Anda di halaman 1dari 8

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan tatabahasa.

Gariskan
kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.

1. Bapa saudaranya memperoleh pendapat yang agak lumayan hasil jualan pisang
goreng.

2. Media massa berfungsi sebagai pelebar maklumat kepada masyarakat secara


komprehensif.

3. Semua mangsa tsunami dipindahkan ke pusat petempatan sementara sebaik


sahaja menerima arahan daripada pihak berkuasa.

4. Jabatan Perhilitan akan mengadakan penyiasatan untuk mendapatkan maklumat


tentang kepupusan beberapa jenis burung di negara kita dalam tempoh satu
tahun.

5. Cendekiawan mestilah memerah minda untuk sama-sama memikir dan mencari


jalan untuk mengatasi masalah pendidikan di negara kita.

6. Jika surat itu hendak dikirim nanti, anda hendaklah menggunakan khidmat pos
segera.

7. Tumpuan kini adalah ke arah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan


pekerja dari masa ke semasa hingga mencapai satu tahap yang dikehendaki.

8. Kami amat terkejut apabila mendapat tahu bahawa ada seekor lembu mati
kerana digiling kereta api di kawasan landasan itu.

9. Terdapat beribu-ribu ekor rusa telah dipelihara di kawasan ternakan Pulau


Kerdas.
10. Pekerja yang mengambil cuti itu menjatuhkan tandatangan di atas borang
tersebut sebelum menyerahkannya kepada pengurus.

11. Ibu menghadiahkan sebuah telefon tangan kepada kakak kerana mendapat
keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

12. Sesetengah penonton yang tidak berpuas hati telah membaling objek seperti
botol apabila para pemain gagal memasukkan gol.

13. Beberapa orang kanak-kanak yang sedang bermain di taman itu lari berkeliaran
apabila dikejar oleh seekor anjing.

14. Amalan kunjung-mengunjungi ke rumah jiran tanpa mengira keturunan sangat


penting untuk mengukuhkan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat di
negara kita.

15. Media massa merupakan satu saluran komuniti yang berkesan untuk
menyalurkan berbagai-bagai maklumat kepada masyarakat.
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Betulkan kesalahan
tersebut dan anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

1. Satu lapuran lengkap tentang kejadian kemalangan yang melibatkan bas


ekspres itu diserahkan kepada Menteri Pengangkutan.

2. Kedudukkan Lim Ah Boon di syarikat ayahnya dicemburui oleh adik-beradiknya.

3. Beranika jenis barangan dijual di kedai yang terletak di hujung jalan itu dan harga
yang ditawarkan berpatutan juga.

4. Calun lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran


diingatkan supaya menyertakan semua salinan sijil yang telah disahkan oleh
pihak sekolah.

5. Oleh sebab dia menghadapi masalaah kewangan, dia terpaksa menolak tawaran
yang diberikan oleh pegawai harta tanah itu.

6. Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja mengakibatkan ramai remaja


tersebut terjebak dengan gejala gengsterisma.

7. Selepas upacara peresmian dewan, pegawai daerah itu dibawa melawat ke bilik
seminar.

8. Pemandu teksi di ibu kota sudah biasa terperangkap dalam kesesakan jalanraya
terutama pada waktu puncak.

9. Lima orang lelaki yang disyaki mencolek anak hartawan itu telah ditangkap oleh
pihak polis di sebuah gudang kosong yang terletak di Ipoh.
10. Kelayakkan dalam bidang perakaunan sangat penting kepada seseorang yang
ingin melibatkan diri dalam lapangan perniagaan.

11. Walaupun tewas tetapi pasukan bola sepak remaja kebangsaan mempamirkan
permainan yang menarik dan penuh semangat kesukanan.

12. Atlit yang mewakili negara dalam Sukan Asia akan menerima imbuhan
sekiranya memenangi pingat dalam acara yang disertai.

13. Kehabisan peterol menyebabkan pelumba kereta dari Ghana itu tidak dapat
menamatkan perlumbaan kerana kesuntukan masa.

14. Pengusha ternakan ayam diminta tidak menjual ayam ternakan mereka dengan
harga tinggi sesuka hati kepada pemborong ayam.

15. Junainah hanya mendiamkan diri apabila disinder oleh rakannya.


Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan imbuhan. Betulkan kesalahan
tersebut dan anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

1. Binaan jambatan di kampung itu tergendala selama beberapa bulan kerana


masalah bekalan simen.

2. Walaupun telah lama berada di luar negara, sikap Zaid yang keanak-anak masih
tidak berubah.

3. Kosmetik yang dibuat daripada bahan beracun tidak dibenarkan jualan di negara
ini.

4. Masih banyak orang yang mempercayai kaedah perubatan tradisional kerana


mereka menganggap kaedah tersebut mampu menyembuhi pelbagai penyakit
kronik.

5. Lepasan sekolah teknik dan vokasional akan diberi peluang bagi menceburi diri
dalam bidang perniagaan dan industri kecil.

6. Kanak-kanak itu bertepuk tangan sebaik-baik sahaja persembahan nyanyian


sempena disambut kemerdekaan tanah air selesai.

7. Kami singgah di Restoran Dusun untuk menikmati pelbagai hidangan dan masak
tradisional Melayu pada minggu yang lalu.

8. Semua pelajar di sekolah itu diwajibkan melibat diri dalam kegiatan kokurikulum
yang dijalankan.

9. Sesetengah remaja lebih takut akan ejekkan kawan-kawan daripada mendengar


leteran ibu bapa.
10. Kejayaan Doktor Zulkifli menciptakan jantung tiruan telah mendapat liputan
meluas dalam media massa tempatan.

11. Kejadian rompak yang berlaku di sekolah pada malam tadi telah dilaporkan
kepada pihak polis.

12. Kawasan sekitar perlu sentiasa bersih untuk menghalang pembiakan nyamuk
dan menjaminkan kesihatan.

13. Penunggang motorsikal itu berjaya melarikan diri daripada sekatan jalan raya
yang dilaku oleh polis trafik.

14. Melalui e-mel yang dikirimnya malam tadi, adik diharap supaya kami sekeluarga
tidak bimbang akan keselamatannya.

15. Semua bekerja di kilang itu akan keluar makan pada waktu tengah hari.
SKEMA JAWAPAN
Bil Kesalahan istilah Kesalahan ejaan Kesalahan imbuhan

1 pendapat- pendapatan lapuran-laporan Binaan- Pembinaan

2 pelebar- penyebar Kedudukkan- keanak-anak- keanak-


kedudukan anakan

3 petempatan- penempatan Beranika- beraneka jualan- dijual

4 penyiasatan- siasatan Calun- calon menyembuhi-


menyembuhkan

5 minda- otak masalaah-masalah menceburi- menceburkan

6 segera- laju gengsterisma- disambut- sambutan


gengsterisme

7 masa ke semasa- semasa peresmian- perasmian masak- masakan


ke semasa

8 digiling- digilis jalanraya- jalan raya melibat- melibatkan

9 dipelihara- diternak mencolek- menculik ejekkan- ejekan

10 menjatuhkan- menurunkan Kelayakkan- kelayakan menciptakan- mencipta

11 telefon tangan- telefon mempamirkan- rompak- rompakan


bimbit mempamerkan

12 memasukkan- Atlit- atlet menjaminkan- menjamin


menjaringkan

13 berkeliaran- bertempiaran peterol-petrol dilaku- dilakukan

14 keturunan- kaum Pengusha- pengusaha diharap- berharap

15 komuniti- komunikasi disinder- disindir Bekerja- pekerja

Anda mungkin juga menyukai