Anda di halaman 1dari 11

02/1

Bahasa
Melayu
Kertas 1
LTS 2005
Set 1
1 jam

UNIT KURIKULUM

JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

---------------------------------------------------------

‘LEARNING TO SCORE 2005’


PENILAIAN MENENGAH RENDAH

BAHASA MELAYU

Kertas 1

Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan aneka pilihan.

2. Jawab semua soalan.

3. Semua jawapan anda hendaklah dihitamkan pada kertas jawapan yang disediakan.
Set 1 Bahasa Melayu PMR
Soalan 1 hingga Soalan 7
Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1 Seseorang teman yang baik tidak akan membiarkan sahabatnya ke


kancah maksiat.
A terjerumus
B terperosok
C termusnah
D terikut

2 Kawasan pedalaman di Sabah hanya boleh melalui jalan sungai sahaja.


A dilalui
B dihubungi
C disusun
D direntas

3 Ustaz Wan Sulaiman dalam bidang agama memang diakui dan disegani
oleh masyarakat tempatan.
A Kebolehan
B Kecekapan
C Kegigihan
D Kearifan

4 Golongan remaja semakin lupa akan budaya ketimuran yang selama ini menjadi
generasi terdahulu.
A kehebatan
B kesukaran
C kebanggaan
D kesenangan

5 Pelbagai usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan untuk memupuk minat membaca
dalam kalangan rakyat masih belum mencapai yang membanggakan.
A tahap
B aras
C paras
D tingkat

Saban petang Mak Limah ………………… bakul yang berisi sayuran untuk dijual pada
keesokan harinya.
A. mengangkat
B. menjunjung
C. menjinjing
D. memikul

Halaman 2
Set 1 Bahasa Melayu PMR

Halaman 3
Set 1 Bahasa Melayu PMR
7 Sampah sarap di Stadium Bukit Jalil setelah sambutan malam tahun
baru berlangsung malam tadi.
A berterbangan
B bergelimpangan
C berhamburan
D bertaburan

Soalan 8 hingga Soalan 14


Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditanda dengan A, B dan C. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat
itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.

8 Berdasarkan laporan, kebanyakan kes-kes penderaan kanak-kanak dilakukan oleh


A B C
Ibu bapa yang menghadapi masalah rumah tangga. Tiada kesalahan
D

9 Para peniaga diminta menyimpan barang secukupnya untuk memenuhi keperluan


A B
orang ramai bila menjelang musim perayaan. Tiada kesalahan
C D

10 Rakyat jelata dari seluruh pelusuk negeri itu berkumpul di hadapan istana untuk
A B C
menyambut Hari Kemerdekaan. Tiada kesalahan
D

11 Para peserta yang menyertai kem asuhan dikehendaki berada di pekarangan


A B C
sekolah sebelum pukul lapan pagi. Tiada kesalahan
D

12 Pasukan Dayana bertepuk tangan sambil melompat keriangan sebaik saja mereka
A B
diumumkan sebagai johan pertandingan drama. Tiada kesalahan
C D

13 Kerajaan merancang hendak membina klinik di seluruh kawasan pendalaman


A B C
negeri Sabah. Tiada kesalahan
D

14 Masyarakat di zaman ini perlu mengubah sikap agar lebih maju dalam semua
A B C
bidang. Tiada kesalahan
D

Halaman 4
Soalan 15 hingga Soalan 17
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan
tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

15 I Semasa saya dirawat di hospital, jururawat selalu datang untuk mengambil suhu
badan saya
II Keletah budak kecil itu telah berjaya mengambil hati tetamu yang datang itu.
III Saya akan mengambil bahagian dalam kejohanan olahraga MSSM.
IV Shirley telah mengambil kawannya yang baru pulang dari India di lapangan
terbang.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

16 I Lembaga hitam itu telah meresap di dalam kegelapan malam.


II Pandangannya meresap ke dalam pemikirannya kerana dia pantas berfikir.
III Dakwat pen yang tumpah itu telah meresap ke permaidani biru
IV Budaya kuning mudah meresap ke dalam fikiran remaja yang tiada panduan
hidup.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

17 I Ribut yang melanda kawasan itu mulai tenang.


II Sikap Murshed yang sentiasa tenang menyebabkan dia sangat disegani oleh
kawan-kawannya.
III Air di kolam itu kelihatan tenang kerana tidak dicemari.
IV Lariannya yang tenang itu membolehkannya memenangi pertandingan jogathon
itu.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

Soalan 18 hingga Soalan 21


Sebahagian daripada ayat yang berikut telah digariskan. Bahagian yang bergaris itu
mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika
anda menganggap bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah,
anda hendaklah menandakan A, B atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada
kesalahan tandakan D.
18 Ikan goreng kembung amat enak dinikmati ketika masih panas.
A Ikan goreng amat enak
B Ikan kembung goreng amat enak
C Ikan kembung dan digoreng amat enak
D Ikan goreng kembung amat enak
19 Pak Abu sering mengundang anak perempuannya dari pejabat dengan Perodua
Kembara.
A menjemput anak perempuannya dari
B mengundang anak perempuannya daripada
C mengendong anak perempuannya daripada
D mengundang anak perempuannya dari
20 Anak-anak yatim itu mendapat bantuan alat tulis-alat tulis daripada dermawan yang
mulia itu.
A bantuan alat-alatulis dari
B bantuan alat-alat tulis daripada
C bantuan alat tulis-alat tulis dari
D bantuan alat tulis-alat tulis daripada

21 Ketibaan kapal mewah bertaraf dunia yang pertama di Asia itu telah mendapat
sambutan meriah rakyat Malaysia.
A kapal mewah bertaraf dunia kali pertama
B kapal mewah dunia bertaraf yang pertama
C kapal pertama kelas mewah bertaraf dunia
D kapal mewah bertaraf dunia yang pertama

Soalan 22 hingga Soalan 24


Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang
dicetak tebal.

22 Matlamat utama mengadakan Hari Kantin adalah untuk memupuk semangat


kerjasama dan mengeratkan hubungan dalam kalangan pelajar.
A Semangat kerjasama dan perpaduan harus dipupuk melalui Hari Kantin.
B Hari Kantin berjaya memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan hubungan
dalam kalangan pelajar.
C Hari kantin itu penting untuk menyemaikan sikap tolong-menolong dan
merapatkan hubungan antara pelajar.
D Menyuburkan semangat kerjasama dan mengeratkan hubungan dalam
kalangan para pelajar ialah objektif penting Hari Kantin.

23 Lembaga Disiplin akan mengambil tindakan terhadap pelajar yang melanggar


peraturan sekolah.
A Tindakan akan diambil oleh Lembaga Disiplin terhadap pelajar yang tidak
mematuhi undang-undang sekolah.
B Tindakan kemungkinan akan diambil oleh Lembaga Disiplin kepada pelajar yang
enggan mematuhi peraturan sekolah.
C Lembaga Disiplin hanya bertindak terhadap pelajar yang enggan mematuhi
peraturan sekolah.
D Pelajar yang mungkin melanggar peraturan sekolah akan diambil tindakan.
24 Tanaman pisang boleh diusahakan oleh petani sementara menunggu tanaman
kelapa sawit mengeluarkan hasil.
A Tanaman pisang dan kelapa sawit merupakan usaha petani untuk mendapatkan
hasil keluaran.
B Petani boleh mengusahakan tanaman pisang sebelum tanaman kelapa sawit
mengeluarkan hasil.
C Usaha petani menanam pisang dapat menambah pendapatan.
D Tanaman kelapa sawit menghasilkan pendapatan lumayan berbanding dengan
pisang.

Soalan 25 hingga Soalan 27


Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan
yang paling sesuai.

25 I Cikgu Murni telah mengajar di kawasan pendalaman itu selama lima tahun.

II Cikgu Rahim begitu menarik hati keayuan dan kelincahan gadis desa itu.
III Cikgu Masiha telah memperkenalkan pelbagai kaedah pengajaran kepada
pelajarnya.
IV Cikgu Rafeah sedang mengajarkan karangan tentang masalah sosial masa kini.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

26 I Haji Buang sedang memperbesar perniagaannya di bandar raya itu.


II Pemandangan di Pantai Teluk Nipah itu begitu cantik nian.
III Cikgu Ali merasa kecewa dengan sikap pelajarnya yang kurang sopan itu.
IV Pak Mahmood ialah bapa kepada Cikgu Hayati dan Cikgu Rohaya.
A I dan IV sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

27 I Setengah penduduk kampung itu menerima suntikan vaksin dengan percuma.


II Majlis persaraan pengetua itu dibuat secara besar dan paling bermakna sekali.
III Seorang nelayan ditemui mati dipercayai ditusuk ikan todak di Tumpat baru-baru
ini.
IV Pelancaran Perodua Kembara telah disempurnakan dengan penuh warna-warni.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
Soalan 28 hingga Soalan 30
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan yang berkaitan dengan
peribahasa di bawah ini.

28 Peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan peristiwa yang terdapat dalam gambar
ialah
A. Ikan di laut asam di darat
B. Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga
C. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.
D. Asal sabut terapung, asal batu tenggelam

29 Guru mestilah menunjukkan perilaku yang baik kepada anak murid kerana kesannya
boleh mempengaruhi mereka. Keadaan ini dikatakan
A seperti batu jatuh ke lubuk.
B bagai ayam mengeram telur.
C bagaimana acuan begitulah kuihnya.
D seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul.

30 Maksud yang paling sesuai dengan peribahasa biduk lalu kiambang bertaut ialah
A perselisihan faham antara adik-beradik tidak berkekalan.
B orang yang mementingkan diri sendiri.
C persahabatan yang sangat intim.
D walau ke mana-mana kita pergi akhirnya akan kembali ke tempat asal.
Soalan 31 hingga Soalan 35
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Maka titah raja, “Semalam beta bermimpi, berpandangan dengan keelokan hadiat
Nabi sallallahu alaihi wassallam.”
Maka segala mimpi baginda itu semuanya dikatakannya pada Bendahara. Maka
sembah Bendahara, “Jikalau benar mimpi raja, apa alamatnya?”
Maka kata raja, ”Alamatnya kalam beta seperti dikathankan orang, itulah tanda sah
beta bermimpi akan Rasulullah sallallaahu alahi wassalam. Lagi sabda junjungan kepada
hamba: “Asar sekarang datang sebuah kapal dari Judah, turun orangnya lalu sembahyang
di pantai Melaka ini,” katanya, “turut olehmu barang katanya”.
Maka Bendahara pun hairanlah melihat kalam raja seperti dikhatankan orang
rupanya. Maka kata Bendahara, “Jikalau sungguh datang sebuah kapal asar ini benarlah
mimpi raja itu; jikalau tiada, bahawa setanlah mengharu raja.”
Maka titah baginda, “Benarlah kata bapa hamba itu.”
Maka Bendahara pun kembalilah ke rumahnya.
Hatta, hari pun asarlah; maka datanglah sebuah kapal dari Judah. Serta ia berlabuh,
maka turunlah makhdum dari kapal itu. Saiyid Abdul Aziz namanya, lalu ia sembahyang di
pantai Melaka itu. Maka hairanlah segala orang Melaka melihat dia. Maka kata segala
orang Melaka, “Mengapa ia ini tunggang-tonggek?”
Maka berebutlah orang melihat dia penuh sesak, tiada bersela lagi, dan haru birulah
bunyinya sampai ke dalam. Maka raja pun segera naik gajah lalu berangkat keluar, diiringi
oleh segala orang besar-besar, Maka dilihat rajalah kelakuan makhdum sembahyang itu
nyatalah seperti yang di dalam mimpinya itu. Maka titah raja kepada Bendahara dan kepada
segala orang besar-besar, ”Nyatalah demikian seperti di dalam mimpiku itu.”

(Dipetik daripada Susur Galur Asal Usul Negeri Melaka,


Antologi Sehijau Warna Daun,
Tingkatan 1, DBP)

31 Mimpi apakah yang dialami oleh raja?


A Bertemu dengan baginda Rasulullah s.a.w.
B Bersembahyang bersama rakyat jelata.
C Berkhatan bersama-sama Bendahara.
D Bersembahyang sendirian.

32 Mengapakah penduduk negeri Melaka datang ke tepi pantai negeri itu?


A Mematuhi arahan Bendahara.
B Menyaksikan sesuatu yang ajaib.
C Melihat Saiyid Abdul Aziz bersembahyang.
D Menyambut kedatangan kapal dari Judah.

33 Persoalan utama yang ingin disampaikan melalui petikan di atas ialah


A kedatangan islam ke negeri Melaka.
B kebenaran kata Bendahara.
C kebenaran mimpi raja.
D kemasyhuran raja Melaka.
34 Apakah yang dimaksudkan dengan “Mengapa ia ini tunggang-tonggek?
A Sedang bersemayam.
B Menunaikan suruhan.
C Sedang bersembahyang.
D Sedang bermain jongkang-jongkit.

35 Berikut ialah pernyataan tentang Sultan Muhammad Syah kecuali


A raja Melaka yang kedua selepas Raja Iskandar Dzulkarnain.
B isteri baginda ialah anak Tun Perpatih Permuka Berjajar.
C berjaya memakmurkan Melaka.
D adil dalam pemerintahan.

Soalan 36 hingga Soalan 40


Baca puisi di bawah ini dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

PESAN TANGAN KEPADA JARI

i ii

Pilihlah ketuamu Perkukuhkanlah letakmu


untuk bersatu untuk menentu
mencipta sejarah barisan diri
kemanusiaan. kesuburan budi.

Kira kau memegang Sekali kau bergerak


peganglah kebaikan seluruh jasad
yang berkembang ikut bertindak
di dusun hati. melentur mimpi
kehidupan.
Nescaya tak akan terlepas
pancuran mesra
yang menetas
di persada iman.

(Dipetik daripada Antologi


Seuntai Kata untuk Dirasa,
Tingkatan 2, DBP)

36 Apakah pesan penyajak kepada pembaca dalam rangkap kedua sajak di atas?
A Gunakan kuasa apabila menjadi ketua.
B Gunakan pendapat orang lain tanpa usul periksa.
C Jika terpilih menjadi ketua, jalankan tugas dengan penuh ikhlas.
D Jika terpilih menjadi ketua, jalankan tugas seadanya.
37 Yang berikut merupakan ciri-ciri pemimpin yang baik kecuali …
A memahami masalah.
B toleransi.
C bertindak melulu.
D bertindak sebelum mengarah.

38 Mengapakah seseorang pemimpin itu perlu menunjukkan tauladan yang baik?


A Setiap tindakan pemimpin akan dicemburui.
B Segala perlakuan dan kepimpinan akan dijadikan ikutan.
C Semua pemimpin akan menunjukkan kepetahannya.
D Seseorang pemimpin perlu menunjukkan kehebatannya.

39
Di persada iman

Maksud baris di atas ialah


A Kekuatan akal
B Ketabahan hati
C Keluhuran budi
D Ketinggian akhlak

40 Pada pendapat anda, apakah kaitan antara keimanan dengan keperibadian?


A Orang yang beriman sentiasa menjaga tingkah laku.
B Orang yang beriman sangat pendiam.
C Keimanan tidak berkaitan dengan keperibadian.
D Keimanan dengan keperibadaian adalah sesuatu yang tidak bermakna.

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai