Anda di halaman 1dari 4

MANESHEEKA 15 APRIL 2021

AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF

- BIASANYA KELUAR DI SOALAN 3 KERTAS 2 BAHASA MELAYU SPM


- MARKAH YANG DITETAPKAN BAGI BAHAGIAN INI KEBIASAANYA ADALAH 6 MARKAH DAN
MELIPUTI 3 SOALAN

Latihan ayat aktif dan ayat pasif.


Contoh:

1. Mereka tidak dapat menjelaskan hutang sebelum hujung bulan ini.

Subjek : Mereka
Objek : hutang
Kata kerja transitif: menjelaskan
Jawapan:
Hutang tidak dapat dijelaskan oleh mereka sebelum hujung bulan ini.

2. Ia/Dia sentiasa membersihkan dan mengemaskan rumah kami dengan penuh tanggungjawab.
Subjek : Ia/Dia

Objek: rumah kami


Kata kerja transitif: membersihkan dan mengemaskan
Jawapan:
Rumah kami sentiasa dibersihkan dan dikemaskannya dengan penuh tanggungjawab.

3. “Kalian perlu menjelaskan hutang selewat-lewatnya hujung bulan ini”, kata ceti haram itu.
Subjek : Kalian (Kata ganti diri kedua)
Objek: hutang
Kata kerja transitif : menjelaskan
Jawapan: (Jika subjek ialah kata ganti diri pertama atau kedua, kata kerja pasif tidak boleh ada
imbuhan “di”.)
“Hutang perlu kalian jelaskan selewat-lewatnya hujung bulan ini, “ kata ceti haram itu.

Sebelum membuat latihan ayat aktif dan ayat pasif, anda perlu membezakan kata ganti diri
pertama dan kedua daripada yang lain. Selain itu, para murid perlu menguasai imbuhan “Me”
dengan huruf-huruf tertentu, seperti berikut:

Imbuhan

Me l, m, n, r, y, ng, ny

Mem b, (p), (f), pr,pl

Men c, d, j, (t), z, sy

Meng a, e, i, o, u, g, h, (k), kh, kl,kr


MANESHEEKA 15 APRIL 2021

Meny s

menge Satu suku kata seperti tin, pos, bom, syor,


sah,……

LATIHAN AYAT AKTIF

Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1. Tugas itu patut anda selesaikan sekarang juga.

2. Jawatan yang dipegang oleh mereka sangat penting.

3. Sedikit garam dimasukkan oleh kakak ke dalam gulai yang sangat saya gemari.

4. Pokok-pokok itu dipangkas oleh para pekerja supaya sentiasa rendah.

5. Nota pelajaran dikemaskinikan oleh mahasiswa itu supaya mudah membuat ulang kaji.

6. Orang yang lurus bendul itu tidak harus kamu peralat sewenang-wenangnya.

7. Pelajar itu ditahan oleh guru disiplin selepas perhimpunan kerana melanggar peraturan
sekolah.

8. Anak-anak sewajarnya dikawal oleh ibu bapa supaya mereka tidak bergaul dengan budak-
budak nakal.

9. Pelajar itu dihadiahi oleh guru bahasa Melayu sebatang pen setelah berjaya memperoleh ‘A’
dalam peperiksaan percubaan SPM.

10. Satu misi dilaksanakan oleh mereka bersama-sama.


MANESHEEKA 15 APRIL 2021

11. Alat pendingin hawa itu dijualnya dengan harga yang tinggi.

12 Komputer itu saya beli untuk adik di kolej.

13 Permukaan air itu dilitupi pokok teratai yang berwarna-warni.

14. Majalah bercorak akademik kurang diminati oleh golongan remaja meskipun bahan di
dalamnya memberikan ilmu kepada mereka.

15. Pondok buruk yang didiami oleh orang tua itu beratapkan rumbia dan berdinding buluh.

16. Adik perempuan saya dijahitkan baju kurung oleh kakak pada hujung minggu yang lalu.

17. Rumah itu tidak berani kami hampiri kerana takut akan anjing peliharaan tuan rumah
tersebut.

18. Kerja-kerja memperdalam Sungai Kinta itu akan ditangguhkan oleh mereka berminggu-
minggu.

Latihan tukar ayat aktif kepada ayat pasif.

1. Encik Sofiah membuat pinjaman bank untuk menjalankan projek penternakan ikan tawar.

2. Beberapa orang pekerja sedang menebas semak samun di kiri dan di kanan lebur raya itu.

3. Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat terhadap peragut yang
menyebabkan kematian seorang wanita yang mengandung.

4. Hakim telah menjatuhi ketua sindiket itu hukuman gantung sampai mati.

5. Kini kaum petani telah mengetinkan hasil buah-buahan setelah


menjalani kursus industri kecil dan sederhana anjuran MARA.

6. “Saudara perlu segera menghadiri temu duga itu jika hendak mendapat pekerjaan itu,” kata
kerani itu kepada saya.

7. Saya telah menerima surat pelantikan sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu.
MANESHEEKA 15 APRIL 2021

8. Ibu telah memasakkan ayah kari kepala ikan.

9. Saya telah memasak lauk ikan untuk ayah.

10. Setelah membuat segala persiapan, kami sekeluarga pun menyambut para tetamu
di luar dewan .

11. Kami telah mengesyorkan usul itu kepada pihak berkuasa agar mengambil tindakan dengan
segera.

12. Selain berbuat bising, pelajar-pelajar itu juga suka mengganggu guru yang sedang mengajar
di dalam kelas.

Anda mungkin juga menyukai