimpulannya, penggunaan laman sosial ini mendatangkan pelbagai kebaikan dan keburukan kepada semua golongan lapisan
masyarakat. Diharapkan semua pihak tampil untuk bekerjasama dalam memastikan laman sosial sentiasa digunakan
di jalan yang betul. Selain itu, kita mestilah cakna dan celik dalam mendisiplinkan diri sebagai pengguna yang berhemah demi
membina negara yang maju pada masa hadapan.

Tahap
Penguasaan
1 2 3 4 5 6

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

15

(1)Masteri BM Tkt 2-Tema 1-9.indd 15 11/2/21 4:59 PM


TEMA
5 Bahasa dan Sastera
Praktis PBD

Kemahiran Mendengar dan Bertutur


Berbual dengan menerangkan sesuatu isu yang berkaitan komuniti menggunakan sebutan yang betul dalam situasi tidak formal secara
S.P 1.4.1
bertatasusila.
Murid dapat berbual dengan menerangkan sesuatu isu yang berkaitan komuniti menggunakan sebutan yang betul dalam situasi tidak formal
Objektif
secara bertatasusila.

Berbuallah dengan tokoh sasterawan negara tentang kejayaan beliau dianugerahkan gelaran tersebut.
Aisyah : Assalamualaikum. Apa khabar Profesor?
Siti : Waalaikumussalam, khabar baik .
Aisyah : Saya Aisyah wartawan daripada Majalah Ilmu Metro ingin menemu ramah Profesor kerana telah
dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sasterawan Negara yang ke-14.
Siti : Boleh, apa salahnya.
Aisyah : Pertama sekali, saya dengan besar hatinya ingin mengucapkan tahniah kepada Profesor kerana memberikan
sumbangan yang besar melalui karya, pemikiran dan jasa bakti Profesor terhadap pengembangan sastera.
Siti : Terima kasih.
Aisyah : Bolehkah Profesor ceritakan serba sedikit tentang latar belakang diri ?
Siti : Nama penuh saya ialah Siti Zainon Ismail. Saya berasal dari Gombak, Kuala Lumpur. Saya mendapat
pendidikan awal di Sekolah Rendah Setapak, Kuala Lumpur dan Sekolah Rendah Langgar, Kota Bharu
dan seterusnya ke Sekolah Menengah Aminudin Baki, Kuala Lumpur. Saya mendapat ijazah Sarjana Seni
Rupa di Akademi Seni Rupa Indonesia, Jogjakarta pada tahun 1973. Pada tahun 1974 hingga 1976, saya
bekerja sebagai jurulatih kesenian di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Saya juga melibatkan
diri dalam bidang penyelidikan kesenian tradisional di samping mengendalikan kegiatan seni lukis kanak-
kanak di Taman Budaya. Seterusnya, saya menyumbangkan khidmat sebagai pensyarah Seni Budaya
di Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi dan hingga kini saya masih aktif menghasilkan buku-buku kreatif dan ilmiah .
Aisyah : Apakah perasaan Profesor apabila bergelar sebagai sasterawan negara?

Siti : Semestinya saya berasa bangga dan gembira kerana usaha saya selama ini membuahkan
hasil . Oleh itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih
kepada keluarga saya terutamanya bonda saya dan rakan-rakan kerana tidak jemu
memberi semangat kepada saya untuk terus berusaha sehingga berjaya mencapai kecemerlangan ini .
Aisyah : Apakah rahsia kecemerlangan Profesor sehingga dianugerahkan sebagai sasterawan negara?
Siti : Sebenarnya sesiapa pun boleh menjadi sasterawan negara. Semuanya bergantung kepada dua
prinsip, iaitu disiplin dan usaha yang gigih . Di samping itu, kita hendaklah mengerjakan
suruhan Allah SWT dan sentiasa berdoa kepada-Nya .
Aisyah : Baiklah, setakat itu sahaja temu ramah kita pada hari ini. Terima kasih kerana sudi diwawancara. Semoga
Profesor terus berjaya dengan lebih cemerlang dengan memberikan sumbangan cemerlang
secara berterusan dalam perkembangan kesusasteraan tanah air melalui ciptaan karya kreatif, pemikiran
dan kegiatan sastera yang bermutu tinggi. Saya wakil daripada Majalah Ilmu Metro sentiasa memberi
sokongan kepada Profesor untuk terus maju jaya .
Siti : Sama-sama. Saya gembira kerana dapat membantu saudari.

16

(1)Masteri BM Tkt 2-Tema 1-9.indd 16 11/2/21 4:59 PM


Kemahiran Membaca
S.P 2.4.1 Membaca secara ekstensif pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meneroka maklumat baharu.
Objektif Murid dapat membaca dan menjawab soalan-soalan berikut.

Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya.

Praktis PBD
Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam sesuatu
kelompok manusia untuk melahirkan perasaan dan fikiran. Bahasa juga merupakan percakapan yang baik,
tingkah laku yang baik dan sopan santun. Dalam era millenium ini, penggunaan bahasa Melayu yang betul
dan gramatis hanya dipandang enteng oleh masyarakat.
Masalah pencemaran bahasa semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat pada masa ini.
Pencemaran bahasa merangkumi kesalahan tatabahasa, struktur ayat, penggunaan bahasa rojak,
kesalahan ejaan dan istilah. Keadaan ini menyukarkan hasrat kerajaan untuk memartabatkan bahasa
Melayu. Pencemaran bahasa yang semakin berleluasa ini sudah pasti akan memberikan kesan negatif
kepada bahasa itu sendiri. Kesan yang paling ketara ialah mutu bahasa Melayu baku sama ada lisan
atau tulisan semakin merosot. Sebagai contoh, pihak pentadbir ketika menyampaikan ucapan atau
menggunakan bahasa rojak dalam urusan surat-menyurat, sudah pasti akan menyebabkan mutu bahasa
Melayu itu merosot.
Selain itu, pencemaran bahasa juga menyebabkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi dan bahasa kebangsaan akan tergugat. Umumnya, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah
menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Selaras dengan
bahasa kebangsaan negara dan Dasar Pendidikan Kebangsaan, maka bahasa Melayu dijadikan bahasa
pengantar utama di semua sekolah. Penggunaan bahasa rojak seperti percampuran bahasa Melayu
dengan bahasa Inggeris dalam perbualan harian secara tidak langsung telah menggugat kedudukan
bahasa Melayu di negara ini. Kesan daripada pencemaran bahasa ini juga akan menyebabkan bahasa
Melayu yang indah akan dipinggirkan oleh generasi Melayu. Hal ini dikatakan begitu kerana masyarakat
Melayu lebih cenderung menggunakan bahasa rojak dalam komunikasi seharian. Bahasa rojak ini lama-
kelamaan akan menjadi sebati dalam diri masyarakat Melayu jika tidak dibendung. Oleh itu, kita seharusnya
menggunakan bahasa Melayu agar bahasa Melayu tidak ditelan arus pemodenan.

1 Tandakan (✓) pada pernyataan yang betul dan (✗) pada pernyataan yang salah.
(a) Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam

sesuatu kelompok manusia untuk melahirkan perasaan dan fikiran.
(b) Bahasa ialah alat yang digunakan untuk memproses maklumat berpandukan kepada

arahan yang ditetapkan.
2 Berdasarkan petikan, senaraikan kesan pencemaran bahasa.
(a) Menyebabkan mutu bahasa Melayu baku sama ada lisan atau tulisan merosot.
Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan akan tergugat.
(b)
Bahasa Melayu yang indah akan dipinggirkan oleh generasi Melayu.
(c)
3 Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyumbang kepada pencemaran bahasa? KBAT Menganalisis
Pada pendapat saya, penggunaan bahasa rojak yang disiarkan dalam radio, televisyen dan masyarakat yang mempunyai

pengetahuan cetek serta tidak peka terhadap bahasa yang digunakan semasa berkomunikasi merupakan punca-punca yang

menyumbang kepada pencemaran bahasa.

Tahap
Penguasaan
1 2 3 4 5 6

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

17

(1)Masteri BM Tkt 2-Tema 1-9.indd 17 11/2/21 4:59 PM


Kemahiran Menulis
S.P 3.5.1 Menulis ringkasan dan merumus pelbagai bahan prosa dengan betul menggunakan ayat yang gramatis.
Objektif Murid dapat menulis sebuah ringkasan tentang kebaikan-kebaikan penerapan komponen sastera dalam bahasa Melayu di sekolah.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang
Praktis PBD

kebaikan penerapan komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Panjang
ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat
anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Komponen sastera yang diterapkan dalam bahasa Melayu diperkenalkan kepada murid-murid sejak
di tingkatan satu lagi. Pengajaran komponen sastera atau KOMSAS ini banyak memberikan kesan yang
positif kepada para murid. Pemahaman dan penghayatan terhadap hasil-hasil karya ini mampu menyemai
perasaan cinta akan budaya sendiri. Melalui karya-karya sastera ini juga, para murid diajar berfikiran positif
agar mereka kelak dapat menjadi individu yang berwawasan. KOMSAS juga boleh digunakan sebagai satu
pendekatan dalam meningkatkan kemahiran berbahasa murid. Kemahiran berbahasa merujuk kemahiran
mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.
Murid-murid berpeluang menghayati karya tokoh sastera hebat seperti Usman Awang, Othman Kelantan
dan A. Samad Said. Karya-karya mereka sarat dengan pemikiran yang kritis serta penggunaan bahasa yang
indah. Daripada situ timbullah penghargaan terhadap karyawan di negara sendiri. Seterusnya, diharapkan
lebih banyak sasterawan dalam kalangan generasi muda dapat dilahirkan. Pengajaran KOMSAS turut dapat
mendidik murid supaya lebih kreatif dan inovatif. Karya-karya sastera mampu mengubah cara berfikir murid
menjadi positif. Minat murid terhadap mata pelajaran kesusasteraan diharapkan dapat juga dipupuk. Dalam
pada itu, membaca bahan-bahan sastera dapat memberikan kepuasan dan hiburan. Jadi, para murid dapat
memanfaatkan masa lapang mereka dengan lebih berfaedah.
Kesimpulannya, langkah menerapkan KOMSAS dalam mata pelajaran bahasa merupakan tindakan
yang tepat dan perlu diteruskan. Hal ini dikatakan demikian kerana KOMSAS mampu melahirkan individu
yang berfikiran luas dan matang serta bersahsiah tinggi.
(Dipetik dan diubah suai daripada “Karya Sastera Kurang Difahami”, Dewan Budaya, Julai 2009.)

Isi-isi penting
1 Mampu menyemaikan perasaan cinta akan budaya sendiri.
2 Para murid diajar berfikiran positif agar mereka kelak dapat menjadi individu yang berwawasan.
3 Digunakan sebagai satu pendekatan dalam meningkatkan kemahiran berbahasa murid.
4 Timbullah penghargaan terhadap karyawan di negara sendiri.
5 Diharapkan lebih banyak sasterawan dalam kalangan generasi muda dapat dilahirkan.
6 Dapat mendidik murid supaya lebih kreatif dan inovatif.
7 Dapat memberikan kepuasan dan hiburan.

Antara kebaikan penerapan komponen sastera dalam bahasa Melayu di sekolah adalah dapat menyemai perasaan cinta
akan budaya sendiri melalui pemahaman dan penghayatan terhadap hasil-hasil karya sastera. Selain itu, para murid diajar
berfikiran positif agar mereka kelak dapat menjadi individu yang berwawasan. Seterusnya, karya sastera digunakan sebagai satu
pendekatan dalam meningkatkan kemahiran berbahasa murid dan dapat mendidik murid supaya lebih kreatif dan inovatif.
Bukan itu sahaja, pembacaan karya sastera dapat memberikan kepuasan dan hiburan.

Tahap
Penguasaan
1 2 3 4 5 6

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

18

(1)Masteri BM Tkt 2-Tema 1-9.indd 18 11/2/21 4:59 PM


TEMA
Teladani Sejarah Hargai
6 Warisan

Praktis PBD
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Menceritakan peristiwa yang didengar dan dilihat dalam situasi formal dan tidak formal dengan sebutan dan intonasi yang betul secara
S.P 1.4.3
bertatasusila.
Objektif Murid dapat menjawab soalan-soalan dengan sebutan dan intonasi yang betul secara bertatasusila.

Perhatikan gambar di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

1 Senaraikan dua buah bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia.


Bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia ialah Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur dan Kota A Famosa

di Melaka.

2 Bangunan bersejarah di negara kita perlu dikekalkan demi generasi yang akan datang. Pada pendapat anda,
apakah usaha-usaha yang harus diambil oleh pihak kerajaan untuk mengekalkan bangunan bersejarah
tersebut? KBAT Menilai
Pada pendapat saya, usaha-usaha yang harus diambil oleh pihak kerajaan untuk mengekalkan bangunan bersejarah tersebut

adalah dengan memulihara bangunan-bangunan lama yang mempunyai nilai sejarah yang tinggi dan mengindahkan

kawasan persekitaran bangunan bersejarah dengan landskap yang menarik.

Tahap
Penguasaan
1 2 3 4 5 6

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

19

(1)Masteri BM Tkt 2-Tema 1-9.indd 19 11/2/21 4:59 PM


Kemahiran Membaca
Membaca surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi dan teks pengacaraan dengan sebutan dan intonasi yang betul serta mengenal pasti
S.P 2.1.1
maksud tersurat dan tersirat.
Objektif Murid dapat mengenal pasti maklumat yang terkandung dalam surat kiriman tidak rasmi.

Baca surat kiriman tidak rasmi di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang dikemukakan untuk
Praktis PBD

mengenal pasti maklumat yang terkandung dalam surat tersebut.

No. 5, Taman Kemena Sutera,


98000 Miri,
Sarawak.
10 Jun 202__.
Menemui saudara Mark Lim yang kini berada di Muar, Johor. Semoga saudara sihat sejahtera.
Saudara,
Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi mengutus sepucuk surat kepada
saya. Saya berasa sangat gembira apabila saudara berhasrat untuk berkunjung ke Sarawak pada bulan
Disember nanti. Saya dan keluarga dengan tangan terbuka menerima kunjungan saudara. Dalam kunjungan
saudara ke sini, saya merancang untuk memperkenalkan tempat-tempat menarik di negeri saya.
Untuk pengetahuan saudara, Sarawak ialah negeri yang sangat besar dan terbahagi kepada beberapa
daerah. Saya akan memperkenalkan tempat menarik di daerah saya, iaitu Miri. Antara tempatnya ialah The
Grand Old Lady dan Muzium Sains Petroleum. The Grand Old Lady ialah gelaran umum bagi Telaga Minyak
Miri yang terawal ditemui di Miri. Telaga minyak ini terletak di atas Bukit Telaga Minyak atau dahulunya
digelar sebagai “Canada Hill”. Dari kedudukan bukit ini, kita boleh menikmati pemandangan bandar raya
Miri. Muzium Sains Petroleum juga didirikan di sana bagi mempamerkan pelbagai jenis bahan pameran yang
berkaitan dengan industri minyak. Lokasi seterusnya ialah Taman Negara Gua Niah. Gua Niah merupakan
antara gua batu kapur yang terbesar di dunia dan di sini juga telah ditemukan fosil manusia yang berusia
kira-kira 40,000 tahun yang merupakan tapak awal kehadiran manusia di Asia Tenggara. Gua ini telah
menarik minat pelancong tempatan mahupun luar negara.
Selain itu, saudara juga boleh mengunjungi Taman Negara Bukit Lambir. Taman Negara ini merupakan
salah satu hutan yang kaya dengan pelbagai spesies hidupan di dunia. Hutan ini telah menjadi habitat
kepada pelbagai hidupan liar seperti ungka, tarsiers, babi hutan, tupai terbang, rusa, kelawar, tikus dan
157 jenis burung. Terdapat juga beberapa air terjun di sepanjang Sungai Liam. Antaranya ialah Air Terjun
Pertama, Kedua dan Ketiga atau Latak. Air terjun itu berketinggian 25 meter dan kolam airnya sangat dalam.
Untuk itu, setakat ini sahaja tulisan saya pada lembaran ini. Saya menantikan kunjungan saudara
ke negeri saya. Sekian, terima kasih.
Yang Benar,
Winnie Lee

1 Senaraikan tempat menarik yang terdapat di Sarawak.


Tempat-tempat menarik yang terdapat di Sarawak ialah Grand Old Lady dan Muzium Sains Petroleum, Taman Negara Gua

Niah serta Taman Negara Bukit Lambir.

2 Pada pendapat anda, mengapakah Sarawak digelar sebagai Bumi Kenyalang? KBAT Menganalisis
Pada pendapat saya, Sarawak digelar sebagai Bumi Kenyalang kerana terdapat banyak burung enggang di negeri itu

berbanding dengan negeri lain di Malaysia.

Tahap
Penguasaan
1 2 3 4 5 6

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

20

(1)Masteri BM Tkt 2-Tema 1-9.indd 20 11/2/21 4:59 PM


Kemahiran Menulis
S.P 3.6.1 Menulis dan mengolah maklumat daripada bahan dialog dan bahan prosa kepada puisi menggunakan ayat yang gramatis.
Objektif Murid dapat mencipta puisi berdasarkan bahan dialog yang telah diberikan.

Baca dialog di bawah dengan teliti. Kemudian, cipta puisi yang sesuai menggunakan ayat yang

Praktis PBD
gramatis.

Aqilah : Atuk, apakah nama bangunan dalam gambar ini? Bangunan ini nampaknya sudah uzur.
Datuk : Oh, bangunan dalam gambar itu ialah sebuah sekolah. Nama sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan
Sungai Gelugor. Sekolah yang atuk mengajar 35 tahun yang lalu.
Aqilah : Mengapakah atuk masih simpan gambar ini? Adakah bangunan ini bermakna kepada atuk?
Datuk : Ya. Sekolah ini indah dalam seribu kenangan. Jika dikira usia bangunan ini, bangunan ini sudah
melebihi dua abad lamanya. Banyak kenangan manis dan pahit yang tidak dapat dilupakan. Sejarah
sekolah ini sudah meresap ke dalam jiwa atuk.
Aqilah : Mengapakah atuk berkata demikian?
Datuk : Sekolah merupakan tempat guru mengajar
anak-anak bangsa untuk melahirkan
murid yang boleh membaca, menulis
dan mengira. Bukan mudah untuk
memegang gelaran sebagai guru.
Tugas guru bukan hanya mendidik,
mereka juga seperti ibu dan bapa
di sekolah yang berperanan untuk
membentuk personaliti seseorang
murid.
Aqilah : Betapa mulianya menjadi guru. Saya
bangga dengan kejayaan atuk.

Indah dalam Seribu Kenangan


Jika dihitung usianya Jika disentuh atap dan dinding nipahnya
sudah tentu melebihi dua abad lama sesekali membawa imbas kembali
kebersamaannya dalam membangunkan tamadun Melayu tamadun kita dibangunkan tidak mudah
tidak disangkal. ilmu ditabur dan dibaja
sehingga setiap daripada kita
Jika ditatap retakan binaannya mahir dan celik
sudah tentu sejarahnya meresap ke dalam jiwa membaca, menulis dan membaca.
tempat belajar anak-anak bangsa
yang luar biasa. Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor
indah seribu kenangan.

Tahap
Penguasaan
1 2 3 4 5 6

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

21

(1)Masteri BM Tkt 2-Tema 1-9.indd 21 11/2/21 4:59 PM


TEMA
7 Indah Seni Gah Budaya
Praktis PBD

Kemahiran Mendengar dan Bertutur


S.P 1.5.2 Memberikan jawapan dengan pelbagai penyelesaian masalah tentang sesuatu perkara dengan betul, tepat dan secara bertatasusila.
Objektif Murid dapat menjawab soalan-soalan dengan sebutan dan intonasi yang betul secara bertatasusila.

Perhatikan gambar-gambar di bawah. Kemudian, kenal pasti ciri-ciri pakaian tradisional Melayu dahulu
dan pakaian tradisional Melayu sekarang.

Dahulu Sekarang

Pakaian ditakrifkan sebagai sesuatu yang dipakai untuk menutup anggota badan. Baju tradisional Melayu
merujuk baju tradisional orang Melayu, iaitu baju Melayu dan baju kurung. Baju kurung merupakan warisan
turun-temurun sejak zaman nenek moyang kita lagi. Baju kurung merupakan pakaian tradisional rasmi yang
menjadi kebanggaan masyarakat Melayu di Malaysia. Jika dilihat di pasaran sekarang, terdapat pelbagai jenis
baju kurung. Kebanyakan baju kurung telah pun diubah suai supaya sesuai dengan “trend” semasa.

PERBEZAAN

Baju Kurung Tradisional Baju Kurung Moden

1 Tidak mempunyai potongan badan 1 Direka dengan potongan mengikut bentuk badan dan
juga tidak berpesak

2 Ada potongan pesak pada bahagian kiri dan kanan 2 Tidak berpesak pada bahagian kiri dan kanan baju
baju

Tahap
Penguasaan
1 2 3 4 5 6

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

22

(1)Masteri BM Tkt 2-Tema 1-9.indd 22 11/2/21 4:59 PM


Kemahiran Membaca
S.P 2.4.1 Membaca secara ekstensif pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meneroka maklumat baharu.
Objektif Murid dapat membaca petikan secara ekstensif untuk menjawab soalan-soalan berikut.

Baca petikan secara ekstensif. Kemudian, nyatakan usaha-usaha bagi mengembangkan industri batik.

Praktis PBD
Batik Malaysia merupakan seni tekstil batik dari Malaysia, terutamanya di bahagian pantai timur Malaysia,
iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. Seni batik merupakan salah satu akar budaya yang menjadi identiti
bangsa Malaysia dan bidang kraf tangan yang unggul di Malaysia.
Bagi memastikan industri batik terus berkembang, Perdana Menteri telah berusaha menghidupkan
seni batik dengan mengarahkan kakitangan awam memakai baju batik pada setiap hari Khamis. Arahan
pemakaian batik selaras dengan usaha kerajaan menyokong usaha untuk mengembangkan industri batik
di negara kita, sekali gus mempopularkan semula pakaian yang semakin dilupakan itu. Selain itu, badan
bukan kerajaan (NGO) seperti Yayasan Budi Penyayang Malaysia telah berusaha mengadakan Minggu
Batik Malaysia 2005 bertujuan untuk berkongsi kegemilangan dan keistimewaan batik Malaysia bersama-
sama masyarakat tempatan dan dunia.
Buat julung kalinya juga, Konvensyen Batik Antarabangsa Kuala Lumpur 2005 telah diadakan di negara
ini. Tujuan Konvensyen ini diadakan adalah untuk menyentuh pelbagai aspek perkembangan batik seperti
sejarah batik, rekaan batik, pemasaran batik serta kejayaan industri itu. Sehubungan dengan itu, Perdana
Menteri juga telah memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus memberi komitmen dalam menggerakkan
industri batik negara. Bukan itu sahaja, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia telah berusaha
meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) merangkumi pelbagai aspek batik seperti
penggunaan kain baharu, penggunaan warna asli, ketahanan basuhan dan lain-lain.
Melalui Program Pembangunan Usahawan pula, latihan kemahiran tenaga kerja dilaksanakan dengan
matlamat untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam industri batik ini. Teknologi baharu seperti penggunaan
mesin dan bantuan komputer untuk menghasilkan batik yang lebih menarik dan berkualiti diperkenalkan.
Selain usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan, para pengusaha batik tempatan juga perlu memainkan
peranan mereka untuk meningkatkan kemajuan industri batik di negara ini. Mereka perlu lebih kreatif dalam
menghasilkan batik yang lebih menarik dan lebih bermutu bagi memastikan batik tempatan mampu bersaing
dengan batik dari negara-negara lain.
Secara tuntas, mutiara berharga seperti seni batik yang menjadi identiti bangsa dan warisan tradisi ini
wajar dipertimbangkan supaya tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.

(Dipetik dan diubah suai daripada rencana “Memartabatkan Batik Malaysia”


oleh Haji Samat Buang, Dewan Siswa, April 2006)

23

(1)Masteri BM Tkt 2-Tema 1-9.indd 23 11/2/21 4:59 PM


Usaha-usaha Mengembangkan Industri Batik
Praktis PBD

Kakitangan awam memakai baju batik pada setiap hari Khamis.

Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Yayasan Budi Penyayang Malaysia berusaha mengadakan
Minggu Batik Malaysia 2005.

Konvensyen Batik Antarabangsa Kuala Lumpur 2005 telah diadakan.

Kerajaan akan terus memberikan komitmen dalam menggerakkan industri batik negara.

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia telah berusaha meningkatkan usaha penyelidikan dan
pembangunan (R&D) merangkumi pelbagai aspek batik.

Melalui Program Pembanguanan Usahawan, latihan kemahiran tenaga kerja dilaksanakan.

Teknologi baharu untuk menghasilkan batik yang lebih menarik dan berkualiti diperkenalkan.

Para pengusaha batik tempatan perlu meningkatkan kemajuan industri batik di negara ini.

Para pengusaha perlu lebih kreatif dalam menghasilkan batik yang lebih menarik dan lebih bermutu.

Tahap
Penguasaan
1 2 3 4 5 6

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

24

(1)Masteri BM Tkt 2-Tema 1-9.indd 24 11/2/21 4:59 PM


Kemahiran Menulis
S.P 3.7.1 Mengedit ejaan, tanda baca dan kesalahan nahu yang mudah dengan betul tanpa mengubah maksud asal dalam perenggan.
Objektif Murid betulkan kesalahan ejaan, tanda baca dan nahu yang terdapat dalam petikan.

Analisis kesalahan ejaan, tanda baca dan nahu yang terdapat dalam petikan di bawah. Kemudian,

Praktis PBD
betulkan kesalahan tersebut.

Sejak kebelakangan ini, amalan mengadakan rumah terbuka menjadi perkara biasa di kalangan rakyat
Malaysia bila tiba hari-hari perayaan utama. Konsep rumah terbuka ini memang perlu diteruskan dan
dijadikan amalan kerana banyak kebaikkannya. Dengan adanya rumah terbuka, mudahlah seseorang itu
untuk mengunjungi rumah saudara-mara, jiran-jiran dan rakan-rakan kerana tarikh dan masanya sudah
ditetapkan. Antara kebaikan amalan rumah terbuka adalah dapat mengeratkan perpaduan kaum dalam
kalangan masyarakat di negara kita. Semasa menghadiri rumah terbuka tersebut para tetamu-tetamu yang
hadir akan beramah mesra dengan tetamu yang lain. Beralih kepada jendala yang lain, kebaikan amalan
rumah terbuka dapat memahami budaya dan adat resam kaum lain yang terdiri daripada berbagai kaum
semasa menghadiri rumah terbuka. Hal ini dikatakan begitu kerana mereka akan merayakan perayaan itu
bersama-sama, walaupun mereka berbeza latar belakang budaya dan agama. Umum mengetahui bahawa
merapatkan hubungan silaturrahim dalam hubungan kekeluargaan juga merupakan salah satu kebaikan
amalan rumah terbuka. Dalam hal ini, semasa menghadiri rumah terbuka mereka akan beramah mesra
dan dapat melepaskan kerinduan di samping mendapat perkembangan terkini di antara satu dengan yang
lain. Bayang kian jelas bahawa amalan rumah terbuka lebih banyak membawa kebaikan kepada negara
dan masyarakat.

Salah Betul

1 Sejak kebelakangan ini kebelakangan ini

2 di kalangan dalam kalangan

3 bila apabila

4 kebaikkannya kebaikannya

5 para tetamu-tetamu para tetamu/tetamu-tetamu

6 kepada ke

7 jendala jendela

8 berbagai berbagai-bagai

9 silaturrahim silaturahim

10 di antara antara

Tahap
Penguasaan
1 2 3 4 5 6

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

25

(1)Masteri BM Tkt 2-Tema 1-9.indd 25 11/2/21 4:59 PM


TEMA
8 Utamakan Keselamatan
Praktis PBD

Kemahiran Mendengar dan Bertutur


S.P 1.5.3 Bersoal jawab dengan menggunakan soalan bercapah dalam perbincangan dan memberikan jawapan yang betul secara bertatasusila.
Objektif Murid dapat mendengar dan bertutur dengan memberikan jawapan yang betul secara bertatasusila.

Dengar dengan teliti bahan yang dibaca oleh rakan anda. Kemudian, bersoal jawablah dengan rakan
anda secara bertatasusila.

Konvoi sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi ke Tanah Tinggi Genting bertukar tragedi apabila
sepasang suami isteri maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Batang Kali – Tanah
Tinggi Genting di sini tengah hari tadi. Pasangan terbabit, Azli Aiman, 38 dan Sharifah Azlan, 32 disahkan
meninggal dunia di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail
berkata, pasangan yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR berkonvoi dalam perjalanan dari
Kuala Lumpur ke Tanah Tinggi Genting. Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal
mengawal motosikalnya di satu laluan berselekoh lalu terbabas dan melanggar tiang elektrik. “Siasatan awal
mendapati, mangsa terbabas sendiri dan tidak melibatkan kenderaan lain,” katanya. Mayat mangsa dihantar
ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat. “Kemalangan yang meragut nyawa penunggang
ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

1 Apakah yang berlaku semasa konvoi sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi ke Tanah Tinggi
Genting?
Sepasang suami isteri maut selepas terbabit dalam kemalangan semasa konvoi sekumpulan penunggang motosikal berkuasa

tinggi ke Tanah Tinggi Genting.

2 Di manakah lokasi kemalangan maut berlaku?
Kemalangan maut berlaku di Kilometer 15, Jalan Batang Kali – Tanah Tinggi Genting.


3 Siapakah yang terbabit dalam kejadian maut ini?
Sepasang suami isteri, iaitu Azli Aiman dan Sharifah Azlan yang terbabit dalam kejadian maut ini.


4 Apakah punca kemalangan yang menimpa pasangan suami isteri tersebut?
Punca kemalangan yang menimpa pasangan suami isteri tersebut disebabkan oleh kegagalan mengawal motosikal di satu

laluan berselekoh lalu terbabas dan melanggar tiang elektrik.

5 Ke manakah mayat-mayat mangsa dihantar untuk proses bedah siasat?
Mayat mangsa-mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat.

Tahap
Penguasaan
1 2 3 4 5 6

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

26

(1)Masteri BM Tkt 2-Tema 1-9.indd 26 11/2/21 4:59 PM


Kemahiran Membaca
S.P 2.2.2 Membaca untuk memahami dan menaakul maklumat berbentuk pesanan daripada pelbagai bahan dengan memberikan respons yang betul.
Objektif Murid dapat memberikan respons yang betul setelah membaca maklumat berbentuk pesanan.

Latihan kebakaran yang diadakan bermaksud memberikan informasi tentang cara menyelamatkan

Praktis PBD
diri semasa kebakaran bagi murid-murid sekolah. Nyatakan beberapa objektif kebakaran dalam jadual
berikut.

Latihan kebakaran di sekolah telah menjadi satu program yang wajib dilakukan. Sesi latihan kebakaran yang
diadakan oleh Unit Keselamatan Sekolah sebagai langkah persediaan sekiranya terjadi insiden kebakaran
sebenar di sekolah. Segala maklumat berkenaan panduan mengosongkan bangunan ada dilekatkan
di dalam setiap kelas dan bilik-bilik khas.

Latihan mengosongkan bangunan bermula apabila murid mendengar loceng berbunyi panjang tanpa
berhenti. Apabila dengar bunyi loceng tersebut, semua murid hendaklah:
(a) Berhenti daripada membuat semua kerja.
(b) Membuat barisan dengan serta-merta dan berjalan menuju ke tempat berkumpul dengan cepat, senyap,
tanpa kekecohan, tidak berlari-lari atau bertolak-tolak antara satu dengan yang lain.
(c) Mengikut jalan yang telah ditetapkan dalam pelan.
(d) Guru atau ketua kelas ialah orang terakhir meninggalkan kelas dan bertanggungjawab untuk mematikan
suis dan lampu serta menutup semua pintu.
(e) Semua penghuni diberi masa tiga minit untuk mengosongkan bangunan.
(f) Murid dan guru serta kakitangan yang berada di Bilik Sains dinasihatkan untuk menutup/mematikan ibu
sawat elektrik/injap gas sebelum meninggalkan Bilik Sains.
(g) Murid-murid dinasihatkan agar tidak membawa beg sekolah apabila meninggalkan kelas. Hanya
dokumen yang penting seperti kad pengenalan/dompet perlu diambil.
(h) Bagi murid-murid yang tidak berada di dalam bilik darjah ketika loceng kecemasan dibunyikan (seperti
berada di dalam bilik air atau kantin) hendaklah serta-merta pergi ke tapak selamat seperti yang
ditetapkan untuk bersama-sama dengan murid yang lain.
(i) Guru kelas akan memastikan semua murid berada di tapak selamat berpandukan buku Jadual
Kedatangan Murid. Ketua kelas perlu menolong guru kelas untuk mengira murid-murid yang telah tiba
di tempat yang ditentukan.
(j) Jika terdapat murid yang tidak terdapat di tempat perhimpunan, maka guru kelas hendaklah serta-merta
melaporkan nama murid tersebut kepada AJK Keselamatan.

Objektif Latihan Kebakaran

Murid dapat mengetahui laluan yang betul untuk keluar dengan selamat.
1
Memberi pendedahan kepada warga sekolah tentang bahaya kebakaran.
2
Membiasakan murid/guru/kakitangan dengan tempat berkumpul dan tempat melaporkan diri.
3
Menentukan arahan-arahan kecemasan kebakaran dipatuhi dan dipraktikkan.
4
Menguji peralatan kebombaan seperti loceng kecemasan, salur bantu mula dan lain-lain berfungsi.
5
Merekodkan anggaran kerosakan.
6

Tahap
Penguasaan
1 2 3 4 5 6

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

27

(1)Masteri BM Tkt 2-Tema 1-9.indd 27 11/2/21 4:59 PM


Kemahiran Menulis
S.P 3.5.1 Menulis ringkasan dan merumus pelbagai bahan prosa dengan betul menggunakan ayat yang gramatis.
Objektif Murid dapat menulis rumusan dengan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya
Praktis PBD

antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan.

Perbuatan buli bermaksud mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau makna untuk menunjukkan
kekuatan. Fenomena buli dapat dikategorikan kepada dua jenis, iaitu buli secara langsung dan buli secara
tidak langsung. Buli secara langsung termasuklah aksi mengugut, menyepak, menumbuk, menendang dan
sebagainya. Buli secara tidak langsung pula adalah seperti mengejek, menggunakan kata-kata kesat atau
lucah dengan tujuan mengacau, mengutuk atau memerli secara berlebih-lebihan dan gosip-gosip liar.
Lebih 80 peratus murid mengakui pernah terlibat dalam kes buli secara tidak langsung. Murid-murid
menengah atas didapati paling sedikit terbabit dalam kes buli berbanding murid-murid menengah rendah
yang lain. Mangsa buli akan mengalami kesan negatif dalam tempoh jangka panjang akan bertindak negatif
bagi menamatkan penderitaan yang dihadapi mereka. Mangsa buli juga akan menjadi seorang dewasa
yang terlalu emosional sehingga menjejaskan hubungan mereka dengan ahli keluarga dan orang lain.
Tingkah laku buli bukan sahaja boleh menimbulkan ketakutan kepada mangsanya, tetapi rakan sekelasnya
yang menyaksikan perbuatan itu juga berperasaan sedemikian walaupun mereka tidak dibuli.
Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia dan Pensyarah Jabatan Pendidikan Psikologi dan Kaunseling,
Falkulti Pendidikan, Universiti Malaya, Profesor Dr. Suradi Salim berpendapat bahawa mangsa buli akan
mengubah personaliti mereka menjadi seorang yang penakut. Mangsa juga takut ke sekolah. Sebetulnya,
perasaan ‘takut’ yang luar biasa ini amat memeritkan. Jika dibiarkan, peribadi individu terbabit akan menjadi
lemah dan kurang berkeyakinan. Akibat ketakutan yang melampau inilah menyebabkan mereka tidak
akan mengadu kepada guru atau ibu bapa manakala pembuli pula berasa seronok kerana dapat membuli
mangsanya. Masalah ini hanya dapat dikesan apabila menjadi serius sehingga berlaku kecederaan fizikal.
Sedangkan selama ini emosi mangsa telah lama ‘cedera’ akibat perbuatan pembuli atau mereka yang tidak
begitu mengendahkan aduan mereka. Selain itu, kesan lain yang tidak boleh dikesampingkan ialah mangsa
buli tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran. Kejadian kes buli secara tidak langsung
telah menyukarkan mangsa untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Masalah ini perlu diatasi segera agar murid dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran. Oleh
itu, semua pihak perlu bekerjasama bagi menangani masalah yang semakin meruncing dan berbahaya ini.
(Dipetik dan diubah suai daripada “Menangani Masalah Buli di Sekolah”
Dewan Siswa, Ogos 2005.)

Petikan membincangkan kesan-kesan buli dalam kalangan murid sekolah.


Antara kesan buli dalam kalangan murid sekolah ialah mangsa buli membunuh diri bagi menamatkan penderitaan yang
dihadapi oleh mereka. Selain itu, mangsa buli juga akan menjadi seorang dewasa yang terlalu emosional sehingga menjejaskan
hubungan mereka dengan ahli keluarga dan orang lain. Seterusnya, tingkah laku buli bukan sahaja boleh menimbulkan
ketakutan kepada mangsanya, tetapi rakan sekelasnya yang menyaksikan perbuatan itu juga berperasaan sedemikian walaupun
mereka tidak dibuli. Di samping itu, mangsa buli akan mengubah personaliti mereka menjadi seorang yang penakut dan akan
menjadi lemah serta kurang berkeyakinan. Buli juga menyebabkan kecederaan fizikal.
Kesimpulannya, pihak sekolah haruslah mengambil tindakan yang tegas terhadap pembuli agar kes buli dapat dikurangkan.

Tahap
Penguasaan
1 2 3 4 5 6

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

28

(1)Masteri BM Tkt 2-Tema 1-9.indd 28 11/2/21 4:59 PM


TEMA
9 Sukan dan Rekreasi

Praktis PBD
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Berbincang tentang sesuatu perkara untuk memberikan dan mendapatkan penjelasan secara rasional dengan ayat yang gramatis dan bahasa
S.P 1.7.1
yang santun.
Objektif Murid dapat memberikan jawapan dengan menggunakan ayat yang gramatis dan bahasa yang santun.

Sesi soal jawab bersama guru anda tentang kebaikan aktiviti bersenam. Isi tempat kosong dengan
jawapan yang sesuai.

Guru : Salah satu amalan gaya hidup sihat adalah dengan melakukan senaman . Apakah yang anda
faham tentang senaman?
Murid A : Senaman ialah pergerakan badan yang dilakukan secara berulang-kali secara terancang
dan berstruktur bertujuan untuk meningkatkan atau mengekalkan satu atau lebih komponen
kecergasan fizikal .
Murid B : Senaman juga menyebabkan penggunaan dan pengeluaran tenaga yang banyak.
Guru : Berikan contoh aktiviti senaman yang boleh diamalkan pada hujung minggu.
Murid A : Aktiviti yang boleh diamalkan adalah seperti berlari, berjoging, berjalan, berenang, lompat tali
dan berbasikal .
Guru : Apakah kebaikan aktiviti senaman kepada kita?
Murid B : Bersenam dapat mencergaskan tubuh badan kita. Kita akan berasa lebih cergas

dan sihat selepas bersenam.


Guru : Mengapakah senaman boleh menjadikan kita lebih cergas dan sihat?
Murid A : Bagi saya, melalui senaman kita boleh mengeluarkan peluh . Selain itu, bersenam juga dapat

melawan penyakit-penyakit yang berbahaya seperti obesiti dan sakit jantung.


Murid B : Senaman juga dapat mengisi masa lapang kita. Hal ini dikatakan demikian kerana
kita tidak akan terlibat dalam gejala sosial apabila kita bersenam kerana kita dapat
membezakan aktiviti yang sihat dengan aktiviti yang tidak sihat.
Guru : Ada sesiapa lagi yang boleh menyatakan kebaikan bersenam?
Murid A : Saya nak tambah sedikit lagi. Selain mengisi masa lapang, senaman juga dapat mengeratkan
hubungan dengan ahli keluarga. Semasa bersenam, kita boleh berbincang dengan mereka
tentang pelbagai perkara. Dengan itu, kita dapat menjalinkan kemesraan dan kebahagiaan
dengan ahli keluarga.
Murid B : Betul juga. Sememangnya bersenam membawa banyak faedah kepada kita.
Guru : Oleh itu, kita perlu mula bersenam dari sekarang untuk menjaga kesihatan kita.

Tahap
Penguasaan
1 2 3 4 5 6

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

29

(1)Masteri BM Tkt 2-Tema 1-9.indd 29 11/2/21 4:59 PM


Kemahiran Membaca
S.P 2.3.1 Membaca untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan dengan betul dan tepat.
Objektif Murid dapat membaca dan menganalisis petikan untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya.


Praktis PBD

Bidang sukan merupakan salah satu bidang yang penting di negara kita. Namun begitu, minat bersukan
dalam kalangan remaja pada hari ini semakin berkurangan. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding
bahu bagi memupuk semangat dan minat terhadap sukan dalam kalangan remaja di Malaysia.
Persoalannya, apakah peranan yang perlu dimainkan oleh semua pihak untuk mengembalikan minat
remaja untuk bersukan? Antara peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa adalah dengan membelikan
anak-anak mereka peralatan sukan sebagai galakan. Sebagai contoh, ibu bapa membelikan pakaian,
kasut dan alat-alat yang sesuai dengan sukan yang diceburi oleh anak-anak mereka seperti bola tampar,
badminton dan sebagainya. Di samping itu, ibu bapa juga perlu menggalakkan anak-anak mereka untuk
menceburi bidang sukan dengan aktif. Ibu bapa boleh menasihati anak-anak agar memperuntukkan masa
dalam aktiviti kokurikulum.
Seterusnya, pihak kerajaan juga memainkan peranan penting dalam menggalakkan minat bersukan
dalam kalangan remaja. Prakarsa yang dapat diambil oleh pihak kerajaan adalah dengan memberikan
galakan dan menyediakan pelbagai infrastruktur. Misalnya, pihak kerajaan boleh membina gelanggang
futsal, gelanggang badminton dan gelanggang sepak takraw di setiap komuniti dalam negeri.
Akhir sekali, peranan untuk memupuk remaja meminati sukan ialah pihak sekolah yang seyogianya
memastikan semua murid menyertai aktiviti sukan dan kokurikulum di sekolah. Dengan itu, setiap murid
berpeluang untuk melibatkan diri dalam bidang permainan atau sukan yang diminati oleh mereka.

Idea Utama Idea Sampingan


1 Peranan ibu bapa adalah dengan membelikan Sebagai contoh, ibu bapa perlulah membelikan pakaian, kasut dan
anak-anak mereka peralatan sukan sebagai alat-alat yang sesuai dengan sukan yang diceburi oleh anak-anak
galakan. mereka seperti bola tampar, badminton dan sebagainya.

2 Ibu bapa perlu mengalakkan anak-anak Ibu bapa boleh menasihati anak-anak agar memperuntukkan masa
mereka untuk menceburi bidang sukan dalam aktiviti kokurikulum.
dengan aktif.

3 Pihak kerajaan memberikan galakan dan Misalnya, pihak kerajaan boleh membina gelanggang futsal,
menyediakan pelbagai infrastruktur. gelanggang badminton dan gelanggang sepak takraw di setiap
komuniti dalam negeri.

4 Pihak sekolah memastikan semua murid Dengan itu, setiap murid berpeluang untuk melibatkan diri dalam
menyertai aktiviti sukan dan kokurikulum bidang permainan atau sukan yang diminati oleh mereka.
di sekolah.

Tahap
Penguasaan
1 2 3 4 5 6

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

30

(1)Masteri BM Tkt 2-Tema 1-9.indd 30 11/2/21 4:59 PM


Kemahiran Menulis
S.P 3.6.1 Menulis dan mengolah maklumat daripada bahan dialog dan bahan prosa kepada puisi menggunakan ayat yang gramatis.
Objektif Murid dapat mencipta puisi berdasarkan dialog yang diberikan.

Baca dialog di bawah dengan teliti. Kemudian, cipta puisi berdasarkan dialog tersebut.

Praktis PBD
Cikgu : Selamat pagi murid-murid. Topik yang akan dibincangkan pada hari ini ialah “Sukan Nadi Bangsa”.
Apakah yang kalian tahu tentang sukan?
Faizal : Dalam era globalisasi dan kehidupan dunia tanpa sempadan, sukan bukan lagi sebagai latihan
gerak badan dan memerlukan tenaga tetapi meliputi e-Sukan dan sukan lasak.
Aiman : Benar. Umum mengetahui bahawa sukan sebagai satu amalan dalam kehidupan bagi mengekalkan
dan menjaga kesihatan tubuh badan.
Cikgu : Ada sesiapakah yang boleh nyatakan kebaikan bersukan?
Siti : Antara kebaikan bersukan ialah menguatkan jantung untuk melahirkan masyarakat yang sihat.
Najib : Selain itu, bersukan juga dapat mengeluarkan peluh. Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat
mengeluarkan sisa toksin dalam badan dan menjadikan seseorang itu sihat.
Lina : Sukan jelas menjadi wadah yang dapat
mengintegrasikan masyarakat
berbilang kaum di negara ini dan
mampu mengeratkan silaturahim
antara kaum.
Nazim : Tidak kira dalam apa jua sukan,
kerjasama dan hubungan akrab
pelbagai kaum akan lahir apabila
pemain menyahut cabaran untuk
mengharumkan nama negara
di persada dunia.
Guru : Oleh itu, jadikanlah kegiatan
bersukan itu sebahagian daripada
kehidupan kita ya.

Sukan Nadi Bangsa

Sukan alaf baharu Sukan alaf baharu


Sukan yang merangkumkan variasi Mendenyutkan nadi bangsa
Bukan lagi hanya sukan kontak badan Merapatkan saf ukhuwah se-Malaysia
Malah meliputi sukan elektronik dan sukan lasak Kita berjuang untuk memenangkan namamu
Sesiapa daripada kita perlu akur pada sukan Menjulang namamu ke puncak dunia.
Untuk meneruskan kesihatan.

Sukan alaf baharu


Mendegupkan jantung insaniah
Meneruskan rutin dengan sihat
Setitis demi setitis peluh
Dipaksa keluar dari remang bulu
Menghilangkan toksin dalam badan.

Tahap
Penguasaan
1 2 3 4 5 6

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

31

(1)Masteri BM Tkt 2-Tema 1-9.indd 31 11/2/21 4:59 PM


TEMA
10 Selamat Datang ke Malaysia
Praktis PBD

Kemahiran Mendengar dan Bertutur


S.P 1.7.2 Berunding untuk mendapatkan persetujuan tentang sesuatu perkara secara rasional dengan ayat yang gramatis dan bahasa yang santun.
Objektif Murid dapat melengkapkan perbualan dengan menggunakan kata kunci atau ayat sendiri.

Lengkapkan perbualan di bawah dengan rakan sekolah anda tentang keistimewaan Malaysia dengan
menggunakan kata kunci atau ayat sendiri. Kemudian, praktis perbualan ini dengan rakan anda.

Farhana : Hai, Auni! Apakah yang sedang kamu layari itu?


Auni : Hai, Farhana! Saya sedang melayari Internet untuk mencari isi-isi penting tentang
keistimewaan Malaysia
.
Farhana : Adakah ini tugasan yang diberikan oleh guru kamu?
Auni : Ya. Tajuk ini merupakan tugasan kumpulan kami. Kami perlu mencari sekurang-kurangnya dua isi
tentang keistimewaan Malaysia. Kemudian, bentangkan di hadapan kelas.
Farhana : Oh, begitu! Apakah info yang kamu peroleh melalui Internet?
Auni : Banyak info yang saya dapat. (banyak tempat menarik – dikunjungi – contoh) Antaranya,
Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi seperti tempat-tempat bersejarah, tempat
peranginan, pulau-pulau yang indah dan pantai yang bersih. Sebagai contoh, Malaysia mempunyai tempat

peninggalan sejarah seperti bangunan A Famosa, Makam Hang Jebat, Muzium Negara dan Kota Melaka.

Farhana : Benar. Tanah Tinggi Cameron di Pahang dan Pulau Langkawi di Kedah merupakan pusat
peranginan yang terkenal di Malaysia. Tempat menarik tersebut lazimnya menjadi tumpuan
pelancong asing
yang berkunjung ke negara kita.
Auni : Bukan itu sahaja, negara kita merupakan sebuah negara yang cukup istimewa. (masyarakat
pelbagai kaum – negara yang unik – bersosial sesama sendiri – hidup aman dan sentosa)
Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Kepelbagaian bangsa,

agama, tradisional, adat resam dan pantang larang telah menjadikan negara Malaysia yang unik. Walaupun

negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, tetapi mereka menganggap sendiri orang Malaysia dan

bersosial sesama sendiri tanpa mengira warna kulit dan etnik. Rakyat negara kita masih hidup dengan aman

dan sentosa disebabkan oleh sikap keterbukaan dan amalan hormat-menghormati antara satu dengan yang

lain. Perayaan setiap kaum juga diraikan bersama-sama tidak kira bangsa dan agama pada setiap tahun.



Farhana : Banyak lagi maklumat yang akan kamu peroleh melalui Internet. Memang tidak dapat dinafikan
keistimewaan yang menjadi penyebab pelancong-pelancong asing
bahawa Malaysia mempunyai banyak
datang mengunjungi negara kita pada sepanjang tahun
.

Tahap
Penguasaan
1 2 3 4 5 6

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

32

(2)Masteri BM Tkt 2-Tema 10-18.indd 32 11/2/21 5:01 PM


Kemahiran Membaca
S.P 2.2.3 Membaca secara luncuran dan imbasan untuk memahami serta meneroka maksud keseluruhan daripada pelbagai bahan.
Objektif Murid dapat membaca maklumat secara luncuran dengan menyatakan maksud keseluruhan bahan.

Baca maklumat di bawah secara luncuran. Kemudian, nyatakan maksud keseluruhan bahan.

Praktis PBD
Makanan Tradisional Kaum Melayu
Nasi lemak dan ketupat merupakan makanan tradisi masyarakat Melayu yang disukai orang ramai. Nasi
lemak merujuk nasi yang dimasak menggunakan santan kelapa bagi menambah rasa lemaknya, manakala
ketupat sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam
periuk. Hidangan ini terkenal di Malaysia terutama pada hari perayaan.
Sofian bin Razali, 35 tahun

Makanan Tradisional Kaum Cina


Kuih bulan merupakan sejenis kuih tradisional masyarakat Cina yang dimakan sewaktu perayaan
pertengahan musim luruh. Kuih bulan diperbuat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah
teratai, kacang merah atau kuning telur masin di tengahnya. Bermacam-macam jenis inti boleh dijumpai
dalam kuih bulan tradisional mengikut budaya setempat. Kuih bakul atau Nian Gao pula ialah makanan
yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol. Sungguhpun boleh dimakan pada bila-bila
masa, secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baharu Cina.
Lee Ping Hong, 61 tahun

Makanan Tradisional Kaum India


Muruku ialah makanan tradisional masyarakat India di Malaysia. Resepinya berasal dari India Selatan
terutamanya dari Tamil Nadu. Muruku ialah makanan ringan yang sedap, rangup dan senang dibuat dan
murah kosnya. Manakala roti canai atau paratha dan puri pula pada asalnya ialah makanan kegemaran
masyarakat India. Namun kini, roti canai berjaya meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak yang
digemari oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. Kini, muruku dan roti canai telah mengambil tempat di hati
masyarakat berbilang bangsa di negara ini.
Roland Kamal a/l Gopalan, 40 tahun

Nyatakan maksud keseluruhan bahan.


Bahan ini membawa maksud ketiga-tiga kaum utama di Malaysia mempunyai makanan tradisional mereka sendiri yang
melambangkan identiti kaum masing-masing. Makanan tradisional bagi kaum Melayu ialah nasi lemak, ketupat dan lain-lain.
Bagi makanan tradisional kaum Cina pula ialah kuih bakul, kuih bulan dan lain-lain lagi. Selain makanan tradisional kaum
Melayu dan makanan tradisional kaum Cina, kaum India juga tidak ketinggalan dengan makanan tradisional mereka yang turut
menjadi kegemaran oleh kaum-kaum lain seperti muruku, roti canai dan lain-lain lagi. Pelbagai jenis makanan tradisional setiap
kaum dapat mengukuhkan jalinan sosial antara etnik di Malaysia.

Tahap
Penguasaan
1 2 3 4 5 6

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

33

(2)Masteri BM Tkt 2-Tema 10-18.indd 33 11/2/21 5:01 PM


Kemahiran Menulis
S.P 3.4.3 Menulis perenggan pendahuluan dan kesimpulan karangan menggunakan bahasa yang gramatis.
Objektif Murid dapat menulis perenggan pendahuluan dan kesimpulan karangan dengan menggunakan bahasa yang gramatis.

Lihat gambar bersiri di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis perenggan pendahuluan dan kesimpulan
Praktis PBD

karangan berdasarkan tajuk Percutian ke Pulau Langkawi dengan menggunakan bahasa yang gramatis.

Percutian ke Pulau Langkawi

Pendahuluan
Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga berpeluang melancong ke Pulau Langkawi. Kami berasa amat teruja kerana ini
merupakan kali pertama kami sekeluarga menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi yang terletak di Kedah. Pada malam sebelum
kami bertolak, kami bergotong-royong mengangkat barang-barang keperluan ke dalam kereta. Esoknya, kira-kira pukul
5:00 pagi, kami pun bertolak ke jeti Kuala Perlis.

Penutup
Setelah berseronok selama tiga hari dua malam, kini tibalah masanya untuk kami pulang ke Kuala Lumpur. Saya berasa berat
hati untuk meninggalkan destinasi pelancongan yang menarik ini kerana banyak kenangan yang sukar untuk dilupakan. Saya
berharap agar kami dapat bercuti bersama-sama lagi pada masa akan datang.

Tahap
Penguasaan
1 2 3 4 5 6

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

34

(2)Masteri BM Tkt 2-Tema 10-18.indd 34 11/2/21 5:01 PM


TEMA
11 Perpaduan

Praktis PBD
Kemahiran Mendengar dan Bertutur dan Menulis
S.P 1.8.1 Menghuraikan sesuatu perkara dengan bernas dan kritis secara jelas menggunakan ayat yang betul, tepat dan gramatis.
S.P 3.4.2 Menulis perenggan isi dengan membina pelbagai ayat topik, ayat huraian, ayat contoh dan ayat penegas secara terancang.
Objektif Murid dapat menulis ulasan dengan menggunakan ayat yang betul, tepat dan gramatis.

Lihat rajah di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah
perkataan dengan menggunakan ayat yang betul, tepat dan gramatis.

Kepentingan Semangat Kejiranan

Memupuk semangat Melahirkan semangat Melahirkan masyarakat yang


perpaduan kerjasama aman dan harmoni

Semangat kejiranan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan. Kepentingan semangat kejiranan boleh memupuk
perpaduan antara masyarakat berbilang bangsa. Semangat kejiranan dapat membentuk semangat kekitaan dan melahirkan
masyarakat yang bersatu padu. Selain itu, semangat kejiranan dapat memupuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat.
Dengan ini, masyarakat dapat berganding bahu dan sama-sama mengendalikan sesuatu majlis seperti kenduri, perkahwinan
dan kenduri kesyukuran. Seterusnya, semangat kejiranan mampu melahirkan masyarakat yang aman dan harmoni. Oleh itu,
masyarakat harus mendekati jiran dan mengenali mereka dengan lebih mendalam. Kesimpulannya, semangat kejiranan amat
penting dalam melahirkan masyarakat harmoni, suasana yang aman dan perpaduan yang teguh.

Tahap
Penguasaan
1 2 3 4 5 6

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

35

(2)Masteri BM Tkt 2-Tema 10-18.indd 35 11/2/21 5:01 PM


Kemahiran Membaca
S.P 2.3.1 Membaca untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan dengan betul dan tepat.
Objektif Murid dapat menyatakan idea utama dan idea sampingan setelah membaca petikan.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, nyatakan idea utama dan senaraikan idea sampingan
Praktis PBD

yang terdapat dalam petikan.

Perpaduan dan keharmonian antara kaum adalah penting dalam masyarakat majmuk seperti
Malaysia. Rakyat Malaysia daripada pelbagai kumpulan etnik perlu membantu menjalin dan mengukuhkan
keharmonian hidup di Malaysia. Hanya keharmonian dan persefahaman antara kaum yang mampu
menggalakkan kepercayaan dan perpaduan antara rakyat. Rakyat Malaysia tidak kira bangsa atau
agama, seharusnya menghindari sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi kaum yang
dapat menjejaskan keharmonian kaum. Selain itu, pihak sekolah mestilah mengadakan aktiviti-aktiviti
yang berunsurkan kemasyarakatan dan melibatkan komuniti pelbagai kaum. Pihak sekolah juga haruslah
menggalakkan pemakaian pakaian tradisional kaum masing-masing semasa sambutan Hari Kebangsaan,
hari perayaan dan sebagainya agar masyarakat berbilang kaum di negara kita lebih harmoni dan hidup
makmur dalam masyarakat majmuk di negara kita. Di samping itu, semangat patriotisme mestilah sentiasa
disemai dan dipupuk dalam usaha mengekalkan keharmonian dan perpaduan antara kaum. Seterusnya, ibu
bapa juga memainkan peranan dengan menerapkan kefahaman tentang kepentingan menjaga hubungan
dengan kaum lain kepada anak-anak mereka. Kesimpulannya, rakyat Malaysia haruslah bersatu padu
dalam mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan negara.

Idea utama:
Cara-cara mengekalkan keharmonian antara kaum.

Idea sampingan:
Rakyat Malaysia daripada pelbagai kumpulan etnik perlu membantu menjalin dan memperkukuh keharmonian hidup
1
di Malaysia.

Rakyat Malaysia tidak kira bangsa atau agama, seharusnya menghindari sebarang tindakan yang boleh mencetuskan
2
provokasi kaum yang dapat menjejaskan keharmonian kaum.

Pihak sekolah mestilah mengadakan aktiviti-aktiviti yang berunsurkan kemasyarakatan dan melibatkan komuniti pelbagai
3
kaum.

Pihak sekolah haruslah menggalakkan pemakaian pakaian tradisional kaum masing-masing.
4

Semangat patriotisme mestilah sentiasa disemai dan dipupuk.
5

Ibu bapa menerapkan kefahaman tentang kepentingan menjaga hubungan dengan kaum lain kepada anak-anak mereka.
6

Tahap
Penguasaan
1 2 3 4 5 6

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

36

(2)Masteri BM Tkt 2-Tema 10-18.indd 36 11/2/21 5:01 PM


TEMA
12 Negaraku Jati Diriku

Praktis PBD
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
S.P 1.8.2 Mengulas bahan grafik dengan menyatakan maklumat tersurat dan tersirat dengan jelas dan bernas menggunakan ayat yang gramatis.
Objektif Murid dapat menulis ulasan dengan menggunakan ayat yang gramatis.

Lihat peta pemikiran di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga
100 patah perkataan menggunakan ayat yang gramatis.

Guru Ibu bapa

Sebagai
bahasa
kebangsaan

Kepentingan
Sebagai Bahasa Sebagai
bahasa Melayu bahasa
perpaduan pengantar

Buku Internet

Sejarah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah diterima sebagai lingua franca atau bahasa komunikasi utama sejak zaman
Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 lagi. (pendahuluan) Memandangkan bahasa Melayu telah diguna sekian lama,
(SI1) maka bahasa Melayu telah disetujui dan disepakati bersama oleh pemimpin pelbagai kaum di negara ini agar menjadi
bahasa kebangsaan. (SU1) Selain berfungsi sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu juga menjadi wahana perpaduan
masyarakat majmuk di negara kita. (SU2) Oleh itu, bahasa Melayu bertindak sebagai alat yang menghubungkan penutur-
penutur daripada pelbagai bangsa dan berupaya untuk menyatupadukan bangsa yang dikenali sebagai bangsa Malaysia. (SI2)
Di samping itu, bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah. (SU3) Dengan penetapan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar, bahasa Melayu dapat menyatupadukan penduduk Malaysia yang berbilang kaum dan
agama. (SI3) Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya menggunakan dan memartabatkan bahasa Melayu di serantau Malaysia.
(Penutup)

Tahap
Penguasaan
1 2 3 4 5 6

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

37

(2)Masteri BM Tkt 2-Tema 10-18.indd 37 11/2/21 5:01 PM


Kemahiran Membaca dan Menulis
S.P 2.2.1 Membaca untuk memahami makna rangkai kata yang terdapat dalam pelbagai bahan menggunakan glosari dan kamus dengan betul dan tepat.
S.P 3.1.3 Menulis untuk menyatakan makna kata, rangkai kata, istilah dan ungkapan serta menggunakannya dengan betul mengikut konteks.
Objektif Murid dapat membaca, memberikan dan menulis maksud istilah melalui teks.
Praktis PBD

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, berikan maksud istilah dengan menulis jawapan yang
betul dan tepat pada ruang jawapan yang disediakan.

Rukun Negara ialah ideologi kebangsaan Malaysia. Lima Prinsip Rukun Negara, iaitu Kepercayaan kepada
Tuhan; Kesetiaan kepada Raja dan Negara; Keluhuran Perlembagaan; Kedaulatan Undang-undang serta
Kesopanan dan Kesusilaan, merupakan satu falsafah dan ideologi negara yang menjadi dasar kesatuan,
perpaduan bangsa serta pedoman kepada kehidupan semua masyarakat pelbagai kaum dan budaya
di negara ini.
Setiap matlamat dan prinsip Rukun Negara yang dilafazkan pada setiap perhimpunan sekolah, majlis
dan program rasmi tertentu sebenarnya mempunyai maksud tersirat yang harus difahami dan dipraktikkan
oleh setiap masyarakat di Malaysia. Penghayatan prinsip Rukun Negara akan membentuk warganegara
yang bersopan santun dan bersusila serta menjadi panduan kepada semua rakyat agar perilaku masyarakat
sentiasa terpelihara.
Rukun Negara diwujudkan ekoran rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah
membuka mata semua rakyat Malaysia betapa pentingnya bersatu-padu dan hidup dengan aman dan
damai serta dapat menghindari sifat curiga-mencurigai antara satu dengan yang lain. Masyarakat yang
bersatu padu, muhibah tanpa mengira kaum serta bersikap hormat-menghormati antara satu dengan yang
lain dapat dilahirkan melalui pengamalan Rukun Negara. Oleh itu, semua rakyat Malaysia tanpa mengira
asal usul dan keturunan mempunyai iltizam menjadikan lima matlamat dan lima prinsip Rukun Negara
sebagai panduan hidup bagi mencapai wawasan negara dan perpaduan nasional.

Istilah Maksud

1 ideologi faham (ajaran) yang dipakai atau yang dicita-citakan untuk dasar pemerintahan

2 pedoman garis panduan

tindak-tanduk atau reaksi seseorang terhadap sesuatu (rangsangan) yang menggambarkan


3 perilaku
sikapnya

rusuhan yang berlaku dalam kalangan anggota kaum yang berlainan dalam sesebuah komuniti
4 rusuhan kaum
atau negara

5 muhibah perasaan persahabatan dan kemesraan

6 iltizam komitmen

Tahap
Penguasaan
1 2 3 4 5 6

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

38

(2)Masteri BM Tkt 2-Tema 10-18.indd 38 11/2/21 5:01 PM


Kemahiran Menulis
S.P 3.4.4 Menulis karangan menggunakan ejaan yang betul dan bahasa yang tepat, indah serta menarik.
Objektif Murid dapat menulis karangan dengan menggunakan ejaan yang betul dan bahasa yang tepat, indah serta menarik.

Berdasarkan bahan, tulis karangan laporan dengan menggunakan ejaan yang betul dan bahasa yang

Praktis PBD
tepat, indah serta menarik.
Selaku Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu sekolah, anda diminta menyediakan laporan Minggu
Bahasa Melayu yang telah diadakan. Tulis laporan itu dengan lengkap.

SMK Seri Kembangan, Selangor


Minggu Bahasa Melayu
2 Mac hingga 6 Mac 20__

Laporan Minggu Bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan

Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan, Selangor telah mengadakan Minggu Bahasa Melayu
bermula pada 2 Mac hingga 6 Mac 20__ yang lalu. Majlis Perasmian Minggu Bahasa Melayu telah dijalankan dengan meriah
sekali dengan kehadiran Pegawai Pelajaran Daerah Muar, Tuan Puniran bin Denan pada 2 Mac 20__. Beliau dalam ucapan
perasmian telah memuji usaha yang dijalankan oleh Persatuan Bahasa Melayu SMK Seri Kembangan kerana telah mengambil
langkah proaktif menganjurkan Minggu Bahasa Melayu sebagai satu usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu.
Pada hari tersebut juga telah diadakan persembahan mendeklamasikan sajak oleh tiga orang murid berbilang kaum dengan
suara lantang, kuat, besar bergema, penuh bersemangat dan bertenaga. Selain persembahan mendeklamasikan sajak, majlis
perasmian juga diserikan oleh persembahan koir oleh semua ahli Persatuan Bahasa Melayu dan persembahan syair oleh dua
orang murid tingkatan lima.
Sepanjang hari Selasa dan Rabu, Persatuan Bahasa Melayu telah menganjurkan pelbagai program seperti pertandingan
menulis esei dan cerpen kategori menengah rendah dan menengah atas. Tema penulisan cerpen dan esei tersebut ialah Bahasa

39

(2)Masteri BM Tkt 2-Tema 10-18.indd 39 11/2/21 5:01 PM


Jiwa Bangsa. Sebanyak 28 orang peserta mengambil bahagian dalam kategori masing-masing. Penilaian berdasarkan isi, bahasa
dan pengolahan. Tiga orang pemenang bagi setiap kategori telah dipilih berdasarkan esei dan cerpen masing-masing. Kesemua
pertandingan tersebut dijalankan di kelas masing-masing.
Pada hari Rabu dan Khamis pula, Persatuan Bahasa Melayu telah berganding bahu dengan Kelab Drama menganjurkan
Praktis PBD

Pertandingan Drama peringkat sekolah. Drama yang bertajuk, “Kelam Semalam” persembahan murid-murid tingkatan
dua telah berjaya menjadi johan. Drama ini juga telah diberi penghormatan dengan memberi peluang untuk mengadakan
persembahan semasa majlis penutupan rasmi Minggu Bahasa Melayu pada 6 Mac 20__.
Majlis penutupan rasmi Minggu Bahasa Melayu dan penyampaian hadiah diadakan pada 6 Mac 20__. Melalui pelbagai
acara yang dipertandingkan, Pihak sekolah telah berjaya mencungkil bakat-bakat terpendam para murid. Dalam ucapan
penutup, Pengetua sekolah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Persatuan Bahasa Melayu kerana
berjaya mengendalikan aktiviti dengan baik. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada para peserta yang berjaya mendapat
tempat dalam semua pertandingan yang dijalankan. Diharapkan agar aktiviti ini dapat dijayakan lagi pada tahun hadapan
dengan slot-slot pengisian yang lebih bermanfaat.

Laporan disediakan oleh, 9 Mac 20__


Mardi

(MARDI BIN HAMZAH)


Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan

Tahap
Penguasaan
1 2 3 4 5 6

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

40

(2)Masteri BM Tkt 2-Tema 10-18.indd 40 11/2/21 5:01 PM


TEMA
Ekonomi, Keusahawanan dan
13 Pengurusan Kewangan

Praktis PBD
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
S.P 1.6.1 Menyaring dan menyampaikan maklumat yang tepat dan mengunakan ayat yang gramatis.
Objektif Murid dapat menulis ulasan dengan menggunakan ayat yang gramatis.

Tulis perbualan anda dengan seorang rakan anda tentang perniagaan dalam talian dengan
menggunakan kata kunci atau ayat sendiri. Kemudian, praktis perbualan ini dengan rakan anda.

Haider : Hai, Mateen! Kamu tahukah tentang perniagaan dalam talian?


Mateen : Hai, Haider! Tentulah tahu. Perniagaan dalam talian bermaksud (perniagaan eletronik –
membenarkan peniaga – melalui Internet – tidak perlu bersemuka – hanya menggunakan
Internet).
Perniagaan elektronik yang membenarkan perniagaan menawarkan barangan dan perkhidmatan melalui

Internet. Peniaga dan pelanggan tidak perlu bersemuka dan boleh berada beribu-ribu batu jauhnya kerana

perniagaan ini hanya menggunakan Internet sebagai medium perantaraan.

Haider : Pada pendapat saya, terdapat banyak kesan positif dan negatif yang timbul akibat urus niaga
melalui sistem elektronik ini.
Mateen : Benar. Antara kesan positif yang ketara dalam urus niaga ini ialah (memudahkan –
mempercepat urus niaga – boleh diakses dengan mudah – walaupun berada di rumah)
memudahkan dan mempercepat urus niaga. Hal ini dikatakan begitu kerana urus niaga dan perkhidmatan

e-dagang ini boleh diakses dengan mudah pada setiap masa tanpa mengira di mana jua kita berada. Urus niaga

ini boleh dimulakan walaupun berada di rumah dengan adanya kemudahan mengakses Internet.

Haider : Selain itu, urus niaga dalam talian juga dapat (menjimatkan masa – tenaga – pengguna tidak
perlu berkunjung ke tempat yang jauh – hanya memesan barangan – perkhidmatan melalui
menjimatkan masa dan tenaga kerana pengguna tidak perlu berkunjung ke tempat yang jauh untuk
talian)
membeli barangan keperluan sebaliknya pengguna hanya perlu memesan barangan atau perkhidmatan yang

diperlukan melalui talian. Segala pesanan dan pembayaran boleh dilakukan melalui Internet.
.
mempermudah urus niaga
Mateen : Pendek kata, perniagaan dalam talian (mempermudah urus niaga).
bukan sahaja untuk pelanggan malahan juga kepada peniaga sendiri.

Perniagaan dalam talian juga membawa kesan negatif kepada kita.
Haider : Apakah kesan negatif yang timbul akibat urus niaga melalui sistem elektronik ini?
Mateen : Kesan negatif yang ketara dalam urus niaga ini ialah (penyelewengan – mungkin ditipu –
barangan tidak wujud – tidak berkualiti – mendatangkan kemudaratan)
berlaku penyelewengan kerana pembeli mungkin ditipu dalam urus niaga ini. Sebagai contoh, barang yang

dibeli mungkin tidak wujud atau tidak berkualiti dan mendatangkan kemudaratan kepada pengguna.

Haider : Oleh itu, kita haruslah memanfaatkannya dengan baik agar ekonomi negara kita menjadi lebih
maju setanding dengan negara luar.

Tahap
Penguasaan
1 2 3 4 5 6

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

41

(2)Masteri BM Tkt 2-Tema 10-18.indd 41 11/2/21 5:01 PM


Kemahiran Membaca
S.P 2.2.3 Membaca secara luncuran dan imbasan untuk memahami serta meneroka maksud keseluruhan daripada pelbagai bahan.
Objektif Murid dapat membaca maklumat secara luncuran dengan menyatakan maksud keseluruhan bahan.

Baca maklumat di bawah secara luncuran. Kemudian, nyatakan maksud keseluruhan bahan.
Praktis PBD

Kebaikan menabung adalah dapat membantu kita untuk membeli apa yang kita ingini. Kita boleh
menggunakan wang itu untuk membeli barang-barang keperluan diri kita sendiri seperti buku, komputer
riba dan sebagainya. Dengan itu, kita tidak perlu meminta wang daripada ibu bapa kita untuk membeli
barang keperluan kita.
Jolin Fung, 15 tahun

Pada pendapat saya, amalan menabung boleh melatih kita agar berjimat cermat dalam perbelanjaan
seharian dengan membeli barang-barang yang penting dan berguna sahaja. Wang yang selebihnya akan
disimpan di dalam bank atau tabung.
Sutha a/p Kalai, 25 tahun

Antara kebaikan amalan menabung adalah dapat digunakan semasa kecemasan. Apabila kita dilanda
musibah seperti banjir atau kebakaran. Jika kesempitan wang, kita boleh menggunakan wang tersebut
untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi tanpa meminjam wang daripada sahabat atau lintah darat.
Khairul bin Azman, 45 tahun

Maksud Keseluruhan Bahan


Bahan ini membawa maksud amalan menabung merupakan amalan mulia yang perlu dijadikan budaya hidup dan dipraktikkan
kerana memberi banyak faedah kepada kita. Amalan menabung dapat membantu kita untuk membeli apa yang kita ingini,
boleh melatih kita agar berjimat cermat dalam perbelanjaan seharian dan dapat digunakan semasa berlaku kecemasan.









Tahap
Penguasaan
1 2 3 4 5 6

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

42

(2)Masteri BM Tkt 2-Tema 10-18.indd 42 11/2/21 5:01 PM


Kemahiran Menulis
S.P 3.4.2 Menulis perenggan isi dengan membina ayat topik, ayat huraian, ayat contoh dan ayat penegas secara terancang.
Objektif Murid dapat menulis perenggan isi dengan membina ayat topik, ayat huraian, ayat contoh dan ayat penegas secara terancang.

Lihat bahan di bawah dengan teliti. Kemudian, kembangkan isi yang diberikan dengan membina ayat

Praktis PBD
topik, ayat huraian, ayat contoh dan ayat penegas secara terancang.

Kelebihan Penggunaan Kad Kredit

Sebagai mukadimah dan pembuka bicara, lontaran idea perdana tentang kebaikan penggunaan kad
Ayat Topik
kredit ialah kad kredit lebih mudah digunakan berbanding dengan wang tunai.

Hal ini dikatakan demikian kerana kita hanya melayangkan kad apabila membuat pembelian atau
Ayat Huraian
membuat sebarang pembayaran tanpa membawa wang tunai yang banyak.

Sebagai contoh, kita hanya perlu menurunkan tandatangan pada skrip kecil yang mencatatkan jumlah
Ayat Contoh
perbelanjaan kita.

Deduksinya, penggunaan kad kredit lebih digemari kerana lebih mudah digunakan berbanding
Ayat Penegas
dengan wang tunai.

Tahap
Penguasaan
1 2 3 4 5 6

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

43

(2)Masteri BM Tkt 2-Tema 10-18.indd 43 11/2/21 5:01 PM


TEMA
14 Berbudi kepada Alam
Praktis PBD

Kemahiran Mendengar dan Bertutur


S.P 1.1.2 Mendengar, mengenal pasti dan menuturkan ayat dalam pelbagai ujaran dengan intonasi yang betul.
Objektif Murid dapat melakonkan situasi setelah mendengar maklumat yang disampaikan.

Dengar maklumat yang dibaca oleh guru anda. Gunakan maklumat tersebut untuk melakonkan situasi
panggilan telefon dengan menuturkan ayat dalam pelbagai ujaran menggunakan intonasi yang betul.

Azman berminat hendak menjadi seorang penternak kambing. Oleh itu, dia telah menelefon Encik Syafiq, seorang
penternak kambing yang berjaya untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Enam Cara Menternak Kambing

Pada peringkat permulaan, cara menternak kambing melibatkan beberapa proses. Enam perkara di bawah
adalah penting dalam memulakan aktiviti penternakan kambing.
1 Membina kandang
• Kandang yang bersesuaian perlulah dibina bagi menyediakan tempat teduhan kepada ternakan.
Saiznya pula bergantung pada bilangan kambing yang hendak dibela.
2 Menyediakan makanan
• Pastikan kambing tidak perlu risau akan sumber makanan.
3 Pemilihan baka kambing
• Ada banyak jenis baka kambing seperti baka Katjang, Jamnapari, Boer, Anglo-Nubian dan Saanen.
4 Pembiakan
5 Rawatan penyakit
6 Penjualan
• Penternakan kambing memerlukan proses penjualan bagi mendapatkan keuntungan.

Tahap
Penguasaan
1 2 3 4 5 6

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

44

(2)Masteri BM Tkt 2-Tema 10-18.indd 44 11/2/21 5:01 PM


Kemahiran Membaca
S.P 2.3.1 Membaca untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan dengan betul dan tepat.
Objektif Murid dapat mengemukakan idea utama dan idea sampingan berdasarkan petikan.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, kemukakan idea utama dan idea sampingan dengan

Praktis PBD
tepat.

Dewasa ini, sektor pertanian sangat penting dan telah menjadi penyumbang utama pembangunan negara.
Persoalannya, negara kita masih lagi mengimport tenaga asing dalam sektor perladangan kerana golongan
muda masih tidak peduli tentang sektor pertanian ini, padahal sektor ini mempunyai potensi yang besar
untuk dimajukan. Oleh hal yang demikian, langkah-langkah jitu perlu terus dilakukan oleh golongan belia
untuk melibatkan diri dalam sektor pertanian ini.
Antara langkah perdana untuk menggalakkan golongan belia melibatkan diri dalam sektor pertanian ialah
pihak sekolah perlu menawarkan mata pelajaran Sains Pertanian kepada murid-muridnya tanpa mengira
kemampuan akademik. Hal ini dikatakan demikian kerana subjek Sains Pertanian yang ditawarkan kepada
semua murid di sekolah dapat memperkembangkan minat dan menghargai pertanian terutamanya yang
berkaitan dengan pertanian di Malaysia serta untuk memperkukuh asas kerjaya dalam bidang pertanian.
Umum mengetahui bahawa memberikan kemudahan kredit kepada golongan belia yang berminat
melibatkan diri dalam sektor pertanian juga merupakan salah satu langkah yang boleh diambil untuk
meningkatkan pendapatan dalam sektor pertanian. Sektor ini kurang berkembang disebabkan oleh ramai
golongan belia yang berminat menceburi bidang pertanian di negara ini dihambat kemiskinan dan kekurangan
modal. Jika disingkap dari perspektif yang lain, langkah untuk meningkatkan hasil pertanian adalah melalui
agensi-agensi kerajaan. Agensi-agensi kerajaan seperti Lembaga Beras dan Padi Negara (LPN), Pihak
Berkuasa Pekebun Kecil (RISDA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) merupakan penggerak kepada
petani dengan menggalakkan petani terutamanya golongan belia terlibat dalam bidang pertanian dengan
cara menyediakan khidmat kursus dan latihan, memberi pinjaman modal dan mempromosikan hasil
pertanian.
Oleh itu, golongan belia harus mengubah persepsi mereka terhadap bidang pertanian dengan tidak
menganggap bidang ini tidak relevan lagi dengan hasrat kerajaan untuk muncul sebagai negara maju dan
berpendapatan tinggi.

45

(2)Masteri BM Tkt 2-Tema 10-18.indd 45 11/2/21 5:01 PM


Idea Utama Idea Sampingan
1 Negara kita masih lagi mengimport tenaga asing dalam Golongan muda masih tidak peduli tentang sektor
sektor perladangan. pertanian.
Praktis PBD

2 Pihak sekolah perlu menawarkan mata pelajaran Sains Mata pelajaran Sains Pertanian yang ditawarkan kepada
Pertanian kepada murid-muridnya tanpa mengira semua murid dapat memperkembangkan minat dan
kemampuan akademik. menghargai pertanian.

3 Agensi-agensi kerajaan memberi bantuan. Lembaga Beras dan Padi Negara (LPN), Pihak Berkuasa
Pekebun Kecil (RISDA), Lembaga Pertubuhan Peladang
(LPP) menggalakkan golongan belia terlibat dalam
bidang pertanian dengan cara menyediakan khidmat
kursus dan latihan, memberi pinjaman modal dan
mempromosikan hasil pertanian.

4 Golongan belia harus mengubah persepsi mereka Tidak menganggap bidang pertanian tidak relevan lagi
terhadap bidang pertanian. dengan hasrat kerajaan untuk muncul sebagai negara
maju dan berpendapatan tinggi.

Tahap
Penguasaan
1 2 3 4 5 6

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

46

(2)Masteri BM Tkt 2-Tema 10-18.indd 46 11/2/21 5:01 PM


Kemahiran Menulis
S.P 3.4.3 Menulis perenggan pendahuluan dan kesimpulan karangan menggunakan bahasa yang gramatis.
Objektif Murid dapat menulis perenggan pendahuluan dan kesimpulan karangan dengan menggunakan bahasa yang gramatis.

Tulis perenggan pendahuluan dan kesimpulan karangan dengan berpandukan peta buih di bawah.

Praktis PBD
Alam sekitar – Masyarakat –
anugerah Tuhan – melakukan anjakan
kesejahteraan paradigma/peka isu
kehidupan alam sekitar

Usaha-usaha
Melestarikan Alam
Sekitar

Semakin Semua pihak –


tercemar – menjalinkan
melakukan sinergi –
pencemaran – mengekalkan
pelbagai usaha keseimbangan
diambil alam

Pendahuluan
Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Alam sekitar pada masa
kini semakin tercemar kerana terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti
pembuangan sampah di sungai-sungai, penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai lagi. Oleh itu, untuk mengembalikan
kesegaran alam sekitar pelbagai usaha melestarikan alam sekitar perlulah diambil.

Kesimpulan
Kesimpulannya, terdapat banyak usaha yang boleh diambil untuk melestarikan alam sekitar. Oleh itu, masyarakat
Malaysia perlulah melakukan anjakan paradigma dan sentiasa peka terhadap isu-isu alam sekitar. Selain itu, semua
pihak haruslah menjalinkan sinergi mengekalkan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk
kesejahteraan hidup.

Tahap
Penguasaan
1 2 3 4 5 6

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

47

(2)Masteri BM Tkt 2-Tema 10-18.indd 47 11/2/21 5:01 PM


TEMA
15 Sains, Teknologi dan Inovasi
Praktis PBD

Kemahiran Mendengar dan Bertutur


S.P 1.4.2 Berbicara untuk memohon dan memberi kemaafan terhadap seseorang dalam situasi formal secara bertatasusila.
Objektif Murid dapat melakonkan situasi memohon dan memberi kemaafan terhadap seseorang dalam situasi formal secara bertatasusila.

Lakonkan dialog memohon dan memberi kemaafan secara formal dan bertatasusila di bawah.

Selamat pagi, Aniza. Mengapakah kamu Selamat pagi, Belle. Maafkan saya, Belle.
tidak membalas kiriman WhatsApp saya Saya bukannya sengaja tidak membalas
semalam? kiriman WhatsApp kamu. Telefon pintar saya
menghadapi sedikit masalah.

Apakah yang berlaku pada telefon pintar


kamu? Telefon pintar saya tidak boleh dihidupkan.
Kemungkinan papan induk telefon pintar
saya sudah rosak.
Oh, begitu rupanya! Baik kamu hantar ke
kedai telefon secepat mungkin supaya mudah
kawan-kawan menghubungi kamu nanti. Petang ini juga akan saya hantar ke kedai.
Apakah sebabnya kamu WhatsApp saya
semalam?
Tiada apa-apa. Saya cuma ingin bertanya
tentang perubahan jadual pertandingan
bola jaring. Saya minta maaf sekali lagi kerana tidak
dapat membantu kamu.

Tidak mengapa, Aniza.

Markah 1-5 6-10 11-15 16-20 21-25 26-30


Tahap
1 2 3 4 5 6
Penguasaan

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

48

(2)Masteri BM Tkt 2-Tema 10-18.indd 48 11/2/21 5:01 PM


Kemahiran Membaca
S.P 2.2.2 Membaca untuk memahami dan menaakul maklumat berbentuk pesanan daripada pelbagai bahan dengan memberikan respons yang betul.
Objektif Murid dapat menjawab soalan-soalan setelah membaca e-mel.

Baca e-mel di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Praktis PBD
Daripada: Fatimah@gmail.com
Kepada: Siti@gmail.com
Subjek: Kepentingan kegunaan telefon pintar

Apa khabar, Siti dan keluarga? Saya berharap Siti sekeluarga berada dalam keadaan sihat selalu. Saya
ingin memohon maaf kerana terlambat untuk membalas e-mel Siti tempoh hari. Kali ini saya akan mengambil
kesempatan ini untuk memberikan sedikit pandangan saya tentang kepentingan penggunaan telefon pintar.
Diharapkan pandangan saya ini dapat membantu Siti untuk melengkapkan kerja kursus Siti.
Telefon pintar merujuk telefon bimbit yang mempunyai ciri pengkomputeran maju dan ketersambungan
berbanding dengan telefon bimbit biasa. Telefon pintar penting dijadikan sebagai alat perhubungan untuk
menghubungi insan tersayang yang berada jauh di mata tetapi dekat di hati. Telefon pintar dapat merapatkan
jarak perhubungan dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama keluarga, sahabat handai dan kenalan.
Bukan itu sahaja, telefon pintar juga dapat dijadikan sebagai alat untuk mencari data dan maklumat dengan
mudah. Dengan kemajuan dan kecanggihan telefon pintar ini, kita boleh mencari maklumat menggunakan
gajet ini di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa malah dapat memperoleh sesuatu maklumat yang
diperlukan dengan cepat. Di samping itu, kita boleh menggunakan telefon pintar untuk urusan secara dalam
talian. Misalnya, kita boleh membayar bil elektrik, bil air dan bayaran kad kredit melalui aplikasi dalam
telefon pintar. Akhir sekali, penggunaan telefon pintar juga banyak membantu dalam komunikasi harian. Kita
tidak perlu lagi bersusah-payah untuk pergi ke rumah seseorang untuk berkongsi ataupun menyampaikan
maklumat.
Siti, demikianlah sedikit sebanyak pandangan saya tentang kepentingan penggunaan telefon pintar.
Saya berharap perkongsian ilmu saya dapat membantu Siti. Ada masa kita bertemu lagi.
Sekian, terima kasih.

1 Nyatakan kepentingan penggunaan telefon pintar.


(a) Sebagai alat perhubungan
Sebagai alat untuk mencari data dan maklumat dengan mudah
(b)
Untuk urusan secara dalam talian
(c)
Membantu dalam komunikasi harian
(d)

2 Berikan dua pendapat anda tentang kesan buruk penggunaan telefon pintar.
(a) Penggunaan telefon pintar yang tidak terkawal boleh menyebabkan berlakunya pembaziran.


Penggunaan telefon pintar dalam kalangan murid boleh menjejaskan pelajaran.
(b)

Tahap
Penguasaan
1 2 3 4 5 6

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

49

(2)Masteri BM Tkt 2-Tema 10-18.indd 49 11/2/21 5:01 PM


Kemahiran Menulis
S.P 3.6.1 Menulis dan mengolah maklumat daripada bahan dialog dan bahan prosa kepada puisi menggunakan ayat yang gramatis.
Objektif Murid dapat mencipta puisi berdasarkan cerita yang telah diberikan.

Baca cerita di bawah dengan teliti. Kemudian, cipta sebuah puisi tentang cerita tersebut menggunakan
Praktis PBD

ayat yang gramatis. KBAT Mencipta

“Ah, cuaca hari ini agak redup dan keadaan angin agak
sesuai untuk bermain layang-layang,” kata Farid
kepada adiknya, Fahim.
“Saya hendak bermain layang-layang juga,”
jawab adiknya dengan pantas. “Kamu masih
kurang sihat. Baik berehat sahaja di rumah,”
nasihat Farid.
“Saya sudah beransur pulih, abang. Saya
tidak boleh duduk diam. Lebih baik saya bermain
permainan tradisional untuk mengeluarkan peluh.
Kalau duduk sahaja dan tidak membuat apa-apa
di rumah, badan saya menjadi lemah,” balas
Fahim seakan-akan merajuk.
“Ya, itu abang
faham. Permainan tradisional ini sememangnya
merupakan aktiviti riadah yang menyeronokkan.
Kita seharusnya mempertahankan permainan
ini agar budaya warisan ini tidak pupus ditelan
zaman,” kata Farid kepada adiknya.

Warisan Zaman-berzaman

Negara maju dan terus maju, Layang-layang, congkak, sepak raga


manusia semakin rakus, apakah itu?
mengejar kemodenan. tanya generasi baharu.

Tidak kira di bandar atau di desa, Wahai bangsaku, janganlah dikau alpa,
semuanya berada dalam kemodenan, warisan nenek moyangmu,
maka yang lama semakin dilupakan. jagailahnya agar terus gemilang,
kerana itu ialah khazanah,
paling berharga.

Tahap
Penguasaan
1 2 3 4 5 6

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

50

(2)Masteri BM Tkt 2-Tema 10-18.indd 50 11/2/21 5:01 PM


TEMA
16 Pelestarian Alam

Praktis PBD
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
S.P 1.5.1 Mengemukakan soalan bercapah untuk mencungkil pendapat yang sesuai secara bertatasusila.
Objektif Murid dapat membina soalan dan memberi jawapan yang sesuai dan bertatasusila.

A  Baca petikan di bawah dengan teliti.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa sejak bermulanya tamadun manusia, sungai merupakan nadi
kepada kehidupan manusia sejagat. Sungai merupakan unsur semula jadi ciptaan Tuhan dan khazanah
yang banyak memberikan kemaslahatan dan perlu dipelihara supaya sentiasa berkekalan.
Kepentingan sungai di negara kita merangkumi sejarah sebagai pusat tumpuan perdagangan,
sempadan negeri dan negara serta pembentuk muka bumi. Sebagai sumber air utama negara, rakyat
sewajarnya sedar bahawa sungai membekalkan sumber air kepada manusia untuk kegunaan domestik
seperti minuman, memasak dan membasuh. Pada era 60-an, sungai penting sebagai sumber tenaga
hidro kepada penduduk dan kilang-kilang di kawasan perindustrian. Hal ini dikatakan demikian ekoran
jumlah hujan yang tinggi dan turun sepanjang tahun dapat membekalkan sumber air mencukupi untuk
menghasilkan sumber hidroelektrik.
Pada masa yang sama, sungai-sungai juga amat penting kerana dapat menghasilkan tanah yang
subur apabila berlakunya banjir. Aliran sungai di kawasan hilir kebiasaannya membawa bahan-bahan
mendapan yang kaya dengan nutrien sebelum dimendapkan di kawasan lembah sungai. Di samping itu,
sungai juga merupakan habitat haiwan akuatik yang membekalkan sumber protein yang cukup kepada
manusia seperti udang, ikan dan ketam. Keindahan sungai yang dilengkapi dengan air terjun dan jeram
yang berarus deras juga menjadi tumpuan para pelancong untuk beriadah dan berekreasi. Sungai-sungai
yang dijaga dengan cantik dan bersih selalunya menjadi tarikan pelancong sama ada pelancong domestik
mahupun pelancong asing. Sungai turut mewujudkan peluang pekerjaan dan menambahkan pendapatan
kepada manusia kerana sungai memberikan rezeki kepada mereka yang menetap berhampirannya
dengan melakukan aktiviti menangkap hasil sungai.
Sememangnya, kerja-kerja mengurus sumber air sudah semakin kritikal untuk memastikan sumber
air itu bebas daripada sebarang pencemaran. Kerajaan sentiasa memberikan perhatian khusus terhadap
isu pencemaran sungai kerana pencemaran sungai akan merugikan negara termasuk peningkatan
kos rawatan bekalan air domestik dan industri serta kepupusan flora dan fauna di samping menggugat
ekosistem dan sumber makanan. Oleh itu, usaha meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan alam
sekitar memerlukan komitmen, kerjasama dan sokongan semua pihak agar dapat dilaksanakan secara
berterusan demi kesejahteraan hidup generasi akan datang.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Melestarikan Keindahan Sungai” oleh


Samat Buang, Dewan Siswa, Mei 2017)

51

(2)Masteri BM Tkt 2-Tema 10-18.indd 51 11/2/21 5:01 PM


B  Bina lima soalan bercapah berpandukan bahan yang diberi dalam Bahagian A berserta jawapan.

1 Soalan: Apakah kebaikan sumber air kepada manusia?


Praktis PBD

Kebaikan sumber air kepada manusia adalah untuk kegunaan domestik seperti minuman, memasak dan
Jawapan:
membasuh.

2 Soalan: Mengapakah sungai dikatakan penting sebagai sumber tenaga hidro kepada penduduk dan kilang-kilang

di kawasan perindustrian?
Sungai penting sebagai sumber tenaga hidro kepada penduduk dan kilang- kilang di kawasan perindustrian
Jawapan:
kerana jumlah hujan yang tinggi dan turun sepanjang tahun dapat membekalkan sumber air mencukupi untuk

menghasilkan sumber hidroelektrik.

3 Soalan: Apakah kepentingan keindahan sungai yang dilengkapi dengan air terjun dan jeram yang berarus deras kepada

para pelancong?
Keindahan sungai yang dilengkapi dengan air terjun dan jeram yang berarus deras menjadi tumpuan para
Jawapan:
pelancong untuk beriadah dan berekreasi.

4 Soalan: Mengapakah sungai dikatakan dapat mewujudkan peluang pekerjaan dan menambahkan pendapatan kepada

manusia?
Sungai dikatakan dapat mewujudkan peluang pekerjaan dan menambahkan pendapatan kepada manusia
Jawapan:
kerana sungai memberikan rezeki kepada mereka yang menetap berhampirannya dengan melakukan aktiviti

menangkap hasil sungai.

5 Soalan: Mengapakah kerajaan memberikan perhatian terhadap isu pencemaran sungai?


Kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap isu pencemaran sungai kerana pencemaran sungai akan
Jawapan:
merugikan negara termasuk peningkatan kos rawatan bekalan air domestik dan industri serta kepupusan flora

dan fauna di samping menggugat ekosistem dan sumber makanan.

Tahap
Penguasaan
1 2 3 4 5 6

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

52

(2)Masteri BM Tkt 2-Tema 10-18.indd 52 11/2/21 5:01 PM


Kemahiran Membaca dan Menulis
S.P 2.2.1 Membaca untuk memahami makna rangkai kata yang terdapat dalam pelbagai bahan menggunakan glosari dan kamus dengan betul dan tepat.
S.P 2.1.1 Menulis untuk menyatakan makna kata, rangkai kata, istilah dan ungkapan serta menggunakannya dengan betul mengikut konteks.
Objektif Murid dapat membaca, memberikan dan menulis maksud istilah melalui teks.

Praktis PBD
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, berikan maksud perkataan, rangka kata dan istilah
dengan menulis jawapan yang betul dan tepat pada ruang jawapan yang disediakan.

Kesan rumah hijau ialah pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas-gas rumah hijau (karbon dioksida,
karbon monoksida, nitrogen dioksida) di dalam sesuatu ruang tertutup meningkat dan menyekat haba
daripada mudah terbebas. Kesan ini tidak tertakluk kepada pemanasan global sahaja, tetapi juga di dalam
mana-mana ruang.
Kesan rumah hijau berpunca daripada letusan gunung berapi yang membebaskan gas-gas sulfur dan
karbon. Bukan itu sahaja, pembakaran hutan akibat petir juga memberi kesan. Selain itu, kesan rumah
hijau juga berpunca daripada pembebasan bahan pencemar udara seperti asap daripada kenderaan dan
kilang, penggunaan penyembur aerosol, sesetengah peti sejuk dan pendingin hawa yang membebaskan
CFC juga menyumbang kepada pemanasan global kerana proses pemerangkapan bahang matahari
yang dipantulkan semula oleh permukaan bumi. Selain itu, kawasan yang tercemar akan bertambah panas
disebabkan banyak karbon dioksida yang terbebas ke atmosfera menyumbang kepada berlakunya kesan
rumah hijau. Kewujudan kesan rumah hijau menyebabkan banyak flora dan fauna pupus serta kenaikan
aras laut akibat daripada pencairan ais di Artik dan Antartika.
Antara langkah untuk mengurangkan kesan rumah hijau ialah melalui penjimatan tenaga. Jikalau
manusia dapat mengurangkan penggunaan kenderaan dengan menaiki pengangkutan awam, pembebasan
gas rumah hijau dapat dikurangkan. Program kitar semula perlu digiatkan dengan berbagai-bagai idea
yang lebih menarik. Melalui program kitar semula, masyarakat menyedari akan kepentingan menjaga
hasil mineral bumi. Penanaman tumbuhan hijau juga bertujuan untuk meningkatkan penghasilan gas-
gas yang bersih dalam udara. Penanaman ini boleh dilakukan oleh semua lapisan masyarakat. Pihak
sekolah boleh mengadakan taman-taman mini di sekolah untuk menyedarkan kepada para murid akan
kepentingan tumbuhan hijau dalam ekosistem. Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama dalam
membanteras isu global yang menjadi semakin parah.

Perkataan/rangkai kata/istilah Maksud


peningkatan purata suhu atmosfera permukaan bumi secara global dan
1 pemanasan global
disebabkan oleh aktiviti manusia atau secara semula jadi
unsur kimia di dalam jadual berkala yang mempunyai simbol S dan nombor
2 sulfur
atom 16
hawa panas yang dikeluarkan oleh sesuatu benda hangat, iaitu bintang terdekat
3 bahang matahari
dengan bumi dengan jarak purata 149,680,000 kilometer
lapisan gas yang melitupi sesebuah planet, termasuklah bumi, dari permukaan
4 atmosfera
planet tersebut hingga jauh di luar angkasa

5 pupus habis lenyap sama sekali

6 membanteras membasmi, menghapus, memerangi

Tahap
Penguasaan
1 2 3 4 5 6

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

53

(2)Masteri BM Tkt 2-Tema 10-18.indd 53 11/2/21 5:01 PM


TEMA
17 Era Baharu Industri
Praktis PBD

Kemahiran Mendengar dan Bertutur


S.P 1.3.1 Mendengar dan mengenal pasti maklumat dalam pelbagai wacana dengan memberikan respons secara lisan dengan betul, tepat dan bermakna.
Objektif Murid dapat memberi respons yang betul dan tepat terhadap maklumat yang didengar.

Analisis maklumat yang didengar dan dibaca dengan teliti. Kemudian, persembahkan maklumat
tersebut dengan betul dan tepat secara lisan.

KEGIATAN EKONOMI
INDUSTRI DESA
Industri kecil Tembikar
labu sayong dan pasu
@ Kuala Kangsar @ Air Hitam

Kerepek Perabot rotan


@ Kuala Langat @ Temerloh

Industri desa ditakrifkan sebagai perusahaan yang bertempat di desa, berskala kecil, menggunakan bahan-
bahan semula jadi setempat dan menggunakan kemahiran yang tradisional. Industri desa juga dikenali
sebagai industri luar bandar ataupun industri tradisional. Industri ini merupakan industri yang paling awal
di Malaysia dan berperanan ke arah menjana pertumbuhan ekonomi negara.

Industri desa merupakan salah satu industri ringan yang berperanan penting di Malaysia. Industri desa kaya dengan budaya
Malaysia yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan ini dapat menjana pertumbuhan ekonomi negara dengan menarik
pelancong asing berkunjung ke negara kita. Antara contoh hasil keluaran industri desa ialah barangan seramik seperti labu
sayong, pasu bunga, barangan daripada logam seperti tembaga dan perak, barangan lain seperti batik, songket dan ukiran kayu
serta barangan makanan seperti cencaluk, budu, keropok dan sebagainya. Industri desa dijalankan di rumah atau di kedai oleh
ahli keluarga dan beberapa orang pekerja upahan.

Tahap
Penguasaan
1 2 3 4 5 6

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

54

(2)Masteri BM Tkt 2-Tema 10-18.indd 54 11/2/21 5:01 PM


Kemahiran Membaca
S.P 2.4.1 Membaca secara ekstensif pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meneroka maklumat baharu.
Menulis untuk menyatakan maklumat yang betul dengan mengaitkan pengetahuan sedia ada daripada pelbagai sumber menggunakan ayat yang
S.P 3.2.1
gramatis.
Objektif Murid dapat menulis jawapan yang tepat setelah membaca petikan yang diberikan.

Praktis PBD
Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya.

Industri pelancongan merupakan antara sektor terpenting bagi perkembangan dan kemajuan bagi sesebuah
negara kerana industri pelancongan banyak membawa kepada penyumbangan hasil kepada sesebuah
negara dalam aspek pendapatan negara.
Antara kepentingan industri pelancongan ialah kita dapat mempromosikan tempat pelancongan yang
menarik di negara kita. Negara kita mempunyai banyak tempat bersejarah yang boleh dilawati seperti
Bangunan Sultan Abdul Samad, Muzium Diraja Negara, Muzium Telekom dan Kota A Famosa.
Selain itu, industri pelancongan juga dapat mempromosikan makanan setempat di negara kita. Makanan
tradisional sangat popular dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia yang kaya dengan pelbagai adat dan
budaya. Keunikan makanan tradisional seperti roti canai, nasi lemak, kuih bakul dan sebagainya menjadi
sebahagian daripada sajian umum. Kepelbagaian makanan yang sedap ini dapat menambat hati pelancong
untuk melancong ke negara kita. Agensi-agensi pelancongan boleh memainkan peranan dengan cara
menawarkan pakej pelancongan yang berpatutan agar pelancong mudah tertarik dan tidak menghadapi
masalah untuk berkunjung ke negara kita.
Di samping menawarkan pakej pelancongan yang berpatutan, masyarakat juga boleh berusaha untuk
menarik minat pelancong dengan mengamalkan corak hidup yang harmoni, beramah mesra, bersopan
santun dan bertoleransi dengan para pelancong. Kesimpulannya, pelancongan terbukti mendatangkan
pelbagai manfaat kepada pembangunan negara. Oleh itu, rakyat dan kerajaan perlulah mengamalkan sikap
bagai aur dengan tebing dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai pilihan utama pelancong.

1 Mengapakah industri pelancongan merupakan antara sektor terpenting bagi perkembangan dan kemajuan
bagi sesebuah negara?
Industri pelancongan merupakan antara sektor terpenting bagi perkembangan dan kemajuan bagi sesebuah negara kerana

membawa kepada penyumbangan hasil dan pulangan yang lumayan kepada sesebuah negara dalam aspek pendapatan.

2 Yang berikut merupakan bangunan bersejarah yang terdapat di Kuala Lumpur, kecuali KBAT Menganalisis

A Muzium Telekom. C Kota A Famosa.


B Bangunan Sultan Abdul Samad. D Muzium Diraja Negara.
3 Apakah makanan tradisional yang dapat menambat hati pelancong untuk melancong ke negara kita?
Makanan tradisional yang dapat menambat hati pelancong untuk melancong ke negara kita ialah nasi lemak, roti canai,

dan kuih bakul.

4 Peribahasa yang paling sesuai untuk tema pelancongan ialah


A badan sihat otak cergas. C bagaimana acuan begitulah kuihnya.
B biar lambat asalkan selamat. D jauh perjalanan luas pemandangan.
5 Pada pendapat anda, apakah kebaikan melancong dalam negara? KBAT Menganalisis
Pada pendapat saya, kebaikan melancong dalam negara ialah kita berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat akan

destinasi pelancongan, kebudayaan dan warisan negara kita.

Tahap
Penguasaan
1 2 3 4 5 6

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

55

(2)Masteri BM Tkt 2-Tema 10-18.indd 55 11/2/21 5:01 PM


TEMA
18 Pentadbiran dan Politik
Praktis PBD

Kemahiran Mendengar dan Bertutur


Menjana dan menyampaikan maklumat dalam bentuk panduan dan pesanan dengan betul dan jelas, intonasi yang sesuai dan berkesan
S.P 1.6.2
menggunakan ayat yang gramatis.
Objektif Murid dapat menjelaskan maklumat berdasarkan dialog dan menjawab soalan.

Analisis dialog di bawah dengan teliti. Kemudian, jelaskan maklumat yang terdapat dalam dialog tersebut
secara lisan dan berkesan menggunakan ayat yang gramatis dengan menjawab soalan yang berikutnya.

Mikha : Ibu, pada hari Sabtu nanti saya akan menyertai Kursus Kepimpinan yang dianjurkan oleh Unit
Bimbingan dan Kaunseling sekolah saya di Sekolah Menengah Tinggi Muar.
Ibu : Kursus kepimpinan itu bermula pada pukul berapa?
Mikha : Kursus ini akan bermula pada pukul 8:00 pagi hingga pukul 2:00 petang. Bolehkah ibu menghantar
saya ke Sekolah Menengah Tinggi Muar pada hari tersebut? Saya perlu berada di sana seawal
pukul 7:30 pagi kerana kursus ini akan dimulakan dengan sesi pendaftaran para peserta.
Ibu : Siapakah yang dipilih untuk menyertai kursus kepimpinan ini?
Mikha : Seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber,
ketua kelas dan penolong ketua kelas telah dipilih untuk menyertai kursus tersebut.
Ibu : Bolehkah kamu terangkan kepada ibu secara ringkas tentang tentatif program itu?
Mikha : Saya difahamkan, kami akan mendengar taklimat tentang “Peranan dan Tanggungjawab Pemimpin”
dan “Perwatakan dan Sahsiah Pemimpin” daripada penceramah jemputan sepanjang kursus ini.
Ibu : Baguslah. Diharapkan kursus kepimpinan ini dapat membantu kamu menjadi seorang pemimpin
yang baik dalam menjalankan tugas.

1 Berikan dua taklimat yang akan diberikan sepanjang kursus kepimpinan.


Dua taklimat yang akan diberikan sepanjang kursus kepimpinan ialah “Peranan dan Tanggungjawab Pemimpin” dan

“Perwatakan dan Sahsiah Pemimpin”.

2 Pada pendapat anda, apakah tujuan mengadakan taklimat “Peranan dan Tanggungjawab Pemimpin” dan
“Perwatakan dan Sahsiah Pemimpin”?
Pada pendapat saya, taklimat “Peranan dan Tanggungjawab Pemimpin” dan “Perwatakan dan Sahsiah Pemimpin” diadakan

bertujuan untuk mendedahkan tentang gaya kepimpinan dan peranan seorang pemimpin sebagai panduan kepada murid-

murid untuk menjadi seorang pemimpin harapan guru-guru.

3 Pada setiap tahun, sekolah pasti akan menganjurkan kursus kepimpinan untuk memberi ruang dan peluang
kepada para pemimpin yang terdiri daripada murid dalam memantapkan lagi profesionalisme mereka.
Berikan pendapat anda tentang objektif program tersebut. KBAT Menilai
Pada pendapat saya, objektif kursus kepimpinan diadakan adalah untuk menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam

diri setiap pemimpin dan memantapkan pengetahuan sedia ada peserta berkaitan dengan kepimpinan dan jati diri.

Tahap
Penguasaan
1 2 3 4 5 6

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

56

(2)Masteri BM Tkt 2-Tema 10-18.indd 56 11/2/21 5:01 PM


Kemahiran Membaca
S.P 2.3.1 Membaca untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan dengan betul dan tepat.
Objektif Murid dapat menyatakan idea utama dan idea sampingan setelah membaca petikan.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, kenal pasti idea utama dan idea sampingan dalam

Praktis PBD
petikan tersebut.

Ahli politik merupakan seorang individu yang terlibat dalam politik untuk memegang kuasa di dalam
perkhidmatan awam. Di negara kita, perkataan ini secara umumnya lebih menjurus kepada mana-mana
ahli Parlimen yang mendapat kedudukan mereka menerusi pilihan raya. Antara ahli politik yang terkenal
di negara kita ialah Yang Amat Berhormat Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin. Beliau seorang
ahli politik Malaysia dan Perdana Menteri Malaysia ke-8. Beliau berasal dari Muar, Johor dan merupakan
salah seorang daripada 46 orang anak seorang ulama terkenal di Muar, iaitu Tuan Haji Muhammad Yassin
bin Haji Muhammad dan Puan Hajjah Khadijah binti Haji Kassim.
Pelibatan awal dalam politik bermula sejak beliau menyertai parti politik UMNO sebagai ahli biasa
di daerah Pagoh pada tahun 1971. Jawatan tertinggi yang pernah disandang oleh beliau ialah Timbalan
Perdana Menteri Malaysia, Timbalan Presiden UMNO, bekas Menteri Besar Johor, Menteri Belia dan Sukan,
Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Hari ini, anak jati Muar, Johor mengangkat sumpah jawatan
Perdana Menteri Malaysia Kelapan di Istana Negara.

Idea Utama Idea Sampingan


1 Ahli politik merupakan seorang individu yang terlibat Lebih menjurus kepada mana-mana ahli Parlimen yang
dalam politik untuk memegang kuasa di dalam mendapat kedudukan mereka menerusi pilihan raya.
perkhidmatan awam.

2 Antara ahli politik yang terkenal ialah Yang Amat Berasal dari Muar, Johor dan merupakan salah seorang
Berhormat Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji daripada 46 orang anak seorang ulama terkenal di Muar.
Muhammad Yassin.

3 Pelibatan awal dalam politik bermula sejak beliau Pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia,
menyertai UMNO sebagai ahli biasa di bahagian Pagoh Timbalan Presiden UMNO, bekas Menteri Besar Johor,
pada tahun 1971. Menteri Belia dan Sukan, Menteri Perdagangan dan
Hal Ehwal Pengguna, Menteri Pertanian dan Industri
Asas Tani dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri.

Tahap
Penguasaan
1 2 3 4 5 6

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

57

(2)Masteri BM Tkt 2-Tema 10-18.indd 57 11/2/21 5:01 PM


Kemahiran Menulis
S.P 3.7.1 Mengedit ejaan, tanda baca dan kesalahan nahu yang mudah dengan betul tanpa mengubah maksud asal dalam perenggan.
Objektif Murid betulkan kesalahan ejaan, tanda baca dan nahu yang terdapat dalam petikan.

Analisis kesalahan ejaan, tanda baca dan nahu yang terdapat dalam petikan di bawah. Kemudian,
Praktis PBD

betulkan kesalahan tersebut.

Negara serantau adalah negara-negara yang bersempadan atau berhampiran dengan negara kita. Negara
kita telah menjalinkan dan mengeratkan hubungannya dengan negara-negara serantau untuk mengembang
dan memajukan ekonomi serta technology negara.
Antara kebaikan-kebaikan menjalin hubungan baik dengan negara serantau termasuklah menjamin
kestabilan politik negara kita. Rakyat Malaysia dapat hidup di dalam keadaan yang aman dan harmoni
sekiranya politik di negara kita adalah stabil. Penubuhan negara ASEAN dapat menjamin kedaulatan negara-
negara serantau. Hubungan baik dengan negara serantau juga dapat memakmurkan ekonomi negara.
Hubungan yang dijalinkan mampu menarik pelabur asing serta melabur di negara ini dalam pelbagai
sektor seperti sektor pertanian, perindustrian dan perdagangan. Kedatangan pelancong asing ke negara
kita sebahagian besarnya disebabkan oleh faktor hubungan baik dengan negara-negara serantau.
Kerjasama yang erat antara negara dapat mewujudkan suasana yang aman pada pelancong asing
yang berkunjung ke Malaysia. Keselamatan pelancong asing akan terjamin daripada sebarang perkara
yang boleh menjejaskan kedaulatan negara kita. Oleh itu, negara kita harus menjalinkan hubungan yang
baik dengan negara serantau kerana hal tersebut amat menguntungkan negara kita.

Salah Betul

1 adalah ialah

2 technology teknologi

3 kebaikan-kebaikan kebaikan

4 di dalam dalam

5 serta untuk

6 pada kepada

Tahap
Penguasaan
1 2 3 4 5 6

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

58

(2)Masteri BM Tkt 2-Tema 10-18.indd 58 11/2/21 5:01 PM


Sistem Bahasa
Kertas 1 (Bahagian A & Bahagian B – Soalan 1)

Kata Ganti Nama


Aspek Tatabahasa
S.P 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata ganti nama dan akronim dengan tepat mengikut konteks. PT3

Sistem Bahasa
1 Perkataan ganti nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan nama.
2 Kata ganti nama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang.
3 Kata ganti nama diri terdiri daripada:
(a) kata ganti nama diri (pertama, kedua dan ketiga)
(b) kata ganti nama diri singkat
(c) kata ganti nama tanya
(d) kata ganti nama tempat Mereka bermain bola pada
(e) kata ganti nama tunjuk waktu petang.
(e) kata ganti nama tak tentu

Kata Ganti Nama Diri


1 Kata ganti nama diri digunakan untuk menggantikan kata nama orang.
2 Kata ganti ini terbahagi kepada tiga jenis seperti yang berikut:
(a) kata ganti nama diri pertama
(b) kata ganti nama diri kedua
(c) kata ganti nama diri ketiga

Kata Ganti Nama Diri Pertama ● Digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang bercakap
atau merujuk diri sendiri apabila bercakap dengan orang lain.
Contoh: saya, aku, beta, kami, kita, patik, hamba
Kata Ganti Nama Diri Kedua ● Digunakan untuk menggantikan nama diri orang kedua atau
orang yang diajak bercakap.
Contoh: awak, anda, kamu, engkau, kalian
Kata Ganti Nama Diri Ketiga ● Kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang
dicakapkan atau yang diperkatakan.
Contoh: dia, beliau, mereka, baginda

Kata Ganti Nama Diri Singkat


1 Kata ganti nama penuh yang disingkatkan.
2 Makna kata ganti nama diri singkat adalah sama dengan kata ganti nama diri penuh.
3 Kata ganti nama diri singkat mesti dicantumkan dengan perkataan lain yang mengikutinya.
Contoh: ku, mu, kau dan -nya.

Kata Ganti Nama Tanya


1 Kata untuk menggantikan nama benda, orang, tempat, masa, bilangan dan hal dengan maksud pertanyaan.
2 Kata ganti nama tanya ditambah “kah” dan tanda soal (?).
3 Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
Contoh: apa, siapa, berapa

59

(3)Masteri BM Tkt 2-Sistem Bahasa.indd 59 11/2/21 5:03 PM


Kata Ganti Nama Tempat
● Digunakan untuk menggantikan nama tempat.
Contoh: sana, sini, situ

Kata Ganti Nama Tunjuk “Tolong, di sana ada orang


lemas!” jerit Puan Emma
● Digunakan untuk menunjukkan sesuatu dengan nyaring.
perkara atau seseorang yang dapat dilihat
Sistem Bahasa

dari jarak dekat atau jarak jauh.


Contoh: ini, itu

PT3 Kata Ganti Nama Tak Tentu


● Menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak tentu.
Contoh: apa-apa, siapa-siapa, mana-mana

Praktis DSKP 1
Isi tempat kosong dengan kata ganti nama diri yang paling sesuai.

nya beliau saya kita kalian baginda


dia kamu kami anda tuanku mereka

1 “ Kami akan belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang cemerlang
dalam SPM,” kata murid-murid tingkatan lima kepada guru kelas mereka.

2 “Segala titah perintah tuanku akan patik laksanakan dengan baik,” kata Laksamana Hang Lekiu
kepada Sultan Ahmad Syah.

3 Sharifah makan bekalan yang dibawa dari rumah nya .

4 “ Saya berharap penduduk kawasan perumahan ini boleh bekerjasama,” kata Perdana Menteri.

5 “Negara kita merdeka pada tahun 1957,” kata emak kepada adik.

6 Peragut rantai emas itu diberkas oleh polis pagi tadi. Dia akan dipenjarakan selama tiga tahun.

7 “Bolehkah kamu tunjukkan jalan ke tandas awam?” tanya Sheilla kepada budak itu.

8 Cikgu Siti ialah pengetua di sekolah saya. Beliau akan bersara pada minggu hadapan.

9 “Tolong tunjukkan dokumen perjalanan anda ,” kata pegawai kastam kepada pelancong asing
itu.

10 “ Kalian hendaklah menyiapkan latihan yang telah diberikan,” kata Cikgu Lee kepada murid-
muridnya.

11 Sultan Sulaiman bergaul mesra dengan rakyat jelata. Baginda disanjungi tinggi oleh segenap
lapisan masyarakat.

12 Aiman dan adiknya masih belum pulang ke rumah. Mereka sedang bermain bola di padang.

60

(3)Masteri BM Tkt 2-Sistem Bahasa.indd 60 11/2/21 5:03 PM


Praktis DSKP 2
Garisi penggunaan kata ganti nama singkat yang betul.

1 “Usah (kaurisau, kau risau), ayah akan membantu kamu,” kata ayah kepada adik.
2 Saya akan memberitahu (keinginan mu, keinginanmu) kepada abang.
3 Lukisan yang (kau lukis, kaulukis) sangat cantik. PT3
4 “Adik (perempuanmu, perempuan mu) pandai menari,” kata Irfan kepada Shafiqah.

Sistem Bahasa
5 “(Kawanku, Kawan ku) ini berasal dari Korea,” kata Faizal kepada Amira.
6 “(Engkau, Kau) belum mandi lagi, Lan?” tanya ibu kepada Roslan.
7 “(Ku, Kau) tidak bekerja hari ini?” tanya Azman.
8 Tuhan amat menyayangi (hamba-Nya, hambanya).
9 Baju itu belum (dijahitnya, dijahit ia).
10 Keras sekali (hatimu, hati-mu),” kata Siti kepada teman lelakinya.
11 (Hidupnya, Hidup-nya) bertambah baik sejak dipelihara oleh orang kaya itu.
12 Tanya Kak Rokiah, “Mengapakah (kaupotong, kau potong) rambut pendek tanpa pengetahuan ibu bapamu?”

Praktis DSKP 3
Isi tempat kosong dengan kata ganti nama tanya yang paling sesuai.

1 Apa kah isi kotak besar ini? Mengapa   Apa

2 Mengapa kah gadis itu menangis? Siapa   Mengapa

3 Bagaimana kah kejadian itu boleh berlaku? Bagaimana   Apa

4 Di mana kah kejadian itu berlaku?  


mana bila

5 Bila kah kamu akan sampai ke sekolah?  


Bila Mana

6 Rambutan itu sekilo berapa ? berapa   apa

7 Gadis yang berbaju merah itu siapa ? siapa   apa

8 Berapa kah harga sebungkus nasi lemak itu? berapa   mana

9 Siapa kah yang menjadi ketua pengawas sekolah tahun ini? mana   siapa

10 “ Siapa kah yang datang bersama-sama kamu semalam?”


tanya ibu kepada abang. siapa   mengapa

11 Perkara yang dibincang itu apa ? mana   apa

12 “Orang yang datang tadi itu siapa ?” tanya ibu


kepada adik. siapa   apa

61

(3)Masteri BM Tkt 2-Sistem Bahasa.indd 61 11/2/21 5:03 PM


Praktis DSKP 4
Isi tempat kosong dengan kata ganti nama tempat yang sesuai dalam ayat-ayat berikut.

sini sana situ


   
1 Saya tidak pernah ke sana ,” kata Damia kepada Amina yang akan pergi ke Sabah.
sini
Sistem Bahasa

2 “Tunggu di . Jangan ke mana-mana,” kata emak kepada adik bongsuku.


3 “Kamu datang ke sini sekejap,” kata Cikgu Azreen kepada Najmi.
4 “Saya mengambil buku itu dari situ ,” kata Muzita sambil menunjukkan jarinya ke arah kerusi.
PT3 sana
5 Minggu lepas kami pergi ke Pulau Langkawi. Semasa di , kami melawat Makam Mahsuri.
6 Di sini lah tempat saya mencari ilham menulis novel.
7 “Kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah bas ekspres itu berlaku di sini ,” kata Radzam
kepada kawan-kawannya sambil menunjuk ke arah tempat dia berdiri.
8 “Di hujung kampung sana terletaknya rumah rakit milik Pak Abu yang tuan cari,” kata Mei kepada
pegawai tersebut.
9 Jangan berdiri di situ , tempat itu sangat kotor.
10 “Letakkan pasu ini di situ ,” tunjuk ibu ke arah sudut halaman.
11 “Kami sekeluarga akan ke sanaselewat-lewatnya pagi esok,” kata ibu kepada Pak Ali.
12 Dari situ kita akan berjalan ke tempat perkhemahan.

Praktis DSKP 5
Pilih kata ganti nama tunjuk yang betul.

1 Kegiatan gotong-royong yang kami rancang (ini, itu) mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu
bapa.
2 Sejak berpindah ke rumah baharu (ini, itu) Zainal tidak mempunyai rakan yang ramai.
3 Perjalanan mereka ke tempat (ini, itu) memakan masa selama dua hari dan bakal menempuhi padang pasir
yang luas.
4 Budak yang pintar (ini, itu) mendapat tempat di salah sebuah universiti di Amerika Syarikat.
5 Pilihlah mana-mana baju yang Winnie berkenan di butik (ini, itu) kerana harganya sangat murah.
6 Pondok kecil di atas bukit (ini, itu) kepunyaan ayah saya.
7 Pembinaan jambatan konkrit bagi menghubungkan kampung (ini, itu) dengan kampung seberang tidak
dapat dilakukan atas masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan.
8 Pemandangan di Pulau Redang yang terletak di negeri Terengganu (ini, itu) sungguh menarik.
9 “Kek yang dibuat oleh kakak (ini, itu) sungguh sedap,” kata Suzana lalu mengambil sepotong kek lapis Sarawak.
10 “Bunga mawar (ini, itu) sangat wangi,” kata ibu kepada adik.
11 Buah betik (ini, itu) sedap rasanya.
12 Rumah yang terletak di atas bukit (ini, itu) kepunyaan seorang hartawan.

62

(3)Masteri BM Tkt 2-Sistem Bahasa.indd 62 11/2/21 5:03 PM


Praktis DSKP 6
Isi tempat kosong di bawah dengan kata ganti nama tak tentu yang sesuai.

1 Abang tidak berkata apa-apa apabila dimarahi oleh ayah kerana pulang lewat pada malam tadi.
2 Tiada siapa-siapa yang tahu akan punca Aiman dilucutkan jawatan.
3 Dia tidak mahu memberikan apa-apa ulasan berhubung dengan kejadian itu. PT3
4 Jangan ke mana-mana
tanpa pengetahuan ibu bapa kamu.

Sistem Bahasa
5 Datanglah ke rumah saya pada bila-bila masa.
6 Pilihlah mana-mana baju yang kamu suka asalkan harganya tidak terlalu mahal.
7 Tiada siapa-siapa
berada di dalam kelas pada waktu rehat.
8 Pertandingan lumba motosikal itu akan berlangsung pada bila-bila masa sahaja.
9 Dia tidak lokek melemparkan senyuman kepada siapa-siapa sahaja yang ditemuinya.
10 Jika kalian mempunyai apa-apa masalah, silalah ajukan soalan kepada saya.
11 Duduklah di mana-mana kamu suka asalkan tidak berbuat bising.
12 Para pelancong tersebut diberi kebenaran untuk melawat negara ini pada bila-bila masa.

Kata Adjektif
Aspek Tatabahasa
S.P 5.1.2 Memahami dan menggunakan kata adjektif jarak, pancaindera, ukuran dan sifatan dengan betul mengikut konteks.

1 Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat.


2 Kata adjektif ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh,
masih lebat lagi.
3 Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama.
4 Kata adjektif boleh dikenali apabila kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat,
sungguh, sekali, paling, agak, benar.

Jenis-jenis Kata Adjektif


Kata adjektif terbahagi kepada sembilan subgolongan:

Bil. Jenis Contoh Bil. Jenis Contoh


1 sifat baik, cerdik, berani, lemah 6 jarak dekat, hampir, jauh
2 warna merah, jingga, ungu, putih 7 cara selalu, jarang, kerap, lambat,
3 ukuran pendek, panjang, tebal, nipis 8 pancaindera sedap, lazat, bising, buruk
4 bentuk bujur, lurus, 9 perasaan takut, benci, rindu, marah
5 waktu lama, lambat, lewat, segera

63

(3)Masteri BM Tkt 2-Sistem Bahasa.indd 63 11/2/21 5:03 PM


Praktis DSKP 7
Bina ayat dengan menggunakan kata adjektif yang berikut.

1 condong
Pekerja Majlis Perbandaran Muar sedang membetulkan tiang elektrik yang condong di tepi jalan.

2 lemau
Sistem Bahasa

Keropok di dalam tin itu menjadi lemau kerana adik tidak menutup tin dengan rapat.

3 sedih
Azman sedih kerana mengenangkan nasib malang yang menimpanya.
PT3
4 mendung
Cuaca pada hari ini agak mendung.

5 merah
Baju merah yang dipakainya menarik perhatian semua orang.

6 bujur
Kotak yang berbentuk bujur itu dibalutnya dengan berhati-hati.

7 gopoh
Sikap gopoh sewaktu menjawab soalan peperiksaan perlu dihindari.

8 lemah
Badan Aiman terlalu lemah kerana sudah demam beberapa hari.

9 dekat
Julia berjalan kaki ke sekolah kerana jarak rumahnya ke sekolah sangat dekat.

10 tajam
Emak saya menggunakan pisau yang tajam untuk memotong daging.

11 keras
Sejak bergelar ibu tunggal, Puan Liyana terpaksa bekerja keras untuk menyara empat orang anaknya.

12 pahit
Rasa peria itu pahit umpama hempedu.

Kata Kerja
1 Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti dalam binaan frasa kerja.
2 Kata kerja terbahagi kepada:
(a) kata kerja transitif (perbuatan melampau),
(b) kata kerja tak transitif (perbuatan tidak melampau).

Kata Kerja Tak Transitif


1 Kata kerja yang tidak memerlukan penyambung atau objek sesudahnya.
2 Kata kerja tak transitif dapat dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu:

64

(3)Masteri BM Tkt 2-Sistem Bahasa.indd 64 11/2/21 5:03 PM


(a) Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
● kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut seperti dalam contoh-contoh
di bawah:
1. Semua orang pulang.
2. Adik saya masih tidur.
(b) Kata kerja tak transitif berpelengkap.
● Kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.
● Unsur pelengkap ini hendaklah dibezakan daripada objek atau penyambut kerana objek atau
penyambut hanya hadir selepas kata kerja transitif dan boleh pula mengalami proses pasif.
● Pelengkap ialah unsur yang hadir selepas kata kerja tak transitif untuk menyempurnakan maksud PT3

Sistem Bahasa
ayat. Ayat yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan.
● Contoh kata kerja tak transitif berpelengkap adalah seperti berikut:
1. Shafinas menjadi guru.
2. Mereka tinggal di Kampung Aman.

Kata Kerja Transitif


Aspek Tatabahasa
S.P 5.1.4 Memahami dan menggunakan kata kerja tak transitif dengan betul mengikut konteks.

1 Kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.
2 Contoh kata kerja transitif dalam ayat di bawah:
(a) Murid-murid sedang membaca majalah.
(b) Saya telah menjawab surat itu.

Praktis DSKP 8
Penggunaan kata kerja yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah tidak sesuai. Gantikan kata kerja itu
dengan kata kerja yang paling sesuai.

1 Pengemis itu tidur membatalkan lengan dan hamparan beberapa helai surat berbatalkan
khabar lama.
2 Kerja-kerja memperdalami Sungai Sibiew sedang giat dijalankan sebagai alternatif memperdalam
untuk menyelesaikan masalah banjir di kampung itu.

3 Pak Abu hendak berkahwin anak perempuannya dengan anak orang kaya itu. mengahwinkan

4 Guru-guru sedang bermesyuarat tentang langkah-langkah penyelesaian masalah berbincang


buli yang berlaku dalam kalangan murid-murid.

5 Kura-kura itu berlari dengan pantas apabila sekumpulan remaja menghampirinya. merangkak

6 Peminjam PTPTN diseru membuatkan pinjaman yang masih tertunggak agar wang melunaskan
tersebut dapat diberikan kepada peminjam yang lain pula.

7 Kakak mengambil masa selama dua jam untuk bersiap esei yang diberikan oleh guru. menyiapkan

8 Kakak mengajar bahasa Melayu kepada adik. mengajarkan

9 Mak Cik Jun menghidang kami pisang goreng. menghidangi

65

(3)Masteri BM Tkt 2-Sistem Bahasa.indd 65 11/2/21 5:03 PM


10 Pengawas itu memanjatkan bendera Jalur Gemilang semasa perhimpunan sekolah. menaikkan

11 Kerja-kerja meluaskan jalan raya sedang giat dijalankan oleh sebuah syarikat melebarkan
pembinaan.
12 Ayah membaca surat khabar di ruang tamu manakala ibu sedang memasak menjerang
air di dapur.

Kata Sendi Nama


Sistem Bahasa

1 Kata sendi nama merupakan kata depan kepada kata nama.


2 Kata sendi nama bertugas sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa
yang lain.
PT3 3 Kata sendi nama memerlukan frasa nama untuk membentuk frasa sendi supaya dapat bertugas sebagai
predikat ayat.
4 Contoh kata sendi nama ialah di, ke, dari, daripada, kepada, pada dan sebagainya.

Praktis DSKP 9
Nyatakan penggunaan kata sendi nama dalam ayat yang berikut, sama ada betul (✓) atau salah (✗).

1 Orang Iban merupakan sebahagian dari kaum Dayak di Sarawak. ( ✗ )


2 Tahap IPU di Malaysia telah menurun kepada tahap sihat. ( ✓ )
3 Tulis nama anda pada kertas yang telah diberikan. ( ✓ )
4 Suara gadis itu tidak jauh beza daripada suara Datuk Seri Siti Nurhaliza. ( ✓ )
5 Karnival itu berlangsung dari pukul 8:00 pagi hingga ke pukul 12:00 tengah hari. ( ✗ )
6 Di musim buah-buahan, saya dapat menikmati pelbagai jenis buah-buahan. ( ✗ )
7 Tilam ini diperbuat dari getah asli. ( ✗ )
8 Penduduk mesti bersatu padu demi untuk kemakmuran kampung. ( ✗ )
9 Beg baharu itu untuk adik. ( ✓ )
10 Dia berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan yang cemerlang. ( ✓ )
11 Dia berlari daripada rumah ke kedai. ( ✗ )
12 Pinggan mangkuk itu dihempaskannya ke lantai. ( ✓ )

Pengimbuhan
1 Proses pengimbuhan ialah proses merangkaikan imbuhan kepada kata dasar untuk menerbitkan perkataan
yang berlainan makna serta fungsi nahunya.
2 Dalam bahasa Melayu, imbuhan terdiri daripada morfem terikat yang dirangkaikan kepada kata dasar.
3 Imbuhan tergolong dalam empat jenis, iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

66

(3)Masteri BM Tkt 2-Sistem Bahasa.indd 66 11/2/21 5:03 PM


Imbuhan Apitan
Aspek Tatabahasa
S.P 5.3.1 Memahami dan menggunakan apitan bagi kata nama dengan betul mengikut konteks.

1 Penggabungan dengan kata dasar akan membentuk makna tertentu.


2 Terdiri daripada beberapa bentuk:
(a) apitan meN...-kan dan meN...-i
Perkataan yang dihasilkan merujuk
● sesuatu yang dilakukan untuk faedah orang lain PT3

Sistem Bahasa
● menyebabkan sesuatu hal itu terjadi
● perbuatan
● Contoh: membasuhkan, mengikatkan, melayani
(b) apitan ke-...-an
Boleh membawa beberapa maksud:
● menerangkan sesuatu hal yang terdapat dalam
kata dasar
● tempat
● Contoh: kesakitan, keletihan, kemuraman
(c) apitan peN-...-an
Merujuk tempat dan perbuatan serta keadaan:
● menerangkan sesuatu hal yang terdapat dalam kata dasar
Pemain pertahanan itu menjatuhkan
● tempat
penyerang pasukan lawan dalam
● Contoh: pedalaman, pembunuhan, penginapan
kawasan penalti.
(d) apitan di-......-kan, di-.....-i, diper-.....-kan
● Digunakan dalam ayat pasif
● Contoh: dianugerahkan, ditemui, diperdebatkan

Praktis DSKP 10
Letakkan imbuhan apitan pada perkataan di bawah.

1 Salah seorang sultan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka ialah Sultan Mahmud Syah. (sultan)
2 Kemusnahan akibat peperangan itu amat teruk. (musnah)
3 Ayah mengorbankan seekor lembu pada Hari Raya Aidiladha. (korban)
4 Daun-daun kering bertaburan di halaman rumah apabila ditiup angin. (tabur)
5 Persembahan itu telah disaksikan oleh beribu-ribu orang penonton. (saksi)
6 Sekolah kami telah dilengkapi
dengan berbagai-bagai prasarana moden. (lengkap)
7 Jururawat itu sedang merawat mangsa-mangsa kemalangan di bilik kecemasan. (malang)
8 Ayah menghadiahi ibu sejambak bunga. (hadiah)
9 Saya akan menghadirkan diri ke majlis itu. (hadir)
10 Alina menjahitkan adiknya seluar pendek. (jahit)
11 Kerja-kerja mengasingkan bahan-bahan kitar semula itu dilakukan oleh beberapa orang pekerja.
(asing)
12 Pelancaran kereta baharu syarikat itu dirasmikan oleh pengarah syarikat tersebut. (lancar)

67

(3)Masteri BM Tkt 2-Sistem Bahasa.indd 67 11/2/21 5:03 PM


Kata Ganda
Aspek Tatabahasa
S.P 5.2.1 Memahami dan menggunakan kata ganda separa tunggal dan separa berimbuhan dalam pelbagai ayat.

1 Kata ganda ialah proses pengulangan kata secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian yang tertentu.
2 Menurut Tatabahasa Dewan (Nik Safiah Karim), kata ganda ialah bentuk yang dihasilkan dengan
menggandakan atau mengulang kata dasar tersebut secara seluruh/pada bahagian-bahagian tertentu
dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.
Sistem Bahasa

3 Penggandaan terbahagi kepada empat, iaitu:


(a) kata ganda seluruh, (c) kata ganda berentak/berima,
(b) kata ganda separa, (d) kata ganda berimbuhan.

PT3
Kata Ganda Seluruh
1 Kata ganda seluruh melibatkan seluruh kata dasar diulang atau digandakan tanpa sebarang perubahan
bentuk.
2 Contoh kata ganda seluruh:

Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif


buku-buku pusing-pusing tinggi-tinggi
kawan-kawan jalan-jalan manis-manis
meja-meja usik-usik biru-biru

3 Penggandaan penuh melibatkan pengulangan seluruh kata.


4 Pengulangan kata ganda ada yang bermaksud jamak, tunggal atau kedua-duanya.

Penggandaan Makna Jamak Makna Tunggal


api-api banyaknya api sejenis serangga
kuda-kuda banyaknya kuda kayu penyangga
anak-anak banyaknya anak mainan

Kata Ganda Separa


1 Kata ganda separa ialah kata ganda yang mengalami pengulangan suku kata pertama pada kata asalnya.
2 Selain itu, bunyi vokal pada suku kata pertama berubah menjadi vokal yang dilambangkan dengan huruf ‘e’.
Contoh:
Kata Dasar Kata Ganda Kata Ganda Separa
langit langit-langit lelangit
kuda kuda-kuda kekuda
tupai tupai-tupai tetupai
siku siku-siku sesiku
bola bola-bola bebola
jari jari-jari jejari
tikus tikus-tikus tetikus

68

(3)Masteri BM Tkt 2-Sistem Bahasa.indd 68 11/2/21 5:03 PM


3 Namun begitu, terdapat juga pembentukan istilah baharu dalam kata ganda separa ini seperti pepejal, cecair
dan tetulang.

Kata Ganda Berirama/Berentak


1 Kata ganda berima/berentak merupakan proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu
dalam kata dasar tersebut.
2 Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang. Kata ganda ini terbahagi kepada tiga, iaitu:

Jenis Kata Ganda Contoh Contoh Ayat PT3

Sistem Bahasa
Persamaan bunyi di hujung ramah-tamah, lauk-pauk Adik-beradiknya ramah-tamah belaka.
Mereka mandi-manda di kawasan
Persamaan bunyi di pangkal mandi-manda, bukit-bukau
sungai itu.
Abang ulang-alik ke sekolah dengan
Penyesuaian bunyi keseluruhan ulang-alik, kusut-masai
mengayuh basikal.

Kata Ganda Berimbuhan


Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang menerima imbuhan sama ada awalan, apitan, sisipan atau
akhiran. Contoh:

Imbuhan Contoh Kata Ganda Berimbuhan


Awalan bertukar-tukar, menjerit-jerit, berturut-turut
Apitan hormat-menghormati, kemerah-merahan, setidak-tidaknya
Sisipan tulang-temulang, gilang-gemilang, gilap-gemilap
Akhiran wangi-wangian, tumbuh-tumbuhan, sayur-sayuran

Praktis DSKP 11
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Komputer itu tidak boleh digunakan kerana nya rosak.


A kekisi C lelangit
B tetikus D bebuluh
2 Adik saya suka makan sup ikan.
A jejari C dedaun
B bebola D kekabu
3 Amran gemar bermain dengan anak yang dibela oleh datuk.
A bebenang C kekuda
B tetikus D bebiri
4 yang memandu kereta Proton Persona itu abang saya.
A Tetangga C Tetamu
B Bebudak D Jejaka
5 Aiman membantu ibunya membersihkan sarang di dinding rumah.
A cecair C tetupai
B lelabah D kekabu

69

(3)Masteri BM Tkt 2-Sistem Bahasa.indd 69 11/2/21 5:03 PM


6 Pak Ali menggunakan untuk membuat garisan lurus pada papan itu.
A jejari C reranting
B pepohon D jejentik
7 yang memakai cermin mata itu ialah rakan baik abang saya.
A Lelaki C Kekunci
B Kekabu D Gegendang
8 tingkap yang sudah buruk itu mesti ditukar dengan segera.
A Jejari C Kekisi
B Sesiku D Tetingkap
Sistem Bahasa

9 Kereta sorong itu tidak digunakan lagi kerana nya telah rosak.
A sesondol C kekuda
B jejambat D peparu
PT3
10 telinganya telah rosak akibat serangan barah.
A Rerambut C Kekupu
B Gegendang D kekunci
11 Datuk menebang pohon di belakang rumah.
A kekabu C reranting
B bebenang D bebawang
12 Azhar terlantar di hospital kerana menghidap penyakit berair.
A jejari C pepijat
B peparu D sesumpah

Kata Prafrasa
Aspek Tatabahasa
Memahami dan menggunakan kata prafrasa, iaitu kata bantu, kata penguat, kata penegas, kata nafi, kata pemeri, kata arah dan kata bilangan
S.P 5.1.3
serta kata pascakata, iaitu kata penekan dan kata pembenda dengan betul mengikut konteks.

1 Kata prafrasa ialah perkataan yang terletak di hadapan frasa.


2 Kata prafrasa terdiri daripada kata bantu, kata penguat, kata penegas, kata nafi, kata pemeri, kata sendi
nama, kata arah dan kata bilangan.

Kata Bantu
1 Kata bantu ialah perkataan yang hadir di hadapan kata kerja dan kata adjektif untuk memberikan maksud
tertentu.
2 Terdapat dua jenis kata bantu dalam bahasa Melayu, iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam.
(a) Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa, iaitu masa lampau (telah, sudah dan pernah),
masa kini (sedang dan masih) atau masa hadapan (akan dan belum).
(b) Kata bantu ragam pula menyampaikan maksud ragam perasaan. Misalnya hendak, mahu, harus, mesti,
boleh dan dapat.
3 Contoh penggunaan kata bantu dalam ayat ialah:
(a) Mereka sedang menjalani latihan di pusat sukan.
(b) Pisang itu masih muda lagi.

Kata Penguat
1 Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi untuk
menguatkan maksud terkandung dalam kata adjektif.

70

(3)Masteri BM Tkt 2-Sistem Bahasa.indd 70 11/2/21 5:03 PM


2 Terdapat tiga jenis kata penguat, iaitu:
Kata Penguat

penguat hadapan penguat belakang penguat bebas


(terlalu, paling, agak) (sekali, benar, nian, betul) (amat, sungguh, sangat)

(a) Digunakan di hadapan kata adjektif.


PT3
Kata Penguat Hadapan Contoh

Sistem Bahasa
terlalu Baju di pasar raya itu terlalu mahal.
paling Sambal tumis itu paling sedap.
agak Jalan di kawasan itu agak bahaya.

(b) Digunakan di belakang kata adjektif.

Kata Penguat Belakang Contoh Ayat


sekali Hujah murid itu bernas sekali.
Nyaman nian udara di puncak pusat
nian
peranginan tanah tinggi itu.
benar Cantik benar rantai mutiara itu.
betul Besar betul rumah Ah Meng.

(c) Digunakan secara bebas (di hadapan atau di belakang kata adjektif)

Kata Penguat Bebas Contoh Ayat


● Kraf tangan itu amat cantik.
amat
● Kraf tangan itu cantik amat.
● Beg pakaian yang dibawa oleh Suria sangat berat.
sangat
● Beg pakaian yang dibawa oleh Suria berat sangat.

Kata Penegas
1 Kata penegas ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu
dalam ayat.
2 Terdapat dua jenis kata penegas, iaitu:
(a) Yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagiannya
● Contoh: -kah, -tah, dan -lah
(b) Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat:
● Contoh: juga, jua, pun, sahaja, lagi, hanya, memang
● Contoh kata penegas dalam ayat:
1. Hanya Ali yang telah sampai ke sekolah.
2. Inilah meja saya.

71

(3)Masteri BM Tkt 2-Sistem Bahasa.indd 71 11/2/21 5:03 PM


Kata Nafi
1 Kata nafi hadir di hadapan frasa predikat untuk menafikan sesuatu.
2 Kata nafi hadir sebelum frasa nama, frasa adjektif, frasa kerja atau frasa sendi nama.
3 Hanya dua kata nafi, iaitu tidak dan bukan dengan peraturan tertentu tentang penggunaannya.
(a) Kata nafi tidak
● hadir sebelum kata kerja atau frasa kerja dan kata adjektif atau frasa adjektif.

Kakak Maizura tidak bekerja. (Hadir sebelum kata kerja)


Sistem Bahasa

Bayi Puan Elina tidak mahu tidur. (Hadir sebelum frasa kerja)
tidak
Buah tembikai itu tidak manis. (Hadir sebelum kata adjektif)

PT3 Bilik hotel itu tidak cukup besar. (Hadir sebelum frasa adjektif)

(b) Kata nafi bukan


● hadir sebelum kata nama, frasa nama atau frasa sendi nama

Itu bukan abang. (Hadir sebelum kata nama)


bukan Itu bukan guru disiplin. (Hadir sebelum frasa nama)
Keluarga itu bukan dari Sarawak. (Hadir sebelum frasa adjektif)

Kata Pemeri
1 Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama
dalam predikat.
2 Kata pemeri boleh diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama.
3 Terdapat dua jenis kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.
4 Kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama dalam predikatnya.
Contohnya: Projek yang baru dirasmikan itu ialah projek bagi membasmi kemiskinan.
5 Kata pemeri adalah hadir di hadapan predikat yang terdiri daripada frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Contoh:
(a) Dengan predikat frasa sendi nama
Sumbangan yang terbesar adalah daripada penduduk-penduduk kampung tersebut.
(b) Dengan predikat frasa adjektif
Cadangan para murid itu adalah sangat baik.

Kata Arah
1 Kata arah bertujuan untuk menunjukkan arah tempat.
2 Contoh kata arah adalah seperti bawah, tepi, tengah, sisi, penjuru, sudut, atas, dalam, belakang, hadapan,
antara dan hilir.

Nelayan-nelayan itu menangkap


ikan di tengah laut.

72

(3)Masteri BM Tkt 2-Sistem Bahasa.indd 72 11/2/21 5:03 PM


Kata Bilangan
1 Perkataan yang digunakan untuk menyatakan banyak atau bilangan sesuatu.
2 Ada tujuh jenis, iaitu:

Jenis Kata Bilangan Contoh


kata bilangan tentu satu, dua, tiga dan seterusnya
kata bilangan tak tentu beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah-setengah dan sebagainya
PT3
kata bilangan pecahan suku, setengah, separuh, tiga suku dan sebagainya

Sistem Bahasa
kata bilangan pisahan setiap, tiap-tiap
kata bilangan himpunan kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, berminggu-minggu, berbulan-
bulan, ribuan dan sebagainya
kata bilangan tingkat pertama, kedua, ketiga dan seterusnya
kata bilangan tanya berapa

Jenis Kata Bilangan Contoh Ayat


Kata bilangan himpunan ● Dua ekor lembu.
(a) Menunjukkan bilangan yang tertentu ● Kedua-dua orang anak Puan Salmi melanjutkan
(b) Boleh diikuti dengan penjodoh bilangan pelajaran ke universiti.
(c) Menunjukkan sesuatu bilangan secara ● Kebun Pak Ali menghasilkan berbakul-bakul mangga
himpunan setiap tahun.
Kata bilangan tak tentu ● Segala maklumat akan dikumpulkan.
• Menunjukan bilangan yang tidak tentu ● Beberapa orang murid bermain bola sepak di padang.
Kata bilangan tingkat ● Abu mendapat tempat kedua sahaja dalam
• Menunjukkan giliran atau urutan dalam pertandingan menulis esei.
sesuatu jumlah
Kata bilangan pecahan ● Hanya sepertiga ibu bapa murid tingkatan dua yang
• Menunjukkan bilangan berbentuk hadir ke majlis itu.
pecahan
Kata bilangan pisahan ● Setiap murid dikehendaki membayar yuran sekolah
dengan segera.

Seluruh Kampung Cempaka ditenggelami air. Gerai sayur Pak Ali dikunjungi oleh
empat orang pelanggan.

73

(3)Masteri BM Tkt 2-Sistem Bahasa.indd 73 11/2/21 5:03 PM


Kata Pascakata (Kata Penekan/Kata Pembenda)
Aspek Tatabahasa
Memahami dan menggunakan kata prafrasa, iaitu kata bantu, kata penguat, kata penegas, kata nafi, kata pemeri, kata arah dan kata bilangan
S.P 5.1.3
serta kata pascakata, iaitu kata penekan dan kata pembenda dengan betul mengikut konteks.

1 Pasca kata hadir selepas perkataan dengan tugas-tugas tertentu.


2 Terdapat dua jenis kata pasca kata, masing-masing ditandai dengan perkataan -nya, iaitu kata.

Kata Penekan
Sistem Bahasa

Kata penekan membawa maksud penegasan.


Contoh kata: sesungguhnya, bahawasanya dan nampaknya
PT3 Contoh ayat: Gunung Kinabalu sesungguhnya amat tinggi.
Bahawasanya bunga
Rafflesia ialah bunga
terbesar di dunia.

Kata Pembenda
Kata pembenda ialah menukar perkataan bukan kata nama
menjadi kata nama.
Contoh kata: lajunya, sakitnya dan datangnya
Contoh ayat: Luasnya ladang itu saujana mata memandang.

Cantiknya mural yang dilukis oleh


murid tingkatan dua itu.

Praktis DSKP 12
Pilih kata bantu, kata penguat atau kata penegas yang sesuai.

1 Semua bangku di kantin sekolah itu (telah, akan) digantikan dengan yang baharu tidak lama lagi.
2 Antara batu permata itu, berlian yang (paling, betul) mahal.
3 Aisyah (sudah, pernah) tinggal serumah dengan Amira pada suatu ketika dahulu.
4 Lelaki itu boleh menyertai perkhemahan ini, itu (pun, lah) jika dia berminat.
5 Tulisan Rajini (sungguh, nian) cantik dan kemas.
6 Ayah (pun, lah) yang bekerja keras untuk menyara keluarga kami.
7 Biskut yang dibuat oleh ibu saya (sekali, amat) rangup.
8 Kita mestilah mengamalkan budaya timur, apa (tah, jua) lagi jika kita berada di perantauan.
9 Rombongan kami (telah, akan) bertolak ke Pulau Langkawi pada pukul 9.00 pagi tadi.
10 Antara murid tingkatan dua, Rashidah yang rendah (sekali, agak).
11 “Apa (lah, kan) daya jodoh tiada,” keluh lelaki itu.
12 Nur Aina (belum, sedang) mengulang kaji pelajaran di dalam biliknya.

74

(3)Masteri BM Tkt 2-Sistem Bahasa.indd 74 11/2/21 5:03 PM


Praktis DSKP 13
Pilih kata nafi dan kata pemeri yang sesuai.

1 Buku itu (tidak, bukan) kepunyaan saya.


2 Tulisan budak itu (tidak, bukan) kemas langsung.
3 Rumah itu (ialah, adalah) rumah yang paling besar di Pekan Meru. PT3
4 Budak yang berbaju hijau itu (ialah, adalah) adik saya.

Sistem Bahasa
5 Murid itu (ialah, adalah) murid harapan sekolah kami.
6 Saya (tidak, bukan) mahu pergi ke rumah Aiman lagi.
7 Tujuan pertandingan itu diadakan (ialah, adalah) untuk mencungkil bakat baharu murid.
8 “Kalau (tidak, bukan) kamu, siapa lagi yang mengambil pembaris Kamal?” tanya Cikgu Aniza.
9 Abang saya (tidak, bukan) gemar makan buah durian.
10 Jawapan yang diberikan (ialah, adalah) kurang tepat.
11 Arahan itu (tidak, bukan) untuk semua pegawai.
12 Warna kereta kakak saya (ialah, adalah) hitam.

Praktis DSKP 14
Isi tempat kosong dengan kata arah dan kata bilangan yang sesuai.

1 Bola itu ditendang oleh Ali ke luar padang.


2 Selina meminta izin daripada ibunya untuk ke Pulau Pangkor selama beberapa hari.
3 Semua burung dikurung di dalam sangkar.
4 Tuan Zainal mendermakan sebahagian daripada hartanya kepada anak-anak yatim.
5 Rumah datuk saya terletak di tepi sungai.
6 Setiap murid diwajibkan menyertai aktiviti kokurikulum.
7 Kanak-kanak yang malang itu mati lemas kerana terjatuh ke dalam sungai.
8 Festival makanan itu mempamerkan pelbagai jenis kuih tempatan yang terdapat di Malaysia.
9 Negeri Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia.
10 Segala persiapan untuk majlis kesyukuran anaknya telah siap dibuat.
11 Murid itu sedang mendeklamasikan sajak di atas pentas.
12 Para hadirin dipersilakan masuk ke dalam dewan.

75

(3)Masteri BM Tkt 2-Sistem Bahasa.indd 75 11/2/21 5:03 PM


Praktis DSKP 15
Isi tempat kosong dengan kata penekan dan kata pembenda yang sesuai.

kuatnya sedihnya bisingnya sebenarnya datangnya sesungguhnya


nampaknya tidurnya sedapnya bahawasanya hebatnya derasnya

bisingnya
Sistem Bahasa

1 Bukan kepalang pasar malam pada malam semalam.


2 Hebatnya persembahan tarian tradisional itu.
3 Kuatnya Ali menyepak bola itu sehingga melepasi gawang gol pihak lawan.
PT3 Sedihnya
4 perasaan saya tidak dapat digambarkan.
5 Keadaan nenek tua itu sesungguhnya semakin tenat.
6 Nampaknya masih ada yang belum menghantar buku latihan.
7 Awak sebenarnya masih belum menjelaskan hutang bank.
8 Tidurnya lena sekali pada malam tadi.
9 Kami tidak pasti dari mana datangnya haiwan itu.
10 Sedapnya masakan ibu saya.
11 Bahawasanya setiap rakyat mesti mempertahankan negaranya.
12 Air sungai di belakang rumah saya mengalir dengan derasnya .

Jenis-jenis Frasa
1 Frasa merupakan binaan yang boleh terdiri daripada satu patah kata atau rentetan beberapa patah kata
yang berfungsi sebagai konstituen dalam ayat, sama ada sebagai subjek, predikat, objek atau keterangan.
2 Frasa tiada subjek dan predikat.
3 Frasa tidak membawa maksud yang lengkap yang boleh dikatakan sebagai satu ayat.
4 Frasa terbahagi kepada empat jenis, iaitu:
(a) frasa nama,
(b) frasa kerja,
(c) frasa adjektif,
(d) frasa sendi nama.

Frasa Nama
1 Frasa yang terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya.
2 Unsur intinya boleh wujud secara bersendirian sebagai satu
patah perkataan ataupun diikuti oleh penerang sesudah unsur
inti tersebut.
Contoh ayat: Ayah saya pengetua sekolah .
FN
Frasa Kerja
1 Frasa yang terdiri daripada kata kerja sebagai unsur intinya.
2 Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa.
Contoh ayat: Abang sedang menonton televisyen .
FK

76

(3)Masteri BM Tkt 2-Sistem Bahasa.indd 76 11/2/21 5:03 PM


Frasa Adjektif
Aspek Tatabahasa
S.P 5.4.1 Memahami dan menggunakan pelbagai frasa adjektif dengan betul dan tepat mengikut konteks.

1 Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang
mengandungi kata adjektif atau kata sifat sebagai intinya dan kata intinya merupakan bahagian utama dalam
susunan frasa tersebut.
2 Frasa adjektif berfungsi sebagai predikat dan unsur keterangan dalam predikat.
Contoh: Ruang tamu rumah itu sungguh luas .
FA PT3

Sistem Bahasa
Frasa Sendi Nama
1 Frasa sendi nama ialah frasa yang terdiri daripada kata sendi nama yang boleh bergabung dengan kata
nama dalam membentuk kesatuan frasa.
2 Frasa sendi nama terbina daripada ayat yang mempunyai satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang
menjadi pelengkap dalam binaan frasa sendi nama itu.
Contoh: Saya ke sekolah dengan menaiki bas .
FSN

Praktis DSKP 16
Lengkapkan frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama dengan perkataan yang sesuai.

1 Sungai Rejang terpanjang di Malaysia .


2 Budak itu sangat nakal .
3 Rumah kita mesti bersih dan kemas .
4 Jalan raya sangat sesak pada waktu pagi .
5 Adik suka memakai baju berwarna merah .
6 Rumah di atas bukit itu sangat besar .
7 Pelari itu pantas berlari .
8 Arus sungai di belakang rumah datuk mengalir dengan deras .
9 Sos cili keluaran syarikat itu sangat pedas .
10 Soalan yang diberikan oleh guru sangat mudah .
11 Semua penonton ketawa apabila melihat tingkah laku badut itu .
12 Siti amat rindu akan neneknya yang berada jauh di kampung.

Jenis-jenis Ayat
Aspek Tatabahasa
S.P 5.5.1 Memahami dan membina ayat tunggal dan jenis ayat dengan betul dan tepat mengikut konteks.

Ayat bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu:


(a) ayat penyata
(b) ayat seruan
(c) ayat tanya
(d) ayat perintah

77

(3)Masteri BM Tkt 2-Sistem Bahasa.indd 77 11/2/21 5:03 PM


Ayat Penyata
1 Ayat yang diucapkan dengan maksud untuk menyatakan atau
menerangkan sesuatu hal.
2 Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan.
Contoh ayat: Murid-murid sedang mengulang kaji pelajaran
di perpustakaan.

Kamal terjatuh daripada basikal.


Sistem Bahasa

Ayat Seruan
1 Ayat yang digunakan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, gembira, sakit, benci dan sebagainya.
2 Tanda seru (!) biasanya diletakkan pada akhir ayat seruan.
PT3 3 Ayat seruan didahului oleh kata seru seperti amboi, wah, eh, oh, aduh, cis dan sebagainya.
Contoh ayat: Amboi, cantiknya gadis itu!

Wah, besarnya ikan itu!

Ayat Tanya
1 Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
2 Tanda soal (?) diletakkan pada akhir ayat dalam tulisan.
3 Ayat tanya terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
(a) ayat tanya tanpa kata tanya
● Ayat yang diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata.
● Dalam tulisan, nada tanya ini ditandai dengan tanda soal (?).
Contoh ayat: Adik masih belum makan?
(b) ayat tanya dengan kata tanya
● Ayat yang menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, bila, mana, bagaimana dan sebagainya.
Contoh ayat: Barang itu apa?

Ayat Perintah
1 Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.
2 Ayat perintah terdiri daripada empat jenis, iaitu:
(a) ayat suruhan
Minumlah air ini dahulu.
(b) ayat larangan
Jangan petik bunga itu.
(c) ayat silaan
Silalah pakai topi keledar.
(d) ayat permintaan
Minta anda semua bersabar.

78

(3)Masteri BM Tkt 2-Sistem Bahasa.indd 78 11/2/21 5:03 PM


Praktis DSKP 17
Bina ayat berdasarkan jenis-jenis ayat yang diberikan.

1 Ayat penyata
Norita tidak pergi ke sekolah pada hari ini.

2 Ayat seruan PT3


Wah, tingginya bangunan itu!

Sistem Bahasa
3 Ayat tanya
Mengapakah kamu tidak menghantar buku latihan itu?

4 Ayat perintah
Jangan masuk ke bilik saya tanpa kebenaran saya.

Praktis DSKP 18
Kenal pasti ayat-ayat di bawah dan tulis jenis ayat sama ada ayat penyata, ayat seruan, ayat tanya atau
ayat perintah.

1 Basuhlah tangan kamu dengan sabun sebelum makan. Ayat perintah

2 Oh, kamulah pemuda yang saya jumpa dahulu! Ayat seruan

3 Syabas, kamu telah berjaya dengan cemerlang! Ayat seruan

4 Tolong tutup tingkap itu. Ayat perintah

5 Murid itu berasal dari Ipoh, Perak. Ayat penyata

6 Apakah yang tersimpan di dalam peti besi itu? Ayat tanya

7 Cis, berani engkau menipu aku Sang Kancil! Ayat seruan

8 Anak-anak mesti menghormati ibu bapa. Ayat penyata

9 Bas itu sudah bertolak? Ayat tanya

10 Usah bermain di tepi jalan. Ayat perintah

11 Siapakah yang berbual dengan ayah? Ayat tanya

12 Kuching merupakan ibu negeri Sarawak. Ayat penyata

79

(3)Masteri BM Tkt 2-Sistem Bahasa.indd 79 11/2/21 5:03 PM


Praktis Berformat PT3
Bahagian A Objektif Aneka Pilihan

Morfologi dan Penggolongan Kata

Pilih jawapan yang paling sesuai.


Sistem Bahasa

1 Seramai 25 orang asing ditahan oleh 7 Sekumpulan penduduk berbangsa Cina di taman
Jabatan Imigresen Malaysia kerana menceroboh itu membakar beberapa mercun
PT3 perairan negara. sempena Tahun Baharu Cina.
A polis A das
B nelayan B ikat
C pengawal C baris
D pendatang D papan

2 Yang di-Pertuan Agong mencemar duli melawat 8 Sifat yang ditunjukkan oleh tuan rumah
mangsa banjir di pusat penempatan banjir. itu menyenangkan hati tetamu yang datang.
turut memberikan bantuan yang A ramah-tamah
diperlukan mengikut permintaan mangsa banjir. B remeh-temeh
A Dia C kelam-kabut
B Anda D keluh-kesah
C Beliau
D Baginda 9 Sofian mudik ke sungai untuk menjala
ikan.
3 Berita bencana alam itu disiarkan A sisi
di media sosial dari semasa ke semasa. B hulu
A akan C tengah
B antara D penjuru
C tentang
D dengan 10 kamu akan memulangkan buku cerita
saya yang kamu pinjam?
4 Sikap ibu yang memberikan dorongan A Siapakah
dan sokongan menambahkan lagi semangat B Bagaimanakah
saya untuk belajar bersungguh-sungguh. C Apakah
A sering D Bilakah
B jarang
C malu Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.
D tidak

5 kamu kenangkan peristiwa sedih itu


lagi.
A Usah
B Harap
C Tolong
D Jemput

6 murid di kelas itu sedang beratur


di luar bilik darjah.
11 Pakaian yang dipakai oleh Siti cantik.
A Setengah C Segala
A sangat C betul
B Semua D Tiap
B benar D nian

80

(4)Masteri BM Tkt 2-Praktis Berformat.indd 80 11/2/21 5:04 PM


Penggunaan Ejaan dan Imbuhan, Kata atau Istilah dan Tatabahasa

Kesalahan Bahasa
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda
dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.

1 Bila pegawai kastam membuat pemeriksaan, barang seludup itu tiada padanya. Tiada kesalahan
A B C D
PT3

Sistem Bahasa
2 Sultan Ibrahim telah melantik putera sulungnya untuk mewarisi takhta kerajaan sekiranya baginda mangkat
A B C
kelak. Tiada kesalahan
D

3 Ketibaan tetamu kehormat di majlis itu telah diumumkan oleh juruacara dengan suara yang nipis.
A B C
Tiada kesalahan
D

4 Cikgu Ida membimbing anak-anak muridnya mengulangkaji pelajaran agar mereka lulus dengan cemerlang
A B C
dalam peperiksaan. Tiada kesalahan
D

5 Novel “Darah Titik di Semantan” mengisahkan cabaran dan rintangan yang terpaksa dihadapi oleh Zahid
A B
dan rakan-rakannya dalam menentang penjajah Inggeris. Tiada kesalahan
C D

6 Puan Lim yang baru mengajar setahun di sekolah baharu itu adalah guru Bahasa Melayu kami.
A B C
Tiada kesalahan
D

Penggunaan Kata (Kata Banyak Makna, Kata Hampir Sama Makna dan Kata Hampir Sama Bunyi)
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

1 I Hari mendung alamat akan hujan. 2 I Pada zaman dahulu, pekerja-pekerja ladang
II Zaidi memberikan alamat rumah baharunya beratur untuk mengambil gaji masing-masing
kepada saya. daripada majikan.
III Aiman sekeluarga alamat di Kampung Jepak II Orang gaji di rumah Puan Rokiah berasal dari
sejak beberapa tahun yang lalu. Indonesia.
IV Bangunan Sultan Abdul Samad menjadi III Saya mesti menjalankan tugas dan
alamat bandar raya Kuala Lumpur, ibu negara tanggungjawab ini dengan bersungguh-
Malaysia. sungguh agar tidak makan gaji buta sahaja.
A I dan II sahaja IV Terdapat pelbagai bentuk gaji besi pada
B II dan IV sahaja zaman kini.
C I, II dan III sahaja A I dan II sahaja
D II, III dan IV sahaja B II dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

81

(4)Masteri BM Tkt 2-Praktis Berformat.indd 81 11/2/21 5:04 PM


3 I Projek perumahan itu akan memungut 7 I Nasi yang dimasak oleh Kakak Haslina
selama dua tahun. hangus kerana dia tertidur.
II Kaum petani mula memungut hasil tanaman II Rumahnya hangus dalam kebakaran itu.
mereka pada musim menuai padi. III Hatinya hangus setelah anaknya ditangkap
III Dia membongkok lalu memungut wangnya polis.
yang terjatuh di jalan raya itu. IV Pokok bunga mawar itu hangus kerana tidak
IV Tuan rumah itu akan memungut sewa disirami air.
rumahnya pada setiap hujung bulan. A I dan II sahaja
A I dan II sahaja B III dan IV sahaja
B II dan IV sahaja C I, II dan III sahaja
Sistem Bahasa

C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja


D II, III dan IV sahaja
8 I Ubi itu direbus lama-lama agar lemau
PT3 4 I Wangnya hilang ketika dia bermain bola. sepenuhnya.
II Suaranya hilang kerana banyak bersorak II Tilam yang baru dibeli itu sungguh lemau dan
semasa menonton perlawanan bola tampar enak ketika berbaring.
di Dewan Budaya. III Badannya lemau kerana kurang sihat.
III Makanan yang disajikan di atas meja telah IV Biskut itu telah lemau kerana tidak disimpan
hilang dimakan oleh kucing itu. di dalam bekas tertutup.
IV Sebelum kedatangan agama Islam, mereka A I dan II sahaja
telah hidup beberapa lama dalam agama B III dan IV sahaja
yang hilang. C I, II dan III sahaja
A I dan II sahaja D II, III dan IV sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja 9 I Mereka menonton gambar lama di dalam
D II, III dan IV sahaja album gambar.
II Ibu menonton tangan saya ketika melintas
5 I Aina memasukkan daki wangnya di dalam jalan.
dompet. III Setiap malam, dia akan menonton rancangan
II Suaranya yang amat daki itu menarik berita di televisyen untuk mengetahui
perhatian juri. perkembangan semasa.
III Adik mencuri daki di kakinya dengan sabun. IV Adik menonton perlawanan bola sepak
IV Fuad pernah daki Gunung Tahan pada tahun di Stadium Darul Makmur dengan ayah pada
lepas. malam semalam.
A I dan II sahaja A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja D II, III, dan IV sahaja

6 I Sharif menggalas piala yang dimenanginya 10 I Tasik itu sangat dalam.


dengan gembira. II Sufian mahir dalam bidang pertukangan.
II Perempuan itu menggalas bungkusan III Amira dapat menghafal lirik lagu itu dalam
pakaian di atas kepalanya. masa setengah jam.
III Salina menggalas sebuah beg tangan yang IV Usia nenek yang semakin dalam itu
baru dibeli oleh ibunya. menyebabkan pelihatannya kabur.
IV Kassim menggalas seguni beras semasa A I dan II sahaja
melalui lorong yang sempit itu. B III dan IV sahaja
A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja
B III dan IV sahaja D II, III, dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

82

(4)Masteri BM Tkt 2-Praktis Berformat.indd 82 11/2/21 5:04 PM


Penggunaan Frasa Sintaksis
Ayat yang Betul
Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin
mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau Pilih ayat-ayat yang betul.
mungkin juga tidak. Tandakan sama A, B atau C
jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D 1 I Selain daripada menjual kuih-muih, ibu juga
jika tiada kesalahan. menjual pelbagai jenis minuman.
II Jangan mengambil barang bukan kepunyaan
1 Bahan-bahan buangan itu kita telah kumpulkan kita.
sebelum dilupuskan di tapak pelupusan. III Penceramah jerayawara bahasa Melayu PT3
A telah kita kumpulkan yang paling terkenal di negara kita ialah

Sistem Bahasa
B telah dikumpulkan oleh kita Cikgu Juilis.
C telah kita mengumpulkan IV Amboi, comelnya bayi itu!
D kita telah kumpulkan A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
2 Bangunan Petronas merupakan bangunan yang C I, II dan III sahaja
paling tertinggi sekali di Kuala Lumpur. D II, III dan IV sahaja
A tertinggi sekali
B paling tinggi 2 I “Janganlah bercakap bila sedang makan,”
C paling tertinggi kata ibu kepada adik.
D paling tertinggi sekali II Para-para penduduk bekerjasama untuk
membersihkan kawasan perumahan bagi
3 Pertahanan negara perlu diperkuat agar membasmi pembiakan nyamuk aedes.
keamanan sentiasa terjamin. III Zaidi merupakan murid paling tinggi di dalam
A masih diperkuatkan agar kelas itu.
B perlu diperkuat agar supaya IV “Kita mesti memenangi perlawanan ini,” kata
C masih diperkuatkan agar Hadi kepada Danial.
D perlu diperkuat agar A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
4 Tambak Johor meletakkan di antara Johor Bahru C I, II dan III sahaja
dengan Singapura. D II, III dan IV sahaja
A meletakkan antara Johor Bahru dengan
Singapura. 3 I Ibu tunggal itu menyara kedua-dua orang
B terletak di antara Johor Bahru dengan anaknya seorang diri.
Singapura. II Semua mangsa banjir itu akan menerima
C terletak di antara Johor Bahru dan Singapura. bantuan berupa wang dan makanan.
D meletakkan di antara Johor Bahru dengan III Nasi ambang ialah makanan yang popular
Singapura. di kalangan penduduk Johor.
IV Pendidikan adalah agenda penting dalam
5 Kami menaiki mini bas yang berhawa dingin pembangunan sesebuah negara.
untuk menuju ke Tanah Tinggi Genting. A I dan II sahaja
A bas mini yang berhawa dingin B III dan IV sahaja
B bas mini yang berdingin hawa C I, II dan III sahaja
C mini bas yang berdingin hawa D II, III dan IV sahaja
D mini bas yang berhawa dingin
4 I Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menasihati
6 Sikap sesetengah orang rakyat Malaysia yang semua lapisan masyarakat agar kekal
tidak yakin dengan kemampuan bahasa Melayu mengamalkan penjarakan sosial, walaupun
sebagai bahasa ilmu menyebabkan bahasa selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan.
Melayu sukar didaulatkan. II Bayi itu sering menangis pada waktu petang.
A setengah orang rakyat III “Guru yang memakai baju kurung yang
B sesetengah rakyat bercorak batik itu siapakah?” tanya ibu
C sesetengah orang rakyat kepada Anas.
D sesetengah orang rakyat

83

(4)Masteri BM Tkt 2-Praktis Berformat.indd 83 11/2/21 5:04 PM


IV Setengah orang tidak suka makan ikan B Masyarakat ialah contoh teladan kepada
kerana baunya yang agak hanyir. pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin
A I dan II sahaja masyarakat tanpa mengira bangsa, agama
B III dan IV sahaja dan fahaman politk yang dapat meningkatkan
C I, II dan III sahaja semangat patriotik.
D II, III dan IV sahaja C Contoh dan teladan yang ditunjukkan oleh
pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin
Ayat yang Sama atau Hampir Sama Maksud masyarakat dapat meningkatkan semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat tanpa
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama
mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
Sistem Bahasa

atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang


D Pemimpin-pemimpun negara dan pemimpin
bercetak tebal.
masyarakat yang terdiri daripada pelbagai
bangsa, agama dan fahaman politik harus
1 “Wah, kebetulan kami sekeluarga mahu
PT3 menunjukkan contoh dan teladan yang baik
membuka ladang ternakan juga!” kata Siti.
agar dapat mempertingkat semangat patriotik
A Siti memberitahu keluarganya bahawa dia
dalam kalangan masyarakat.
akan membuka ladang ternakan.
B Siti dengan terujanya memberitahu bahawa
Peribahasa
dia dan keluarganya mahu membuka ladang
ternakan juga. Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang
C Siti dan keluarganya begitu teruja apabila paling sesuai.
saya memberitahu bahawa mereka mahu
membuka ladang ternakan. Genggam bara api biar sampai menjadi arang
D Keluarga Siti memberitahu Siti bahawa
mereka akan membuka ladang ternakan. 1 Peribahasa di atas memberikan pengajaran
kepada kita bahawa
2 Kitar semula ialah memproses bahan buangan A apabila sesuatu tempat itu mudah mendapat
untuk menghasilkan barangan baharu supaya kesenangan atau kemewahan, di situlah
boleh digunakan lagi. ramai orang berkumpul.
A Kitar semula ialah proses mengolah semula B sesuatu kerja yang dilakukan itu hendaklah
bahan buangan untuk menghasilkan dilakukan sehingga selesai.
barangan yang baharu. C membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai
B Kitar semula ialah proses menjadikan selesai.
sebahagian atau semua bahan yang berguna D setiap orang pasti pernah melakukan
untuk menghasilkan barangan baharu. kesilapan.
C Kitar semula ialah proses memungut bahan
buangan dan menghasilkan produk yang 2 Peribahasa yang boleh dikaitkan dengan setiap
sama agar memanfaatkan kita. orang berbeza pandangan atau pendapat atau
D Kitar semula memerlukan masa lama yang kehendaknya.
dapat mengurangkan penggunaan sumber A Bagi pinang dibelah dua
baharu untuk dijadikan bahan baharu. B Bagai telur di hujung tanduk
C Rambut sama hitam, hati lain-lain

3 Semangat patriotik dalam kalangan D Kerana nila setitik rosak susu sebelanga
masyarakat dapat ditingkatkan melalui contoh
dan teladan daripada pemimpin-pemimpin Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.
negara dan pemimpin masyarakat tanpa
mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
A Pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin
masyarakat perlu menunjukkan contoh dan
teladan yang baik agar dapat mempertingkat
semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat.

84

(4)Masteri BM Tkt 2-Praktis Berformat.indd 84 11/2/21 5:04 PM


3 Peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan C orang yang lemah berlawan dengan orang
situasi dalam gambar di atas ialah yang kuat.
A buah hati. D orang yang telah menemui barangan
B buah mulut. kegemarannya sendiri.
C bagai inai dengan kuku.
D bagai pinang dibelah dua.
Sudah terhantuk baru tergadah
4 Peribahasa yang boleh dikaitkan dengan orang
yang selalu menurut kemahuan orang lain. 9 Peribahasa di atas memberikan pengajaran
A Indah khabar daripada rupa kepada kita agar PT3
A sudah ditimpa musibah baru hendak

Sistem Bahasa
B Seperti kerbau dicucuk hidung
C Seperti dakwat dengan kertas bertindak.
D Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing B fikirkan masak-masak sebelum berbuat
sesuatu supaya tidak menyesal.
C seseorang anak itu akan mengikut perangai
Umpama pahat dengan penukul ibu atau bapanya.
D lebih baik mati daripada tidak dapat apa yang
5 Peribahasa di atas membawa maksud diidam.
A suka menangguhkan masa.
B pengagihan yang sama banyak. 10 Peribahasa yang berikut mempunyai maksud
C orang bermusuhan atau tidak sehaluan, yang sama atau hampir sama dengan peribahasa
mustahil dapat disatukan. biduk lalu kiambang bertaut, kecuali
D bantu-membantu antara satu dengan yang A air yang dicencang tidak akan putus.
lain. B carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum
juga.
C cencang air tiada putus, pancung abu tak
Pergaduhan yang tidak menguntungkan sesiapa
berbekas.
D sambil menyelam minum air.
6 Peribahasa yang menggambarkan situasi di atas
ialah
A ukur baju di badan sendiri. Seperti mencurah air ke daun keladi
B nasi sudah menjadi bubur.
C banyak udang, banyak garam. 11 Peribahasa di atas bermaksud
D menang jadi arang, kalah jadi abu. A pesanan atau nasihat tidak dipedulikan atau
tidak memberi kesan kepada pendengar.
B apabila memperoleh barangan yang lebih
Sikap tergesa-gesa pasti mengundang malapetaka
baik, barang yang lama tidak diperlukan lagi.
kalau tidak berhati-hati ketika berada di jalan raya.
C perantau yang pulang semula ke tempat asal.
D musuh yang ada dalam kalangan sesuatu
7 Berdasarkan pernyataan di atas, nyatakan kumpulan tanpa disedari.
peribahasa yang paling sesuai.
A Usaha tangga kejayaan 12 Peribahasa berikut, yang manakah membawa
B Malu bertanya, sesat jalan maksud seseorang yang jauh merantau akhirnya
C Biar lambat asalkan selamat pulang ke tempat asal?
D Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi A seperti api dengan asap.
B seperti itik pulang petang.
Seperti mentimun dengan durian C seperti rusa masuk kampung.
D seperti sirih pulang ke gagang.
8 Peribahasa di atas membawa maksud
A tidak tahu duduk diam.
B hubungan yang tidak boleh diputuskan.

85

(4)Masteri BM Tkt 2-Praktis Berformat.indd 85 11/2/21 5:04 PM


Bahagian B Objektif Pelbagai Bentuk

Kesalahan Bahasa

Kesalahan Bahasa dalam Ayat


Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Garis kesalahan bahasa tersebut dan tulis
jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Sistem Bahasa

Praktis 1
1 Azmin kehabisan tenaga setelah hampir satu suku jam menyertai acara merentas desa.
PT3 satu jam suku

2 Oleh kerana dia demam, dia tidak datang ke sekolah.


sebab

3 Kami sekeluarga sedang menunggu ketibaan abang yang pulang daripada Korea.
dari

Praktis 2
1 Bidang bioteknologi telah mendapat sambutan di kalangan mahasiswa kerana mampu memberikan pulangan
yang lumayan.
dalam

2 Adik mempercepatkan langkahnya apabila langit kelihatan mendung.


mempercepat

3 Adik memarahi oleh ibu kerana telah memecahkan pasu bunga kesayangannya.
dimarahi

Praktis 3
1 Setiap kali Aiman makan di Restoran Seri Muar, dia pasti akan memesan semangkuk goreng kentang.
kentang goreng

2 “Perlawanan petang ini penting untuk kami,” kata jurulatih itu kepada pelatih-pelatih.
kita

3 Sultan Johor bersetuju untuk merasmikan pembukaan Hospital Pakar Wanita dan Kanak-kanak baharu
di Muar.
berkenan

86

(4)Masteri BM Tkt 2-Praktis Berformat.indd 86 11/2/21 5:04 PM


Kesalahan Bahasa dalam Petikan

Praktis 4

Murnikan petikan di bawah dengan membetulkan tiga kesalahan bahasa yang terdapat di dalamnya. Garis
kesalahan bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.
Pada era globalisasi ini, masalah gejala sosial semakin meningkat dari masa ke semasa. Antara punca-punca
yang menyebabkan masalah sosial berlaku ialah krisis keluarga yang menyebabkan kawalan sosial ke atas PT3
anak-anak diabaikan. Oleh itu, ibu bapa haruslah mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni serta ajaran-ajaran

Sistem Bahasa
agama yang sempurna pada anak-anak agar mereka menjadi remaja yang bermoral dan berakhlak mulia.

1 semasa
2 Antara punca/punca-punca
3 kepada

Praktis 5

Murnikan petikan di bawah dengan membetulkan tiga kesalahan bahasa yang terdapat di dalamnya. Gariskan
kesalahan bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.
Derma darah adalah amalan mulia yang boleh menyelamatkan nyawa seseorang. Penderma dapat melahirkan
satu perasaan yang sangat menggembirakan bila berjaya menolong doktor menyelamatkan nyawa orang lain.
Amalan derma darah juga dapat mengurangkan jumlah zat besi yang berlebihan di dalam badan dan dapat
terhindar risiko sakit jantung.

1 ialah
2 apabila
3 menghindarkan

Praktis 6

Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan bahasa yang telah digariskan. Betulkan kesalahan bahasa
tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan.

Aisyah: Apakah usaha-usaha dengan meningkatkan amalan membaca dalam kalangan anak-anak?
Siti: Pada pendapat saya, ibu bapa hendaklah membawa anak-anak mereka di pameran buku, kedai buku
atau perpustakaan.
Aisyah: Selain ibu bapa, pihak sekolah juga perlu melengkapkan perpustakaan sekolah dengan berbagai
bahan bacaan yang bermutu dan terkini.

1 bagi/untuk
2 ke
3 pelbagai/berbagai-bagai

87

(4)Masteri BM Tkt 2-Praktis Berformat.indd 87 11/2/21 5:04 PM


Kesalahan Ejaan
Kesalahan Ejaan dalam Ayat
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan
yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Praktis 1
1 Pihak berkuasa tempatan seharusnya mengambil langkah pro-aktif untuk memajukan industri pelancongan
desa di negara kita.
Sistem Bahasa

proaktif

2 Kebanyakkan remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia mengimpikan kerjaya yang dapat menjamin masa
PT3 hadapan mereka.
Kebanyakan

3 Ayah membawa kami sekeluarga ke Pasaraya The Store untuk membeli-belah.


Pasar Raya

Praktis 2

1 Terumbu karang merupakan salah satu eko-sistem yang wujud di lautan.


ekosistem

2 Motorsikal ialah sejenis kenderaan beroda dua yang berenjin serta boleh dilesenkan untuk digunakan
di atas jalan raya.
Motosikal

3 Beberapa buah rumah di Taman Mutiara musnah dalam kebakaran kira-kira pukul 12:00 tengahari semalam.
tengah hari

Praktis 3

Kesalahan Ejaan dalam Petikan


Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Pada hari Khamis yang lalu, sekolah saya telah mengadakan kejohanan olah raga di stadium. Pada hari
kejohanan, aturcara majlis telah dimulakan dengan pebarisan lintas hormat yang melibatkan rumah sukan dan
unit beruniform. Saya berasa sangat teruja kerana saya mengambil bahagian dalam acara sukan.

1 olahraga
2 atur cara
3 perbarisan

88

(4)Masteri BM Tkt 2-Praktis Berformat.indd 88 11/2/21 5:04 PM


Praktis 4

Dalam petikan dialog di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu. Anda tidak perlu menyalin petikan dialog itu semula.

Aiman: Hai, Zaidi. Saya akan menyertai


pertandingan kawat kaki unit beruniform
yang dianjurkan oleh sekolah. 1 kawad
Zaidi: Baguslah begitu. Setahu saya pertandingan PT3
ini merupakan aktiviti ko-kurikulum tahunan 2 kokurikulum

Sistem Bahasa
yang akan diadakan di sekolah.
Aiman: Ya. Diharapkan pertandingan ini 3 disiplin
memantapkan displin murid.

Praktis 5

Kesalahan Ejaan dalam Grafik

1 penyelenggaraan

2 Jun

3 menggunakan

Pengguna disarankan berhemah mengunakan air


Segala kesulitan amatlah dikesali

Praktis 6

1 selesema

2 antarabangsa

3 Penjarakan

89

(4)Masteri BM Tkt 2-Praktis Berformat.indd 89 11/2/21 5:04 PM


Sintaksis

Praktis 1

Nyatakan pola ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN),
Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA) atau Frasa Nama + Frasa
Sendi Nama (FN+FSN).

1 Sekolah itu sekolah Shiela.


Sistem Bahasa

FN + FN

2 Rumah Maria di tepi sungai.


PT3 FN + FSN

3 Tuk Ngah yang sudah tua itu masih kuat.


FN + FA

4 Alia sedang membaca buku.


FN + FK

Praktis 2
Nyatakan jenis-jenis ayat di bawah sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan atau ayat perintah.

1 Bilakah tarikh perkahwinan Ummi?


Ayat tanya

2 Datuk Seri Siti Nurhaliza merupakan penyanyi popular di Malaysia.


Ayat penyata

3 Harap hadirin bersabar seketika.


Ayat perintah

4 Wah, tingginya bangunan itu!


Ayat seruan

Praktis 3
Kenal pasti ayat-ayat dan klasifikasikannya sama ada ayat-ayat itu ayat silaan, ayat suruhan, ayat larangan,
atau ayat permintaan.

1 Minta tuan-tuan dan puan-puan mengambil tempat duduk masing-masing.


Ayat permintaan

2 Jangan petik bunga itu.


Ayat larangan

3 Siapkan kerja sekolah ini.


Ayat suruhan

4 Sila datang ke rumah saya.


Ayat silaan

90

(4)Masteri BM Tkt 2-Praktis Berformat.indd 90 11/2/21 5:04 PM


Praktis 4

Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang.

1 Pak Ali seorang guru Bahasa Melayu.


Seorang guru Bahasa Melayu Pak Ali.

2 Rumah saya terletak berhampiran dengan masjid. PT3


Terletak berhampiran dengan masjid rumah saya.

Sistem Bahasa
3 Karim pergi ke perpustakaan awam untuk mengulang kaji pelajarannya.
Pergi ke perpustakaan awam Karim untuk mengulang kaji pelajarannya./Pergi ke perpustakaan awam untuk mengulang
kaji pelajarannya, Karim.

Praktis 5

Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.

1 Aniza membelikan ibu sebuah jam tangan.


Sebuah jam tangan dibelikan oleh Aniza untuk ibu.

2 Kawan saya menjatuhkan pasu bunga ibu.


Pasu bunga ibu dijatuhkan oleh kawan saya.

3 Puan Zainon mencantikkan kawasan koridor rumahnya.


Kawasan koridor rumahnya dicantikkan oleh Puan Zainon.

Praktis 6

Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal.

1 Ibu membuka almarinya lalu mengeluarkan sepasang kasut tumit tinggi berwarna hitam.
(a) Ibu membuka almarinya.
(b) Ibu mengeluarkan sepasang kasut tumit tinggi berwarna hitam.

2 Adik hendak makan nasi kerana perutnya sangat lapar.


(a) Adik hendak makan nasi.
(b) Perutnya sangat lapar.

3 Murid perempuan itu mengetuk pintu sebelum masuk ke dalam kelas.


(a) Murid perempuan itu mengetuk pintu.
(b) Murid perempuan itu masuk ke dalam kelas.

91

(4)Masteri BM Tkt 2-Praktis Berformat.indd 91 11/2/21 5:04 PM


Praktis 7

Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah kepada ayat cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya.

1 “Kenapa awak termengah-mengah ni? Macam kena kejar anjing!” soal ibu kepada Aminah.
Ibu bertanya kepada Aminah sebab dia termengah-mengah seperti dikejar oleh anjing.

2 “Saya harap awak boleh menghantar buku latihan Matematik pada hari esok,’’ kata Cikgu Rahim kepada
Mardi.
Sistem Bahasa

Cikgu Rahim berharap agar Mardi boleh menghantar buku latihan Matematik pada hari esok.

3 “Amirul, tutup pintu bilik itu,“ kata kakak kepada Amirul.


PT3 Kakak menyuruh Amirul menutup pintu bilik itu.

Praktis 8

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kenal pasti subjek dan predikat dalam ayat-ayat tersebut. Kemudian,
tulis subjek dan predikat pada ruang yang disediakan.

1 Remaja yang berpakaian baju Melayu itu abang saya.

SUBJEK Remaja yang berpakaian baju Melayu itu

PREDIKAT abang saya

2 SMK Simpang Bekoh terletak di Jasin, Melaka.

SUBJEK SMK Simpang Bekoh

PREDIKAT terletak di Jasin, Melaka

3 Ali dan ibunya pergi ke pasar tani pada awal pagi.

SUBJEK Ali dan ibunya

PREDIKAT pergi ke pasar tani pada awal pagi

Peribahasa

Praktis 1

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis dua peribahasa yang sesuai.

(i) Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

(ii) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

92

(4)Masteri BM Tkt 2-Praktis Berformat.indd 92 11/2/21 5:04 PM


Praktis 2

Lihat gambar bersiri di bawah dengan teliti. Berdasarkan gambar bersiri tersebut, tulis dua peribahasa yang
sesuai.

PT3

Sistem Bahasa
(i) Sudah terhantuk baru tengadah

(ii) Biar lambat asalkan selamat

Praktis 3

Nyatakan peribahasa yang sesuai untuk menerangkan situasi di bawah.

1 Setiap perkara yang hendak kita lakukan itu biarlah sesuai dengan kemampuan diri.
Ukur baju di badan sendiri

2 Setiap orang pasti pernah melakukan kesilapan.


Bumi mana yang tidak ditimpa hujan

3 Seseorang yang hanya tahu mengikut kehendak atau arahan orang lain.
Seperti kerbau dicucuk hidung

93

(4)Masteri BM Tkt 2-Praktis Berformat.indd 93 11/2/21 5:04 PM


Pemahaman Teks (Antologi)
Kertas 1 (Bahagian A)

Puisi Tradisional
Pantun Alam Remaja (Buku Teks hal. 5 – 6)

Maksud
Rangkap 1
Perasaan gembira seorang anak apabila melihat ibunya pulang.
Rangkap 2
Kepulangan ibu menyebabkan perasaan bimbang anak-anak hilang.
Rangkap 3
Apabila ibu pulang awal, hati anak berasa lega.
Rangkap 4
Adik-beradik sama-sama menyanyi apa-apa sahaja lagu kerana gembira.
Pemahaman Teks

Rangkap 5
Kepulangan ibu bapa menambahkan lagi perasaan gembira anak-anak.
Rangkap 6
Hati anak bertambah gembira apabila ibu bapa pulang dengan membawa hadiah, iaitu baju dan
seluar.
Rangkap 7 Anak-anak meminta supaya tidak memarahi mereka berpantun kerana sikap kanak-kanak yang
PT3 suka bermanja.
Tema
Kegembiraan anak-anak menyambut kepulangan ibu bapa mereka.
Persoalan
1 Persoalan ikatan kekeluargaan yang erat.
2 Persoalan kasih sayang dalam keluarga.
3 Persoalan tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak.
4 Persoalan sikap anak-anak kecil yang suka dimanja.
Bentuk
1 7 rangkap (empat baris setiap rangkap)
2 4 hingga 5 patah perkataan dengan 9 hingga 10 suku kata
3 Rima akhir ialah R1, R3, R4, R6 dan R7 – abab manakala R2 dan R5 – aaaa
Gaya Bahasa
1 Simpulan bahasa – besar hati
2 Anafora – Sebarang
3 Kata ganda – adik-beradik, bilang-bilang, bersorak-sorak
4 Inversi – Elok rupanya kumbang jati
5 Imej alam – kumbang jati, itik, rumput, ayam kinantan, ranting, kumpai
Unsur Bunyi
1 Asonansi – Hinggap di ranting bilang-bilang (perulangan vokal i)
2 Aliterasi – Sebarang nyanyi kita nyanyikan (perulangan konsonan n)
Nilai
1 Kasih sayang 3 Bertanggungjawab
2 Hormat-menghormati 4 Pemaaf
Pengajaran
1 Kita mestilah menyayangi anak-anak agar hubungan menjadi erat.
2 Kita haruslah menjalankan tanggungjawab untuk memenuhi keperluan keluarga.
3 Kita perlulah memaafkan kesalahan anak-anak kerana mereka masih kecil.
4 Kita haruslah menghormati ibu bapa kerana mereka yang membesarkan kita.

94

(5)Masteri BM Tkt 2-Pemahaman Teks(A).indd 94 10/29/21 4:13 PM


Pantun Kiasan (Buku Teks hal. 7 – 9)

Maksud
Rangkap 1 Kita haruslah mengelakkan perbuatan membazir kerana barang yang rosak masih boleh digunakan.
Rangkap 2 Orang yang merantau perlu merendah diri apabila berada di tempat orang.
Rangkap 3 Keinginan untuk memiliki sesuatu yang di luar kemampuan dan kebolehan diri sendiri.
Rangkap 4 Kita tidak boleh mengharap kepada sesuatu yang belum pasti.
Rangkap 5 Sikap sombong akan kelebihan diri sehingga memandang rendah kemampuan orang lain.
Rangkap 6 Sikap seseorang yang suka memperbesar-besarkan perkara yang kecil.
Rangkap 7 Hati dan pendirian manusia yang selalu berubah-ubah.
Rangkap 8 Perasaan marah akan terpadam apabila mempunyai sikap sabar.
Rangkap 9 Seseorang yang merantau akhirnya akan kembali ke tempat asalnya jua.
Rangkap 10 Sesuatu perkara yang terjadi pasti ada sebab musababnya.
Rangkap 11 Seseorang yang menginginkan sesuatu di luar keupayaan dan kemampuannya.
Rangkap 12 Kita tidak boleh melawan orang yang luas pengetahuan jika pengetahuan kita sedikit. PT3

Pemahaman Teks
Rangkap 13 Seseorang yang menceritakan sesuatu kejayaan sedangkan belum mengecap hasil yang
diusahakan.
Rangkap 14 Orang yang berusaha pun belum tentu berjaya, inikan pula orang yang tidak berusaha.
Rangkap 15 Seseorang yang mengharapkan sesuatu di luar kemampuannya.
Rangkap 16 Orang yang berdosa tetapi telah terlambat untuk bertaubat atas dosa-dosanya.
Rangkap 17 Seseorang yang cantik tetapi elok budi pekertinya.
Tema
Kiasan atau sindiran tentang pelbagai ragam manusia dalam kehidupan seharian.
Persoalan
1 Persoalan sikap suka membazir dalam kehidupan.
2 Persoalan sikap suka bertindak tanpa berfikir dahulu.
3 Persoalan sikap sombong dan bangga akan kebolehan diri.
4 Persoalan sifat malas yang menghalang kejayaan.
5 Persoalan budi bahasa lebih penting daripada paras rupa.
Bentuk
1 17 rangkap (4 baris setiap rangkap)
2 3 hingga 5 patah perkataan dengan 8 hingga 11 suku kata
3 Rima akhir ialah abab
4 Setiap rangkap mempunyai pembayang dan maksud
Gaya Bahasa
1 Imej alam – daun kayu, buah bacang
2 Repitisi – tikar, burung, anak, rotan, ayam
3 Peribahasa – Jangan diikut resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung, burung terbang dipipiskan lada,
kalau kail panjang sejengkal, usah lautan hendak diduga
4 Personifikasi – nyawa menangis di pintu kubur
5 Sinkope – Air dalam kapar tak hanyut
6 Simile – macam melukut di tepi gantang, laksana gadis Menteri Bogor, Sungguh laksana bunga dedap
Unsur Bunyi
1 Asonansi – Patah galah haluan perahu (perulangan vokal a)
2 Aliterasi – Rotan siput rotan berlingkar (perulangan konsonan t)
Nilai
1 Keinsafan 4 Kesabaran
2 Merendah diri 5 Kerajinan
3 Rasional

95

(5)Masteri BM Tkt 2-Pemahaman Teks(A).indd 95 10/29/21 4:13 PM


Pengajaran
1 Kita mestilah mengamalkan sikap berjimat cermat agar tidak membazir.
2 Kita perlu bersabar untuk memadamkan api kemarahan dalam diri.
3 Kita haruslah insaf dengan kesalahan diri apabila telah melakukan kesalahan.
4 Kita perlulah menghindarkan diri daripada sikap malas untuk memperoleh kejayaan.
5 Kita perlulah ada keyakinan diri dalam sebarang tindakan yang dilakukan.

Pantun Budi (Buku Teks hal. 10 – 11)

Maksud
Rangkap 1 Budi yang baik akan sentiasa dikenang dan disebut oleh orang lain.
Rangkap 2 Orang yang baik mempunyai budi bahasa yang tinggi.
Rangkap 3 Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.
Rangkap 4 Sudah menjadi adat dunia apabila harta kekayaan lebih diutamakan berbanding budi bahasa.
Rangkap 5 Biar hidup miskin tetapi kaya dengan budi bahasa.
Pemahaman Teks

Rangkap 6 Sesuatu bangsa akan dipandang tinggi apabila menjaga budi bahasa.
Rangkap 7 Orang yang bijak bertemu dengan orang yang setaraf dengannya.
Tema
PT3 Ketinggian budi bahasa dalam kehidupan.
Persoalan
1 Persoalan kepentingan sikap berbudi bahasa.
2 Persoalan sikap masyarakat yang lebih mementingkan harta.
3 Persoalan ketinggian martabat seseorang berdasarkan budi bahasa.
4 Persoalan pergaulan orang yang bijaksana.
Bentuk
1 7 rangkap (4 baris serangkap).
3 3 hingga 6 patah perkataan dengan 5 hingga 11 suku kata
5 Rima akhir ialah abab kecuali R5 – aaaa
Gaya Bahasa
1 Imej alam – air, laut, bunga seroja, kali, pantai, kayu
2 Anafora – yang, hina
3 Peribahasa – Bagai cincin dengan permata
4 Personifikasi – Bijak bertemu dengan jauhari
5 Repitisi – budi, bunga, pandai
6 Responsi – kerana, dengan
Unsur Bunyi
1 Asonansi – Hina manusia tidak berbudi (perulangan vokal i)
2 Aliterasi – Padang Temu padang baiduri (perulangan konsonan d)
Nilai
1 Mengenang jasa 3 Berbudi bahasa
2 Kebijaksanaan 4 Merendah diri
Pengajaran
1 Kita perlulah sentiasa berbudi bahasa agar dipandang tinggi oleh orang lain.
2 Kita haruslah menghargai dan mengenang budi orang lain agar tidak melupakan jasa mereka.
3 Kita perlulah bijaksana untuk membangunkan negara.
4 Kita wajarlah mementingkan budi bahasa kerana budi bahasa tidak boleh dibeli walaupun dengan harta yang
banyak.

96

(5)Masteri BM Tkt 2-Pemahaman Teks(A).indd 96 10/29/21 4:13 PM


Pantun Nasihat (Buku Teks hal. 12 – 13)

Maksud
Rangkap 1 Buat baik janganlah berlebih-lebihan manakala perbuatan jahat perlulah dihindari.
Rangkap 2 Sesuatu perkara yang memudaratkan perlulah dijauhi sama sekali.
Rangkap 3 Perasaan yang sedih disembunyikan dengan menunjukkan kegembiraan.
Rangkap 4 Jangan bercakap sesuka hati agar tidak menanggung seksa.
Rangkap 5 Isteri perlu menghormati suami agar suami tidak mencari perempuan lain.
Rangkap 6 Hidup di dunia perlulah berbudi bahasa kerana budi bahasa tidak dapat dijual beli.
Rangkap 7 Perantau diingatkan agar pandai menjaga diri di tempat orang.
Tema
Pelbagai nasihat kepada pembaca agar dapat dijadikan panduan hidup.
Persoalan
PT3
1 Persoalan kepentingan melakukan kebaikan dalam kehidupan.

Pemahaman Teks
2 Persoalan kesan apabila melakukan perbuatan haram.
3 Persoalan berhati-hati apabila mengucapkan tutur kata.
4 Persoalan kepentingan budi bahasa dalam kehidupan bermasyarakat.
Bentuk
1 7 rangkap (4 baris serangkap).
2 3 hingga 5 patah perkataan dengan 8 hingga 11 suku kata
3 Rima akhir ialah abab
Gaya Bahasa
1 Imej alam – buah peria, padi, kapas, hujan
2 Anafora – buat
3 Simile – Bagai panas mengandung hujan
4 Peribahasa – Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
Unsur Bunyi
1 Asonansi – Suami yang letih usah dimarah (perulangan vokal i)
2 Aliterasi – Badan dan nyawa menanggungkan (perulangan konsonan n)
Nilai
1 Rasional 3 Berbudi bahasa
2 Hormat-menghormati 4 Keprihatinan
Pengajaran
1 Kita perlulah sentiasa melakukan kebaikan dan menghindari segala perbuatan buruk.
2 Kita mestilah menjaga tingkah laku apabila berada di tempat orang lain.
3 Kita perlulah menghormati suami walau dalam apa jua keadaan.
4 Kita mestilah berfikir panjang sebelum melakukan apa-apa tindakan.
5 Kita haruslah mempunyai budi bahasa yang baik agar disenangi oleh orang lain.

Pantun Kasih Sayang (Buku Teks hal. 14 – 15)

Maksud
Rangkap 1 Wajah akan lebih berseri-seri apabila tersenyum.
Rangkap 2 Harapan terhadap seseorang yang tidak kesampaian.
Rangkap 3 Impian untuk memiliki perempuan yang berjaya menarik hati.
Rangkap 4 Helah yang dilakukan untuk memikat seseorang gadis.
Rangkap 5 Walaupun terpisah, namun pada suatu hari nanti akan bertemu jua.

97

(5)Masteri BM Tkt 2-Pemahaman Teks(A).indd 97 10/29/21 4:13 PM


Tema
Perasaan cinta dan kasih antara lelaki dengan perempuan.
Persoalan
1 Persoalan kepentingan menjaga penampilan diri.
2 Persoalan pelbagai helah untuk mendapatkan sesuatu hajat.
3 Persoalan perpisahan sementara.
4 Persoalan keinginan memiliki gadis yang diminati.
Bentuk
1 5 rangkap (4 baris setiap rangkap)
2 3 hingga 6 patah perkataan dengan 8 hingga 10 suku kata
3 Rima akhir ialah abab kecuali R4 – abcb
Gaya Bahasa
1 Imej alam – buah mengkudu, kandis, langit, dahan, bulan, bintang
Pemahaman Teks

2 Peribahasa – bagai bulan dipagar bintang


3 Simile – Bagaikan rasa hendak dicapai
4 Responsi – kusangka
5 Personifikasi – Anak udang meniti batang
PT3 Unsur Bunyi
1 Asonansi – Bagaikan rasa hendak dicapai (perulangan vokal a)
2 Aliterasi – Buah mengkudu kusangka kandis (perulangan konsonan k)
Nilai
1 Kasih sayang 3 Kegigihan
2 Kejujuran 4 Keredhaan
Pengajaran
1 Kita perlulah menyayangi antara satu dengan yang lain untuk mengelakkan sengketa.
2 Kita mestilah ikhlas dalam setiap perhubungan agar hubungan berpanjangan.
3 Kita haruslah berusaha dengan gigih untuk memiliki orang yang disayangi.
4 Kita mestilah reda dengan ketentuan Tuhan bahawa setiap pertemuan pasti ada perpisahan.

Syair Nasihat (Buku Teks hal. 16 – 19)

Penghujung Thamarat al-Muhimmah


Maksud
Rangkap 1 Penulis telah selesai mengarang kitab supaya dapat dijadikan panduan.
Rangkap 2 Tingkah laku perlu dijaga kerana tingkah laku yang baik akan diingati oleh orang lain.
Rangkap 3 Ayah berpesan kepada anaknya agar mengikuti nasihat dan tidak bersikap malas.
Rangkap 4 Ayah menasihati anaknya apabila menjadi raja, dia perlulah amanah, jujur dan rajin bekerja.
Rangkap 5 Ayah menasihati anaknya supaya sentiasa berbuat kebajikan tanpa mengharapkan sebarang
balasan.
Rangkap 6 Ayah berpesan supaya anaknya rajin menuntut ilmu yang betul seperti yang diperintahkan oleh
Allah SWT.
Rangkap 7 Ayah berpesan agar anaknya rajin mengaji dan perkara tersebut perlu diberi keutamaan daripada
yang lain. Anaknya juga harus mematuhi hukum syarak untuk mengelakkan daripada berlakunya
perkara yang boleh memalukan.
Rangkap 8 Segala tindakan harus dilakukan dengan ilmu agar mendapat kebaikan dan mengelakkan perkara
yang boleh membawa kemudaratan kepada diri.
Rangkap 9 Kelebihan ilmu ialah seseorang itu akan dapat membezakan perkara benar dengan salah supaya
perbuatan yang salah dapat dihukum dengan adil.

98

(5)Masteri BM Tkt 2-Pemahaman Teks(A).indd 98 10/29/21 4:13 PM


Rangkap 10 Jika ilmu diambil mudah, pasti anaknya berhadapan dengan pelbagai masalah apabila menjadi
pemimpin nanti.
Rangkap 11 Akibat tiada ilmu, anaknya tidak tahu menjatuhkan hukuman sebaliknya hanya tahu berpeluk tubuh
dan menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT.
Rangkap 12 Kesan lain apabila tiada ilmu ialah anaknya tidak dapat menyatakan pendapat, hanya berkeluh
kesah dan akhirnya menyembunyikan diri di dalam istana.
Rangkap 13 Orang yang bersalah menanti dengan perasaan marah kerana perbicaraan masih belum dilakukan.
Rangkap 14 Adakalanya hukuman dilakukan sewenang-wenangnya tanpa mematuhi hukum syarak atau adat
supaya pesalah dapat dihukum segera.
Rangkap 15 Seandainya hukuman dilakukan tidak betul caranya, maka hukuman tersebut akan menjadi
umpatan orang lain.
Rangkap 16 Jika hukuman dijalankan mengikut perintah Allah SWT, umpatan serta pujian tidak perlulah
dihiraukan sebaliknya kita berserah kepada Allah SWT.
Fasal 1
Rangkap 17 Ayah menasihati anaknya agar bergaul dengan orang yang berilmu apabila menjadi menteri untuk PT3
memudahkan semua pekerjaan yang dilakukan.

Pemahaman Teks
Rangkap 18 Ketua haruslah memerhatikan sikap orang bawahannya supaya penyelewangan tidak akan
berlaku.
Tema
Nasihat ayah kepada anak yang bakal menjadi pemimpin supaya memiliki ilmu pengetahuan.
Persoalan
1 Persoalan kepentingan ilmu pengetahuan dalam kalangan pemimpin.
2 Persoalan tanggungjawab ayah untuk menasihati anak-anak.
3 Persoalan peranan dan tugas seorang pemimpin.
4 Persoalan kepentingan menjatuhi hukuman mengikut hukum syarak.
5 Persoalan keperibadian mulia seorang pemimpin.
Bentuk
1 18 rangkap (4 baris serangkap)
3 4 hingga 6 patah perkataan dengan 8 hingga 13 suku kata
5 Rima akhir ialah aaaa
Gaya Bahasa
1 Bahasa arkaik – puri, wazir, ugahari
2 Bahasa Arab – batil, syarak, biladah, ‘adah, Allah, Allahu
3 Anafora – hendak
4 Responsi – anakanda, janganlah
5 Simile – seperti air di dalam gelas
6 Simpulan bahasa – berpeluk tubuh
7 Sinkope – tak
8 Inversi – nasihat kebajikan ayahanda beri, Menuntut ilmu janganlah segan
Unsur Bunyi
1 Asonansi – Jika ilmu tidak diendah (perulangan vokal i)
2 Aliterasi – anakanda tercengang tunduk tengadah (perulangan konsonan t)
Nilai
1 Keadilan
2 Keikhlasan
3 Kebijaksanaan
4 Kepatuhan
5 Kerajinan

99

(5)Masteri BM Tkt 2-Pemahaman Teks(A).indd 99 10/29/21 4:13 PM


Pengajaran
1 Kita mestilah bersikap adil terhadap rakyat agar hukuman yang dilaksanakan tidak menimbulkan kemarahan
mereka.
2 Kita perlulah ikhlas melakukan amal kebajikan agar dapat membantu rakyat yang susah.
3 Kita haruslah rajin menuntut ilmu dan bekerja untuk meningkatkan keyakinan dan kebolehan diri.
4 Kita perlulah jujur dan amanah menjalankan tugas agar tidak berlaku penyelewengan.
5 Kita haruslah berani menegakkan kebenaran berlandaskan hukum syarak yang ditentukan oleh Allah SWT.

Puisi Moden
Dalam Persekitaran Kata-kata – Baha Zain (Buku Teks hal. 25 – 26)

Maksud
Rangkap 1 Penyajak memetik ayat al-Quran bagi menyatakan bahawa Tuhan mencipta manusia dan diajar
Pemahaman Teks

cara untuk berbicara.


Rangkap 2 Tuhan menganugerahkan manusia kebolehan bercakap dan akal fikiran untuk membolehkan
manusia menyampaikan ilmu dari zaman ke zaman.
Rangkap 3 Tuhan mencipta manusia yang kulitnya sawo matang. Mereka belayar di lautan dan mengembara
di pulau-pulau dan singgah di pantai-pantai yang dikunjungi.
PT3
Rangkap 4 Pelbagai bahasa dan pengetahuan yang ditemui oleh penyajak ketika menjelajah. Penyajak
menemui dan membaca kitab-kitab lama untuk mendalami alam ciptaan Tuhan dengan tafsiran
yang lebih jelas.
Rangkap 5 Melalui bahasa, penyajak dapat menambahkan pengalaman dan memahami kewujudan alam
semesta ciptaan Tuhan.
Tema
Menggambarkan perasaan bersyukur penyajak atas nikmat berbahasa yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada
manusia.
Persoalan
1 Persoalan kepentingan bahasa dalam kehidupan manusia.
2 Persoalan pengembaraan untuk melihat alam ciptaan Tuhan.
3 Persoalan ilmu pengetahuan yang diperoleh melalui kitab-kitab lama.
Bentuk
1 5 rangkap (R1 – 2 baris, R2 – 5 baris, R3 – 5 baris, R4 – 9 baris, R5 – 3 baris)
2 3 hingga 5 patah perkataan dengan 7 hingga 13 suku kata
3 Rima akhir ialah R1 – aa, R2 – aaabc, R3 – abccb, R4 – abaaaacca, R5 – aba
Gaya Bahasa
1 Hiperbola – terbentang di semesta alam
2 Unsur alam – samudera, pulau-pulau, pantai-pantai, langit, bumi, laut, gunung
3 Anafora – dari
4 Repitisi – kata-kata
5 Simile – seperti kami memetik buah-buahan
Unsur Bunyi
1 Asonansi – kami sunting istilah iman (perulangan vokal i)
2 Aliterasi – awan, hujan dan pohon (perulangan konsonan n)
Nada
Bersifat romantik kerana menggambarkan kedamaian.
Nilai
1 Keinsafan 3 Kesyukuran
2 Keberanian 4 Kerajinan

100

(5)Masteri BM Tkt 2-Pemahaman Teks(A).indd 100 10/29/21 4:13 PM


Pengajaran
1 Kita mestilah rajin membaca untuk memperoleh ilmu pengetahuan.
2 Kita wajarlah menggembara untuk menambahkan pengalaman dalam kehidupan.
3 Kita haruslah menghayati ciptaan Tuhan untuk melahirkan perasaan bersyukur akan anugerah yang diberi.
4 Kita haruslah menjaga bahasa apabila bertutur kata dengan orang lain.

Roti – Ahmad Syahrul Wahid (Buku Teks hal. 27 – 28)

Maksud
Rangkap 1 Bau keharuman roti yang baru masak di dapur membangkitkan selera penyajak.
Rangkap 2 Penyajak yang sememangnya lapar menanti dan membayangkan keadaan roti yang rangup dan
segar telah terhidang untuk dinikmati.
Rangkap 3 Apabila roti terhidang di depan mata, penyajak makan dengan sungguh berselera sehingga berasa
kenyang dan sendawa.
Rangkap 4 Diri orang yang beriman tidak akan lengkap apabila perutnya kenyang kerana masih ada PT3

Pemahaman Teks
tanggungjawab yang perlu dilakukan terhadap sesetengah manusia yang hidup miskin dan
kelaparan.
Rangkap 5 Jika banyak manusia yang beriman, maka mereka akan bersyukur dengan nikmat Tuhan dan
hidup dalam keadaan yang aman harmoni.
Tema
Tingkah laku manusia yang beriman apabila menghadap rezeki.
Persoalan
1 Persoalan tanggungjawab manusia membantu golongan yang miskin.
2 Persoalan kepentingan bersyukur dengan rezeki yang diberi oleh Tuhan.
3 Persoalan adab-adab ketika menikmati makanan.
4 Persoalan kepentingan iman dalam pembentukan sahsiah diri.
Bentuk
1 Bilangan rangkap – 5 rangkap
2 Bilangan baris – 5 baris setiap rangkap kecuali rangkap pertama 4 baris
3 Bilangan perkataan – 2 hingga 6 patah perkataan
4 Bilangan suku kata – 5 hingga 14 suku kata
5 Rima akhir ialah R1 – abaa, R2 hingga R5 – aaaaa
Gaya Bahasa
1 Hiperbola – nafsu makan pun bergelora, melangit damai rasanya, berkeping-keping menggegar selera
2 Personifikasi – selera kian menggelepar
3 Simile – terhidang umpama permaidani terhampar
4 Metafora – percikan iman
5 Inversi – masih ada beban di bahu mereka
Unsur Bunyi
1 Asonansi – terkecur liur (perulangan vokal u)
2 Aliterasi – rangup dan segar (perulangan konsonan g)
Nada
Bernada didaktik sebagai pengajaran kepada manusia.
Nilai
1 Kesyukuran 4 Keprihatinan
2 Tanggungjawab 5 Kesederhanaan
3 Kesabaran

101

(5)Masteri BM Tkt 2-Pemahaman Teks(A).indd 101 10/29/21 4:13 PM


Pengajaran
1 Kita perlulah bersyukur dengan nikmat Tuhan apabila memberikan rezeki kepada setiap manusia.
2 Kita haruslah bersabar ketika menunggu untuk mendapatkan sesuatu yang diingini.
3 Kita haruslah prihatin dengan nasib orang lain yang kelaparan dan miskin.
4 Kita mestilah mempunyai keimanan yang teguh apabila berhadapan dengan kesusahan.

Kucari Damai di Sini – A. Hamid Jemain (Buku Teks hal. 29)

Maksud
Rangkap 1 Penyajak mencari kedamaian di negaranya yang makmur dan merdeka. Kemerdekaan yang
diperoleh melalui perpaduan sesama kaum berpaksikan nilai-nilai kemanusiaan.
Rangkap 2 Penyajak mencari kedamaian melalui perasaan cinta dan jati diri yang terpahat di dalam hatinya.
Rangkap 3 Di negara ini, rakyat hidup aman dan semoga berkekalan hingga bila-bila agar menjadi kebanggaan
generasi akan datang.
Pemahaman Teks

Tema
Memaparkan keharmonian hidup di tanah air yang merdeka.
Persoalan
PT3 1 Persoalan kemakmuran negara.
2 Persoalan perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat.
3 Persoalan jati diri dalam kalangan rakyat.
4 Persoalan kemerdekaan harus dipelihara.
Bentuk
1 3 rangkap (R1 – 6 baris, R2 – 5 baris, R3 – 4 baris)
2 3 hingga 8 patah perkataan dengan 6 hingga 18 suku kata
3 Rima akhir ialah R1 – abaccc, R2 – aabca, R3 – abbb
Gaya Bahasa
1 Paradoks – antara realiti dan mimpi
2 Hiperbola – membebat perasaan kehidupan
3 Metafora – laman sukma
4 Repitisi – Kucari damai di sini
5 Personifikasi – perasaan kehidupan
Unsur Bunyi
1 Asonansi – menjadi catatan sejarah kebanggaan (perulangan vokal a)
2 Aliterasi – Di sini damainya badai (perulangan konsonan d)
Nada
Bernada patriotik kerana menonjolkan sifat cinta akan negara.
Nilai
1 Kesyukuran
2 Cinta akan tanah air
3 Keinsafan
4 Hormat-menghormati
Pengajaran
1 Kita mestilah berasa bangga kerana mempunyai sebuah negara yang aman dan rakyat hidup harmoni.
2 Kita haruslah mempunyai jati diri yang kukuh sebagai rakyat di negara yang berdaulat.
3 Kita hendaklah menghargai kemerdekaan yang diperoleh hasil usaha generasi dahulu.
4 Kita perlulah hidup hormat-menghormati agar perpaduan terus utuh.

102

(5)Masteri BM Tkt 2-Pemahaman Teks(A).indd 102 10/29/21 4:13 PM


Pada Sekuntum Mawar – Mahwa Mohamed (Buku Teks hal. 30)

Maksud
Rangkap 1 Seseorang ibu pasti akan menangis apabila mengetahui maruah anak gadisnya tercemar.
Rangkap 2 Seorang gadis yang ternoda pasti tidak akan dapat menjalani kehidupan dengan sempurna kerana
merasakan hidupnya tidak bermakna lagi. Segala-galanya telah musnah dan masa depannya
menjadi gelap.
Rangkap 3 Setiap gadis tidak harus menggadaikan maruah diri dalam kehidupan yang mencabar ini sebaliknya
menjaga diri supaya menjadi gadis yang beriman dan dihormati.
Tema
Peringatan kepada anak gadis akan kepentingan menjaga maruah diri.
Persoalan
1 Persoalan ketinggian harga diri seorang gadis. PT3
2 Persoalan kesan-kesan apabila harga diri musnah.

Pemahaman Teks
3 Persoalan kepentingan menjaga maruah diri.
4 Persoalan kesedihan ibu akibat perbuatan anak gadisnya.
Bentuk
1 3 rangkap (R1 – 3 baris, R2 – 6 baris, R3 – 5 baris)
2 2 hingga 6 patah perkataan dengan 5 hingga 14 suku kata
3 Rima akhir – R1 – abb, R2 – abcdee, R3 – abcbd
Gaya Bahasa
1 Metafora – lipatan usia, pintu kehidupan, puncak iman
2 Unsur alam – malam, angin, laut, ombak, mawar, lembah
3 Simile – seperti telah menutup
4 Sinkope – tak
5 Perlambangan – mahkotamu yang merujuk maruah diri
6 Responsi – kematian
Unsur Bunyi
1 Asonansi – bukan melontar harum indahmu (perulangan vokal u)
2 Aliterasi – seperti telah menutup (perulangan konsonan t)
Nada
Melankolik kerana nada sajak bersifat mendayu-dayu.

Nilai
1 Kasih sayang
2 Kesedaran
3 Keimanan
4 Tanggungjawab
Pengajaran
1 Kita mestilah menjaga maruah diri agar tidak tercemar.
2 Kita perlulah menjaga hati ibu agar mereka tidak berasa sedih.
3 Kita hendaklah mengukuhkan keimanan agar tidak tersalah dalam tindakan dan keputusan.
4 Kita haruslah mengelakkan diri daripada terlibat dalam masalah sosial yang boleh memusnahkan diri.

103

(5)Masteri BM Tkt 2-Pemahaman Teks(A).indd 103 10/29/21 4:13 PM


Prosa Tradisional
Pelanduk Mengajar Memerang (Buku Teks hal. 35 – 44)

Sinopsis

Pada zaman Nabi Sulaiman, semua binatang boleh bercakap. Syah Alam di Rimba meninjau kawasan
pemerintahannya dan menemui lubang tempat tinggal memerang. Pada ketika itu, tujuh ekor anak-anak
memerang sedang bermain-main di sekitar lubang tersebut. Syah Alam di Rimba bertanya anak-anak
memerang tentang ibu bapa mereka. Syah Alam di Rimba berasa runsing apabila mengetahui memerang
mencari ikan-ikan untuk makanan mereka. Ikan-ikan pernah mengadu akan perbuatan memerang kepada
Nabi Sulaiman.
Dengan takdir Tuhan, burung berbunyi bersahut-sahutan menyebabkan pelanduk berpencak silat lalu
menyerang anak-anak memerang. Anak-anak memerang itu mengalami kecederaan parah lalu mati.
Pemahaman Teks

Ibu bapa memerang pulang menjelang petang dan mendapati anak-anak mereka sudah mati. Mereka
menemui bekas tapak kaki pelanduk di kawasan tersebut. Keesokan harinya, ibu bapa memerang bertemu
Nabi Sulaiman dan menceritakan perihal mereka yang dianiayai oleh Syah Alam di Rimba.
Syah Alam di Rimba menghadap Nabi Sulaiman dan menceritakan hal sebenar. Dia terdengar Sang Bubut
PT3 berkokok bersahut-sahutan dan memalu gendang perang dengan kuat. Dia menyangkan ada musuh yang
akan datang menyerang lalu membuka silat dan tanpa sedar telah mencederakan anak-anak memerang.
Nabi Sulaiman bertanya sebab Sang Bubut memalu gendang perang tanpa menunggu perintah baginda
terlebih dahulu. Sang Bubut menjelaskan bahawa dia ternampak Sang Biawak berlari-lari dengan membawa
pedang yang telah tercabut. Dia menyangka ada musuh yang hendak menyerang Nabi Sulaiman lalu dia
memalu gendang dengan kuat sekali agar didengari oleh segala hulubalang.
Nabi Sulaiman memerintahkan Sang Unggas memanggil Sang Biawak. Sang Biawak menyatakan
bahawa dia membawa pedang tanpa sarung kerana terlihat Sang Labi-labi membawa perisai. Pada
sangkaannya, ada musuh yang akan menyerang Nabi Sulaiman.
Sang Labi-labi menghadap Nabi Sulaiman. Sang Labi-labi mendakwa bahawa dia berbuat demikian
setelah melihat Sang Udang membawa tombak bercanggah dan menyangka ada musuh yang akan
menyerang Nabi Sulaiman.
Sang Udang pula dipanggil untuk menghadap Nabi Sulaiman. Sang Udang memberikan alasan
bahawa dia ternampak Sang Sebarau berikat pinggang seolah-olah berhadapan dengan masalah besar.
Dia menyangka bahawa ada musuh yang akan menyerang Nabi Sulaiman.
Sang Sebarau menghadap Nabi Sulaiman lalu menerangkan bahawa dia berikat pinggang sehingga
melengkung seperti orang dalam kesusahan kerana dia memang mahu berjumpa Nabi Sulaiman untuk
mengadukan hal dirinya.
Sang Sebarau memberitahu Nabi Sulaiman bahawa Sang Memerang
telah menganiayai kaumnya dan makan anggota keluarga serta
kaum kerabatnya sehingga tinggal dirinya seekor sahaja Sang
Sebarau meminta Nabi Sulaiman berlaku adil
dan menjatuhkan hukuman kepada Sang
Memerang.
Nabi Sulaiman murka dengan Sang
Memerang suami isteri apabila mendengar
aduan Sang Sebarau. Sang Memerang
memohon ampun dan mengakui kesalahan
mereka. Nabi Sulaiman menyatakan bahawa
tindakan Syah Alam di Rimba adalah betul
bagi menebus nyawa anak-anak dan kaum
keluarga Sang Sebarau yang telah dimakan
oleh Sang Memerang.

104

(5)Masteri BM Tkt 2-Pemahaman Teks(A).indd 104 10/29/21 4:13 PM


Tema
Keadilan dalam menjatuhkan hukuman terhadap sesuatu kesalahan.
Persoalan
1 Persoalan kebijaksanaan pemimpin menyelesaikan masalah.
2 Persoalan setiap perbuatan jahat pasti akan mendapat pembalasan.
3 Persoalan kepentingan saksi untuk membuktikan kesalahan.
4 Persoalan tanggungjawab rakyat terhadap pemerintah.
Plot
Permulaan
Syah Alam di Rimba meninjau kawasan pemerintahannya dan menemui lubang tempat tinggal memerang. Syah
Alam di Rimba bertanya anak-anak memerang tentang ibu bapa mereka. Syah Alam di Rimba berasa runsing
apabila mengetahui memerang mencari ikan-ikan untuk makanan mereka.
Perkembangan PT3
Ibu bapa memerang mendapati anak-anak mereka sudah mati. Mereka menemui bekas tapak kaki pelanduk

Pemahaman Teks
di kawasan tersebut. Mereka menemui Nabi Sulaiman dan menceritakan perihal mereka yang dianiayai oleh
Syah Alam di Rimba. Nabi Sulaiman telah memerintahkan Sang Unggas untuk memanggil Syah Alam di Rimba,
Sang Bubut, Sang Biawak, Sang Labi-labi dan Sang Sebarau untuk mengetahui kisah yang sebenarnya.
Klimaks
Sang Sebarau memberitahu Nabi Sulaiman bahawa Sang Memerang telah menganiayai kaumnya dan meminta
Nabi Sulaiman berlaku adil dan menjatuhkan hukuman kepada Sang Memerang. Nabi Sulaiman amat murka
dengan Sang Memerang.

Peleraian
Sang Memerang memohon ampun dan mengakui kesalahan mereka.
Nabi Sulaiman memberikan kemenangan kepada Syah Alam di Rimba.
Teknik Plot
1 Teknik Pemerian
Syah Alam di Rimba pun berjalan segera menghadap Nabi Allah
Sulaiman; selang antara tiada berapa lamanya sampailah lalu duduk
menyembah baginda dengan hormat takzimnya. (hal. 38)
2 Teknik Dialog
Titah baginda, “Hai Sang Udang, yakah engkau mudik ini membawa
tombak bercanggah? Musuh yang mana akan datang?” (hal. 41)
3 Teknik Imbas Kembali
Syah Alam di Rimba pun mengingatkan langkah pertikaman zaman dahulu kala cekak perkelahian. (hal.
36)
4 Teknik Monolog
Fikir Syah Alam di Rimba, “Itulah akan memerang ini, selalu sahaja ia membuat aniaya ke atas ikan-ikan
itu, terlalu runsing hatiku mendengar pengaduannya kepada Nabi Allah Sulaiman; jikalau begitu,
baiklah aku perbuat pakatan pula dengan dia.” (hal. 36)

105

(5)Masteri BM Tkt 2-Pemahaman Teks(A).indd 105 10/29/21 4:13 PM


Watak dan Perwatakan
Nabi Sulaiman

Seorang pemerintah dan rakyat baginda terdiri daripada manusia, jin dan haiwan, mempunyai lima Perdana
Menteri dalam urusan pentadbiran yang bijak, adil dan tegas.

Syah Alam di Rimba

Dilantik sebagai Perdana Menteri, merupakan menteri yang paling masyhur kerana kebijaksanaannya, pandai
bersilat, tanggungjawab dan jujur.

Sang Memerang Suami Isteri

Mempunyai tujuh ekor anak tetapi telah mati, bertanggungjawab, individualistik dan insaf.
Pemahaman Teks

Gaya Bahasa
1 Bahasa Arab – Nabi Allah Sulaiman alaihissalam, Allah Subhanahuwataala, fasal, taalif
2 Bahasa istana – bersemayam, singgahsana, patik, titah, tuanku
3 Bahasa klasik – ayapan (makanan), cerpu (terompah daripada kulit)
PT3
Latar
Latar Tempat
1 Hutan rimba
2 Istana Nabi Sulaiman
3 Lubuk
4 Lubang
Latar Masa
1 Pada zaman dahulu
2 Siang
3 Petang
4 Malam
Latar Masyarakat
1 Masyarakat haiwan yang tinggal di hutan rimba.
2 Masyarakat yang menjatuhkan hukuman dengan adil.
3 Masyarakat yang bijak menyelesaikan masalah.
4 Masyarakat yang insaf akan kesalahan diri.
5 Masyarakat yang jujur menyatakan kebenaran sesuatu peristiwa.
Nilai
1 Kebijaksanaan
2 Keadilan
3 Keinsafan
4 Kejujuran
Pengajaran
1 Kita hendaklah menyiasat terlebih dahulu sesuatu perkara agar tidak tersalah menjatuhkan hukuman.
2 Kita perlulah melindungi pemimpin daripada bahaya agar keselamatan mereka terjamin.
3 Kita haruslah jujur mengakui kesalahan diri agar masalah yang berlaku dapat diselesaikan.
4 Kita mestilah sentiasa bersedia untuk bertindak apabila berhadapan dengan ancaman.
5 Kita mestilah prihatin akan masalah yang berlaku di persekitaran kita.

106

(5)Masteri BM Tkt 2-Pemahaman Teks(A).indd 106 10/29/21 4:13 PM


Cerpen
Banjir di Mata Emak (Buku Teks hal. 51 – 57)

Sinopsis

‘Saya’ ingin mendail nombor rakan tetapi tersalah dail. ‘Saya’ telah mendail nombor mak cik yang
memanggil dirinya ‘emak’. Mak Piah menyangka ‘saya’ ialah anaknya, Nana.
‘Saya’ tidak sempat memberitahu Mak Piah identiti diri apabila talian telefon terputus. ‘Saya’ cuba
menelefon Mak Piah tetapi tidak berjawab.
‘Saya’ pergi ke rumah Mak Piah dengan membawa makanan. Mak Piah menyambut kedatangan
‘saya’ dengan gembira. Mak Piah bercerita tentang anak-anaknya. Nubhan takut akan isterinya manakala
Nana takut akan suaminya. Mak Piah menyangka Nana yang memasak dan menyuruh ‘saya’ menghantar
makanan tersebut. ‘Saya’ terpaksa berbohong dan menanggung dosa hanya kerana mahu melihat Mak PT3
Piah gembira.

Pemahaman Teks
Apabila balik ke rumah, ‘saya’ diserang demam selama lima hari. Setelah sihat, ‘saya’ pergi ke rumah
Mak Piah dan mendapati Mak Piah telah meninggal dunia kerana tergelincir semasa hendak membersihkan
rumah selepas banjir.
Nana dan Nubhan berasa kesal. Nana memberitahu ‘saya’ bahawa dia tidak pernah mengirimkan apa-
apa kepada emaknya dan menelefon Mak Piah kerana Mak Piah mengalami masalah pendengaran. Nana
mengakui kemuliaan hati emaknya kerana sanggup berbohong kepada jiran-jiran bahawa dia mengirimkan
makanan untuknya. Nana meraung dan menyesal atas perbuatan terhadap emaknya selama ini.

Tema
Kerenggangan hubungan antara ibu dengan anak-anak sehingga mengabaikan ibu sendiri.
Persoalan
1 Persoalan anak-anak yang tidak bertanggungjawab.
2 Persoalan keprihatinan terhadap orang yang dalam kesusahan.
3 Persoalan kesan banjir kepada manusia.
4 Persoalan kasih sayang ibu terhadap anak-anak.
5 Persoalan penyesalan dan pembalasan.
Plot
Permulaan
‘Saya’ tersalah dail nombor telefon lalu berbual dengan
Mak Piah yang menyangka bahawa ‘saya’ ialah Nana.
Mak Piah mengadu kesulitannya akibat banjir.
Perkembangan
Saya mengikuti laporan berita tentang banjir. Saya
mendapatkan alamat Mak Piah daripada buku panduan
telefon. Saya menziarahi Mak Piah dan membawa barang-
barang keperluan untuknya termasuklah makanan.
Klimaks
Sekembali dari rumah Mak Piah, saya demam selama lima hari. Selepas sembuh, saya melawat Mak Piah.
Walau bagaimanapun, Mak Piah telah meninggal dunia.
Peleraian
Saya bertemu Nana dan Nubhan. Nana menyesal kerana telah mengabaikan ibunya itu. Nana terharu dengan
kemuliaan hati ibunya yang bercerita perkara-perkara baik tentang diri Nana kepada jiran-jiran.

107

(5)Masteri BM Tkt 2-Pemahaman Teks(A).indd 107 10/29/21 4:13 PM


Teknik Plot
1 Teknik Pemerian
Saya mencari buku panduan telefon. Alhamdulillah, saya selalu mendapat bantuan Allah SWT dalam setiap
usaha. Saya tulis dengan teliti alamat rumah di sisi nombor telefon yang tertera. (hal. 54)
2 Teknik Dialog
“Nana ... “Nana suruh cik ... hantar semua ini? Dia masak sendiri, kan?” (hal. 55)
3 Teknik Imbas Kembali
“Banjir dulu, pindah juga ke pusat pemindahan ... tapi susah. Mak Piah ni kencing kerap, kadang-kadang tak
sempat ke bilik air. ...” (hal. 55)
4 Teknik Monolog
Tiada jawapan. Saya menunggu hingga ke deringan terakhir. Masih juga begitu. Ke mana dia? Mungkinkah
keluar membeli makanan? Dekatkah jauh tempat yang dituju? Rumahnya di mana? Dapatkah dia ke sana?
(hal. 52)
Watak dan Perwatakan
Saya (Penulis)
Pemahaman Teks

1 Anak yatim 4 Bijak


2 Prihatin 5 Penyayang
3 Baik hati

PT3 Mak Piah


1 Mempunyai dua orang anak, iaitu Nana dan Nubhan
2 Kurang pendengaran
3 Penyayang
4 Tabah
5 Tegas
Nana
1 Anak perempuan Mak Piah
2 Takut akan suami
3 Tidak bertanggungjawab
4 Insaf
5 Patuh
Gaya Bahasa
1 Bahasa Arab – zuhur, Alhamdulillah, insya-Allah, arwah
2 Metafora – lukisan ceria, di lembah kepiluan, bungkusan takdir, warna keikhlasan, resipi pembohongan
3 Simile – seperti harga ikan di pasar kami
4 Personifikasi – banjir kali ini telah menelan dua nyawa, rindu yang mencengkam sukma ini, tanda teruja
menyalam perkenalan
5 Peribahasa – isi hati
Latar
Latar Tempat
1 Kampung Mak Piah
2 Rumah saya
3 Rumah Mak Piah
4 Tanah perkuburan
Latar Masa
1 Empat hari empat malam
2 Pada waktu zuhur
3 Lima hari
4 Selepas banjir surut

108

(5)Masteri BM Tkt 2-Pemahaman Teks(A).indd 108 10/29/21 4:13 PM


Latar Masyarakat
1 Masyarakat yang prihatin dengan nasib mangsa banjir.
2 Masyarakat yang tidak menunaikan tanggungjawab sebagai anak.
3 Masyarakat yang sayang akan anak-anak.
4 Masyarakat kampung yang berhadapan dengan banjir.
Nilai
1 Keprihatinan 4 Bertanggungjawab
2 Kasih sayang 5 Tegas
3 Baik hati
Pengajaran
1 Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab kepada ibu bapa supaya tidak menyesal pada kemudian hari.
2 Kita mestilah mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan bertanya khabar atau ziarah-menziarahi.
3 Kita haruslah menjaga nama baik seseorang supaya imej keluarga tidak terjejas.
4 Kita mestilah prihatin dengan mangsa banjir yang menghadapi pelbagai kesukaran semasa banjir. PT3
5 Kita mestilah tegas menyatakan pendirian agar tidak menyusahkan orang lain.

Pemahaman Teks
Talia dan Raksasa Qadqad (Buku Teks hal. 58 – 67)

Sinopsis

Talia dan keluarganya ialah masyarakat orang asli yang tinggal di kawasan pedalaman. Sewaktu
bermain-main sendirian di sempadan huma, Talia telah bertemu dengan seekor makhluk ganjil seperti
seekor katak raksasa yang telah cedera. Talia mengubati makhluk raksasa itu dengan pucuk ulam daun
dalut. Beberapa minggu selepas itu, penduduk kampung heboh memperkatakan tentang pertemuan dengan
katak raksasa tersebut. Penduduk kampung menggelarkan raksasa itu “Raksasa Qadqad”.
Pada suatu hari, adik Talia, iaitu Jini demam panas. Dodo mengajak isterinya menumpang kereta api
ke hospital. Pemandu kereta api, iaitu Sidek telah memberitahu Tuan Binjah bahawa keadaan kacau-bilau
berlaku di kem balak timur berpunca daripada serangan kumpulan katak raksasa. Katak raksasa menyerang
kerana sebatang balak telah menimpa sarang katak raksasa. Mandur kem telah menetak semua katak
raksasa yang terperangkap.
Tiba-tiba, sekumpulan katak raksasa muncul dari hutan. Binjah dan kebanyakan pekerja menyembunyikan
diri dalam sebuah bangunan. Qadqad yang paling dekat dengan keluarga Talia telah melompat atas bahu
Dodo. Haiwan tersebut berkelip-kelip memandang Talia. Qadqad di bahu Dodo melompat turun. Ratusan
katak raksasa yang lain juga berundur mengikuti langkah Qadqad. Binjah hairan kerana keluarga Talia tidak
diserang oleh katak raksasa tersebut.
Binjai melihat ada tanah ungu pada tangan, kuku, kaki dan rambut Talia lalu membuat kesimpulan
bahawa katak raksasa takut akan tanah berwarna ungu. Keluarga Talia dibenarkan menaiki kereta api.
Tiga hari kemudian, Sidek datang menemui keluarga Talia di hospital. Dia memberitahu bahawa Binjah
mahu melombong di Bukit Ungu dan mengarahkan seisi kampung berpindah. Setibanya di kampung,
mereka mendengar pertengkaran antara Binjah dengan Tuk Sibat Binjah membawa jentera berat dan
mengarahkan samseng upahannya membakar sebuah pondok yang terdapat di situ. Penduduk kampung
cuba menghalang tindakan Binjah. Binjah melepaskan dua das tembakan ke arah mereka dan satu
daripadanya menembusi lengan kiri Dodo. Talia menjerit memanggil Raksasa Qadqad.
Beratus-ratus ekor katak raksasa muncul dari hutan lalu menyerang
Binjah dan para pengikutnya. Akhirnya, keadaan kampung Talia kembali
tenang. Qadqad sudah ghaib. Terdapat puluhan mayat manusia dan
bangkai Qadqad yang bergelimpangan. Selepas kejadian itu, Raksasa
Qadqad hilang begitu sahaja. Sejak itu, kisah Talia dan Raksasa Qadqad
terus menjadi buah mulut orang.

109

(5)Masteri BM Tkt 2-Pemahaman Teks(A).indd 109 10/29/21 4:13 PM


Tema
Konflik antara manusia yang berhati mulia dengan manusia yang bersifat tamak.
Persoalan
1 Persoalan kasih sayang dalam keluarga.
2 Persoalan pencerobohan alam untuk keuntungan.
3 Persoalan pembalasan atas sikap baik dan jahat.
4 Persoalan kesusahan hidup masyarakat orang asli.
5 Persoalan persahabatan antara manusia dengan haiwan.
Plot
Permulaan
Talia bertembung dengan katak raksasa yang cedera dan dia telah merawatnya. Talia memberitahu ibu bapanya
tentang peristiwa tersebut, namun mereka tidak percaya.
Perkembangan
Pemahaman Teks

1 Jini jatuh sakit. Keluarga Talia ingin membawanya ke bandar untuk mendapatkan rawatan. Mereka perlu
menaiki kereta api tetapi dihalang oleh Binjah. Sidek memberitahu berita tentang serangan katak raksasa
kepada Binjah.
2 Binjah dan pekerjanya menyembunyikan diri di dalam bangunan. Keluarga Talia tidak sempat melarikan diri.
PT3 Qadqad melihat Talia lalu berundur.
3 Sidek membawa keluarga Talia ke balai polis untuk mengadu perihal Binjah dan pengikutnya yang menyerang
kampung Talia.
Klimaks
Binjah dan pengikutnya telah membawa jentera berat untuk memusnahkan perkampungan orang asli. Tembakan
Binjah telah mengenai bahu Dodo menyebabkan Talia menjerit memanggil nama Raksasa Qadqad.
Peleraian
Ratusan Raksasa Qadqad keluar dari hutan dan menyerang Binjah dan pengikutnya. Binjah terbunuh. Penduduk
kampung orang asli kembali hidup tenang. Selepas peristiwa itu, Raksasa Qadqad terus hilang.
Teknik Plot
1 Teknik Dialog
“Gempal macam disumbat air,” kata salah seorang daripada mereka.
“Besar macam mana?” tanya Tuk Sibat, ketua suku mereka.
“Dua kali kepala kita!” (hal. 60)
2 Teknik Imbas Kembali
... Berdasarkan cerita salah seorang pembalak yang terselamat, pada hari yang sebelumnya, sebatang balak
menimpa sarang makhluk itu. Biarpun tidak cedera teruk, keluarga haiwan itu terperangkap ... (hal. 62)
3 Teknik Pemerian
Dari celah-celah rimbunan hijau yang rebah-rempah itu, Talia merasai sesuatu yang ganjil. Perjalanan mereka
disoroti entah berapa pasang mata hijau kuning. (hal. 65)
4 Teknik Saspens
... Talia memeluk erat bapanya. Jini di dalam bakul tidak bergerak. Qadqad yang paling dekat dengan mereka
melompat lantas mendarat di bahu Dodo. Nyaris Talia terjerit jika tidak kerana isyarat mata dan gelengan
ibunya. Peluh merenik di dahi Dodo yang menanggung berat anaknya berserta makhluk selebar bahunya itu.
(hal. 63)

110

(5)Masteri BM Tkt 2-Pemahaman Teks(A).indd 110 10/29/21 4:13 PM


Watak dan Perwatakan
Talia
1 Seorang kanak-kanak perempuan daripada kaum orang asli, iaitu anak Dodo dan Misa
2 Belas kasihan
3 Berani
4 Jujur
Raksasa Qadqad
1 Menyerupai seekor katak tetapi bersaiz lebih besar, bertaring dan
bertanduk, kakinya berjalur kuning hijau, mempunyai paras rupa yang
garang dan menakutkan, mampu melompat tinggi dan tinggal di hutan.
2 Mengenang budi
3 Hormat
Binjah
1 Ketua pelombong, terkorban apabila Raksasa Qadqad menyerang PT3

Pemahaman Teks
2 Tamak
3 Kejam
4 Penakut
5 Tidak berperikemanusiaan
Gaya Bahasa
1 Simile – Gempal macam disumbat air, bagaikan cincin melingkari gunung, bagaikan bola bertanduk terbang
laju, bagai butir gula dihurungi semut manusia
2 Sinkope – saja, tak
3 Personifikasi – lingkaran reben hijau kuning itu kembali ditelan hutan belantara, jalan ternganga
Latar
Latar Tempat
1 Di kawasan huma 4 Hospital
2 Di kawasan Bukit Ungu 5 Balai polis
3 Di rumah Dodo
Latar Masa
1 Siang 3 Tiga hari
2 Tengah hari
Latar Masyarakat
1 Masyarakat orang asli yang hidup miskin.
2 Masyarakat yang tamak dan kejam.
3 Masyarakat haiwan yang mempertahankan hak mereka.
4 Masyarakat yang menyayangi keluarga.
5 Masyarakat yang berani menghalang kekejaman.
Nilai
1 Kasih sayang 4 Mengenang budi
2 Keberanian 5 Keprihatinan
3 Belas kasihan
Pengajaran
1 Kita haruslah bersimpati dengan semua makhluk apabila ditimpa bahaya atau kesakitan.
2 Kita mestilah menyayangi anggota keluarga dan berusaha untuk mengubati mereka.
3 Kita haruslah berani mempertahankan hak walaupun terpaksa mengorbankan diri sendiri.
4 Kita hendaklah mengenang budi apabila makhluk lain menolong kita ketika susah.
5 Kita perlulah memelihara alam daripada dimusnahkan untuk kesejahteraan hidup sejagat.

111

(5)Masteri BM Tkt 2-Pemahaman Teks(A).indd 111 10/29/21 4:13 PM


Menuai Emas (Buku Teks hal. 68 – 75)

Sinopsis

Alif terkenang akan perbualannya dengan abah tentang warna kuning padi yang seperti emas. Alif
juga terkenang kata-kata emaknya yang selalu mendidiknya tentang makna sabar, bersyukur dan reda. Alif
teringat kembali peristiwa setahun yang lalu apabila dia berbalah dengan beberapa orang pemilik tanah
sawah kerana Alif tidak bersetuju petak sawah itu dijadikan taman perumahan. Kebanyakan pemilik tanah
sawah bersetuju tanah mereka dibangunkan dengan taman perumahan termasuklah Abang Man.
Abang Man memujuk Mak Wan agar menasihati Alif supaya bersetuju melepaskan petak sawahnya
untuk dijual kepada syarikat perumahan. Abang Man berpendapat bahawa adalah mustahil seorang lulusan
universiti dalam bidang ekonomi hendak membuat kerja sendiri kecualilah Alif tidak lulus dalam pelajaran.
Alif bertekad untuk mempertahankan dua petak tanah itu walau dengan apa cara sekalipun. Alif yakin
bahawa dia sendiri sedang melakukan sesuatu yang dinamakan kemajuan, iaitu penanaman padi. Alif
Pemahaman Teks

bersyukur kerana tanaman padinya adalah daripada klon yang akan mengeluarkan hasil yang tinggi.
Alif teringat akan nasihat seorang pegawai pertanian yang meminta Alif agar tidak memandang rendah
terhadap bidang pertanian. Alif sudah mempunyai modal, iaitu petak sawahnya. Alif yakin bahawa dengan
teknologi moden dan kaedah canggih serta terancang, dia akan mampu memajukan penanaman padi.
PT3 Alif teringat akan peristiwa beberapa orang jiran dan Abang Man menyerang rumahnya. Abang Man
menyalahkan Alif kerana projek perumahan itu telah dibatalkan. Alif meminta restu daripada semua pemilik
tanah untuk menjadikan petak-petak sawah itu sebagai estet padi.
Projek estet padi mini yang berkeluasan 58 609 hektar dengan penglibatan 15 orang tuan tanah itu
kini menampakkan hasil. Usaha Alif yang berbudi kepada tanah mula berjaya dan Alif tetap bersabar untuk
menuai emas pada hari esok.

Tema
Sikap bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran.
Persoalan
1 Persoalan kemajuan dalam bidang pertanian.
2 Persoalan kebijaksanaan membuat pertimbangan.
3 Persoalan kesan pembangunan kepada sesetengah kawasan.
4 Persoalan keteguhan pendirian membuahkan kejayaan.
5 Persoalan muafakat mencapai kata sepakat.
Plot
Permulaan
Alif melihat sawahnya yang menguning. Alif teringat akan perbualannya
dengan ayah dan kata-kata nasihat ibunya.
Perkembangan
Alif teringat akan sikap beberapa orang penduduk kampung
termasuk Abang Man kerana dia tidak mahu menjual petak
sawahnya untuk projek perumahan. Abang Man memandang
sinis pendirian Alif dan menganggap Alif gagal dalam pelajaran.
Klimaks
Abang Man dan beberapa orang jiran datang ke rumah Alif dan
menyalahkan Alif atas pembatalan projek perumahan. Alif
mengakui bahawa semuanya itu berlaku kerana Tuhan telah
memakbulkan doanya agar projek tersebut dibatalkan.

112

(5)Masteri BM Tkt 2-Pemahaman Teks(A).indd 112 10/29/21 4:13 PM


Peleraian
Projek estet padi seluas 58 609 hektar dengan penglibatan 15 orang tuan tanah telah menampakkan hasil apabila
padi mulai menguning. Alif tidak sabar menanti hari esok untuk menuai emas.
Teknik Plot
1 Teknik Pemerian
Alif masih di petak emas, berembun pada pagi yang masih dingin ... (hal. 72)
2 Teknik Dialog
“Siapa kata mak suruh lepaskan?” Emak menjegil. (hal. 71)
3 Teknik Imbas Kembali
... Dia cuba memutar pita ingatan semula. Lebih setahun lalu, ... (hal 69)
4 Teknik Monolog Dalaman
... Terima kasih yang tidak terkimah, emak, kerana selalu mendidik anakmu ini akan makna syukur, sabar dan
reda (hal. 68).
Watak dan Perwatakan PT3
Alif

Pemahaman Teks
1 Graduan ekonomi daripada universiti tempatan, anak yatim, tinggal bersama-sama emaknya, iaitu Mak Wan
2 Gigih
3 Sabar
4 Penyayang
5 Berwawasan
6 Berani
Mak Wan
1 Emak Alif, telah kematian suami 3 Penyayang
2 Sabar
Abang Man
1 Salah seorang penduduk kampung, 2 Pemarah
umurnya lebih tua daripada Alif 3 Curiga
Gaya Bahasa
1 Bahasa Arab – Alhamdulillah, Insya-Allah, Allah
2 Metafora – pita ingatan, pisau kata-kata, ufuk batin
3 Simile – hati yang terasa seperti mahu luruh, bagaikan disua bahang api, semacam memberi isyarat
4 Personifikasi – petak emas ini membuak dengan rasa geram, dalam dingin yang mencengkam, petak-petak
yang telah menyajikan uji semangat leluhurnya
5 Peribahasa – tersenyum-senyum kambing, kata putus, naik angin, bendera putih
Latar
Latar Tempat
1 Petak bendang
2 Anjung rumah Mak Wan
3 Petak-petak sawah di Seberang Perak
Latar Masa
1 Pagi
2 Setahun yang lalu
Latar Masyarakat
1 Masyarakat yang gigih berusaha.
2 Masyarakat yang bekerja sebagai petani.
3 Masyarakat yang mencurigai orang lain.
4 Masyarakat yang mempunyai ilmu pengetahuan.
5 Masyarakat yang berwawasan.

113

(5)Masteri BM Tkt 2-Pemahaman Teks(A).indd 113 10/29/21 4:13 PM


Nilai
1 Kegigihan
2 Kesabaran
3 Keberanian
4 Kasih sayang
5 Ketegasan
Pengajaran
1 Kita haruslah bersabar dalam menempuhi pelbagai halangan dan cabaran dalam hidup.
2 Kita mestilah menghargai usaha generasi muda yang ingin melibatkan diri dalam bidang pertanian.
3 Kita perlulah mempunyai wawasan dalam hidup dan berusaha untuk merealisasikan wawasan itu.
4 Kita perlulah mempertahankan hak keluarga supaya tidak tergadai kepada orang lain.
5 Kita hendaklah berbincang sesuatu perkara dengan baik agar tidak menimbulkan perselisihan.

Drama
Pemahaman Teks

Mahkamah (Buku Teks hal. 81)

Sinopsis
PT3
Satu perbicaraan telah berlangsung di sebuah mahkamah. Tertuduh I, iaitu Bulat bin Leper didakwa
telah menyebabkan kematian seorang nenek yang berusia 99 tahun. Tertuduh I tidak mengaku bersalah.
Kes Tertuduh II pula dibicarakan. Tertuduh II tidak pandai bahasa Melayu. Seisi mahkamah ketawa
apabila Tertuduh II mengangkat sumpah dalam bahasa yang tidak difahami.

Tema
Memaparkan perbicaraan kes rekaan yang melibatkan dua kes.
Persoalan
1 Persoalan keadilan memutuskan kes.
2 Persoalan isu bahasa Melayu.
3 Persoalan kemampuan membayar kos guaman.
4 Persoalan kesedaran sivik.
Plot
Permulaan
Hakim masuk ke ruang mahkamah. Tertuduh I mengangkat sumpah.
Pertuduhan mula dibacakan tetapi Tertuduh I tidak diwakili oleh peguam.
Perkembangan
Tertuduh I telah dituduh kerana menyebabkan kematian Mek Teh binti Jali berumur 99 tahun di Taman Gagak Putih.
Pendakwa raya dan peguam bela saling berbalas hujan tentang kes Tertuduh I. Akhirnya, Hakim memutuskan
Bulat bin Leper tidak bersalah.
Klimaks
Kes Tertuduh II, iaitu Akinomoto dibacakan. Akinomoto telah dituduh mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan
Malaysia dari stor JKK Ulu Dungun. Setelah pendakwa raya menerangkan maksud istilah beruk subsidi dalam
bahasa Melayu, Akinomoto mengakui kesalahannya.
Peleraian
Hakim memerintahkan Akinomoto supaya memelihara ibu beruk itu sehingga selamat melahirkan anak.
Akinomoto perlu menjaga anak beruk itu sehingga umur baligh dan dia dipaksa memanjat pokok kelapa dengan
menjadikan anak beruk itu sebagai tuannya.

114

(5)Masteri BM Tkt 2-Pemahaman Teks(A).indd 114 10/29/21 4:13 PM


Teknik Plot
1 Teknik Dialog
TERTUDUH II: Fakahaka cikikiki.
PENTERJEMAH: Adapun Akinomoto itu berkata, bahawa dia faham sikit-sikit, tuan. (hal. 95)
2 Teknik Pemerian
TERTUDUH I keluar. Sementara itu, HAKIM, PEGAWAI, PENDAKWA RAYA dan PEGUAM BELA berehat
dengan aksi masing-masing. Kemudian, PEGUAM BELA keluar. Muzik selingan dikumandangkan. (hal. 91)
Watak dan Perwatakan
Hakim
1 Gemar menonton rancangan gusti, 2 Adil
gemar makan pisang, colek kelubi 3 Amanah
Tertuduh I
1 Bernama Bulat bin Leper, miskin, 2 Berani
dituduh menyebabkan kematian 3 Jujur PT3
seorang perempuan tua 4 Bertangggungjawab

Pemahaman Teks
Tertuduh II
1 Bernama Akinomoto, tidak memahami 2 Prihatin
bahasa Inggeris, dituduh mencuri beruk 3 Jujur
subsidi
Gaya Bahasa
1 Bahasa Inggeris – is a subsidy, 3 Simpulan bahasa – masuk akal
Well done ... well done 4 Sinkope – tak, nak, sikit, tau
2 Bahasa Arab – wassalam
Latar
Latar Tempat
1 Mahkamah 3 Stor JKK Ulu Dungun
2 Taman Gagak Putih
Latar Masa
1 Pagi 4 1 minit
2 10 Januari 1988 5 2 minit
3 20 Mac 1988
Latar Masyarakat
1 Masyarakat yang bijak dan berintelektual. 4 Masyarakat yang mencintai bahasa Melayu.
2 Masyarakat yang adil menjatuhkan hukuman. 5 Masyarakat yang teguh dengan pendirian.
3 Masyarakat yang mempunyai kesedaran sivik.
Nilai
1 Ketegasan 4 Kejujuran
2 Keprihatinan 5 Baik hati
3 Keadilan
Pengajaran
1 Kita mestilah mematuhi peraturan dan undang-undang agar dapat mengelakkan diri daripada melakukan
kesalahan.
2 Kita perlulah menjaga kebersihan alam sekitar dengan membuang sampah sarap ke dalam tong sampah
yang disediakan.
3 Kita haruslah menggunakan bahasa Melayu agar bahasa Melayu dapat dimartabatkan semula.
4 Kita mestilah menjatuhkan hukuman dengan adil agar keputusan yang baik dapat dicapai.
5 Kita perlulah insaf setelah melakukan kesalahan dan berazam tidak akan mengulangi kesalahan tersebut.

115

(5)Masteri BM Tkt 2-Pemahaman Teks(A).indd 115 10/29/21 4:13 PM


Praktis Berformat PT3
Praktis 1

Baca pantun di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pantun Alam Remaja


Elok rupanya kumbang jati, Hanyut batang berlilit kumpai,
   Dibawa itik pulang petang;    Terdampar di ujung Tanjung Jati;
Tidak terkatakan besar hati, Bonda pulang bapa pun sampai,
   Melihat ibu sudah pulang.    Kita semua berbesar hati.
Pemahaman Teks

Dibawa itik pulang petang, Ramai orang bersorak-sorak,


   Dapat di rumput bilang-bilang;    Menepuk gendang dengan rebana;
Melihat ibu sudah pulang, Alang besarnya hati awak,
   Hati cemas menjadi hilang.    Mendapat baju dengan celana.
PT3 Ayam kinantan terbang mengekas, Mahulah kami hendak melapun,
   Hinggap di ranting bilang-bilang;    Lapun dibawa orang menjaja;
Melihat bonda pulang lekas, Jangan marah kami berpantun,
   Hatiku besar bukan kepalang.    Budak kecil biasa manja.
Kita menari keluar bilik,
Dipetik daripada
   Sebarang tari kita tarikan;
antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2
Kita menyanyi adik-beradik,
Kementerian Pendidikan Malaysia
   Sebarang nyanyi kita nyanyikan.

1 Maksud rangkap kedua dalam Pantun Alam C bertanggungjawab.


Remaja ialah D hormat-menghormati.
A perasaan cemas apabila melihat kepulangan
ibu. 4 Yang manakah merupakan persoalan dalam
B perasaan sedih dan dukacita apabila melihat Pantun Alam Remaja?
kepulangan ibu. A Persoalan kasih sayang ibu bapa terhadap
C perasaan girang dan gembira apabila melihat anak.
kepulangan ibu. B Persoalan ketabahan dalam menghadapi
D perasaan cemas menjadi hilang apabila dugaan hidup.
melihat kepulangan ibu. C Persoalan keperitan hidup yang dialami oleh
seorang remaja.
Bonda pulang bapa pun sampai, D Persoalan kesungguhan seorang remaja
Kita semua berbesar hati. dalam mengejar kejayaan hidup.

2 Merujuk baris-baris pantun di atas, apakah yang 5 Antara yang berikut, yang manakah bukan cara
dimaksudkan dengan berbesar hati? untuk membalas jasa ibu bapa? KBAT Menganalisis
A Sedih C Gembira A Kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan
B Bangga D Dukacita ibu bapa.
B Kita perlu tinggal berasingan dengan ibu
3 Yang berikut merupakan nilai yang terdapat
bapa apabila sudah dewasa nanti.
dalam Pantun Alam Remaja, kecuali
C Kita perlu menghormati dan mendengar
A ketabahan.
nasihat yang diberikan oleh ibu bapa.
B kasih sayang.
D Kita perlu tekun belajar dan mencapai
kejayaan akademik yang membanggakan.

116

(5)Masteri BM Tkt 2-Pemahaman Teks(B).indd 116 11/2/21 5:05 PM


Praktis 2

Baca pantun di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pantun Kiasan

Tikar pucuk tikar mengkuang, Sangkut terendak dekat beranda,


Alas nikah raja Melayu; Orang Papua anyam tak sudah;
Ikan busuk jangan dibuang, Jika tiada ada berita,
Buat perencah si daun kayu. Masakan tempua bersarang rendah.

Buah bacang masak serangkai, Bunga geti bergulai temenung,


Burung dekut meniti batang; Di hari raya memakan tapai;
Saya dagang tidak terpakai, Hajat hati nak peluk gunung,
PT3
Macam melukut di tepi gantang. Apakan daya tangan tak sampai.

Pemahaman Teks
Tebang gelam tebang kenanga, Suasa bertahil emas berbungkal,
Batangnya tumbang menimpa gedung; Tetapi intan tiada sesaga;
Kumbang mengidam nak seri bunga, Kalau kail panjang sejengkal,
Bunga kembang di puncak gunung. Usah lautan hendak diduga.

Pokok terap tumbuh di bukit, Dang Nila memangku puan,


Belat berbanjar panjang ke hulu; Berembang buah pedada;
Jangan diharap guruh di langit, Adakah gila bagimu tuan,
Kilat memancar hujan tak lalu. Burung terbang dipipiskan lada.

Limau Bentan di tepi tingkap, Hari hujan puyuh mendengut,


Budak-budak melempar burung; Mendengut mari sepanjang jalan;
Harimau di hutan lagi kutangkap, Air dalam kapar tak hanyut,
Kononlah pulak cicak mengkarung. Kononlah pula kemarau panjang.

Air surut memungut bayam, Berilah saya pisau raut,


Sayur diisi ke dalam kantung; Hendak meraut bingkai tudung;
Jangan diikut resmi ayam, Gila apakah ikan di laut,
Bertelur sebiji riuh sekampung. Mengidamkan umpan di kaki gunung.

Anak punai anak merbah, Laksana gadis Menteri Bogor,


Hinggap di tonggak mencari sarang; Bijak membilang ayam betina;
Anak sungai lagi berubah, Nyawa menangis di pintu kubur,
Inikan pula hatinya orang. Hendak pulang ke dalam dunia.

Rotan siput rotan berlingkar, Hilir berderap mudik berderap,


Anak itik patah kakinya; Patah galah haluan perahu;
Hujan ribut gunung terbakar, Sungguh laksana bunga dedap,
Embun setitik padam apinya. Cantik merah tidak berbau.

Raut bilah pembatang taut, Dipetik daripada


Kail berada dalam raga; antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2
Tidak sudah seluang melaut, Kementerian Pendidikan Malaysia
Akhirnya balik ke tepi juga.

117

(5)Masteri BM Tkt 2-Pemahaman Teks(B).indd 117 11/2/21 5:05 PM


1 Maksud rangkap ketiga dalam Pantun Kiasan B Jangan berputus asa apabila menghadapi
ialah rintangan dalam kehidupan.
A orang yang merantau tidak dapat membantu C Jangan mudah berpuas hati dengan kejayaan
orang lain. kecil yang dicapai dalam kehidupan.
B impian seseorang yang tidak sepadan D Jangan membesar-besarkan perkara kecil
dengan kemampuan diri sendiri. yang telah dilakukan kepada orang lain.
C pendirian seseorang mudah berubah dari
semasa ke semasa. 4 Yang berikut merupakan pengajaran dalam
D hasrat seseorang yang telah tercapai berkat Pantun Kiasan, kecuali
kesungguhannya. A kita hendaklah berbudi bahasa pada setiap
masa.
2 Berikut ialah nilai yang terdapat dalam Pantun B kita mestilah memelihara dan memulihara
Kiasan, kecuali alam sekitar.
A keinsafan. C kita mestilah sentiasa bersabar ketika
B kesabaran. menghadapi dugaan.
C berjimat cermat. D kita perlulah mengamalkan kitar semula
Pemahaman Teks

D cinta akan alam sekitar. untuk mengelakkan pembaziran.

Jangan diikut resmi ayam, 5 Nada yang digunakan dalam pantun ini ialah
   Bertelur sebiji riuh sekampung. A sinis.
PT3 B patriotik.
3 Apakah perkara yang dimaksudkan dalam baris-
C romantik.
baris pantun di atas?
D melankolik.
A Jangan mengambil kejayaan orang lain
sebagai kejayaan diri sendiri.

Praktis 3

Baca pantun di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pantun Budi
Tenang-tenang air di laut, Anak beruk di tepi pantai,
   Sampan kolek mudik ke tanjung;    Pandai melompat pandai berlari;
Hati terkenang mulut menyebut, Biar buruk kain dipakai,
   Budi yang baik rasa nak junjung.    Asal hidup pandai berbudi.

Yang kurik kundi, Tingkap papan kayu bersegi,


   Yang merah saga;    Sampan sakat di Pulau Angsa;
Yang baik budi, Indah tampan kerana budi,
   Yang indah bahasa.    Tinggi bangsa kerana bahasa.

Bunga melati bunga di darat, Padang Temu padang baiduri,


   Bunga seroja di tepi kali;    Tempat raja membangun kota;
Hina besi kerana karat, Bijak bertemu dengan jauhari,
   Hina manusia tidak berbudi.    Bagai cincin dengan permata.

Bunga cina di atas batu, Dipetik daripada


   Jatuh daunnya ke dalam ruang; antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2
Adat dunia memang begitu, Kementerian Pendidikan Malaysia
   Sebab emas budi terbuang.

118

(5)Masteri BM Tkt 2-Pemahaman Teks(B).indd 118 11/2/21 5:05 PM


1 Apakah maksud rangkap pertama dalam Pantun
Budi yang baik rasa nak junjung.
Budi?
A Orang yang tidak berbudi bahasa akan dihina 3 Apakah unsur gaya bahasa yang terdapat dalam
oleh masyarakat. baris pantun di atas?
B Yang indah dan baik ialah budi bahasa A Simile C Metafora
seseorang dan bukannya paras rupa. B Sinkope D Personifikasi
C Budi baik yang dilakukan oleh seseorang
akan dikenang oleh orang sampai bila-bila. 4 Apakah nilai yang terdapat dalam rangkap
D Budi baik yang dilakukan oleh seseorang kelima?
harus dibalas dengan ganjaran yang A Nilai keberanian
lumayan. B Nilai budi bahasa
C Nilai tolong-menolong
2 Yang berikut merupakan pengajaran yang D Nilai bertanggungjawab
terdapat dalam pantun ini, kecuali
A kita mestilah berbudi bahasa dalam 5 Perkara-perkara berikut telah dinyatakan dalam
kehidupan. PT3
rangkap keenam dalam Pantun Budi, kecuali

Pemahaman Teks
B kita hendaklah menghargai ilmu pengetahuan A orang yang berbudi akan dipandang mulia
yang dipelajari. oleh masyarakat.
C kita hendaklah bersikap rasional apabila B orang yang berilmu pengetahuan akan
melakukan sesuatu perkara. disegani oleh masyarakat.
D kita hendaklah sentiasa berbuat baik kepada C orang yang melakukan kebaikan akan
orang lain dalam kehidupan. dihormati oleh masyarakat.
D martabat sesuatu bangsa akan meningkat
sekiranya bangsa itu berbudi bahasa.

Praktis 4

Baca pantun di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pantun Nasihat
Tanam balik buah peria, Hangus bertih berwarna merah,
Buah peria mahal sekali; Mari dituang ke dalam kain;
Buat baik berpada-pada, Suami yang letih usah dimarah,
Buat jahat jangan sekali. Kelak terbang ke bunga lain.

Ketua-ketua raja duduk, Anak Cina membawa surat,


Jangan ditimpa papan; Dari Perak langsung ke Deli;
Diketahui ganja itu mabuk, Hidup di dunia biar beradat,
Apakah sebab maka dimakan? Bahasa tidak dijual beli.

Meninjau berpadi masak, Pisang kelat digonggong helang,


Batang kapas bertimbal jalan; Jatuh ke Lubuk Inderagiri;
Hati risau dibawa gelak, Jikalau berdagang ke rantau orang,
Bagai panas mengandung hujan. Baik-baik membawa diri.

Pulau di balik Pulau Gosong, Dipetik daripada


Pandan di Jawa diranggungkan; antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2
Jangan kata terdorong-dorong, Kementerian Pendidikan Malaysia
Badan dan nyawa menanggungkan.

119

(5)Masteri BM Tkt 2-Pemahaman Teks(B).indd 119 11/2/21 5:05 PM


1 Apakah maksud rangkap ketiga dalam Pantun
Bagai panas mengandung hujan
Nasihat?
A Kita perlu menjauhkan diri daripada orang
3 Apakah unsur gaya bahasa yang terdapat dalam
yang mudah risau.
baris pantun di atas?
B Hati akan menjadi risau apabila sentiasa
A Simile
digelak orang ramai.
B Sinkope
C Kita perlu menghiburkan hati supaya dapat
C Metafora
mengurangkan hati yang risau.
D Personifikasi
D Perasaan risau dalam diri kita harus dipendam
agar tidak menjejaskan perasaan orang lain.
4 Nilai berikut terdapat dalam Pantun Nasihat,
kecuali
2 Berdasarkan rangkap ketujuh, apakah perkara
A nilai harga diri.
yang perlu kita lakukan apabila berhijrah
B nilai keberanian.
ke tempat lain?
C nilai berbudi bahasa.
A Kita perlu bijak mencari kawan yang boleh
D nilai cinta akan keluarga.
membantu kita.
Pemahaman Teks

B Kita perlu bijak menyesuaikan diri dan


5 Yang berikut merupakan kesan negatif sekiranya
sentiasa berhati-hati.
warisan budaya yang ditinggalkan oleh nenek
C Kita perlu mengadakan hubungan yang baik
moyang kita tidak dipelihara dengan baik, kecuali
dengan orang asing.
PT3 KBAT Menganalisis
D Kita perlu membawa bekalan keperluan yang
A identiti negara akan terjejas.
mencukupi.
B generasi muda tidak dapat mengenali asal
usul sendiri.
C negara akan mengalami kerugian yang besar
dari segi kewangan.
D generasi muda tidak berpeluang menghayati
keindahan warisan budaya di negara kita.

Praktis 5

Baca pantun di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pantun Kasih Sayang


Buah mengkudu kusangka kandis, Jalan-jalan sepanjang jalan,
Kandis terletak dalam puan; Singgah-menyinggah di pagar orang;
Gula madu kusangka manis, Pura-pura mencari ayam,
Manis lagi senyuman tuan. Ekor mata di anak orang.

Asap api di Tanjung Tuan, Bila masa dipanggil maut,


Kuala Linggi bakaunya rendah; Cinta tidak berharga lagi;
Harap hati kepada tuan, Asam di darat ikan di laut,
Langit tinggi kupandang rendah. Sampai masa berjumpa lagi.

Anak udang meniti batang, Dipetik daripada


Berasa dahan terlampai; antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2
Melihat bulan dipagar bintang, Kementerian Pendidikan Malaysia
Bagaikan rasa hendak dicapai.

120

(5)Masteri BM Tkt 2-Pemahaman Teks(B).indd 120 11/2/21 5:05 PM


1 Apakah maksud bagi rangkap ketiga dalam C Tujuh suku kata
Pantun Kasih Sayang? D Sebelas suku kata
A Senyuman seseorang yang menawan hati.
B Seorang lelaki yang memerhatikan anak 4 Yang berikut merupakan persoalan yang terdapat
gadis orang. dalam Pantun Kasih Sayang, kecuali
C Gadis yang cantik selalu menjadi idaman A persoalan pertemuan manusia yang
setiap lelaki. menyayangi antara satu sama lain.
D Harapan yang tinggi kepada seseorang untuk B persoalan senyuman yang boleh menceriakan
mencapai cita-citanya. seseorang.
C persoalan ketabahan seseorang dalam
mengharungi cabaran hidup.
Langit tinggi kupandang rendah
D persoalan kecantikan gadis yang menjadi
2 Apakah unsur gaya bahasa yang terdapat dalam idaman setiap jejaka.
baris pantun di atas?
A Aliterasi 5 Yang berikut merupakan pengajaran yang
terdapat dalam Pantun Kasih Sayang, kecuali PT3
B Metafora

Pemahaman Teks
C Asonansi A kita mestilah berbudi bahasa dalam
D Personifikasi kehidupan seharian.
B kita mestilah sentiasa senyum sebagai tanda
sopan dan kemesraan kepada orang lain.
Anak udang meniti batang C kita mestilah saling menyayangi dalam
3 Berapakah jumlah suku kata bagi baris pantun kehidupan.
di atas? D kita haruslah berani dalam mendepani
A Sepuluh suku kata cabaran yang sedang menunggu kita.
B Sembilan suku kata

Praktis 6

Baca syair di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Syair Nasihat
Penghujung Thamarat al-Muhimmah
Tamatlah kitab dikarang orang, Kerja kebajikan janganlah malas,
akalnya pendek ilmunya kurang, zahir dan batin janganlah culas,
daripada sangat hajatku gerang, jernihkan hati hendaklah ikhlas,
diperbuat juga sebarang-barang. seperti air di dalam gelas.

Melepaskan hati yang terbuku, Menuntut ilmu janganlah segan,


pengajaran kepada sekalian anakku, ilmu yang benar jangan yang bukan,
mudah-mudahan betul tingkah dan laku, iaitu ilmu yang kebajikan,
perangai yang baik biar terpaku. di kitab ini sudah disebutkan.

Dengarkan tuan ayahanda berperi, Hendaklah anakanda mengaji selalu,


kepada anakanda muda bestari, dari yang lain lebihkan dulu,
nasihat kebajikan ayahanda beri, had syarak janganlah dilalu,
amalkan jangan malas dan ngeri. tidaklah anakanda beroleh malu.

Ayuhai anakanda muda remaja, Segala perbuatan dengan berilmu,


jika anakanda menjadi raja, maka kebajikan boleh bertemu,
hati yang betul hendaklah disahaja, jika sebarang-barang diramu,
serta rajin pada bekerja. akhirnya anakanda jatuh tersemu.

121

(5)Masteri BM Tkt 2-Pemahaman Teks(B).indd 121 11/2/21 5:05 PM


Ilmu itu benar faedahnya, Terkadang dihukumkan dengan biladah,
membezakan hak dengan batilnya, bukannya syarak bukannya ‘adah,
mengetahui rakyat benar salahnya, ambil lekas jalan yang mudah,
supaya dihukumkan dengan adilnya. supaya jangan berhati gundah.

Jika ilmu tidak diendah, Jika demikian apa jadinya,


sebab anakanda capak permudah, hukum tak betul dengan jalannya,
rakyat datang membawa gundah, di hadapan majlis diterimanya,
anakanda tercengang tunduk tengadah. di belakang kelak diumpatnya.

Hendak menghukumkan tiada tahu, Jika yang benar kita hukumkan,


hendak diam hati tak mahu, di belakang jangan kita hiraukan,
berpeluk tubuh tangan ke bahu, umpat dan puji kita biarkan,
mengeluh mengucap mengata Allahu. kepada Allah kita syaksikan.
Pemahaman Teks

Terkadang duduk mendiamkan diri, Fasal 1


sepatah tidak mengeluarkan peri, Jika anakanda jadi menteri,
penat duduk bangkit berdiri, orang berilmu anakanda hampiri,
lalu masuk ke dalam puri. lawan mesyuarat lawan berperi,
PT3 supaya pekerjaan jadi ugahari.
Orang berdakwa duduk menanti,
serta dengan bersakit hati, Hendaklah periksa adabnya wazir,
hairan takjub tidak mengerti, di dalam kitab sudah terukir,
sebab bicaranya belum pasti. hendaklah jauhkan pekerjaan mungkir,
supaya jangan jadi tergelincir.

Dipetik daripada
antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2
Kementerian Pendidikan Malaysia

1 Maksud rangkap ketiga dalam Syair Nasihat ialah C rima akhir setiap rangkap ialah aaaa.
A generasi muda perlu rajin menuntut ilmu. D setiap rangkap mempunyai empat baris.
B generasi muda perlu sentiasa membuat kerja
amal.
Seperti air di dalam gelas
C generasi muda perlu rajin berusaha dalam
kehidupan. 4 Apakah unsur gaya bahasa yang terdapat dalam
D generasi muda perlu patuh akan nasihat yang baris syair di atas?
disampaikan kepada mereka. A Simile
B Metafora
2 Berdasarkan rangkap kesepuluh, apakah yang C Hiperbola
akan terjadi sekiranya pemimpin tidak menuntut D Personifikasi
ilmu?
A Akan ditolak oleh rakyat. 5 Yang berikut merupakan nilai yang terdapat
B Pembangunan negara akan terjejas. dalam Syair Nasihat, kecuali
C Rakyat akan hidup dalam kesusahan. A nilai kerajinan.
D Negara berada dalam keadaan huru-hara. B nilai keberanian.
C nilai kebijaksanaan.
3 Yang berikut merupakan bentuk Syair Nasihat, D nilai tanggungjawab.
kecuali
A berbentuk terikat.
B terdiri daripada dua belas rangkap.

122

(5)Masteri BM Tkt 2-Pemahaman Teks(B).indd 122 11/2/21 5:05 PM


Praktis 7

Baca sajak di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Dalam Persekitaran Kata-kata


“Dia mencipta manusia. \Kata-kata yang berselerakan
Mengajarnya pandai berbicara.” langit, bumi, laut, gunung,
(Al-Quran, 55:3-4) awan, hujan dan pohon,
adalah persekitaran.
Engkau beri kami kata-kata
dan akal untuk mengucapkannya. Seperti kami memetik buah-buahan
Kami pindahkan makna, kami sunting istilah iman,
dari tempat ke tempat, daripada kitab-kitab silam,
dari zaman ke zaman. mentakrif tanda alam, PT3

Pemahaman Teks
dan menjernihkan tafsiran.
Engkau jadikan kami bangsa
berkulit sawo matang. Kata-kata mengembangkan pengalaman,
Belayar di samudera jauh terbentang di semesta alam,
menjelajah pulau-pulau, dan berlabuh memaknakan kewujudan.
di pantai-pantai semenanjung.
BAHA ZAIN
Dipetik daripada
antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2
Kementerian Pendidikan Malaysia

1 Berdasarkan rangkap kedua dalam sajak Dalam A Simile


Persekitaran Kata-kata, apakah tujuan Allah SWT B Sinkope
mengurniakan akal pemikiran kepada manusia? C Repetisi
A Untuk menggalakkan manusia berani D Responsi
mengembara jauh.
B Untuk menjadi seorang yang lebih cekap dan 4 Yang berikut merupakan nilai yang terdapat dalam
mahir berbahasa. sajak Dalam Persekitaran Kata-kata, kecuali
C Untuk membolehkan manusia meneroka A nilai kegigihan.
lebih banyak bidang ilmu yang lain. B nilai keberanian.
D Untuk menyampaikan makna melalui setiap C nilai kasih sayang.
susunan kata yang keluar dari mulut mengikut D nilai kebijaksanaan.
kesesuaian kedudukan dan masa.
5 Antara berikut, yang manakah persoalan yang
2 Rima akhir bagi rangkap kelima dalam sajak terdapat dalam rangkap kedua sajak ini?
Dalam Persekitaran Kata-kata ialah A Persoalan keberanian mendepani cabaran
A abc. hidup.
B aaa. B Persoalan kegigihan belajar untuk mendapat
C aba. ilmu pengetahuan yang luas.
D aab. C Persoalan kesantunan berbahasa haruslah
dipelihara mengikut kesesuaian masa dan
tempat.
dari tempat ke tempat,
D Persoalan bahasa merupakan alat pertuturan
3 Apakah unsur gaya bahasa yang terdapat dalam yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada
baris puisi di atas? umat-Nya.

123

(5)Masteri BM Tkt 2-Pemahaman Teks(B).indd 123 11/2/21 5:05 PM


Praktis 8

Baca sajak di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Roti
Dari cerobong dapur Bagi pemilik iman di dada
asap berjelaga berkepul sendawa itu tidak sempurna
terkecur liur masih ada beban di bahu mereka
harum berbau juadah tersohor. warga miskin belum terbela
masih merintih lapar dahaga.
Perut yang lapar
selera kian menggelepar Bila begitu selamanya
menanti roti dibakar kalimah syukur pun jelas tertera
rangup dan segar di hati sanubari warga dunia
Pemahaman Teks

terhidang seumpama permaidani terhampar. melangit damai dirasa


percikan iman segar berwarna.
Kala roti di depan mata
nafsu makan pun bergelora
AHMAD SYAHRUL WAHID
berkeping-keping menggegar selera
PT3 perut pun kenyang terasa Dipetik daripada
tenang bersendawa. antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2
Kementerian Pendidikan Malaysia

1 Maksud rangkap pertama dalam sajak Roti ialah 4 Antara berikut, yang manakah perkara yang
A roti yang segar dan rangup sedang dinanti- dinyatakan oleh rangkap keempat dalam sajak
nantikan apabila siap dibakar. Roti?
B keharuman kuih terkenal yang sedang A Fakir miskin yang kelaparan perlu kebajikan.
diproses menyebabkan keinginan makan B Fakir miskin perlu berusaha mendapatkan
yang melampau. bekalan makanan dan minuman.
C bunyi sendawa setelah makan roti C Insan yang kuat imannya sedang mengadu
menunjukkan tanda seseorang kekenyangan. kelaparan kerana hidup dalam keadaan daif.
D kesyukuran terhadap makanan yang diambil D Insan yang mempunyai iman yang kuat tidak
kerana tidak perlu hidup dalam kelaparan. akan melupakan tanggungan yang lain dalam
kehidupan.
2 Tema bagi sajak Roti ialah
A keenakan juadah yang dihidangkan dalam 5 Yang berikut merupakan pengajaran yang
dapur. terdapat dalam sajak Roti, kecuali
B kebajikan golongan miskin harus dijaga dan A kita hendaklah bersyukur terhadap pemberian
dibela. Tuhan.
C kesyukuran terhadap rezeki yang diperoleh B kita hendaklah membantu orang lain yang
dalam kehidupan. kurang berkemampuan.
D tanggungjawab masyarakat dalam membantu C kita hendaklah sentiasa mengenang jasa
mereka yang kurang berkemampuan. orang lain yang pernah membantu kita.
D kita hendaklah menjadi masyarakat yang
3 Aspek bentuk bagi rangkap kelima yang berikut bertanggungjawab membantu orang yang
adalah betul, kecuali memerlukan.
A rima akhir bagi rangkap ini ialah aaaab.
B rangkap ini terdiri daripada lima baris.
C bilangan patah kata bagi baris pertama ialah
tiga patah kata.
D bilangan suku kata bagi baris keempat ialah
lapan suku kata.

124

(5)Masteri BM Tkt 2-Pemahaman Teks(B).indd 124 11/2/21 5:05 PM


Praktis 9

Baca sajak di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kucari Damai di Sini


Kucari damai di sini Di sini damainya badai
di tanah subur makmur dan merdeka moga gemilang sepanjang zaman
yang menyilau dan merdeka antara menjadi catatan sejarah kebanggaan
realiti dan mimpi untuk generasi masa depan.
membebat perasaan kehidupan
dengan sejarah persaudaraan A. HAMID JEMAIN
mengikat naluri kemanusiaan.
Dipetik daripada
Kucari damai di sini antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2 PT3

Pemahaman Teks
cinta dan jati diri Kementerian Pendidikan Malaysia
bersemarak di laman sukma
dengan kasih sayang
bersemadi di naluri.

1 Apakah maksud rangkap kedua dalam sajak 4 Yang berikut merupakan nilai yang terdapat
Kucari Damai di Sini? dalam sajak Kucari Damai di Sini, kecuali
A Penyajak mencari ketenangan di tanah air A nilai patriotik.
yang bebas merdeka dan makmur. B nilai kasih sayang.
B Penyajak sedang memperjuangkan C nilai kebijaksanaan.
keamanan dan kedamaian untuk tanah D nilai tanggungjawab.
airnya.
C Penyajak mencari kedamaian di tanah airnya 5 Berdasarkan rangkap ketiga dalam sajak Kucari
kerana tanah airnya menentukan identiti Damai di Sini, mengapakah catatan sejarah
dirinya sendiri. kegemilangan tanah air perlu dijadikan bahan
D Penyajak mengutarakan kepentingan kasih rujukan sejarah untuk tatapan generasi akan
sayang sesama manusia dalam mewujudkan datang? KBAT Menilai
tanah air yang aman dan damai. A Untuk memupuk jati diri dalam kalangan
generasi muda.
2 Apakah tema bagi sajak Kucari Damai di Sini? B Untuk mengeratkan hubungan silaturahim
A Keharmonian hidup di tanah air merdeka. antara warganegara.
B Semangat berjuang untuk memelihara C Untuk meningkatkan penerbitan bahan
keamanan tanah air. pembelajaran bagi mata pelajaran Sejarah.
C Keberanian dalam mempertahankan tanah D Kewajipan generasi muda untuk menghafal
air daripada penjajah asing. fakta sejarah mengenai tanah air sendiri.
D Kegemilangan yang tercatat di tanah air
yang dijadikan bahan rujukan sejarah untuk
generasi akan datang.

mengikut naluri kemanusiaan

3 Apakah unsur gaya bahasa yang terdapat dalam


baris sajak di atas?
A Repetisi C Metafora
B Anafora D Personifikasi

125

(5)Masteri BM Tkt 2-Pemahaman Teks(B).indd 125 11/2/21 5:05 PM


Praktis 10

Baca sajak di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pada Sekuntum Mawar


Sehelai kelopakmu gugur Sekuntum mawar
adalah titis air mata bonda bukan melontar harum indahmu
yang luruh dalam lipatan usia. di hujung lembah
tapi mengangkat seri mahkotamu
Merenung pada malam yang kematian angin ke puncak iman.
pada laut yang kematian ombak
seperti telah menutup MAHWA MOHAMED
pintu kehidupan ini Dipetik daripada
menjadi sepi dan lara antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2
Pemahaman Teks

pada kemusnahan yang tak pernah dipinta. Kementerian Pendidikan Malaysia

PT3 1 Apakah maksud rangkap pertama dalam sajak 4 Yang berikut merupakan persoalan yang terdapat
Pada Sekuntum Mawar? dalam sajak Pada Sekuntum Mawar, kecuali
A Kehidupan akan terjejas sekiranya tersilap A ketabahan seorang gadis dalam mendepani
langkah. dugaan hidup.
B Martabat seseorang gadis bukan terletak B maruah diri perlu dijaga sebagai tanda
pada kecantikan dan pergaulannya. menghormati dan menyayangi ibu bapa kita.
C Maruah seseorang gadis ialah maruah C maruah seseorang gadis berkaitan rapat
ibunya yang bersusah payah membentuk dengan maruah dan nama baik keluarganya.
peribadinya sejak kecil. D seseorang gadis yang pandai menjaga diri
D Keperitan hidup yang dialami oleh seorang akan dipandang tinggi dan mulia.
ibu dalam menjaga dan mengasuh seorang
anak gadis. 5 Berdasarkan sajak Pada Sekuntum Mawar,
apakah yang akan terjadi kepada seseorang gadis
sekiranya dia tersilap langkah dalam kehidupan?
Sehelai kelopakmu gugur
KBAT Menilai
adalah titis air mata bonda
yang luruh dalam lipatan usia. A Masa depannya akan menjadi gelap.
B Orang ramai akan memandang rendah
2 Berdasarkan rangkap sajak di atas, apakah nilai kepadanya.
yang boleh kita pelajari? C Kesalahannya akan dimaafkan oleh ahli
A Nilai ketabahan keluarganya.
B Nilai keberanian D Dia masih mempunyai peluang untuk
C Nilai kasih sayang menebus kesalahan yang dilakukannya.
D Nilai kebijaksanaan

pintu kehidupan ini

3 Apakah unsur gaya bahasa yang terdapat dalam


baris sajak di atas?
A Simile
B Aliterasi
C Metafora
D Personifikasi

126

(5)Masteri BM Tkt 2-Pemahaman Teks(B).indd 126 11/2/21 5:05 PM


Praktis 11
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Hatta seketika lagi hari pun petanglah. Memerang laki bini pulang ke tempat lubangnya itu. Apabila
sampai ia di hadapan lubangnya, dilihatnya tujuh ekor anaknya berkaparan sahaja habis mati, darahnya
pun ada tumpah di situ. Maka diperiksa, dikenal bekas kaki Syah Alam di Rimba saja. Memerang yang
kedua lalu menangis yang teramat sangat sayang akan anaknya itu, putuslah asanya membawa ikan
terlalu banyak hendak memberi makanan akan anak-anaknya itu. Ikan-ikan itu pun dibawanya masuk
ke dalam lubangnya. Hari pun malamlah. Bermesyuaratlah keduanya pagi esok hendak menghadap Nabi
Allah Sulaiman permaklumkan hal kematian anaknya oleh kerana kelakuan Syah Alam di Rimba membuat
aniaya ke atasnya. Setelah putuslah mesyuaratnya itu, lalu tidur keduanya.
Seketika lagi hari pun siang. Memerang laki bini lepas makan ia pun pergilah menghadap Nabi Allah
Sulaiman. Kepada masa itu Nabi Allah Sulaiman pun bersemayam di atas takhta singgahsana kerajaan PT3
di hadapan menteri hulubalang rakyat tentera tiada terpermanai banyaknya, aneka jenis manusia dan jin

Pemahaman Teks
binatang berhamparan duduk di tanah menghadap baginda itu, bermacam-macam aduan teriak mereka itu,
semuanya diselesaikan Nabi Allah.

Dipetik daripada Prosa Tradisional “Pelanduk Mengajar Memerang”,


antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2
Kementerian Pendidikan Malaysia

1 Apakah reaksi Sang Memerang apabila 4 Apakah nilai yang boleh kita pelajari berdasarkan
mendapati anak-anaknya telah mati? petikan di atas?
A Menangis kesedihan A Nilai kegigihan
B Ingin membalas dendam B Nilai bekerjasama
C Berhasrat untuk mencari pembunuh itu C Nilai kebijaksanaan
D Ingin menuntut keadilan untuk anak-anaknya D Nilai hormat-menghormati

... putuslah asanya membawa ikan terlalu banyak Kepada masa itu Nabi Allah Sulaiman pun
hendak memberi makanan akan anak-anaknya itu. bersemayam di atas takhta singgahsana
kerajaan ...
2 Berdasarkan peristiwa di atas, apakah perwatakan
Sang Memerang? 5 Apakah maksud bersemayam dalam petikan
A Jujur di atas?
B Cekap A Tidur
C Baik hati B Duduk
D Bertanggungjawab C Berdiri
D Berehat
3 Mengapakah Sang Memerang mengesyaki
bahawa Syah Alam di Rimba yang membunuh
anak-anaknya?
A Nabi Allah Sulaiman yang memaklumkan
kepada Sang Memerang.
B Terdapat kesan tapak kaki Syah Alam
di Rimba di sarang mereka.
C Sang Memerang menuduh sembarangan
tanpa bukti yang kukuh.
D Sang Memerang berdendam dengan Syah
Alam di Rimba.

127

(5)Masteri BM Tkt 2-Pemahaman Teks(B).indd 127 11/2/21 5:05 PM


Praktis 12

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Anak bongsu Mak Piah itu persis raut ibunya. Saya tidak perlu banyak bertanya kerana dia menjawab
lebih daripada yang disoal. Daripada kekesalan abangnya yang merelakan kongkongan isteri sampailah
kepada kepiluan hatinya tidak diizin suami membantu ibu membersihkan rumah selepas banjir. Khabarnya,
wanita tua itu tergelincir jatuh dan kepalanya cedera. Setelah tubuhnya kaku, barulah jenazah ditemui
tetangga.
“Dua hari sebelum itu, dia bercerita kepada jiran-jiran. Katanya, saya kirimkan makanan semasa banjir
melanda. Seronok sangat dia dengan kiriman saya.”
Nana sebak dalam tanda soal. Matanya menyimpan takungan. Tidak seperti mata Arwah Mak Piah
yang banjir dengan kebahagiaan.
“Tapi saya tak pernah kirim apa-apa kepada mak. Tak pernah telefon, sebab mak memang tak berapa
Pemahaman Teks

dengar. Kalau tak tengok muka, tak perhati gerak bibir, dia tak faham.”
Saya membiarkan Nana meluahkan emosi. Matanya bertakung ladungan air.
“Mulianya hati mak. Sanggup berbohong kepada masyarakat. Mak julang nama saya, anak yang tak
bertanggungjawab ini. Saya tak pernah hantar makanan, apatah lagi buah, barang dapur ... tak pernah pun.
PT3 Saya tak bagi apa-apa. Sungguh.”
Nana terus meraung. Dalam keterharuan mengenang kebahagiaan Mak Piah di hujung usianya, saya
memimpin Nana keluar dari kawasan perkuburan.

Dipetik daripada Prosa Tradisional “Banjir Di Mata Emak”


antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2
Kementerian Pendidikan Malaysia

1 Mengapakah Mak Piah gembira menerima 4 Apakah pengajaran yang boleh kita contohi
kiriman daripada Nana? daripada petikan di atas?
A Nana memberi buah tangan yang disukainya. A Kita hendaklah berani menghadapi cabaran.
B Nana mengirimkan sejumlah wang yang B Kita haruslah gigih berusaha dalam
banyak. kehidupan.
C Nana megirimkan makanan bagi menampung C Kita hendaklah bekerjasama dalam
keperluan semasa banjir melanda. menjayakan sesuatu perkara.
D Nana merupakan anak perempuan D Kita janganlah mengabaikan tanggungjawab
kesayangannya yang telah lama terhadap ibu bapa.
meninggalkannya.
5 Yang berikut merupakan tindakan yang wajar
2 Pada pendapat anda, mengapakah Mak Piah untuk membantu warga emas yang memerlukan,
berbohong kepada masyarakat? KBAT Menilai kecuali
A Untuk menjaga air mukanya sendiri A mengambil berat akan kehidupan mereka.
B Untuk menjaga nama baik anaknya B mengambil kesempatan terhadap warga
C Untuk mendapatkan pujian orang kampung emas.
D Untuk meraih simpati daripada jiran tetangga C sentiasa bersedia untuk menghulurkan
bantuan.
3 Apakah punca kematian Mak Piah? D bersikap prihatin terhadap masalah yang
A Kemalangan di jalan raya dihadapi oleh mereka.
B Menghidap penyakit kronik
C Mati lemas akibat banjir yang melanda
D Terjatuh ketika membersihkan rumahnya
selepas banjir

128

(5)Masteri BM Tkt 2-Pemahaman Teks(B).indd 128 11/2/21 5:05 PM


Praktis 13

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

“Katak bertaring dan bertanduk?” Misa, ibu Talia menyoal apabila peristiwa itu disampaikan kepadanya.
Ayahnya, Dodo, menerima kisah itu sebagai khayalan Talia sahaja.
Namun, tanggapan mereka berubah beberapa minggu selepas itu. Kisah ahli-ahli suku berselisih
dengan sekeluarga makhluk seperti yang diceritakan oleh Talia di denai yang sama heboh diperkatakan.
“Gempal macam disumbat air,” kata salah seorang daripada mereka.
“Besar macam mana?” tanya Tuk Sibat, ketua suku mereka.
“Dua kali kepala kita!”
Maka tahulah Talia, haiwan yang dirawatnya itu masih anak lagi.
Mereka menambah, empat kakinya berjalur kuning, bercakar panjang. Sempena bunyi istimewa yang
dihasilkan oleh makhluk itu, mereka menggelarkannya “Raksasa Qadqad”. PT3
Buat seketika, perkampungan Talia heboh. Adakah Raksasa Qadqad ini suatu ancaman? Perlukah

Pemahaman Teks
mereka berhijrah lagi?
Memang resmi mereka berpindah-randah apabila tanah lereng bukit yang dikerjakan merosot
kesuburannya. Namun, mereka baru berpindah ke Bukit Ungu beberapa bulan. Rata-rata ahli suku berasa
sayang untuk meninggalkan huma yang sedang dikerjakan.

Dipetik daripada Prosa Tradisional “Talia dan Raksasa Qadqad”


antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2
Kementerian Pendidikan Malaysia

1 Apakah reaksi Dodo apabila mendengar kisah 4 Mengapakah penduduk di perkampungan Talia
mengenai Raksasa Qadqad? hidup berpindah-randah?
A Dianggap bahan lucu A Menjaga keselamatan diri
B Membuat laporan polis B Ditimpa bencana alam yang sukar diduga
C Dianggap kisah khayalan semata-mata C Kehidupan diganggu oleh makhluk yang
D Menghebohkan kepada seluruh penduduk berbahaya
kampung Bukit Ungu D Tanah lereng bukit yang dikerjakan merosot
kesuburannya
2 Yang berikut merupakan ciri-ciri Raksasa Qadqad,
kecuali 5 Pada pendapat anda, apakah perasaan penduduk
A ekornya panjang. kampung apabila mendengar kisah kewujudan
B kaki berjalur kuning. Raksasa Qadqad? KBAT Menganalisis
C kaki bercakar panjang. A Bersikap tenang
D saiz kepala yang besar. B Takut dan risau akan keselamatan diri mereka
C Tidak mengendahkan kewujudan makhluk
3 Berdasarkan petikan cerpen, latar tempat yang tersebut
digunakan ialah D Bersikap optimistik terhadap ancaman
A hutan rimba. makhluk tersebut
B tebing sungai.
C lereng Bukit Ungu.
D rumah Tuan Binjah.

129

(5)Masteri BM Tkt 2-Pemahaman Teks(B).indd 129 11/2/21 5:05 PM


Praktis 14

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Ini zaman moden, zaman serba maju. Alif berazam membawa kemajuan dengan cara tersendiri.
Menjadi petani alaf baharu ini tidak perlu lagi bertajak, berkubang dan berselut badan merembas menerung
yang degil liat. Kerja itu semua dapat dilaksanakan dengan mudah oleh mesin pembajak, tanpa harus
mengotorkan tubuh. Tidak lagi perlu terbongkok-bongkok mengerat padi, sebelum dibanting di dalam tong
bertutup separuh layar. Dengan jentera tuai, petak sawah akan terang lapang dalam masa yang singkat.
“Tak sangka, ya. Tengoklah petak-petak ni sekarang, dipenuhi emas belaka!”
Suara Tuk Ketua menyapa gegendang telinga Alif. Rupa-rupanya dia juga menurut langkah anak muda
aitu meniti permatang.
Alif menarik nafas lega. “Alhamdulilah. Ini benar-benar bantuan Allah dan berkat doa yang tak putus.”
Ini benar-benar bantuan Allah.
Pemahaman Teks

Demikianlah keyakinannya yang jitu. Jika ini hadiah atas sabar dan redanya, dia amat-amat bersyukur.
Jika ini nikmat, dia berterima kasih, juga amat bersyukur. Jika ini yang bakal menjadi cabaran buatnya, dia
akan bersedia menerima dan tetap bersyukur.
Sedih, tangis dan luka jiwa semakin terubat. Dia pernah dihina, dikutuk dan dimarahi kerana beria-ia
memujuk para tuan tanah supaya menolak tawaran menjual petak masing-masing kepada syarikat pemaju
PT3
perumahan. Dia malah nyaris diparang oleh Abang Man kerana dituduh menghasut. Dia sabar, dia reda
dengan semua itu. Dia bersyukur kerana dia masih selamat. Inilah hasil keyakinan pada doa, dan berdoa
dengan yakin, dia kira.

Dipetik daripada Prosa Tradisional “Menuai Emas”


antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2
Kementerian Pendidikan Malaysia

1 Berdasarkan petikan cerpen, apakah cabaran C Produktiviti semakin menurun.


yang pernah dihadapi oleh Alif sewaktu cuba D Peralatan yang serba canggih lebih
meyakinkan pemilik tanah sawah yang lain memudahkan para petani.
supaya tidak menjual tanah mereka?
A Dihina dan dimarahi oleh penduduk kampung. 4 Apakah tema bagi cerpen tersebut?
B Penduduk kampung yang kurang A Kejayaan anak muda sebagai petani.
berpendidikan. B Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.
C Penduduk kampung yang tidak berfikiran C Kegigihan anak muda berusaha dalam
jauh. bidang pertanian.
D Berdepan dengan desakan dan ugutan pihak D Cabaran golongan petani dalam
syarikat pemaju perumahan. mengusahakan bidang pertanian.

2 Antara berikut, yang manakah perwatakan Alif


Jika ini nikmat, dia berterima kasih, juga amat
dalam cerpen tersebut?
bersyukur. Jika ini yang bakal menjadi cabaran
A Jujur
buatnya, dia akan bersedia menerima dan tetap
B Amanah
bersyukur.
C Bertanggungjawab
D Sabar menghadapi rintangan hidup 5 Berdasarkan petikan di atas, apakah nilai yang
boleh kita pelajari?
3 Apakah kelebihan mengusahakan pertanian A Nilai rasional
pada zaman yang serba maju ini? B Nilai kesyukuran
A Tidak mesra alam. C Nilai kesederhanaan
B Kos yang semakin mahal. D Nilai hormat-menghormati

130

(5)Masteri BM Tkt 2-Pemahaman Teks(B).indd 130 11/2/21 5:05 PM


Praktis 15

Baca petikan drama di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

PENDAKWA RAYA: Yang arif, hujah peguam bela tidak logik, tak masuk akal sama sekali, kambing yang
lapar tidak makan kulit pisang dan mengaisnya keluar ...
PEGUAM BELA: Yang arif, saya minta pendakwa raya tidak mengganggu perjalanan mahkamah.
HAKIM mengeluarkan kad kuning.
HAKIM: Satu kad kuning untuk pendakwa raya. Sila duduk. Ya, peguam bela, sila teruskan ...
PEGUAM BELA: Yang arif, saya sambung kembali hujah saya. Adapun kambing yang tersangat kurus
dan lapar itu juga tersangatlah letihnya sehingga matanya pun sudah menjadi kabur
dan berpinar-pinar. Ini menyebabkan kambing itu tidak nampak kulit pisang, sehingga
terkaislah olehnya makanan kegemarannya itu ke atas jalan raya. Malang tak berbau,
seorang nenek yang sedang berjoging menghampiri ... kambing terkejut dan cabut PT3
lari. Nenek tua itu terpijak kulit pisang dan jatuh ... sampailah ajalnya, dia pun mati.

Pemahaman Teks
   Dengan ini, jelas bahawa Bulat bin Leper tidak terbabit dalam soal ini. Yang
bersalah, bukannya Bulat, tapi kambing kurus. Oleh sebab itu, bukan Bulat yang harus
dihukum, sebaliknya kambing kuruslah yang perlu dihukum.
   Ya, yang arif, saya kira fakta ini cukup jelas dan tidak meragukan, dan saya
mohon mahkamah yang mulia menjalankan keadilannya dengan membebaskan Bulat
bin Leper daripada tuduhan membunuh secara tidak sengaja, tanpa syarat.
   Sekian hujah-hujah saya. Mohon pertimbangan yang arif, tuan hakim. Terima
kasih.

Dipetik daripada Prosa Tradisional “Mahkamah”,


antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2,
Kementerian Pendidikan Malaysia

1 Mengapakah peguam bela menyatakan kambing 3 Apakah punca kematian nenek tua?
kurus perlu dikenakan hukuman? A Kambing kurus terlanggar nenek tua.
A Kambing itu terlanggar nenek tua. B Nenek tua tergelincir semasa berjoging.
B Kambing itu mengancam keselamatan sosial C Nenek tua terpijak kulit pisang dan jatuh.
masyarakat. D Bulat bin Leper tidak membuang kulit pisang
C Kambing itu menyebabkan timbulnya ke dalam tong sampah.
keadaan huru-hara di jalan raya.
D Tindakan kambing itu menyelongkar tong 4 Berdasarkan petikan cerpen, apakah latar tempat
sampah merupakan penyebab kematian yang boleh kita dapati?
nenek tua. A Sekolah
B Jalan raya
2 Yang berikut merupakan persoalan bagi drama C Stor JKK Ulu
Mahkamah, kecuali D Ruang perbicaraan
A penindasan terhadap haiwan.
B kejujuran dalam menegakkan keadilan. 5 Yang berikut merupakan antara kepentingan
C golongan miskin yang tidak mampu perbicaraan mahkamah yang adil dan saksama,
mengupah peguam. kecuali
D keadilan mesti ditegakkan supaya tiada pihak A memastikan tiada pihak yang teraniaya.
yang teraniaya. B membawa pesalah ke muka pengadilan.
C memelihara keamanan dan ketenteraman
sosial.
D memberi peluang kedua kepada mereka
yang berbuat salah.

131

(5)Masteri BM Tkt 2-Pemahaman Teks(B).indd 131 11/2/21 5:05 PM


Pemahaman Petikan
Kertas 1 (Bahagian B – Soalan 3)
Kod QR
Praktis Berformat PT3 Imbas Kod QR untuk mendapatkan nota
berkaitan dengan Pemahaman Petikan

Praktis 1

Baca petikan-petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Petikan 1

Hatta seketika lagi hari pun petanglah. Memerang laki bini pulang ke tempat lubangnya itu. Apabila
sampai ia di hadapan lubangnya, dilihatnya tujuh ekor anaknya berkaparan sahaja habis mati, darahnya
pun ada tumpah di situ. Maka diperiksa, dikenal bekas kaki Syah Alam di Rimba saja. Memerang yang
kedua lalu menangis yang teramat sangat sayang akan anaknya itu, putuslah asanya membawa ikan
Pemahaman Petikan

terlalu banyak hendak memberi makanan akan anak-anaknya itu. Ikan-ikan itu pun dibawanya masuk
ke dalam lubangnya. Hari pun malamlah. Bermesyuaratlah keduanya pagi esok hendak menghadap Nabi
Allah Sulaiman permaklumkan hal kematian anaknya oleh kerana kelakuan Syah Alam di Rimba membuat
aniaya ke atasnya. Setelah putuslah mesyuaratnya itu, lalu tidur keduanya.
Dipetik daripada Prosa Tradisional “Pelanduk Mengajar Memerang”,
PT3 antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2,
Kementerian Pendidikan Malaysia

Petikan 2

SYDNEY: Empat kanak-kanak dan remaja maut manakala tiga lagi cedera selepas dirempuh pemandu
mabuk yang memandu kenderaan pacuan empat roda di Bettington Road, Oatlands, di sini, lewat semalam.
Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.00 malam ketika kesemua mangsa berada
di laluan pejalan kaki sebelum mereka dirempuh kenderaan berkenaan. Bapa mangsa, Daniel Abdullah
mengakui sedih selepas menerima berita kemalangan yang meragut nyawa tiga anak perempuannya.
“Diharap, pemandu di luar sana supaya lebih berhati-hati. Anak-anak kesayangan saya tidak bersalah
tetapi menjadi mangsa keadaan,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.
Dipetik dan diubah suai daripada “Pemandu Mabuk Rempuh Kanak-kanak,
Empat Maut”, www.bharian.com.my, 2 Februari 2020

1 Berdasarkan Petikan 1 dan Petikan 2, apakah reaksi memerang dan Daniel Abdullah apabila mendapati
anak-anak mereka meninggal dunia? [3 markah]
Ibu bapa memerang menangis kesedihan atas kematian anak-anaknya manakala Daniel Abdullah sedih apabila menerima
berita kemalangan yang meragut nyawa tiga orang anak perempuannya.

132

(6)Masteri BM Tkt 2-Petikan & Novel(A).indd 132 11/2/21 5:07 PM


2 Berdasarkan Petikan 1 dan Petikan 2, apakah persamaan daripada aspek nilai dan pengajaran yang boleh
kita pelajari? [3 markah]
Persamaan daripada aspek nilai dan pengajaran ialah kedua-dua petikan mempunyai nilai kasih sayang terhadap anak-anak,
manakala pengajaran pula, kita hendaklah saling menyayangi antara satu dengan yang lain dalam keluarga kita.

3 Insiden kemalangan yang meragut nyawa kanak-kanak masih berlaku dalam kalangan masyarakat kita
pada hari ini.
Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang berkesan untuk menangani isu ini? [4 markah]
Pada pendapat saya, cara yang berkesan untuk menangani isu ini ialah ibu bapa perlu sentiasa mengawasi anak-anak
mereka, terutamanya ketika berada di tempat awam. Selain itu, anak-anak perlu didedahkan dengan ilmu seni pertahanan
diri agar mereka dapat melindungi diri sendiri sekiranya menghadapi sebarang ancaman yang tidak dapat dijangka.
Seterusnya, anak-anak perlu diajar untuk sentiasa berada dalam kumpulan orang dewasa sekiranya tidak ditemani ibu bapa.

Praktis 2
PT3
Baca petikan-petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan

Pemahaman Petikan
menggunakan ayat anda sendiri.

Petikan 1

“Dua hari sebelum itu, dia bercerita kepada jiran-jiran. Katanya, saya kirimkan makanan semasa banjir
melanda. Seronok sangat dia dengan kiriman saya.”
Nana sebak dalam tanda soal. Matanya menyimpan takungan. Tidak seperti mata Arwah Mak Piah
yang banjir dengan kebahagiaan.
“Tapi saya tak pernah kirim apa-apa kepada mak. Tak pernah telefon, sebab mak memang tak berapa
dengar. Kalau tak tengok muka, tak perhati gerak bibir, dia tak faham.”
Saya membiarkan Nana meluahkan emosi. Matanya bertakung ladungan air.
“Mulianya hati mak. Sanggup berbohong kepada masyarakat. Mak julang nama saya, anak yang tak
bertanggungjawab ini. Saya tak pernah hantar makanan, apatah lagi buah, barang dapur ... tak pernah pun.
Saya tak bagi apa-apa. Sungguh.”
Nana terus meraung. Dalam keterharuan mengenang kebahagiaan Mak Piah di hujung usianya, saya
memimpin Nana keluar dari kawasan perkuburan.
Dipetik daripada Cerpen “Banjir di Mata Emak”,
antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2,
Kementerian Pendidikan Malaysia

133

(6)Masteri BM Tkt 2-Petikan & Novel(A).indd 133 11/2/21 5:07 PM


Petikan 2

Tok Sulaiman duduk di pekarangan sambil mengenang nasibnya yang malang dalam kehidupan. Hidup
tidak semestinya kehilangan makna kalau diri kita dilanda kemiskinan, tetapi ia lebih menyedihkan sekiranya
ditinggalkan seorang diri di Kampung Ibrahim Majid oleh anak-anak kesayangan.
Apakah kehidupan masih bererti apabila seseorang itu diabaikan oleh ahli keluarga, lebih-lebih lagi
mereka itulah darah daging Tok Sulaiman yang bertahun-tahun mengasuh, mendidik dan membesarkan
mereka sehingga menjadi dewasa.
Sungguhpun melihat keadaan hidup Tok Sulaiman yang tinggal berseorangan di rumah kampung, tapi
Tok Sulaiman sentiasa positif dan ceria di depan mata penduduk kampung. Tok Sulaiman tidak pernah
mengadu tentang anak-anaknya yang tidak mentaatinya, malah sentiasa berkongsi suka dan duka yang
pernah dilaluinya bersama anak-anak pada masa dulu.

1 Berdasarkan Petikan 1 dan Petikan 2, nyatakan reaksi atau tindakan Mak Piah dan Tok Sulaiman walaupun
mengetahui nasib diri mereka yang telah ditinggalkan oleh anak-anak. [3 markah]
Mak Piah sanggup berbohong kepada jiran-jiran dengan menyatakan bahawa anaknya, Nana menghantar makanan
kepadanya semasa banjir melanda. Manakala, Tok Sulaiman tidak pernah mengadu tentang anak-anaknya yang tidak
mentaatinya, malah sentiasa berkongsi suka dan duka semasa hidup bersama anak-anaknya pada masa dulu.
Pemahaman Petikan

2 Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam Petikan 1. [3 markah]


Dua persoalan yang terdapat dalam Petikan 1 ialah persoalan kemuliaan seorang ibu dalam menjaga nama baik anaknya dan
PT3
persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.
Lain-lain jawapan: Persoalan kesedihan seorang anak atas pemergian ibunya dan persoalan tanggungjawab anak-anak
terhadap ibu bapa.

3 Warga tua merupakan golongan yang paling berjasa kepada keluarga, masyarakat dan negara.
Pada pendapat anda, apakah cara-cara untuk menghargai warga tua? [4 markah]
Pada pendapat saya, cara-cara untuk menghargai warga tua ialah pihak kerajaan perlulah menawarkan rawatan perubatan
percuma kepada warga tua, ahli keluarga perlu meluangkan masa bersama dengan warga tua, ahli keluarga perlu lebih
menyayangi warga tua di rumah dan menyediakan kemudahan awam yang lebih mesra warga tua untuk memudahkan
kehidupan seharian mereka.

134

(6)Masteri BM Tkt 2-Petikan & Novel(A).indd 134 11/2/21 5:07 PM


Praktis 3

Baca petikan-petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Petikan 1

“Qadqad ... qrakkk! Qraakkk!”


Makhluk itu mengerang, mempamerkan taring. Cecair hijau likat meleleh dari lekuk tajam di bahagian
sisi kepalanya, persis luka akibat dilibas gergaji.
Spontan Talia berlari mencari pucuk daun dalut. Selesai mengunyah lumat dan menampalnya di kepala
haiwan itu, dia berteleku, mahu memastikan darah pada luka itu membeku. Dalam seketika, makhluk itu
membuka mata kuning beriris hijau. Dengan dua kali lompatan tinggi, ia pun hilang di balik hutan.
Dipetik daripada Cerpen “Talia dan Raksasa Qadqad”,
antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2,
Kementerian Pendidikan Malaysia

Petikan 2
PT3

Pemahaman Petikan
Petang itu, dia pulang dari pejabat agak lewat daripada biasa. Sedang dia memandu keretanya di jalan
taman perumahannya, tiba-tiba dia berasa bahawa dia terlanggar sesuatu. Kemudian dia memberhentikan
keretanya untuk meninjau benda yang dilanggarnya itu. Dia hanya mampu mengucap apabila seekor kucing
terlantar mati di bawah tayar keretanya. Namun, hatinya lebih tersentuh apabila datang seekor anak kucing
mengiau-ngiau di hadapan kucing yang tidak bernyawa itu. “Mungkin ibunya,” detik hatinya.
Petang itu, dia pulang bersama-sama dengan seekor anak kucing jantan dan yang paling gembira
menyambut kepulangan dia ialah Anis. Cepat-cepat anak bongsunya itu mendukung anak kucing tersebut
sambil bertanya, “Apakah namanya?” Dengan spontan dia menjawab, “Oren”. Nama itu diberikan kerana
seluruh bulu kucing itu berwarna oren.
Dipetik daripada Cerpen “Oren”,
antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,
Kementerian Pendidikan Malaysia

1 Berdasarkan Petikan 1 dan Petikan 2, apakah tindakan yang dilakukan oleh Talia dan ayah apabila terjumpa
dengan haiwan itu? [3 markah]
Talia mencari pucuk daun dalut, kemudian mengunyah lumat dan menampalnya di kepala haiwan itu. Talia berteleku untuk
memastikan darah pada luka itu membeku, manakala ayah pula membawa pulang kucing itu ke rumah.

2 Berdasarkan Petikan 1, nyatakan dua latar masyarakat yang boleh kita pelajari. [3 markah]
Dua latar masyarakat yang boleh kita pelajari ialah masyarakat yang menyayangi haiwan dan masyarakat yang berani.

135

(6)Masteri BM Tkt 2-Petikan & Novel(A).indd 135 11/2/21 5:07 PM


3 Perbuatan menzalimi haiwan adalah salah di sisi undang-undang.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menangani isu ini? [4 markah]
Pada pendapat saya, langkah-langkah yang perlu dilakukan agar haiwan tidak dizalimi ialah menyediakan keperluan
makanan yang sesuai dan nutrien yang mencukupi, sentiasa membawa haiwan peliharaan berjalan-jalan di luar rumah
apabila mempunyai masa lapang serta memandikan haiwan peliharaan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Praktis 4

Baca petikan-petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Petikan 1

“Saya tak mahu tengok mak sedih. Saya tak mahu tengok mak menangis. Saya tak sanggup biarkan
mak terdengar orang kata saya tak lulus universiti.” kata Alif dengan nada merendah.
“Mak boleh fikir sendiri, Alif. Kan mak sendiri yang hadir waktu kamu ambil ijazah di atas pentas tahun
lepas. Cuma emak ni mengingatkan arwah abah kamu,” balas emak, makin lirih.
Lalu kata-kata emak itu jadi penawar terbaik buat Alif. Dia mesti mempertahankan dua petak tanah itu.
Sekalipun terpaksa berparang bertajak seorang mempertahankan diri, dia sudah nekad. Tak kan dia pejam
Pemahaman Petikan

mata membiarkan dua petak itu terkorban walaupun atas nama pembangunan. Sedangkan hasratnya yang
tertanam lama dalam sanubari ini pun diluruskan atas niat kemajuan juga.
Dipetik daripada Cerpen “Menuai Emas”,
antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2,
PT3 Kementerian Pendidikan Malaysia

Petikan 2

“Zah ada seringgit lapan puluh sen. Mak bagi dua puluh sen, ya? Zah nak buat tudung saji yang paling
cantik untuk Cikgu Zaleha. Kalau cukup duit, Zah nak buat tudung saji dalam empat warna. Tentu cantik,
kan mak?” kata Azizah dengan riang dan yakin. Emak tersenyum puas hati kerana dapat menyelesaikan
masalah anaknya itu.
Petang itu, Azizah sibuk menganyam tudung saji. Dia memang cekap menganyam. Ini semua hasil
tunjuk ajar emak dan kegigihannya membantu emak setiap petang. Dia membuat beberapa tudung saji
kecil sebagai perhiasan.
“Rajin anak emak,” kata emak dengan gembira. Emak membelek-belek hasil kerja tangan Azizah. Hasil
tangan itu begitu kemas, unik dan cantik. Emas berasa begitu bangga akan anaknya.
Dipetik dan diubah suai daripada Cerpen “Hadiah”,
antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,
Kementerian Pendidikan Malaysia

136

(6)Masteri BM Tkt 2-Petikan & Novel(A).indd 136 11/2/21 5:07 PM


1 Berdasarkan Petikan 1 dan Petikan 2, nyatakan perasaan Alif dan Azizah dalam perbualan dengan ibu
mereka. [3 markah]
Alif tidak sanggup melihat ibunya sedih dan menangis kerana dirinya dikutuk/dituduh oleh orang lain bahawa dia tidak
menamatkan pengajian dalam bidang ekonomi. Manakala, Azizah berasa gembira dan yakin kerana ibunya memberi duit
untuk membeli bahan bagi menganyam tudung saji.

2 Berdasarkan Petikan 1 dan Petikan 2, nyatakan persamaan dari aspek perwatakan bagi watak Alif dan
Azizah. [3 markah]
Persamaan perwatakan bagi watak Alif dan Azizah ialah Alif seorang yang bersungguh-sungguh untuk menjayakan sesuatu
perkara. Azizah pula seorang yang taat dan menyayangi ibu bapa.

3 Kejayaan seseorang bermula daripada impian dan cita-cita.


Pada pendapat anda, apakah usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan?
[4 markah]
Pada pendapat saya, usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai kejayaan ialah kita harus belajar dengan bersungguh-
sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik, kita harus berpegang teguh kepada ajaran agama, kita perlu bijak
memilih kawan yang baik serta kita perlu mengamalkan nilai murni dan berbudi bahasa dalam kehidupan. PT3

Pemahaman Petikan
Praktis 5

Baca petikan-petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Petikan 1

PEGUAM BELA : Yang arif, saya sambung kembali hujah saya.


Adapun kambing yang tersangat kurus dan lapar itu juga tersangatlah letihnya sehingga matanya pun
sudah menjadi kabur dan berpinar-pinar. Ini menyebabkan kambing itu tidak nampak kulit pisang, sehingga
terkaislah olehnya makanan kegemarannya itu ke atas jalan raya. Malang tak berbau, seorang nenek yang
sedang berjoging menghampiri ... kambing terkejut dan cabut lari. Nenek tua itu terpijak kulit pisang dan
jatuh ... sampailah ajalnya, dia pun mati.
Dengan ini, jelas bahawa Bulat bin Leper tidak terbabit dalam soal ini. Yang bersalah, bukannya Bulat,
tapi kambing kurus. Oleh sebab itu, bukan Bulat yang harus dihukum, sebaliknya kambing kuruslah yang
perlu dihukum.
Ya, yang arif, saya kira fakta ini cukup jelas dan tidak meragukan, dan saya mohon mahkamah yang
mulia menjalankan keadilannya dengan membebaskan Bulat bin Leper daripada tuduhan membunuh
secara tidak sengaja, tanpa syarat.
Sekian hujah-hujah saya. Mohon pertimbangan yang arif, tuan hakim. Terima kasih.
Dipetik daripada Cerpen “Mahkamah”,
antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2,
Kementerian Pendidikan Malaysia

137

(6)Masteri BM Tkt 2-Petikan & Novel(A).indd 137 11/2/21 5:07 PM


Petikan 2

“Bukan,” tegah Sim Pau yang mula bersuara semula setelah terdiam hampir lima minit. Lim Pooi
terkejut. Dia mula memperlahankan ayunan kerusi malasnya. Lim Pooi terkejut dengan bantahan Sim
Pau. Sim Pau sudah berani bersuara. Sim Pau sudah berani menentang cakap-cakapnya. Sim Pau
bukan lagi perempuan yang lemah lembut seperti yang dikenalinya sebelum ini. Sim Pau juga sudah tidak
menghormatinya lagi.
“Lim Foong meninggal dunia bukan kerana Lim Meng. Lim Meng tak bersalah.” Habis suara Sim Pau
menjerit. Dia mahu membela anak perempuannya itu yang selama ini teraniaya oleh ego seorang bapa
yang tidak mahu menerima hakikat. Sebelum ini dia sekadar diam. Dia hanya menurut kata-kata Lim Pooi.
Sampai bila? Dia bukannya mahu menegakkan benang yang basah tetapi dia mahu menyedarkan Lim Pooi
yang terlalu mengikut perasaan. Egonya membabi buta hinggakan Lim Meng terpaksa keluar dari rumah
itu. Kalau Lim Meng tak keluar dari rumah itu, Lim Pooi akan membuat laporan polis dan mengatakan
bahawa pembunuh Lim Foong ada di rumahnya. Hingga begitu sekali Lim Pooi marah akan Lim Meng.
Dipetik daripada Cerpen “Kuih Bakul Limau Mandarin”,
antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,
Kementerian Pendidikan Malaysia

1 Berdasarkan Petikan 1, apakah punca sebenar kematian nenek tua? [3 markah]


Punca sebenar kematian nenek tua ialah seekor kambing yang kurus dan lapar telah menyelongkar tong sampah dan sampah
Pemahaman Petikan

bertaburan di jalan raya termasuk kulit pisang. Nenek tua yang sedang berjoging telah terpijak kulit pisang itu lalu terjatuh.

PT3
2 Berdasarkan Petikan 1 dan Petikan 2, nyatakan persamaan dari aspek persoalan yang boleh kita peroleh.
[3 markah]
Persamaan daripada aspek persoalan yang boleh kita peroleh ialah persoalan keadilan mesti ditegakkan supaya tidak ada
pihak yang teraniaya, persoalan individu yang tidak bersalah harus dibela dan persoalan keberanian untuk menegakkan
keadilan.

3 Tugas hakim ialah mengadili suatu perbicaraan di mahkamah.


Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri seorang hakim yang baik? [4 markah]
Pada pendapat saya, ciri-ciri seorang hakim yang baik ialah bersikap adil dan saksama kepada semua orang, memiliki
kesabaran, tegas terhadap pendirian sendiri dan berfikiran terbuka.

138

(6)Masteri BM Tkt 2-Petikan & Novel(A).indd 138 11/2/21 5:07 PM


Novel
Kertas 1 (Bahagian B – Soalan 4)

Meniti Impian – Osman Ayob

Sinopsis
Novel ini mengisahkan Zahar yang bercita-cita tinggi
tetapi gagal untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam
kerana masalah kewangan. Dia membantu bapa saudaranya
di bengkel perabot sebelum berjaya memasuki IKM dalam bidang
Pertukangan Perabot kerana dia berhasrat untuk membuka
kedai perabot sendiri. Zahar kecewa kerana rakannya Suhaili
memperlekehkan hasratnya untuk belajar di IKM. Namun begitu,
Zahar tetap meneruskan cita-citanya ke IKM. Di sana dia bertemu
dengan Norimi, pelajar jurusan Lukisan Seni Bina. Sewaktu
membuat praktikal di Kawasan Perindustrian Kamunting, Zahar
bertemu dengan Suhaili yang bekerja di situ. Suhaili cuba berbaik-
baik dengan Zahar semula tetapi Zahar nekad untuk melupakan
kenangan antara mereka berdua. Impian Zahar untuk menjadi
tukang perabot yang terkenal telah tercapai dengan terbinanya
Bengkel Perabot Meniti Impian.

Tema
Semangat dan kesungguhan pelatih IKM dalam usaha untuk mencapai kejayaan dalam hidup.

Persoalan
1 Persoalan kasih sayang dalam keluarga. PT3
2 Persoalan kepentingan pelajaran dalam kehidupan.

Novel
3 Persoalan hubungan yang baik antara pelbagai kaum.
4 Persoalan percintaan dalam kalangan remaja.
5 Persoalan kemiskinan penduduk di pedalaman.
6 Persoalan ketabahan dalam menghadapi kesusahan.

Watak dan Perwatakan

Watak Utama – Zahar


Anak sulung Mak Kiah, iaitu abang kepada Halim dan Zakri merangkap ketua keluarga selepas kematian ayah
mereka.
Perwatakan
1 Rajin berusaha 4 Bersopan santun
2 Bercita-cita tinggi 5 Taat perintah agama
3 Bertanggungjawab terhadap keluarga 6 Tidak mudah putus asa
Watak Sampingan 1 – Mak Kiah Watak Sampingan 2 – Pak Yusuf
Ibu Zahar, iaitu balu kepada tiga orang anak. Bapa saudara Zahar, iaitu adik Mak Kiah.
Perwatakan Perwatakan
1 Kerap tidak sihat 1 Amat bertimbang rasa
2 Amat menyayangi anak-anaknya 2 Prihatin akan nasib Zahar
3 Mementingkan pelajaran anak-anak 3 Selalu membantu Zahar sekeluarga
4 Gigih bekerja untuk menyara keluarga 4 Sentiasa mendorong Zahar untuk berjaya

139

(6)Masteri BM Tkt 2-Petikan & Novel(B).indd 139 11/2/21 5:09 PM


Latar

Latar Tempat Latar Masa Latar Masyarakat

1 City Point 1 Awal pagi 1 Masyarakat yang ego


2 Rumah Zahar 2 Tengah hari 2 Masyarakat peniaga
3 Bengkel Pak Yusuf 3 Enam bulan 3 Masyarakat kampung yang miskin
4 IKM Sungai Petani 4 Tiga minggu 4 Masyarakat pelbagai kaum yang harmoni

Plot

Binaan Plot Teknik Plot


Permulaan Pemerian
Zahar melupakan hasratnya untuk menyambung pelajarannya Pengarang memerihalkan Zahar
di tingkatan enam kerana masalah kewangan. Bapanya meninggal mundar-mandir di sekitar tingkat
dunia manakala ibunya pula sudah tua dan sering sakit. Dia perlu bawah City Point sambil mencari
memberi laluan kepada dua orang adiknya masih bersekolah. Suhaili.
Perkembangan Imbas Muka
Zahar menolong bapa saudaranya, iaitu Pak Yusuf di bengkel Zahar reda bakal digelar pekerja
pertukangan perabot bagi meringankan beban ibunya. Zahar berkolar biru manakala Suhaili bakal
menyimpan azam untuk menyambung pelajaran di IKM dalam bidang menjadi seorang eksekutif muda yang
pertukangan perabot pada suatu masa nanti. bergaya.
Perumitan Imbas Kembali
Zahar mendapat tawaran ke IKM tetapi Suhaili memperlekeh Zahar terkenang peristiwa dia demam
hasratnya untuk belajar di situ. Kata-kata Suhaili membuatkan Zahar ketika menghadapi peperiksaan SPM.
berasa sedih dan kecewa.
Klimaks Monolog Dalaman
Zahar yang mendapat tawaran untuk membuat praktikal di kilang Hati kecil Pak Yusuf berbisik bahawa
Novel

Usaha Bersatu Sdn. Bhd. bertemu dengan Suhaili di sana. Suhaili sudah pukul 10.30 pagi sambil
PT3 ingin kembali kepada Zahar tetapi Zahar menolak dengan baik. menatap jam tangannya.
Peleraian Kejutan
Zahar berjaya memenuhi impiannya untuk menjadi pengusaha Zahar terkejut apabila mendapati
perabot yang terkenal. Pinjaman daripada MARA dan sumbangan Suhaili bertugas sebagai Penolong
daripada Pak Yusuf dijadikan modal untuk membuka bengkel Ketua Unit Pemasaran di tempat dia
pertukangan perabot di atas tanah ibunya. Bengkel perabotnya menjalani praktikal.
terkenal di seluruh tanah air selepas tersiar rencananya di akhbar.

Gaya Bahasa

Simile Nada suara Suhaili bagaikan sembilu menghiris tangkai hatinya.


Personifikasi sekali gus menghalau debaran yang memukul dada
Sinkope Entah-entah dah tak balik IKM lagi tak?
Peribahasa macam isi dengan kuku; berat mulut; berat tulang
Bahasa Arab insya-Allah; wuduk; kitab; Alhamdulillah
Bahasa Inggeris final exam; repair; locker; no problem; girlfriend
Hiperbola mengunyah kata-kata Cikgu Baharum selumat-lumatnya
Perulangan kata Hatinya sungguh tergores kerana aku. Kerana egoku sendiri!

140

(6)Masteri BM Tkt 2-Petikan & Novel(B).indd 140 11/2/21 5:09 PM


Nilai
1 Keyakinan 4 Hormat-menghormati
2 Kesyukuran 5 Kesabaran
3 Berjimat cermat 6 Kegigihan

Pengajaran
1 Kita hendaklah bersyukur apabila impian yang kita hajati tercapai.
2 Kita perlulah bersabar apabila berhadapan dengan seseorang yang bersikap ego.
3 Kita mestilah yakin dengan kebolehan diri untuk mencapai sebarang cita-cita.
4 Kita haruslah berusaha dengan gigih walaupun berhadapan dengan pelbagai halangan.
5 Kita mestilah menghormati golongan yang lebih tua kerana mereka banyak pengalaman.

Darah Titik di Semantan – Arman Sani

Sinopsis
Novel ini mengisahkan Datuk Bahaman, iaitu orang besar
negeri yang bergelar Orang Kaya Semantan. Datuk Bahaman
berjuang untuk membebaskan tanah air daripada penjajah Inggeris.
Segalanya bermula apabila Datuk Bahaman yang baru pulang dari
Pulau Tawar sering memencilkan diri kerana memikirkan Inggeris
yang telah menjajah tanah air. Raja mereka pula semacam dipaksa
oleh Inggeris untuk mengikut perjanjian. Datuk Panglima Raja Awang
memberitahu Datuk Bahaman bahawa Inggeris telah menceroboh
Semantan tetapi Datuk Bahaman meminta mereka membuat
persiapan yang lengkap untuk berhadapan dengan pihak musuh.
Datuk Bahaman menyusun strategi perang terhadap Inggeris. Datuk
Bahaman berunding dengan sultan. Mengikut perjanjian, askar-
askar sultan akan menembak ke udara. Perajurit-perajurit Datuk Bahaman juga akan menembak ke udara.
Namun begitu, Datuk Bahaman kecewa kerana askar-askar sultan telah mungkir janji. Datuk Bahaman yang
tidak menyalahkan sultan sebaliknya bertindak meninggalkan Semantan menuju ke Sungai Lembing untuk PT3

Novel
bersatu dengan Tuk Gajah dan Mat Kilau.

Tema
Perjuangan membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah.

Persoalan
1 Persoalan kepimpinan seorang ketua.
2 Persoalan kecintaan terhadap tanah air.
3 Persoalan kerjasama dalam menentang penjajah.
4 Persoalan ketaatan dan kesetiaan kepada sultan.
5 Persoalan semangat setia kawan dalam perjuangan.
6 Persoalan kebijaksanaan mengatur strategi perang.

Watak dan Perwatakan

Watak Utama – Datuk Bahaman


Pemimpin yang dihormati di Semantan yang dilantik oleh sultan sebagai orang besar negeri dan dikenali
sebagai Orang Kaya Semantan.
Perwatakan
1 Berfikiran rasional 4 Setia akan sultan
2 Mempunyai ilmu batin 5 Jujur dalam perjuangan
3 Berani menentang Inggeris 6 Pandai mengambil hati pengikutnya

141

(6)Masteri BM Tkt 2-Petikan & Novel(B).indd 141 11/2/21 5:09 PM


Watak Sampingan 1 – Zahid Watak Sampingan 2 – Lajis
Pembantu dalam perjuangan Datuk Bahaman. Guru silat dan pengintip kepada Datuk Bahaman.
Perwatakan Perwatakan
1 Berjiwa pejuang 1 Sayang akan isteri
2 Mudah untuk bekerjasama 2 Berani menentang Inggeris
3 Berani menentang Inggeris 3 Bertanggungjawab dalam tugas
4 Rajin berlatih silat dan bermain senjata 4 Gigih melatih anak-anak muda bersilat

Latar

Latar Tempat Latar Masa Latar Masyarakat

1 Lubuk Terua 1 Pagi 1 Masyarakat penjajah


2 Rumah pasung 2 Petang 2 Masyarakat yang memungkiri janji
3 Lubuk Sengarat 3 Malam 3 Masyarakat yang cinta akan tanah air
4 Rumah Datuk Bahaman 4 Tengah malam 4 Masyarakat yang taat akan perintah agama

Plot

Binaan Plot Teknik Plot


Permulaan Pemerian
Zahid terkenang akan sikap Datuk Bahaman yang berubah sejak Pengarang memerihalkan Mat Kilau
pulang dari Pulau Tawar. Beliau sering memencilkan diri kerana yang sebaya dengan Mat Lela masuk
memikirkan Inggeris yang telah menjajah tanah air mereka. Raja ke dalam masjid lalu bersalam dengan
mereka pula semacam dipaksa oleh pihak Inggeris untuk mengikut Datuk Bahaman dan Datuk Panglima
perjanjian. Raja Awang.
Perkembangan Imbas Kembali
Datuk Panglima Raja Awang memberitahu Datuk Bahaman bahawa Zahid terkenang akan sikap Datuk
Novel

Inggeris telah menceroboh Semantan. Datuk Bahaman meminta Bahaman yang kerap termenung dan
PT3 mereka membuat persiapan untuk berhadapan dengan Inggeris. memencilkan diri sejak pulang dari
Datuk Bahaman pula menyusun strategi perang. Pulau Tawar.
Perumitan Monolog Dalaman
Datuk Bahaman berunding dengan sultan. Mengikut perjanjian, Zahid terfikir mungkin itulah perahu
askar-askar sultan akan menembak ke udara. Begitu juga dengan Inggeris yang dikatakan Pak Long
perajurit-perajurit Datuk Bahaman. Namun begitu, Datuk Bahaman Abas apabila terlihat empat buah
kecewa kerana askar-askar sultan mungkir janji. perahu tertambat di tebing sungai.
Klimaks Saspens
Tembakan askar-askar sultan terkena paha Mat Lela manakala dada Pembaca tertanya-tanya akan suara
Awang Muhammad pula ditembusi peluru. Tuk Muda Bidin dan Imam perempuan yang menjerit dari rumah
Perang Weh berlari ke arah askar-askar sultan untuk menyerah kalah Lajis setibanya Zahid dan rakan-
tetapi mereka ditikam. rakannya di hujung kampung.
Peleraian Kejutan
Mat Kilau datang ke Darat Kelubi untuk bertemu dengan Datuk Pembaca terkejut apabila Sultan
Bahaman. Dia membawa surat Sultan Ahmad. Datuk Bahaman Ahmad mengampunkan semua
meninggalkan Semantan menuju ke Sungai Lembing untuk bersatu penduduk Semantan yang menentang
dengan Tuk Gajah dan Mat Kilau. Inggeris, kecuali Datuk Bahaman.

142

(6)Masteri BM Tkt 2-Petikan & Novel(B).indd 142 11/2/21 5:09 PM


Gaya Bahasa

Simile Mereka menggelupur seperti ayam disembelih.


Personifikasi Dari jauh kulihat pintu serambi rumah Tuk Muda Bidin ternganga luas.
Inversi Di tepi kubu itu, dia memerhatikan keadaan sekeliling.
Peribahasa seperti anak ayam kehilangan ibu; hidung tak mancung pipi tersorong-sorong
Perulangan kata “Bijak! Bijak! Bijak!” puji Datuk Bahaman.
Sinkope Saya pura-pura macam budak bodoh saja.
Simbolik anjing-anjing (tali barut)

Nilai
1 Kesabaran 4 Ketaatan
2 Setia kawan 5 Patriotisme
3 Kebijaksanaan 6 Keberanian

Pengajaran
1 Kita hendaklah mencintai tanah air sendiri dengan sepenuh hati.
2 Kita haruslah berjuang demi membebaskan negara daripada penjajahan.
3 Kita hendaklah bekerjasama supaya kejayaan dapat dicapai dalam perjuangan.
4 Kita mestilah menggunakan strategi yang betul sewaktu berhadapan dengan musuh.
5 Kita perlulah mempunyai ilmu dan kemahiran sekiranya ingin melakukan sesuatu pekerjaan.

Jejak MONPUS – Zulaiha Paikon

Sinopsis
Novel ini mengisahkan Zahar penuntut jurusan Sains Hayat
PT3
di Universiti Teknologi Malaysia yang begitu obses dengan dunia

Novel
serangga sejak kecil. Oleh sebab minatnya terhadap dunia
serangga terutamanya ulat bulu dan rama-rama semakin mendalam,
dia telah membina sebuah makmal kecil di sebelah rumahnya. Ibu
Zahar, iaitu Qistina seorang guru sentiasa menggalakkan Zahar
untuk mengembangkan minatnya. Walau bagaimanapun, beribu-
ribu ulat bulu berintik hitam telah menyerang Kampung Maju Jaya
menyebabkan penduduk terkena penyakit dan haiwan ternakan
mati. Ripin dan beberapa orang pemuda kampung menuduh Zahar
sebagai puncanya. Ibu Zahar memanggil pihak Jabatan Kesihatan
untuk mengadakan siasatan tetapi gagal untuk mengenal pasti
punca serangan tersebut. Zahar yang berusaha mengesan puncanya mendapati Morganlah penyebabnya. Zahar
berjaya mencipta formula MONPUS, iaitu gabungan ekstrak cecair antara Morgan dengan Pus Pus. Formulanya
dipatenkan dan dikomersialkan kerana dapat menghapuskan ulat-ulat bulu di Kampung Maju Jaya. Walaupun
dapat membantu penduduk kampung, Zahar sedih kerana terpaksa mengorbankan Morgan. Ripin yang
melakukan jenayah telah ditangkap oleh polis. Zahar pula menerima Anugerah Sains Negara yang disampaikan
oleh ayahnya sendiri. Kegembiraan Zahar berganda apabila ayahnya melamar ibunya semula.

Tema
Kegigihan seorang mahasiswa membuat penyelidikan untuk menyelamatkan penduduk kampung daripada
serangan ulat bulu.

Persoalan
1 Persoalan pencemaran alam sekitar.
2 Persoalan keindahan alam semula jadi.

143

(6)Masteri BM Tkt 2-Petikan & Novel(B).indd 143 11/2/21 5:09 PM


3 Persoalan perasaan dendam yang memudaratkan diri.
4 Persoalan kasih sayang dalam keluarga.
5 Persoalan kepentingan sains dalam kehidupan.
6 Persoalan keberanian untuk mempertahankan hak.

Watak dan Perwatakan

Watak Utama – Zahar


Anak lelaki tunggal Qistina Asraf dengan Profesor Dr. Baharuddin, iaitu penuntut dalam bidang Biologi
di Universiti Teknologi Malaysia.
Perwatakan
1 Gemar membaca 4 Pandai bersilat
2 Simpati akan nasib ibunya 5 Taat perintah agama
3 Sangat berminat terhadap serangga 6 Pencinta alam semula jadi
Watak Sampingan 1 – Qistina Asraf Watak Sampingan 2 – Mawar
Seorang guru dan ibu kepada Zahar. Rakan sekuliah dan sekampung dengan Zahar.
Perwatakan Perwatakan
1 Pandai memasak 1 Bersopan santun
2 Aktif dalam Persatuan Penulis 2 Penuntut yang rajin
3 Sentiasa menyokong minat anaknya 3 Tidak mudah berasa cemburu
4 Tidak berdendam dengan bekas suaminya 4 Selalu mengambil berat akan diri Zahar

Latar

Latar Tempat Latar Masa Latar Masyarakat

1 Pulau Pisang 1 Pagi 1 Masyarakat yang meminati dunia serangga


2 Makmal Zahar 2 Petang 2 Masyarakat yang mementingkan pengetahuan
Novel

3 Hospital Pontian 3 Malam 3 Masyarakat yang mempercayai perkara tahayul


4 Kampung Maju Jaya 4 Tengah hari 4 Masyarakat yang terlibat dengan kegiatan haram
PT3
Plot

Binaan Plot Teknik Plot


Permulaan Pemerian
Zahar yang begitu obses dengan dunia serangga sejak kecil Pengarang memerihalkan Zahar yang
terutamanya ulat bulu dan rama-rama telah membina sebuah bukan sahaja suka bermain dengan
makmal kecil di sebelah rumahnya. Ibu Zahar, iaitu Qistina sentiasa serangga tetapi juga dengan katak
menggalakkan Zahar untuk mengembangkan minatnya. puru dan lipas.
Perkembangan Imbas Muka
Zahar pergi ke Tanjung Piai untuk mencari pengganti Pus Pus yang Qistina mahu mengambil Faridah
semakin lemah. Dia meneruskan pencarian di Kem Kaizen, namun menjadi anak angkatnya kerana dia
gagal. Akhirnya, Zahar pergi ke Pulau Pisang dan menemukan yakin bahawa Faridah akan berjaya
spesies Monarch untuk meneruskan baka Pus Pus. pada masa hadapan.
Perumitan Imbas Kembali
Tindakan Zahar membelasah Ripin kerana mencuri tong gas Zahar teringat akan cerita datuknya
menimbulkan dendam di hati Ripin. Apabila ulat bulu berintik hitam tentang serangan lanun di Pulau
menyerang Kampung Maju Jaya, Ripin dan beberapa orang pemuda Pisang sekitar tahun 1830-an.
kampung menuduh Zahar sebagai puncanya.

144

(6)Masteri BM Tkt 2-Petikan & Novel(B).indd 144 11/2/21 5:09 PM


Binaan Plot Teknik Plot
Klimaks Kejutan
Jabatan Kesihatan gagal untuk mengenal pasti punca serangan itu. Pembaca terkejut apabila Morgan
Zahar yang berusaha mengesan puncanya mendapati Morganlah hilang dari sarang dan kembali ke
penyebabnya. Zahar berjaya mencipta formula MONPUS untuk sarangnya pada keesokan harinya
menghapuskan serangan ulat-ulat bulu di Kampung Maju Jaya. dengan perubahan ciri fizikal.
Peleraian Saspens
Ripin yang melakukan jenayah ditangkap oleh polis. Zahar menerima Pembaca tertanya-tanya tentang
Anugerah Sains Negara yang disampaikan oleh ayahnya sendiri. keadaan Zahar setelah dia terkena
Kegembiraan Zahar berganda apabila ayahnya melamar ibunya pisau lipat yang dilibas oleh Ripin
semula. ke badan Zahar.

Gaya Bahasa

Simile Tiba-tiba fikiran Fikri seperti dihempap beban yang berat


Personifikasi Burung-burung berkicauan menyambut kedatangan pagi
Inversi Beberapa minit kemudian, mereka sudah memasuki pekarangan sekolah.
Peribahasa bagai ikan pulang ke lubuk; seperti mencurah garam ke laut; tidur mati
Metafora lautan masa; mahligai cinta; tirai kehidupan; api kemarahan
Bahasa Arab solat; Insya-Allah; Astaghfirullah al-adzim; Allahuakbar
Bahasa Inggeris adventure; assignment; ready; sorry; advance
Sinkope “Jomlah. Aku dah tak sabar nak masuk ni!”

Nilai
1 Ketekunan 4 Kerjasama PT3
2 Kesyukuran 5 Keberanian

Novel
3 Kebijaksanaan 6 Kasih sayang

Pengajaran
1 Kita hendaklah sentiasa menghormati golongan yang lebih tua.
2 Kita mestilah menyayangi ibu yang telah banyak berjasa kepada kita.
3 Kita perlulah bersabar dan tekun melakukan sesuatu perkara sehingga berjaya.
4 Kita tidak harus berdendam kerana tindakan itu akan merosakkan perhubungan sesama insan.
5 Kita haruslah berfikiran rasional dan tidak terburu-buru meletakkan kesalahan kepada orang lain.

Jalan ke Puncak – Juri Durabi

Sinopsis
Novel ini mengisahkan Laiman, iaitu pelajar dalam bidang
Kejuruteraan dari Sabah yang menjalani latihan di syarikat Shell
di Sarawak. Laiman disenangi oleh pengurus dan kawan-kawan
di tempat latihannya kerana dia rajin dan bertanggungjawab.
Di situ, Laiman berkawan baik dengan rakan sepejabat seperti Sukri.
Laiman juga rapat dengan Soniah yang akan menyambungkan
pelajaran dalam bidang yang sama dengan Laiman. Muluk
cemburu akan hubungan Laiman dan Soniah. Muluk yang terlibat
dalam pembakaran tangki minyak semasa ketiadaan Laiman
di tempat kerja telah ditangkap oleh polis. Selepas tamat belajar,
Laiman mengambil keputusan untuk bekerja sendiri. Sepupunya,

145

(6)Masteri BM Tkt 2-Petikan & Novel(B).indd 145 11/2/21 5:09 PM


iaitu Milan hairan dengan keputusan Laiman manakala ayah Laiman, iaitu Pak Kiassim pula mengharapkan
Laiman bekerja makan gaji sesuai dengan dirinya sebagai lulusan universiti. Namun begitu, Laiman tetap dengan
pendiriannya. Akhirnya, Pak Kiassim akur dengan kehendak Laiman. Pak Sahok juga mengalah dan mengizinkan
tanah paya di sebelah tanahnya digunakan oleh Laiman untuk projek ternakan ikan air tawar. Laiman dan kawan-
kawan bekerja keras setelah mendapat keizinan tersebut. Mereka juga menternak udang harimau. Laiman hidup
senang kerana usahanya sebagai penternak ikan air tawar, pemilik kedai makan dan pemborong kelapa berjaya.
Projek ternakan ikan air tawarnya menjadi projek contoh di daerah itu. Laiman bersyukur kerana dahulu pernah
Laiman diejek kerana kerjayanya itu tetapi sekarang dia disanjung. Dengan kejayaannya sekarang, Laiman mula
memikirkan perancangan untuk mengembangkan fasa hubungannya dengan Soniah yang dicintainya dalam diam.

Tema
Kegigihan anak muda lulusan universiti mencapai cita-citanya untuk menjadi usahawan yang berjaya.

Persoalan
1 Persoalan kasih sayang dalam keluarga. 4 Persoalan kesungguhan dalam pekerjaan.
2 Persoalan percintaan dalam kalangan remaja. 5 Persoalan hubungan masyarakat pelbagai kaum.
3 Persoalan kemiskinan dalam kalangan masyarakat. 6 Persoalan kepentingan pelajaran dalam kehidupan.

Watak dan Perwatakan

Watak Utama – Laiman


Anak kedua Pak Kiassim, iaitu lulusan Ijazah Sarjana Muda Jurusan Kejuruteraan.
Perwatakan
1 Berfikiran terbuka 4 Taat perintah agama
2 Cekap dalam menguruskan kerja 5 Jujur dalam pekerjaan
3 Bercita-cita untuk menjadi usahawan 6 Amat menghormati orang tua
Watak Sampingan 1 – Milan Watak Sampingan 2 – Pak Kiassim
Sepupu yang menjadi kawan rapat Laiman. Bapa Laiman seorang duda kematian isteri.
Novel

Perwatakan Perwatakan
1 Rajin bekerja 1 Memaafkan tindakan Laiman
PT3
2 Tidak mudah putus asa 2 Berbangga dengan kejayaan Laiman
3 Amat menghargai jasa Laiman 3 Mengambil berat masa hadapan anak-anak
4 Sentiasa menyokong usaha Laiman 4 Mengharapkan anak-anak bekerja makan gaji

Latar

Latar Tempat Latar Masa Latar Masyarakat

1 Rumah Laiman 1 Hari Ahad 1 Masyarakat yang berpegang pada adat


2 Gerai Pitas 2 Dua tahun 2 Masyarakat yang menghormati orang tua
3 Bandar Miri 3 Tiga bulan 3 Masyarakat yang kuat cemburu dan busuk hati
4 Bandar Kuching 4 Enam bulan 4 Masyarakat yang memilih untuk bekerja sendiri

Plot

Binaan Plot Teknik Plot


Permulaan Pemerian
Laiman yang menjalani latihan industri di syarikat Shell di Sarawak Pengarang memerihalkan hubungan
disenangi oleh pengurus dan kawan-kawannya di situ kerana Laiman Laiman dengan Sukri yang bermula
seorang yang rajin dan amat bertanggungjawab dalam pekerjaan. dengan senyuman dari jauh pada hari
pertama Laiman tiba di pejabat itu.

146

(6)Masteri BM Tkt 2-Petikan & Novel(B).indd 146 11/2/21 5:09 PM


Binaan Plot Teknik Plot
Perkembangan Imbas Muka
Semasa menjalani latihan di pejabat itu, Laiman berkawan baik Laiman ingin mengajar penduduk
dengan Sukri. Laiman juga berkawan rapat dengan Soniah yang akan kampungnya untuk berdikari dan
melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama dengan Laiman. mahu menaikkan taraf hidup mereka
pada mata masyarakat luar.
Perumitan Imbas Kembali
Muluk cemburu akan hubungan Laiman dan Soniah. Tangki minyak Laiman teringat akan peristiwa dia
yang baru dibaiki oleh Laiman terbakar semasa Laiman berada turun naik pejabat kerana ingin
di Kuching. Keputusan Laiman untuk bekerja sendiri ditentang oleh mencari penaja untuk membiayai
ayahnya. pengajiannya di universiti dahulu.
Klimaks Monolog Dalaman
Muluk yang terlibat dalam pembakaran tangki minyak semasa Laiman berfikir bahawa dia patut
ketiadaan Laiman telah ditangkap oleh polis. Pak Sahok pula menemui Milan yang mungkin
mengalah dan mengizinkan tanah paya di sebelah tanahnya mempunyai cadangan yang baharu
digunakan untuk projek ternakan ikan air tawar. yang dapat dibincangkan bersama.
Peleraian Kejutan
Laiman hidup senang kerana usahanya berjaya manakala projek Pembaca terkejut apabila Pak Sahok
ternakan ikan air tawarnya menjadi projek contoh di daerah itu. mengizinkan Laiman mengusahakan
Laiman mula memikirkan perancangan untuk memulakan hubungan tanah paya itu untuk projek ternakan
bercorak baharu dengan Soniah. ikan air tawar.

Gaya Bahasa

Simile Berita itu seperti petir yang menyambar hatinya.


Personifikasi Petang semakin tua.
PT3

Novel
Inversi Di universiti tak ada masa terluang untuk berehat.
Peribahasa telunjuk lurus kelengkeng berkait
Metafora gunung penyesalan; tabir kenangan
Hiperbola Malam itu seakan-akan membawa seribu warna padanya.
Sinkope “Tak ada apa-apa. Saja nak tanya.”
Perulangan kata Aku anak selut dan kembali ke selut juga.

Nilai
1 Baik hati
2 Kerjasama
3 Keprihatinan
4 Keinsafan
5 Kegigihan
6 Kasih sayang

Pengajaran
1 Kita mestilah bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.
2 Kita hendaklah selalu berfikiran terbuka dan menghormati keputusan seseorang.
3 Kita haruslah berkongsi ilmu pengetahuan dengan orang lain demi kebaikan bersama.
4 Kita perlulah tabah menghadapi dugaan dan cabaran dalam usaha untuk mencapai cita-cita.
5 Kita tidak boleh bersikap cemburu kerana tindakan tersebut akan merosakkan diri sendiri.

147

(6)Masteri BM Tkt 2-Petikan & Novel(B).indd 147 11/2/21 5:09 PM


Praktis Berformat PT3
Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2.
(i) Jalan ke Puncak, karya Juri Durabi
(ii) Meniti Impian, karya Mohd. Osman Ayob
(iii) Jejak MONPUS, karya Zulaiha Paikon
(iv) Darah Titik di Semantan, karya Arman Sani

Praktis 1

Huraikan tiga nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel yang anda pelajari. [10 markah]

Novel Jalan ke Puncak


1 Nilai kasih sayang
Nenek Laiman sanggup membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk memastikan Laiman mendapat peluang untuk
melanjutkan pengajian di peringkat pendidikan tinggi.
2 Nilai tanggungjawab
Sukri memantau selia pekerjaan Laiman dengan penuh tanggungjawab semasa Laiman menjalani latihan praktikal di syarikat
minyak.
3 Nilai baik hati
Laiman tidak menunjukkan sikap marah apabila Kedek dan Muali yang dilatihnya bertindak meninggalkan projek yang akan
dijalankan.
Novel

PT3
Novel Meniti Impian
1 Nilai kasih sayang
Zahar sentiasa membantu ibunya menetak mengkuang pada musim cuti semester.
2 Nilai kegigihan
Zahar mendengar penerangan dan pesanan daripada Cikgu Baharum dengan teliti sehingga dia berjaya dalam peperiksaan
peringkat pertengahan.
3 Nilai bantu-membantu
Zahar sentiasa membantu bapa saudaranya, Pak Yusuf di bengkel perabot untuk menyiapkan tempahan perabot daripada
orang ramai.

Novel Jejak MONPUS


1 Nilai kasih sayang
Qistina amat menyayangi Zahar dan mencadangkan anaknya itu memusnahkan makmalnya kerana bimbang akan
keselamatan Zahar apabila penduduk kampung menyalahkan anaknya membiak ulat bulu berintik hitam.

148

(6)Masteri BM Tkt 2-Petikan & Novel(C).indd 148 10/29/21 4:52 PM


2 Nilai keberanian
Zahar dengan beraninya ke Pulau Pisang untuk mencari penawar bagi mengatasi penyakit kulit gatal yang dialami oleh
penduduk kampung setelah diserang ulat bulu berintik hitam.
3 Nilai simpati
Zahar bersimpati terhadap nasib penduduk Kampung Maju Jaya yang menghidap pelbagai penyakit seperti penyakit kulit
gatal apabila diserang ulat bulu berintik hitam.

Novel Darah Titik di Semantan


1 Nilai keberanian
Datuk Bahaman dengan beraninya menentang dan menewaskan Desborough dan 50 orang mata-mata Inggeris yang
dibawanya.
2 Nilai cinta akan tanah air
Datuk Bahaman menentang penjajah Inggeris demi menyelamatkan tanah air dan menganggap golongan penjajah tidak
boleh diberi muka di bumi Semantan.
3 Nilai kerjasama
Semangat bekerjasama itu terbukti apabila Zahid, Samad, Rahman dan Awang Muhammad bersama-sama membina kubu
di Teluk Sengarat. Apabila kubu itu siap dibina, Datuk Bahaman, Mat Lela dan Tuk Selampit bertugas untuk mengawal
tempat tersebut.

PT3

Novel
Praktis 2

Huraikan perwatakan watak utama yang terdapat dalam novel yang anda pelajari. [10 markah]

Novel Jalan ke Puncak


Watak utama: Laiman
Perwatakan:
1 Seorang yang tabah
Laiman tabah menghadapi segala dugaan untuk mencapai cita-citanya terutamanya dalam bidang perusahaan. Kejayaan
Laiman semakin cemerlang apabila Jabatan Pertanian berjanji untuk membantunya memperbesar perusahaan ternakan ikan
air tawarnya.

149

(6)Masteri BM Tkt 2-Petikan & Novel(C).indd 149 10/29/21 4:52 PM


2 Seorang yang baik hati
Laiman tidak menunjukkan sikap marah apabila Kedek dan Muali yang dilatihnya bertindak meninggalkan projek yang akan
dijalankan.
3 Seorang yang berani mengambil risiko
Laiman berani menolak tawaran bekerja di sektor kerajaan sebaliknya mengambil keputusan untuk menceburi bidang
perusahaan dengan mengusahakan ladang tembikai dan menternak ikan air tawar serta udang harimau.

Novel Meniti Impian


Watak utama: Zahar
Perwatakan:
1 Seorang yang taat kepada ibu bapa
Zahar sentiasa membantu ibunya menetak mengkuang pada musim cuti semester. Dia juga selalu membantu adik-adiknya
dalam pelajaran.
2 Seorang yang gigih menuntut ilmu
Zahar mendengar penerangan dan pesanan daripada Cikgu Baharum dengan teliti sehingga dia berjaya dalam peperiksaan
peringkat pertengahan.
3 Seorang yang berbudi bahasa
Zahar beramah mesra dengan para pekerja kilang dan sikap Zahar yang suka merendah diri disenangi oleh pekerja kilang.

Novel Jejak MONPUS


Novel

Watak utama: Zahar


PT3 Perwatakan:
1 Seorang yang berani
Zahar dengan beraninya ke Pulau Pisang untuk mencari penawar bagi mengatasi penyakit kulit gatal yang dialami oleh
penduduk kampung setelah diserang ulat bulu berintik hitam.
2 Seorang yang bersimpati
Zahar bersimpati terhadap nasib penduduk Kampung Maju Jaya yang menghidap pelbagai penyakit seperti penyakit kulit
gatal apabila diserang ulat bulu berintik hitam.
3 Seorang penyabar
Zahar sabar mencari formula untuk menyelamatkan penduduk kampung daripada serangan ulat bulu berintik hitam.

Novel Darah Titik di Semantan


Watak utama: Datuk Bahaman
Perwatakan:
1 Seorang yang berani
Datuk Bahaman dengan beraninya menentang dan menewaskan Desborough dan 50 orang mata-mata Inggeris yang
dibawanya.

150

(6)Masteri BM Tkt 2-Petikan & Novel(C).indd 150 10/29/21 4:52 PM


2 Seorang yang bersemangat patriotik
Datuk Bahaman menentang penjajah Inggeris demi menyelamatkan tanah air dan menganggap golongan penjajah tidak
boleh diberi muka di bumi Semantan.
3 Seorang yang berpegang pada janji
Datuk Bahaman berpegang pada janji bahawa beliau tidak akan menembak askar sultan walaupun terpaksa menderita dan
anaknya mati sewaktu bertempur dengan askar sultan dan Inggeris.

Praktis 3

Latar masyarakat ialah gambaran kehidupan masyarakat yang dipaparkan dalam sesebuah karya.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tiga latar masyarakat berserta dengan contoh peristiwa
yang sesuai. [10 markah]

Novel Jalan ke Puncak


1 Masyarakat yang bersemangat patriotik.
PT3
Laiman sentiasa menyokong dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu rakyat dengan memilih untuk berdikari

Novel
dan bekerja sendiri.
2 Masyarakat yang berdikari
Laiman sanggup bekerja sendiri sebagai petani dengan mengusahakan tanaman tembikai dan menternak ikan air tawar
walaupun dirinya mempunyai pilihan untuk bekerja dalam sektor kerajaan, iaitu di Jabatan Pertanian.
3 Masyarakat yang berani mengambil risiko
Laiman berani menolak tawaran bekerja di sektor kerajaan sebaliknya mengambil keputusan untuk menceburi bidang
perusahaan dengan mengusahakan ladang tembikai dan menternak ikan air tawar serta udang harimau.

Novel Meniti Impian


1 Masyarakat yang mementingkan pendidikan
Pak Yusuf sentiasa memberikan dorongan dan motivasi kepada Zahar supaya terus gigih dalam pelajaran supaya Zahar dapat
mengejar cita-citanya sebagai usahawan perabot yang berjaya pada suatu hari nanti.
2 Masyarakat yang berbudi bahasa
Zahar sentiasa beramah mesra dengan para pekerja kilang dan sikapnya yang suka merendah diri menyebabkan dia disenangi
oleh para pekerja kilang.

151

(6)Masteri BM Tkt 2-Petikan & Novel(C).indd 151 10/29/21 4:52 PM


3 Masyarakat yang gigih menuntut ilmu
Zahar mendengar penerangan dan pesanan daripada Cikgu Baharum dengan teliti sehingga dia berjaya dalam peperiksaan
peringkat pertengahan.

Novel Jejak MONPUS


1 Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan
Zahar sering menjalankan eksperimen untuk kepentingan masyarakat umum. Akhirnya, Zahar berjaya mencipta formula
MONPUS, iaitu racun serangga yang dapat menghapuskan ulat bulu berintik hitam dan menyelamatkan penduduk
kampung.
2 Masyarakat yang suka berdendam
Ripin berdendam dengan Zahar dan sentiasa mencari jalan untuk membuat provokasi terhadap Zahar dan mengkhianatinya.
3 Masyarakat yang berani dalam melakukan sesuatu perkara
Zahar dengan beraninya ke Pulau Pisang untuk mencari penawar bagi mengatasi penyakit kulit gatal yang dialami oleh
penduduk kampung setelah diserang ulat bulu berintik hitam.

Novel Darah Titik di Semantan


1 Masyarakat yang cinta akan tanah air
Datuk Bahaman, Datuk Panglima Raja dan semua penduduk Semantan sanggup bergadai nyawa menentang penjajah
Inggeris demi mempertahankan tanah air tercinta.
2 Masyarakat yang berani
Novel

Datuk Bahaman dengan beraninya menentang dan menewaskan Desborough dan 50 orang mata-mata Inggeris yang
PT3 dibawanya.
3 Masyarakat yang bijak mengatur strategi
Datuk Panglima Raja bijak menggunakan helah bubur ubi gadung untuk memerangkap mata-mata Inggeris.

152

(6)Masteri BM Tkt 2-Petikan & Novel(C).indd 152 10/29/21 4:52 PM


Pemindahan Maklumat
Kertas 1 (Bahagian C)

Format Respons Terhad


1 Terdiri daripada tiga jenis bahan, iaitu ulasan, ringkasan dan rumusan.
2 Jumlah markah untuk bahagian ini ialah 15 markah.
3 Dua daripada tiga jenis bahan tersebut akan keluar dalam peperiksaan.
4 Calon dikehendaki memilih satu soalan sahaja.
5 Setiap jenis bahan mempunyai kaedah khusus untuk menjawab.

Ulasan
Panduan Menulis Ulasan
1 Panjang ulasan mestilah antara 80 hingga 100 patah perkataan.
2 Ulasan boleh ditulis dalam satu perenggan sahaja.
3 Ulasan boleh ditulis berserta pendahuluan/penutup atau tanpa pendahuluan/penutup.
4 Isi tersurat dan isi tersirat wajib dimasukkan dalam jawapan ulasan.
5 Ungkapan menarik seperti peribahasa digalakkan untuk mendapatkan markah bonus.

Kriteria Permakahan

Peringkat Markah Kriteria


Idea
• Isi tersurat dan tersirat yang relevan dengan bahan
• Ulasan idea yang jelas dan matang
Cemerlang 13 – 15 Bahasa
• Ayat gramatis • Penanda wacana yang betul
• Kosa kata luas dan tepat • Kesalahan bahasa yang minimum
• Ejaan dan tanda baca betul PT3

Pemindahan Maklumat
Idea
• Isi tersurat dan tersirat yang relevan dengan bahan
• Ulasan idea yang jelas
Bahasa
Baik 09 – 12 • Ayat masih gramatis
• Kosa kata luas
• Ejaan dan tanda baca masih betul
• Penanda wacana yang masih betul
• Kesalahan bahasa yang masih minimum
Idea
• Isi tersurat atau tersirat yang masih relevan dengan bahan
• Ulasan idea yang kurang jelas
Memuaskan 05 – 08 Bahasa
• Ayat kurang gramatis
• Kosa kata terhad
• Kesalahan bahasa yang ketara
Penguasaan Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang
01 – 04
Minimum tidak cekap. Tidak menjawab tugasan.

153

(7)Masteri BM Tkt 2-Pemindahan Maklumat.indd 153 10/29/21 4:55 PM


Praktis Berformat PT3
Praktis 1
Tema 2: Kesihatan dan Kebersihan
Kemahiran Menulis
S.P 3.4.2 Menulis perenggan isi dengan membina pelbagai ayat topik, ayat huraian, ayat contoh dan ayat penegas secara terancang.

Lihat poster di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam poster tersebut, tulis ulasan
yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Penularan Wabak Virus COVID-19

Dunia pada hari ini telah digemparkan dengan penularan pandemik COVID-19 yang telah meragut beribu-ribu nyawa dan
Pemindahan Maklumat

menular di seluruh dunia. Kemunculan virus COVID-19 ini telah menjejaskan tahap kesihatan penduduk dunia. Simptom-
simptom yang menunjukkan seseorang itu dijangkiti virus ini adalah seperti kesukaran bernafas, batuk dan demam yang
berterusan melebihi 14 hingga 21 hari. Kesan buruk virus ini boleh menyebabkan maut kepada siapa-siapa yang dijangkiti.
Seterusnya, penularan virus COVID-19 turut menjejaskan ekonomi sesebuah negara. Kemunculan virus COVID-19 telah
PT3 menyedarkan kita tentang pentingnya penjagaan kebersihan. Oleh itu, kita perlulah menekankan aspek kebersihan untuk
membanteras virus COVID-19 daripada terus membinasakan dunia.






(93 patah perkataan)

154

(7)Masteri BM Tkt 2-Pemindahan Maklumat.indd 154 10/29/21 4:55 PM


Praktis 2
Tema 3: Kerjaya Mercu Impian
Kemahiran Menulis
S.P 3.4.2 Menulis perenggan isi dengan membina pelbagai ayat topik, ayat huraian, ayat contoh dan ayat penegas secara terancang.

Lihat poster di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam poster tersebut, tulis ulasan
yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Pertubuhan Johor untuk Anak Johor

Satu Karnival Kerjaya Johor akan diadakan pada 7 hingga 8 Oktober 20__ di Dataran Mahkota, Kota Iskandar yang melibatkan
PT3
100 majikan. Terdapat 7000 kekosongan jawatan yang akan ditawarkan melalui karnival ini. Tujuan Karnival Kerjaya Johor

Pemindahan Maklumat
diadakan adalah untuk menyediakan platform bagi rakyat mendapatkan informasi dan membantu mereka mendapatkan
pekerjaan dalam pelbagai sektor. Orang ramai dijemput hadir kerana boleh mendapatkan maklumat, panduan dan khidmat
nasihat mengenai pekerjaan, perundangan, perburuhan dan pembangunan swadaya insan di karnival berkenaan. Sesiapa yang
berminat boleh menghubungi urusetia untuk mendapatkan maklumat lanjut di talian 07-266xxxx atau 019- 728xxxx.







(82 patah perkataan)

155

(7)Masteri BM Tkt 2-Pemindahan Maklumat.indd 155 10/29/21 4:55 PM


Praktis 3
Tema 4: Integriti Amalan Kita
Kemahiran Menulis
S.P 3.4.2 Menulis perenggan isi dengan membina pelbagai ayat topik, ayat huraian, ayat contoh dan ayat penegas secara terancang.

Lihat rajah di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam rajah tersebut, tulis ulasan yang
panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Usaha-usaha Membantu
Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU)

Memberi peluang Menyediakan infrastruktur Menyediakan peluang


kepada mereka untuk yang mesra OKU untuk menyambung
mendapatkan kemahiran- pelajaran di peringkat
kemahiran dalam pelbagai yang lebih tinggi kepada
bidang OKU

Orang Kelainan Upaya (OKU) didefinisikan sebagai seorang yang mengalami kekurangan atau kecederaan kekal fizikal atau
kecacatan mental yang mempunyai kesan jangka panjang ke atas keupayaannya untuk melakukan ativiti seharian secara normal.
Pihak kerajaan perlu memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan kemahiran dalam pelbagai bidang. Mereka harus
diberi peluang mengikuti latihan kemahiran seperti membaiki kenderaan, membuat kek dan keropok di Pusat Giat Mara, Kolej
Komuniti dan sebagainya. Selain itu, pihak kerajaan juga haruslah menyediakan infrastruktur mesra OKU. Seterusnya,
peluang diberikan oleh kerajaan kepada OKU untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Tuntasnya, golongan
Pemindahan Maklumat

OKU sangat memerlukan bantuan untuk meneruskan dan memajukan diri mereka ke tahap yang lebih baik lagi.


PT3







(100 patah perkataan)

156

(7)Masteri BM Tkt 2-Pemindahan Maklumat.indd 156 10/29/21 4:55 PM


Praktis 4
Tema 5: Bahasa dan Sastera
Kemahiran Menulis
S.P 3.4.2 Menulis perenggan isi dengan membina pelbagai ayat topik, ayat huraian, ayat contoh dan ayat penegas secara terancang.

Lihat poster di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam poster tersebut, tulis ulasan
yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Festival Bahasa dan Sastera merupakan program anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Kementerian Pendidikan
PT3
Malaysia. Festival Bahasa dan Sastera 20__ akan diadakan pada 20 – 22 April 20__ di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka

Pemindahan Maklumat
(DBP). Objektif utama festival ini diadakan adalah untuk menanam rasa kecintaan terhadap bahasa kebangsaan dalam kalangan
murid dan menyediakan suasana penggunaan bahasa kebangsaan yang indah dan santai serta yang baik dan betul dalam kalangan
murid. Pelbagai pertandingan telah diadakan seperti pertandingan koir, pertandingan mendeklamasikan sajak, pertandingan
pidato dan pertandingan bercerita. Sesiapa yang berminat bolehlah melayari laman sesawang http://www.dbp.gov.my bagi
mendapatkan borang penyertaan dan maklumat lanjut tentang festival tersebut.

(81 patah perkataan)

157

(7)Masteri BM Tkt 2-Pemindahan Maklumat.indd 157 10/29/21 4:55 PM


Praktis 5
Tema 13: Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan
Kemahiran Menulis
S.P 3.4.2 Menulis perenggan isi dengan membina pelbagai ayat topik, ayat huraian, ayat contoh dan ayat penegas secara terancang.

Lihat poster di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam jadual tersebut, tulis ulasan yang
panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Sikap bersederhana ialah sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran,
pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri sendiri dan orang lain. Apabila kita mengamalkan sikap
Pemindahan Maklumat

bersederhana, kita dapat memastikan peruntukan wang sentiasa mencukupi. Selain itu, sikap bersederhana juga dapat
menguruskan perbelanjaan secara berhemat kerana kita dapat mengelakkan perbuatan membazir. Melalui amalan yang mulia ini
juga kita dapat menambahkan wang simpanan kita. Oleh itu, sikap bersederhana perlu menjadi amalan setiap orang.
Amalan yang mulia ini jika diamalkan akan membawa seribu kebaikan.

PT3

(83 patah perkataan)

158

(7)Masteri BM Tkt 2-Pemindahan Maklumat.indd 158 10/29/21 4:55 PM


Ringkasan
Panduan Menulis Ringkasan
1 Markah diberikan sebanyak 15 markah bagi petikan berfokus.
2 Panjang ringkasan mestilah antara 80 hingga 100 patah perkataan. (Sekiranya jumlah perkataan melebihi
100 patah perkataan, palang (/) dan garis melintang (—) selepas perkataan ke-100 akan ditanda dan akan
dibaca hingga ayat itu berakhir.)
3 Tandai lima isi penting.
4 Tidak perlu perenggan pendahuluan.
5 Ambil kata tugas daripada petikan dan bina ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal ayat.
6 Ayat haruslah gramatis.

Bilangan Isi Markah


5 10
4 8
3 6
2 4
1 2

Kriteria Pemarkahan Bahasa (5 Markah)

Peringkat Markah Kriteria


• Bahasa baik dan lancar
• Ayat sendiri, pemilihan kata tepat, ayat gramatis
Cemerlang 4–5
• Wacana sesuai
• Ejaan dan tanda baca yang betul dan tepat
PT3
• Bahasa masih baik

Pemindahan Maklumat
• Masih guna ayat sendiri, pemilihan kata masih tepat, ayat masih gramatis
Baik 2–3
• Wacana masih sesuai
• Ejaan dan tanda baca yang masih betul
• Bahasa kurang lancar
• Terdapat kesalahan dalam penggunaan ayat, pemilihan kata kurang
tepat, ayat kurang gramatis
Memuaskan 1
• Wacana kurang sesuai
• Ejaan dan tanda baca yang kurang tepat
• Menyalin petikan secara terpilih

159

(7)Masteri BM Tkt 2-Pemindahan Maklumat.indd 159 10/29/21 4:55 PM


Praktis Berformat PT3
Praktis 1
Tema 2: Menimba Ilmu
Kemahiran Menulis
Menulis dan menyusun maklumat serta membuat ringkasan daripada pelbagai bahan prosa menggunakan ayat yang gramatis dan penanda
S.P 3.5.1
wacana yang sesuai..

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang peranan ibu
bapa dalam melahirkan generasi berilmu. Panjangnya ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah
perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Generasi kini ialah pemimpin masa hadapan. Ibu bapa berperanan penting untuk melahirkan generasi
muda yang mencintai ilmu. Dalam hal ini, anak-anak perlu dididik tentang kepentingan ilmu pengetahuan
sejak kecil. Hal ini bertepatan dengan peribahasa, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ibu bapa yang
bertanggungjawab mencanai dan menggilap mereka, sama ada seindah pelangi atau semalap awan
hitam masa hadapan mereka. Hal ini membuktikan bahawa betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam
melahirkan generasi yang berilmu. Realitinya, ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak untuk
melahirkan generasi berilmu. Ibu bapa memberi pengaruh yang besar kepada anak-anak. Hal ini dikatakan
begitu kerana anak-anak menghabiskan masa yang banyak di rumah. Sehubungan itu, rumah menjadi
sumber utama bagi anak menimba ilmu pengetahuan. Ibu bapa semestinya menerangkan kepentingan ilmu
kepada anak-anak secara berhemah dan lemah lembut. Dengan cara ini, anak-anak generasi baharu dapat
menerima pengajaran ibu bapa dengan hati yang terbuka.
Sementelahan itu, ibu bapa yang memikul obligasi untuk melahirkan generasi muda yang berilmu harus
menggalakkan anak ke majlis ilmu. Anak-anak dapat membuka mata untuk mempelajari ilmu pengetahuan
yang baharu memandangkan ilmu boleh didapati melalui pelbagai cara. Sesungguhnya, dengan
wujudnya sudut bacaan, anak-anak lebih terdedah dengan suasana pembelajaran yang kondusif di rumah.
Anak-anak juga boleh mengisi masa lapang dengan membaca buku untuk menimba ilmu pengetahuan.
Oleh itu, ibu bapa hendaklah menyediakan pelbagai bahan bacaan di rumah untuk keperluan bacaan anak-
anak. Ilmu itu pelita hidup. Tanpa ilmu, seseorang itu bagaikan orang buta yang kehilangan tongkat. Ibu
bapa sepatutnya menjadi entiti misali bagi anak-anak mereka kerana anak ibarat kain putih, ibu bapalah
Pemindahan Maklumat

yang mencorakkannya. Ibu bapa juga boleh menghadiahi anak-anak buku dan bahan bacaan yang
berkualiti. Elakkan membeli buku picisan untuk anak-anak. Hal ini dapat meningkatkan kegemaran anak
untuk membaca. Ibu bapa haruslah memastikan yang anak mendapat buku yang berkualiti di samping
meningkatkan ilmu pengetahuan mereka. Ibu bapa sewajarnya menggalakkan anak menyertai pertandingan
seperti pertandingan menulis esei, pidato, berbahas, bercerita ataupun forum. Tidak dapat dinafikan bahawa
hal ini dapat mencungkil bakat mereka. Selain itu, mereka juga akan mendapat pelbagai pengalaman
PT3 yang berguna, bak kata peribahasa, “kepimpinan melalui teladan”. Jelaslah bahawa penyertaan dalam
pertandingan juga dapat melahirkan bakal pemimpin yang berbakat. Ingatlah “pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara”. Jadi, bagi merealisasikan hasrat negara dalam melahirkan generasi berilmu semua
pihak perlulah memainkan peranan sejajar dengan pelan pembangunan negara yang dibentuk.

Antara peranan ibu bapa dalam melahirkan generasi berilmu adalah dengan menjadi suri teladan kepada anak-anak. Selain itu,
ibu bapa semestinya menerangkan kepentingan ilmu kepada anak-anak secara berhemah dan lemah lembut serta menggalakkan
anak menghadiri majlis ilmu. Seterusnya, ibu bapa haruslah mewujudkan sudut bacaan dan menyediakan pelbagai bahan bacaan
di rumah. Akhir sekali, ibu bapa juga boleh menghadiahi anak-anak buku dan bahan bacaan yang berkualiti.

(57 patah perkataan)

160

(7)Masteri BM Tkt 2-Pemindahan Maklumat.indd 160 10/29/21 4:55 PM


Praktis 2
Tema 5: Bahasa dan Sastera
Kemahiran Menulis
Menulis dan menyusun maklumat serta membuat ringkasan daripada pelbagai bahan prosa menggunakan ayat yang gramatis dan penanda
S.P 3.5.1
wacana yang sesuai.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang peranan
bahasa Melayu. Panjangnya ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda
digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Pada kelazimannya, istilah bahasa kebangsaan merujuk kepada satu bahasa yang dikaitkan dengan
sesebuah negara. Bahasa yang dipilih untuk menjadi bahasa kebangsaan biasanya ialah bahasa setempat
atau bahasa peribumi. Bahasa kebangsaan sering dijadikan simbol jati diri nasional yang sama untuk
seluruh rakyat sesebuah negara. Dalam hal ini, seperti kebanyakan negara, Malaysia memiliki hanya satu
bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu. Dengan menggunakan satu bahasa kebangsaan sahaja, negara
kita telah berjaya membentuk satu identiti nasional yang sama dalam kalangan rakyat. Bahasa Melayu telah
dipilih sebagai bahasa kebangsaan negara kita kerana bahasa Melayu ialah bahasa kumpulan etnik yang
paling besar dan atas kemampuannya sebagai lingua franca, iaitu bahasa perhubungan antara masyarakat
selama beberapa abad di rantau ini. Di samping itu, bahasa Melayu menjadi bahasa pentadbiran kerajaan
Melayu sebelum negara ini dijajah oleh kuasa Barat. Walau bagaimanapun, akibat penjajahan Barat,
perpaduan rakyat di negara kita mulai tergugat. Tindakan onar penjajah itu meninggalkan kesan yang
mendalam sehingga menyukarkan kita untuk menyuburkan jati diri serta citra bangsa yang utuh sifatnya.
Setelah mencapai kemerdekaan, pemimpin-pemimpin kita telah mengambil langkah segera untuk
mengukuhkan perpaduan rakyat yang menjadi teras pembangunan negara. Atas kesedaran itulah, bahasa
Melayu dikembalikan peranannya sebagai alat perpaduan dan seterusnya membangkitkan semangat
kebangsaan rakyat negara ini. Di samping itu, bahasa kebangsaan juga dapat memupuk semangat
kekitaan dalam jiwa rakyat Malaysia, yang bersifat padu dan abadi. Hal tersebut hanya dapat dilakukan
melalui perkongsian satu bahasa kebangsaan yang antaranya digunakan sebagai bahasa pengantar
tunggal dalam sistem pendidikan nasional. Melalui sistem pendidikan tersebut, bahasa kebangsaan juga
berperanan sebagai alat untuk menyatupadukan rakyat dalam negara kita. Sehubungan itu, banyak negara
yang memanfaatkan fungsi bahasa kebangsaan untuk menyatupadukan rakyat. PT3
Melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan sesama rakyat, komunikasi yang berkesan dapat

Pemindahan Maklumat
dizahirkan. Hal ini dikatakan begitu kerana melalui pertuturan satu bahasa yang sama rakyat mudah
memahami antara satu sama lain dan rasa saling menghormati akan dapat diwujudkan. Sesungguhnya,
bahasa kebangsaan bukan sahaja merupakan jiwa rakyat, tetapi sebenarnya ialah maruah negara dan
maruah rakyat negara kita. Dalam konteks ini, martabat dan nama baik bahasa Melayu perlu dijaga.
Bahasa Melayu wajar diletakkan pada kedudukan teratas yakni di atas mana-mana bahasa lain di negara
kita selaras dengan cogan kata, “bahasa jiwa bangsa”.
Dipetik dan diubah suai daripada “Kepentingan Satu Bahasa Kebangsaan”
oleh Teo Kok Seong, Pelita Bahasa, Oktober 2009

Antara peranan bahasa Melayu adalah dapat membentuk satu identiti nasional yang sama dalam kalangan rakyat. Selain itu,
bahasa Melayu berfungsi sebagai lingua franca, iaitu bahasa perhubungan antara masyarakat dan menjadi bahasa pentadbiran
kerajaan Melayu sebelum negara ini dijajah oleh kuasa Barat. Di samping itu, bahasa Melayu juga berfungsi sebagai alat perpaduan
dan seterusnya membangkitkan semangat kebangsaan rakyat negara ini. Seterusnya, bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa
pengantar tunggal dalam sistem pendidikan nasional.
(72 patah perkataan)

161

(7)Masteri BM Tkt 2-Pemindahan Maklumat.indd 161 10/29/21 4:55 PM


Praktis 3
Tema 6: Teladani Sejarah Hargai Warisan
Kemahiran Menulis
Menulis dan menyusun maklumat serta membuat ringkasan daripada pelbagai bahan prosa menggunakan ayat yang gramatis dan penanda
S.P 3.5.1
wacana yang sesuai.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang usaha-usaha
memartabatkan seni tekat. Panjangnya ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.
Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Seni tekat ialah warisan kraf tangan yang dihasilkan dengan cara menyulam benang emas ke atas kain
dasar jenis baldu. Tekat ini juga dikenali sebagai sulaman timbul atau suji timbul. Tekat dijahit pada
mempulur yang dibuat sama ada daripada rotan, buluh atau kertas keras yang telah dibentuk mengikut
rekaan diingini seperti bunga dan pokok-pokok. Dalam usaha untuk mengangkat semula seni tekat ini,
Persatuan Pembuatan Kraf dan Sulaman Tangan Selangor (Scheme) bekerjasama membina jaringan
dalam kalangan pembuat kraf bagi mempromosikan sulaman benang emas itu.
Seterusnya, Persatuan Pembuatan Kraf dan Sulaman Tangan Selangor (Scheme) perlu menganjurkan
bengkel kepada generasi muda bagi memastikan seni tekat ini dapat diwariskan kepada mereka. Bengkel
ini bertujuan memberi pendedahan kepada anak-anak muda, secara tidak langsung dapat menarik minat
mereka untuk menceburi bidang ini. Di samping itu, Pihak Perbadanan Pelancongan Malaysia perlu mencari
medium terbaik bagi memasarkan hasil sulaman seni tekat ini agar dapat memberi motivasi kepada anak-
anak muda untuk terus menghasilkan seni tekat yang terbaik dan kreatif. Selain itu, hasil gubahan seni
tekat boleh juga dipamerkan kepada masyarakat menerusi kempen pelancongan dan pameran kraf tangan
buatan Malaysia yang dijalankan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
Langkah untuk melonjakkan seni tekat ini adalah perlu kerana seni sulaman ini sudah dilupakan oleh
generasi muda. Hal ini mungkin disebabkan oleh fungsi seni tekat ini hanya digunakan untuk istiadat dan
upacara tertentu sahaja. Penggunaannya dalam kalangan masyarakat biasa agak terbatas kerana bahan
asasnya merupakan bahan mewah. Seterusnya, penghasilan seni tekat juga memerlukan waktu yang
lama dan memerlukan penjagaan yang rapi. Walau bagaimanapun, segelintir masyarakat dan penenun
yang masih aktif telah memberi nafas baharu terhadap hasil seni ini sebagai langkah untuk mengangkat
kegemilangan seni tekat.
Seorang penenun tekat, iaitu Zarina Mohamed, melihat tekat gubah dari sudut komersial dan
berpendapat bahawa kegemilangan seni tekat ini boleh dikembalikan sekiranya penenun menggunakan
Pemindahan Maklumat

idea yang kreatif dalam setiap hasil gubahannya. Selain itu, penenun perlu mengilhamkan rekaan yang
eksklusif supaya dapat memikat jiwa anak muda. Tambahan pula, olahan seni ini boleh dipelbagaikan
mengikut cita rasa, sama ada melalui pemilihan fabrik atau fesyen agar kelihatan lebih anggun, mewah
serta unik sejajar dengan permintaan pasaran fesyen moden. Di samping itu, keunikan seni tekat juga
boleh ditonjolkan menerusi rangkaian aksesori atau beg tangan sebagai pelengkap. Namun begitu, nilai
seni tradisional perlu diterapkan bagi mengekalkan identiti kegemilangan sulaman yang berasal dari Perak
PT3 ini untuk terus diingati.
Dipetik dan diubah suai daripada “Martabat Seni Tekat”, Berita Harian, September 2016

Antara usaha memartabatkan seni tekat ialah Persatuan Pembuatan Kraf dan Sulaman Tangan Selangor (Scheme) bekerjasama
membina jaringan dalam kalangan pembuat kraf. Selain itu, Persatuan Pembuatan Kraf dan Sulaman Tangan Selangor (Scheme)
perlu menganjurkan bengkel kepada generasi muda serta pihak Perbadanan Pelancongan Malaysia perlu mencari medium terbaik
bagi memasarkan hasil sulaman seni tekat. Seterusnya, hasil gubahan seni tekat boleh juga dipamerkan kepada masyarakat
menerusi kempen pelancongan dan pameran kraf tangan buatan Malaysia yang dijalankan oleh Kementerian Pelancongan dan
Kebudayaan Malaysia. Akhir sekali, segelintir masyarakat dan penenun yang masih aktif telah memberi nafas baharu terhadap
hasil seni sebagai usaha memartabatkan seni tekat.
(78 patah perkataan)
162

(7)Masteri BM Tkt 2-Pemindahan Maklumat.indd 162 10/29/21 4:55 PM


Praktis 4
Tema 15: Sains, Teknologi dan Inovasi
Kemahiran Menulis
Menulis dan menyusun maklumat serta membuat ringkasan daripada pelbagai bahan prosa menggunakan ayat yang gramatis dan penanda
S.P 3.5.1
wacana yang sesuai.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan-
kebaikan permainan tradisional. Panjangnya ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah
perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Di negara kita, terdapat berbagai-bagai jenis permainan tradisional daripada pelbagai suku kaum. Antara
yang paling popular termasuklah congkak, batu seremban, wau, gasing dan banyak lagi. Permainan
tradisional juga seperti permainan moden dapat membina fizikal kerana pemainnya perlu bergerak aktif,
pantas dan laju. Seseorang yang aktif dalam permainan lazimnya mempunyai bentuk badan yang cantik
dan sahsiah yang baik. Di samping itu, permainan tradisional turut menjadi kegiatan riadah untuk mengisi
masa lapang setelah pulang dari sekolah dan selepas penat bekerja.
Bermain permainan tradisional secara perseorangan ataupun berpasukan dapat mengeratkan
hubungan sama ada dalam kalangan pemain ataupun anggota keluarga. Bagi permainan yang lebih besar
seperti gasing, wau dan sebagainya, permainan itu dapat menarik perhatian penduduk dari kampung
yang berdekatan sama ada sebagai pasukan lawan atau penonton. Permainan yang dimainkan secara
berpasukan pula secara langsung dapat menanam sikap bekerjasama. Tanpa kerjasama ahli kumpulan,
permainan tidak dapat dilangsungkan dengan baik, apatah lagi untuk mencapai kemenangan. Kekuatan
sesebuah pasukan bukan sahaja memerlukan kerjasama, malahan bergantung pada ciri kepimpinan
dan kepatuhan pengikutnya terhadap arahan ketua serta peraturannya. Setiap permainan juga menuntut
pemainnya berfikir untuk mengatur strategi dan memilih teknik yang terbaik untuk menang. Tanpa strategi
dan teknik yang bagus, sudah pasti permainan menjadi hambar. Tidak ada pihak yang bermain sekadar
untuk menjadi pihak yang kalah. Permainan tradisional juga tidak memerlukan peralatan khusus seperti
raket, kasut, bola dan gelanggang tersendiri. Alat yang digunakan sungguh mudah dan boleh didapati
di sekeliling kita seperti biji buah, kayu, buluh, bulu ayam dan sebagainya. Pendek kata, kita tidak perlu
membeli apa-apa peralatan dan tidak melibatkan gelanggang, berbeza dengan permainan moden yang
memerlukan gelanggang atau padang. Oleh itu, sesiapa sahaja boleh memainkannya dan tidak melibatkan
kos yang tinggi. PT3

Pemindahan Maklumat
Untuk mengembalikan permainan tradisional itu ke pangkuan remaja kini barangkali terlalu sukar
kerana kebanyakannya tidak begitu popular lagi dan tidak sesuai dengan persekitaran yang ada kini.
Malahan kebanyakan remaja sekarang beranggapan bahawa permainan tradisional merupakan permainan
yang ketinggalan zaman. Tegasnya, untuk menggelakkan permainan tradisional daripada terus dilupakan,
pelbagai usaha perlu dilaksanakan untuk memastikan permainan ini terus wujud dalam minda dan hati
masyarakat kita.
Dipetik dan diubah suai daripada “Remaja dan Permainan Tradisional”
oleh Hanapi Dollah, Dewan Siswa, September 2009

Kebaikan permainan tradisional adalah dapat membina fizikal dan menjadi kegiatan riadah untuk mengisi masa lapang
setelah pulang dari sekolah dan selepas penat bekerja. Selain itu, permainan tradisional bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan
sama ada dalam kalangan pemain ataupun anggota keluarga malahan juga dapat menanam sikap bekerjasama. Di samping itu,
setiap permainan tradisional juga menuntut pemainnya berfikir untuk mengatur strategi dan memilih teknik yang terbaik untuk
menang. Akhir sekali, permainan tradisional turut tidak memerlukan peralatan khusus seperti raket, kasut, bola dan gelanggang
tersendiri.
(78 patah perkataan)

163

(7)Masteri BM Tkt 2-Pemindahan Maklumat.indd 163 10/29/21 4:55 PM


Praktis 5
Tema 16: Pelestarian Alam
Kemahiran Menulis
Menulis dan menyusun maklumat serta membuat ringkasan daripada pelbagai bahan prosa menggunakan ayat yang gramatis dan penanda
S.P 3.5.1
wacana yang sesuai.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang langkah-
langkah untuk melahirkan masyarakat yang melestarikan alam. Panjangnya ringkasan anda hendaklah
antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan.

Masyarakat harus sedar tentang kepentingan teknologi hijau. Dengan kesedaran itu, masyarakat tidak
lagi bergantung sepenuhnya pada sumber tenaga daripada petroleum, gas dan arang batu serta berjaya
mengecilkan peratus pencemaran melalui berbagai-bagai aktiviti yang menggunakan sumber tenaga
alternatif. Gaya hidup yang dilihat tidak lestari yang berasaskan karbon dan tenaga fosil diubah kepada
gaya dan penggunaan tenaga yang boleh dibaharui. Perubahan ini menjadi asas kepada aktiviti ekonomi
dan sosial masyarakat. Tambahan pula, kini terdapat banyak pilihan dan cara untuk menghasilkan tenaga
alternatif seperti tenaga suria (panel fotovolta solar), tenaga angin, tenaga hidro (empangan), tenaga ombak
dan tenaga berasaskan tumbuhan dan haiwan (tenaga biogas dan biobahan api).
Sememangnya sudah ada langkah-langkah untuk melahirkan masyarakat yang faham tentang teknologi
hijau demi kelangsungan dan kemandirian manusia. Kerajaan telah mewujudkan sistem pengangkutan
baharu seperti sistem transit massa (MRT). Perancangan untuk mewujudkan MRT berasaskan elektrik
dapat mengurangkan jejak karbon bagi setiap penduduk terutamanya di bandar besar. Selain itu, terdapat
seruan kepada rakyat agar berbasikal atau berjalan kaki untuk jarak dekat manakala ada sesetengah pihak
membuat syor agar mengurangkan atau menghapuskan terus penggunaan kenderaan bermotor.
Semua usaha dan cadangan ini dilakukan untuk membawa masyarakat keluar daripada pergantungan
yang keterlaluan terhadap sumber tenaga daripada petroleum dan mengurangkan kesan pencemaran
karbon dioksida terutamanya daripada asap kenderaan. Hal ini dikatakan begitu kerana kajian mendapati
bahawa eksos kereta di seluruh dunia mengeluarkan kira-kira 300 juta tan gas beracun pada setiap tahun
seperti karbon monoksida, nitrogen oksida, hidrokarbon, sulfur dioksida dan partikel padu.
Institusi penyelidikan tempatan meningkatkan kajian atau penyelidikan tentang penggunaan tenaga
nuklear untuk menyokong usaha ini. Kerajaan pula melaksanakan pelbagai kempen dari masa ke masa
Pemindahan Maklumat

seperti mengurangkan penggunaan beg plastik, meningkatkan amalan kitar semula dan amalan hidup
sihat. Jabatan Alam Sekitar tidak ketinggalan menganjurkan Program Sekolah Bestari, Anugerah Alam
Sekitar dan Bandar Lestari. Anugerah ini diharap akan dapat mengubah tingkah laku masyarakat untuk
mengurangkan jejak karbon yang dimiliki oleh mereka. Namun begitu, usaha-usaha ini tidak akan mencapai
kejayaan yang membanggakan sekiranya masyarakat masih terus duduk senang menikmati apa-apa yang
ada di hadapan mata sekarang tanpa memikirkan cabaran yang bakal dihadapi pada masa hadapan.
PT3
Dipetik dan diubah suai daripada “Teknologi Hijau Melestarikan Alam”,
oleh Syahril Izwan Abdul Yamin, Dewan Kosmik, Januari 2016

Langkah-langkah untuk melahirkan masyarakat yang melestarikan alam adalah dengan menggunakan sumber tenaga alternatif
dan mewujudkan sistem pengangkutan baharu oleh kerajaan. Selain itu, kerajaan juga menyeru kepada rakyat agar berbasikal atau
berjalan kaki untuk jarak dekat. Di samping itu, ada sesetengah pihak membuat syor agar mengurangkan atau menghapuskan
terus penggunaan kenderaan bermotor. Masyarakat juga perlu mengurangkan kesan pencemaran karbon dioksida. Steterusnya,
kerajaan pula melaksanakan pelbagai kempen dari masa ke masa seperti mengurangkan penggunaan beg plastik, meningkatkan
amalan kitar semula dan mengamalkan gaya hidup sihat.
(80 patah perkataan)

164

(7)Masteri BM Tkt 2-Pemindahan Maklumat.indd 164 10/29/21 4:55 PM


Rumusan
Panduan Menulis Rumusan
1 Tiada ayat tugasan atau kata kunci.
2 Petikan berfokus.
3 Rumusan mestilah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Jika melebihi 100 patah perkataan, tanda palang
dan garis melintang diletakkan selepas perkataan ke-100 dan akan dibaca hingga ayat itu berakhir.
4 Tulis satu Idea Utama.
5 Tulis enam Idea Sokongan.
6 Tulis satu penutup (mesti ada ayat cadangan dan ayat harapan. Jangan salin daripada petikan).
7 Tiada kata tugas daripada soalan dan bina ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
8 Ayat haruslah gramatis.

Pemarkahan Isi (10 Markah)

Bilangan Isi Markah


1 Idea Utama 2
6 Idea Sokongan 6
1 Penutup 2
Jumlah 10
Bahasa 5
Keseluruhan 15

Kriteria Pemarkahan Bahasa (5 Markah)

Peringkat Markah Kriteria PT3

Pemindahan Maklumat
• Bahasa baik dan lancar
• Ayat sendiri, pemilihan kata tepat, ayat gramatis
Cemerlang 4–5
• Wacana sesuai
• Ejaan dan tanda baca yang betul dan tepat
• Bahasa masih baik
• Masih guna ayat sendiri, pemilihan kata masih tepat, ayat masih gramatis
Baik 2–3
• Wacana masih sesuai
• Ejaan dan tanda baca yang masih betul
• Bahasa kurang lancar
• Terdapat kesalahan dalam penggunaan ayat, pemilihan kata kurang
tepat, ayat kurang gramatis
Memuaskan 1
• Wacana kurang sesuai
• Ejaan dan tanda baca yang kurang tepat
• Menyalin petikan secara terpilih

165

(7)Masteri BM Tkt 2-Pemindahan Maklumat.indd 165 10/29/21 4:55 PM


Praktis Berformat PT3
Praktis 1
Tema 7: Indah Seni Gah Budaya
Kemahiran Menulis
S.P 3.5.1 Menulis ringkasan dan merumus pelbagai bahan prosa dengan betul menggunakan ayat yang gramatis.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya antara
80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud
asal petikan.

“Biar mati anak, jangan mati adat” merupakan peribahasa Melayu yang menunjukkan betapa adat resam
dan amalan tradisi sangat dititikberatkan dalam masyarakat. Adat resam merupakan sebahagian daripada
budaya bangsa atau etnik yang melambangkan identiti komuniti tersebut. Setiap individu seharusnya peka
dengan kewujudan budaya yang pelbagai di Malaysia dan tidak menggunakan alasan perbezaan budaya
sebagai punca yang menghalang pergaulan antara kaum. Hal ini disebabkan bahasa Melayu yang menjadi
bahasa rasmi negara ini dituturkan oleh setiap rakyat yang membolehkan komunikasi antara mereka berlaku
dengan baiknya. Di samping itu, proses akulturasi yang merujuk kepada penyerapan unsur kebudayaan
daripada satu budaya kepada budaya yang lain dapat menyemai semangat kekitaan dalam kalangan rakyat.
Perkongsian amalan tradisi dan adat resam terutamanya bagi kaum yang serumpun, dapat
mengurangkan jurang perbezaan kaum jika hal ini dihayati. Sebagai contoh, pengantin Melayu dan India
mempraktikkan amalan memakai inai di jari dalam majlis perkahwinannya dan mengunyah sirih pada waktu
senggang.
Dengan memahami sejarah adat resam dan amalan tradisi yang diamalkan, kita dapat mengetahui asal
usul masyarakat yang mempraktikkannya yang sebenarnya mungkin berasal daripada budaya kaum lain.
Misalnya, perkahwinan masyarakat Melayu yang melibatkan hiasan pelamin dan adat bersanding diadaptasi
daripada amalan kaum India. Sejarah sesuatu budaya yang dihayati dapat mendekatkan jurang perbezaan
antara kaum apabila budaya tersebut merupakan perkongsian antara dua atau lebih kaum yang berbeza.
Oleh hal yang demikian, setiap individu perlu membuang rasa prejudis atau persepsi negatif terhadap kaum
lain. Syak wasangka yang berlandaskan perkauman boleh mewujudkan diskriminasi kaum yang seterusnya
mengundang perbalahan dalam masyarakat dan menghalang integrasi antara kaum. Selain itu, rakyat
Pemindahan Maklumat

Malaysia perlu mengelakkan sikap etnosentrik, iaitu kecendurangan untuk menganggap masyarakat dan
budaya sendiri lebih unggul daripada budaya bangsa lain.
Sehubungan dengan itu, rakyat tidak boleh sewenang-wenangnya menyuarakan pendapat yang
provokatif dan menyentuh sensitiviti bangsa tertentu sehingga boleh mencetuskan ketegangan kaum. Hal
ini penting agar rakyat menghargai kepelbagaian warisan tradisi kaum-kaum di Malaysia.
PT3 Dipetik dan diubah suai daripada
“Menghargai dan Menghormati Kepelbagaian Budaya”
oleh Nuraziah Mohd Amin, Dewan Siswa, Jun 2016)

Petikan membincangkan usaha-usaha menghargai kepelbagaian budaya di Malaysia.


Antara usaha menghargai kepelbagaian budaya ialah setiap individu seharusnya peka dengan kewujudan budaya yang
pelbagai di Malaysia. Selain itu, proses akulturasi yang merujuk kepada penyerapan unsur kebudayaan daripada satu budaya
kepada budaya yang lain dapat menyemai semangat kekitaan dalam kalangan rakyat. Seterusnya, perkongsian amalan tradisi dan
adat resam serta menghayati sejarah sesuatu budaya dapat mendekatkan jurang perbezaan antara kaum. Bukan itu sahaja, setiap
individu perlu membuang rasa prejudis atau persepsi negatif terhadap kaum lain dan mengelakkan sikap etnosentrik.

166

(7)Masteri BM Tkt 2-Pemindahan Maklumat.indd 166 10/29/21 4:55 PM


Kesimpulannya, setiap lapisan masyarakat perlulah berusaha untuk menghargai kepelbagaian budaya kaum di Malaysia agar
kehidupan masyarakat Malaysia kekal harmoni.

(100 patah perkataan)

Praktis 2
Tema 8: Utamakan Keselamatan
Kemahiran Menulis
S.P 3.5.1 Menulis ringkasan dan merumus pelbagai bahan prosa dengan betul menggunakan ayat yang gramatis.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya antara
80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud
asal petikan.

Kini urusan perbankan hanya di hujung jari. Cara penggunaannya cukup mudah; pengguna hanya perlu
menatap skrin komputer, melayari laman sesawang perbankan yang dipilih, menaip kata laluan atau nombor
pin kemudian memilih urusan transaksi yang diperlukan dan dalam beberapa minit urusan tersebut dapat
diselesaikan. Aplikasi perbankan elektronik mula dibangunkan di Malaysia setelah mendapat kelulusan
daripada Bank Negara Malaysia pada 1 Jun 2000. Maybank merupakan institusi kewangan pertama yang
menjalankan perkhidmatan perbankan dalam talian (online) dengan menggunakan portal perbankannya,
iaitu www.maybank2u.com.my. Faktor keselamatan dan privasi merupakan dua perkara paling dominan PT3
yang mempengaruhi keputusan pengguna untuk menggunakan perkhidmatan perbankan elektronik. Aspek

Pemindahan Maklumat
keselamatan dalam penggunaan aplikasi ini sebenarnya terletak di tangan pengguna sendiri dengan
memastikan kata laluan ke akaun pengguna sukar diteka oleh orang lain. Oleh itu, pengguna wajar mengelakkan
penggunaan tarikh lahir, telefon bimbit ataupun maklumat yang sudah biasa digunakan sebagai kata laluan.
Pengguna juga perlu kerap menukarkan kata laluan agar penceroboh di Internet gagal mencuri kata laluan.
Setelah segala urusan ditamatkan, pengguna juga disarankan agar memadamkan semua data berkenaan
aktiviti Internet mengikut cara yang dipaparkan oleh pengendali perbankan elektronik. Sekiranya data ini
tidak dipadamkan, data akan berada dalam memori komputer dan boleh dikesan oleh penggodam Internet.
Pengguna sering diingatkan agar tidak melayani e-mel yang meminta mereka menukarkan nombor
pin atau kata laluan perbankan. Banyak kes dilaporkan bahawa pengguna kehilangan wang dalam
sekelip mata setelah terpedaya dengan e-mel yang kononnya dihantar oleh pihak bank meminta mereka
mengemas kini maklumat pelanggan. Hyperlink pada e-mel atau paparan oleh apa-apa jua laman
sesawang, berkemungkinan besar telah dihubungkan kepada portal rekaan para penggodam Internet
justeru pengguna dinasihati agar tidak melayari atau mengakses laman sesawang perbankan elektronik
dengan jalan pintas. Pelanggan yang bijak juga tidak akan sewenang-wenangnya memberikan kata
laluan perbankan elektronik kepada sesiapa sahaja. Bagi mengelakkan sebarang masalah teknikal atau
kesilapan, pengguna perIu memastikan resit transaksi disimpan untuk rujukan. Sekiranya perlu mencatat
kata laluan atau nombor pin kerana bimbang terlupa, pengguna mencatatkannya di tempat yang selamat.
Terdapat juga pengguna yang tertipu dengan penghantar sistem pesanan ringkas (SMS) yang mengaku
ahli keluarga terdekat, lalu mendedahkan maklumat perbankan mereka. Oleh itu, jangan mudah percaya

167

(7)Masteri BM Tkt 2-Pemindahan Maklumat.indd 167 10/29/21 4:55 PM


dengan SMS yang meminta kita menghantar maklumat rahsia. Pengguna harus menyiasat terlebih dahulu
kesahihan SMS tersebut. Walaupun perbankan elektronik berisiko, inisiatif pengguna penting untuk
mendapatkan maklumat terkini agar penggodam tidak berjaya menembusi tembok keselamatan yang
dibina. Pihak bank pula seharusnya sentiasa menaik taraf sistem keselamatan mereka memandangkan
pelbagai teknologi dan kaedah penipuan dicipta untuk menerobos sistem keselamatan aplikasi di Internet.
Dipetik dan diubah suai daripada “Urusan Perbankan di Hujung Jari”
oleh Siti Zakiah Melatu Samsi, Dewan Masyarakat, April 2011

Petikan membincangkan langkah-langkah keselamatan penggunaan perbankan elektronik.


Antara langkah keselamatan penggunaan perbankan elektronik ialah memastikan kata laluan ke akaun pengguna sukar
diteka oleh orang lain. Selain itu, pengguna perlu kerap menukar kata laluan dan agar memadamkan semua data berkenaan
aktiviti Internet setelah selesai urusan. Di samping itu, pengguna diingatkan tidak melayani e-mel yang meminta mereka menukar
nombor pin atau kata laluan. Malahan juga, pengguna dinasihati agar tidak melayari laman sesawang perbankan elektronik
dengan jalan pintas dan tidak sewenang-wenangnya memberikan kata laluan perbankan elektronik kepada sesiapa sahaja.
Akhir sekali, pengguna perIu menyimpan resit transaksi sebagai rujukan.
Kesimpulannya, masyarakat hendaklah meningkatkan penggunaan perbankan elektronik agar urusan perbankan lebih
efisien.

(100 patah perkataan)

Praktis 3
Tema 9: Sukan dan Rekreasi
Kemahiran Menulis
Pemindahan Maklumat

S.P 3.5.1 Menulis ringkasan dan merumus pelbagai bahan prosa dengan betul menggunakan ayat yang gramatis.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya antara
80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud
asal petikan.
PT3
Kegagalan atlet negara di Sukan Olimpik Sydney 2000 menimbulkan pelbagai persoalan tentang mutu
pembangunan sukan negara di arena antarabangsa. Mutu sukan negara sepatutnya terus berkembang
dan mencapai banyak kejayaan seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara. Akan tetapi, mutu sukan
negara terus merosot dari masa ke masa sedangkan pada masa yang sama kerajaan telah menyediakan
dan membelanjakan peruntukan yang besar untuk memajukan sukan tanah air agar mencapai taraf dunia.
Sebenarnya, kemelut dalam dunia sukan negara boleh berpunca daripada banyak pihak. Paling ketara ialah
sikap tidak profesional pegawai yang suka mencampuri urusan jurulatih dalam menentukan pemilihan pemain.
Mereka lebih banyak menjadikan persatuan sukan sebagai tempat mencari keuntungan peribadi daripada
memberi perhatian khusus untuk memajukan sukan bertaraf dunia. Mereka sering menunding jari kepada
pihak lain daripada mengakui kelemahan sendiri apabila punca kemerosotan atlet dikenali pasti. Mereka
seharusnya sedar bahawa kegagalan atlet sering dikaitkan dengan kelemahan pentadbiran persatuan sukan.
Hal ini disebabkan oleh mereka sebagai perancang pembangunan sukan tidak mempunyai hasrat atau visi
yang cukup tinggi untuk membantu meningkatkan mutu sukan.

168

(7)Masteri BM Tkt 2-Pemindahan Maklumat.indd 168 10/29/21 4:55 PM


Pengkritik sukan berpendapat bahawa banyak punca yang menyebabkan mutu sukan negara tidak
mencapai kemajuan atau bertaraf dunia. Mereka berpendapat sistem pendidikan yang lebih mementingkan
kecemerlangan akademik dan sikap masyarakat atau ibu bapa yang mementingkan kecemerlangan
akademik membataskan murid-murid sekolah daripada mendekati sukan. Fenomena ini menjadikan
sekolah kini bukan lagi gelenggang untuk melahirkan dan mencungkil bakat murid-murid sekolah yang
boleh digilap sebagai atlet negara sehingga mencapai taraf dunia.
Walau bagaimanapun, adalah tidak adil jika kita hanya menyalahkan pihak tertentu tanpa meninjau
dilema atlet. Secara umumnya moral atlet kita berada di tahap yang rendah dan mudah mengaku kalah
apabila menghadapi lawan yang bertaraf dunia. Hal ini mungkin kerana mereka kurang keyakinan di samping
kurang pendedahan dan pengetahuan. Atlet kita juga dikatakan tidak bersikap matang dalam usaha untuk
meningkatkan prestasi diri. Mereka tidak menjiwai watak sebagai ahli sukan tulen yang sanggup untuk
meningkatkan prestasi dan kemahiran sendiri.
Sesetengah atlet tidak berdisiplin dan menjadi keras kepala kerana menyedari khidmat mereka amat
diperlukan ekoran sudah tidak ada atlet lain yang akan mewakili negara. Sikap atlet yang manja dan
sukar ditegur ini masalah kepada jurulatih untuk menggilap atlet negara menjadi ahli sukan bertaraf dunia.
Permasalahan ini bukan sahaja memerlukan atlet mengubah sikap tetapi juga semua pihak yang terlibat
demi mewujudkan sukan sebagai suatu budaya kehidupan.

Petikan membincangkan punca-punca yang menghalang pembangunan sukan negara.


Antara puncanya ialah sikap tidak profesional pegawai yang suka mencampuri urusan jurulatih dalam menentukan pemilihan
pemain. Selain itu, pegawai lebih banyak menjadikan persatuan sukan sebagai tempat mencari keuntungan peribadi daripada
memberi perhatian khusus untuk memajukan sukan bertaraf dunia. Seterusnya, sistem pendidikan yang lebih mementingkan
kecemerlangan akademik dan sikap masyarakat atau ibu bapa yang mementingkan kecemerlangan akademik juga akan menghalang
pembangunan sukan negara. Akhir sekali, moral atlet kita berada di tahap yang rendah dan mudah mengaku kalah apabila
menghadapi lawan yang bertaraf dunia.
Kesimpulannya, semua pihak hendaklah bekerjasama menanganinya agar mutu sukan akan terus meningkat maju.

PT3

Pemindahan Maklumat
(91 patah perkataan)

Praktis 4
Tema 8: Utamakan Keselamatan
Kemahiran Menulis
S.P 3.5.1 Menulis ringkasan dan merumus pelbagai bahan prosa dengan betul menggunakan ayat yang gramatis.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya antara
80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud
asal petikan.

Perbuatan buli diertikan sebagai mengkasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk
menunjukkan kekuatan. Fenomena buli dapat dikategorikan kepada dua jenis, iaitu buli secara langsung
dan buli secara tidak langsung. Buli secara langsung termasuklah aksi mengugut, menyepak, menumbuk,
menendang dan sebagainya. Buli secara tidak langsung pula adalah seperti mengejek, menggunakan kata-
kata kesat atau lucah dengan tujuan mengacau, mengutuk atau memerli secara berlebih-lebihan dan gosip-
gosip liar. Lebih 80 peratus pelajar mengakui pernah terlibat dalam kes buli secara tidak langsung.

169

(7)Masteri BM Tkt 2-Pemindahan Maklumat.indd 169 10/29/21 4:55 PM


Mangsa buli akan mengalami kesan negatif dalam tempoh jangka panjang, malah boleh menyebabkan
kejadian bunuh diri. Di luar negara seorang murid membunuh diri kerana diejek gemuk dan berambut
kerinting, malah ada yang membunuh rakannya kerana tidak tahan dibuli. Mangsa buli juga akan menjadi
seorang dewasa yang terlalu emosional sehingga menjejaskan hubungan mereka dengan ahli keluarga
dan orang lain. Tingkah laku buli bukan sahaja boleh menimbulkan ketakutan kepada mangsanya, tetapi
rakan sekelasnya yang menyaksikan perbuatan itu juga berperasaan sedemikian walaupun mereka tidak
dibuli.
Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia dan Pensyarah Jabatan Pendidikan Psikologi dan Kaunseling,
Falkulti Pendidikan, Universiti Malaya, Profesor Dr. Suradi Salim berpendapat bahawa mangsa buli akan
merubah personaliti mereka menjadi seorang yang penakut. Mangsa juga takut ke sekolah. Sebetulnya,
perasaan ‘takut’ yang luar biasa ini amat memeritkan. Jika dibiarkan, peribadi individu terbabit akan menjadi
lemah dan kurang berkeyakinan. Akibat ketakutan yang melampau inilah menyebabkan mereka tidak akan
mengadu kepada guru atau ibu bapa, manakala pembuli pula berasa seronok kerana dapat membuli
mangsanya. Masalah ini hanya dapat dikesan apabila menjadi serius sehingga berlaku kecederaan fizikal.
Sedangkan selama ini emosi mangsa telah lama ‘cedera’ akibat perbuatan pembuli atau mereka yang tidak
begitu mengendahkan aduan mereka.
Masalah ini perlu diatasi dengan segera agar murid dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada
pelajaran. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama bagi menangani masalah yang semakin meruncing dan
berbahaya ini.
Dipetik dan diubah suai daripada “Menangani Masalah Buli di Sekolah”
Dewan Siswa, Ogos 2005

Petikan membincangkan kesan-kesan yang dialami oleh mangsa buli.


Antara kesan yang dialami oleh mangsa buli ialah menyebabkan kejadian bunuh diri. Selain itu, gejala buli turut
mengakibatkan mangsa menjadi seorang dewasa yang terlalu emosional sehingga menjejaskan hubungan mereka dengan ahli
keluarga dan orang lain. Seterusnya, buli juga memberi kesan dengan menimbulkan ketakutan kepada mangsanya dan peribadi
mangsa buli akan menjadi lemah dan kurang berkeyakinan. Mangsa buli juga mengalami kecederaan fizikal dan takut ke sekolah.
Kesimpulannya, guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah mengesan dan memberikan kaunseling dan motivasi kepada
murid yang sering dibuli agar kadar buli dapat dikurangkan.
Pemindahan Maklumat

(93 patah perkataan)

PT3 Praktis 5
Tema 16: Pelestarian Alam
Kemahiran Menulis
S.P 3.5.1 Menulis ringkasan dan merumus pelbagai bahan prosa dengan betul menggunakan ayat yang gramatis.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya antara
80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud
asal petikan.

Kitar semula ialah proses mengubah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baharu.
Tahukah anda, rakyat Malaysia membuang sampah dalam pelbagai bentuk dalam kadar 15 000 tan sehari?
Bayangkan kesannya dalam tempoh sepuluh tahun yang akan datang jika keadaan ini berterusan. Sisa
bahan buangan tersebut terdiri daripada kertas (27 peratus), sisa buangan dari rumah (36.5 peratus), besi
(3.9 peratus), kaca (3.7 peratus), plastik (16.4 peratus) dan lain-lain (12.5 peratus).

170

(7)Masteri BM Tkt 2-Pemindahan Maklumat.indd 170 10/29/21 4:55 PM


Melalui amalan kitar semula, kita dapat membantu mengurangkan pencemaran alam demi
kesejahteraan hidup. Kerajaan amat bersungguh-sungguh dalam melaksanakan kempen kitar semula
untuk memastikan ruang hidup manusia akan terus terpelihara. Pada masa ini terdapat kira-kira
230 buah tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya dianggarkan berkeluasan 20 hingga
150 ekar bergantung kepada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. Andainya keadaan ini berterusan
tentulah kawasan kediaman akan terjejas. Lantaran itu, usaha ini juga dapat menjamin persekitaran yang
lebih sihat dan bersih. Keadaan di kawasan pembuangan sampah yang kotor dan menjijikkan tentu sahaja
menjadi tempat pembiakan serangga perosak. Oleh itu, proses kitar semula ini bukan sahaja dapat mengatasi
masalah pembuangan sampah, malahan juga dapat mengawal penyakit daripada merebak. Walaupun
aktiviti pengutipan sampah memberi peluang pekerjaan kepada sesetengah orang, namun jika program
kitar semula dilaksanakan, lebih banyak peluang pekerjaan akan tersedia untuk rakyat Malaysia. Keperluan
terhadap jurutera, pakar mesin, pakar alam sekitar, pekerja am dan sebagainya amat dikehendaki oleh
kilang-kilang terbabit. Dari segi jangka panjang, kos untuk melaksanakan kitar semula jauh lebih rendah jika
dibandingkan dengan biaya pemuliharaan alam sekitar yang telah musnah.
Oleh itu, kerjasama yang berterusan oleh semua pihak, iaitu individu,masyarakat, pihak berkuasa,
media massa, kerajaan dan pihak swasta amat dituntut untuk menjamin persekitaran yang bersih dalam
kehidupan.
Dipetik dan diubah suai daripada “Kepentingan Proses Kitar Semula”,
http://saujanamata.blogspot.com

Petikan membincangkan kebaikan amalan kitar semula.


Antara kebaikan amalan kitar semula ialah bahan-bahan yang terbuang dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. Selain itu,
amalan kitar semula dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar dan ruang hidup manusia dapat dipelihara. Seterusnya, amalan
kitar semula ini bukan sahaja dapat mengatasi masalah pembuangan sampah, malahan juga dapat mengawal penyakit daripada
merebak dan lebih banyak peluang pekerjaan akan tersedia untuk rakyat Malaysia. Di samping itu, kos untuk melaksanakan
kitar semula lebih rendah berbanding pemuliharaan alam sekitar yang telah musnah.
Kesimpulannya, semua pihak mestilah mengamalkan amalan kitar semula secara bersepadu agar keselesaan dan kesihatan
masyarakat terjamin.
PT3

Pemindahan Maklumat

(92 patah perkataan)

171

(7)Masteri BM Tkt 2-Pemindahan Maklumat.indd 171 10/29/21 4:55 PM


Karangan Pendek
Kertas 2 (Bahagian A – Karangan Respons Terhad)

Panduan Menulis Karangan Pendek


1 Karangan hendaklah ditulis antara 50 hingga 80 patah perkataan sahaja.
2 Murid perlu menulis karangan berdasarkan idea yang diberikan sahaja.
3 Gunakan idea yang ada sudah cukup untuk menghasilkan karangan dan menskor markah cemerlang.
4 Bahan sudah mengandungi frasa yang membantu murid untuk membina ayat sendiri dan menghasilkan
karangan.
5 Periksa hingga 80 patah perkataan sahaja atau hingga ayat itu berakhir.

Kriteria Pemarkahan

Peringkat Markah Kriteria


Idea
• Menggunakan keseluruhan idea berdasarkan bahan yang diberi
• Idea yang jelas dan matang
Bahasa
Cemerlang 08 – 10 • Ayat gramatis
• Kosa kata luas dan tepat
• Ejaan dan tanda baca betul
• Penanda wacana betul
• Kesalahan bahasa yang minimum
Idea
• Menggunakan idea berdasarkan bahan yang diberi
• Idea yang jelas
Bahasa
Baik 05 – 07 • Ayat masih gramatis
• Kosa kata luas
• Ejaan dan tanda baca masih betul
• Penanda wacana yang masih betul
• Kesalahan bahasa yang masih minimum
Idea
• Idea masih menggunakan bahan yang diberi
• Idea yang kurang jelas
Kurang
03 – 04 Bahasa
Memuaskan
Karangan Pendek

• Ayat kurang gramatis


• Kosa kata terhad
• Kesalahan bahasa yang ketara
Penguasaan Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang
PT3 01 – 02
Minimum lemah.

172

(8)Masteri BM Tkt 2-Karangan.indd 172 10/30/21 11:55 AM


Praktis Berformat PT3
Praktis 1 Tema 2: Beringat supaya Selamat

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga
80 patah perkataan.

Kempen Minggu Kebersihan Sekolah


sekolah – mengadakan kempen – aktiviti tahunan sekolah – sentiasa cantik – menarik – indah – melibatkan
semua warga – aktiviti gotong-royong – membersihkan kawasan persekitaran – aktiviti gotong-royong –
berjalan lancar – mencapai objektif – mewujudkan suasana sekolah yang ceria

Sekolah saya telah mengadakan Kempen Minggu Kebersihan Sekolah. Kempen ini merupakan aktiviti tahunan sekolah. Tujuan
kempen ini diadakan adalah untuk memastikan kawasan sekolah sentiasa cantik, menarik dan indah. Kempen ini melibatkan
semua warga sekolah. Kempen ini dimulakan dengan aktiviti gotong-royong membersihkan persekitaran sekolah. Semua warga
sekolah berganding bahu menjalankan tugas masing-masing seperti mengutip sampah, mencabut rumput, menyapu lantai dan
sebagainya. Kempen yang diadakan ini berjalan lancar dan telah mencapai objektifnya untuk mewujudkan suasana sekolah yang
ceria.

(73 patah perkataan)

Praktis 2 Tema 3: Kejayaan ke Mercu Impian

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga
80 patah perkataan.

Cita-cita Saya
bercita-cita menjadi polis – mulia – berkhidmat kepada masyarakat – melakukan kesalahan – mencabar –
berbahaya – tidak mematahkan semangat – melengkapkan diri – mencapai cita-cita

Saya bercita-cita ingin menjadi anggota polis sejak kecil lagi. Bagi saya, kerjaya ini sangat mulia kerana boleh berkhidmat PT3
kepada masyarakat dan membantu orang yang dalam kesusahan. Selain itu, anggota polis boleh menangkap orang yang melakukan Karangan Pendek
kesalahan atau melanggar undang-undang. Walaupun kerjaya ini dianggap mencabar dan berbahaya, namun tidak mematahkan
semangat saya terus menjadi seorang anggota polis. Dengan itu, saya perlu melengkapkan diri dengan disiplin dan integriti yang
tinggi agar dapat mencapai cita-cita saya demi menjaga keamanan dan keselamatan negara.

(77 patah perkataan)

173

(8)Masteri BM Tkt 2-Karangan.indd 173 10/30/21 11:55 AM


Praktis 3 Tema 7: Indah Seni Gah Budaya

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga
80 patah perkataan.

Aku Sebuah Rumah


rumah teres – dibina daripada kayu, batu-batan, simen – badan berwarna putih – rambut berwarna coklat
tua – dihuni – sepasang suami isteri – anak perempuan – menjaga aku dengan baik – sentiasa dibersihkan
– dimopkan – mengecat badan aku – terus berbakti – menjadi tempat perlindungan mereka

Pada minggu lepas, Lembaga Pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Perdana telah mengadakan Kem Jati Diri.
Kem ini diadakan di Kem Nur Tekali yang disertai oleh 40 orang pengawas. Kem Jati Diri diadakan untuk menyerlahkan
semangat kepimpinan pengawas. Aktiviti pertama adalah meredah hutan sejauh 3 kilometer sehala. Jalan yang licin serta curam
memerlukan semangat berani pengawas untuk sampai ke puncak. Pada keesokannya, bengkel pengukuhan jati diri telah diadakan
oleh fasilitator luar. Dalam aktiviti ikhtiar hidup pula, kami perlu menanak pulut menggunakan buluh. Aktiviti ini dapat memupuk
semangat kerjasama dalam kalangan pengawas. Seterusnya, aktiviti malam kebudayaan telah berjaya mencungkil bakat terpendam
pengawas dalam bidang seni. Sesungguhnya, pengalaman menyertai Kem Jati Diri ini tidak akan kami lupakan.

(86 patah perkataan)

Praktis 4 Tema 8: Utamakan Keselamatan

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga
80 patah perkataan.

Langkah-langkah Mengatasi
Kemalangan Jalan Raya

Pemandu lebih Membaiki keadaan Penyelenggaraan


berdisiplin jalan raya kenderaan secara berkala

Dewasa ini, isu kemalangan jalan raya sering menjadi fokus perbincangan dalam kalangan masyarakat. Langkah mengatasi
Karangan Pendek

kemalangan jalan raya adalah dengan mendidik para pemandu agar lebih berdisiplin ketika memandu. Para pemandu haruslah
mempunyai kesedaran tentang kepentingan mengikut peraturan jalan raya. Selain itu, penyelenggaran kenderaan perlulah
dilakukan secara berkala bagi memastikan bahagian-bahagian kenderaan dapat berfungsi dengan baik. Seterusnya, Jabatan Kerja
PT3
Raya (JKR) perlu sentiasa membaiki jalan raya yang rosak kerana membahayakan pengguna jalan raya. Oleh itu, marilah
sama-sama kita memberikan sepenuh tumpuan terhadap keselamatan kita ketika berada di atas jalan raya.

(76 patah perkataan)

174

(8)Masteri BM Tkt 2-Karangan.indd 174 10/30/21 11:55 AM


Praktis 5 Tema 9: Sukan dan Rekreasi

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga
80 patah perkataan.

Kepentingan Sukan

Menyihatkan badan Mengisi masa lapang Memupuk perpaduan kaum

Sukan merujuk kepada segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga. Bersukan boleh
menyihatkan badan kita. Semasa bersukan, badan kita akan mengeluarkan bahan kumuh yang tidak diperlukan oleh tubuh dalam
bentuk keringat. Selain itu, bersukan juga dapat mengisi masa lapang kita. Masa lapang ini sangat bermanfaat jika digunakan untuk
bersukan bagi mengembalikan tenaga dan melegakan ketegangan. Seterusnya, kita dapat memupuk perpaduan berbilang kaum
semasa menjalankan aktiviti sukan. Pendek kata, budaya bersukan sewajarnya dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

(75 patah perkataan)

Praktis 6 Tema 10: Selamat Datang ke Malaysia

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga
80 patah perkataan.

Pengalaman Bercuti ke Pulau Pangkor


bercuti ke Pulau Pangkor – menaiki kereta – menaiki feri – ke Pantai Teluk Nipah – menaiki bot – pulang –
penat – gembira – seronok

Pada cuti persekolahan yang lalu, kami sekeluarga berpeluang bercuti ke Pulau Pangkor, Perak. Kami sekeluarga menaiki PT3
Karangan Pendek
kereta ke sana. Setelah sampai di Jeti Lumut, kami menaiki feri untuk sampai ke Pulau Pangkor. Sebaik sahaja tiba, ayah segera
menyewa sebuah kereta untuk pergi ke tempat penginapan. Kemudian, kami pergi ke Pantai Teluk Nipah. Kami melihat banyak
kedai makan dan kedai-kedai yang menjual cenderamata di situ. Kami menaiki bot mengelilingi pulau untuk melihat pemandangan
di sekitar pulau tersebut. Keesokannya, kami bersiap-siap untuk pulang. Walaupun penat, namun kami berasa gembira dan
seronok.

(77 patah perkataan)

175

(8)Masteri BM Tkt 2-Karangan.indd 175 10/30/21 11:55 AM


Karangan Umum
Kertas 2 (Bahagian B – Karangan Respons Terbuka)

Panduan Menulis Karangan Umum


Kriteria Pemarkahan

Peringkat Markah Kriteria


Idea
• Idea relevan dengan tugasan
• Huraian idea jelas, menarik dan matang
• Contoh yang sesuai
Bahasa
• Penggunaan ayat bervariasi dan gramatis
• Penggunaan kosa kata luas dan tepat
Cemerlang 26 – 30
• Ejaan dan tanda baca betul
• Kesalahan bahasa minimum
Pengolahan
• Pengolahan menarik, berkesan dan matang dengan pemerengganan yang sesuai
• Format menepati kehendak tugasan
• Penggunaan penanda wacana tepat
• Penggunaan ungkapan menarik, tepat dan berkesan seperti peribahasa/pantun/cogan kata/frasa yang menarik
Idea
• Idea relevan dengan tugasan
• Huraian idea jelas dan menarik
• Contoh yang sesuai
Bahasa
• Penggunaan ayat bervariasi dan gramatis
• Penggunaan kosa kata luas
Kepujian 20 – 25
• Ejaan dan tanda baca yang betul
• Kesalahan bahasa minimum
Pengolahan
• Pengolahan menarik dan berkesan dengan pemerengganan yang sesuai
• Format menepati kehendak tugasan
• Penggunaan penanda wacana sesuai
• Penggunaan ungkapan sesuai dan berkesan seperti peribahasa/pantun/cogan kata/frasa yang menarik
Idea
• Idea masih relevan dengan tugasan
• Huraian idea masih jelas dan masih menarik
• Contoh yang masih sesuai
Bahasa
• Penggunaan ayat masih bervariasi dan masih gramatis
Baik 15 – 19 • Penggunaan kosa kata masih luas
• Ejaan dan tanda baca masih betul
• Kesalahan bahasa masih minimum
Pengolahan
• Pengolahan masih menarik dan masih berkesan dengan pemerengganan yang masih sesuai
• Format masih menepati kehendak tugasan
• Penggunaan penanda wacana masih sesuai
Idea
• Idea kurang relevan dengan tugasan
• Huraian idea kurang jelas dan kurang menarik
• Tiada contoh atau contoh kurang sesuai
Bahasa
Kurang • Penggunaan ayat kurang bervariasi dan kurang gramatis
10 – 14
Memuaskan • Penggunaan kosa kata terhad
• Kesalahan bahasa ketara
Karangan Umum

Pengolahan
• Pengolahan kurang menarik dan kurang berkesan dengan pemerengganan yang kurang sesuai
• Format kurang menepati kehendak tugasan
• Penggunaan penanda wacana kurang sesuai
Penguasaan • Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan kemahiran menulis yang lemah
01 – 09
PT3 Minimum • Tidak menjawab tugasan atau karangan tidak menepati kehendak soalan/terpesong

176

(8)Masteri BM Tkt 2-Karangan.indd 176 10/30/21 11:55 AM


Praktis Berformat PT3
Karangan Jenis Perbincangan/Pendapat Tema 1: Kesihatan dan Kebersihan

Tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan, sekolah dan masyarakat untuk menggalakkan orang ramai
mengamalkan gaya hidup sihat. Namun begitu, kesedaran masyarakat terhadap amalan penjagaan kesihatan
masih rendah pada masa ini.
Huraikan kepentingan amalan penjagaan kesihatan kepada sesebuah masyarakat.

Rangka Karangan
• Amalan penjagaan kesihatan ialah satu kewajipan kepada setiap individu.
Pendahuluan • Kesihatan ialah keadaan atau perihal sihat dan kesegaran tubuh badan.
• Kesedaran dalam kalangan masyarakat terhadap amalan ini masih rendah.
Isi (1) Amalan ini dapat menghindarkan diri daripada menghidap penyakit berbahaya.
Isi (2) Amalan ini dapat menjamin kesihatan mental dan mengurangkan tekanan dalam kehidupan.
Isi (3) Amalan ini dapat mendisiplinkan diri kita.
• Usaha daripada pelbagai pihak harus diteruskan untuk mempuk kesedaran orang ramai.
• Gaya hidup sihat merupakan kunci utama untuk mencegah diri kita daripada menghidap
Penutup
penyakit yang berbahaya.
• Pendidikan di peringkat keluarga juga penting.

Amalan penjagaan kesihatan ialah satu kewajipan kepada setiap individu bagi tujuan menjamin kesejahteraan hidup pada setiap
hari. Takrifan secara umum kepada istilah kesihatan ialah keadaan atau perihal sihat dan kesegaran tubuh badan. Namun begitu,
kesedaran masyarakat terhadap amalan penjagaan kesihatan masih rendah pada masa ini. Oleh itu, usaha secara berterusan
daripada pelbagai pihak harus dilakukan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat kita kerana terdapat pelbagai
kepentingan penjagaan kesihatan kepada sesebuah masyarakat.
Antara kepentingan amalan ini ialah menghindarkan diri daripada menghidap penyakit berbahaya. Pengambilan makanan
yang seimbang dan berkhasiat adalah wajib untuk memastikan tubuh badan sentiasa berada dalam keadaan sihat. Bukan itu
sahaja, bersenam juga dapat mengekalkan kecergasan tubuh badan dan kecerdasan minda kita. Contohnya, amalan ini memberi
implikasi yang positif kepada warga emas kerana warga emas merupakan golongan yang berisiko tinggi dalam menghidap penyakit
yang berbahaya seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes. Aktiviti senaman pada setiap hari dapat mengawal
tekanan darah serta menjaga kesihatan jantung mereka. Oleh itu, amalan penjagaan kesihatan penting untuk menjaga kesihatan
kita terutamanya golongan warga emas.
Selain itu, amalan penjagaan kesihatan dapat menjamin kesihatan mental dan mengurangkan tekanan kita dalam kehidupan.
Kesihatan mental ialah salah satu aspek yang penting kepada warga yang bekerja dan belajar pada masa ini. Lambakan kerja dan PT3
Karangan Umum

tugasan yang diberikan sering kali menyebabkan seseorang itu mengalami tekanan negatif. Rehat dan tidur yang mencukupi
dapat mengurangkan tekanan mereka kerana amalan ini akan memberi ketenangan kepada minda, jiwa dan tubuh badan kita.
Kesihatan mental juga boleh melahirkan pemikiran yang positif dalam diri kita agar kita sentiasa berdaya saing dan bersemangat

177

(8)Masteri BM Tkt 2-Karangan.indd 177 10/30/21 11:55 AM


dalam melaksanakan sesuatu kerja. Oleh itu, amalan ini mampu membentuk gaya hidup yang sihat dan sejahtera dalam kalangan
masyarakat.
Di samping itu, amalan penjagaan kesihatan dapat mendisiplinkan diri kita. Kita perlu mengikuti amalan pengambilan
makanan yang seimbang seperti yang disarankan oleh pegawai kesihatan dan mengurangkan makanan dan minuman yang tidak
berkhasiat. Amalan ini memerlukan disiplin dan komitmen yang jitu dalam diri individu agar tidak menjadi hangat-hangat tahi
ayam. Contohnya, kita perlu mengikuti secara tegas dan disiplin dengan menjalankan aktiviti senaman secara mingguan dan
mengambil makanan yang berkhasiat pada setiap hari untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan kita. Secara tidak langsung,
amalan penjagaan kesihatan yang dilakukan dalam kehidupan seharian akan memupuk nilai disiplin dalam diri kita.
Kesimpulannya, setiap warga Malaysia mempunyai peranan masing-masing untuk meningkatkan kesedaran terhadap
kepentingan amalan penjagaan kesihatan dalam kehidupan seharian. Gaya hidup sihat ialah kunci utama untuk menghindarkan
diri kita daripada menjangkiti penyakit kronik kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Pendidikan di peringkat
keluarga juga penting agar anak-anak memahami kepentingan amalan tersebut dari kecil lagi kerana “melentur buluh biarlah dari
rebungnya”. Usaha yang kolektif daripada pelbagai pihak harus dilakukan secara berterusan agar kita dapat membentuk sebuah
masyarakat yang sihat dan harmoni.
Karangan Umum

PT3

178

(8)Masteri BM Tkt 2-Karangan.indd 178 10/30/21 11:55 AM


Karangan Jenis Fakta Tema 5: Bahasa dan Sastera

Tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan.

Penggunaan bahasa rojak di media sosial telah menghakis martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Tulis sebuah karangan tentang usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk memartabatkan kedudukan bahasa
Melayu di negara kita.

Rangka Karangan
• Perkara 152 dalam Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan
di Malaysia ialah bahasa Melayu.
Pendahuluan • Penggunaan bahasa rojak di media sosial semakin berleluasa.
• Bahasa rojak ialah suatu jenis percakapan yang mencampurkan pelbagai bahasa dalam
satu pertuturan.
Isi (1) Kita perlu menjadikan bahasa Melayu sebagai pilihan utama semasa berkomunikasi.
Pihak sekolah perlu menganjurkan pertandingan-pertandingan yang berkaitan dengan
Isi (2)
bahasa Melayu di peringkat sekolah.
Pihak pengurusan stesen radio juga perlu memastikan penggunaan bahasa Melayu yang
Isi (3)
tepat dan standard dalam setiap slot rancangan radio.
• Semangat cinta akan bahasa perlu disemarakkan dalam kalangan masyarakat.
Penutup
• Isu penggunaan bahasa rojak di media sosial tidak boleh dipandang ringan.

Perkara 152 dalam Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. Hal ini
menunjukkan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa utama yang harus dipelajari dan dikuasai oleh setiap warganegara di Malaysia.
Bahasa kebangsaan juga ibarat seutas tali yang memperpadukan rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, isu penggunaan bahasa rojak
di media sosial belakangan ini semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat. Isu ini secara langsung telah menggugat kedudukan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa rojak merupakan suatu jenis percakapan yang mencampurkan pelbagai bahasa
dalam satu pertuturan. Oleh itu, agenda memartabatkan kedudukan bahasa Melayu di negara kita perlu diperhebat lagi oleh
pelbagai pihak.
Antara usaha yang boleh dilakukan untuk memartabatkan kedudukan bahasa Melayu di negara kita ialah menjadikan
bahasa Melayu sebagai pilihan utama semasa berkomunikasi. Orang ramai digalakkan untuk menggunakan bahasa Melayu dalam
urusan rasmi dan urusan tidak rasmi dalam kehidupan seharian. Contohnya, penggunaan bahasa Melayu perlu diwajibkan dalam
urusan surat-menyurat di sektor awam agar kedudukan bahasa Melayu dapat diperkasakan. Kita juga perlu biasakan diri untuk
menggunakan bahasa Melayu dalam perbualan bersama rakan-rakan. Jelaslah bahawa kita harus menjadikan bahasa Melayu
sebagai pilihan utama dalam urusan seharian supaya bahasa tersebut tidak ditelan zaman.
Selain itu, pihak sekolah boleh menganjurkan pertandingan-pertandingan yang berkaitan dengan bahasa Melayu di peringkat
sekolah. Inisiatif penganjuran pertandingan bahasa adalah untuk memupuk minat murid dalam mempelajari bahasa tertentu agar
mereka dapat menguasai bahasa tertentu dengan lebih mudah dan cekap. Contohnya, penganjuran pertandingan syarahan bahasa PT3
Karangan Umum

Melayu, mendeklamasi puisi dan bercerita merupakan antara aktiviti yang boleh melatih kemahiran berbahasa dalam kalangan
murid. Pada masa yang sama, kita juga dapat mencungkil bakat murid-murid dalam bidang bahasa. Oleh itu, peranan pihak
sekolah dalam usaha memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah penting.

179

(8)Masteri BM Tkt 2-Karangan.indd 179 10/30/21 11:55 AM


Bukan itu sahaja, pihak pengurusan stesen radio juga perlu memastikan penggunaan bahasa Melayu yang tepat dan standard
dalam setiap slot rancangan radio. Pada masa ini, penyampai radio sering menggunakan bahasa rojak semasa menyampaikan
informasi bagi tujuan menarik perhatian pendengar. Kesannya ialah pendengar akan terikut dengan penggunaan bahasa rojak
dalam perbualan seharian. Oleh itu, penggunaan laras bahasa yang rasmi dan standard adalah penting agar para pendengar
rancangan radio didedahkan dengan bahasa Melayu yang formal. Usaha ini juga signifikan dalam menangkis pengaruh penggunaan
bahasa rojak yang kian berleluasa pada hari ini kerana usaha yang berterusan dan berpanjangan adalah perlu untuk mengubah
tabiat penggunaan bahasa yang tidak betul dalam kalangan masyarakat.
Kesimpulannya, semua pihak yang bertanggungjawab perlu bekerjasama dalam menjayakan agenda memartabatkan
kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara kita. Semangat cinta akan bahasa kebangsaan perlu disemarakkan
dalam kalangan masyarakat kerana bahasa itu merupakan identiti kita sebagai warganegara Malaysia. Penggunaan bahasa rojak
pastinya membawa implikasi yang negatif terhadap perkembangan bahasa Melayu. Oleh itu, kita tidak wajar memandang ringan
terhadap isu tersebut.
Karangan Umum

PT3

180

(8)Masteri BM Tkt 2-Karangan.indd 180 10/30/21 11:55 AM


Karangan Syarahan/Perbahasan/Ceramah Tema 4: Integriti Amalan Kita

Tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan.

Sebagai seorang pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat, anda telah dijemput untuk menyampaikan ceramah
di sebuah sekolah tentang langkah-langkah untuk membantu golongan Orang Kelainan Upaya di negara kita.
Tulis teks ceramah anda selengkapnya.

Rangka Karangan
• Nilai kesamarataan perlu diterapkan dalam sistem sosial untuk menjaga kebajikan setiap
individu.
Pendahuluan
• Orang Kelainan Upaya dipandang rendah oleh masyarakat.
• Tanggungjawab kita untuk membantu golongan tersebut.
Isi (1) Pihak kerajaan harus mewujudkan peluang pekerjaan kepada Orang Kelainan Upaya.
Ibu bapa bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak mereka agar menghormati dan
Isi (2)
menghargai Orang Kelainan Upaya.
Pihak kerajaan perlu memantau, melaksanakan dan menilai sistem pendidikan khas yang
Isi (3)
sedia ada untuk warga kelainan upaya.
• Orang Kelainan Upaya berhak untuk menerima layanan yang adil dan saksama.
Penutup
• Kecacatan tidak menghalang seseorang untuk berjaya dalam kehidupan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Yang Berusaha Tuan Haji Md Zakariya bin Malek, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan
Tanjung Puteri, barisan guru dan ibu bapa yang saya hormati sekalian. Alhamdulilah, terima kasih kepada pihak sekolah kerana
sudi memberi peluang kepada saya untuk berkongsi serba sedikit pengetahuan dan pengalaman saya sepanjang berkhidmat
di Jabatan Kebajikan Masyarakat terutamanya dalam membantu warga kelainan upaya di negara kita. Saya berasa sungguh
berbesar hati dan bertuah pada hari ini.

Hadirin sekalian,
Setiap insan yang hidup di muka bumi ini berhak untuk mendapat layanan yang adil dan saksama. Nilai kesamarataan perlu
diterapkan dalam sistem sosial kita pada hari ini untuk menjaga kebajikan setiap individu, khususnya golongan Orang Kelainan
Upaya tidak ditindas dan diabaikan oleh mana-mana pihak. Orang Kelainan Upaya (OKU) ialah individu yang kurang bernasib
baik yang telah mengalami kecacatan dari segi mental ataupun fizikal. Saban hari, kita mendapati golongan ini dipandang
rendah oleh masyarakat malah ada sesetengah individu mempunyai tanggapan yang buruk terhadap golongan ini. Oleh itu, kita
mempunyai tanggungjawab untuk menjaga dan melindungi Orang Kelainan Upaya agar mereka dihormati dan dihargai oleh
seluruh masyarakat.
Antaranya, pihak kerajaan harus mewujudkan peluang pekerjaan yang bersesuaian kepada Orang Kelainan Upaya. Pekerjaan
yang ditawarkan kepada golongan ini juga perlu bergantung kepada kemahiran dan kebolehan fizikal mereka agar mereka dapat
PT3
menjalankan tugasan kerja dengan baik dan cekap. Contohnya, kerja perkeranian yang tidak memerlukan pengetahuan khusus
Karangan Umum

dan kemahiran kerja yang tinggi boleh ditawarkan kepada golongan Orang Kelainan Upaya yang kompeten setelah lulus dalam
proses penilaian oleh pihak majikan. Kerajaan juga boleh memberi insentif kepada majikan sebagai galakkan untuk mengambil

181

(8)Masteri BM Tkt 2-Karangan.indd 181 10/30/21 11:55 AM


Orang Kelainan Upaya sebagai pekerja mereka. Dengan ini, peluang pekerjaan kepada Orang Kelainan Upaya dapat ditingkatkan
dan mereka mampu memperoleh nafkah hidup.

Hadirin yang dikasihi sekalian,


Ibu bapa juga mempunyai peranan dalam mendidik anak-anak mereka agar menghormati Orang Kelainan Upaya. Pendidikan
keluarga sentiasa menjadi aspek yang penting untuk membentuk keperibadian anak-anak yang mulia seperti menghormati
golongan yang kurang bernasib baik dalam kehidupan. Anak-anak perlu dididik untuk bersyukur akan kesempurnaan akal dan
tubuh badan yang dimiliki oleh mereka dan mempraktikkan nilai kasih sayang terhadap golongan istimewa dalam kalangan
masyarakat. Ibu bapa pula perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak kerana “bagaimana acuan, begitulah kuihnya”. Oleh
itu, golongan Orang Kelainan Upaya memerlukan kasih sayang daripada kalangan masyarakat kita pada hari ini kerana mereka
sememangnya mengharapkan bantuan dan pertolongan daripada kita untuk meneruskan kehidupan.

Hadirin yang dimuliakan,


Pihak kerajaan bertanggungjawab untuk memantau, melaksanakan dan menilai sistem pendidikan khas yang sedia ada dalam
negara agar setiap warga Orang Kelainan Upaya mempunyai akses kepada pendidikan yang berkualiti. Setiap kanak-kanak berhak
untuk menerima pendidikan yang baik agar diri mereka dapat menjadi seorang insan yang berpengetahuan dan berkemahiran.
Contohnya, pelaksanaan dasar penolakan sifar (Zero Reject Policy) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan insiatif
yang efisien untuk menangani isu murid OKU yang tercicir dalam pendidikan. Oleh itu, pendidikan yang berkualiti pasti boleh
mengubah masa depan anak-anak Orang Kelainan Upaya di negara kita.

Hadirin sekalian,
Kesimpulannya, kita perlu memainkan peranan masing-masing untuk membantu golongan istimewa ini agar mereka juga
diberi layanan yang sama dan adil oleh setiap warga Malaysia. Mereka mempunyai hak untuk menjalani kehidupan yang diingini.
Pada masa yang sama, mereka memerlukan bantuan kita untuk memajukan diri mereka bagi meneruskan kehidupan. Pada hari
ini, kita mendapati ramai graduan yang terdiri daripada golongan Orang Kelainan Upaya di peringkat universiti telah berjaya
di dunia akademik. Hal ini terbukti bahawa kecacatan pada seseorang tidak menghalang, sebaliknya kekurangan itu menjadi
pembakar semangat untuk berjaya.
Saya berharap agar perkongsian saya sebentar tadi dapat mewujudkan kesedaran dalam kalangan hadirin yang sudi mendengar
pada hari ini tentang peranan kita untuk membantu golongan istimewa ini. Bagi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat, kami
mengharapkan kerjasama daripada setiap individu dalam masyarakat untuk bersama-sama membantu mereka ke arah membentuk
sebuah masyarakat yang harmoni dan mesra OKU.

Sekian, terima kasih.


Karangan Umum

PT3

182

(8)Masteri BM Tkt 2-Karangan.indd 182 10/30/21 11:55 AM


Karangan Jenis Cereka/Gambaran/Keperihalan Tema 3: Kerjaya ke Mercu Impian

Tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan.

Tulis satu karangan cereka yang bermula dengan ayat berikut.


Bunyi ketukan pintu bilik telah mengejutkan aku. Rupa-rupanya, aku terlelap setelah empat jam mengulang kaji
pelajaran di bilik bacaanku.

Rangka Karangan
Cerita bermula dengan bunyi ketukan pintu bilik yang mengejutkan ‘aku’ bangun daripada
Pendahuluan
tidur.
Isi (1) Ibu bertanya persediaan dalam menghadapi peperiksaan sekolah.
Isi (2) Sokongan dan dorongan oleh ibu bapa untuk berusaha dalam kehidupan.
Isi (3) Menghargai curahan ilmu oleh guru-guru di sekolah.
Penutup Berjaya menamatkan pengajian perubatan di universiti. Cita-cita menjadi doktor tercapai.

Bunyi ketukan pintu bilik telah mengejutkan aku. Rupa-rupanya, aku terlelap setelah empat jam mengulang kaji pelajaran
di bilik bacaanku. Emak memanggil aku turun ke dapur untuk menjamu selera dengan makanan kegemaran, iaitu nasi lemak dan
rendang ayam yang dimasak olehnya. Jam menunjukkan pukul 1.00 tengah hari. Apabila tiba di dapur, ayah telah pun berada
di meja makan. Ayah kelihatan ceria kerana beliau telah ditawarkan kenaikan pangkat oleh majikannya.
Semasa menjamu selera, emak bertanya kepada aku tentang persediaan aku untuk menghadapi peperiksaan PT3 yang akan
dijalankan pada hari esok. Aku terdiam seketika lalu menjelaskan bahawa aku telah bersedia untuk menjawab kertas peperiksaan
mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah esok. Bisikku dalam hati, “Bagaimanakah jika aku tidak memperoleh keputusan yang
cemerlang dalam PT3 yang pasti akan menghampakan mak dan ayah?”.
Emak hanya senyum mendengar kata-kata aku tadi lalu mengusap-usap bahuku lalu memberitahu bahawa mereka sentiasa
yakin dengan kebolehan dan kesungguhan aku untuk mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah. Mereka berdualah yang selama
ini menjadi inspirasi aku untuk berjaya dalam kehidupan. Ayahku kini merupakan seorang pengurus besar di sebuah syarikat yang
terkenal di dunia perniagaan dan emak adalah seorang suri rumah tangga yang sentiasa dedikasi dalam melakukan kerja rumah.
Mereka sentiasa memberi motivasi dan dorongan kepada aku pada setiap kali aku lemah semangat dan hampir berputus asa.
Perut aku sudah kenyang. Aku kembali ke bilik bacaan dan sambung mengulang kaji pelajaran. Masih terlalu banyak
pula untuk aku ulang kaji lagi. Aku menghargai ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru di sekolah. Ilmu itu pelita hidup. Kita
mampu berjaya dalam kehidupan sekiranya diri kita menjadi seorang yang berilmu dan berpengetahuan luas. Aku tidak pernah
menyalahkan guru-guru yang memberi lambakan kerja rumah kepada aku. Bagi aku, latihan yang diberikan adalah untuk
membantu aku menguasai topik pembelajaran yang diajar oleh guru di sekolah. Kerana ilmu, aku menjadi seorang yang berguna.
Kini, aku memandang ke arah emak dan ayah yang duduk di bawah pentas dewan. Emak bertepuk tangan sambil menitiskan
air mata kesyukuran, melihat kejayaan aku kini yang telah menamatkan pengajian kursus perubatan di Universiti Malaya. Semasa PT3
Karangan Umum

aku mengambil skrol ijazah daripada Tuan Canselor Universiti, aku terimbau pengalaman pahit dan manis aku selama ini dalam
mengejar impian untuk menjadi seorang doktor. Aku sedar cabaran baharu sedang menanti di hadapan tetapi aku akan terus
berusaha, memegang kuat tekad dan azam aku dalam menempuh cita-citaku sebagai seorang doktor perubatan.

183

(8)Masteri BM Tkt 2-Karangan.indd 183 10/30/21 11:55 AM


Karangan Jenis Surat Kiriman Rasmi Tema 5: Bahasa dan Sastera

Tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan.

Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda bercadang untuk mengadakan lawatan rasmi ke Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP). Sebagai setiausaha persatuan tersebut, anda diminta menulis surat kepada pihak berkenaan
untuk mendapatkan kebenaran mengadakan lawatan.
Tulis surat itu selengkapnya.

Rangka Karangan
Pendahuluan Permohonan untuk mengadakan lawatan rasmi ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Tujuan lawatan adalah untuk meningkatkan pengetahuan ahli persatuan terhadap peranan
Isi (1)
dan fungsi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Isi (2) Memahami sejarah penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Isi (3) Butiran maklumat mengenai lawatan rasmi tersebut.
• Lawatan rasmi ini dapat membawa manfaat kepada murid.
Penutup
• Memohon agar diberi kelulusan untuk mengadakan lawatan rasmi tersebut.

Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Damai,


86200, Simpang Renggam,
Johor Darul Takzim.

Pegawai Tadbir,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa, 60460
Kuala Lumpur. 20 APRIL 20__

Tuan,
Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan Rasmi ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Merujuk perkara di atas, saya selaku Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Damai ingin
memohon kebenaran untuk mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

2. Tujuan lawatan ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan ahli persatuan terhadap peranan dan fungsi Dewan Bahasa dan
Pustaka dalam memartabatkan bahasa Melayu di negara kita. Kami juga berhasrat untuk menimba pengalaman dan pengetahuan
Karangan Umum

baharu daripada lawatan tersebut nanti.

PT3

184

(8)Masteri BM Tkt 2-Karangan.indd 184 10/30/21 11:55 AM


3. Kami difahamkan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka ialah sebuah pusat bahasa utama di negara kita dalam mengembangkan
bahasa Melayu di peringkat kebangsaan dan dunia. Kami berharap agar hasil lawatan membolehkan kami memahami sejarah
penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka secara lebih mendalam. Kepakaran yang dimiliki oleh DBP akan membantu dalam
memupuk minat kami dalam bidang Pengajian Bahasa Melayu.

4. Bersama-sama dengan ini saya sertakan butiran maklumat mengenai lawatan rasmi tersebut:

Tarikh : 3 Mei 20__


Masa : 10.00 pagi
Bilangan murid : 30 orang
Bilangan guru : 4 orang

5. DBP juga merupakan organisasi yang penting dalam industri percetakan dan penerbitan bahan-bahan ilmiah seperti
buku, risalah, majalah dan kamus. Besar harapan kami agar pihak DBP dapat menyusun slot untuk memberi penerangan dan
pendedahan yang lebih terperinci mengenai proses percetakan dan penerbitan karya di DBP.

6. Kami sentiasa bersedia untuk mematuhi sebarang syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak tuan nanti mengenai
lawatan tersebut. Lawatan ini pasti akan membawa banyak manfaat kepada kami terutamanya dari segi pemupukan minat dan
cinta akan bahasa Melayu. Kesudian pihak tuan untuk mempertimbangkan permohonan kami amat dihargai dan didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Mohamad Ali

(MOHAMAD ALI BIN MAT HUSSEIN)


Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Damai.

PT3
Karangan Umum

185

(8)Masteri BM Tkt 2-Karangan.indd 185 10/30/21 11:55 AM


Karangan Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi Tema 3: Kerjaya ke Mercu Impian

Tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan.

Anda telah menerima sepucuk surat daripada rakan pena anda yang ingin mengetahui cara-cara untuk mencapai
kejayaan dalam kehidupan.
Balas surat rakan anda selengkapnya.

Rangka Karangan
Pendahuluan Kejayaan dalam kehidupan tidak akan datang bergolek.
Kita perlu belajar bersungguh-sungguh untuk menguasai ilmu dan pengetahuan yang boleh
Isi (1)
memberi manfaat kepada diri kita.
Isi (2) Kita perlu berpegang teguh kepada ajaran agama yang dianuti.
Isi (3) Kita perlu memupuk amalan membaca dalam kehidupan seharian.
• Hidup ini satu perlumbaan.
Penutup
• Rahsia kejayaan ialah ketekalan matlamat kita dalam kehidupan.

No.120, Jalan Temasik,


82000, Kluang,
Johor.
4 Mac 20__

Menemui sahabatku, saudari Aina Wafi yang kini berada di Subang, Selangor. Semoga dalam keadaan sihat sejahtera di samping
keluarga tersayang. Saya bersama keluarga di sini pun hidup sihat dan ceria.
Saudari Aina,
Setelah membaca surat yang dikirimkan oleh saudari, saya memahami cabaran yang sedang dialami oleh saudari terutamanya
dari aspek pembelajaran di peringkat pengajian tinggi. Saya berharap saudari sentiasa tabah dalam menghadapi dugaan hidup
dan berani untuk menyahut cabaran yang sedang menanti di hadapan. Kejayaan dalam kehidupan tidak akan datang bergolek,
sebaliknya kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk memperoleh hasil yang kita impikan. Saya akan berkongsi beberapa
teknik atau cara untuk berjaya dalam kehidupan mengikut pengalaman hidup saya selama ini.
Antara usaha yang perlu kita lakukan ialah belajar bersungguh-sungguh untuk menguasai ilmu dan pengetahuan yang boleh
memberi manfaat kepada diri kita. Dunia pekerjaan pada hari ini tidak akan memberi ruang dan peluang kepada mereka yang
bersikap malas dan tidak berpengetahuan. Oleh itu, kita perlu rajin semasa menuntut ilmu di institusi pengajian tinggi dan
mempelajari kemahiran yang berguna untuk meningkatkan daya saing kita di pasaran pekerjaan nanti. Proses pembelajaran
di peringkat pengajian tinggi pastinya tidak semudah pembelajaran di peringkat sekolah. Namun begitu, kita perlu mempunyai
disiplin diri untuk berusaha kerana “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”.
Karangan Umum

Selain itu, kita harus berpegang teguh kepada ajaran agama sepanjang perjalanan kita menuju ke mercu impian. Didikan
agama adalah penting untuk membina benteng keimanan yang utuh dalam diri kita agar tidak mudah terpengaruh dengan gejala
negatif. Kita juga akan menjadi seorang yang bijak menilai rakan-rakan di sekeliling kita. Ajaran agama yang disampaikan boleh
PT3

186

(8)Masteri BM Tkt 2-Karangan.indd 186 10/30/21 11:55 AM


dijadikan sebagai bimbingan kepada kita dalam menempuhi cabaran hidup. Oleh itu, pendidikan agama yang kita turuti akan
menjadi pedoman hidup untuk menjadikan diri kita sebagai seorang insan yang positif dan berdaya maju dalam kehidupan.
Di samping itu, kita perlu rajin membaca dalam kehidupan seharian supaya menjadi seorang yang berpengetahuan luas.
Pemupukan amalan membaca bukan sahaja membantu dalam aspek akademik malah ilmu tambahan yang kita peroleh akan
menjadi nilai tambah kepada diri kita apabila kita mula menjejak kaki ke dunia pekerjaan. Kita perlu bijak mengurus masa dengan
meluangkan masa yang lapang pada setiap hari untuk membaca bahan ilmiah kegemaran kita. Lama-kelamaan, amalan membaca
ini akan menjadi hobi kita yang pastinya akan membawa banyak kebaikan kepada diri kita. Oleh itu, amalan membaca dapat
memperluas pengetahuan dan meningkatkan kebolehan kita untuk berusaha dalam kehidupan.
Sekian sahaja coretan saya pada kali ini. Hidup ini sememangnya satu perlumbaan. Namun begitu, saya yakin dan percaya
sekiranya kita sanggup berusaha, nescaya hasrat dan impian kita dalam kehidupan pasti boleh tercapai kerana rahsia kejayaan ialah
ketekalan matlamat kita. Saya berharap saudari dapat berkongsi pengalaman belajar di sana setelah membaca perkongsian yang
saya sampaikan ini. Semoga kita dapat berjumpa lagi pada coretan yang akan datang. Sekian, terima kasih.

Ikhlas daripada sahabatmu,


Fendi Zain

PT3
Karangan Umum

187

(8)Masteri BM Tkt 2-Karangan.indd 187 10/30/21 11:55 AM


Karangan Jenis Berita Tema 8: Utamakan Keselamatan

Tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan.

Terdapat satu kes kemalangan jalan raya telah berlaku. Sebagai seorang wartawan bagi sebuah akhbar tempatan,
tulis berita tentang kes tersebut selengkapnya.

Rangka Karangan
Pendahuluan Mangsa kemalangan jalan raya maut.
Isi (1) Maklumat mengenai peristiwa kemalangan jalan raya.
Isi (2) Kecederaan yang dialami oleh mangsa kemalangan jalan raya.
Punca kemalangan jalan raya ialah pemandu kenderaan berada dalam keadaan pengaruh
Isi (3)
alkohol semasa memandu lori.
• Malang tidak berbau.
Penutup • Penduduk tempatan dan penjaga perlu menjaga dan melindungi kanak-kanak dengan
baik semasa melintas jalan raya.

SUBANG JAYA, 23 Mac – Tiga orang kanak-kanak maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Subang Permai, Subang Jaya
semalam. Pemandu kenderaan telah direman dan sedang melalui proses soal siasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Insiden kemalangan ini berlaku pada waktu petang, kira-kira pukul 1.30 petang. Waktu itu merupakan waktu tamat
persekolahan bagi sebuah sekolah yang berdekatan di kawasan Jalan Subang Permai. Salah seorang penduduk tempatan menyatakan
bahawa waktu petang pada setiap hari ialah waktu puncak penggunaan jalan raya di sekitar kawasan Jalan Subang Permai.
Mangsa kemalangan jalan raya yang terbabit, Ahmad Firdaus bin Abdullah, 12 tahun, Ahmad Zahid bin Abdullah, 10 tahun
dan Siti Khatijah binti Abdullah, 7 tahun maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala. Laporan awal
daripada pihak polis menyatakan bahawa mangsa kemalangan maut disebabkan oleh perdarahan dalaman yang kritikal akibat
dilanggar oleh sebuah lori.
Ibu kepada mangsa terbabit, Puan Rohaya binti Mohd. Ishak berasa sedih apabila menerima berita kemalangan yang telah
meragut nyawa tiga orang anak kesayangan beliau. Puan Rohaya juga menjelaskan bahawa beliau masih dalam perjalanan menuju
ke lokasi tadika tersebut ketika berlakunya insiden kemalangan jalan raya. Beliau berharap agar pihak polis dapat membuat
siasatan dengan kadar segera dan mengambil tindakan terhadap pesalah berkenaan.
Laporan daripada Balai Polis Subang Jaya menyatakan bahawa salah satu punca berlakunya kemalangan jalan raya tersebut
disebabkan oleh pemandu lori tersebut berada dalam keadaan pengaruh alkohol semasa memandu. Siasatan awal yang didedahkan
oleh pihak polis menunjukkan bahawa sikap dan kelakuan yang tidak bertanggungjawab oleh pemandu kenderaan lori tersebut
telah menyebabkan tiga orang kanak-kanak kehilangan nyawa dalam insiden pada kali ini.
Pihak polis menyeru kepada masyarakat awam agar menjadi seorang pemandu yang berhemah dan bertanggungjawab.
Peraturan dan undang-undang akan dikuatkuasakan untuk mengenakan tindakan yang tegas dan saksama terhadap pesalah yang
Karangan Umum

didapati melanggar etika memandu. Penduduk tempatan juga perlu berhati-hati semasa melintas jalan raya di sekitar kawasan lalu
lintas yang sibuk dan perhatian harus diberikan kepada kanak-kanak untuk mengelakkan kemalangan seperti ini kerana malang
tidak berbau.
PT3

188

(8)Masteri BM Tkt 2-Karangan.indd 188 10/30/21 11:55 AM


Karangan Jenis Laporan Tema 12: Negaraku Jati Diriku

Tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan.

Sekolah anda telah menganjurkan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan pada bulan lepas. Sebagai setiausaha
Persatuan Bahasa Melayu, anda diminta menyediakan laporan tentang sambutan tersebut.

Rangka Karangan
Pendahuluan Maklumat tentang penganjuran sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan.
Objektif penganjuran Bulan Bahasa Kebangsaan adalah untuk menyemarakkan semangat
Isi (1)
cinta akan bahasa Melayu dalam kalangan warga sekolah.
Isi (2) Pada minggu pertama, sekolah mengadakan pertandingan mendeklamasi puisi.
Isi (3) Pada minggu kedua, sekolah mengadakan ceramah bahasa.
Isi (4) Pada minggu ketiga, sekolah mengadakan pameran.
• Objektif penganjuran Bulan Bahasa Kebangsaan tercapai.
Penutup
• Pemupukan nilai cinta akan bahasa dan tanah air dalam kalangan warga sekolah.

Laporan Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan


Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Mentari

Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Mentari telah menganjurkan sambutan Bulan Bahasa
Kebangsaan peringkat sekolah pada 10 Mac 20__. Seramai 650 orang warga sekolah yang terdiri daripada guru dan murid telah
terlibat dalam sambutan tersebut.
Objektif penganjuran Bulan Bahasa Kebangsaan adalah untuk menyemarakkan semangat cinta akan bahasa Melayu
yang merupakan bahasa kebangsaan di negara kita dalam kalangan warga sekolah, khususnya murid-murid. Majlis Perasmian
Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan telah dilancarkan dengan jayanya di dewan sekolah. Encik Mohamad Afendi, Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Mentari dalam ucapan perasmian beliau telah memberi penekanan terhadap kepentingan
memupuk nilai cinta akan bahasa dalam kalangan warganegara.
Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan telah berlangsung selama tiga minggu. Pada minggu pertama, pertandingan
mendeklamasi puisi telah diadakan. Sejumlah 40 orang peserta yang mewakili kelas masing-masing telah menyertai pertandingan
tersebut. Para peserta telah menonjolkan bakat dan kebolehan mereka dalam mendeklamasikan puisi. Lima orang pemenang telah
dipilih oleh barisan juri dalam kalangan peserta.
Pada minggu kedua, ceramah Cintai Bahasa Kebangsaan Kita telah diadakan di dewan sekolah. Encik Zulkifli bin Othman,
jurubahasa dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah dijemput sebagai penceramah bagi slot tersebut. Dalam ceramah tersebut,
Encik Zulkifli telah berkongsi pengalaman kerjayanya di DBP selama 25 tahun. Beliau ialah seorang pencinta bahasa yang telah
menghasilkan lebih daripada 10 buah karya terbitan DBP. Encik Zulkifli menegaskan bahawa kedudukan bahasa Melayu sebagai PT3
Karangan Umum

bahasa kebangsaan perlu dimartabatkan oleh warganegara tanpa mengira kaum dan agama. Bahasa kebangsaan merupakan
identiti bangsa yang seharusnya dipelihara secara bersama oleh setiap individu.

189

(8)Masteri BM Tkt 2-Karangan.indd 189 10/30/21 11:55 AM


Pada minggu ketiga, pameran Kembara Bahasa telah diadakan di bilik seminar sekolah dan pameran ini terbuka untuk
kunjungan murid dan ibu bapa sepanjang minggu tersebut. Pelbagai bahan maklumat mengenai sejarah perkembangan bahasa
Melayu telah dipamerkan untuk dipelajari oleh para pengunjung. Antara matlamat utama penganjuran pameran Kembara Bahasa
adalah untuk memberi pendedahan yang lebih lanjut kepada para pengunjung tentang sejarah perjuangan penggiat bahasa
di Malaysia. Contohnya, pensejarahan yang mengisahkan Zainal Abidin bin Ahmad (Za’aba) adalah penting untuk dipelajari
oleh setiap warganegara agar kita tidak lupa akan sumbangan beliau dalam bidang kesusasteraan Melayu sebagai seorang pendeta,
karyawan dan sasterawan bahasa Melayu.
Bulan Bahasa Kebangsaan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga sekolah. Terdapat banyak manfaat
telah diperoleh daripada setiap penganjuran program bahasa sempena sambutan bulan bahasa ini. Warga sekolah, khususnya
murid-murid dapat menambahkan pengetahuan mereka dalam bidang bahasa dan secara tidak langsung, semangat cinta akan
bahasa dan tanah air dapat dipupuk dalam kalangan generasi muda. Kami berharap agar program seperti ini akan diadakan lagi
pada masa akan datang.

Disediakan oleh, 8 APRIL 20__.


Afiqah

(AFIQAH BINTI ZULKARNAIN)


Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Mentari.
Karangan Umum

JAWAPAN

PT3

190

(8)Masteri BM Tkt 2-Karangan.indd 190 10/30/21 11:55 AM

Anda mungkin juga menyukai