Anda di halaman 1dari 10

 RANGKAP 1

Mengisahkan kesetiaan Mahsuri terhadap suami namun


beliau difitnah dalam satu peristiwa hitam menyebabkan
beliau dihukum bunuh.Rayuan Mahsuri sebelum dibunuh
tidak diterima. Darah putih keluar semasa beliau dibunuh
dan semasa itulah Mahsuri bersumpah sampai tujuh
keturunan tidak akan senang hidup di Langkawi.
Sumpahan Mahsuri menghidupkan Langkawi kerana
tanpa legenda Mahsuri, Langkawi tidak seperti sekarang.
 RANGKAP 2
Kata orang Mahsuri tidak pernah hidup.
Mahsuri sebenarnya khayalan seorang seniman.
Ada juga yang menyatakan Mahsuri sebenarnya
hidup tetapi bahasa pencerita menyebabkan
kisah kehidupan Mahsuri lebih terkenal
daripada kisah hidup yang sebenarnya itulah
sastera yang mewarnai tanah air. Tanpa legenda
Mahsuri, Langkawi tiada yang boleh dikisahkan.
Kisah Mahsuri membesarkan Langkawi,
manakala sastera membesarkan tanah air.
Tema sajak Mahsuri ialah
legenda Mahsuri dengan
Langkawi.
1. Pembangun Langkawi dikaitkan dengan
Mahsuri. Contoh: Pulau Langkawi mebangun
dan terkenal sebahagiaannya.

2. Peranan sastera dalam sesebuah negara.


Contoh: sajak menceritakan peranan bahasa
pencerita yang menyebabkan Mahsuri
terkenal.
1. Metafora
Contoh: Pada rangkap 1
“disimbah darah suci”
“ terapung di laut malam”

2. Personifikasi
Contoh: “sumpah itulah yang menghidupkan
Langkawi”
“nyanyian ombak pagi”
3. Hiperbola
Contoh: “air matamu dingin embun
jatuh di tujuh telaga”

4. Sinkope
Contoh: Penggunaan kata “mu” dalam
baris “setiamu menjadi lagu”
1. Nilai
Kejujuran

2. Pengajaran
* Kita hendaklah menyambut kedatangan
pelancong asing dengan ramah.
Contoh: Langkawi menyambut kedatangan
pelancong dengan infrastruktur yang lengkap.
* Kita hendaklah menghargai nyawa manusia.
Contoh: Pembunuhan Mahsuri adalah tidak
wajar.

* Kita sewajarnya menceritakan yang baik-baik


sahaja tentang orang yang telah meninggal
dunia.
Contoh: Pengarang menceritakan kebaikan
Mahsuri menjadikan langkawi semakin
masyur.
* Kita hendaklah mengetahui asal usul
sesuatu tempat.
Contoh: Pulau langkawi boleh dikaitkan
dengan legenda Mahsuri.

Anda mungkin juga menyukai