Anda di halaman 1dari 2

Latihan 1

Nyatakan ayat induk dalam setiap ayat yang berikut, kemudian nyatakan pola
ayatnya.

1. Jika hari ini tidak hujan, kami akan bermain bola di padang sekolah.
2. Saya akan ke Ipoh pada petang esok selepas mesyuarat tamat.
3. Walaupun soalan yang dikemukakan beliau amat sukar, kami dapat
menjawabnya.
4. Bola itu disepak oleh Safawi Rashid kea rah pintu gol pihak lawan.
5. Setelah hujan turun dengan lebatnya, burung layang-layang berterbangan
di udara.
6. Menteri yang bertanggungjawab dalam kementerian itu sangat baik.

Latihan 2

Nyatakan ayat inti dan pola ayat bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut
berpolakan Frasa Nama+Frasa Nama, Frasa Nama+ Frasa Kerja, Frasa Nama +
Frasa Adjektif atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama.

1. Pelancong Arab agak banyak di Malaysia pada hari ini.


2. Sejak merdeka, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar pendidikan di
negara kita.
3. Mesyuarat yang akan diadakan pada hari Selasa nanti hingga petang.
4. Beliau seorang pemimpin yang sangat bijak dan berintegriti.
5. Pada minggu depan, saya di Kuala Selangor selama seminggu.
6. Banyak murid yang ponteng kelas Bahasa Melayu pada hari ini.
Latihan 3

Nyatakan ayat inti dan pola ayat bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut
berpolakan Frasa Nama+Frasa Nama, Frasa Nama+ Frasa Kerja, Frasa Nama +
Frasa Adjektif atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama.

1. Pada minggu depan, pegawai itu akan ke Sabah?


2. “Kamu hantarlah tugasan ini pada hari Rabu minggu depan,” kata Cikgu
Ramli kepada ketua Kelas 5 Rajin.
3. Syabas, keputusan peperiksaan sekolah tuan sangat cemerlang!
4. Bagaimanakah kita dapat membantu kerajaan untuk memartabatkan
bahasa Melayu?
5. Nurbaya sangat suka makan bebola ikan yang digoreng.

Latihan 4

Baca petikan di bawah dengan telitinya. Tulis pola ayat sama ada ayat tersebut
berpolakan Frasa Nama+Frasa Nama, Frasa Nama+ Frasa Kerja, Frasa Nama +
Frasa Adjektif atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama.

Kini, (1) nama Stesen Sentral Kuala Lumpur semakin harun di peringkat
antarabangsa. Di kawasan sekitar stesen ini sekarang, (2) kelihatan pelbagai
kemudahan yang canggih. (3) Antara kemudahan yang terdapat di kawasan ini
termasuklah kediaman mewah lagi selesa. (4) Dua buah hotel yang tinggi
melangit di sini menjadi mercu tanda Stesen Sentral Kuala Lumpur. (5) Stesen
Sentral Kuala Lumpur yang unik ini mendapat sambutan yang menggalakkan
daripada pelancong dan pelabur dari luar negara. (6) Banyak pelancong asing
yang menjadikan kawasan ini sebagai destinasi mereka. Sebagai buktinya, kadar
tempahan dan permintaannya amat tinggi walaupun harganya agak mahal.

Anda mungkin juga menyukai