Anda di halaman 1dari 3

Program Damba Maghfirah Akhir Ramadan 1435H

- Ucapan Pengetua
- Penyampaian Sumbangan Anak Yatim

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wArahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Yang berusaha, Puan Noor Ashikin binti Yusof, pengetua smk langgar
Yg berusaha, En Nasir bin Zainol YDP Pibg smk Langgar
Yang dihormati,
Puan Rusnah bt Baba, penolong kanan pentadbiran
Puan Faizah bt Ramli, Penolong Kanan HeM
Puan Hasni bt Hamid, penolong kanan kokurikulum
Seterusnya, guru-guru, para ibu bapa dan dan para pelajar yg dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita melafazkan setinggi ucapan kesyukuran ke


hadrat Ilahi kerana dengan izin kasih-NYA pada hari ini 27 Ramadan yang barakah
kita dapat sama-sama berkumpul bagi menjayakan Majlis Penyerahan Sumbangan
Anak Yatim dan kurang berkemampuan sempena Program Damba Maghfirah di
Akhir Ramadan.

Hadirin sekalian,

Sesungguhnya,
Kita pada bulan Ramadan,
Dimana nafas kita menjadi tasbih
Tidur kita menjadi ibadah
Amal kita diterima, doa kita di ijabah
Sebelum cahaya syurga padam
Sebelum hidup berkahir
Sebelum pintu taubat tertutup
In Sha Allah, kita masih diberi kesempatan,
Untuk mendapatkan keampunan darinya.
Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa,
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan mempersilakan Yang Berusaha Puan Hajah Noor Ashikin bt Yusuf
Pengetua SMK Langgar untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

#ucapan pengetua.

Majlis merakam jutaan terima kasih kepada tuan pengetua.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sumbangan kepada pelajar-pelajar yang


kurang berkemampuan dan anak yatim.

Untuk itu, majlis menjemput Tuan Pengetua bagi mengiringi En. Abd. Nasir bin
Zainol Yang Dipertua PIBG SMK Langgar bagi menyampaikan sumbangan.

Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dimulakan dengan penyampaian sumbangan kepada pelajar-pelajar yang kurang


berkemampuan.

Dijemput adik_____________________________

Seterusnya penyampaian sumbangan kepada pelajar-pelajar anak yatim.

Dijemput adik_____________________________
Majlis merakam ribuan terima kasih kepada En. Abd. Nasir Yang Dipertua PIBG
SMKL atas penyampaian sumbangan sebentar tadi.

Dengan berakhirnya penyampaian itu tadi, berakhirlah Majlis kita pada hari ini. Saya
mewakili warga SMK langgar ingin mengucapkan rasa syukur dan terima kasih
kepada semua pihak dalam menjayakan Majlis kita pada hari ini sama ada secara
langsung atau tidak langsung. Moga kita semua mendapat keberkatan daripada-
NYA.

Pada kesempatan ini juga saya ingin memohon ribuan kemaafan jika ada salah dan
silap sepanjang mengacarakan majlis hari ini.

Bulan Ramadan bakal menghilang,


Tiada lagi puasa disiang hari,
Diberi Allah umur panjang,
Selamat Hari Raya Aidilfiti.

Sekian,

WaBilLahit Taufiqwal Hidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa


Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai