Anda di halaman 1dari 49

Ayat Majmuk

 Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan


mencantumkan dua klausa atau lebih.
 Jenis ayat majmuk:
(1) Ayat majmuk gabungan
(2) Ayat majmuk pancangan
(i) ayat relatif
(ii) ayat komplemen
(iii) ayat keterangan
(3) Ayat majmuk campuran
 
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia
1
Ayat Majmuk

 Ayat majmuk melibatkan cantuman beberapa klausa.

 Klausa yang terlibat dalam gabungan itu ialah klausa


bebas dengan klausa tak bebas.

 Konsep klausa penting dalam perbincangan ayat


majmuk

 Contoh:
Adik minum susu lalu tertidur. (AG)
Adik minum susu. (klausa bebas)
lalu (adik) tidur. (klausa tak bebas)
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 2
Ayat Majmuk

Polis segera bertindak setelah mendapat makulmat. (AKet)


Polis segera bertindak. (klausa bebas)
setelah mendapat maklumat (klausa tak bebas)

Kami akan ke bandar apabila Hassan dan Kamal tiba dari


kampung.
Kluasa bebas: Kami akan ke bandar.
Klausa gabungan: Hassan dan Kamal tiba dari kampung.
Klausa keterangan: apabila Hassan dan Kamal tiba.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia


3
Ayat Majmuk Gabungan

 Jika ayat majmuk itu setara, ia tidak boleh disongsangkan.


Contoh:
1. Jamal menanam jagung dan kacang.
1a. *Dan kacang, Jamal menanam jagung.

2. Zaki meminati badminton tetapi adiknya meminati


bola sepak.
2a. *Tetapi adiknya meminati bola sepak, Zaki meminati
badminton.
3. Orang tua itu tersepak tunggul kayu lalu jatuh.
3a. *Lalu jatuh, orang tua itu tersepak tunggul kayu.
 
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 4
Ayat Majmuk Gabungan

 Yang menggunakan kata hubung sambil, dan sementara

boleh disongsangkan. Contohnya:


6. Gadis itu menyambut kami sambil tersenyum.
6a. Sambil tersenyum, gadis itu menyambut kami.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia


5
Ayat Majmuk Gabungan

Penghasilan AMG
- dilakukan dengan menggabungkan unsur-unsur yang
berlainan, manakala unsur yang sama disebut hanya sekali.

1. Gabungan subjek dengan subjek


Sarah dan Nisa guru sekolah.
2. Gabungan predikat dengan predikat.
Lelaki itu banyak harta tetapi kedekut.
3. Gabungan objek dengan objek.
Saya melawat datuk dan nenek.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia


6
Ayat Majmuk Gabungan
4. Gabungan pelengkap dengan pelengkap
Dapatan kajian itu berdasarkan temu ramah dan soal
selidik.
5. Gabungan keterangan dengan keterangan
Budak itu bercakap dengan cepat tetapi jelas.
6. Gabungan klausa dengan klausa
Aishah sedang memasak manakala Razali membaca
akhbar.
7. Gabungan dengan menggunakan kata hubung
berpasangan
Sedangkan abang tidak dapat mengangkat peti itu
inikan pula adik. ©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 7
Ayat Majmuk Gabungan

Jenis Gabungan
Empat jenis gabungan, iaitu:
(i) gabungan yang susunan faktanya berturutan
(ii) gabungan yang susunan faktanya bertentangan
(iii) gabungan yang susunan faktanya menunjukkan
pilihan
(iv) gabungan dengan menggunakan kata hubung
berpasangan

Contoh jenis (iii)


Anis sedang tidur atau masih belajar.
Baju yang ini atau yang itu pilihan kamu?
Askar yang hidup atau musuh yang hidup.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 8
AYAT PANCANGAN: AYAT RELATIF
 Dikenali juga sebagai ayat peluas kerana klausa
relatif berfungsi meluaskan frasa subjek atau frasa predikat
 Klausa relatif akan menjadi klausa tak bebas yang
menerangkan klausa bebas.
 Ayat ini menggunakan kata hubung relatif yang.
 Contoh:
Baju yang berwarna merah itu sangat mahal.
Proses pertama: Baju itu sangat mahal + baju itu berwarna
merah
Proses kedua : Baju itu + baju itu berwana merah + sangat
mahal
Proses ketiga : Baju yang berwarna merah itu sangat mahal.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 9


AYAT PANCANGAN: AYAT RELATIF

Jenis Ayat Majmuk Relatif


(i) Peluasan subjek
Budak yang memukul adik saya itu / meminta maaf.
Orang yang sentiasa berusaha / selalunya berjaya.
(ii) Peluasan predikat
Peserta/menunggu di bilik yang telah disediakan.
Orang tua itu/berdiri di tepi jalan yang sibuk.
(iii) Peluasan objek
Saya membela kucing.
Kucing itu besar dan comel.
Saya membela kucing yang besar dan comel itu. 10
AYAT PANCANGAN: AYAT KOMPLEMEN

 Dikenali juga sebagai ayat pelengkap.


 Klausa komplemen berfungsi untuk
melengkapkan klausa bebas.
 kata hubung yang digunakan: bahawa dan untuk

Pemimpin itu menyatakan bahawa rakyat negara


ini perlu bersatu.
Klausa bebas: Pemimpin itu menyatakan (sesuatu).
Klausa komplemen: bahawa rakyat negara ini perlu
bersatu.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 11
AYAT PANCANGAN: AYAT KOMPLEMEN

Memang sukar untuk datuk menebang pokok yang besar itu.


Klausa bebas: Perkara itu memang sukar.
Klausa komplemen: Untuk datuk menebang pokok itu.

Proses Subjek Predikat


pertama: Untuk datuk menebang pokok itu + Perkara itu memang sukar

Proses Subjek Predikat


kedua: Untuk datuk menebang pokok itu/memang sukar.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 12


AYAT PANCANGAN: AYAT KOMPLEMEN

Jenis Ayat Majmuk Komplemen

Empat jenis, iaitu:


(i) Ayat komplemen frasa nama
(FN subjek dan FN objek)
(ii) Ayat komplemen frasa kerja
(iii) Ayat komplemen frasa adjektif
(iv) Ayat komplemen berstruktur ayat penyata +
ayat tanya

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 13


AYAT PANCANGAN: AYAT KOMPLEMEN

Ayat komplemen frasa nama objek sipi

1. Dia mengingatkan kami bahawa kami perlu menghadiri


mesyuarat itu.
2. Dia memberitahu saya bahawa bapanya sudah
menunaikan fardhu haji.

Fungsi klausa komplemen sesudah frasa nama kami dan


saya adalah sebagai objek sipi yang menjadi penerang
kepada frasa nama objek tepat tersebut (kami, saya).

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 14


AYAT PANCANGAN: AYAT KOMPLEMEN

Ayat komplemen frasa kerja yang mengandungi


dua kata kerja berurutan
 kata kerja yang terdapat dalam klausa bebas ialah
kata kerja tak transitif.

 frasa nama yang menjadi subjek dalam klausa bebas dan


ayat yang dipancangkan itu adalah sama.

 Ayat komplemen jenis ini tidak menggunakan kata


hubung bahawa atau untuk
Adik pergi makan.
Ibu duduk mengadap adik makan.
Adik duduk bersila. ©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 15
AYAT PANCANGAN: AYAT KOMPLEMEN

1a. Budak itu duduk + Budak itu menangis.


1b. Budak itu duduk (budak itu) menangis.
1c. Budak itu duduk menangis.
Jika ayat di atas dibentuk sebagai “Budak itu duduk sambil
menangis” – ayat itu ialah AMG.
Ayat komplemen jenis ini tidak boleh disongsangkan.
*Menangis budak itu duduk.
*Makan adik pergi.
*Mengadap adik makan ibu duduk.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 16


AYAT PANCANGAN: AYAT KOMPLEMEN

2a. Mereka datang + Mereka bertanyakan hal itu.


2b. Mereka datang (mereka) bertanyakan hal itu.
2c. Mereka datang bertanyakan hal itu.

Ayat di atas bukanlah ayat keterangan kerana klausa tak bebas


itu tidak boleh disongsangkan.
*Bertanyakan hal itu mereka datang.

Jika ayat itu dibina sebagai “Mereka datang untuk bertanyakan


hal itu” – ayat ini ialah ayat pancangan keterangan. Buktinya,
ayat itu boleh disongsangkan.
Untuk bertanyakan hal itu, mereka datang.

Contoh lain:
3. Semut berhenti merayap.
4. Kami pergi menonton wayang.
5. Mereka sudah berjaya melepaskan diri. 17
AYAT PANCANGAN: AYAT KOMPLEMEN
Ayat jenis ini juga menggunakan kata hubung “untuk”
yang boleh digugurkan.
6a. Buku ini bertujuan.
6b. Buku ini memudahkan pelajar.
 Buku ini bertujuan memudahkan pelajar.

Ayat itu tidak boleh disongsangkan.


*Memudahkan pelajar buku ini bertujuan.

Jika kata hubung “untuk” diletakkan pun, ayat itu


tidak boleh disongsangkan.
Buku ini bertujuan untuk memudahkan pelajar.
*Untuk memudahkan pelajar buku ini bertujuan. 18
AYAT PANCANGAN: AYAT KOMPLEMEN
Contoh:
7a. Dia berjaya.
7b. Dia menyelesaikan masalah kami.
7c. Dia berjaya menyelesaikan masalah kami.
Ayat di atas tidak boleh disongsangkan, maka fungsi
klausa 7b menjadi klausa komplemen, yang melengkapkan klausa
7a (klausa bebas).
*Menyelesaikan masalah kami dia berjaya.

Jika kita letakkan kata hubung “untuk”, ayat masih tak gramatis,
dan tak boleh disongsangkan.
*Dia berjaya untuk menyelesaikan masalah kami.
*Untuk menyelesaikan masalah kami dia berjaya.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia
19
AYAT PANCANGAN: AYAT KOMPLEMEN

Ayat yang manakah ayat komplemen yang mengandungi


dua frasa kerja berurutan yang digugurkan kata hubungnya?
1. Dia berada bersama-sama kita di situ tadi.
2. Lelaki itu bergegas keluar dari keretanya.
3. Pengguna terpaksa menggunakan produk itu kerana
tiada pilihan.
4. Adik saya berlatih berenang di kolam renang itu.
5. Lelaki itu telah gagal mendidik anak-anaknya
6. Kami bersedia mendengar masalahnya.
7. Encik Tan meminta Anjali menjelaskan punca dia
mensabotaj kumpulan Zamrud.
8. Saya menunggu dia pergi ke bandar.
9. Mereka datang meminang anaknya semalam.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 20
AYAT PANCANGAN: AYAT KOMPLEMEN

Ayat komplemen berstruktur ayat penyata + ayat tanya

1. Saya tidak tahu dari mana dia berasal.


2. Kami faham bagaimana melakukan uji kaji itu.
3. Saya belum tahu siapa akan pergi.
4. Kami tertanya-tanya apa yang dibuatnya di situ.
5. Ibu tidak pasti mengapa Zaharah murung.
6. Kami tidak jelas bagaimana cintanya boleh berubah.
7. Kami tidak tahu di mana dia belajar.
8. Ayah faham bagaimana bercelarunya fikiran ibu sekarang.

Ayat tanya dalam ayat komplemen di atas berfungsi sebagai klausa


komplemen yang melengkapkan frasa kerja atau frasa adjektif dalam
klausa bebas, dan fungsinya sebagai predikat. 21

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia


AYAT PANCANGAN: AYAT KOMPLEMEN
Ayat tanya yang berfungsi sebagai klausa komplemen boleh juga
menduduki konstituen objek.
9. Dia masih belum mengetahui apa yang terjadi.
10. Polis masih menyiasat bagaimana rompakan itu berlaku.
11. Semua orang ingin mengetahui mengapa dia melakukan
perbuatan itu.
12. Kita tidak usah mempertikaikan siapa yang dipilih sebagai ketua.

Buktinya ialah ayat di atas boleh dipasifkan:


9a. Apa yang terjadi masih belum diketahuinya.
10a. Bagaimana rompakan itu berlaku masih disiasat oleh polis.
11a. Mengapa dia melakukan perbuatan itu ingin diketahui oleh
semua orang.
12a. Siapa yang dipilih sebagai ketua tidak usah kita pertikaikan.

Ayat 9a-11a, klausa komplemen itu berfungsi sebagai subjek ayat.


22
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia
AYAT PANCANGAN: AYAT KOMPLEMEN

 Ayat yang berikut bukan ayat komplemen berstruktur ayat


penyata + ayat tanya, tetapi ayat tunggal.

 Sebabnya: subjek bukan dalam bentuk klausa tetapi frasa.

 Penggunaan kata “apa” salah kerana yang tepatnya ialah


“apa-apa” yang merujuk kepada kata ganti nama tak tentu.
Tidak ada/apa yang tinggal lagi. (X)
S P
Tidak ada apa-apa yang tinggal lagi. (√)
Yang tinggal lagi tidak ada apa-apa. 23
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia
AYAT PANCANGAN: AYAT KOMPLEMEN
Yang manakah ayat komplemen berstruktur
ayat penyata + ayat tanya?
1. Pusat industri di mana barang-barang dikeluarkan
terletak berbatu-batu jauhnya daripada pengguna.
2. Apa yang disuruh belum dibuat oleh adik.
3. Guru mengetahui apa yang dibawa oleh pelajar itu.
4. Pencemaran air berlaku di laut yang mana diakibatkan
oleh tumpahan minyak.
5. Kita tidak dapat membayangkan apa akan berlaku jika
rakyat Palestin terus dizalimi.
6. Proses itu melibatkan penerimaan bahan yang mana
boleh menghasilkan rembesan.
7. Bagaimana rompakan itu berlaku masih disiasat oleh polis.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 24
Ayat majmuk keterangan
 Klausa keterangan berfungsi untuk memberikan maklumat
lanjut dan menegaskan makna kata kerja dalam klausa
bebas.
 Klausa keterangan boleh hadir selepas atau sebelum
klausa bebas.
 Satu ciri bagi AMKet ialah ia boleh DISONGSANGKAN
 Ayat majmuk ini memerlukan kata hubung keterangan
 Contoh:
Bapa menebang pokok kelapa dengan menggunakan kapak.
Klausa bebas : Bapa menebang pokok kelapa.
Klausa keterangan : dengan (bapa) menggunakan kapak.

25
AM Keterangan Susunan Biasa dan
Susunan Songsang

1. Kami bertemu semula setelah lima tahun berpisah.


(susunan biasa)
1a. Setelah lima tahun berpisah, kami bertemu semula.
(susunan songsang)
2. Abang tidak menghadiri majlis itu kerana dia bekerja.
(susunan biasa)
2a. Kerana dia bekerja, abang tidak menghadiri majlis
itu. (susunan songsang)
3. Tanah itu akan ditumbuhi lalang jika tidak diusahakan.
(susunan biasa)
3a. Jika tidak diusahakan, tanah itu akan ditumbuhi
lalang. (susunan songsang) ©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 26
 Jika subjek bagi klausa keterangan tidak sama dengan
klausa bebas, subjek klausa keterangan tidak boleh
digugurkan.
*Pandangannya akan saya tanyakan sebelum membuat
keputusan.
Pandangannya akan saya tanyakan sebelum saya
membuat keputusan.
 Jika subjek bagi klausa keterangan dengan klausa bebas
sama, subjek pada klausa keterangan boleh digugurkan.
Bayi itu menangis kerana lapar.
Padi itu saya jemur supaya kering.
 AMKet tidak membenarkan kata hubung ket. digugurkan.
*Saya akan membantu dia menyiapkan latihan itu.
Saya akan membantu dia untuk menyiapkan latihan itu.
27
Ayat Majmuk Campuran
 Ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat.
 Terdiri daripada campuran klausa bebas dengan
pelbagai klausa tak bebas.

Lelaki itu menjolok buah kelapa untuk dijual bagi


mendapatkan sumber pendapatan.
Klausa bebas: Lelaki itu menjolok buah kelapa.
Klausa tak bebas (klausa keterangan):
untuk (buah kelapa) dijual
Klausa tak bebas (klausa keterangan):
bagi (lelaki itu) mendapatkan sumber pendapatan
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 28
Ayat Majmuk Campuran

Contoh:
 Campuran klausa keterangan dengan klausa relatif

Orang tua itu segera dibawa ke hospital kerana


mengidap penyakit yang disebabkan oleh makanan
beracun.

Klausa bebas: Orang tua itu segera dibawa ke hospital


Klausa ket.: kerana mengidap penyakit
Klausa relatif: yang disebabkan oleh makanan beracun.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 29


PROSES PENERBITAN AYAT

 Jumlah ayat dalam sesuatu bahasa tiada batas


dari segi bilangannya, tetapi penutur jati
bahasa tersebut dapat memahaminya.

 Penutur jati juga dapat menentukan sama ada


sesuatu ayat itu betul atau tidak, baik dari segi
makna ataupun tatabahasa berdasarkan
intuisinya, iaitu pengetahuannya tentang
struktur dalaman bahasanya.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 30


PROSES PENERBITAN AYAT

Ayat Terbitan
 Terbentuk apabila berlakunya perubahan pada
ayat dasar.
 3 proses penerbitan ayat:
(i) peluasan
(ii) pengguguran
(iii) penyusunan semula

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 31


PROSES PENERBITAN AYAT

(i) Proses Peluasan


 Melibatkan penambahan unsur baharu ke dalam ayat,
sama ada pada bahagian subjek, predikat atau objek.
 Boleh berlaku dalam ayat tunggal atau dalam ayat
majmuk.
 Contoh:
(a) Remaja itu menyimpan wang ibunya di bank tempatan.
(peluasan predikat melalui frasa adverba)
(b) Saya percaya bahawa dia akan sedar juga nanti.
(peluasan predikat melalui komplementasi )

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 32


 4 jenis peluasan ayat:

(a) peluasan frasa nama sebagai subjek


(dalam ayat relatif)
Komputer itu/komputer adik.
Komputer yang dibeli itu/komputer adik.

(b) peluasan rasa predikat


(dalam ayat relatif)
Anak gadis saya/menghasilkan sajak.
Anak gadis saya/menghasilkan sajak yang indah itu.

.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 33
(c) peluasan dengan kata hubung
(dalam ayat gabungan dan ayat keterangan)
Saya dan Amir akan ke perpustakaan.
Datuk akan ke Mekah esok manakala nenek
akan tinggal bersama-sama kami.

Kami akan ke sana jika ayah mengizinkannya.


Mereka terus bermain kerana cuaca masih baik.

(d) peluasan melalui komplementasi


Dia menyatakan bahawa Ali sakit.
Mak Limah datang bertanyakan khabar.
Saya tidak tahu apa yang dibuat oleh adik.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 34
PROSES PENERBITAN AYAT

(ii) Proses Pengguguran


 Proses melibatkan pengguguran sesuatu unsur
ayat yang tertentu.
 Contoh: Mahu ke mana?
(Ayat asal: Anda mahu ke mana?)
 3 proses pengguguran:
(a) frasa nama sebagai subjek
(b) frasa predikat
(c) frasa nama yang mendahului frasa relatif
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 35
PROSES PENERBITAN AYAT
(a) Pengguguran frasa nama sebagai subjek
(i) Pengguguran subjek ganti nama diri orang kedua
dalam ayat perintah:
Contoh: Engkau berhenti
ø Berhenti.

(ii) Pengguguran kata nama sebagai inti frasa nama


subjek:
Contoh: Amalan merokok membahayakan kesihatan.
ø Merokok membahayakan kesihatan

(iii) Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat


majmuk.
Contoh: Kakak demam tetapi ø masih ke sekolah.
36
PROSES PENERBITAN AYAT

(b) Pengguguran frasa predikat


 Terbahagi kepada tiga jenis:
(i) Pengguguran seluruh frasa predikat
Contoh: Hani pekerja kilang dan Kamariah
pekerja kilang.
Hani dan Kamariah pekerja kilang.
(ii) Pengguguran bahagian tertentu frasa predikat.
Bahagian yang boleh digugurkan ialah:
 oleh + frasa nama dalam ayat pasif
Contoh: Ladang itu telah dibersihkan oleh pekerja
sambilan
 Ladang itu telah dibersihkan.
37
PROSES PENERBITAN AYAT

 Kata bantu yang serupa


Contoh: Adik akan mandi dan adik akan bersiap.
 Adik akan mandi dan bersiap.

 Frasa nama sebagai objek yang serupa


Contoh: Dia meriba anak kucing itu dan dia
mengusap-ngusap anak kucing itu.
 Dia meriba dan mengusap-ngusap anak
kucing itu.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 38
PROSES PENERBITAN AYAT

 Frasa nama sebagai objek selepas kata kerja


yang membawa makna adjektif

Contoh: Kemalangan itu amat menggerunkan


kami.
Kemalangan itu amat menggerunkan.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 39


PROSES PENERBITAN AYAT

(c) Pengguguran Frasa nama yang mendahului


klausa relatif
Contoh:
Mereka itu pelajar Universiti Malaya. Mereka
itu berdiri di situ.
 Mereka yang berdiri di situ pelajar Universiti
Malaya.
 Yang berdiri di situ pelajar Universiti Malaya.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 40
PROSES PENERBITAN AYAT

(iii) Proses Penyusunan Semula


 Unsur dalam ayat asal diubah susunannya.
 Hasilnya berlaku perubahan atau pengguguran unsur/
kata-kata tertentu, penggantian, atau penambahan kata-
kata lain pada ayat yang diterbitkan itu.
 Contoh:
Budak-budak itu merayau-rayau di kawasan perumahan kami.
Merayau-rayau budak-budak itu di kawasan perumahan kami.
Di kawasan perumahan kami budak-budak itu merayau-rayau.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 41


PROSES PENERBITAN AYAT

Jenis Penyusunan Semula


(a) Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek.
(proses pasif). Contoh:
1. Tukang kebun membakar sampah .
Sampah dibakar oleh tukang kebun.
2. Saya membeli rumah itu.
Rumah itu saya beli.
(b) Penyusunan semula frasa nama sebagai objek.
(dua objek kepada satu objek)
Contoh: Abang membelikan adik baju.
 Abang membelikan baju untuk adik.
42
PROSES PENERBITAN AYAT

(c) Penyusunan semula melalui ayat songsang:


 Semua jenis keterangan dalam ayat boleh
dikehadapankan apabila keterangan itu hendak
diberikan penekanan.

Contoh: Dia akan menduduki peperiksaan SPM


tahun depan.
Tahun depan dia akan menduduki
peperiksaan SPM.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 43
PROSES PENERBITAN AYAT

 Frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama


dalam predikat ayat tunggal boleh juga dibawa ke
depan.
 Contoh: 1. Bayi itu belum menyusu lagi.
Belum menyusu lagi bayi itu.
2. Datuk saya agak alim.
Agak alim datuk saya.
3. Ahmad ke Melaka petang semalam.
Ke Melaka petang semalam Ahmad.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 44
PROSES PENERBITAN AYAT

 Klausa keterangan dalam ayat majmuk keterangan


boleh juga dipindahkan ke awal ayat.
 Contoh:
Dia sudah pergi ke kedai ketika anaknya sampai .
Ketika anaknya sampai, dia sudah pergi ke kedai.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 45


PROSES PENERBITAN AYAT

Analisis Rajah Pohon


 Ayat dilihat sebagai sebatang pohon yang
mengandungi dahan, ranting, dan cabang yang
lebih kecil.
 Umumnya, ayat dibahagikan kepada dua cabang
utama, iaitu subjek dan predikat.
 Subjek terdiri daripada frasa nama.
 Predikat boleh terdiri daripada frasa nama, frasa
kerja, frasa adjektif, atau frasa sendi nama.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 46


RAJAH POHON ASAS

AYAT

SUBJEK PREDIKAT

©Persatuan
©Persatuan Pendidikan
Pendidikan Bahasa
Bahasa Melayu
Melayu Malaysia
Malaysia 47
Analisis Rajah Pohon
Ayat

Subjek Predikat Adjung

FN FK

KN KB KK FS

KS KN

Budak-budak sedang makan di kantin


48
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia
Analisis Konstituen Terdekat

beberapa ekor kucing jantan itu

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 49

Anda mungkin juga menyukai