Anda di halaman 1dari 17

Set 1 - Subjek dan Predikat

Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi
setiap ayat seperti yang berikut.
1. Di negara ini, ramai atlet telah berjaya mencapai kejayaan
dalam pelbagai jenis sukan.
2. Songket yang menjadi lambing kehalusan seni Melayu
ditenun berdasarkan kreativiti penenun.
3. Bahasa Melayu dituturkan oleh sebahagian penduduk di
rantau Asia Tenggara.
4. Bagaimanakh perkara itu boleh berlaku?
5. Kerana sakit, Ain Izzati tidak hadir ke sekolah semalam.
6. Lelaki yang berbaju biru itu anak jiran saya.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan tulis subjek
setiap ayat yang bergaris.

Proses kitar semula dapat mengurangkan kuantiti sampah


kerana bahan buangan seperti surat khabar, botol minuman dan
besi boleh dikitar semula. Dalam hal ini, kos pengurusan sampah
dapat dijimatkan oleh pihak majlis perbandaran dan pihak
swasta. Kos pengurusan sampah tidak murah kerana proses ini
melibatkan tenaga kerja dan kenderaan yang banyak. Matlamat
sifar sisa bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai sekiranya
adanya kerjasama dalam kalangan masyarakat kita. Usaha ini
akan berjaya sekiranya tahap kesedaran masyarakat tentang
kepentingan kitar semula
Set 2 - Pola Ayat Dasar
Baca petikan di bawah kemudian kenal pasti dan tulis pola bagi
ayat-ayat yang bergaris di bawah ini sama ada berpola Frasa
Nama + Frasa Nama (FN+FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN +
FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) atau Frasa Nama +
Frasa Sendi Nama (FN+ FS).

Pembabitan Malaysia dalam bidang angkasa lepas semakin


rancak selepas pelancaran buah satelit ke angkasa lepas.
Menerusi pelancaran satelit itu, sistem komunikasi negara terus
berkembang maju. Hal ini mampu dimanfaatkan oleh seluruh
rakyat. Kerja-kerja pemantauan alam sekitar sangat mudah
dilakukan melalui satelit. Kejayaan ini dapat memperluas
bidang penerokaan angkasa lepas. Kejayaan ini juga
memberikan suntikan dalam perkembangan bidang-bidang
seperti pendidikan, perubatan dan penyelidikan. Hal ini
membuktikan kehebatan negara dalam angkasa lepas.

Nyatakan pola ayat berikut.


1. Lukisan tercantik itu hasil daya imaginasi tokoh pelukis tanah
air yang tersohor.
2. Jurulatih pasukan bola sepak Malaysia ditemu bual oleh
pengacara sukan televisyen
3. Sungguh harmoni kehidupan rakyat negara ini kerana amalan
bekerjasama antara kaum.
4. Maklumat tentang statistik kesalahan penyalahgunaan dadah
pada papan kenyataan pejabat.
5. Calon-calon yang akan ditemu duga untuk jawatan Pegawai
Tadbir Diplomatik dari Zon Selatan.
Set 3 - Ayat Perintah
Kenal pasti jenis-jenis ayat perintah yang berikut. Tentukan
sama ada ayat tersebut ialah ayat suruhan, ayat larangan, ayat
silaan atau ayat permintaan.

1. Sila buat laporan tentang kes meniru itu,.


2. Usahlah dikenangkan lagi perkara yang lain.
3. Awak siapkan tugasan ini sekarang.
4. Awak tidak usahlah datang ke sini lagi.
5. Pujuklah budak yang menangis itu..
6. Tolong hantarkan karangan ini sebelum hari Rabu.

Petikan di bawah mengandungi beberapa ayat. Kenal pasti jenis-


jenis ayat yang bergaris. Nyatakan sama ayat tersebut ayat
penyata, ayat tanya, ayat seruan atau ayat perintah.

Kebanyakan guru yang menyertai persatuan penulis ialah guru


yang mempunyai minat yang mendalam terhadap bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi. Mengapakah dikatakan guru
tersebut mempunyai mendalam terhadap bahasa Melayu? Hal
ini dikatakan sedemikian kerana guru tersebut mempunyai jati
diri yang tinggi dan kecintaan tidak berbelah bahagi terhadap
bahasa Melayu. Golongan ini juga sangat besar dan jasa mereka
terhadap perkembangan bahasa Melayu sejak sebelum merdeka
hingga kini. Usaha mereka harus diteruskan oleh semua guru
yang masih berkhidmat pada hari ini. Syabas, kepada golongan
ini!. Akhirnya, marilah kita meneruskan perjuangan mereka
demi memartabatkan bahasa kebangsaan.
Set 4 - Ayat Tanya
Baca petikan di bawah, kemudian bina ayat tanya dengan menggunakan kata
tanya yang betul berdasarkan frasa bergaris.

Perasmian Sukan Komanwel 2022 dilangsung pada 28 Julai


2022 di kota Birmingham. Pencapaian kontinjen negara dalam
Sukan Komanwel 2022 adalah di kedudukan kesepuluh.
Kontinjen negara berjaya meraih tujuh pingat emas, lapan
perak dan lapan gangsa. Kejayaan ini telah melepasi sasaran
kerana Majlis Sukan Negara hanya menyasarkan enam pingat
emas sahaja pada temasya kali ini. Pada hari terakhir temasya
tersebut, beregu utama wanita negara Pearly Tan - M. Thinaah
berjaya menghadiahkan pingat emas ketujuh Malaysia.
Australia berjaya mempertahankan gelaran juara keseluruhan
apabila meraih 67 pingat emas, 57 perak dan 54 gangsa.
Upacara penutupan Sukan Komanwel 2022 diadakan dengan
gilang-gemilang di Stadium Alexander, Perry Barr awal pagi
tadi.
Berdasarkan petikan di bawah, bina enam ayat tanya yang lengkap
dengan menggunakan kata tanyaya betul bag frasa yang bergaris. Kata
tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa berhuruf
condong.

Sarapan pagi biasanya dilakukan oleh setiap orang sebelum


pergi ke sekolah atau ke pejabat. Sarapan pagi boleh dilakukan
sama ada di rumah atau di premis makanan berhampiran
dengan rumah. Setiap individu digalakkan mengambil sarapan
pagi untuk mengalas perut. Pengambilan sarapan pagi dapat
memberikan tenaga kepada setiap orang sebelum melakukan
sesuatu. Sarapan pagi dapat dijadikan rutin kepada seseorang
melalui disiplin diri pada setiap hari. Ibu dan bapa perlu
memastikan anak-anak mengambil sarapan pagi dengan
menyediakan menu yang disukai mereka.
Set 5 - Ayat susunan songsang
Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa
yang bergaris kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah
maksud asalnya.

Sistem pengangkutan awam di negara ini dikatakan masih


belum setanding dengan negara-negara maju. Hal ini dikatakan
sedemikian lantaran sistem pengangkutan di negara ini masih
tidak dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden
terutamanya di bandar-bandar besar. Pembinaan sistem
pengangkutan awam yang moden masih tidak menyeluruh di
seluruh negeri. Hal ini menyebabkan orang ramai lebih suka
menggunakan kenderaan sendiri untuk ke tempat kerja atau ke
sesuatu destinasi. Pelbagai pendekatan perlu dijana bagi
menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan
awam.
Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa
yang berhuruf tebal kepada ayat bersusunan songsang tanpa
mengubah maksud asalnya.

Malaysia terkenal dengan sektor pertanian sekitar awal


abad ke-21. Malangnya, tahap kebergantungan tinggi
terhadap aktiviti import terutama sektor pertanian
menyebabkan negara berhadapan krisis kekurangan bekalan
makanan. Pakar ekonomi mengaitkan krisis bekalan
makanan dengan tiga P, iaitu pandemik COVID-19,
perubahan iklim dan perang konflik di Ukraine. Hubungan
bilateral antara Malaysia dengan Ukraine terjalin sejak 1992
menjadikan kedua-dua negara saling bergantung dalam
eksport dan import. Konflik di negara itu mengganggu
aliran aktiviti eksport bekalan makanan negara.
Set 5 - Ayat susunan biasa
Petikan di bawah mengandungi beberapa ayat. Tukar ayat susunan
songsang bagi ayat yang bergaris di bawah kepada ayat susunan biasa
tanpa mengubah maksud asalnya.

Isu rasuah bukanlah perkara baharu di negara kita.


Menunjukkan peratus penjawat awam yang terbabit dalam
gejala rasuah terdiri daripada golongan berusia bawah 40
tahun statistik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM). Soal selidik SPRM mendapati 22.1 peratus responden
sanggup menerima rasuah jika mempunyai kuasa.
Berpendapat menerima habuan sebagai balasan untuk
perkhidmatan diberikan bukan rasuah, kebanyakan
responden. Persoalannya apakah tindakan sepatutnya diambil
bagi menghentikan gejala rasuah? Perlu dimulakan pada
peringkat awal terutama di sekolah usaha membanteras gejala
rasuah. Mengambil kira kes yang berlaku membabitkan isu
menjual MyKad dan sijil kelahiran kepada rakyat asing di Pulau
Pinang baru-baru ini, cukup membimbangkan.
Set 6 – Cakap Pindah
Tukar cakap ajuk di bawah kepada bentuk cakap pindah tanpa
mengubah maksud asalnya.

1. “Bagaimana rancangan kamu yang ingin melancong ke luar


negara bersama-sama keluarga kamu pada cuti
persekolahan bulan Mac nanti?” tanya Salleh kepada Osman.
2. “Semua pengetua dan guru besar mesti memastikan sekolah
masing-masing bersiap sedia untuk memulakan sesi
persekolahan pada awal tahun depan,” kata Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia.
3. “Syabas, kamu telah memperoleh semua A dalam semua
mata pelajaran yang kamu ambil!” ucap Ahmad kepada
murid cemerlang sekolah itu.
Set 7 – Novel
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks
novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian
jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

Akan tetapi, nenek berkata dengan mulutnya yang


bising, adalah tidak selamat untuk aku berjumpa
dengan mana-mana manusia kampung ini, tidak buat
masa ini. Kata nenek perkara yang patut aku lakukan;
menyiram pokok bunga atau menyudahkan kerja-kerja
di bangsal di belakang rumah yakni memindahkan
susunan kayu api yang pada mata nenek telah salah
disusun oleh Abang Rashid atau duduk di pangkin kayu
menikmati pagi yang indah; melihat burung-burung
terbang, ayam-ayam memagut cacing, kucing-kucing
berkejaran atau membantu nenek dengan cara
memerhatikannya.
Akan tetapi, aku ingin keluar.
“Nek, ada dua jenis manusia. Pertama, yang duduk
di rumah dan hidup dengan dirinya sendiri dan kedua
yang hidup dengan manusia lain supaya dia tak
menjadi gila kerana bercakap seorang diri.”
i Nyatakan tindakan-tindakan yang patut aku lakukan
seperti yang disuruh oleh nenek. [4m]
ii Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari,
huraikan sikap keprihatinan masyarakat dalam novel-
novel tersebut.
[6 markah]
Set 8 – Novel
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks
novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

i Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian


jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
“Gajah mati meninggalkan tulang. Harimau mati
meninggalkan belang. Pahlawan-pahlawan Melayu
yang terbilang itu pergi meninggalkan nama yang baik.
Jasa dan pengorbanan mereka dikenang sepanjang
zaman,” kata Pak Saidi. “Orang Negeri Sembilan bangga
dengan pahlawan mereka, Datuk Siamang Gagap yang
menentang orang putih di Seri Menanti. Orang Pahang
bangga dengan perjuangan Datuk Bahaman dan Mat
Kilau. Orang Kelantan bangga dengan semangat Tok
Janggut. Orang Naning bangga dengan Dol Said. Orang
Sarawak bangga dengan Rentap. Orang Johor bangga
dengan Si Bongkok Tanjung Puteri. Malah banyak
lagi pahlawan terbilang yang sanggup menggadaikan
nyawa demi tanah air tercinta. Jasa mereka masih
dikenang sampai sekarang. Oleh itu, abang mahu anak-
anak kita juga berjasa kepada bangsa, agama, dan tanah
air,” katanya lagi. “Buatlah apa-apa yang abang fikirkan
baik untuk anak-anak kita. Cuma pada pendapat saya,
di samping mengajar ilmu silat, anak-anak juga mesti
diberi ilmu pengetahuan supaya jadi orang pandai.”

i Siapakah pahlawan-pahlawan Melayu terbilang yang


sanggup menggadaikan nyawa demi negara tercinta ?

ii Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari,


huraikan dua peristiwa yang menyebabkan pembaca
berasa kagum akan watak utama.
Set 9 – Novel
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks
novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

i Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian


jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

Pemuda itu menerangkan sistem perkumuhan ayahnya


yang tidak sihat. Organ utama dalam sistem ini terdiri
daripada paru-paru, kulit, buah pinggang, dan kolon
atau usus. Dia menerangkan usus ayahnya kotor.

"Kolon atau usus ialah rumah penyakit," ujar pemuda


itu. "Jika dalam seminggu kita tak buang air
besar sekurang-kurangnya empat atau lima kali, itu
bermakna kita mendapat penyakit sembelit. Sembelit
ini pak cik sungguh berbahaya kerana jika kita tak
buang air besar, toksin dalam tubuh kita akan
membebaskan bakteria jahat dan bakteria jahat ini
akan memakan bakteria baik yang kita perlukan untuk
sistem keimunan tubuh kita, supaya kita tak mudah
sakit apabila kena hujan atau panas matahari
berlebihlebihan."

Datuk tentu bingung tetapi aku boleh memahami apa-


apa yang dikatanya, sedikit.

Berdasarkan petikan di atas, mengapakah pemuda itu


menyatakan bahawa “kolon atau usus dikatakan
rumah penyakit ?”
ii Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari,
huraikan dua peristiwa yang menggambarkan
kerjasama dalam menjayakan sesuatu perkara.
Set 10 – Rumusan
Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan
bahan.

Bahan 1

Sistem e-pembayaran merupakan kaedah melakukan


transaksi barangan dan perkhidmatan melalui sistem
pembayaran elektronik atau transaksi secara dalam talian.
Sistem pembayaran elektronik telah berkembang sejak sedekad
yang lalu disebabkan oleh kepesatan dalam sektor perbankan
dan peningkatan pembelian melalui Internet. Kaedah
pembayaran tanpa tunai dilihat semakin popular sejak Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan dalam negara. Hal
ini sejajar dengan hasrat kerajaan menggalakkan penggunaan
transaksi tanpa sentuhan kerana kaedah ini lebih menjimatkan
masa pengguna. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah
melaksanakan program e-PENJANA bagi menggalakkan
masyarakat menggunakan e-pembayaran. Menurut Menteri
Kewangan, inisiatif dengan peruntukan bernilai RM750 juta itu
memberi manfaat kepada kira-kira 15 juta rakyat. Sementara
itu, kempen Pembayaran Tanpa Tunai turut diperkenalkan di
beberapa agensi kerajaan bagi membiasakan pelanggan
berurusan menggunakan kemudahan teknologi terkini.
Rata-rata pengguna berpuas hati dan selesa dengan kaedah
pembayaran tanpa tunai. Tambahan pula, hampir semua
institusi perbankan telah menyediakan perkhidmatan e-
pembayaran untuk semua urusan perbankan. Kaedah ini
membolehkan pengguna memantau rekod pembayaran dan
kewangan mereka secara sistematik. Selain itu, pengguna tidak
perlu menanggung risiko membawa wang tunai dalam jumlah
yang banyak kerana pembayaran dapat dilakukan terus
menerusi platform perbankan pilihan pelanggan. Transaksi
boleh dibuat melalui Internet atau perbankan mudah alih
menggunakan wang daripada akaun simpanan, akaun semasa
atau kad kredit daripada 42 buah bank di Malaysia. Lebih
menarik, pengguna juga boleh mendapatkan ganjaran untuk
setiap transaksi dengan berpeluang untuk membawa pulang
hadiah bulanan lumayan menerusi pelbagai peraduan yang
dianjurkan oleh setiap syarikat.
Pendigitalan ekonomi dan transformasi teknologi yang
pesat terus akan menjadi pemangkin kepada kemajuan
sesebuah negara dan sudah pasti Malaysia juga tidak terkecuali
daripada perkembangan itu. Menuju ke arah itu, kerajaan
berusaha untuk menyediakan capaian teknologi 5G bagi
menggalakkan rakyat membudayakan sistem e-pembayaran
supaya menjadi sebahagian daripada kehidupan harian.

Bahan 2

TRANSAKSI
DALAM
TALIAN

Terdedah kepada penipuan oleh pihak yang tidak


bertanggungjawab
Mendorong masyarakat boros berbelanja
Urusan transaksi tergendala akibat gangguan
Internet

MENGAPAKAH SAYA

MEMILIH e-PEMBAYARAN?

Semua transaksi
Set 11 – Rumusan
Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan
yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan
supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan dan bahan.

Bahan 1

Depresi atau kemurungan merupakan sejenis penyakit


kesihatan mental. Kemurungan telah dikenal pasti oleh
Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) sebagai penyakit
keempat terbesar yang menyumbang kepada penyakit
global ketika ini.
Faktor yang mencetuskan kemurungan lazimnya
berkaitan dengan isu harga diri, buli, prestasi akademik
yang rendah, dan pernah menjadi mangsa penderaan fizikal
atau seksual.
Disebabkan kemurungan sering membabitkan
genetik, maka individu yang mempunyai keluarga yang
menghidap penyakit ini berisiko mengalami masalah yang
sama. Perubahan dalam keseimbangan hormon badan juga
mungkin menjadi antara penyebab berlakunya
kemurungan.
Sehubungan dengan itu, kita tidak boleh membiarkan
penyakit kesihatan mental ini terus melanda anggota
masyarakat terutama golongan muda yang masih panjang
jalan hidup mereka. Individu mengalami masalah depresi
sebenarnya masih berupaya mengatasi masalah
tersebut. Antaranya termasuklah melakukan senaman
ringan, beriadah, beramah mesra dengan
orang yang dipercayai, serta melakukan aktiviti yang dapat
menyenangkan hati. Kebanyakan remaja perempuan
berisiko untuk mengalami depresi serta perubahan emosi
yang ketara seperti berasa sedih, tidak bersemangat dan
suka memendam perasaan. Dalam situasi sedemikian,
anggota keluarga perlu lebih peka, memberikan kasih
sayang dan membuka minda remaja yang menghadapi
masalah ini.
Penghidap despresi pula usah berserah diri dan
berasa terlalu sedih, sebaliknya mereka harus tabah dan
cekal hati. Mereka hendaklah mencari jalan untuk
menyelamatkan diri dengan meminta bantuan daripada ibu
bapa, saudara-mara, sahabat handai, kaunselor, atau pakar
psikiatri. Mereka juga perlu meluahkan perasaan kepada
rakan karib atau insan terdekat untuk
mendapatkan sokongan moral. Dalam hal ini, ibu lebih
memahami masalah emosi yang dihadapi oleh anak
mereka. Oleh itu, interaksi antara anak dengan ibu adalah
jauh lebih baik daripada interaksi antara ibu dengan bapa
kerana anak-anak lazimnya amat bersimpati terhadap ibu
mereka dan mencuba untuk menyelami kepedihan yang
dialami oleh ibu mereka. Selain itu, melatih keupayaan
untuk bertolak ansur dan menerima perkara buruk yang
berlaku melalui tingkah laku yang sihat juga merupakan
antara cara untuk mengatasi kemurungan.
Set 12 – Rumusan
Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan
yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan
supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan dan bahan.

Bahan 1

Tanggal 16 Mei pada setiap tahun menjadi hari yang


ditunggu-tunggu oleh semua warga bergelar guru atau
panggilan keramatnya, 'cikgu'. Pada hari tersebut, sambutan
hari guru diadakan sebagai tanda kita menghargai jasa dan
pengorbanan golongan guru. Antara aktiviti sambutan hari
guru adalah dengan mengadakan pelbagai persembahan
menarik untuk menggembirakan hati guru. Tidak cukup dengan
persembahan, murid-murid juga turun memberikan hadiah dan
ucapan Selamat Hari Guru yang tidak lekang di bibir mereka.

Peranan guru dilihat sebagai individu yang membina dan


membentuk kualiti murid dalam aspek jasmani, emosi, rohani
dan intelek bagi memenuhi aspirasi pendidikan negara. Hal ini
dikatakan demikian kerana mereka sangat berharap agar anak
didik yang diasuh menjadi manusia yang berguna. Selain itu,
guru mendidik murid-murid menghindari keburukan agar
mereka menjadi insan yang mulia. Dalam hal ini, walaupun
sesekali murid terpaksa dihukum tetapi tindakan itu diambil
demi kebaikan mereka. Keikhlasan guru dalam mendidik telah
menjadikan mereka mampu tersenyum puas apabila melihat
kejayaan anak didiknya.

Selaku manusia yang bermaruah, kita harus bertanya


kepada diri sendiri, adakah kita masih ingat kepada orang yang
pernah mengajar kita suatu masa dahulu? Kita seharusnya
bertanya khabar dan menziarahi mereka walaupun sudah
berjawatan tinggi selain menitipkan doa kepada mereka agar
sentiasa sejahtera. Bagi mereka yang sudah meninggalkan alam
persekolahan, jasa guru hendaklah sentiasa dalam ingatan
kerana hasil didikan guru telah meletakkan mereka pada
kedudukan sekarang. Semua perkara ini sebagai bukti untuk
menghargai jasa guru selama ini. Jadi, janganlah kita berasa
sombong dengan pencapaian kita pada hari ini kerana sejarah
kejayaan seseorang dimulakan oleh seorang guru biasa.

Bahan 2

Bahan 3

Syair Sayangi Guru


Jasa guru tidak terperi, Wajahmu manis indah dipandang,
Menabur ilmu tiada berhenti, Setiap masa bersuara tenang,
Supaya kami bijak bestari, Wahai guru yang kami sayang,
Menjadi insan bangunkan Jasamu mulia tetap dikenang.
pertiwi.

Sejambak bunga dari taman,


Untuk guru kuhadiahkan,
Pesanan tetap jadi pedoman,
Mendorong aku mencapai
kejayaan.

Anda mungkin juga menyukai