Anda di halaman 1dari 1

Skema 2 (c) i.

Rangkai kata "bagai kilat sembur-menyembur " membawa maksud begitu pantas sesuatu yang keluar dari mulut. Pantang larang ketika berada di gelanggang ialah tidak boleh hanya mencabut keris di pinggang. Selain itu, kita dilarang membuang tengkolok yang dipakai di kepala. Seterusnya, ditegah menyingsing lengan. Akhir sekali, menyeru nama anak lelaki. [Pilih tiga isi sahaja] iii. Kita dilarang melanggar pantang larang ketika bertanding untuk mengelakkan pihak musuh mudah megalahkan kita. Selain itu, untuk membina keyakinan kita berhadapan dengan lawan, seterusnya bermati-matian memenangi pertandingan yang dijalankan. Akhir sekali, untuk mengelak langkah kita dalam persilatan menjadi janggal, lalu mudah musuh untuk mengalahkan kita. [Pendapat yang sesuai diterima]

ii.

2 (d) i. Orang yang berakal ialah apabila memandang seseorang dengan pandangan ilmu kerohanian. Selain itu, orang berilmu sangat mengasihi para sahabatnya. Seterusnya, orang berilmu tidak akan mengasihi orang yang jahat. Akhir sekali, setiap tindakannya berasa bimbang akan menjadi bahan cela orang lain. [Pilih tiga isi sahaja] ii. Untuk memastikan kita mempunyai akal yang seimbang dengan usia kita, kita perlu mendalami pelbagai ilmu pengetahuan. Selain itu, kita perlu memilih rakan sebaya yang mempunyai pendapat yang baik. Akhir sekali, kita perlu menajamkan minda dengan mengikuti mata pelajaran Matematik atau permainan catur. [Pendapat yang sesuai diterima] iii. Pengajaran daripada syair ialah kita harus membetulkan kesalahan yang dilihat, contohnya apabila kesalahan itu berlaku di hadapan mata, lebih-lebih lagi jika kita sebagai seorang ketua. Seterusnya kita perlu mematuhi hukum syarak, contohnya kita tidak boleh sama sekali melanggar hukum syarak kerana perbuatan itu berdosa. Akhir sekali, kita harus menjauhi perasaan tamak dan perlu bertawakkal, contohnya diperingatkan amalan ini merupakan amalan yang bertentangan dengan hukum syarak.

Anda mungkin juga menyukai