Anda di halaman 1dari 7

KESALAHAN DARI SEGI FRASA 1.

Kesalahan Frasa Nama Kesalahan penggunaan bentuk jamak ataupun kata bilangan, kata nama majmuk, rangkai kata setara dan hukum DM merupakan kesalahan yang kerap berlaku. Bentuk jamak dapat dinyatakan melalui: Pengulangan kata nama seperti: guru-guru, kanak-kanak, dan sebagainya. Penggunaan kata bilangan seperti dua biji telur, semua murid, dan sebagainya. Pengulangan kata adjektif seperti cantik-cantik, rajin-rajin dan sebagainya. Penggunaan kata yang mendukung makna jamak seperti rakyat. Hukum DM ialah hukum tentang menyusun kata-kata untuk membentuk frasa nama dalam ayat: D bererti unsur yang diterangkan atau subjek ayat. M bererti unsur yang menerangkan atau predikat ayat. Suatu frasa nama unsur D mestilah mendahului M kecuali nama-nama jawatan. Bil. a. Kesalahan Contoh Kesemua pesertapeserta seminar itu dihadiahi cenderamata sebagai kenangkenangan. Ayat sepatutnya Kesemua peserta / peserta-peserta seminar itu dihadiahi cenderamata sebagai kenang-kenangan. Sebab Kata nama yang telah digandakan dan menunjukkan bilangan tidak boleh menerima kata bilangan lagi. Namun kata nama yang digandakan tetapi tidak menunjukkan bilangan perlu menerima kata bilangan seperti semua murid-murid atau semua rama-rama.

b.

Kami akan membincangkan lainlain hal dalam mesyuarat tersebut.

Kami akan membincangkan hal-hal lain dalam mesyuarat tersebut.

Perkataan hal harus mendahului perkataan lain dan digandakan untuk menunjukkan hal yang banyak, bukannya lain yang banyak.

c.

Alat tulis-alat tulis itu kami beli dari kedai buku berhampiran.

Alat-alat tulis / semua alat tulis itu kami beli dari kedai buku berhampiran.

Kata majmuk alat tulis tidak boleh digandakan keseluruhannya, memadai digandakan perkataan pertama sahaja atau menerima kata bilangan.

d.

Ibu-ibu bapa pelajar sekolah itu diwajibkan hadir ke majlis

Para ibu bapa pelajar sekolah itu diwajibkan hadir ke majlis

Perkataan ibu bapa merupakan rangkai kata setara yang boleh diselitkan perkataan dan ataupun atau dan tidak boleh digandakan langsung, sebaliknya hanya menerima kata bilangan untuk menunjukkan jumlah.

penyerahan keputusan penyerahan keputusan peperiksaan anakanak mereka. peperiksaan anak-anak mereka.

e.

Para-para guru diseru oleh Menteri Pendidikan agar sentiasa peka dengan perkembangan teknologi maklumat.

Para guru / guru-guru diseru oleh Menteri Pendidikan agar sentiasa peka dengan perkembangan teknologi maklumat.

Sama sebagaimana dalam ayat (a).

2. Kesalahan Frasa Kerja Pasif Pembentukan frasa kerja pasif kata ganti diri pertama dan kedua yang tidak tepat atau menyisipkan apa-apa perkataan sama ada kata bantu atau kata sendi antara pelaku dan kata kerja pasif diri pertama dan kedua merupakan kesalahan yang kerap dikemukakan. Selain itu, mengikut bentuk ayat pasif kata ganti nama diri pertama atau kata ganti nama diri kedua ialah kesalahan pembentukan frasa kerja pasif kata ganti diri ketiga yang tidak tepat. Di samping itu, selepas kata kerja yang menggugurkan kata sendi nama oleh, terdapat juga ayat pasif kata ganti nama diri ketiga yang menerima penjelasan. Frasa kerja pasif terbahagi kepada : Frasa kerja pasif diri pertama Frasa kerja pasif diri kedua Frasa kerja pasif diri ketiga Frasa kerja pasif diri pertama ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang tidak berawalan men- tetapi didahului oleh kata ganti diri pertama seperti aku, kami, kita, saya dan sebagainya. Frasa kerja pasif diri kedua ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang tidak berawalan men- tetapi didahului oleh kata ganti diri kedua seperti anda, awak, kamu dan sebagainya. Frasa kerja pasif diri ketiga ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang berawalan di- serta diikuti oleh frasa sendi (oleh + frasa nama). Kata oleh pada frasa sendi itu boleh digugurkan. Bentuk frasa kerja pasif diri pertama tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri ketiga. Ulasan ringkas: Pelajar perlu memahami proses pembentukan ayat pasif sebelum pelajar dapat menguasai apakah yang dikatakan ayat pasif. Ayat yang meletakkan benda yang kena oleh perbuatan sebagai subjek ayat merupakan ayat pasif. Benda yang kena oleh perbuatan merupakan semua subjek dalam ayat (a) hingga (e) iaitu bahan buangan, alat tulis dan ceramah.

Bil. a.

Kesalahan Contoh

Ayat sepatutnya

Sebab Mereka merupakan kata ganti nama diri ketiga yang perlu mengikut bentuk pasif yang betul iaitu didahului kata ganti nama diri baru kata kerja berimbuhan di...kan. Kata hubung oleh merupakan unsur pilihan iaitu boleh wujud atau tidak wujud kerana selepas kata kerja pasif dikumpulkan tiada sebarang penjelasan.

Bahan-bahan buangan Bahan-bahan buangan itu mereka kumpulkan sebelum dilupuskan di tapak pelupusan. itu dikumpulkan (oleh) mereka sebelum dilupuskan di tapak pelupusan.

b.

Bahan-bahan buangan Bahan-bahan buangan itu dikumpulkan oleh kami sebelum dilupuskan di tapak pelupusan. itu kami kumpulkan sebelum dilupuskan di tapak pelupusan.

Ayat (b), (c) dan (d) mengandungi kata ganti nama diri pertama iaitu kami dan kata ganti nama diri kedua iaitu kamu yang meletakkan pelaku baru diikuti kata kerja pasif tanpa imbuhan awalan.

c.

Alat tulis itu kami akan beli pada minggu depan.

Alat tulis itu akan kami beli pada minggu depan. Alat tulis itu perlu kamu beli dengan secepat mungkin.

Antara pelaku dan kata kerja juga tidak boleh ada kata bantu (akan, perlu). Kata bantu aspek atau kata bantu ragam perlu sebelum pelaku.

d.

Alat tulis itu perlu kamu membeli dengan secepat mungkin.

e.

Ceramah kerjaya itu akan disampaikan pada hari esok seorang pakar motivasi.

Ceramah kerjaya itu akan disampaikan pada hari esok oleh seorang pakar motivasi.

Ayat ini memerlukan kata hubung oleh disebabkan selepas kata kerja pasif disampaikan merupakan penjelasan masa baru diikuti pelaku iaitu pakar motivasi. Ayat tersebut merupakan ayat tergantung tanpa kata hubung oleh.

3. Kesalahan Frasa Kerja Transitif Dan Intransitif Kesalahan pembentukan frasa dan penggunaan imbuhan yang membentuk frasa kerja merupakan kesalahan yang kerap dikemukakan. Frasa kerja transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja transitif serta frasa nama sebagai objek kepada kata kerja transitif itu. Di antara kata kerja transitif dengan frasa nama sebagai objek itu, kata-kata lain tidak boleh disisipkan. Frasa kerja intransitif ialah kata kerja yang dapat bertugas sebagai predikat tanpa objek. Frasa kerja intransitif boleh juga terdiri daripada sekumpulan kata yang mempunyai kata kerja intransitif sebagai kata utamanya.

Bil. a.

Kesalahan Contoh Kami akan menerangkan tentang perkara itu kepada mereka.

Ayat sepatutnya Kami akan menerangkan perkara itu kepada mereka.

Sebab Pembentukan frasa kerja transitif dalam ayat (a) dan (b) memerlukan kata nama atau frasa nama sebagai pelengkap atau penyambut ataupun objek.

b.

Aminah tidak mahu memulangkan semula buku itu kepada abangnya.

Aminah tidak mahu memulangkan buku itu semula kepada abangnya.

Perkataan menerangkan dan memulangkan merupakan kata kerja transitif yang harus menerima perkara itu dan buku sebagai penyambut. Secara ringkas, selepas kata kerja transitif diikuti apakah benda yang kena oleh perbuatan.

c.

Mereka tidak dapat terima keputusan perlawanan itu lalu menarik diri daripada pertandingan.

Mereka tidak dapat menerima keputusan perlawanan itu lalu menarik diri daripada pertandingan.

Ayat ini memerlukan imbuhan MeN (me, men, meN..i, meN..kan, meng, meny, menge) bagi membentuk frasa kerja transitif.

d.

Badrul berharap Ahmad akan menghubunginya sebaik sahaja sampai di Pulau Pinang.

Badrul berharap agar Ahmad akan menghubunginya sebaik sahaja sampai di Pulau Pinang.

Ayat (d) dan ayat (e) membentuk frasa kerja tak transitif yang memerlukan kata sendi nama ataupun kata hubung agar dan bahawa sebagai penyambung kepada keterangan.

e.

Salleh berfikir kejadian itu tidak akan menjejaskan hubungannya dengan Kamil.

Salleh berfikir bahawa kejadian itu tidak akan menjejaskan hubungannya dengan Kamil.

Kesalahan frasa dibentuk dalam ayat tersebut tanpa kata sendi nama ataupun kata hubung.

Anda mungkin juga menyukai