Anda di halaman 1dari 30

KARANGAN

MENGEMBANGKAN ISI
Menulis Perenggan Isi
 tulis satu isi penting dalam satu sahaja
perenggan
 isi penting perlu ada ayat tajuk, ayat
huraian, contoh dan kesimpulan
 gunakan penanda wacana seperti namun
demikian, walau bagaimanapun, tambahan
pula – memperlihatkan perkaitan isi
dengan isi/ antara perenggan
 gunakan 3 kaedah menulis perenggan isi:
- perenggan deduktif (I + H + C)
SOALAN DIMENSI DIRI
Semangat patriotisme perlu ada dalam diri generasi muda pada hari
ini kerana mereka bakal mejadi pemimpin negara pada masa
hadapan.
Sarankan langkah-langkah yang wajar anda lakukan untuk
meningkatkan semangat patriotisme dalam diri anda.

SUBJEK PREDIKAT
DIMENSI KATA KATA KERJA ISI KETERANGAN
PENGUAT AKTIF (MASA/TEMPAT/PERSONEL
/ORGANISASI)
Saya mestilah menghormati para yang berusaha untuk
pemimpin memajukan negara ini.
Saya mestilah mencontohi perjuangan yang banyak berkorban
tokoh-tokoh untuk memerdekakah
negara ini
Saya tidak melakukan perkara- yang bercanggah dengan
akan perkara perlembagaan negara.
SOALAN DIMENSI KELUARGA
Kempen galakkan membaca yang dijalankan saban tahun masih
gagal untuk menjadikan budaya membaca sebagai amalan hidup
masyarakat di negara kita.
Huraikan tanggungjawab sesebuah keluarga untuk memupuk
amalan membaca.
SUBJEK PREDIKAT
DIMENSI KATA KATA ISI KETERANGAN
PENGUAT KERJA (MASA/TEMPAT/PERS
AKTIF ONEL /ORGANISASI)

Ibu bapa mestilah membeli bahan untuk anak-anak


bacaan mereka di rumah.
Ibu bapa mestilah menyediakan perpustakaan untuk kemudahan
mini anak-anak membaca.
Abang mestilah membawa adik-adik ke pesta buku.
SOALAN DIMENSI MASYARAKAT
Semangat kejiranan merupakan wahana untuk melahirkan masyarakat
yang bersatu padu.
Huraikan usaha-usaha untuk memupuk semangat kejiranan
dalam kalangan masyarakat Malaysia.
SUBJEK PREDIKAT

DIMENSI KATA KATA KERJA ISI KETERANGAN (MASA/


PENGUAT AKTIF (TEMPAT/ PERSONEL/
ORGANISASI)
Masyarakat mestilah mengadakan aktivti gotong- di kawasan kejiranan
royong masing-masing pada
setiap hujung bulan.
Masyarakat mestilah mengamalkan amalan ziarah- pada setiap masa.
menziarahi

Masyarakat mestilah menganjurkan majlis rumah pada setiap musim


terbuka perayaan
STRATEGI MENJANA IDEA UNTUK
ISI KARANGAN BAHAGIAN A
Huraikan pendapat anda tentang faedah
menyertai aktiviti sukan lasak kepada
seseorang. Panjangnya huraian hendaklah
antara 200 hingga 250 patah perkataan.

TUGASAN : faedah menyertai aktiviti sukan


lasak.
TEMA : aktiviti sukan lasak.
ISI : ketahanan mental dan fizikal.
AYAT TOPIK Hasil positf yang bakal kita peroleh apabila meyertai aktiviti
sukan lasak adalah dapat meningkatkan ketahanan mental dan
fizikal seseorang.
AYAT Misalnya, para remaja yang menyertai aktiviti sukan lasak
TAFSIRAN seperti memanjat tembok (wall climbing) dapat menguji
BAHAN.
ketahanan mental dan fizikal remaja.
AYAT Situasi ini timbul ekoran daripada, tenaga yang banyak
HURAIAN 1 diperlukan dalam menjalankan aktiviti ini. Kesannya, jantung
seseorang akan terangsang untuk mengepam darah ke seluruh
badan.
AYAT Oleh hal yang demikian, daya tahan kardiovaskular seseorang
HURAIAN 2 dapat ditingkatkan serta daya tahan diri terhadap penyakit
semakin meningkat.

AYAT Tambahan pula, ketahanan mental dan fizikal ini juga berupaya
SOKONGAN melahirkan insan sihat.
ISI
AYAT Saya optimis bahawa, ketahanan mental dan fizikal merupakan
PENEGAS ISI antara faedah menyertai sukan lasak.
JAWAPAN PENUH:

Hasil positf yang bakal kita peroleh apabila meyertai


aktiviti sukan lasak adalah dapat meningkatkan ketahanan
mental dan fizikal seseorang. Misalnya, para remaja yang
menyertai aktiviti sukan lasak seperti memanjat tembok (wall
climbing) dapat menguji ketahanan mental dan fizikal
remaja. Situasi ini timbul ekoran daripada, tenaga yang
banyak diperlukan dalam menjalankan aktiviti ini. Kesannya,
jantung seseorang akan terangsang untuk mengepam darah
ke seluruh badan. Oleh hal yang demikian, daya tahan
kardiovaskular seseorang dapat ditingkatkan serta daya
tahan diri terhadap penyakit semakin meningkat. Tambahan
pula, ketahanan mental dan fizikal ini juga berupaya
melahirkan insan sihat. Saya optimis bahawa ketahanan
mental dan fizikal merupakan antara faedah menyertai sukan
lasak.
Teknik Monodal : Kata Tanya
Contoh Karangan Jenis Rencana
Mengunakan Teknik Monodal
Soalan :

Anda dikehendaki menulis satu rencana


tentang cara-cara memupuk semangat
patriotik dalam kalangan remaja untuk
dimuatkan dalam majalah sekolah anda.
Tulis rencana itu selengkapnya.
PERENGGAN ISI

Apakah peranan ibu Ibu bapa memainkan


bapa dalam peranan yang penting dalam
menyemaikan menyemaikan semangat
semangat patriotik patriotik dalam kalangan
dalam kalangan remaja.
remaja?

Ibu bapa perlu menerangkan


kepentingan negara ini kepada
anak-anak. Ibu bapa juga boleh
menceritakan kesukaran dan
penderitaan yang dialami ketika
Bagaimana? negara dijajah, contohnya
semasa zaman pemerintahan
Jepun dan Inggeris.
Apakah peribahasa - Melentur buluh biarlah
yang merujuk kepada dari rebungnya.
peranan ibu bapa?

Anak-anak sedar akan


tanggungjawab mereka terhadap
negara. Mereka tahu akan peranan
kesannya? mereka dalam membangunkan serta
mempertahankan kedaulatan
negara.

- Ya, ibu bapa harus memahami


Pentingkah peranan mereka dalam
peranan ibu memupuk semangat cinta akan
bapa? negara dalam kalangan remaja.
Contoh Perenggan Isi Pertama

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam


menyemaikan semangat patriotik dalam kalangan A
remaja. Ibu bapa perlu menerangkan kepentingan negara
ini kepada anak-anak. Ibu bapa juga boleh menceritakan B
kesukaran dan penderitaan yang dialami ketika negara
dijajah, contohnya semasa zaman pemerintahan Jepun
dan Inggeris. Ibu bapa perlu memupuk semangat cinta C
akan negara sejak anak-anak masih kecil, bak kata
pepatah kalau hendak melentur buluh, biarlah dari P
rebungnya. Keadaan ini akan menimbulkan kesedaran
dalam kalangan remaja tentang tanggungjawab mereka K
terhadap negara. Mereka tahu akan peranan mereka
dalam membangunkan serta mempertahankan
kedaulatan negara. Lantaran itu, ibu bapa harus P
memahami peranan mereka dalam memupuk semangat
patriotik kepada anak-anak mereka.
Perenggan Isi Ke-2 : Peranan Media Massa

3. Contohnya? 4. Kesannya?
1. Siapa?

Kempen-kempen Para remaja yang


Pihak media
dan pertandingan menyertai program-
memainkan program tersebut
seperti
peranan secara tidak
pertandingan
dalam nyanyian, langsung akan
membentuk mereka bentuk terdedah kepada
semangat halaman web sifat cinta akan
patriotisme. dan pertandingan negara.
sajak hendaklah
dianjurkan oleh
pihak media

5. Kesimpulannya?
2. Bagaimana?
Lantaran itu, pihak
Pihak media perlulah media perlu memainkan
menganjurkan kempen peranan secara aktif
dan pertandingan- dalam menarik minat
pertandingan yang golongan remaja agar
berunsurkan patriotisme menyertai program yang
sebagai aktiviti tahunan dianjurkan.
mereka.
Contoh Perenggan Isi Kedua

1.Siapakah yang memainkan peranan dalam membentuk semangat


patriotik?
Pihak media massa sebagai penyalur maklumat dan pembimbing
umat memainkan peranan dalam membentuk semangat patriotik.
2.Bagaimana?
Pihak media massa perlulah menganjurkan kempen dan
pertandingan- pertandingan yang berunsurkan patriotisme sebagai
aktiviti tahunan mereka.
3.Apakah contoh pertandingan itu?
Antaranya, ialah kempen-kempen yang menyemai semangat
patriotik dan pertandingan seperti pertandingan nyanyian, mereka
bentuk laman web, menulis atau mendeklamasikan sajak .
4.Kesannya?
Para remaja yang menyertai program-program tersebut secara
tidak langsung akan terdedah kepada sifat cinta akan negara.
5.Kesimpulannya?
Lantaran itu, pihak media perlu memainkan peranan secara aktif
dalam menarik minat golongan remaja agar menyertai program-
program yang dianjurkan.
Contoh perenggan isi ke-2 yang lengkap

Pihak media massa sebagai penyalur maklumat dan


pembimbing umat memainkan peranan dalam membentuk
semangat patriotik. Pihak media massa perlulah
menganjurkan kempen dan pertandingan- pertandingan
yang berunsurkan patriotisme sebagai aktiviti tahunan
mereka. Antaranya ialah kempen-kempen yang menyemai
semangat patriotik dan pertandingan seperti pertandingan
nyanyian, mereka bentuk halaman web, menulis atau
mendeklamasikan sajak. Para remaja yang menyertai
program-program tersebut secara tidak langsung akan
terdedah kepada sifat cinta akan negara. Lantaran itu,
pihak media perlu memainkan peranan secara aktif dalam
menarik minat golongan remaja agar menyertai program-
program yang dianjurkan.
Anda telah diundang oleh sebuah sekolah untuk menyampaikan
ceramah tentang faedah yang diperoleh apabila menyertai Program
Latihan Khidmat Negara. Sediakan teks anda itu selengkapnya.
Apakah Kesukaran, cabaran, dan ketegasan yang terpaksa ditempuhi oleh
faedahnya? para peserta ketika mengikuti PLKN dapat melahirkan jati diri dan
disiplin yang tinggi.
Kepentingannya? Disiplin yang tinggi amat perlu kerana dalam era globalisasi, para
remaja di negara kita sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran

Contohnya? Masalah remaja yang terlibat dalam najis dadah, budaya lepak, kes
ragut, gengsterisme, malah hingga membunuh sering dipaparkan
dalam akhbar.
Cara menangani? Sehubungan dengan itu, PLKN dirangka dan dilaksanakan bagi
membendung gelaja negatif yang kian berleluasa ini / yang bagai
cendawan tumbuh selepas hujan.
Bagaimana? Melalui modul fizikal, para peserta dilatih seperti tentera: berkawat,
melakukan aktiviti lasak, dan pelbagai latihan lain yang
menekankan semangat berpasukan.
Contohnya? Latihan seperti meluncur secara ‘flying fox’, membaca peta, dan
Kesannya? menempuh halangan berperanan membina ketahanan mental,
emosi, dan rohani.
Aktiviti-aktiviti ini juga dapat membentuk kemahiran tertentu,
membina disiplin dalaman, meningkatkan kekuatan fizikal dan
memulihkan kelemahan diri.
Isi Perenggan ke-2
* Para pelajar yang saya kasihi,

Apakah Program Latihan Khidmat Negara juga dapat


faedahnya? menanam perasaan cinta akan negara.

Kepentingannya? Perasaan cinta akan negara berupaya mendorong


rakyat untuk berusaha bersungguh-sungguh
memajukan negara di samping mempertahankan
kedaulatannya.
Contohnya? Rakyat akan berganding bahu dan saling bertolak
ansur demi kesejahteraan negara. Kepentingan
bersama dititikberatkan kerana rakyat menyedari
bahawa kata sepakat membawa berkat. Amalan berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing diutamakan dalam
kehidupan.
Bagaimana? Modul kenegaraan banyak memberikan maklumat
berkaitan dengan negara, perkembangan terkini di
dalam dan di luar negara, termasuklah persaingan
sengit di dalam dunia tanpa sempadan. PLKN juga
mendedahkan pengorbanan dan keperitan yang
terpaksa dilalui oleh para pejuang tanah air sewaktu
memperjuangkan kemerdekaan negara.
Contoh? Pejuang negara seperti Datuk Bahaman, Mat
Kilau, Pak Sako, Datuk Maharajalela dan
banyak lagi dengan rela berkorban demi
kemerdekaan negara. Pepatah ‘biar putih
tulang asal jangan putih mata’ sentiasa
menjadi pegangan.
Kesannya? Dengan memahami sejarah dan
perkembangan semasa, para peserta akan
bertindak meletakkan kepentingan negara
lebih daripada kepentingan peribadi.
Secara tidak langsung, rasa tanggungjawab
untuk mempertahankan negara dan
membangunkannya dapat ditanam dalam
jiwa peserta.
Penegas? Walhasil, semangat patriotik dan jati diri yang
mampan dapat dibentuk.
STRATEGI MENGHURAI ISI KARANGAN B
Setiap anak memerlukan sokongan dan dorongan daripada ahli
keluarga apabila menghadapi sesuatu masalah.

Jelaskan peranan yang dapat dimainkan oleh setiap ahli


keluarga dalam membantu anak-anak ketika menghadapi
sesuatu masalah.

Analisa soalan:
Dimensi : Keluarga
Tema : sokongan dan dorongan ahli keluarga
Kata kunci / tugasan : menghadapi masalah dan peranan
Kumplan sasaran : keluarga (anak-anak / remaja)
Format : Umum / pejelasan
ISI 1 : MASALAH ANAK-ANAK TERLIBAT GEJALA BULI
PERANAN AHLI KELUARGA
Ayat Topik Pada pendapat saya, setiap anak memerlukan sokongan dan dorongan
(Apa) ahli keluarga untuk menghadapi masalah terutamanya terlibat dengan
gejala buli di sekolah.
Ayat Huraian 1 Hal ini demikian kerana, gejala buli semakin berleluasa dan menjadi-jadi
(Kenapa) di sekolah telah merimaskan dan membimbangkan semua pihak
terutamanya ibu bapa.
Ayat Huraian 2 Dari perspektif lain, anak-anak yang terlibat dengan gejala buli akan
(Kenapa lagi) berasa tidak selesa, tidak tenteram dan lebih parah lagi boleh
mencetuskan sifat kemurungan dalam diri.
Provokasi Ironinya, sebagai ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam
menangani gelaja buli bukan hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam,
untuk menyelamatkan anak-anak daripada menjadi mangasa buli.
Solusi Oleh itu, suatu perancangan yang rapi mestilah diambil oleh ibu bapa
untuk memastikan yang terlibat sebagai pembuli diambil tindakkan.
Ayat contoh Sebagai contohnya, untuk menangani gejala buli daripada menjadi
(Bagaimana) semakin parah ibu bapa boleh melaporkannya kepada pihak sekolah
untuk diambil tindakan yang sewajarnya
Ayat Penegas Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan penting membendung masalah
buli yang menghantui anak-anak.
ISI 2: ANAK-ANAK LEMAH DALAM BIDANG AKADEMIK
Ayat Topik Selain itu, anak-anak lemah dalam bidang akademik juga
(Apa) dikenal pasti sebagai salah satu masalah perlu diatasi oleh ahli
keluarga terutamanya abang atau kakak.

Ayat Huraian 1 Hal ini demikian kerana,


(Kenapa)
Ayat Huraian 2 Lagipun, ………… ISI
(Kenapa lagi)
Provokasi Sebaliknya, jika ...
Solusi Justeru,
Ayat contoh Sebagai tamsilanya,
(Bagaimana)
Ayat Penegas Huraian yang dinyatakan ini menjelaskan bahawa salah satu
masalah yang dihadapi oleh anak-anak adalah lemah dalam
bidang akademk dan mereka memerlukan sokongan serta
dorongan ahli keluarga.
ISI 3:

Ayat Topik Masalah yang dihadapi oleh anak-anak


(Apa) yang berikutnya ialah ....
Ayat Huraian 1 Dalam konteks ini,
(Kenapa)
Ayat Huraian 2 Tambahan pula, ....
(Kenapa lagi)
Provokasi Cuba kita bayangkan sekiranya ...
Solusi Dalam konteks ini,
Ayat contoh Misalnya,
(Bagaimana)
Ayat Penegas Saya optimis bahawa, + ISI + merupakan
antara + TUGASAN
PERENGGAN ISI
CONTOH PERENGGAN ISI
Senario persekitaran rumah tangga yang tidak kondusif
merupakan salah satu faktor penyumbang utama gejala ponteng
sekolah. Rumah tangga yang porak-peranda gara-gara perceraian
menyebabkan pelajaran anak- anak terabai. Apabila kandas
dalam pelajaran, mereka berjinak-jinak dengan rakan yang
menghadapi masalah yang sama. Konflik dan tekanan jiwa
menyebabkan mereka tidak berminat dalam pelajaran di sekolah.
Kecenderungan mereka terhadap pelajaran terbantut lalu mencari
jalan keluar yang jauh tersasar. Ibu bapa pula bersikap acuh tak
acuh terhadap prestasi akademik anak-anak. Akhirnya, para
pelajar ini hanyut dalam dunia mereka tanpa menyedari masa
depan telah tergadai. Jelaslah, kepincangan rumah rumah
tangga menjejaskan prestasi akademik sekali gus
mendorong mereka ponteng sekolah.
RUMUS PENGEMBANGAN ISI
ATAH (5 W 1H) ACAS pb
AT (ayat topik) isi utama
AH (ayat huraian) apa, siapa, bila, di mana,
mengapa (5W) bagaimana (1H)dan sekiranya (1I)
AC (ayat contoh) contoh yang berkaitan dengan isi
AS (ayat simpul) Penutup perenggan isi
Soalan 3 SPM 2014
Usaha kerajaan memajukan
bidang pertanian memang wajar
kerana bidang ini memberikan
pelbagai kebaikan kepada rakyat
dan.negara.
Bincangkan.
Selain itu, sejajar dengan Wawasan 2020 iaitu keinginan melahirkan Malaysia sebagai
sebuah negara maju yang duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara
maju yang lain, kerajaan telah menginisiatifkan pelbagai usaha untuk melonjakkan
ekonomi negara melalui bidang pertanian. Malaysia masih menjadi salah satu
pengeluar getah dunia sejak tanaman komersial itu diperkenalkan oleh H.N. Ridley
pada tahun 1943 di Tanah Melayu. Sehingga hari ini, industri getah terus dimajukan
oleh kerajaan dengan mengeksport getah mentah kepada negara lain seperti Jepun
melalui perdagangan barter demi melonjakkan ekonomi negara. Pengkomersialan
produk pertanian tradisional lain seperti tempoyak ke pasaran dunia turut melonjakkan
kadar eksport negara kita. Malaysia turut mengeksport minyak kelapa sawit yang
berkualiti tinggi ke luar negara kerana sambutan yang begitu menggalakkan daripada
negara-negara luar. Peningkatan kadar eksport dalam bidang pertanian menjadikan
kerajaan semakin bergiat aktif dalam bidang ini. Peruntukan yang besar telah
disediakan oleh pihak kerajaan dalam usaha membangunkan bidang pertanian kerana
keuntungan yang digarap amat memuaskan. Secara tidak langsung, para pedagang luar
yang tertarik dengan kemajuan agrikultur negara akan mengunjungi negara dan
perkhidmatan pelancongan seperti tambang pengangkutan dan penginapan turut
mampu menjana ekonomi negara. Kehadiran pedagang luar ini akan terus mencambah
perluasan kawasan eksport hasil pertanian negara ke serata dunia lantas melonjakkan
kadar pendapatan negara. Dengan ini, dapatlah disimpulkan bahawa kejayaan bidang
ekonomi negara terletak pada usaha kerajaan dalam membangunkan bidang pertanian.
Soalan Bengkel
Tulis satu perenggan isi karangan berdasarkan tajuk di bawah ini.

1.Amalan pengambilan makanan segera dan makanan ringan


kurang sesuai untuk kesihatan anak-anak yang sedang
membesar. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis
sebuah rencana yang bertajuk “ Peranan ibu bapa dalam
mengawal pemakanan segera dan makanan ringan dalam
kalangan anak- anak.”
Tulis rencana itu selengkapnya.

2.Akhlak yang terpuji amat penting dalam kehidupan.


Jelaskan usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk
membentuk akhlak yang
terpuji dalam diri seseorang.
3.Setiap individu perlu mempunyai wawasan untuk
mencapai cita- citanya.
Huraikan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk
merealisasikan cita-citanya.

4.Setiap anak memerlukan sokongan dan dorongan


daripada ahli keluarga apabila menghadapi sesuatu
masalah.
Jelaskan peranan yang dapat dimainkan oleh setiap ahli
keluarga dalam membantu anak anak ketika menghadapi
sesuatu masalah.

Anda mungkin juga menyukai