Anda di halaman 1dari 20

Berapakah sebenarnya harga remaja yang bersih dari gelodak kecewa bagai kehijauan daun bagai kesegaran pohon

di pinggir perjalanan ini?

Dengan apakah akan kaupenuhi piala remajamu adakah cuka kesangsian dari cinta murah atau madu ajaran dari ilmu susah?

Remaja amat mahal sesungguhnya tiada terbeli oleh perjanjian harga remaja adalah pendirian keberanian dan ilmu.

Penuhilah remajamu dengan ketentuan tuju.


Rahman Shaari Langit di Tangan, 1995 DewanBahasadanPustaka

Rangkap 1 Pertanyaan tentang harga remaja yang tidak mengalami kekecewaan.

Rangkap 2 Pertanyaan tentang kewajaran remaja menerima kesusahan, iaitu sama ada disebabkan perasaan cinta yang belum masanya atau ilmu yang ditimba selama ini.

Rangkap 3 Remaja amat berharga dan tidak dapat dibandingkan dengan perjanjian dalam percintaan yang belum masanya. Remaja yang baik ialah remaja yang berani dan memiliki ilmu.

Rangkap 4 Remaja hendaklah mengetahui arah tuju kehidupannya.

Ketinggian nilai usia remaja berdasarkan pengisian usia muda. Zaman remaja ialah zaman paling berharga dan para remaja mesti mengisinya dengan sesuatu yang baik. Remaja juga mesti berani berpendirian dan berilmu pengetahuan serta mempunyai hala tuju.

1. 2. 3.

4.

5.

Kekecewaan golongan remaja. Percintaan remaja semasa usia muda. Berani menempuh pelbagai cabaran dan mencuba sesuatu yang baru. Keyakinan diri dalam melakukan sesuatu tindakan dan teguh pendirian demi melangkah arah tuju yang diingini. Menimba ilmu tanpa had sebagai bekalan masa depan yang cemerlang.

1. 2.

3.

Terdiri daripada empat rangkap Bilangan barisnya tidak sama; rangkap pertama (enam baris) , rangkap kedua (enam baris), rangkap ketiga (enam baris), rangkap keempat (dua baris). Rima akhirnya bebas/tidak sama; abacad,abcdce,aa

1.

Ayatnya pendek-pendek. Contoh: pendirian (rangkap 3, baris 5) Diksinya mudah difahami. Contoh: dengan apakah akan kaupenuhi (rangkap 2, baris 1) Aliterasi :pengulangan konsonan m Contoh : remaja amat mahal (rangkap 3, baris 1)

2.

3.

1.

2.

3.

Pengulangan konsonan t Contoh : dengan ketentuan tuju (rangkap 4, baris 2) Asonansi :pengulangan vokal a Contoh :dengan apakah akan kaupenuhi (rangkap 2, baris 1) Pengulangan vokal i Contoh : di pinggir perjalanan ini? (rangkap 1, baris 6) Anafora pengulangan perkataan pada awal baris Contoh : bagai kehijauan daun bagai kesegaran pohon (rangkap 1, baris 4-5)

Metafora Contoh : piala remajamu (rangkap 2, baris 2) cuka kesangsian (rangkap 2, baris 3) madu ajaran (rangkap 2, baris 5) 2. Simile Contoh : bagai kehijauan daun (rangkap 1, baris 4) 3. Sinkope Contoh : Penuhilah remajamu Dengan apakah akan kau penuhi
1.

Keberanian. Remaja perlu berani untuk menegakkan kebenaran. 2. Kegigihan. Remaja mestilah berusaha untuk menuntut ilmu. 3. Kebijaksanaan. Remaja perlu bijak menentukan hala tuju diri dalam hidup mereka.
1.

1.

2.

Kita hendaklah mengisi masa remaja dengan perkara-perkara yang bermanfaat Kita mestilah rajin berusaha dan menuntut ilmu demi masa depan yang cerah.

Kita hendaklah berani menempuh dugaan hidup.Remaja mestilah mempunyai keberanian kerana tanpa keberanian, remaja susah menghadapi zaman remaja yang penuh masalah dan pengaruh. 2. Kita perlu mempunyai pendirian yang tetap dan yakin akan diri sendiri.
1.

Abdullah Anas b Azizan Ahmad Ashraf b Jasni Ahmad Fakhrul Alif b Mohd Fadilah Ahmad Hafidzuddin b Zainuddin Ahmad Mukmin b Noor Hishamuddin

Anda mungkin juga menyukai