Anda di halaman 1dari 8

KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANSANGAN

Soalan 1
Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor berlakunya
pencemaran sungai. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Faktor-faktor Pencemaran Sungai


Pengenalan
Banyak sungai di negara kita telah tercemar.
- Semakin bertambah dan membimbangkan
- Boleh menjejaskan kehidupan hidupan akuatik
- Mengancam kehidupan manusia

Idea-idea utama
Pembuangan sampah dan najis ke dalam sungai.
- Sungai berbau busuk dan meloyakan
- Pengaliran sungai tersekat dan menjadi cetek
- Mengotorkan sungai tersebut yang dahulunya amat jernih

Kilang-kilang mengalirkan sisa-sisa toksik ke dalamnya.


- Kualiti kebersihan air terjejas
- Membunuh hidupan akuatik di dalamnya
- Pendapatan kaum nelayan terjejas

Berlakunya hakisan tanah akibat daripada pembalakan dan penerokaan hutan.


- Tanah yang terhakis akan menimbusi sungai
- Sungai cetek dan airnya keruh
- Pelbagai sampah turut mendiami sungai ini

Aktiviti mengorek pasir dari dasar sungai.


- Air menjadi keruh dan berkeladak
- Menghalang kemasukan cahaya matahari ke dalam sungai
- Menggalakkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan penyakit

Penutup
Pencemaran sungai perlu ditangani dengan segera.
- Pelbagai pihak perlu berganding bahu
- Air sumber semula jadi yang maha penting
- Jangan sampai “sudah terhantuk baru nak mengadah”
Soalan 2
Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah yang dapat
meningkatkan sektor pertanian negara. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah
perkataan.

Cara-cara Meningkatkan Sektor Pertanian


Pengenalan
Sektor pertanian semakin mendapat perhatian oleh kerajaan.
- Dapat mendatangkan pulangan yang lumayan
- Meningkatkan ekonomi negara
- Menawarkan peluang pekerjaan yang luas

Idea-idea Utama
Menjalankan proses penyelidikan yang berterusan
- Menghasilkan benih yang berkualiti
- Mampu menghasilkan hasil tuaian yang lumayan
- Mengubah nasib para petani

Menggalakkan penggunaan baja kimia.


- Secara sistematik dan berterusan
- Pertumbuhan hasil pertanian yang segar
- Tahan daripada serangan penyakit

Strategi pemasaran yang mantap.


- Sistem pengangkutan yang canggih
- Hasil pertanian dibawa dengan cepat ke sesebuah destinasi
- Mutu tidak terjejas dan sentiasa dalam keadaan segar

Mempelbagaikan hasil sumber pertanian.


- Contohnya pembuatan marjerin, jus buah-buahan dan pelbagai lagi
- Pengetinan makanan berasaskan sumber pertanian negara
- Dapat diekspot ke luar negara

Penutup
Sektor pertanian perlu diperluas dan dimajukan
- Setanding dengan sektor perindustrian
- Memiliki tanah yang luas
- Dapat hidup subur di negara kita
Soalan 3
Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang tempat-tempat menarik yang
terdapat di Malaysia. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Tempat-tempat menarik di Malaysia


Pengenalan
Malaysia memiliki banyak tempat yang menarik.
- Dijadikan destinasi pelancongan yang utama
- Mampu menarik ramai pelancong dalam mahupun luar negara
- Setaraf dengan destinasi pelancongan di dunia

Isi-isi penting
Malaysia terkenal dengan gua-gua yang menarik.
- Sebagai contoh Gua Niah yang terdapat di Sarawak
- Menarik ramai pengunjung yang ingin melihat keindahannya
- Berjaya menarik ribuan pelancong dalam setahun

Keindahan di negara kita memang tidak dinafikan lagi


- Memiliki pesisiran pantai dan laut yang menarik
- Sesuai dijadikan tempat beristirehat dan berkelah
- Pantai Port Dickson, pantai Pulau Langkawi dan pelbagai lagi

Negara kita juga memiliki keunikan semulajadi.


- Rantau Abang misalnya, menjadi tempat penyu mendarat
- Bertelur di kawasan ini dan kemudiannya balik semula ke laut
- Menjadi tumpuan orang ramai untuk melihat penyu-penyu ini secara lebih dekat

Melaka pula terkenal dengan gelaran Melaka Bandaraya Bersejarah.


- Banyak tinggalan penjajah terdapat di negeri ini
- Antaranya Tugu A.Farmosa, Bangunan Stadhuy’s dan banyak lagi
- Memperoleh banyak pengetahuan dan pengalaman apabila berkunjung ke sini

Penutup
Sudah terang lagi bersuluh, Malaysia sesuai untuk dikunjungi
- Menawarkan pelbagai pilihan destinasi kepada para pelancong
- Memberi kepuasan kepada para pengunjungnya
- Setaraf dengan pusat pelancongan yang ada di dunia ini
Soalan 4
Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha- usaha untuk mengatasi
masalah kesesakan jalan raya. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Langkah-langkah Mengatasi Kesesakan Jalan Raya


Pengenalan
Kesesakan jalan raya di negara kita semakin buruk
- Berlaku terutama di bandar-bandar besar
- Mendatangkan rungutan di kalangan warga kota
- Hingga kini belum dapat diatasi oleh pihak kerajaan

Isi-isi penting
Menggalakkan pengguna menggunakan perkhidmatan awam
- Bilangan kenderaan yang memasuki pusat bandat dapat dikurangkan
- Memberikan kadar tambang yang murah sebagai daya penarik
- Menarik minat pengguna untuk menggunakan perkhidmatan ini

Mengadakan kempen berkongsi kereta


- Sama-sama ke tempat kerja dan bukan secara bersendirian
- Dapat menjimatkan masa, wang dan tenaga
- Kesesakan jalan raya turut dapat dikurangkan

Memperbanyak perkhidmatan awam


- Komuter, LRT, bas, teksi dan perkhidmatan awam yang lain ditingkatkan
- Pengguna dapat membuat pelbagai pilihan
- Perkhidmatan awam ini turut diperluaskan

Mengawasi perjalanan kenderaan


- Polis trafik mengadakan pemantauan terutama pada waktu puncak
- Mengelakkan pengguna daripada melanggar peraturan di jalan raya
- Perjalanan kenderaan berjalan dengan lancar

Penutup
Masalah kesesakan jalan raya dapat mencemarkan imej negara
- Perlu ditangani dengan segera dan tidak boleh dipandang remeh
- Dapat menjejaskan kedatangan para pelancong dan pelabur
- Tiada gunanya kemajuan jika sistem aliran trafik masih ditakuk lama
Soalan 5
Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah yang dapat
meningkatkan sektor pertanian negara. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah
perkataan.

Langkah-langkah Meningkatkan Permainan Tradisional


Pengenalan
Permainan tradisional kini semakin dilupakan oleh masyarakat
- Lebih meminati permainan moden seperti permainan video
- Akan lupus sekiranya tidak ditangai dengan segera
- Mendatangkan kerugian kepada negara

Isi-isi penting
Penganjuran permainan tradisional oleh pihak kerajaan
- Mengadakan pertandingan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan
- Penyertaan daripada pelbagai kaum amat digalakkan
- Menawarkan hadiah yang lumayan

Menubuhkan kelab permainan tradisional di sekolah.


- Guru-guru dihantar berkursus untuk memahirkan permainan ini
- Antaranya permainan gasing, patuk ayam, wau dan pelbagai lagi
- Generasi muda akan meminati permainan ini jika diketengahkan

Kerajaan mengadakan kempen permainan tradisional


- Mempromosi melalui jabatan kerajaan dan media massa
- Melibatkan semua jabatan kerajaan
- Mengadakan bulan permainan tradisional

Penutup
Permainan tradisional – diwariskan kepada genarasi muda
- Lambing kebanggaan nenek moyang kita
- Dapat mengekalkan budaya dan identity bangsa
- Melonjak nama negara di persada dunia
Soalan 6
Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah bersukan. Panjangnya
huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Faedah Bersukan
Pengenalan
Bersukan amat penting dalam menjalani kehidupan ini
- Mendatangkan pelbagai manfaat
- Wajar dilakukan oleh setiap lapisan masyarakat
- Bebas daripada pelbagai penyakit dan menelurkan masyarakat yang sihat

Idea-idea utama
Aktiviti bersukan dapat menyihatkan badan.
- Badan menjadi vergas dan otak menjadi cerdas
- Mengeluarkan peluh dan sisa-sisa toksik
- Antaranya bermain bola sepak, badminton dan pelbagai lagi

Kita juga menghabiskan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah


- Tidak membuang masa dengan sia-sia
- Terhindar daripada terjebak dalam gejala sosial
- Bersenam dan berjoging di tempat-tempat rekreasi

Bersukan juga dapat membentuk disiplin diri.


- Sentiasa menepati masa jika terlibat dalam latihan sukan
- Berlatih dengan bersungguh-sungguh
- Memiliki nilai jati diri yang amat terpuji

Aktiviti bersukan ini juga dapat memupuk perpaduan.


- Kita bebas untuk bercampur tanpa mengura bangsa dan agama
- Selepas aktiviti sukan kita juga boleh minum dan makan bersama-sama
- Bertukar-tukar pendapat dan pandangan antara satu sama lain

Penutup
Aktiviti bersukan wajar dilakukan oleh pelbagai peringkat umur
- Mampu memberikan kesihatan yang baik dan berkekalan
- Menggunakan masa dengan aktiviti yang bermanfaat
- Mewujudkan rakyat yang sihat serta bijak dalam pelbagai bidang
Soalan 7
Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara untuk memupuk minat
membaca dalam kalangan masyarakat. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah
perkataan.

Memupuk Minat Membaca


Pengenalan
Membaca itu jambatan ilmu
- Perlu diamalkan pada setiap masa tanpa mengira tempat
- Faedahnya amat besar kepada kita terutama pelajar sekolah
- Pelbagai cara boleh dilaksanakan dalam memupuk minat membaca

Idea-idea utama
Pesta buku wajar diadakan pada setiap tahun dan di pelbagai lokasi
- Mempamerkan buku-buku keluaran terbaharu
- Memberikan potongan harga kepada para pengunjung
- Dapat membaca pelbagai jenis buku yang menarik

Perpustakaan awam juga wajar memainkan peranan yang maksima


- Mengadakan promosi dalam menarik minat orang ramai untuk berkunjung
- Menyediakan bahan bacaan yang terkini dan mencukupi
- Menyediakan kemudahan asas yang mencukupi

Ibu bapa sebenarnya memainkan peranan yang paling penting


- Membelikan pelbagai jenis bahan bacaan
- Membawa anak-anak ke perpustakaan pada hujung minggu
- Menjadi teladan dengan membaca di hadapan anak-anak

Setiap kelas di sekolah menyedikan sudut bacaan


- Para pelajar akan membaca jika kelapangan masa
- Disediakan pelbagai jenis bahan bacaan
- Berasa seronok dan minat membaca akan terus berputik

Penutup
Amalan membaca adalah amalan yang baik sepanjang hayat
- Pelbagai pengetahuan akan mencurah ke dalam minda kita
- Cepat matang dan dapat berfikir secara rasional
- Menjadi seorang insan yang berilmu pengetahuan yang tinggi
Soalan 8
Berdasarkan rajah di bawah ini, huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk memajukan industri desa
di negara kita. Panjangnya huraian anda antara 200 – 250 patah perkataan.

Memajukan Industri Desa


Pengenalan
Industri desa juga amat penting dalam membangunkan negara
- Mampu memberikan pulangan yang lumayan kepada negara
- Menawarkan peluang pekerjaan yang luas kepada penduduk kampung
- Perlu diperkembang dari hari ke hari

Idea-idea utama
Pelbagai cara dapat dirungkai dalam memantapkan industry desa.
- Kaedah dan teknologi yang moden mestilah diperkenalkan
- Penggunaan jentera moden yang canggih mestilah dilaksanakan
- Mampu menambah pengeluaran hasil pertanian berkali-kali ganda

Promosi dan kempen tentang barangan keluaran industri desa mestilah diperhebat.
- Menggunakan media massa seperti elektronik dan cetak
- Masyarakat dapat megnetahui barangan yang telah berada di pasaran
- Pasaran untuk barangan ini pasti amat menggalakkan

Bantuan kewangan dan suntikan modal daripada pihak tertentu amat penting
- Industi desa agak malap akibat kekurangan dana
- Dapat digunakan untuk memperbesar pelbagai jenis industry
- Mampu bersaing dengan pihak yang lain

Kemajuan industry desa tidak akan ke mana tanpa sokongan pihak yang berkaitan
- Pihak kementerian yang terbabit mestilah turun padang
- Membantu dari aspek moral mahupun material
- Memantau dan meneliti perkembangan dari semasa ke semasa

Penutup
Industri desa adalah unik dan memiliki nilai estetika yang tersendiri
- Perlu dipertahankan agar tidak hilang ditelan zaman
- Wajar diperluas kerana menjana pulangan yang tinggi
- Menjadi kebanggaan negara di mata luar

Anda mungkin juga menyukai