Anda di halaman 1dari 8

Teknik Mempelajari Matematik

Label:teknik belajar |

RECOPY (SALIN SEMULA NOTA)


Salin dengan tulisan yang terang.
Tambahkan nota untuk meningkatkan kefahaman.
Boleh ditulis tambahan nota menggunakan pensil.
Gunakan anak panah menghubungkan antara satu fakta dan fakta yang berhubung kait.
Tandakan dengan tanda soal (?) mana-mana bahagian yang tidak difahami.
Bincang dengan segera dengan kawan atau guru anda.

REWORK ALL MODELS 5X (BUAT SEMULA SEMUA CONTOH-CONTOH PENYELESAIAN


SEKURANG-KURANGNYA DIULANG-ULANG SECARA PANTAS 5 KALI)
Di kelas, anda diberi banyak contoh-contoh penyelesaian terhadap soalan-soalan matematik.
Selesaikan semula contoh-contoh ini sekurang-kurangnya 5 kali berturut-turut.
Selesaikan secara pantas.
Teknik ini meningkatkan kemahiran.
Pastikan rekod masa penyelesaian kali kedua memecahkan rekod masa penyelesaian kali
pertama dan begitulah seterusnya.
Begitu juga soalan-soalan bertaraf peperiksaan.
Ulangi penyelesaian terhadap soalan setiap 3-4 minggu.
Hari Jumaat, Sabtu, cuti awam, cuti penggal adalah masa yang amat sesuai untuk
menyelesaikan banyak masalah Matematik yang bertaraf peperiksaan.

RECITE OUT LOUD (LAFAZKAN DENGAN SUARA YANG KUAT)


Lafazkan.
Suara anda harus dikuatkan.
Lafazkan formula berulang-ulang.
Melafazkan berulang dengan suara atau bisikan yang kuat sebanyak 68 kali akan
meningkatkan kuasa pengingatan.
Bisikkan atau lafazkan atau bisikkan langkah-langkah penyelesaian terhadap soalan (teknik ini
boleh juga diamalkan ketika berbaring sebelum tidur, tuliskan di atas tilam langkah-langkah
penyelesaian menggunakan jari telunjuk anda).

RECHECK (SEMAK LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN)


Semak darab, campur, tolak dan bahagi, formula dan langkah-langkah penyelesaian yang
lain.

REASONABLENESS (PERHATIKAN JAWAPAN BERPATUTAN ATAU SEBALIKNYA)


Matematik adalah satu-satunya pelajaran yang jauh berbeza dengan pembelajaran bahasa
ataupun Sejarah atau Geografi.
Matematik adalah mata pelajaran latihan, latihan, latihan.
Jika anda lemah Matematik, pastikan anda belajar, mengulangkaji dan menyelesaikan
masalah atau membuat latihan selama 1 1/2 jam setiap hari.

Seperti kemahiran di dalam arena sukan yang memerlukan LATIHAN HARIAN DAN LATIHAN
BERTUBI-TUBI, BEGITULAH JUGA MATEMATIK.

Selain membuat latihan yang banyak, pelajar juga harus membuat sesuatu masalah taraf
soalan peperiksaan secara berulang-ulang. Tidak cukup sesuatu soalan bertaraf peperiksaan
itu dibuat sekadar sekali dengan jawapan yang tepat dan tidak lagi diulangi penyelesaiannya
kali kedua dan ketiga dan seterusnya. Anda dinasihatkan untuk membuat soalan yang sama
dalam masa 4-6 minggu kemudian dengan cara penyelesaian yang pantas. Dengan cara
demikian, anda akan MAHIR dan CEKAP dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pada 4-6
minggu kemudian, ulangi lagi kali ketiga dengan pantas. Mungkin masa yang diambil sekadar
beberapa minit sahaja.

Pelajar sebaik-baiknya mempunyai dua buku rujukan. Jangan berharap semata-mata kepada
buku teks sekolah. Pastikan buku rujukan digunakan sepenuhnya. Tandakan semua perkara-
perkara penting. Di mana perlu, TULISKAN NOTA TAMBAHAN dalam buku nota atau buku
latihan untuk membantu anda meningkatkan kefahaman. Jangan taku buku-buku tersebut
mengalami kekotoran.

Pastikan pelajar telah hafal sifir. Cara menghafal sifir bukanlan perkara yang susah. Di mana
sahaja masa anda terluang adakah dialog sifir dalam pemikiran anda. Adakan dialog pantas
dalam pemikiran anda dan anda bisikkan atau lafazkan pendaraban sesuatu sifir. Jika ini
diamalkan selalu, pasti sifir bukan menjadi satu masalah.

Satu teknik lagi yang harus anda amalkan ialah ketika anda berdiri di stesen bas atau ketika
anda berada di dalam bas atau kereta. Anda perhatikan nombor kereta. Katakan nombor
kereta yang anda lihat itu ialah SA8978R. Campurkan sepantas kilat 8+9+7+8=32. Ya,
jawapannya ialah 32. 8+9=17, 7+8=15 dan 17+15 = 32. Atau darabkan 8x9=72, 72x7=152,
152x8=1216; 150x8=1200 dan 2x8=16, 1200+16=1216. Latihkan diri anda setiap hari.
Yakinlah Matematik anda akan menjadi pantas.

Amalkan juga selalu pembelajaran Matematik cara pembayangan (visualization) sebelum


terlena tidur, atau semasa berada di tandas, di perpustakaan dan sebagainya. Pastikan
kekuatan mental anda. Jangan lupa sarapan pagi yang baik setiap hari seperti telur, susu,
buah-buahan, ikan, daging (burger) dan lain-lain makanan yang berzat. Kurangkan makanan
yang mengandungi gula putih yang tinggi seperti coklat, biskut, keropok, kek, kuih, dan juga
minuman-minuman manis dalam kotak, botol atau tin.

Pastikan anda faham penggunaan 20 peringkat masa-masa rahsia pelajar cemerlang.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya amat mengalu-alukan kedatangan semua ke


laman blog saya ini. Semoga kedatangan pengunjung semua dapat memeriahkan suasana
blog ini. Terokai blog ini sepenuhnya dan kunjungilah segala pautan yang disediakan di
ruangan sidebar ini. Sebarang komen dan ulasan amat dihargai. Semoga catatan dan artikel
di sini dapat memberi manfaat kepada semua. Bagaimanapun saya memohon saudara-
saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih
bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita
sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

Dalam kaedah matematik, sebenarnya ada pelbagai cara mudah untuk mengira hasil darab
sesuatu nombor. Kaedah mungkin bertambah kompleks sekiranya nombor yang anda
gunakan itu semakin kompleks. Namun untuk mengira hasil darab dalam matematik seharian,
ada 10 cara mudah yang boleh kita gunakan tanpa memerlukan kalkulator. Berikut adalah 10
kaedah tersebut:
1. Darab Sifir 11
Kita semua tahu trik ketika mendarabkan nombor dengan 10 hanya tambah 0 pada
belakang hasil nombor tersebut, tetapi adakah anda tahu ada trik yang mudah untuk
mendarabkan dua nombor dengan 11? Ini dia:
Ambilkan nombor yang hendak didarabkan dengan 11, bayangkan ada satu ruang antara dua
digit nombor berkenaan.(dalam contoh ini kita akan menggunakan nombor 52:
5 x 11=?
Bayangkan nombor 52 sebagai 5_2
Sekarang tambah dua nombor bersama-sama dan tempatkan mereka di tengah-tengah:
5_ (5 +2) _2 = 5_7_2 = 572
Sekelip mata anda mempunyai jawabannya: 572.
Jika nombor di tengah menjadi 2 digit angka apabila dicampurkan, hanya memasukkan
nombor kedua dan tambahkan 1 untuk yang pertama:
Contoh: 99 x 11=?
9_ (9 +9) _9 = 9_18_9
(9 +1) _8_9
10_8_9 = 1089
Cara ini memberi jawaban yang betul setiap masa.

2. Darab persegi cepat


Jika anda perlu persegi 2 digit berakhir dalam 5, anda boleh melakukannya dengan sangat
mudah dengan trik ini. Sentiasa tambahkan digit pertama dengan 1, dan kemudian darabkan
dengan 2. Akhir sekali letakkan saja 25 dibelakang nombor pertama tadi. Itu sahaja!
Contoh: (25 x 25)
Fikirkan ianya nombor 25 =
(2 +1) x 2) & 25
(3 x 2)_25 = 625

3. Sifir darab 5
Kebanyakan orang menghafal sifir 5 dengan jadual yang sangat mudah, tapi sekiranya angka
yang hendak didarabkan dengan 5 semakin kompleks dan bertambah besar, bagaimana cara
hendak mengiranya? Trik ini sebenarnya amat mudah untuk dihafal.
Caranya ialah dengan mengambil nombor berkenaan, kemudian dibahagi dengan 2. Jika
nombor asal tu no genap (hasil bahagi tanpa baki), tambah saja 0 di belakang hasil tersebut.
Jika nombor asal tu nombor ganjil, abaikan bakinya dan tambah 5 pada akhir.
Contoh 1:
Nombor genap 2682
2682 x 5 = ?
(2682 / 2) & tambah 0
2682 / 2 = 1341 (2682 no genap, jadi tambah 0 di belakang)
= 13410
Contoh 2:
Nombor ganjil 5887
5887 x 5=?
5887/2 = 2943 baki 1 (nombor 5887 adalah no ganjil, tentu hasil bahagi ada baki, terus
tambahkan 5 di belakang)
= 29435

4. Sifir darab 9
Sifir darab 9 boleh digunakan dengan menggunakan 10 jari anda jika nombor yang hendak
didarab itu adalah 10 ke bawah. Anda hanya perlu letakkan ke sepuluh jari anda secara
berhadapan dengan mata anda. Jatuhkan jari mengikut nombor apa yang digunakan untuk
mendarab dengan 9. Hasilnya ialah, jumlah jari di kiri akan mewakili digit puluh dan jumlah
jari di kanan mewakili digit sa. Contohnya 3 x 9 hanya jatuhkan jari ke-3 dari kiri
meninggalkan 2 jari di sebelah kiri (drp jari yang dijatuhkan tadi) dan 7 jari sebelah kanan.
Hasilnya ialah 27.

5. Sifir darab 4
Ini adalah trik yang sangat sederhana yang mungkin tampak jelas bagi beberapa orang,
tetapi kepada orang lain itu tidak. Caranya adalah dengan hanya darabkan dengan dua,
kemudian hasilnya darabkan dengan dua sekali lagi:
58 x 4 = (58 x 2) + (58 x 2) = (116) + (116) = 232

6. Cara Mengira Peratus


Bagaimana mengira kadar 15% drp RM25, di sini adalah cara mudah untuk melakukannya.
Gunakan perkadaran 10% (membahagi jumlah dengan 10) Bagi kadar 5%, gunakan kadar
(10%/)
Oleh itu 15% of RM25 = (10% daripada 25) + ((10% daripada 25) / 2)
RM2.50 + RM1.25 = RM3.75

7. Sifir darab yang kompleks


Jika anda mendarab sesuatu nombor yang besar tetapi salah satu nombor tersebut adalah
nombor genap, adalah lebih mudah jika anda bahagikan nombor genap tersebut secara
berperingkat, dan darab nombor yang satu lagi mengikut faktor yang sama dengan nombor
anda bahagi tadi. Contohnya:
32 x 125, adalah sama dengan:
16 x 250 adalah sama dengan:
8 x 500 adalah sama dengan:
4 x 1000 = 4000

8. Membahagi dengan 5
Membagi sejumlah besar oleh lima ini sebenarnya sangat sederhana. Yang anda lakukan
adalah kalikan dengan 2 dan memindahkan titik perpuluhan:
Contoh 1: 195/5
Langkah 1: 195 x 2 = 390
Langkah 2: Pindahkan perpuluhan: 39.0 atau hanya 39
Contoh 2: 2978/5
Langkah 1: 2978 x 2 = 5956
Langkah 2: 595.6 (pindahkan perpuluhan)

9. Hasil tolak 1000


Untuk mengurangkan hasil tolak sesuatu nombor daripada 1000, anda boleh menggunakan
peraturan asas ini: tolakkan semua angka digit tersebut daripada 9 kecuali nombor terakhir di
mana anda tolaknya daripada 10:
Contoh: 1000-648
(nombor yang nak ditolak = 648, di mana no akhir ialah
Jadi 1000
-648
Langkah 1: tolakkan 6 daripada 9 = 3
Langkah 2: tolakkan 4 daripada 9 = 5
Langkah 3: tolakkan 8 daripada 10 = 2
Jawapan: 352

10. Pelbagai Aturan Darab (Cara Mudah)


Sifir darab 5:
Darabkan dengan 10 terlebih dulu, kemudian bahagikan hasilnya dgn 2.
Sifir darab 6:
Darabkan dengan 3 dulu, kemudian darabkan hasilnya dengan 2.
Sifir darab 9:
Darabkan dengan 10 dulu, kemudian hasilnya tolak nombor asal.
Sifir darab 12:
Darabkan dengan 10 dulu, kemudian tambah dua kali jumlah no asalnya.

Sifir Darab lain-lain:


Darab dengan 98:
Kalikan dengan 100 dan kurangkan dua kali jumlah asalnya.

Darab dengan 99:


Kalikan dengan 100 dan kurangkan jumlah nombor asal.

*P/S: Artikel ini dipetik daripada blog PanduanPercuma.info - Anda disarankan mengunjungi
blog ilmiah PanduanPercuma.info untuk banyak lagi artikel-artikel menarik.

Matematik Magik - Betul tapi Salah...

Di sini saya ingin ketengahkan 3 soalan uji minda matematik yang melibatkan logik dan
sedikit metod algebra untuk menyelesaikannya. Soalan ini boleh dikategorikan daripada
mudah (soalan 1) kepada susah (soalan 3). Diharap anda semua dapat menyelesainya
sebelum saya memberi jawaban. Tuliskan jawaban anda dalam komentar/ulasan di bawah:

Soalan 1 (Mudah)

Jika ada 2 orang bapa dan 2 orang anak dalam satu kumpulan, berapakah jumlah minima
orang yang tedapat dalam kumpulan tersebut?

A. 2 B. 3 C. 4

Soalan 2 (Sederhana)

Cuba lihat sekuens (nombor siri) di bawah:

1, 11, 21, 1211, 111221, ____

Berapakah nombor seterusnya?

Soalan 3 (Susah)
Soalan ini melibatkan penggunaan algebra untuk mengiranya.

Fakta Sekarang:
Sekarang si ibu 21 tahun lebih tua dari anaknya. 6 tahun kemudian, umur ibunya adalah 5
kali ganda umur anaknya. Jadi, di mana bapanya sekarang? (hint*= rujuk masa entri ini
dibuat! )

Silakan berfikir dan menjawab secara ilmiah/matematik, sila buktikan bahawa anda punya
kemampuan untuk
berfikir secara wajar...

Tetapi...... .
Jikalau kamu malas, terlalu sibuk, terlalu...dll yang membuat kamu tidak mahu menghitung
atau tidak percaya
bahawa hal ini bukan JOKE semata....Cuba lihat jawapan di bawah..

Sekarang Ibunya ( I ) 21 tahun lebih tua dari Anaknya ( A )

I = A + 21

6 tahun kemudian, umur ibunya jadi 5 kali ganda umur anak

I + 6 = (A + 6) x 5
dimana I = A + 21

A + 21 + 6 = (A + 6) x 5
A + 27 = 5A + 30
27 - 30 = 5A - A
-3 = 4A

oleh itu A = -3/4 tahun

Bererti umur anaknya sekarang


* 3/4 tahun = - 3/4 x 12 bulan = - 9 bulan.

Ini bererti anaknya sekarang belum dilahirkan (akan lahir dlm kira-kira 9 bulan kemudian)

Oleh itu sekarang bapanya sudah tentu berada di ..... (Tengok waktu entri di
bawah...fahamlah sendiri!)

Soalan uji minda kali ini amat simpel sekali. Soalan matematik bebudak darjah 4 pun boleh
jawab. Soalannya macam ni:

Zali seorang budak yang miskin.. dia xde duit..tapi dia nak beli uniform sekolah.. tapi uniform
tu harga RM50 sepasang. So dia pinjam dengan kawan dia Ali RM25 dan dengan Budin RM25.
Jadi la RM50.. Jadi dia pegi la nak beli baju tu kat supermarket.. masa dia pegi tu, dia tengok
harga uniform tu tengah SALE dengan harga RM45.. dia bayar then dapat baki balik RM5. So
dia bagi balik kat kawannya Ali RM1 dan Budin RM1 juga. Jadi, baki ada dgn dia tinggal RM3..
dia hutang kawan dia Ali RM24 dan Budin RM24 (sebab dah bagi balik RM1 tadi).. jadi hutang
dia dgn member dia RM48.. dan kat dia ada RM3 sekarang. Bila tambah RM48+RM3=RM51;
aik, kenapa boleh ada RM51, sedangkan dia pinjam RM50?? Dah untung RM1 ke? Macamana
benda ni boleh berlaku? Tolong jawab....
Matematik Itu Mudah Tapi.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Matematik susah ler
Saya benci matematik Saya selalu gagal dalam matematik
Ungkapan ini kita sering dengar disebut oleh ramai pelajar yang sering gagal dalam
matematik. Apabila diajukan soalan mengapa mereka gagal dalam matematik. Itu lah
jawapan yang hampir pasti akan kita terima.
Matematik susah? Benarkah matematik susah. Sebenarnya matematik adalah antara
matapelajaran yang mudah. Kita tak memerlukan kuasa super untuk menyelesaikan soalan
matematik. Matematik juga tidak memerlukan kita menggunakan mikroskop

sumber: komplexify.com
Baiklah. Mengapa saya katakan matematik itu mudah? Walaupun saya pernah juga gagal
dalam satu subjek matematik semasa menuntut di universiti dahulu tetapi bagi saya
matematik tetap sesuatu yang mudah.
Kenapa?
Pertama. Jika kita lihat dan berfikir. Dari tadika sehinggalah ke universiti, sewaktu kita
berlajar matematik, nombor yang kita jumpa ialah 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9. Boleh
dikatakan sepanjang lebih kurang 17 tahun kita berlajar sehingga dapat ijazah pertama hanya
itu nombor yang kita jumpa. Tiada lagi nombor yang lain.Kalau anda mempunyai nombor
yang lain sila nyatakan
Kedua. Dalam matematik juga kita hanya menggunakan empat operasi untuk menyelesaikan
masalah iaitu +, -, x dan . Hanya empat operasi itu sahaja. Kuasa dua? Kuasa dua adalah
operasi darab nombor yang sama.
Sebenarnya dalam matematik hanya dua perkara di atas yang kita gunakan untuk
menyelesaikan setiap soalan matematik. Kenapa? Tak percaya?
Ya, memang dua perkara itu sahaja.
Yang menjadi cabaran kepada kita ialah apabila bilangan digit nombor-nombor yang
digunakan banyak.
Jika 1 + 1, tentulah mudah bagi kita untuk menyelesaikannya tetapi jika 7984254978245845
+ 14725486474566578 tentu agak mencabar.
Lagi satu cabaran yang kita hadapi ialah apabila operasi tadi digabungkan dalam terbitan
tertentu.
Kita masih boleh menyelesaikan masalah matematik sambil tersenyum jika soalannya 9 x 4
+ 2 105 5. Tetapi jika soalan itu menjadi 1 + 1/2+1/3+1/4++1/98+1/99 + 1/100 tentu
senyuman kita tadi akan hilang
Tahukah anda sebenarnya soalan 1 + 1/2+1/3+1/4++1/98+1/99 + 1/100 lebih mudah dari
soalan 9 x 4 + 2 105 5? Tak percaya? Cari dalam buku Add Math Form 4 (dengar add
math, gerun ler tu Add math pun matematik juga). Tentu anda akan tersenyum melihat cara
menjawabnya. Mudahkan.
Apa sebenarnya masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam matapelajaran matematik?
Masalah yang dihadapi sebenarnya hanya satu iaitu kegagalan memahami konsep asas
matematik.
Setiap bab dalam matematik mempunyai konsep asas yang tersendiri. Jadi inilah cabaran
yang sebenar dalam metematik iaitu memahami konsep asas matematik.
Cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan membuat latihan tubi. Saya cadangkan
buat sehari tak perlu banyak 20 soalan dah cukup. Tapi biasanya orang buat 50.
Jadi sebenarnya matematik tidak susah, cuma mencabar dan cabaranya adalah untuk
memahami konsep asas matematik.
Ingat Matematik Itu Mudah Tetapi Mencabar.
Sekian, wassalam.
Selamat maju jaya.

Berapa Ekor Kambing?


Assalamualaikum & salam sejahtera

Berapa ekor kambing? Ini adalah soalan yang sering saya soal kepada murid dalam kelas
pertama matematik. Tidak kira saya mengajar tahun4, 5 atau 6. Mungkin kalau saya
mengajar tahap 1 sekali pun saya akan cuba tanya soalan ini.
Tujuan saya bertanya soalan bergini adalah untuk melihat kemampuan murid berfikir secara
kreatif. Jika murid mampu menjawab. Sudah tentu murid tersebut berfikiran kreatif.
Soalan tersebut berbunyi bergini:
Di sebuah padang ada sejumlah manusia dan kambing. Jumlah bilangan kepala manusia dan
kambing ialah 20. Jumlah bilangan kaki manusia dan kambing ialah 50. Berapa ekor
kambingkah yang terdapat di padang tersebut?
Syarat :Kambing dan manusia adalah normal. Bukan cacat
Baiklah, saya tinggalkan soalan ini untuk anda. Jawapan dan cara jawapan akan saya berikan
minggu hadapan
Nota: Untuk soalan ini, bagi saya jawapan tak penting tetapi cara mendapatkan jawapan
tersebut. Maklumlah murid sekolah rendah

Baiklah, seperti yang dijanjikan, pada hari ini saya akan memberi jawapan bagi soalan uji
minda, berapa ekor kambing?
Ya, tepat sekali jawapan yang diberikan oleh Zul. 5 ekor kambing jawapannya. Tahniah Zul.
Tetapi cara Zul menulis jawapan perlu dibaiki lagi. Cara Zul menulis jawapan adalah cara
orang bijak matematik dan cara itu hanya akan difahami oleh orang yang bijak matematik.
Walaubagaimanapun cara tersebut tidak salah)
Cara memberi jawapan yang baik (pada pandangan saya) ialah jawapan tersebut dapat
difahami oleh orang yang tidak pandai matematik. Waktu saya di sekolah menengah dulu pun
saya menghadapi masalah untuk menulis jawapan.
Jawapan tahu tetapi cara nak tulis tidak tahu
Abang saya menasihatkan supaya saya menulis jawapan seolah-olah cikgu matematik
tersebut tidak pandai matematik.
Baiklah, seperti yang saya tulis dalam soalah tersebut. Jawapn tidak penting, tetapi cara
menulis yang penting.
Ini cara menulis jawapan yang saya ingin kongsikan. (more)

Anda mungkin juga menyukai