Anda di halaman 1dari 5

Kertas 2 Bahasa Melayu UPSR

Bahagian 2

Tema : Kesihatan dan Kebersihan


Tajuk : Keracunan Makanan

Objektif :
1. Menulis ulasan tentang keracunan makanan dengan idea yang terisrat
2. Menyatakan idea yang tersirat sekurang – kuranngnya satu.

Teknik menjawab ulasan

Ayat Gramatis: ada peluasan subjek dan berpredikat dan bervariasi tanpa kesalahan
tatabahasa.

Soalan :
Keracunan makanan sering disiarkan dalam media massa. Tuliskan ulasan tentang
keracunan makanan dalam bentuk perenggan. Panjang ulasan kamu mestilah antara 50 –
80 patah perkataan.

KERACUNAN MAKANAN
• Bahan mentah tercemar
• Tidak menjaga kebersihan
• Penyimpanan makanan tidak sempurna

127 pelajar keracunan. Muntah selepas makan mi goreng.

Kes keracunan makanan makin serius.


Perlu menulis idea ulasan dengan idea tersirat : apa – apa yang murid fikirkan dalam bentuk
tulisan yang berkait dengan tema.
- Menyatakan idea tersurat dan tersirat adalah penting.

Mencari idea tersurat dan tersirat :

KERACUNAN MAKANAN
• Bahan mentah tercemar seperti : ikan, daging, ayam
• Tidak menjaga kebersihan siapa yang tidak menjaga kebersihan? : diri / makanan /
persekitaran
• Penyimpanan makanan tidak sempurna tidak bertutup maka dihurungi lalat

Tersirat : Menggunakan akronim SUKA

S – Seperti
U – Untuk
K – Kerana
A – Agak

Kes keracunan semakin serius : fikirkan kesan. Kerana?

1. boleh membawa maut


2. Tanggung jawab semua pihak perlu memainkan peranan masing – masing
3. Utamakan Kebesihan

Gunakan KOTAK ULASAN

Pendahuluan – Berdasarkan Arahan/ Kata Kunci


Rujuk Arahan - Kes keracunan makanan sering disiarkan dalam media
massa. Banyak punca keracunan makanan.
Idea : Penanda Wacaba Idea Tersurat – rujuk Idea Tersirat –
Berdasarkan Bahan na bahan rangsangan Sebab, Akibat,
Rangsangan Contoh, Bagaimana

SUKA
PASSAK Antaranya , Bahan mentah Ikan, Daging, Ayam
Selain itu, tercemar
Seterusnya,
Akhir Sekali Tidak menjaga Diri, makanan,
kebersihan persekitaran
ASSA
Penyimpanan bahan Tidak menutup
makanan tidak makanan sehingga
sempurna dihinggapi lalat
Membahayakan
nyawa
Membimbangkan
ibu bapa
Jangan makan di
luar
Penutup – Kesimpulannya,
Rumusan Konklusinya

Contoh Ulasan yang cemerlang :

Keracunan makanan sering disiarkan dalam media massa. Banyak punca keracunan
makanan.

Antara punca keracunan ialah kerana bahan mentah seperti ikan, daging dan ayam
tercemar. Selain itu, sikap peniaga atau penjual yang tidak menjaga kebersihan diri dan
persekitaran juga menyebabkan keracunan yang boleh membahayakan nyawa kita.

Seterusnya, keracunan makanan juga akan berlaku seandainya makanan tidak


disimpan dengan sempurna. Misalnya nasi dan lauk yang tidak ditutup akan dihinggapi
lalat dan menyebabkan cirit – birit dan muntah – muntah.

Keracunan makanan merupakan masalah yang sering membimbangkan ibu – bapa.


Namun, oleh sebab kesibukan mereka, mereka kerap makan di kedai atau restoren.
Sebenarnya, masalah ini dapat diatasi dengan makanan yang dimasak sendiri kerana
penyediaan dan penyimpanannya lebih bersih. Konklusinya, keracunan makanan
merupakan masalah yang serius. Kita mestilah membeli makanan yang terjamin
kebersihannya.
Karangan : Penulisan Bahagian C

- 25 markah 80 – 120 p.p


- 35 minit

1 – 2 Soalan
- Format umum (Fakta / Cerita / Perbincangan )
- Format Khas (Berita / Surat Rasmi / Surat Tidak Rasmi )

2 – 2 Aspek
- Isi (Pengolahan idea yang menarik / Huraian yang mantap )
- Bahasa ( Tatabahasa )
o kosa kata yang sesuai (memandu kereta / membawa kereta )
o Ayat yang betul

3 – Yang perlu ada


- Pendahuluan – 1 perenggan
- Isi / Huraian – 4 perenggan – 4 isi yang berbeza. 1 perenggan 1 isi. Jangan campur
aduk isi dalam 1 perenggan.
- Penutup – 1 perenggan

- 1 perenggan mempunyai 3 – 5 ayat.

Bersifat Umum / Perbincangan

1. Pendahuluan (1 perenggan ) 20 p.p


o Gambaran awal tentang tema
ü Contoh : Kemalangan sering berlaku di Malaysia.
ü Boleh letakkan fakta
o Definisi jika sesuai
ü Maksud kemalangan.
o Justifikasi (jika perlu)
ü Kenapa data kemalangan sering meningkat?
o Ayat Tema
ü Mengenai Tajuk

2. Isi / Huraian (4 perenggan)


o Ayat Topik (Isi) 20 p.p x 4 = 80 p.p
o Ayat Huraian
o Ayat Contoh
o Ayat Penegas

3. Penutup (1 perenggan) 20 p.p


o 2 Unsur
ü Cadangan
ü Harapan

Soalan : Tulis karangan tentang faedah – faedah menabung

4 isi
- Dapat mengamalkan sikap berjimat – cermat
- Dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan
- Dapat menambah wang simpanan kita
- Dapat menggunakan wang tersebut pada waktu – waktu kecemasan

Pendahuluan

Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan. (Definisi)


Menabung memberi banyak faedah kepada kita.(Ayat Tema)

Isi
Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat – cermat
(Ayat Topik). Oleh sebab itu, kita perlu merancang segala perbelanjaan harian (Ayat
kita boleh
Huraian). Misalnya kitab oleh membawa bekalan air dan makanan ke sekolah (Ayat Contoh).
Justeru kita hendaklah bersikap jimat cermat dengan menyimpan duit yang diberi oleh ibu
Justeru itu
bapa ke dalam tabung (Ayat Penegas ).

Penutup
Kesimpulannya, amalan menabung adalah amalan mulia dan banyak manafaatnya. Kita
hendaklah menabung dari sekarang(ayat cadangan ) agar masa hadapan kita lebih terjamin
(ayat harapan ). Bak kata pepatah, sedikit – sedikit lama – lama jadi bukit.

Anda mungkin juga menyukai