Anda di halaman 1dari 1

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa.

Gariskan kesalahan tersebut dan tulis


jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

1. Program itu diadakan demi untuk mengeratkan hubungan antara kaum di Malaysia.
2. Murid-murid sekolah itu sangat menghormati akan guru-guru mereka yang baik hati, penyayang dan
bertanggungjawab.
3. Sungguh amat terindah pemandangan di sekitar pulau peranginan di negeri Sabah itu.
4. Kata-kata aluan dalam buku program Majlis Anugerah Cemerlang itu membawa mesej yang amat
berkesan.
5. Tugasan itu dibuat dengan berdasarkan kepada nota yang ada
dalam buku panduan.
6. Ibu pejabat persatuan itu terletak di antara perpustakaan dan balai polis.
7. Murid itu bukan sombong bahkan pemalu kerana baru berpindah ke sini dan belum ramai kawan.
8. Gadis itu membelikan hadiah banyak untuk diberikan kepada rakan-rakannya.
9. Pulau Langkawi adalah di antara destinasi pelancongan yang terkenal di negara kita.
10. Penduduk Kampung Sejagat sentiasa mengamalkan sikap saling membantu bila diadakan majlis
perkahwinan.
11. Kemahirannya dalam bidang teknologi maklumat saya telah perakukan berdasarkan mutu kerja yang
ditunjukkan.
12. Ketiga-tiga orang anak-anak lelaki Encik Manzur berjaya melanjutkan pelajaran mereka ke universiti.
13. Kita perlu minum dua liter air pada setiap hari untuk menggantikan air yang keluar dari badan.
14. Pandulah kenderaan ikut peraturan supaya kemalangan jalan raya dapat dielakkan.
15. Buah mangga yang masak ranum itu kami telah petik untuk dibuat jus.
16. Seorang dari peserta pertandingan syarahan itu telah menarik diri.
17. Juruteknik itu sedang memperbaiki perisian komputer pelanggannya yang rosak.
18. Penduduk Kampung Setia bergotong-royong untuk memperlebarkan jalan ke kampung itu.

Anda mungkin juga menyukai