Anda di halaman 1dari 12

MEMBINA PENDAHULUAN KARANGAN

NUR ASMA BINTI KHALID

Bentuk-bentuk pendahuluan

Definisi Pendapat tokoh Bentuk suasana Persoalan Peribahasa/cogankata/pepatah Latar belakang sejarah Fakta Tajuk berita Bentuk puisi Gabungan

DEFINISI
Berjimat cermat merupakan amalan membelanjakan wang secara berhemat atau menggunakan sesuatu secara tidak berlebihan, yakni tidak membazir. Perbuatan berjimat cermat ini perlu dilakukan terhadap milik sendiri atau milik orang lain agar pembaziran tidak berlaku. Sehubungan itu, karangan ini seterusnya memberi petua berjimat cermat seperti berbelanja menurut kemampuan, menurut keperluan dan apabila terpaksa

PERSOALAN
Marcapada ini, pembangunan negara kita semakin pesat dan rancak. Namun demikian, kerancakan pembangunan itu disusuli dengan isu keganasan rumah tangga yang merupakan penyakit sosial semakin gawat melanda negara kita. Gejala ini ibarat duri dalam daging Apakah yang dimaksudkan dengan keganasan rumah tangga? Apakah faktorfaktor yang menyebabkan berlakunya masalah sosial ini. Siapakah yang harus dipersalahkan? Ke manakah hilangnya nilai-nilai kemanusiaan kita? Mengapakah usaha-usaha yang telah dijalankan selama ini gagal mencari jalan penyelesaian? Bagaimana untuk menangani gejala ini? Apakah rencah yang terbaik untuk membanteras penyakit sosial yang rumit ini? Inilah persoalan yang harus dijadikan renungan dan perbincangan kita.

FAKTA
Gejala ponteng sekolah yang berlaku sejak akhir-akhir ini kian menjadi-jadi dan sukar dibendung. Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perdana Menteri membuktikan bahawa masalah ini boleh dikatakan berlaku di seluruh sekolah di dunia. Lebih malang lagi peratusan kes ponteng sekolah di negara kita dikatakan meningkat setiap tahun. Statistik Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2011 membuktikan bahawa gejala ponteng sekolah telah meningkat kepada sebelas peratus berbanding hanya 9 peratus pada tahun 2010. Gejala ponteng sekolah ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Semua pihak sama ada ibu bapa, guru sekolah dan juga masyarakat perlu seia dan sekata serta sederap melangkah bagi menangani masalah ini.

PERIBAHASA
Orang Melayu memang kaya dengan peribahasa yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan. Antara peribahasa yang menggambarkan seseorang yang tidak mengenang budi dan jasa ialah seperti kacang lupakan kulit dan seperti ulat lupakan daun. Peribahasa seperti kacang lupakan kulit bermaksud seseorang yang lupa akan jasa orang yang menolongnya setelah menikmati kesenangan.Oleh itu sikap seperti ini perlu dikikis dalam hidup kita. Kita haruslah sentiasa menghargai dan berterima kasih atas segala jasa, pertolongan, dan pengorbanan orang lain kepada kita. Orang yang mengamalkan prinsip hidup seperti kacang lupakan kulit tidak akan hidup bahagia, sama ada di dunia mahupun di akhirat. Berikut ini saya huraikan punca-punca pelajar tidak

SEJARAH
Malaysia dan seluruh pelosok Nusantara mempunyai bahasanya yang tersendiri iaitu bahasa Melayu. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perhubungan atau lingua franca sejak lebih 600 tahun yang lalu, lebih lama daripada bahasa Inggeris yang hanya bermula pada pertengahan kurun ke-16. Sejak tahun 1955, bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi negara. Pada tahun 1957, iaitu selepas merdeka, bahasa Melayu diisytiharkan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang termaktub dalam perlembagaan. Namun begitu, para pencinta bahasa berasa terkilan kerana masyarakat kian meminggirkan bahasa Melayu dalam kehidupan mereka. Di bawah ini saya perjelaskan cara-cara untuk kita sama-sama memartabatkan bahasa

GABUNGAN
Tiga buah pondok telefon dibakar, sampah sarap bertaburan di pusat rekreasi, dan tandas awam diconteng dengan kata-kata lucah. Begitulah bunyinya tajuk-tajuk berita yang sering dipaparkan di media massa. Sejak kebelakangan ini gejala vandalisme semakin berleluasa dalam masyarakat kita. Masalah sosial ini tidak pernah lali daripada kamus kehidupan masyarakat ekoran arus pemodenan yang semakin rancak. Di sanasini, kemudahan awam dirosakkan oleh segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan singkat akalnya. Persoalannya, adakah pembangunan dan kemajuan negara terpaksa mengorbankan kemudahan awam? Siapakah yang harus dipersalahkan? Oleh itu kerjasama daripada semua pihak amatlah diperlukan agar fenomena ini tidak semakin gawat. Janganlah apabila sudah terhantuk baru tengadah. Ketika itu, kita sudah terlambat untuk memperbetulkan keadaan.

PUISI
Tikar pucuk tikar mengkuang, Alas nikah raja Melayu; Ikan busuk jangan dibuang, Buat perencah si daun kayu. Pantun warisan di atas mengingatkan kita supaya tidak membuang ikan yang sudah busuk. Sebaliknya, suri rumah yang kreatif seharusnya memanfaatkan ikan busuk itu untuk dijadikan hidangan yang istimewa. Dengan sentuhan yang bijak, ditambah pula dengan pelbagai ramuan termasuk ulam-ulaman, ikan busuk itu akan menjadi makanan yang enak untuk dinikmati. Demikian, maksud secara literal pantun empat kerat di atas. Secara tersiratnya, pantun tersebut mengingatkan kita agar sentiasa berjimat-cermat dalam kehidupan amnya, dan perbelanjaan seharian khususnya. Tambahan pula, agama Islam sendiri melarang umatnya bersikap boros lantaran pemboros ialah sahabat syaitan.

SUASANA
Mbah Maridjan. Lelaki yang berusia 79 tahun ini amat dikenali namanya di Kanahreja Dusun Palemsari Kabupatin Sleman, Jawa Tengah. Beliau mengaku sebagai pemegang kunci Gunung Merapi yang akan memuntahkan lahar merahnya bila-bila masa sahaja. Beliau yang tinggal tiga kilometer dari kawah lahar yang sedang mendidih itu mengaku mendapat perintah daripada Almarhum Sultan Hamengku Buwono IX yang melantiknya sebagai juru kunci gunung itu beberapa waktu yang silam. Pengaruh Mbah Maridjan sangat kuat dalam kalangan penduduk di desanya sehingga beliau dan pengikut-pengikutnya tidak akan berganjak dari kawasan itu walaupun dipaksa. Persoalannya, apakah yang akan terjadi kepada seluruh penduduk di kawasan itu apabila Gunung Merapi itu memuntahkan lahar merahnya? Apakah pula peranan negara ini dalam meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa bencana alam seperti itu, di samping bencana yang lain seumpama tsunami, banjir lumpur dan taufan?

PENDAPAT TOKOH
Setiap seorang daripada kita mesti memberikan nilai tambah kepada diri masing-masing. Demikian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah menukil dalam salah satu ucapan beliau sekitar pertengahan tahun 2005 yang lalu. Ungkapan keramat itu sesungguhnya membawa maksud bahawa harga seseorang dalam pasaran pekerjaan akan bertambah andai individu itu berusaha mendapatkan keterampilan yang lain untuk dirinya. Selain melalui proses pembelajaran secara formal, nilai diri akan dapat ditambah dengan banyaknya menerusi amalan membaca. Cerdik pandai sering menganggap membaca sebagai jambatan ilmu. Persepsi ini terjelma lantaran amalan membacalah yang dapat menghubungkan antara manusia dengan segala ilmu dan pengetahuan. Oleh hal yang demikian, pelbagai usaha perlu dilaksanakan bagi memupuk amalan membaca dalam kalangan rakyat negara ini.

BERITA
Kerajaan galak mohon permit teksi eksekutif. Demikian tajuk berita yang terpapar di muka 11 akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 17 Jun 2007 yang lalu. Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi selepas beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Berjasa Negeri Sembilan Berhad kali ke-9 di Seremban. Teksi eksekutif merupakan sistem pengangkutan awam yang menggunakan teksi yang lebih besar dan selesa, tetapi tambangnya lebih tinggi berbanding dengan teksi bajet. Penggunaan teksi eksekutif dicadangkan apabila usia kenderaan sedia ada mencapai tempoh tujuh tahun. Selain teksi eksekutif, terdapat beberapa jenis sistem pengangkutan moden di negara ini, termasuklah monorel, keretapi LRT dan lainlain lagi.

Anda mungkin juga menyukai