Anda di halaman 1dari 5

Bahagian A

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan


tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya
pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat
itu semula.

Contoh:

Tiap hari, Pak Abu akan menghantar anaknya ke sekolah.

Tiap - Setiap/Tiap-tiap________________

1. Kakak Rihanah menghidangkan goreng keledek untuk tetamu


yang datang ke rumahnya pada petang tadi.
______________________________________

2. En Salman membeli hasil pertanian dari penduduk kampung


dan menjualnya di pasar malam.
______________________________________

3. Keempat orang pemuda kampung itu ingin belajar bersilat


daripada Wak Kassim.
______________________________________

4. Para peserta-peserta kursus memasak itu diminta memasukkan


setengah sudu garam ke dalam adunan tepung yang akan diuli.
______________________________________

5. Senarai barang-barang keperluan yang dikuatkuasakan


harganya telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
______________________________________

6. Baginda menitahkan pembesar-pembesar negeri supaya


sentiasa amanah di dalam melaksanakan tanggungjawab.
______________________________________

7. Mesyuarat pengurusan syarikat itu turut membincangkan lain-


lain hal yang dibangkitkan oleh pengarah syarikat.
______________________________________

8. "Saya akan memastikan negeri Melaka ini akan terus aman


dan makmur, " titah Sultan Melaka kepada rakyat jelata.
______________________________________

9. Ibu terkejut bila berita itu saya sampaikan kepadanya.


______________________________________

10. Beberapa buah rumah-rumah setinggan di kawasan itu telah


dirobohkan oleh pihak berkuasa.
______________________________________
11. "Kita tidak dapat berbuat apa-apa kerana api marak terlalu
cepat," kata ketua kampung kepada wartawan itu.
______________________________________

12. Cuaca buruk di malam itu menyukarkan pihak polis untuk


memburu banduan yang bersembunyi di dalam hutan.
______________________________________

13. Kemerosotan akhlak di kalangan remaja berpunca daripada


sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak mereka.
______________________________________

14. Firdaus dan rakan-rakannya menyaksikan perlawanan


separuh akhir Piala Dunia di Hakeem Restoran.
______________________________________

15. Pemandangan di Pulau Bali itu nian indah terutama apabila


tiba waktu senja.
______________________________________

16. Adik menghempaskan mainan yang baru dibeli oleh ayah


kepada lantai.
______________________________________

17. Sudah berpuluh-puluh tahun keluarga itu mendiamkan


kawasan luar bandar yang akan dibangunkan oleh pemaju
perumahan.
______________________________________

18. Adli menjadi kebanggaan guru-gurunya kerana dia


merupakan murid yang terpandai sekali di sekolah.
______________________________________

19.Sejak pembangunan dilaksanakan di kawasan itu, hampir


semua anak-anak sungai telah tercemar.
______________________________________

20. "Beta berharap agar tuanku dapat memaafkan kesalahan


anakanda Raja Ahmad kerana baginda masih mentah lagi,"
sembah Tun Perak kepada Sultan Mansur Syah.
______________________________________

21. Sejak tadi lagi pemuda itu asyik pandang Farhana.


______________________________________

22. Rahimah dilantik sebagai ketua kelas lantas dia mempunyai


sifat kepimpinan yang tinggi.
______________________________________

23. Jamilah memperolehi tempat pertama dalam pertandingan


bercerita yang diadakan di sekolahnya.
______________________________________

24. Setiap murid mempunyai tahap kebolehan yang berbeza dan


mereka memerlukan masa untuk menguasai perkara yang mereka
pelajari.
______________________________________

25. Landskap di sekitar kawasan Menara Kuala Lumpur memang


amat indah sekali.
______________________________________

26. Para peserta kursus kepimpinan itu mengajukan pelbagai


soalan-soalan kepada penceramah.
______________________________________

27. Kepetahan murid itu menyampaikan syarahan tentang cara-


cara menghargai jasa ibu bapa mendapat tepukan dari penonton.
______________________________________

28. Keropok lekor memang sedap dimakan jika dicecahkan pada


cili sos.
______________________________________

29. Selepas pulang daripada pejabat, Encik Amir akan ke bilik


anak-anaknya untuk berbual-bual dengan mereka seketika.
______________________________________

30. Posmen itu menyerahkan beberapa keping surat kepada Mak


Limah di hadapan rumahnya.
______________________________________

31. Harun memberitahu Cikgu Lim yang Haris tercedera semasa


bermain bola di padang.
______________________________________

32. Setengah remaja gemar menghabiskan masa dengan


menonton televisyen.
______________________________________

33. Ahmad berasa sangat rindu pada ibunya walaupun baru


beberapa hari tinggal di asrama.
_____________________________________________________

35. Kemalangan itu berlaku di empat simpang Jalan Permata.


______________________________________
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan
kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruang yang disediakan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.
1. Berkat dorongan dan sokongan kedua ibu bapanya, Amira telah
berjaya menempa nama dalam bidang perniagaan. kedua-dua
2. Setiap petang, Puan Asmah menjual goreng keledek di hadapan
rumahnya. keledek goreng
3. Konsert itu dibatalkan oleh kerana tidak mendapat kelulusan
daripada pihak berkuasa tempatan. oleh sebab
4. Lain-lain hal yang berbangkit akan dibincangkan kemudian. Hal-
hal lain
5. Farha menangis teresak-esak bila diberitahu tentang berita yang
sedih itu. apabila
6. Syafiq marahkan abangnya yang sudah dua tahun tidak pulang ke
kampung. marah akan
7. Sudah berminggu saya tidak bersua muka dengan anak Pak Hilal
itu. berminggu-minggu
8. Berbagai jenis pakaian yang dipamerkan di Pameran Busana
Tradisional Melayu tempoh hari. Berbagai-bagai / Pelbagai
9. Keropok lekor itu sangat sedap sekali apabila dimakan dengan cili
sos. sos cili
10. Semua peserta-peserta seminar itu diminta berkumpul di dewan
utama seawal pukul 8.00 pagi. Semua peserta
11. Manisha sangat suka akan biskut yang ibunya bakar. dibakar
oleh ibunya
12. Sikap saling bantu-membantu wajar dipraktikkan dalam
masyarakat. saling membantu / bantu-membantu

Anda mungkin juga menyukai