Anda di halaman 1dari 2

DODGEBALL

Kalau biasanya kita main Futsal, sekali sekala apa kata kita main Dodgeball pula sebab ianya sangat
fun dan sesuai dimainkan oleh semua orang. Permainan Dodgeball ni pacenya agak laju dan
merupakan salah satu aktiviti cardio yang bagus. Objektif utama permainan Dodgeball adalah untuk
me”mati” pasukan lawan dengan membaling bola kepada mereka. Pemain yang badannya terkena
bola ketika dibaling oleh pihak lawan dikira “mati” dan harus keluar dari gelanggang. Sebaliknya
pemain yang membaling bola pula akan dikira “mati” apabila bola yang dibaling berjaya ditangkap
oleh pihak lawan.

Jumlah pemain satu pasukan : 6 Orang


Jumlah bola : 5 biji bola
Tempoh masa permainan : 2 minit
Size Court : 60 feet x 30 feet

Pemain akan membaling bola dari tengah gelanggang supaya dapat membaling dengan momentum
yang kuat ke arah pihak lawan. Ketika membaling bola, pemain juga terdedah kepada serangan oleh
pihak lawan kerana sesiapa sahaja boleh membaling pada bila-bila masa. Tiada konsep giliran
membaling dalam permainan ni.

Menangi Permainan
 Apabila semua pihak lawan berjaya dikeluarkan
 Pasukan yang mempunyai pemain lebih ramai semasa tempoh permainan tamat

Situasi Apabila Pemain dikira “Mati”


Pemain akan dikira “mati” dan harus keluar gelanggang serta merta apabila bola yang dibaling oleh
pihak lawan terkena pada badan pemain. Bola yang telah menyentuh lantai terlebih dahulu sebelum
terkena badan pihak lawan tidak dikira. Walau bagaimanapun pemain dikira “mati” walaupun
terkena pada pakaian
*Pemain akan dikira “mati” dan harus keluar gelanggang apabila pihak lawan berjaya menangkap
bola yang dibaling oleh pemain.
Pemain akan dikira “mati” dan harus keluar gelanggang sekiranya pemain terkeluar dari kawasan
gelanggang

Bola ditangkap oleh pihak lawan


Pemain yang sudah keluar dari pemainan boleh dimasukkan semula secara automatik apabila ahli
pasukan berjaya menangkap bola yang dibaling oleh pihak lawan.
Susunan pemain yang boleh masuk serta merta adalah mengikut susunan ketika terkeluar (mati)
Pemain yang cuba menangkap bola pihak lawan tetapi bolanya terjatuh adalah dikira “mati” dan
harus keluar gelanggang.

Anda mungkin juga menyukai