Anda di halaman 1dari 4

Latihan 1 :

Nyatakan jenis-jenis ayat yang diberikan sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah atau ayat
seruan.

1. Puan Rusnah berasal dari utara semenanjung.

2. Amboi, sopan sungguh percakapan pemuda itu!

3. Mengapakah kamu tidak menyiapkan kerja rumah yang saya berikan semalam?

4. Jangan kamu bermain di rumah yang usang itu.

5. Sila beratur sebelum masuk ke kelas.

6. Pergilah cari maklumat berkaitan dengan kerjaya yang kamu minati daripada guru kaunseling.

Latihan 2

Nyatakan jenis-jenis ayat yang diberikan sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah atau ayat
seruan.

1. Baju yang emak beli semalam itu terlalu ketat?

2. Tutup pintu itu sekarang.

3. Wah, cantiknya rumah baharu kamu ini!

4. Hujan lebat sepanjang hari boleh menyebabkan banjir.

5. Jemputlah ke rumah saya apabila kamu lapang nanti.

6. Kamu berdua berasal dari mana?


Latihan 3

Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah ini kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah
maksud asalnya.

1. Baju dan seluar saya belum bergosok.

2. Pesakit itu meraung-raung menahan kesakitan.

3. Kanak-kanak itu bermain buaian di taman permainan.

4. Bangunan itu masih teguh lagi walaupun sudah lama dibina.

5. Karim pergi ke perpustakaan untuk meminjam beberapa buah buku.

6. Haji Abdullah mengait buah rambutan itu menggunakan sebatang galah.

Latihan 4

Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat seperti berikut :

1. Encik Mior disambut denga mesra oleh kakitangan pejabat tersebut.

2. Kelajuan bas ekspres itu melebihi 110 kilometer sejam.

3. Pada setiap hujung minggu, kami sekeluarga membersihkan kawasan rumah.

4. Sekolah Sukan Bukit Jalil terkenal oleh muridnya yang aktif bersukan.

5. Murid yang pintar itu, bercita-cita hendak menjadi peguam.

6. Demi mempertahankan tanah air, rakyat sanggup berkorban nyawa.


Latihan 5

Tukarkan ayat pasif yang berikut kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Pekerjaan lain terpaksa dilakukan oleh Haikal setelah perniagaan yang diusahakannya gagal.

2. Sambutan Hari Guru pada tahun ini diraikan oleh warga sekolah dengan meriah di seluruh negara.

3. Guru mestilah kita hormati kerana mereka banyak berjasa dalam mendidik kita untuk menjadi
insan berguna.

Latihan 6

Tukarkan ayat aktif yang berikut kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Kebanyakan pelancong yang datang ke negara ini memuji keunikan budaya masyarakat setempat.

2. Kami memilih barang-barang yang akan dibawa semasa mendaki gunung itu nanti.

3. Pihak keselamatan memberikan arahan kepada para pemandu agar tidak menggunakan jalan raya
itu kerana runtuhan tebing masih berlaku.

Latihan 7

Nyatakan pola ayat bagi ayat -ayat berikut

1. Enjin kereta api Senandung Malam antara yang dibaik pulih.


2. Waktu hari keramaian, ramai orang kampung akan ke bandar.
3. Menara gading yang diisi borang permohonannya oleh mereka ialah Universiti Malaya.
4. Majlis perkahwinan anak gadis penghulu yang sedang diadakan itu amatlah meriah.
5. Kedua-dua buah negara itu sedang menandatangani surat perjanjian kerjasama ekonomi
dan keselamatan serantau.
6. Pakaian ibu yang baharu itu daripada butik ternama bandar ini.

7. “Jagalah baik-baik buku kamu itu,” kata ibu Asmah kepada anak bongsunya.

8. . Dalam sejarah Islam memang amat terkenal tentang harta Raja Sulaiman.

Anda mungkin juga menyukai