Anda di halaman 1dari 15

Contoh Soalan Peperiksaan

1. Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal


pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat
berkenaan tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

i. Kesediaan kertas kerja paling penting sekali dalam apa-apa jua


projek agar perlaksanaannya dapat berjalan lancar.
ii. Bahasa Melayu dapat menjadikan teras penumbuhan kebudayaan
nasional di dalam negara yang berbilang kaum.

Jawapan:

i. Penyediaan kertas kerja paling penting dalam apa-apa jua projek


agar pelaksanaannya dapat berjalan lancar.
ii. Bahasa Melayu dapat dijadikan teras pertumbuhan kebudayaan
nasional di negara yang berbilang kaum.

2. Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal


pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat
berkenaan tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

i. Kanak-kanak yang berusia sepuluh setengah tahun itu memperolehi


hadiah khas kerana kemampuannya menguasai bidang Teknologi
Maklumat dan Komunikasi ( ICT ).

ii. Perabut yang dibeli oleh saya itu diimport daripada luar negeri.

Jawapan:
i. Kanak-kanak yang berusia sepuluh tahun setengah itu memperoleh
anugerah khas kerana kemampuannya menguasai bidang Teknologi
Komunikasi dan Maklumat ( ICT ).

ii. Perabot yang saya beli itu diimport dari luar negeri.

3. Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal


pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat
berkenaan tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

i. Kain sutera-kain sutera yang terjual di butik itu sangat cantik sekali.
ii. Baju kurung yang emak jahit itu saya akan pakai di pagi hari raya.

Jawapan:
i. Kain-kain sutera yang dijual di butik itu sangat cantik.
ii. Baju kurung yang dijahit oleh emak jahit itu akan saya pakai pada pagi
hari raya.
LATIHAN ASAS

1. Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal


pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat
berkenaan tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

i. Kesediaan kertas kerja paling penting sekali dalam apa-apa jua


projek agar perlaksanaannya dapat berjalan lancar.
ii. Bahasa Melayu dapat menjadikan teras penumbuhan kebudayaan
nasional di dalam negara yang berbilang kaum.

2. Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal


pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat
berkenaan tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

i. Kanak-kanak yang berusia sepuluh setengah tahun itu memperolehi


hadiah khas kerana kemampuannya menguasai bidang Teknologi
Maklumat dan Komunikasi ( ICT ).

ii. Perabut yang dibeli oleh saya itu diimport daripada luar negeri.

3. Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal


pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat
berkenaan tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

i. Kain sutera-kain sutera yang terjual di butik itu sangat cantik sekali.
ii. Baju kurung yang emak jahit itu saya akan pakai di pagi hari raya.
Latihan 1
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa.

1. Ali ditugas sebagai Pengarang di akhbar Utusan Melayu semenjak lapan


tahun yang lalu.

2. Hana berkecimpung di dalam bidang peternakan itik, rusa dan Angsa sejak
kecil lagi.

Latihan 2
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa.

1. Asean dianggota oleh Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Berunai,


Vietnam, Singapura, Laos, myanmar, dan kemboja.
2. Menurut percayaan masyarakat Melayu, sang kancil adalah binatang yang
pintar.

Latihan 3
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa.

1. Tabeat merokok bagi wanita hamil akan bahayakan kesihatan dan


keselamatan bayi yang di kandung.

2. "Keahlian aku di dalam persatuan ini sudah berlangsung selama enam


tahun," berkata pensyarah tersebut.

Latihan 4
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa.

1. "Sekolah saya akan adakan satu persembahan anekaragam," kata Alias


kepada ibunya.
2. Kami hendaklah senantiasa berwas pada terhadap anasir negatif kalangan
ahli persatuan ini.

Latihan 5
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa.

1. Kita bagai pihak kerajaan akan terus berusaha membangun ekonomi negara.
2. Gejala cetak rompak boleh lumpuhkan industri seni utamanya industri muzik
dan perfileman tanahair.

Latihan 6
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa.

1. "Dimanakah awak letakkan gergaji yang telah gunakan tadi?" tanya Ramzi
kepada anaknya.

2. "Engkaulah Wakil Jualan yang perlu saya tunggu-tunggu?" kata Linggam


kepada lelaki itu.

Latihan 7
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa.

1. Pastikan awak mencatit nama dan angka giliran pada kertas jawap tersebut.
2. Pengurus Pemasaran akan sentiasa membantu engkau di dalam
melaksanakan tugas-tugas tersebut.
Contoh Jawapan
Latihan 1

1. Ali ditugaskan/bertugas sebagai pengarang di Akhbar Utusan Melayu


semenjak lapan tahun yang lalu.

2. Hana berkecimpung dalam bidang penternakan itik, rusa dan angsa


sejak kecil lagi.

Latihan 2

1. Asean dianggotai oleh Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Berunai,


Vietnam, Singapura, Laos, Myanmar, dan Kemboja.

2. Menurut kepercayaan masyarakat Melayu, Sang Kancil adalah binatang


yang pintar.

Latihan 3

1. Tabiat merokok bagi wanita hamil akan membahayakan kesihatan dan


keselamatan bayi yang dikandung.

2. "Keahlian saya dalam persatuan ini sudah berlangsung selama enam


tahun," kata pensyarah tersebut.

Latihan 4

1. "Sekolah kami akan mengadakan satu persembahan aneka ragam," kata


Alias kepada ibunya.

2. Kita hendaklah senantiasa berwaspada terhadap anasir negatif di


kalangan ahli persatuan ini.

Latihan 5

1. Kami sebagai pihak kerajaan akan terus berusaha membangunkan


ekonomi negara.
2. Gejala cetak rompak boleh melumpuhkan industri seni terutamanya
industri muzik dan perfileman tanah air.

Latihan 6

1. "Di manakah kamu letakkan gergaji yang telah digunakan tadi?" tanya
Ramzi kepada anaknya.

2. "Engkaukah Wakil Jualan yang perlu kami tunggu-tunggu?" tanya Linggam


kepada lelaki itu.

Latihan 7

1. Pastikan kamu mencatat nama dan angka giliran pada kertas jawapan
tersebut.
2. Pengurus pemasaran akan sentiasa membantu kamu dalam
melaksanakan tugas-tugas tersebut.
KESALAHAN LAZIM BM SPM
Kesalahan Lazim Tatabahasa
SALAH

1. daripada luar negara

2. demi untuk masa hadapan

3. di musim perayaan

4. kerana sayangkan anaknya

5. di dalam bidang ekonomi

6. mengenepikan

7. mempastikan

8. mengkagumkan

9. memperindahkan tempat itu

10. beliau adalah pemimpin

11. paling indah sekali

12. lain-lain usaha yang dilakukan

13. banyak rumah-rumah musnah

14. bilik urusetia ditutup tengahari

15. menyambut ulangtahun ke 48

16. kasih-sayang yang di curahkan

17. kumpulan anti-pengganas

18. wakil ibu-bapa yang datang

19. mereka memasuki ke negara ini

20. yang dibincangkan oleh kami

PEMBETULAN

1. dari luar negara

2. untuk masa hadapan

3. pada musim perayaan

4. kerana sayang akan anaknya

5. dalam bidang ekonomi


6. mengetepikan

7. memastikan

8. mengagumkan

9. memperindah tempat itu

10. beliau ialah pemimpin

11. paling indah / indah sekali

12. usaha-usaha lain yang dilakukan

13. banyak rumah musnah

14. bilik urus setia ditutup tengah hari

15. menyambut ulang tahun ke-48

16. kasih sayang yang dicurahkan

17. kumpulan antipengganas

18. wakil ibu bapa

19. mereka memasuki negara ini

20. yang kami bincangkan

KATA KERJA TRANSITIF


Kata Kerja Transitif

a. Bagi kata kerja transitif, iaitu makan dan minum yang menerima unsur objek berupa bentuk singkat -Nya,
awalan meN- perlulah digunakan;

Kami sekeluarga suka makannya. beritahuku kepada Pak Man

Kami sekeluarga suka memakannya. beritahuku kepada Pak Man

b. Imbuhan seperti meN-, mempeR-, meN--I tidak boleh digugurkan dalam penggunaan ayat aktif;

Pelajar-pelajar yang langgar disiplin sekolah itu didenda oleh pengetua

Pelajar-pelajar yang melanggar disiplin sekolah itu didenda oleh pengetua


c. Kata kerja transitif mesti diikuti oleh frasa nama atau kata nama sebagai objek. Oleh itu, kata selain daripada
kata nama tidak boleh hadir selepas kata kerja tersebut;

Pak Sudin berhasrat untuk membesarkan lagi rumah pusaka itu

Pak Sudin berhasrat untuk membesarkan rumah pusaka itu

d. Hanya kata hubung bahawa yang boleh hadir selepas kata kerja transitif dalam binaan ayat majmuk aktif;

Dia mengatakan dia tidak dapat menghadiri mesyuarat di Pulau Langkawi

Dia mengatakan bahawa dia tidak dapat menghadiri mesyuarat di Pulau Langkawi

e. Hanya kata kerja transitif mencuba dan membantu boleh hadir sebelum kata kerja transitif yang lain dalam
binaan ayat aktif;

Manisah ingin sekali cuba memakai baju baru yang ditempahnya minggu lalu

Manisah ingin sekali mencuba memakai baju baru yang ditempahnya minggu lalu

f. Perbezaan antara apitan meN--kan dengan meN--I merujuk kepada satu objek.

- Apabila objek yang mengalami tindak balas hasil sesuatu perbuatan maka apitan meN--kan digunakan.
- Apabila subjek yang bertindak balas ke atas sesuatu apitan meN--kan digunakan.

Dalam acara itu Ahmad telah mendahulukan peserta-peserta lain

Dalam acara itu Ahmad telah mendahului peserta-peserta lain

g. Kata kerja berapitan meN--kan menunjukkan maksud bahawa objek mengalami tindak balas akibat perbuatan
iaitu mengalami perpindahan;

- Kata kerja berapitan meN--kan hanya boleh menerima satu objek sahaja selepasnya.

Mak Temah membungkusi Roslinda nasi lemak

Mak Temah membungkuskan nasi lemak untuk Roslinda

h. Kata kerja apitan meN-I menunjukkan bahawa objek yang dikenai perbuatan tidak mengalami tindakbalas,
iaitu berada pada satu tempat sahaja (subjek);

- Kata kerja berapitan meN-I boleh menerima dua objek berturutan.


Mak Temah membungkuskan nasi lemak untuk Roslinda

Mak Temah membungkusi Roslinda nasi lemak

i. Perbezaan antara apitan meN--kan dengan meN--I merujuk kepada dua objek;

- Apitan meN--I menerima objek tepat yang bernyawa selepasnya.


- Apitan meN--kan akan menerima objek tepat yang tidak bernyawa selepasnya.

Tuan hakim menjatuhi hukuman mandatori keatas pengedar dadah itu

Tuan hakim menjatuhkan hukuman mandatori ke atas pengedar dadah itu

j. Perbezaan antara meN- dengan meN--kan merujuk kepada dua objek;

- Perbuatan yang dilakukan menyatakan fikiran atau perasaan dengan tulisan, kata kerja transitif
berawalan meN- hanya menerima satu objek selepasnya.
- Perbuatan menulis untuk seseorang, kata kerja transitif berapitan meN--kan boleh menerima dua
objek berturutan, iaitu objek tepat diikuti oleh objek sipi.

Suhaili melukiskan pemandangan pada waktu senja di tepi pantai

Suhaili melukis pemandangan pada waktu senja di tepi pantai

PERBEZAAN PERKATAAN
Agen, Ejen & Agenda

1. Agen = bahan atau organisma yang dapat mempengaruhi atau memberi kesan langsung kepada sesuatu tindak
balas.
Con: agen pencemaran, agen pengoksidaan

2. Ejen = orang dan lain-lain yang menjalankan

Con: ejen eksport, ejen perkapalan

3. Agenda = program sesuatu mesyuarat yang formal


(* Perlu diingat tiap-tiap satu mesyuarat hendaklah mempunyai satu atau sesuatu agenda sahaja.
* Sesuatu agenda mempunyai beberapa perkara untuk dibincangkan dalam mesyuarat itu.)

Con:
Agenda Mesyuarat Jawatankuasa Bilangan 3 Persatuan Belia Pulau Sebang adalah seperti berikut:

1. Ucapan alu-aluan Pengerusi


2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Jawatankuasa ke-2 yang lalu
3. Perkara-perkara berbangkit
4. Kegiatan Sukan
4.1 Sukaneka Keluarga
4.2 Pertandingan bola sepak antara mukin
5. Hal-hal lain
5.1
5.2
6. Ucapan penangguhan

_______________________________________________________________

Antara, di antara, dengan, antara

Antara digunakan = menunjukkan perbandingan (Con: Antara Johor dan Singapura,banyak perbezaannya.)
= biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. ( con: Pertandingan debat antara maktab perguruan
Malaysia.
bukannya Pertandingan debat di antara Maktab A dengan Maktab B. (maktab A dan B adalah kata nama am yang
diulang)
= kata ganda yang dapat mengalami penggandaan separa seperti adik-beradik. (con: mereka berbincang antara
adik-beradik.)

di antara digunakan = menunjukkan kedudukan fizikal atau arah.


Con: Tambak Johor terletak di antara Johor bahru dengan Singapura.
Lif itu terhenti di tengah-tengah di antara tingkat dua dengan tingkt tiga.

Nota:
1. di antara & antara hanya diikuti dengan kta sendi nama dengan atau hingga bukan kata hubung dan.
2. Kata hubung dan hanya dapat digunakan apabila kata nama antara diikuti oleh lebih daripada dua frasa nama.
MAKNA PERKATAAN
1. ulam-ulam/ulaman (perempuan simpanan / gundik)

2. ulam-ulaman (sayur)

3. para-para (rak)

4. gerombolan (sesuai digunakan untuk penjahat/penjenayah


(kumpulan yang jahat)

5. jarang-jarang (kadang-kadang)

6. sahur (makan sebelum subuh)

7. sarapan (makan pada waktu pagi)

8. kudapan (minum pagi (10 pagi)

9. merarau (makan tengah hari)

10. mengombe (makan petang)

11. menggabi (makan malam)

12. menuruk (makan tengah malam (supper)

invesmen (labur/simpan)

hadirat (tempat duduk tetamu di Istana)

patik (anak anjing)

kaos (tapak kaki)


ahli (pakar/hebat)

kakitangan (simpulan bahasa)

Kesalahan Lazim Tatabahasa


SALAH

21. daripada luar negara

22. demi untuk masa hadapan


23. di musim perayaan

24. kerana sayangkan anaknya 21


22
25. di dalam bidang ekonomi 23
24
26. mengenepikan 25
26
27. mempastikan 27
28
28. mengkagumkan
29
30
29. memperindahkan tempat itu
31
32
30. beliau adalah pemimpin
33
31. paling indah sekali 34
35
32. lain-lain usaha yang dilakukan 36
37
33. banyak rumah-rumah musnah 38
39
34. bilik urusetia ditutup tengahari 40

35. menyambut ulangtahun ke 48

36. kasih-sayang yang di curahkan

37. kumpulan anti-pengganas

38. wakil ibu-bapa yang datang

39. mereka memasuki ke negara ini

40. yang dibincangkan oleh kami

SALAH& BETUL IV
Budak sekolah itu menoleh ke kiri dan kanan (salah)

membincangkan akan hal itu (salah)

Berbincang akan hal itu. (salah)

dengan/dalam lain perkataan. (salah)

hadirin hadirat sekalin (salah)

balik kampung (salah)

mertua (salah)

jangan pandang belakang (salah)

Saya melaporkan dari Bukit Jalil. (salah)

mulai dari sekarang. (salah)

Ahli bomba (salah)

baharu - bermaksud 'new'(kata adjektif)con: Terbaharu di pasaran

SALAH& BETUL III


salah satu daripada (salah)

selain dari/daripada (salah)

SUKMA ke-10 / SUKMA ke-X (salah)

sekali-sekala (salah)

setengah murid (salah)

ada pekerja-pekerja (salah)

daun-daun kering berguguran (salah)

bintang-bintang berkerdipan (salah)

Ketua Menteri-ketua Menteri (salah)

tengahari(salah)

Daku terkenang akan dia (salah)

sarapan pagi (salah)

layan diri (salah)

cenderahati (salah)

pendalaman (salah)- maksud = usaha mendalamkan

perasmian penutup majlis (salah)

Agenda minit mesyuarat


1. Perutusan Pengerusi
2. Hal-hal lain (salah) - 'agenda' bermaksud keseluruhan mesyuarat = 1 sahaja

Agenda minit mesyuarat operasi


Perkara-perkara mesyuarat:
1. Perutusan Pengerusi
2. Hal-hal lain (betul)

Awalan di-, di--kan dan di--i


Awalan di-

Kata dasar yang digabungkan dengan awalan di- membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjeknya pelaku
orang ketiga.

Ch.:
Ayat Contoh: (a) Ikan sepat digulai oleh beliau. (beliau = pelaku orang ketiga)
(b) Ikan sepat digulai oleh ibu (ibu = pelaku orang ke-3)

(a) Surat khabar dibaca olehnya (atau oleh dia) (-nya dan dia =pelaku org ke-3)
(b) Surat khabar dibaca oleh ayah. (ayah = pelaku org ke-3)

(a) Ular itu dipukul oleh mereka. (mereka = pelaku orang ke-3)
(b) Ular itu dipukul oleh Raju (Raju = pelaku org ke-3)

Dalam ayat-ayat diatas, akhiran kan tidak perlu

Keempat-empat ayat di atas berasal daripada ayat aktif transitif yang berikut:

1. (c) Beliau menggulai ikan sepat. (menggulai, membaca dan memukul ialah kata kerja transitif. Dikatakan ayat
aktif kerana pelaku di hadapan ayat.)
2. (c) Ayah membaca surat khabar.
3. (c) Raju memukul ular it.

Semua kata kerja aktif (yang berawalan me-) di atas tidak perlu akan akhiran kan; sama seperti kata kerja
pasif berawalan di- dalam ayat 1 (a) (b) 3 (a) (b)

Apitan di-...-kan dan di-...-i

Kebanyakan perkataan yang menerima awalan di- juga menerima akhiran kan dan i .

Ch.:
(a) Ali itu menafikan kenyataan orang itu.
(b) Kenyataan orang itu dinafikan oleh Ali.
(a) Siva membaiki radio.
(b) Radio dibaiki oleh Siva.

Makna 'Diterajui:'

Ada 4 erti teraju:

neraca (seperti neraca lambang Barisan Nasional)


tali untuk ikat pada rangka wau (layang-layang)
tali untuk meregang khemah.\
pucuk pimpinan atau kuasa tertinggi.

Ayat contoh: (a) DS Najib menerajui Barisan Nasional. (ayat aktif)


(b) Barisan Nasional diterajui oelh DS Najib. (ayat pasif)

**Bezanya: menerajui ialah kata kerja aktif transitif (ayat a); dan diterajui ialah kata kerja pasif transitif (ayat b).

KESALAHAN STRUKTUR AYAT


1) Ayat gabungan

- Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau beberapa ayat tunggal yang dihubungkan
dengan kata hubung seperti dan, serta, tetapi, lalu, sambil, kemudian, dll

Contoh:
Suraya dan Yati ke sekolah
Dia bangun kemudian berjalan

- Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungn berlaku apabil ayat-ayat tunggal yang membentuk ayat
gabungan tidak digabungkan dengan betul.

Contoh:
Mereka akan melancong ke Pualu Tioman atau Pulau Langkawi? (salah)
Mereka akan melancong ke Pualu Tioman atau ke Pulau Langkawi? (betul)

Baik yang kaya atau miskin datang ke rumahnya. (salah)


Baik yang kaya atau yang miskin datang ke rumahnya. (betul)

2) Ayat tergantung
- Ayat mesti terdiri daripada subjek dan predikat
- Dalam susunan ayat biasa, letaak subjek di depn dan letak predikat di belakang.

Contoh:
Budak itu / menangis
Subjek / predikat

- Dalam susunan ayat songsang, letak subjek di belakang dan predikat di depan.

Contoh:
Siapakah / gadis itu?
Predikat / subjek
3) Bentuk ujaran yang tidak mempunyai subjek atau predikat disebut sebagai
ayat tergantung

4) Ayat tergantung terjadi apabila ujaran itu bermula dengan kata sendi, kata
hubung, kata kerja dan kerana penggunaan kata yang salah.

Contoh:
Di seluruh negara mengalami banjir (salah)
Seluruh negara mengalami baanjir (betul)

Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini (salah)


Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini (betul)

Yang manakah betul? (salah)


Yang manakah yang betul? (betul)

Anda mungkin juga menyukai