Anda di halaman 1dari 2

TALIA RAKSASA QADQAD

Tema
Konflik antara manusia dengan alam semula jadi.

Persoalan
(a)   Buat baik akan dibalas baik.
(b)   Kasih sayang terhadap keluarga.
(c)   Sikap tamak segelintir manusia.
(d)   Kesusahan masyarakat orang asli yang tinggal di kawasan pedalaman.
(e)   Persahabatan antara manusia dengan haiwan.
(f)    Kepentingan alam semula jadi kepada manusia.

Talia
(a)   Seorang budak perempuan kecil berketurunan orang asli.
(b)   Anak kepada Dodo dan Misa.
(c)   Bersifat belas kasihan dan suka menolong.
(d)   Bersahabat dengan Raksasa Qadqad.

Raksasa Qadqad
(a)   Rupanya mirip katak.
(b)   Mempunyai sepasang tanduk kecil di kepala.
(c)   Mempunyai sepasang mata berwarna hijau kuning.
(d)    Menjadi penghuni dan penjaga hutan di Bukit Ungu.
(e)   Menyelamatkan penduduk kaum asli sewaktu Binjah ingin memusnahkan kampung tersebut.
(f)   Mengenang budi kerana telah menyelamatkan Talia dan keluarganya.

Dodo
(a)   Ayah kepada Talia dan Jini.
(b)   Isterinya bernama Misa.
(c)   Seorang yang penyayang.
(d)   Bapa yang bertanggungjawab.
(e)   Sanggup berkorban untuk menjamin keselamatan ahli keluarganya.
.
Binjah
(a)   Seorang saudagar yang tamak.
(b)   Kejam dan tidak bertimbang rasa.
(c)   Mementingkan kekayaan semata-mata tanpa memikirkan kepentingan alam semula jadi.
(d)   Terkorban bersama-sama pengikutnya sewaktu diserang oleh Raksasa Qadqad.
.
Sidek
(a)   Bekerja sebagai pemandu kereta api.
(b)   Bekerja dengan Binjah.
(c)   Baik hati.
Nilai

(a) Baik hati. (d) Kegigihan.

(b) Kasih sayang. (e) Tanggungjawab.

(c) Keberanian. (f) Tolong-menolong.

Pengajaran
(a)   Kita haruslah bersimpati terhadap semua makhluk yang berada di sekeliling kita.
(b)   Kita mestilah menyayangi anggota keluarga kita.
(c)   Kita haruslah berani mempertahankan hak kita.
(d)   Kita haruslah memberikan pertolongan kepada orang yang ditimpa kesusahan.

Latihan Pengukuhan

1. Siapakah nama watak utama cerpen ini?

2. Nyatakan tiga sifat luaran Raksasa Qadqad.

3. Mengapakah Raksasa Qadqad tidak menyerang keluarga Talia?

4. Berikan dua gaya bahasa berserta contoh yang terdapat dalam cerpen ini.

5. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu berbuat baik sesama makhluk alam?

Anda mungkin juga menyukai