Anda di halaman 1dari 194

PERSATUAN PENDIDIKAN BAHASA

MELAYU MALAYSIA

TATABAHASA BAHASA MELAYU


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(STPM)

Disediakan oleh:
Raminah Hj Sabran
Ahmad Khair Mohd Nor
Ton Ibrahim
Mohd Zaini Othman
Nur Najwa Hanim A.Rani
SINTAKSIS
BAHASA MELAYU
Sintaksis:
Bidang yang mengkaji ayat dari segi

bentuk struktur binaan

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia

3
UNIT-UNIT SINTAKSIS
• Unit-unit sintaksis tersusun mengikut
hierarki atau tatatingkat, iaitu unit yang
besar berada di atas unit yang lebih kecil
yang menjadi pembentuknya.

• Dengan demikian, dikatakan bahawa kata


membentuk frasa, frasa membentuk klausa,
dan klausa membentuk ayat.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia

4
C Ayat: • Budak itu baru pulang dari sekolah.

O
Klausa: • budak itu baru pulang dari sekolah

N
• 1. budak itu
T Frasa : • 2. baru pulang
• 3. dari sekolah

O •

budak
itu

H
• baru
Kata • pulang
• dari
• sekolah
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 5
Hanya sebagai rangsangan
“Kamu tinggal di mana, Ahmad?”
“Saya tinggal di Kampung Tualang, tidak jauh dari pekan lama
ini.”
“Dengan siapa?”
“Emak!”
“Berdua saja?”
“Ya!”
“Kamu kenal orang yang bernama Haji Kadir? Dia orang tertua
di sini?”
“Kenal, dia dengan isterinya sudah lama menetap di sini.”

Perbincangan guru dan pelajar:


Namakan unsur-unsur yang membina ayat dalam wacana/dialog di atas.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia


6
FRASA
FRASA:
binaan yang terdiri daripada
sekurang-kurangnya satu kata
yang berpotensi untuk diperluas
menjadi dua kata atau lebih.

7
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia
CONTOH
kereta

kereta baharu

kereta baharu abang

kereta baharu abang saya

kereta baharu abang ipar saya

kereta baharu abang ipar kakak saya itu


©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 8
CIRI-CIRI FRASA

1. Berpotensi untuk diperluas.

2. Menduduki konstituen ayat sebagai


subjek, predikat, objek, dan keterangan.

3. Frasa boleh menjadi konstituen kepada frasa itu


sendiri.
Contoh : kereta baharu abang saya
1 2 ©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 9
CIRI-CIRI FRASA

4. Jika sesuatu frasa dipindahkan, unsur-


unsurnya tidak boleh dipisahkan daripada
satuannya.

5. Tidak mengandungi subjek dan


predikat

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 10


SOALAN STRUKTUR

1.
I II III
mahu pandai kurang sabar di tepi saya
wajar berehat sudah ranum ke sebelah selatan

(a) Namakan jenis frasa I, II, dan III.

(b) Luaskan frasa-frasa itu dengan menambah unsur


keterangan.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 11


SOALAN STRUKTUR
2.
I II
Kereta besar
Kereta ini tidak besar
Kereta abang saya amat besar

(a) Huraikan binaan I dan II dalam ayat di atas.

(b) Apakah jenis frasa tersebut?

12
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia
BINAAN FRASA

endosentrik
eksosentrik
2. Frasa
1. Frasa

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 13


FRASA ENDOSENTRIK

• Mengandungi satu inti dengan keterangan/penerang


• Unsur intinya dapat mewakili keseluruhan frasa itu.
• FN, FK, dan FA

Contoh:
 sebuah perpustakaan awam (FN)
 belum tidur lagi (FK)
 agak kecil sedikit (FA)
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 14
FRASA EKSOSENTRIK

 Frasa yang tiada satu pun daripada


unsurnya boleh mengambil tempat atau
mewakili keseluruhan frasa tersebut.
 FS

Contoh
 kepada pelajar
 untuk abang
 di dalam rumah
 dalam angkatan tentera
15
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia
SOALAN STRUKTUR
3. I Kakak Fatimah merupakan seorang ibu tunggal yang
masih muda.

II Dia menjadi guru matematik di sekolah menengah


itu, manakala abangnya menyertai pasukan tentera
laut.

Yang manakah frasa endosentrik dan yang


manakah frasa eksosentrik dalam ayat I dan II?

16
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia
FRASA UTAMA dan FRASA BUKAN UTAMA
 Inti dalam frasa subjek dan inti dalam frasa predikat merupakan
frasa utama.
1. Pemain/menjaringkan gol.
S P
 Frasa keterangan bagi subjek dan predikat merupakan frasa
bukan utama.
1a. Pemain dari Brazil/menjaringkan gol dalam perlawanan akhir.
 Tambahan frasa bukan utama dalam ayat tidak terhad kepada
satu frasa sahaja. Kehadiran beberapa frasa bukan utama
berfungsi untuk memberikan maklumat tambahan.
2. Kereta di simpang jalan itu/ditunda ke bengkel sebentar tadi.
3. Pemandangan di tepi pantai pada waktu senja/sungguh indah.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 17
SOALAN STRUKTUR
4.
I Beliau, pemain squasy negara, merangkul
kejuaraan squasy peringkat dunia, buat kali
ketujuh pada tahun ini.

II Saya membeli dua buah kereta mewah buatan


Jepun, salah sebuah negara pengeluar kereta
yang terulung di dunia, dua bulan yang lalu.
Yang manakah frasa utama, frasa bukan utama dan
aposisi dalam ayat I dan II?

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 18


SOALAN STRUKTUR
5.
I Pemandangan di tepi pantai pada waktu senja
sungguh mempesonakan.

II Ibu pejabat kedutaan kita di Indonesia telah


berpindah ke bangunan baharu minggu lepas.

III Baju daripada sutera tidak boleh dipakai oleh


orang lelaki.

Yang manakah frasa utama dan yang manakah frasa bukan


utama dalam ayat di atas?

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 19


JENIS FRASA
• Jenis frasa ditentukan oleh perkataan yang menjadi inti
frasa dan fungsi frasa dalam ayat.
• Jenis frasa utama ada 4: FN, FK, FA, dan FS
• Jenis frasa bukan utama: Frasa keterangan

Contohnya:
1. tiga ekor lembu
(FN kerana inti frasa ialah kata lembu)

2. bermain di padang
(FK kerana inti frasa ialah kata bermain)

3. sungguh cantik bagai bidadari


(FA kerana inti frasa ialah kata cantik)
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 20
JENIS FRASA

4. tidak bekerja hari ini


(Jenis frasa ialah FK, manakala frasa hari ini
berfungsi sebagai frasa keterangan yang
menerangkan frasa kerja itu)

5. ke seberang jalan
(FS menduduki predikat)

6. tidak bekerja pada hari ini


(Jenis frasa ialah FK, manakala frasa pada hari ini
berfungsi sebagai frasa keterangan yang
menerangkan frasa kerja itu)

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 21


Binaan Frasa Nama

1. Inti + penerang
• guru sekolah

2. Inti + inti
• ibu bapa

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia


22
Jenis Penerang Nama

1. Nama keturunan: bangsa Melayu


2. Nama jenis: kerusi kayu
3. Nama tempat: pinggir bandar
4. Nama milik: negara kita
5. Nama kelamin: lembu betina
6. Nama kegunaan: serbuk perasa
7. Nama penyambut: orang gaji

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 23


Jenis Penerang Nama

8. Nama arah: bilik depan


9. Nama anggota badan: tudung kepala
10. Nama tenaga penggerak: dapur elektrik
11. Nama perkara: surat permohonan
12. Nama khas: puncak Gunung Tahan
13. Nama gelaran/panggilan: Doktor Hadi,
Cikgu Azizi, Inspektor Anuar

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 24


Jenis Penerang Bukan Nama
1. Penerang penentu depan: beberapa
pendapat
Penerang penentu belakang : budak ini

2. Penerang kata kerja : tuala mandi

3. Penerang kata adjektif : air panas

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 25


Jenis Penerang Bukan Nama

4. Penerang frasa sendi nama: buku


di atas meja

5. Penerang adverba:
caranya begitu

6. Penerang bilangan ordinal: tempat


kedua

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 26


SOALAN STRUKTUR
7.
(i) Saya memakai selipar Jepun.
(ii) Lelaki itu kutu embun.
(iii) Remaja itu ke Petaling Jaya.
(iv) Mereka berkhemah di kaki bukit.
(v) Wanita itu merupakan seorang ibu tunggal.

Apakah fungsi frasa nama yang berhuruf condong dalam


ayat-ayat di atas?
 

27
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia
SOALAN STRUKTUR
8.
“Pak Mat menternak ayam serama dan ayam
kampung untuk dijual kepada orang ramai di
pasar malam. Penduduk tempatan memberikan
sambutan yang baik terhadap produk jualan Pak
Mat. Pak Mat bercadang untuk menambah
modal pusingan bagi memperbanyak
ternakannya.”

(a) Senaraikan frasa nama yang menjadi objek dalam


ayat di atas.

(b) Jelaskan binaan frasa nama tersebut.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia


28
FRASA KERJA

 Bentuk terkecil: satu kata kerja


 Menduduki konstituen predikat
 Kata kerja transitif
tak transitif
 Contoh:
1. Kanak-kanak bermain.
2. Mereka mempelajari tatabahasa.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 29


FRASA KERJA

 Inti bagi frasa kerja boleh terdiri daripada


(i) kata kerja tunggal (makan)
(ii) kata kerja terbitan (bermain)
(iii) kata majmuk (angkat kaki)
(iv) kata ganda (main-main)

 Fungsi frasa kerja dalam ayat:


(i) Sebagai predikat: Gadis itu bertudung.
(ii) Sebagai subjek: Bercakap memang mudah.
(iii) Sebagai penerang: Tugas mengajar tugas yang mulia.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 30


transitif. Tidak memerlukan
Intinya kata kerja tak objek.

FRASA KERJA
TAK TRANSITIF
Dapat hadir bersama- Contoh: Komala tidur.
sama kata bantu dan
unsur keterangan.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 31


(i)Tanpa pelengkap Bayi itu menangis.

FRASA KERJA
TAK (ii) Berpelengkap Pelajar itu ada wang.
TRANSITIF

(iii) Berpenerang Lelaki itu berjual sayur.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 32


SOALAN STRUKTUR
1.
(i) Meraut merupakan kerja hariannya.
(ii) Dia meraut buluh itu dengan
menggunakan pisau yang amat tajam.
(iii) Seni meraut harus dikekalkan.

Jelaskan fungsi frasa kerja meraut dalam ayat di atas.

2. Bina dua ayat yang mengandungi frasa kerja yang


mempunyai frasa keterangan.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 33


SOALAN STRUKTUR
2.
(i) Mereka suka berbaju kebaya.
(ii) Semalam kami bertemu sebentar.
(iii) Lelaki itu beristeri dua.
(iv) Mereka berjabat tangan sambil tersenyum.
(v) Musang berbulu ayam.
(vi) Mereka berlindung di bawah jambatan.
(vii) Kamilah yang bersengkang mata.
(viii) Berkerut dahi kerani itu.

Apakah jenis frasa kerja tak transitif dalam ayat di atas?

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 34


SOALAN STRUKTUR
3.
(i) Penyanyi itu mendendangkan lagu-lagu Melayu.
(ii) Wanita Islam tidak boleh menduakan suami.
(iii) Alasannya berdasarkan fakta semasa.
Yang manakah ayat aktif transitif dan yang manakah
ayat aktif tak transitif?

4. (i) Daun pokok itu berguguran ketika ribut.


(ii) Mereka belum pernah bertentang mata.
(iii) Kanak-kanak biasanya tidak mahu berbaju
lengan panjang.
Apakah jenis KKA tak transitif dalam ayat di atas?

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 35


Frasa kerja transitif
sebagai inti diikuti
oleh frasa nama
sebagai objek.

FRASA
KERJA
TRANSITIF
Contoh: Boleh
dipasifkan.
Sunjiv membaca Buku itu dibaca
buku itu.
oleh Sunjiv.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 36


PELUASAN FRASA KERJA

FRASA KERJA
TRANSITIF

(b) dengan dua


(a) dengan objek: (d) dengan
satu objek: Ayah memberi (c) dengan keterangan:
Lori itu adik wang saku. kata bantu: menghiris
melanggar (adik-objek tepat, sudah makan. sayur dengan
anjing. wang saku-objek pisau
sipi)

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 37


FRASA ADJEKTIF

Menduduki Contoh:
Intinya kata konstituen
adjektif predikat Sarah pandai.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 38


Fungsi frasa adjektif dalam ayat:

• Gadis itu cantik.


Sebagai predikat

Sebagai penerang • Baju biru itu kegemaran Azmi.


bagi frasa nama

Sebagai unsur tinggi.


keterangan bagi • Burung helang itu terbang
frasa kerja

Sebagai subjek • Merah lambang keberanian.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia


39
Binaan frasa adjektif

(i) Kata adjektif + kata adjektif

• gagah berani

(ii) Kata adjektif + kata nama

• gila pangkat

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 40


Peluasan
frasa
adjektif
Dengan
Dengan kata keterangan:
penguat: kaya dengan
sungguh ajaib minyak
Dengan kata
bantu:
masih muda

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 41


SOALAN STRUKTUR

1. (i) tua muda


(ii) akar umbi
(iii) berat mulut
(iv) putih melepak
(v) gagah perkasa

Tentukan frasa adjektif yang di atas, sama ada unsurnya


memperlihatkan pertentangan makna, keserupaan atau
keserasian makna, keindahan bunyi, atau maksud
kiasan.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 42


SOALAN STRUKTUR
2.
X= Kata penguat + kata bantu + kata kerja
Y= Kata bantu + kata bantu + kata adjektif
Z= Kata adjektif + kata adjektif + keterangan

Bina satu frasa bagi setiap X, Y, dan Z.


3.
(i) Berbaju hijau muda guru itu.
(ii) Berjalan berjengkit-jengkit budak ini.
(iii) Berbau harum mangga yang sudah masak itu.
(iv) Berhijrah ke bandar pemuda-pemuda kampung.

Yang manakah ayat yang frasa adverbanya terdiri


daripada kata/frasa adjektif?

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 43


FRASA SENDI NAMA

Terdiri
daripada kata Contoh:
sendi nama
dengan frasa Makanan ini untuk anak-anak
nama menjadi yatim.
pelengkapnya.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 44


Fungsi frasa sendi nama dalam ayat

Sebagai predikat • Datuk saya akan ke Mekah.

Sebagai keterangan • Beg di atas meja itu


bagi frasa nama kepunyaan kakak.

Sebagai frasa • Omar masih bekerja di


keterangan pejabat.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 45


FRASA SENDI NAMA

 Peluasan frasa sendi nama dengan kata


bantu:
Bayi itu masih di pangkuan ibunya.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 46


Binaan FS

i) Kata sendi nama + • dari + Kedah


frasa nama

ii) Kata sendi nama + • dari + dalam + bilik guru


kata arah + frasa nama

iii) Kata sendi nama + • ke + perpustakaan sekolah +


frasa nama + frasa petang semalam
keterangan
iv) Kata sendi nama + •
ke + dalam + hutan + pagi
kata arah + frasa nama
semalam
+ frasa keterangan

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 47


FRASA KETERANGAN
 Berfungsi untuk menerangkan frasa kerja, frasa
adjektif, dan frasa sendi nama dalam ayat.

 Dalam ayat dasar, frasa ini hadir di hujung ayat dan


merupakan sebahagian daripada predikat:
Contoh: Pelajar itu datang hari itu.

 Berfungsi untuk memberikan maklumat tambahan


kepada frasa utama predikat.

 Boleh dikedepankan.
Contoh: Hari itu pelajar itu datang.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 48


FRASA KETERANGAN
 Boleh terdiri daripada:
(i) Frasa nama:
Bapa bekerja hari ini.
(ii) Frasa adjektif:
Pelajar itu tiba lewat sikit.
(iii) Frasa sendi nama:
Lori itu di bawah pokok di tepi jalan.
(iv) Kata adverba:
Mereka akan pergi sekarang.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 49


FRASA KETERANGAN
 Jenis-jenis frasa keterangan:
(i) Keterangan waktu
Abang akan pulang pada bulan Disember.

(ii) Keterangan tempat/arah


Anjing itu muncul dari lorong belakang.

(iii) Keterangan alat


Dia menulis dengan pen.

(iv) Keterangan cara


Kami akan menyiapkan tugasan itu dengan segera.
(v) Keterangan hal
Pelajar itu bijak dalam semua mata pelajaran.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 50
FRASA KETERANGAN
(vi) Keterangan tujuan
Krim ini digunakan untuk kecantikan.
(vii) Keterangan bandingan
Wajahnya berseri bak bulan purnama.
(viii) Keterangan penyertaan
Saya datang dengan nenek.
(ix) Keterangan musabab
Saya datang kerana dia.
(x) Keterangan emotif
Adik suka akan kek.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 51


SOALAN STRUKTUR
1.
(i) Setiap Khamis lelaki itu ke pasar tani.
(ii) Keadaannya tetap cergas pada bulan puasa.
(iii) Pelajar perlu berfikir tentang masa depan
mereka.
(iv) Secara tiba-tiba dewan itu menjadi gelap.
(v) Tujuan pelajar itu belajar dengan tekun adalah
untuk lulus dengan cemerlang.
(vi) Musang itu di atas bumbung reban ayam di
belakang rumah.

Yang manakah frasa keterangan dalam ayat di atas?

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 52


KLAUSA
• Dikenali juga sebagai anak ayat, ayat kecil, atau ayat
tambahan. TBA menggunakan istilah klausa bebas untuk
klausa utama dan klausa tak bebas untuk klausa bukan
utama.
• Mengandungi subjek dan predikat
• Menjadi konstituen kepada ayat dan berpotensi untuk
menjadi ayat
• Contoh:
Maizurah pandai.
(boleh jadi klausa atau ayat) bergantung kepada intonasi
penyebutannya.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 53
CONTOH
1. Kamal hilang.
2. Ismail akan ke majlis itu jika diundang.

Ayat (1) mengandungi subjek (Kamal) dan predikat (hilang).


Ayat ini merupakan klausa jika tidak diberikan intonasi ayat.

Ayat (2) terdiri daripada dua klausa iaitu:


Ismail akan ke majlis itu (klausa bebas)
jika diundang (klausa tak bebas)
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 54
JENIS KLAUSA

(i) Klausa bebas


(ii) Klausa tak bebas
• Klausa bebas dapat berdiri dengan sendiri sebagai ayat
yang sempurna.
Maryam tidak ke sekolah.
• Klausa tak bebas tidak boleh berdiri sendiri sebagai ayat
yang sempurna.
kerana bapanya sakit
• Klausa tak bebas boleh hadir sebelum atau selepas klausa
bebas.
Kerana bapanya sakit, Maryam tidak ke sekolah.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 55
SOALAN STRUKTUR
2.
Petang kelmarin, Kassim sampai di rumah saya,
tetapi dia singgah sebentar sahaja.

Yang manakah klausa bebas dan klausa tak bebas


dalam ayat di atas?

3.
Luka di leher ayam jantan saya setelah bergaduh
dengan ayam hutan itu.

Yang manakah klausa bebas dan klausa tak bebas


dalam ayat di atas?

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 56


KEDUDUKAN KLAUSA DALAM AYAT

(i) Sebagai subjek:Yang berdiri itu adik saya.

(ii) Sebagai predikat:


Hanya yang berjasa yang akan diberikan hadiah.

(iii) Sebagai objek:


Semua orang mengetahui bahawa dia anak jutawan itu.

(iv) Sebagai pelengkap:


Semua orang tahu bahawa dia anak jutawan itu.

(v) Sebagai keterangan:


Kami tiba ketika dia sedang tidur.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 57
SOALAN STRUKTUR

Yang manakah klausa bebas dan klausa tak bebas dalam


ayat yang berikut?

1. Pokok durian yang ditanam Pak Mat berbuah lebat.


2. Kerajaan berharap agar kita dapat membantu rakyat
Palestin.
3. Kerana mereka dibantu, mereka dapat melanjutkan
pengajian.
4. Kami tidak tahu dari mana dia datang.
5. Saya sedar bahawa saya masih belum mahir.
6. Guru kami bersetuju untuk sama-sama menyiapkan
projek itu esok.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 58


AYAT

Pengucapan ayat dimulai dan diakhiri dengan


kesenyapan. Ayat mengandungi makna yang
lengkap dan lojik, dan diucapkan dengan intonasi
yang sempurna.

1.Hashim murid tahun 5 di SK Seri Kandi. (ayat)

2. Fikiran hijau yang tidak berwarna tidur dengan amat


marahnya.
(bukan ayat walaupun binaannya dari segi tatabahasa
betul kerana ada konstituen subjek dan predikatnya)

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 59


BINAAN AYAT
binaan = konstruksi

Sebagai satu binaan, ayat mempunyai konstituen,


iaitu bahagian atau komponen yang terdiri daripada
kata, frasa, dan klausa yang disusun secara
gramatis dan mempunyai makna yang lengkap.

Anak muda itu paling rajin.


Itu muda anak paling rajin.

(bukan satu binaan ayat yang gramatis)

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 60


KONSTITUEN AYAT
Konstituen ialah bahagian atau komponen sesuatu ayat.

Pemain itu bermain bola di padang.

pemain itu bermain bola di padang

pemain itu bermain bola di padang

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 61


SUBJEK DAN PREDIKAT

• Setiap ayat yang sempurna dari sudut tatabahasa


terdiri daripada dua bahagian, iaitu subjek dan predikat.
• Subjek terdiri daripada frasa nama.
• Predikat boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja,
frasa adjektif, dan frasa sendi nama.
• Contoh: Budak lelaki itu/anak adik saya.

Budak lelaki itu anak adik saya.

Budak lelaki itu anak adik saya.


©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 62
AYAT
Subjek Predikat
1. Kanak-kanak itu bermain bola.
2. Rumah itu sungguh besar.
3. Kereta di bawah pokok itu kereta baharu abang saya.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 63


SOALAN STRUKTUR

Apakah subjek bagi ayat yang berikut?


1. Jam tangan di atas meja itu jam tangan abang.
2. Belum tentu baik barang import itu.
3. Pada janjimu saya akan berpegang.
4. Untuk peperiksaan akhir pelajar itu menelaah pelajarannya.
5. Kepada Allah kaum muslimin wajib bertawakal.

Apakah predikat bagi ayat yang berikut?


6. Kami masih belum pernah ke sana.
7. Ketika di luar negara dia membeli baju itu.
8. Pegawai baharu di pejabat kami itu bijak.
9. Berlopak-lopak jalan ke kampung itu.
10.Dalam pengetahuan pengetua permohonan biasiswa saya.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 64


Keterangan
• Sebahagian daripada predikat
• Konstituen yang hadir di hujung ayat.
• Menerangkan predikat
• Contohnya:

1. Bayi itu/tidur.
S P
2. Bayi itu/tidur di bilik.
3. Bayi itu/tidur di bilik pagi tadi.
4. Pagi tadi bayi itu/tidur di bilik.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 65


PENGGOLONGAN AYAT
Jumlah ayat dalam sesuatu bahasa itu amat banyak,
namun ayat-ayat itu boleh dikategorikan seperti berikut:

Golongan ayat

1. Ayat dasar 2. Ayat terbitan

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 66


Bentuk
ayat

Ayat Ayat
tunggal majmuk

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 67


Jenis ayat

1. Ayat penyata

2. Ayat tanya

3. Ayat perintah

4. Ayat seruan

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 68


Susunan • Ayat susunan biasa
konstituen
• Ayat susunan songsang
ayat

• Ayat aktif
Ragam ayat • Ayat pasif

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 69


AYAT DASAR
Dalam bahasa Melayu, terdapat empat pola ayat dasar:

1. Frasa Nama + Frasa Nama


( FN + FN )
2. Frasa Nama + Frasa Kerja
( FN + FK )
3. Frasa Nama + Frasa Adjektif
( FN + FA )
4. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
( FN + FS )
70
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia
SOALAN STRUKTUR

1. Apakah pola ayat di bawah?


(i) Ibu mentua saya orang Melaka.
(ii) Ibu mentua saya pernah ke Melaka.
(iii) Ibu mentua saya tinggal di Melaka.

2. Apakah bentuk ayat di bawah?


(i) Kami singgah di Seremban sebelum ke Melaka.
(ii) Ayah membaca al-Quran setiap malam.
(iii) Sebelum ayah tidur ayah membaca al-Quran.
(iv) Adik pergi mengaji al-Quran.
(v) Dia berjalan hingga ke hujung kampung.
(vi) Dia berjalan hingga dia keletihan.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 71


AYAT TERBITAN

Ayat terbitan berasal dari ayat dasar tetapi


bentuknya berubah atau maknanya berubah.

Ayat dasar: Dia guru.


Ayat terbitan: Dia bukan guru. (ayat nafi)
Dia guru? (ayat tanya)
Dia guru dan suami Cikgu Anis. (ayat majmuk)

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 72


SOALAN STRUKTUR

3. Yang manakah ayat dasar dan yang manakah ayat


terbitan?

(i) Anak tunggal jiran saya itu perempuan.


(ii) Anak jiran saya yang perempuan itu cantik lagi peramah.
(iii) Pekerja ladang itu warga asing.
(iv) Warga asing menjadi pekerja ladang itu.
(v) Comel benar anak gadis guru itu.
(vi) Pandai tidak semestinya berjaya.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 73


AYAT TUNGGAL

Ayat tunggal terbentuk daripada satu klausa, iaitu


satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat.

Contoh:
1. Orang itu doktor.
2. Murid-murid sekolah berdiri di tapak perhimpunan.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia


74
AYAT MAJMUK

Ayat majmuk terbentuk daripada dua


klausa atau lebih.

Contoh :
1. Bapa sedang membaca akhbar dan/manakala

ibu sedang menjahit baju.


©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia
75
Jenis Ayat
Penjenisan ayat dibuat berdasarkan intonasi dan tujuan
ayat itu diucapkan. Jenis-jenis itu ialah:

1. Ayat penyata
Contoh: Bunga ros itu harum.

2. Ayat tanya
Contoh: Bayi itu masih menyusu?

3. Ayat Perintah
Contoh: Duduk di situ.
4. Ayat Seruan
Contoh: Aduh, kepala saya pening!
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 76
SOALAN STRUKTUR
4.
(i) Keluar kamu dari rumah ini!
(ii) Usah kamu minta ampun kepadanya.
(iii) Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku!
(iv) Jemputlah masuk dahulu, ibu tiada di rumah.
(v) Marilah ikut saya ke rumah Cikgu Azizi!

(a) Namakan jenis ayat i-v.

(b) Jelaskan persamaan dan perbezaan ayat-ayat tersebut.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 77


Susunan Konstituen Ayat
Ada dua susunan ayat:
(a) susunan biasa,
(b) susunan songsang

Ayat Susunan Biasa ialah ayat yang


subjeknya mendahului predikat.

Contoh:
Guru menyoal pelajar itu.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 78


Susunan Konstituen Ayat
Ayat Susunan Songsang ialah ayat yang
seluruh predikatnya atau sebahagian
predikatnya mendahului subjek.

Contoh:
1. Bertudung biru gadis itu.
2. Sepanjang hari dia mengelamun
sahaja.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 79
SOALAN STRUKTUR
5.
“Dia meletakkan gambar keluarga
kesayangannya itu di atas meja tulisnya.”

Analisis ayat di atas mengikut susunan konstituen


terdekatnya.

6. “Anak kucing itu sedang minum susu.”

Dengan menggunakan rajah pohon, pisahkan binaan


ayat di bawah ini mengikut konstituen subjek dan
predikatnya.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 80


AYAT TUNGGAL DAN AYAT DASAR

 Ayat tunggal terdiri daripada satu


klausa.
 Boleh terbina mengikut susunan biasa
atau susunan songsang.
 Boleh terdiri daripada ayat penyata,
ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan,
ayat aktif, ayat pasif, dan ayat nafi.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 81
AYAT TUNGGAL DAN AYAT DASAR
 Ayat dasar/ ayat inti: menjadi asas bagi
pembentukan ayat terbitan.
 Contoh: Orang itu pemandu lori.
 Ciri-ciri ayat dasar:
(i) Mengandungi satu klausa.
(ii) Susunannya susunan biasa.
(iii) Merupakan ayat penyata.
(iv) Merupakan ayat aktif.
(v) Berpotensi untuk diperluas.
(1)
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 82
AYAT TUNGGAL DAN AYAT DASAR

 Pola ayat dasar:


(i) FN + FN: Aziz pelajar.
(ii) FN + FK: Rokiah tidur.
(iii) FN + FA: Dia baik.
(iv) FN + FS: Ibu di dapur.

 Persamaan ayat tunggal dengan ayat dasar:


(i) Kedua-duanya mengandungi satu klausa.
(ii) Kedua-duanya mempunyai 1 konstituen subjek
dan 1 konstituen predikat.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 83


AYAT TUNGGAL DAN AYAT DASAR

 Perbezaan antara ayat dasar dengan ayat tunggal:


(i) Ayat tunggal boleh terbina dalam susunan biasa
atau susunan songsang.
(ii) Ayat dasar hanya terdiri daripada ayat penyata,
manakala ayat tunggal boleh terdiri daripada ayat
penyata atau ayat jenis lain.
(iii) Ayat dasar terdiri daripada ayat aktif sahaja,
manakala ayat tunggal boleh terdiri daripada ayat
aktif atau ayat pasif.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 84


AYAT TUNGGAL DAN AYAT DASAR

(v) Ayat dasar mesti terdiri daripada klausa lengkap,


sebaliknya ayat tunggal boleh terdiri daripada klausa
lengkap atau klausa tidak lengkap.
Contoh:
1. Dia datang (ayat dasar, ayat tunggal –klausa lengkap )
2. Datanglah esok (ayat tunggal- klausa tak lengkap )

(v) Subjek ayat dasar terdiri daripada frasa nama, tetapi


subjek ayat tunggal boleh terdiri daripada kata kerja
atau kata adjektif.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 85


SOALAN STRUKTUR
7.
(i) Rumah di atas bukit itu rumah dermawan.
(ii) Lelaki itulah pilihan kakak saya.
(iii) Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia, semakin padat.
(iv) Yang tidak hadir perlu mengemukakan sebab.
(v) Hasil tangkapan nelayan itu tidak banyak.
(vi) Putih melambangkan kebersihan.
(vii) Pegawai itu, orang yang kita tunggu-tunggu, sudah tiba.

(a) Yang manakah ayat dasar?


(b) Nyatakan pola bagi ayat-ayat di atas.
(c) Yang manakah ayat yang mengandungi aposisi?

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 86


SOALAN STRUKTUR

8. Namakan binaan/bentuk ayat di bawah.

(i) Jiran saya orang seberang.


(ii) Petang semalam saya ke Melaka.
(iii) Membeli rumah di luar negara orang kaya itu.
(iv) Dia menguap-nguap sebelum tertidur.
(v) Kipas itu berpusing laju.
(vi) Tinggi sungguh burung itu terbang.
(vii) Sebelum menyerah diri, dia mengangkat tangan.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 87


RAGAM AYAT

 Terbahagi dua: ayat aktif dan ayat pasif.


 Ayat aktif: ayat yang mengandungi kata kerja
yang mementingkan subjek asal sebagai judul.
 Contoh:
1. Ismail tidur.
2. Bapa Razak menebang pokok kelapa.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 88


RAGAM AYAT
 Jenis ayat aktif:
(i) Ayat aktif transitif
(ii) Ayat aktif tak transitif

 Ayat aktif transitif satu objek:


Kakak mencuci pinggan.

 Ayat aktif transitif dua objek:


Ibu memberi adik susu.

 Ayat aktif tak transitif:


Budak itu menangis.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 89
RAGAM AYAT
 Ayat aktif tak transitif boleh dibahagikan kepada

tiga jenis:
(i) dengan frasa keterangan:
Atlet itu sedang berlatih di padang.
(ii) dengan pelengkap:
Pendatang itu berasal dari negara jiran.
(iii) dengan penerang:
Perempuan itu berniaga nasi lemak.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 90
RAGAM AYAT
 Ayat pasif terbentuk apabila frasa nama yang
menjadi subjek dalam sesuatu ayat menjadi
penderita kerana dikenai oleh kesan kata
kerja pasif.
 Contoh:
Bilik itu dikemas oleh Safiah.
Kawan saya dikejar peragut.
Buku itu kami hasilkan.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 91


RAGAM AYAT
 Jenis ayat pasif:

(i) Dengan imbuhan kata kerja pasif


• di-, ber-, ter-, ke-…-an, ter-…-kan, dan ter-…-i.
• Contoh:
Buku saya dibawa oleh adik.
Surat itu belum berjawab.
Kereta ini terbeli olehnya juga.
Lelaki itu kemalangan.
Kelazatan makanan itu tak terkatakan.
Permintaan adik tak terpenuhi oleh ibu.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 92
• Ayat pasif dengan imbuhan di- :
(a) Ayat pasif diri ketiga
(subjeknya ialah kata ganti nama diri ketiga)
Bilik dicat oleh David.

(b) Ayat pasif dengan imbuhan di- bukan kata


ganti nama diri ketiga
(subjek bukan KGND ketiga)
Atap pokok diterbangkan oleh angin.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 93


RAGAM AYAT
(ii) Dengan kata ganti nama diri orang pertama dan
kedua/penanda klitik:
• Contoh:
Bilik itu kami sapu pagi tadi.
Jawapan ini kamu tiru.
Permohonan itu harus kautolak.
Wang ibu kusimpan di bank.

(iii) Dengan perkataan kena:


• Contoh:
Budak itu kena kejar oleh anjing.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 94
SOALAN STRUKTUR
9. Namakan jenis ayat pasif yang berikut:
(i) Sampah sarap itu dibakarnya.
(ii) Kepadanya saya kirim buku itu.
(iii) Rumahnya saya beli.
(iv) Rumahku kausewa.
(v) Perkara itu disarankan oleh guru kami.
(vi) Komputerku kusimpan.
(vii) Baju itu dibasuh oleh kakak.
(viii) Pintu rumah itu terbuka ketika kami sampai.
(ix) Surat-surat itu belum berjawab.
(x) Anjing jiran saya terlanggar oleh kereta.
(xi) Dia kecurian wang.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 95
SOALAN STRUKTUR

10. Namakan jenis ayat pasif di bawah ini.

(i) Ikan itu dibela oleh Pak Abu.


(ii) Tertuduh dibela oleh tiga orang peguam.
(iii) Kereta itu sudah kamu cuci?
(iv) Saya simpan wangnya di dalam laci.
(v) Dia kehilangan banyak darah.
(vi) Kami jaga ibu kami dengan baik.
(vii) Budak itu kena tegur oleh guru.
(viii) Kucing itu terlanggar oleh kereta.
(ix) Bukuku belum kaupulangkan lagi.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 96


SUSUNAN KONSTITUEN AYAT

 Susunan biasa:
Lelaki itu agak tinggi.
Adik saya masih di sekolah.
 Susunan songsang:
Agak tinggi lelaki itu.
Masih di sekolah adik saya.
 Ayat susunan songsang boleh menerima partikel -lah,
-kah, dan -tah:
Dialah abang saya.
Diakah abang kamu?

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 97


Bentuk susunan songsang:

(i) Pendepanan seluruh predikat


Kakak Sharmila/jururawat.
Jururawat/kakak Sharmila.

(ii) Pendepanan sebahagian predikat


Kanak-kanak itu/bermain di padang.
Bermain/kanak-kanak itu/di padang.

(iii) Pendepanan kata bantu dengan kata kerja


Bapa/belum pulang dari pejabat.
Belum pulang dari pejabat/bapa.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 98


Bentuk susunan songsang:

(iv) Pendepanan sebahagian frasa adjektif:


Cantik Mariam sejak dulu lagi.
Sangat miskin lelaki itu ketika itu.
Sedang sakit tenat nenek di rumah.

(v) Pendepanan frasa sendi nama yang


berfungsi sebagai frasa keterangan:
Dengan cat Nasir melukis.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 99


JENIS AYAT

• Ayat dapat dibahagikan kepada empat jenis berdasarkan


intonasi dan maknanya.
(1) Ayat penyata/ ayat berita
- Diujarkan untuk menyatakan sesuatu.
- Diucapkan tanpa mengharapkan jawapan
atau gerak balas.
- Tujuannya untuk memberikan maklumat tentang hal
sesuatu atau tentang apa-apa sahaja.
- Contoh:
Husna pelajar Tingkatan 4 Cempaka.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 10


0
JENIS AYAT

(2) Ayat tanya


- Diucapkan untuk meminta maklumat/mendapatkan
jawapan.
- Boleh dibahagikan kepada dua jenis:
(a) Berdasarkan struktur: terbahagi kepada dua jenis:
(i) tanpa kata tanya
Contoh: Mereka pelajar sekolah itu?
(ii) boleh menerima partikel -kah
Contoh: Sudah mandikah Aiman?

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 101


JENIS AYAT

 Ayat tanya pasif:


Contoh: Beg ini akan diambil oleh Omar?

 Ayat tanya dengan unsur tanya 3 jenis:


(a) Dengan kata tanya:
Peperiksaan akhir bila?
Kesihatan kamu bagaimana?

(b) Dengan kata ganti tanya:


Bungkusan itu apa?

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 102


JENIS AYAT

(c) Dengan frasa sendi nama tanya:


Kamu tinggal di mana?

 Ayat tanya tertutup: yang dapat dijawab dengan


perkataan ya, tidak, tak, bukan.
Contoh:
1. Air itu panas?
2. Adakah air itu panas?
3. Dia bapa Ali?
4. Besarkah rumah Idris?
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 103
JENIS AYAT

 Ayat tanya terbuka yang mengkehendaki jawapan yang


berbentuk penjelasan/penerangan.
Menggunakan:

 kata tanya
-apa, bagaimana, berapa, bila, siapa, mana, kenapa
 frasa sendi nama tanya
-yang mana, di mana, dan sejak bila

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 104


JENIS AYAT

(3) Ayat Perintah

Untuk memberikan perintah, suruhan, ajakan,


menyatakan keinginan, harapan atau larangan.
Memerlukan gerak balas daripada pendengar.
Ditujukan kepada orang kedua:
Contoh: Berdiri di situ.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 105


JENIS AYAT

Ayat perintah terbahagi kepada:

(i) Ayat suruhan: Pergi dari sini.


(boleh dilembutkan dengan partikel -lah)
(ii) Ayat silaan: Sila masuk.
(iii) Ayat larangan: Jangan bising.
(iv) Ayat permintaan: Tolong tutup tingkap itu.
(v) Ayat ajakan: Mari/Ayuh pergi sekarang.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 106


JENIS AYAT

(4) Ayat seruan


 Untuk menyatakan sesuatu perasaan, seperti
kagum, marah, sakit, dan hairan.
Biasanya pendek.
Didahului oleh kata seru: eh, cis, wah, nah, aduh,
dan amboi.
Contoh: Pak Cik!
Tingginya!
Alangkah cantiknya!

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 107


JENIS AYAT

(5) Ayat nafi


 Mengandungi kata nafi tidak atau bukan di awal frasa
predikat

 Contoh:
Khairul bukan orang kaya.
Dia tidak makan.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 108


JENIS AYAT

(6) Ayat minimal


 Terdiri daripada subjek sahaja, predikat sahaja
atau keterangan sahaja.
Boleh terdiri daripada satu perkataan, satu frasa
atau satu klausa tak bebas.
Contoh:
Entah.
Sedang minum.
Masuk dari situ.
Sebab dia tak makan.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 109
Ayat Majmuk

 Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan


mencantumkan dua klausa atau lebih.
 Jenis ayat majmuk:
(1) Ayat majmuk gabungan
(2) Ayat majmuk pancangan
(i) ayat relatif
(ii) ayat komplemen
(iii) ayat keterangan
(3) Ayat majmuk campuran
 
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia
110
Ayat Majmuk

 Ayat majmuk melibatkan cantuman beberapa klausa.

 Klausa yang terlibat dalam gabungan itu ialah klausa


bebas dengan klausa tak bebas.

 Konsep klausa penting dalam perbincangan ayat


majmuk

 Contoh:
Adik minum susu lalu tertidur. (AG)
Adik minum susu. (klausa bebas)
lalu (adik) tidur. (klausa tak bebas)
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 111
Ayat Majmuk

Polis segera bertindak setelah mendapat makulmat. (AKet)


Polis segera bertindak. (klausa bebas)
setelah mendapat maklumat (klausa tak bebas)

Kami akan ke bandar apabila Hassan dan Kamal tiba dari


kampung.
Kluasa bebas: Kami akan ke bandar.
Klausa gabungan: Hassan dan Kamal tiba dari kampung.
Klausa keterangan: apabila Hassan dan Kamal tiba.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia


112
Ayat Majmuk Gabungan

 Jika ayat majmuk itu setara, ia tidak boleh disongsangkan.


Contoh:
1. Jamal menanam jagung dan kacang.
1a. *Dan kacang, Jamal menanam jagung.

2. Zaki meminati badminton tetapi adiknya meminati


bola sepak.
2a. *Tetapi adiknya meminati bola sepak, Zaki meminati
badminton.
3. Orang tua itu tersepak tunggul kayu lalu jatuh.
3a. *Lalu jatuh, orang tua itu tersepak tunggul kayu.
 
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 113
Ayat Majmuk Gabungan

 Yang menggunakan kata hubung sambil, dan sementara

boleh disongsangkan. Contohnya:


6. Gadis itu menyambut kami sambil tersenyum.
6a. Sambil tersenyum, gadis itu menyambut kami.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia


114
Ayat Majmuk Gabungan

Penghasilan AMG
- dilakukan dengan menggabungkan unsur-unsur yang
berlainan, manakala unsur yang sama disebut hanya sekali.

1. Gabungan subjek dengan subjek


Sarah dan Nisa guru sekolah.
2. Gabungan predikat dengan predikat.
Lelaki itu banyak harta tetapi kedekut.
3. Gabungan objek dengan objek.
Saya melawat datuk dan nenek.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia


115
Ayat Majmuk Gabungan
4. Gabungan pelengkap dengan pelengkap
Dapatan kajian itu berdasarkan temu ramah dan soal
selidik.
5. Gabungan keterangan dengan keterangan
Budak itu bercakap cepat tetapi jelas.
6. Gabungan klausa dengan klausa
Aishah sedang memasak manakala Razali membaca
akhbar.
7. Gabungan dengan menggunakan kata hubung
berpasangan
Sedangkan abang tidak dapat mengangkat peti itu
inikan pula adik. ©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 116
Ayat Majmuk Gabungan

Jenis Gabungan
Empat jenis gabungan, iaitu:
(i) gabungan yang susunan faktanya berturutan
(ii) gabungan yang susunan faktanya bertentangan
(iii) gabungan yang susunan faktanya menunjukkan
pilihan
(iv) gabungan dengan menggunakan kata hubung
berpasangan

Contoh jenis (iii)


Anis sedang tidur atau masih belajar.
Baju yang ini atau yang itu pilihan kamu?
Askar yang hidup atau musuh yang hidup.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 117
AYAT PANCANGAN: AYAT RELATIF
 Dikenali juga sebagai ayat peluas kerana klausa
relatif berfungsi meluaskan frasa subjek atau frasa predikat
 Klausa relatif akan menjadi klausa tak bebas yang
menerangkan klausa bebas.
 Ayat ini menggunakan kata hubung relatif yang.
 Contoh:
Baju yang berwarna merah itu sangat mahal.
Proses pertama: Baju itu sangat mahal + baju itu berwarna
merah
Proses kedua : Baju itu + baju itu berwana merah + sangat
mahal
Proses ketiga : Baju yang berwarna merah itu sangat mahal.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 118


AYAT PANCANGAN: AYAT RELATIF

Jenis Ayat Majmuk Relatif


(i) Peluasan subjek
Budak yang memukul adik saya itu / meminta maaf.
Orang yang sentiasa berusaha / selalunya berjaya.
(ii) Peluasan predikat
Peserta/menunggu di bilik yang telah disediakan.
Orang tua itu/berdiri di tepi jalan yang sibuk.
(iii) Peluasan objek
Saya membela kucing.
Kucing itu besar dan comel.
Saya membela kucing yang besar dan comel itu. 119
AYAT PANCANGAN: AYAT KOMPLEMEN

 Dikenali juga sebagai ayat pelengkap.


 Klausa komplemen berfungsi untuk
melengkapkan klausa bebas.
 kata hubung yang digunakan: bahawa dan untuk

Pemimpin itu menyatakan bahawa rakyat negara


ini perlu bersatu.
Klausa bebas: Pemimpin itu menyatakan (sesuatu).
Klausa komplemen: bahawa rakyat negara ini perlu
bersatu.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 120
AYAT PANCANGAN: AYAT KOMPLEMEN

Memang sukar untuk datuk menebang pokok yang besar itu.


Klausa bebas: Perkara itu memang sukar.
Klausa komplemen: Untuk datuk menebang pokok itu.

Proses Subjek Predikat


pertama: Untuk datuk menebang pokok itu + Perkara itu memang sukar

Proses Subjek Predikat


kedua: Untuk datuk menebang pokok itu/memang sukar.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 121


AYAT PANCANGAN: AYAT KOMPLEMEN

Jenis Ayat Majmuk Komplemen

Empat jenis, iaitu:


(i) Ayat komplemen frasa nama
(FN subjek dan FN objek)
(ii) Ayat komplemen frasa kerja
(iii) Ayat komplemen frasa adjektif
(iv) Ayat komplemen berstruktur ayat penyata +
ayat tanya

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 122


AYAT PANCANGAN: AYAT KOMPLEMEN

Ayat komplemen frasa nama objek sipi

1. Dia mengingatkan kami bahawa kami perlu menghadiri


mesyuarat itu.
2. Dia memberitahu saya bahawa bapanya sudah
menunaikan fardhu haji.

Fungsi klausa komplemen sesudah frasa nama kami dan


saya adalah sebagai objek sipi yang menjadi penerang
kepada frasa nama objek tepat tersebut (kami, saya).

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 123


AYAT PANCANGAN: AYAT KOMPLEMEN

Ayat komplemen frasa kerja yang mengandungi


dua kata kerja berurutan
 kata kerja yang terdapat dalam klausa bebas ialah
kata kerja tak transitif.

 frasa nama yang menjadi subjek dalam klausa bebas dan


ayat yang dipancangkan itu adalah sama.

 Ayat komplemen jenis ini tidak menggunakan kata


hubung bahawa atau untuk
Adik pergi makan.
Ibu duduk mengadap adik makan.
Adik duduk bersila. ©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 124
AYAT PANCANGAN: AYAT KOMPLEMEN

1a. Budak itu duduk + Budak itu menangis.


1b. Budak itu duduk (budak itu) menangis.
1c. Budak itu duduk menangis.
Jika ayat di atas dibentuk sebagai “Budak itu duduk sambil
menangis” – ayat itu ialah AMG.
Ayat komplemen jenis ini tidak boleh disongsangkan.
*Menangis budak itu duduk.
*Makan adik pergi.
*Mengadap adik makan ibu duduk.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 125


AYAT PANCANGAN: AYAT KOMPLEMEN

2a. Mereka datang + Mereka bertanyakan hal itu.


2b. Mereka datang (mereka) bertanyakan hal itu.
2c. Mereka datang bertanyakan hal itu.

Ayat di atas bukanlah ayat keterangan kerana klausa tak bebas


itu tidak boleh disongsangkan.
*Bertanyakan hal itu mereka datang.

Jika ayat itu dibina sebagai “Mereka datang untuk bertanyakan


hal itu” – ayat ini ialah ayat pancangan keterangan. Buktinya,
ayat itu boleh disongsangkan.
Untuk bertanyakan hal itu, mereka datang.

Contoh lain:
3. Semut berhenti merayap.
4. Kami pergi menonton wayang.
5. Mereka sudah berjaya melepaskan diri. 126
AYAT PANCANGAN: AYAT KOMPLEMEN
Ayat jenis ini juga menggunakan kata hubung “untuk”
yang boleh digugurkan.
6a. Buku ini bertujuan.
6b. Buku ini memudahkan pelajar.
 Buku ini bertujuan memudahkan pelajar.

Ayat itu tidak boleh disongsangkan.


*Memudahkan pelajar buku ini bertujuan.

Jika kata hubung “untuk” diletakkan pun, ayat itu


tidak boleh disongsangkan.
Buku ini bertujuan untuk memudahkan pelajar.
*Untuk memudahkan pelajar buku ini bertujuan. 127
AYAT PANCANGAN: AYAT KOMPLEMEN
Contoh:
7a. Dia berjaya.
7b. Dia menyelesaikan masalah kami.
7c. Dia berjaya menyelesaikan masalah kami.
Ayat di atas tidak boleh disongsangkan, maka fungsi
klausa 7b menjadi klausa komplemen, yang melengkapkan klausa
7a (klausa bebas).
*Menyelesaikan masalah kami dia berjaya.

Jika kita letakkan kata hubung “untuk”, ayat masih tak gramatis,
dan tak boleh disongsangkan.
*Dia berjaya untuk menyelesaikan masalah kami.
*Untuk menyelesaikan masalah kami dia berjaya.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia
128
AYAT PANCANGAN: AYAT KOMPLEMEN

Ayat yang manakah ayat komplemen yang mengandungi


dua frasa kerja berurutan yang digugurkan kata hubungnya?
1. Dia berada bersama-sama kita di situ tadi.
2. Lelaki itu bergegas keluar dari keretanya.
3. Pengguna terpaksa menggunakan produk itu kerana
tiada pilihan.
4. Adik saya berlatih berenang di kolam renang itu.
5. Lelaki itu telah gagal mendidik anak-anaknya
6. Kami bersedia mendengar masalahnya.
7. Encik Tan meminta Anjali menjelaskan punca dia
mensabotaj kumpulan Zamrud.
8. Saya menunggu dia pergi ke bandar.
9. Mereka datang meminang anaknya semalam.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 129
AYAT PANCANGAN: AYAT KOMPLEMEN

Ayat komplemen berstruktur ayat penyata + ayat tanya

1. Saya tidak tahu dari mana dia berasal.


2. Kami faham bagaimana melakukan uji kaji itu.
3. Saya belum tahu siapa akan pergi.
4. Kami tertanya-tanya apa yang dibuatnya di situ.
5. Ibu tidak pasti mengapa Zaharah murung.
6. Kami tidak jelas bagaimana cintanya boleh berubah.
7. Kami tidak tahu di mana dia belajar.
8. Ayah faham bagaimana bercelarunya fikiran ibu sekarang.

Ayat tanya dalam ayat komplemen di atas berfungsi sebagai klausa


komplemen yang melengkapkan frasa kerja atau frasa adjektif dalam
klausa bebas, dan fungsinya sebagai predikat. 130

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia


AYAT PANCANGAN: AYAT KOMPLEMEN
Ayat tanya yang berfungsi sebagai klausa komplemen boleh juga
menduduki konstituen objek.
9. Dia masih belum mengetahui apa yang terjadi.
10. Polis masih menyiasat bagaimana rompakan itu berlaku.
11. Semua orang ingin mengetahui mengapa dia melakukan
perbuatan itu.
12. Kita tidak usah mempertikaikan siapa yang dipilih sebagai ketua.

Buktinya ialah ayat di atas boleh dipasifkan:


9a. Apa yang terjadi masih belum diketahuinya.
10a. Bagaimana rompakan itu berlaku masih disiasat oleh polis.
11a. Mengapa dia melakukan perbuatan itu ingin diketahui oleh
semua orang.
12a. Siapa yang dipilih sebagai ketua tidak usah kita pertikaikan.

Ayat 9a-11a, klausa komplemen itu berfungsi sebagai subjek ayat.


131
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia
AYAT PANCANGAN: AYAT KOMPLEMEN

 Ayat yang berikut bukan ayat komplemen berstruktur ayat


penyata + ayat tanya, tetapi ayat tunggal.

 Sebabnya: subjek bukan dalam bentuk klausa tetapi frasa.

 Penggunaan kata “apa” salah kerana yang tepatnya ialah


“apa-apa” yang merujuk kepada kata ganti nama tak tentu.
Tidak ada/apa yang tinggal lagi. (X)
S P
Tidak ada apa-apa yang tinggal lagi. (√)
Yang tinggal lagi tidak ada apa-apa. 132
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia
AYAT PANCANGAN: AYAT KOMPLEMEN
Yang manakah ayat komplemen berstruktur
ayat penyata + ayat tanya?
1. Pusat industri di mana barang-barang dikeluarkan
terletak berbatu-batu jauhnya daripada pengguna.
2. Apa yang disuruh belum dibuat oleh adik.
3. Guru mengetahui apa yang dibawa oleh pelajar itu.
4. Pencemaran air berlaku di laut yang mana diakibatkan
oleh tumpahan minyak.
5. Kita tidak dapat membayangkan apa akan berlaku jika
rakyat Palestin terus dizalimi.
6. Proses itu melibatkan penerimaan bahan yang mana
boleh menghasilkan rembesan.
7. Bagaimana rompakan itu berlaku masih disiasat oleh polis.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 133
Ayat majmuk keterangan
 Klausa keterangan berfungsi untuk memberikan maklumat
lanjut dan menegaskan makna kata kerja dalam klausa
bebas.
 Klausa keterangan boleh hadir selepas atau sebelum
klausa bebas.
 Satu ciri bagi AMKet ialah ia boleh DISONGSANGKAN
 Ayat majmuk ini memerlukan kata hubung keterangan
 Contoh:
Bapa menebang pokok kelapa dengan menggunakan kapak.
Klausa bebas : Bapa menebang pokok kelapa.
Klausa keterangan : dengan (bapa) menggunakan kapak.

134
AM Keterangan Susunan Biasa dan
Susunan Songsang

1. Kami bertemu semula setelah lima tahun berpisah.


(susunan biasa)
1a. Setelah lima tahun berpisah, kami bertemu semula.
(susunan songsang)
2. Abang tidak menghadiri majlis itu kerana dia bekerja.
(susunan biasa)
2a. Kerana dia bekerja, abang tidak menghadiri majlis
itu. (susunan songsang)
3. Tanah itu akan ditumbuhi lalang jika tidak diusahakan.
(susunan biasa)
3a. Jika tidak diusahakan, tanah itu akan ditumbuhi
lalang. (susunan songsang) ©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 135
 Jika subjek bagi klausa keterangan tidak sama dengan
klausa bebas, subjek klausa keterangan tidak boleh
digugurkan.
*Pandangannya akan saya tanyakan sebelum membuat
keputusan.
Pandangannya akan saya tanyakan sebelum saya
membuat keputusan.
 Jika subjek bagi klausa keterangan dengan klausa bebas
sama, subjek pada klausa keterangan boleh digugurkan.
Bayi itu menangis kerana lapar.
Padi itu saya jemur supaya kering.
 AMKet tidak membenarkan kata hubung ket. digugurkan.
*Saya akan membantu dia menyiapkan latihan itu.
Saya akan membantu dia untuk menyiapkan latihan itu.
136
SOALAN STRUKTUR
Yang manakah ayat majmuk?
1. Saya datang ke sini kerana dijemput.
2. Saya datang ke sini kerana dia.
3. Adik menangis hingga serak suaranya.
4. Adik menangis hingga lewat malam.
5. Hadiah ini untuk hari jadi adik yang kesepuluh.
6. Memang payah untuk menasihati budak itu.
7. Mereka menyediakan makanan ini untuk anak-anak
yatim.
8. Saya menunggu dia untuk pergi ke bandar.
9. Saya bercadang untuk memiliki kereta itu.
10. Kerana tok guru itulah saya berubah.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 137
Ayat Majmuk Campuran
 Ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat.
 Terdiri daripada campuran klausa bebas dengan
pelbagai klausa tak bebas.

Lelaki itu menjolok buah kelapa untuk dijual bagi


mendapatkan sumber pendapatan.
Klausa bebas: Lelaki itu menjolok buah kelapa.
Klausa tak bebas (klausa keterangan):
untuk (buah kelapa) dijual
Klausa tak bebas (klausa keterangan):
bagi (lelaki itu) mendapatkan sumber pendapatan
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 138
Ayat Majmuk Campuran

Contoh:
 Campuran klausa keterangan dengan klausa relatif

Orang tua itu segera dibawa ke hospital kerana


mengidap penyakit yang disebabkan oleh makanan
beracun.

Klausa bebas: Orang tua itu segera dibawa ke hospital


Klausa ket.: kerana mengidap penyakit
Klausa relatif: yang disebabkan oleh makanan beracun.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 139


AYAT DAN WACANA

WACANA
 Unit bahasa yang melampaui batas ayat.

 Wacana memperlihatkan hubungan dan


perkembangan fikiran yang berurutan dan
lengkap.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 140


AYAT DAN WACANA

 Wacana yang utuh mempunyai kohesi dan


koheren.
 Kohesi: ciri satuan yang menunjukkan hubungan

yang erat antara satu unsur linguistik dengan


unsur linguistik yang lain.
 Koheren: merujuk kepada kesinambungan idea
yang terdapat dalam sesuatu wacana.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 141
AYAT DAN WACANA

Penanda wacana digunakan bagi mewujudkan


kesinambungan idea dan kesinambungan
yang bersifat kenahuan antara ayat.

(v)
((i) (iii)
(ii) (iv) Penanda
Penanda Penanda
Penanda Penanda elepsis/
penghubung penggantia
rujukan leksikal penggugura
n
n

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 142


AYAT DAN WACANA

(i) Penanda penghubung


 digunakan untuk beberapa maksud:
(a) Tambahan: selain itu, di samping itu,
tambahan pula, begitu juga.

(b) Tentangan: sebaliknya, sebenarnya,


walaupun begitu, namun begitu.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 143


AYAT DAN WACANA

(c) Musabab: oleh sebab itu, dengan demikian,


oleh itu

(d) Kesimpulan: ringkasnya, jadi, pendek kata,


dengan kata lain, secara ringkasnya,
akhirnya

(e) Tempoh: pada waktu ini, selepas itu, kemudian,


dan seterusnya

144
AYAT DAN WACANA

(ii) Penanda rujukan


 Hubungan antara kata dengan benda yang
dirujuknya
 Boleh terdiri daripada kata ganti nama
diri orang dan kata ganti tunjuk:
 Contoh: A.Samad Said menulis novel lagi.
Dia memang penulis yang hebat.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 145


AYAT DAN WACANA

(iii) Penanda Penggantian


 Penggantian satu unsur dengan unsur yang
lain dalam wacana yang sama.
 Contoh:
Manusia ,binatang dan tumbuhan
memerlukan makanan untuk terus membesar.
Makhluk memerlukan makanan untuk terus
membesar.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 146


AYAT DAN WACANA

(iv) Penanda leksikal


 Melibatkan pengulangan kata atau frasa.
 Contoh:
(i) Sesetengah orang berlumba-lumba mencari harta.
(ii) Siang malam mereka bekerja untuk mengumpul harta.
(iii) Yang terbayang dalam fikiran mereka hanyalah harta.
(iv) Kaya dengan harta seolah-olah menjadi matlamat
hidup mereka.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 147


AYAT DAN WACANA

(v) Penanda elipsis/ pengguguran


 Melibatkan pengguguran kata atau frasa.
 Contoh:
Aku dan Aqilah sama-sama mahasiswa UM.
Qasidah bukan. Kasmah juga bukan.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 148


AYAT DAN WACANA

Hubungan antara ayat dengan ayat dalam


sesebuah wacana dari aspek semantik:
(a) Hubungan sebab dan akibat:
Ayah terlalu letih. Ayah tertidur.
(b) Hubungan sebab dan hasil:
Khairil seorang pelajar yang amat rajin. Dia
mendapat semua A+ dalam peperiksaan itu.
(c) Hubungan sebab dan tujuan:
Saya akan ke Melaka esok. Saya akan
menemui saudara-mara saya di sana.
149
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia
AYAT DAN WACANA

(d) Hubungan latar dengan kesimpulan.


Kain sutera itu amat halus.
Buatan Terengganu rupa-rupanya.
(e) Hubungan syarat dan hasil.
Kita mesti bertawakal kepada Allah.
Insya-Allah niat baik kita akan diberkati.
(f) Hubungan perbandingan:
Ibu amat jimat dalam berbelanja.
Abang lagi jimat.
150

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia


AYAT DAN WACANA

(g) Hubungan memperkuat isi:


Anak kucing itu amat comel. Bulunya berbelang

tiga: putih, kuning, dan hitam, manakala


matanya pula berwarna biru.
(h) Hubungan aditif:
Saya sudah menyiapkan kerja saya. Saya
terasa penat. Saya boleh berehat sekarang.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 151


PROSES PENERBITAN AYAT

 Jumlah ayat dalam sesuatu bahasa tiada batas


dari segi bilangannya, tetapi penutur jati
bahasa tersebut dapat memahaminya.

 Penutur jati juga dapat menentukan sama ada


sesuatu ayat itu betul atau tidak, baik dari segi
makna ataupun tatabahasa berdasarkan
intuisinya, iaitu pengetahuannya tentang
struktur dalaman bahasanya.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 152


PROSES PENERBITAN AYAT

Ayat Terbitan
 Terbentuk apabila berlakunya perubahan pada
ayat dasar.
 3 proses penerbitan ayat:
(i) peluasan
(ii) pengguguran
(iii) penyusunan semula

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 153


PROSES PENERBITAN AYAT

(i) Proses Peluasan


 Melibatkan penambahan unsur baharu ke dalam ayat,
sama ada pada bahagian subjek, predikat atau objek.
 Boleh berlaku dalam ayat tunggal atau dalam ayat
majmuk.
 Contoh:
(a) Remaja itu menyimpan wang ibunya di bank tempatan.
(peluasan predikat melalui frasa adverba)
(b) Saya percaya bahawa dia akan sedar juga nanti.
(peluasan predikat melalui komplementasi )

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 154


 4 jenis peluasan ayat:

(a) peluasan frasa nama sebagai subjek


(dalam ayat relatif)
Komputer itu/komputer adik.
Komputer yang dibeli itu/komputer adik.

(b) peluasan rasa predikat


(dalam ayat relatif)
Anak gadis saya/menghasilkan sajak.
Anak gadis saya/menghasilkan sajak yang indah itu.

.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 155
(c) peluasan dengan kata hubung
(dalam ayat gabungan dan ayat keterangan)
Saya dan Amir akan ke perpustakaan.
Datuk akan ke Mekah esok manakala nenek
akan tinggal bersama-sama kami.

Kami akan ke sana jika ayah mengizinkannya.


Mereka terus bermain kerana cuaca masih baik.

(d) peluasan melalui komplementasi


Dia menyatakan bahawa Ali sakit.
Mak Limah datang bertanyakan khabar.
Saya tidak tahu apa yang dibuat oleh adik.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 156
PROSES PENERBITAN AYAT

(ii) Proses Pengguguran


 Proses melibatkan pengguguran sesuatu unsur
ayat yang tertentu.
 Contoh: Mahu ke mana?
(Ayat asal: Anda mahu ke mana?)
 3 proses pengguguran:
(a) frasa nama sebagai subjek
(b) frasa predikat
(c) frasa nama yang mendahului frasa relatif
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 157
PROSES PENERBITAN AYAT
(a) Pengguguran frasa nama sebagai subjek
(i) Pengguguran subjek ganti nama diri orang kedua
dalam ayat perintah:
Contoh: Engkau berhenti
ø Berhenti.

(ii) Pengguguran kata nama sebagai inti frasa nama


subjek:
Contoh: Amalan merokok membahayakan kesihatan.
ø Merokok membahayakan kesihatan

(iii) Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat


majmuk.
Contoh: Kakak demam tetapi ø masih ke sekolah.
158
PROSES PENERBITAN AYAT

(b) Pengguguran frasa predikat


 Terbahagi kepada tiga jenis:
(i) Pengguguran seluruh frasa predikat
Contoh: Hani pekerja kilang dan Kamariah
pekerja kilang.
Hani dan Kamariah pekerja kilang.
(ii) Pengguguran bahagian tertentu frasa predikat.
Bahagian yang boleh digugurkan ialah:
 oleh + frasa nama dalam ayat pasif
Contoh: Ladang itu telah dibersihkan oleh pekerja
sambilan
 Ladang itu telah dibersihkan.
159
PROSES PENERBITAN AYAT

 Kata bantu yang serupa


Contoh: Adik akan mandi dan adik akan bersiap.
 Adik akan mandi dan bersiap.

 Frasa nama sebagai objek yang serupa


Contoh: Dia meriba anak kucing itu dan dia
mengusap-ngusap anak kucing itu.
 Dia meriba dan mengusap-ngusap anak
kucing itu.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 160
PROSES PENERBITAN AYAT

 Frasa nama sebagai objek selepas kata kerja


yang membawa makna adjektif

Contoh: Kemalangan itu amat menggerunkan


kami.
Kemalangan itu amat menggerunkan.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 161


PROSES PENERBITAN AYAT

(c) Pengguguran Frasa nama yang mendahului


klausa relatif
Contoh:
Mereka itu pelajar Universiti Malaya. Mereka
itu berdiri di situ.
 Mereka yang berdiri di situ pelajar Universiti
Malaya.
 Yang berdiri di situ pelajar Universiti Malaya.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 162
PROSES PENERBITAN AYAT

(iii) Proses Penyusunan Semula


 Unsur dalam ayat asal diubah susunannya.
 Hasilnya berlaku perubahan atau pengguguran unsur/
kata-kata tertentu, penggantian, atau penambahan kata-
kata lain pada ayat yang diterbitkan itu.
 Contoh:
Budak-budak itu merayau-rayau di kawasan perumahan kami.
Merayau-rayau budak-budak itu di kawasan perumahan kami.
Di kawasan perumahan kami budak-budak itu merayau-rayau.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 163


PROSES PENERBITAN AYAT

Jenis Penyusunan Semula


(a) Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek.
(proses pasif). Contoh:
1. Tukang kebun membakar sampah .
Sampah dibakar oleh tukang kebun.
2. Saya membeli rumah itu.
Rumah itu saya beli.
(b) Penyusunan semula frasa nama sebagai objek.
(dua objek kepada satu objek)
Contoh: Abang membelikan adik baju.
 Abang membelikan baju untuk adik.
164
PROSES PENERBITAN AYAT

(c) Penyusunan semula melalui ayat songsang:


 Semua jenis keterangan dalam ayat boleh
dikehadapankan apabila keterangan itu hendak
diberikan penekanan.

Contoh: Dia akan menduduki peperiksaan SPM


tahun depan.
Tahun depan dia akan menduduki
peperiksaan SPM.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 165
PROSES PENERBITAN AYAT

 Frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama


dalam predikat ayat tunggal boleh juga dibawa ke
depan.
 Contoh: 1. Bayi itu belum menyusu lagi.
Belum menyusu lagi bayi itu.
2. Datuk saya agak alim.
Agak alim datuk saya.
3. Ahmad ke Melaka petang semalam.
Ke Melaka petang semalam Ahmad.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 166
PROSES PENERBITAN AYAT

 Klausa keterangan dalam ayat majmuk keterangan


boleh juga dipindahkan ke awal ayat.
 Contoh:
Dia sudah pergi ke kedai ketika anaknya sampai .
Ketika anaknya sampai, dia sudah pergi ke kedai.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 167


SOALAN STRUKTUR

P = Ayat majmuk gabungan setara


Q = Ayat pancangan keterangan syarat
R = Ayat majmuk gabungan pertentangan
1. Bina satu ayat untuk setiap P, Q, dan R.

2. Apakah bahagian yang mengalami penyongsangan


dalam ayat di bawah?
(i) Kelmarin, ke pantai timur mereka berdua pergi.
(ii) Di bawah pokok sena itu, ditambatnya kambing Pak Abu.
(iii) Dibalingnya buah mangga itu dengan kayu.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 168


SOALAN STRUKTUR
(i) Orang yang berbaju kebaya merah itu bakal
tunang abang saya.
(ii) Untuknya yakin akan hal tersebut amat sukar
sekali.
(iii) Dengan berbekalkan sedikit wang dia bertekad
meninggalkan rumah.
 
3. Namakan jenis ayat (i), (ii), dan (iii).
4. Jelaskan proses yang berlaku dalam penerbitan ayat

(i) dan (iii).

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 169


SOALAN STRUKTUR
5.
I Dia bangun dari tempat duduknya, lalu turun
dari bas itu, dan dengan cepat dia berjalan
menuju ke rumahnya.
 
II Azman pandai dalam matematik, manakala
adiknya tidak, sebaliknya pandai dalam sains.

(a) Apakah jenis ayat majmuk I dan II?


(b) Huraikan binaan ayat II.
(c) Berapakah jumlah klausa yang membina ayat (i)?
Jelaskan.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 170


SOALAN STRUKTUR
6.
I Kakak tinggal di rumah itu.
II Adik tinggal di rumah itu.
III Ayah membeli rumah itu dua tahun yang lalu.

 
(a) Bina satu ayat majmuk daripada ayat I hingga III di atas.
(b) Apakah jenis ayat majmuk yang terhasil?
(c) Jelaskan cara penerbitan ayat tersebut.
 

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 171


SOALAN STRUKTUR
7. ISaya akan ke kedai andainya dia mahu ikut sama.
IIDia bersikap demikian sejak putus tunang.
III
Abang bekerja keras demi keselesaan keluarganya.
IV Di Ipoh, kakak dan abang saya sejak dua minggu
yang lalu.
V Akan menduduki peperiksaan SPM anak kembar
saya tahun hadapan.

Namakan jenis ayat majmuk di atas dan jelaskan


pengguguran yang berlaku dalam proses penerbitannya.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 172


PROSES PENERBITAN AYAT

Analisis Rajah Pohon


 Ayat dilihat sebagai sebatang pohon yang
mengandungi dahan, ranting, dan cabang yang
lebih kecil.
 Umumnya, ayat dibahagikan kepada dua cabang
utama, iaitu subjek dan predikat.
 Subjek terdiri daripada frasa nama.
 Predikat boleh terdiri daripada frasa nama, frasa
kerja, frasa adjektif, atau frasa sendi nama.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 173


RAJAH POHON ASAS

AYAT
SUBJEK PREDIKAT

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 174


Daripada rajah pohon asas itu, boleh dimasukkan frasa yang
mengisi konstituen subjek dan predikat ayat:

Ayat

Subjek Predikat

Frasa Nama Frasa Kerja

Kata Ganti Kata Kerja Kata


Kata Nama Kata Bantu Nama
Nama Transitif

Kucing itu sedang mengejar tikus


175
Analisis Rajah Pohon
Ayat

Subjek Predikat

FN FK

KN KB KK FS

KS KN

Budak-budak sedang makan di kantin


176
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia
Analisis Konstituen Terdekat

beberapa ekor kucing jantan itu

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 177


KESALAHAN BAHASA

Kesalahan bahasa merujuk kepada


bentuk bahasa yang binaannya
menyalahi peraturan yang ditetapkan.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 178


Jenis Kesalahan: 1. Kesalahan Ejaan

Kesalahan Pembetulan
memasukki memasuki
mengalakan menggalakkan
pra kata prakata
kau berikan kauberikan

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 179


Jenis Kesalahan: 2. Kesalahan Imbuhan

Kesalahan Pembetulan
mengenengahkan mengetengahkan

mengambil saya mengambilkan saya


sesuatu sesuatu
memperlebarkan memperlebar

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 180


Jenis Kesalahan: 3. Kesalahan Penggandaan

Kesalahan Pembetulan

pepohon-pepohon pepohon

amat kusut-masai kusut-masai

saling potong-memotong saling memotong


saudara mara saudara-mara

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 181


Jenis Kesalahan: 4. Kesalahan Kata Kerja

Kesalahan Pembetulan

Gadis itu senyum. Gadis itu tersenyum.

Dia sedang baca buku. Dia sedang membaca buku.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 182


Jenis Kesalahan: 5. Kesalahan
Penggunaan Kata Tugas - kata hubung

Kesalahan Pembetulan

yang mana yang

seperti mana seperti


Saya datang bila saya Saya datang apabila
senang. saya senang.
jika sekiranya jika/sekiranya

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 183


Jenis Kesalahan: 6. Kesalahan
Penggunaan Kata Tugas - kata sendi nama
Kesalahan Pembetulan
kepada arah itu ke arah itu
diserahkan ke diserahkan kepada
pustakawan pustakawan
daripada Johor dari Johor
dari abang daripada abang
ada dengan ada pada
di kalangan dalam kalangan
demi untuk demi/untuk
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 184
Jenis Kesalahan: 7. Kata pemeri

Kesalahan Pembetulan
Arahan itu adalah bukan Arahan itu bukan untuk
untuk pelajar pelajar
Adalah dimaklumkan … Dengan ini dimaklumkan...

…adalah merupakan… …adalah/merupakan…

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 185


Jenis Kesalahan: 8. Penggunaan Kata Bilangan

Kesalahan Pembetulan
dua suku jam dua jam suku
satu setengah tahun satu tahun setengah
para-para pelajar para pelajar

setengah orang sesetengah orang


dua orang pelajar-pelajar
dua orang pelajar
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 186
Jenis Kesalahan:9. Penjodoh Bilangan

Kesalahan Pembetulan
sebuah kehidupan satu kehidupan
setiap orang pelajar setiap pelajar

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 187


Jenis Kesalahan: 10. Frasa

Kesalahan Pembetulan
paling tinggi sekali paling tinggi
adalah merupakan adalah/merupakan
adalah disebabkan disebabkan
selain daripada itu
selain itu

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 188


Jenis Kesalahan: 10. Frasa

Kesalahan Pembetulan
goreng keledek keledek goreng
teringat
ibu/teringatkan ibu teringat akan ibu

membina rumah dengan


membina lebih rumah
lebih banyak/membina
lebih banyak rumah
dengan lain-lain
dengan perkataan lain
perkataan
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 189
Jenis Kesalahan: 11. Sintaksis

Kesalahan Pembetulan
Baik abang baik kakak... Baik abang mahupun kakak...
Pengetua yang Pengetualah yang
merasmikan majlis itu. merasmikan majlis itu.
Bola itu ditendang oleh
Bola itu saya tendang.
saya.
Pesawat yang mereka Pesawat yang dinaiki oleh
naiki. mereka.

Sehubungan itu… Sehubungan dengan itu …

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 190


Jenis Kesalahan: 12. Ayat tergantung

Kesalahan Pembetulan
Daripada aktiviti Aktiviti pembakaran terbuka
pembalakan terbuka ini ini mengakibatkan
mengakibatkan pencemaran pencemaran udara.
udara.

Pengaruh media massa Pengaruh media massa,


seperti rancangan seperti rancangan televisyen
televisyen dan hiburan. yang berunsur hiburan
menjadi punca masalah
tersebut.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 191


Jenis Kesalahan: 13. Unsur lewah

Kesalahan Pembetulan
antara faktor-faktor antara faktor

himpunan kertas-kertas himpunan kertas kerja


kerja

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 192


Belajarlah peraturan berbahasa
yang baik dan betul.
Yang baik itu tidak datang
daripada satu tatabahasa sahaja.

Asmah Hj. Omar


©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 193
SEKIAN
TERIMA KASIH

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia

Anda mungkin juga menyukai