Anda di halaman 1dari 4

APAKAH FUNGSI PENDAHULUAN DALAM KARANGAN?

menarik perhatian dan minat pembaca


menunjukkan arah kepada pembaca tentang persoalan yang akan disentuh dalam isi karangan
menjelaskan tema karangan secara ringkas bertepatan dengan kehendak soalan.
APAKAH CIRI-CIRI PENDAHULUAN YANG BAIK?
Tepat dengan kehendak soalan
jelas dan sesuai dengan kehendak soalan
menggunakan bahasa yang tepat dan jelas
ada perkaitan dengan isu yang dibincangkan dalam isi karangan
ditulis dalam satu perenggan
tidak memasukkan isi karangan dalam pendahuluan
Umpama sebuah pintu, pendahuluan sangat penting bagi menarik minat
pembaca untuk mengetahui isi-isi yang akan dikemukan oleh penulis dalam karangan.

JENIS-JENIS PENDAHULAUAN KARANGAN


(i) pendahuluan jenis definisi
(ii) pendahuluan jenis pendapat
(iii) pendahuluan jenis suasana
(iv) pendahuluan jenis persoalan
(v) pendahuluan jenis peribahasa
(vi) pendahuluan puisi
(vii) pendahuluan gabungan

PENDAHULUAN JENIS DEFINISI


memberikan takrif makna definisi (dengan merujuk kamus)

Contoh :
Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau peraturan. Jenayah bukan sahaja
membabitkan orang dewasa malahan golongan remaja juga. Menurut kajian polis, jumlah kes jenayah telah bertambah
daripada 40 021 kes pada tahun 1997 kepada 43 210 kes pada tahun 1998 Di samping itu, kesalahan yang dilakukan
juga semakin serius dari semasa ke semasa. Usaha-usaha pelbagai pihak amat diperlukan untuk membendung
jenayah.

PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT -


menyatakan pendapat seseorang tokoh

Contoh :
Menurut Mantan Perdana Menteri, Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, pencemaran alam sekitar berpunca
daripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun pembangunan tidak boleh dihentikan sama sekali. Apa yang
perlu adalah dengan mengurangkan pencemaran tetapi pada masa yang sama meneruskan pembangunan. Llangkah-
langkah yang drastik harus diambil untuk memastikan kegiatan pembangunan dapat diteruskan di negara kita dan
dalam masa yang sama pencemaran dapat dielakkan.

PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN -


mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk

Contoh:
Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri mereka. Apakah yang dikatakan
kecemerlangan ? Apakah dengan kecemerlangan boleh membuatkan seseorang itu berjaya ? Apakah dengan berdiam
diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang itu boleh mencapai kecemerlangan ? Soalnya , apakah faktor-faktor yang
mempengaruhi kecemerlangan ?

PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA -


memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai.

Contoh:
Peribahasa Melayu ringan sama dijinjing, berat sama dipikul dan seperti aur dengan tebing amat sesuai ke arah
mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota-anggotanya mengamalkan sifat-sifat yang mengambarkan
wujudnya hubungan kasih sayang dalam sesebuah komuniti. Namun semangat berkerjasama dalam masyarakat
semakin hari semakin terhakis terutama di kawasan bandar. Punca-punca permasalahan ini perlu dibincangkan oleh
pihak-pihak yang bertanggungjawab.

PENDAHULUAN SEDUTAN PUISI/LAGU


- mengemukakan sedutan lagu/pantun/sajak yang berkaitan dengan tema karangan

Duhai apakah gerangan budi balasan


Bagi insan melahirkan, membesarkan

Bercucuran air mata bila mengenangkan


betapakah besar budi , ibunda berikan
siang malam menderita hingga entah bila
sungguh besar pengorbanan ibunda berikan

Pengorbanan dan jasa seorang ibu tergambar jelas dalam lirik lagu ini. Ibu telah melahirkan dan
mendidik seseorang anak menjadi insan yang berjaya dan berguna kepada keluarga, bangsa dan tanah air.
Kasih sayang dan budi seorang ibu tanpa mengharap sebarang balasan, tetapi sudah menjadi tanggungjawab
anak-anak untuk membalas segala jasa dan pengorbanan mereka.

PENDAHULUAN GABUNGAN
- Menggabungkan dua atau lebih jenis pendahuluan

Menurut kamus, kegiatan vandalisme boleh didefinasikan sebagai kegiatan laku musnah yang berkaitan
dengan tidakan merosakkan atau memusnahkan harta benda termasuk kemudahan awam. Gejala
memusnahkan kemudahan awam seperti pondok menunggu bas, telefon awam, kemudahan di sekolah dan
sebagainya. Persoalannya mengapakah gejala vandalisme ini sering berlaku dalam kalangan remaja?
Apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk membendung gejala ini?

Kerajaan telah berusaha untuk membanteras gejala rasuah, namun amalan yang berakar umbi dalam kalangan
masyarakat ini masih wujud. Pada pendapat anda, mengapakah masalah rasuah perlu dibendung?

Perenggan Pendahuluan Contoh 1

Kebelakangan ini, kes rasuah semakin bertambah dan nampaknya sukar dibanteras kerana melibatkan pegawai
kerajaan dan swasta, ahli politik, dan orang awam. Keadaan ini membimbangkan kita kerana jika dibiarkan, sudah
tentu perkara ini akan menjadi seperti api di dalam sekam. Fenomena ini sekali gus akan melahirkan masyarakat yang
tiada integriti, contohnya jika seseorang pegawai menawarkan rasuah untuk menutup kesalahan dirinya daripada
landasan undang-undang, jelaslah betapa rendahnya akhlak dan maruah dirinya. Oleh itu, semua pihak harus berusaha
untuk membanteras gejala rasuah agar masyarakat Malaysia yang amanah dan berintegriti dapat dilahirkan. Hal ini
perlu dititikberatkan kerana rasuah perlu dibanteras dari awal iaitu, mencegah lebih baik daripada mengubati sesuatu
penyakit.

Perenggan Penutup Contoh 1

Oleh hal yang demikian, masalah rasuah perlulah ditangani oleh pihak berkuasa dengan kerjasama anggota
masyarakat. (Kesimpulan) Pihak berkuasa hendaklah mengadakan kempen secara besar-besaran tentang keburukan
dan kesan rasuah kepada masyarakat. (Huraian Apa yang perlu dibuat) Hal ini demikian kerana, jika masalah rasuah
tidak diatasi sudah tentu perkara ini akan merosakkan jentera pentadbiran negara.(Huraian Apa kesannya) Jadi,
sebelum nasi menjadi bubur, kita berharap agar masalah ini dapat ditangani dengan berkesan sebelum menjadi lebih
serius. (Peribahasa) Sekiranya hal ini dapat direalisasikan, sudah pastilah masyarakat dan negara kita akan bebas
daripada belenggu rasuah. (Kepentingan)

Bincangkan usaha-usaha bagi membudayakan Program Kitar Semula dalam kalangan rakyat. Bahagian A)

Perenggan Pendahuluan - Contoh 2


Darsawarsa, dalam menempuh arus modenisasi yang menerjah watan tanpa diundang, pencemaran alam sekitar
makin, menjadi parah barah serta duri dalam daging watan. Pelbagai anjakan paradigma telah digarap dan dicanang
bagi membendung kemelut ini temasuklah yang hangat meniti dari bibir ke bibir masyarakat; Program Kitar Semula .
Persoalan yang menjadi tanda tanya ialah apakah strategi- strategi yang wajar diorak dan digarap bagi membudaya
Program Kitar Semula dalam kalangan masyarakat 1 Malaysia ?

Perenggan Penutup - Contoh 2

Intihanya, semua pihak perlu bekerjasama membentuk sinergi bak aur dan tebing serta persis isi dan kuku dalam usaha
membudayakan Program Kitar Semula kerana bulat air kerana pembentung, bulat masyrakat kerana muafakat .
Selanjutnya Malaysia mampu dijulang sebagai negara model bukan sahaja dari aspek pembangunan fizikal malahan
akhlak rakyat pertiwi kerana terbangnya belon bukan kerana merah, biru dan kuning warnanya tetapi kerana
kandungan gasnya selaras dengan hasrat dan aspirasi negara untuk bersukat sama paras, bertimbang sama berat
dengan negara- negara maju yang lain.

ISU: SEJARAH TANAH AIR

Marcapada, secara sedar atu tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan sains dan teknologi, warga watan makin hari
makin menyisihkan sejarah tanah air dari sinonim kehidupan mereka. Seandainya ditanya remaja remaja masa kini
mengenai cita- citanya, jawapan yang lazim sudah terang lagi bersuluh lazimnya menjurus ke arah bidang sains dan
teknologi seolah- olah dunia ini didirikan hanya bergantung pada tiang seri sains sahaja. Kemudian, jikalau ditanya
sekali lagi ditanya sekali lagi subjek yang paling kurang diminati pelajar agak- agaknya Sejarah yang menjadi pilihan
perdana. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Begitulah ungkapan yang sesuai bagi
menggambarkan perasaan Sejarawan kita yang dikatakan ketandusan tulang empat kerat belia muda yang berperanan
menjadi pelapis buat persediaan mendepani cabaran masa hadapan. Persoalannya, apakah manfaat- manfaat
memahami sejarah tanah air?

Contoh Penutup

Sebagai menggulung segala yang telah dibicarakan, sejarah tanah air sememangnya tidak dapat disangkal membawa
seribu satu kemashalatan sekiranya difahami dan dihayati serta diimplementasikan dalam kehidupan. Seorang
sejarawan Barat ada berkata bahawa sejarah pasti akan berulang sekiranya sejarah luput di ingatan. Lantas, sebelum
nasi menjadi bubur semua pihak perlu menjalinkan sinergi bak aur dan tebing agar sejarah tanah air terus lestari dan
difahami. Maka, hasrat dan aspirasi negara untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara- negara maju
yang lain dapat dijana dan direalisasi sejajar dengan Wawasan 2020 dalam konteks pembentukan generasi madani
yang besahsiah murni.

ISU: GEJALA SOSIAL

Contoh Pendahuluan

Mutakhir ini, secara sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan sains dan teknologi, watan mendepani
kepincangan yang lazimnya remaja lebih cenderung iaitu gejala sosial. Dalam milenium ini, tatkala tanah air kita
rancak menari mengikut rentak arus modenisasi dan globalisasi dalam konteks pembangunan fizikal yang diibaratkan
cendawan yang tumbuh selepas hujan, onak dan kekangan, sebagai tamsilan, lumba haram, kecurian dan
seumpamanya lagi makin membarah dan menjadi polemik yang meniti dari bibir ke bibir masyarakat . Kalau ditanya
siapa dalangnya atau dari manakah akar umbinya masing- masing menunding jari sesama sendiri. Tambahan pula,
masalah yang ruwet ini memberi pelbagai impak. Justeru, satu soalan ingin saya lontarkan ; apakah strategi-strategi
bernas yang perlu diketengahkan di meja bulat serta dilaksanakan ?

Contoh Penutup

Intihanya, potongan kata Tun Mutahir Mohammad, mantan Perdana Menteri kita yang ke- 4 bahawa rakyat Malaysia
mempunyai kemudahan infrasrtuktur kelas pertama tetapi memiliki minda kelas ketiga sewajarnya kita hayati. Lantas,
semua pihak perlu menjalinkan sinergi bak aur dan tebing, persis isi dan kuku dalam usaha memerangi gejala sosial
yang semakin parah dan barah serta duri dalam daging watan. Ironinya, jika tiada kata sepakat, tiadanya ukhwah
dalam ummah maka runtuhlah harapan yang tinggi menggunung kerana bulat air kerana pembentung, bulat
masyarakat kerana muafakat. Oleh itu, sekiranya harapan tersebut menjadi realiti dan bukan sekadar ilusi yang
terngiang-ngiang di kotak pemikiran mat jenin, hasrat dan aspirasi negara untuk berdiri sama tinggi, duduk sama
rendah dengan negara- negara maju yang lain mampu digamit dan direalisasi.

Anda mungkin juga menyukai