Anda di halaman 1dari 2

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu  kesalahan tatabahasa.

Gariskan  kesalahan tersebut


dan  tulis  jawapannya pada ruang jawapan yang disediakan.
Latihan 1

1. Rendang ayam untuk kenduri ini saya masak daripad  pagi tadi

2. Ayah tidak bersetuju dengan kedua orang peguam yang mahukan kanak-kanak itu dihantar ke rumah
kebajikan kerana kanak-kanak itu masih mempunyai waris yang  boleh menjaga mereka.  

3. Seluar yang bergantung-gantungan di tepi tingkap itu diambil oleh Encik Baba agar penghuni dorm itu
lebih  prihatin untuk menjaga keceriaan dan kekemasan dorm mereka.  

4. Kita sesama manusia perlu saling hormat-menghormati antara satu dengan yang lain.  

5. Kelima-lima orang murid di sekolah menengah tersebut diberikan hadiah di atas kejayaan mereka


mengharumkan nama sekolah mereka dalam pertandingan reka cipta itu. -  

6. Pihak pengurusan Hotel Sri Malaysia menawarkan pakej  yang menarik kepada para pelanggan-
pelanggan sempena cuti sekolah.

7. Pelancong dari negara Taiwan itu sangat sukakan buah-buahan tempatan seperti durian dan manggis.

8. "Sudahkah kalian menyiapkan kerja rumah yang aku  berikan semalam?" tanya Cikgu Azizi kepada
murid- muridnya.  

Kesalahan Ejaan

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat  satu  kesalahan ejaan. Betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.

1. Nasi beryani yang dijual di warung itu mendapat sambutan yang menggalakkan terutama pada


bulan Ramadan.

2. Golongan yang bertaqwa dan beriman sememangnya  dituntut menunjukkan contoh yang baik kepada
orang ramai

3. Kenaikan harga telor ayam yang mendadak menjelang musim perayaan berpunca daripada sikap peniaga
yang menangguk di air keruh.

4. Sepanjang bulan Febuari, semua sekolah perlu   merancang untuk menganjurkan kejohanan sukan 


    tahunan dan acara merentas desa.

5. Pihak berkuasa perlu mempastikan agar kes kemasukan  pendatang tanpa izin dapat dikurangkan demi
menjaga  imej negara.

6. Semangat bersatu-padu perlu diterap dalam jiwa para  pelajar dalam usaha mengeratkan hubungan
antara  kaum.  

7. Para penonton yang hadir tertawa terbahak-bahak  semasa menyaksikan filem komidi yang mencuit hati
itu.

8. Hujah para pembahas dalam pertandingan perbahasan  itu amat mengkagumkan para panel juri yang
mengadili acara berkenaan.
9. Salah satu langkah kerajaan dalam usaha memajukan   barangan tempatan
ialah menghadkan pengimportan barangan berjenama dari luar negara.

10. Perlaksanaan sekolah satu sesi memudahkan banyak urusan pentadbiran dan pengurusan.  

Menggabungkan ayat tunggal kepada ayat majmuk

Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini suyaya menjadi  satu  ayat majmuk.

1. Mata pelajran Sains dianggap mata pelajaran yang sukar  oleh sesetengah pelajar.
    Mata pelajaran Seni dianggap mata pelajaran yang senang oleh sesetengah pelajar.
    

2. Ramli memberitahu ibunya masalah yang dihadapinya itu.


    Masalah itu masih tidak dapat diselesaikan.
    .

3. Zubaidah pergi ke sekolah.


    Zubaidah menjalani latihan bola jaring.
    

4. Buku cerita itu sangat tebal.


    Buku itu dibeli bersempena pesta buku yang diadakan di 
    Plaza Angsana, Johor Bahru.

5. Ramli mengayuh basikal untuk pergi ke sekolah.


    Ramu mengayuh basikal untuk pergi ke sekola

6. Sharifah selalu ponteng sekolah.


    Sharifah didenda oleh guru disiplin sekolahnya.

7. Nenek sedang menjahit baju di ruang tamu.


    Ibu sedang memasak rendang ayam di dapur..

8. Rohana tidak hadir ke sekolah hari ini.


    Dia memberitahu rakannya.
    Dia sakit perut.
    

9. Hujan sangat lebat pada hari ini.


    Razali tetap pergi ke sekolah.

10. Murid-murid itu menunggu bas di perhentian bas.


      Murid-murid itu berbual-bual dengan rakannya.

Anda mungkin juga menyukai