Anda di halaman 1dari 7

MODUL KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU TINGKATAN ENAM

PENGURUSAN FOLIO DAN PENDOKUMENTASIAN


Oleh: Hj. Borhan bin Md. Nor Pn. Suhana binti Mohamed Zamri Pn. Anizakiah bt. Hj. Shamsuddin

TAJUK : PENGURUSAN FOLIO DAN PENDOKUMENTASIAN

PENDAHULUAN Proses penjenamaan semula Tingkatan Enam, menuntut satu perubahan tugas dan peranan guru-guru Tingkatan Enam ke arah yang lebih kemas, tersusun dan bersistematik. Pendokumentasian fail-fail pengurusan dan hasil kerja guru-guru Tingkatan Enam diselaraskan dalam bentuk yang bersistematik. Berdasarkan kenaikan pangkat guru-guru Tingkatan Enam adalah tidak sesuai lagi diamalkan pengurusan dan pengendalian pengajaran-pembelajaran Tingkatan Enam seperti sedia ada. Pengurusan Tingkatan Enam harus mengorak langkah ke hadapan dan memulakan inovasi bagi meningkatkan lagi kumpulan murid yang berjaya ke institusi pengajian tinggi dan menjadi peneraju negara dalam pelbagai bidang. OBJEKTIF : Pada akhir sesi ini peserta dapat : 1. Memahami kaedah penyediaan empat jenis folio iaitu folio pengajaran dan pembelajaran,folio penyelidikan, folio penilaian dan pentaksiran dan folio kokurikulum. 2. Memahami kaedah pendokumentasian pengurusan tingkatan enam. 3. Mengenalpasti cara menyimpan dan mengemukakan bukti dalam bentuk dokumen sebagai maksud pemantauan. 4. Memahami dan menyediakan komponen-komponen penyediaan bagi setiap folio. 5. Menyediakan keempat-empat jenis folio seperti yang diselaraskan. 6. Menjadi dokumen rujukan pentadbir sebagai KPI kepada guru-guru tingkatan enam 7. Menyampaikan maklumat dalam bentuk kursus dalaman kepada guru-guru tingkatan enam di sekolah masing-masing.

DEFINISI KONSEP

Folio guru bermaksud dokumentasi yang dikumpulkan oleh guru sebagai bahan bukti tugasan guru tingkatan enam sepanjang setahun tempoh pengajaran. Folio guru menggantikan rekod mengajar yang ditulis oleh guru aliran perdana. Dokumentasi pengurusan ialah sistem fail yang disediakan oleh guru-guru yang menjawat tugas-tugas khas seperti GPK Tingkatan enam, Guru Kokurikulum, Guru Amali dan ketua unit mata pelajaran dan penyelidikan tingkatan enam.

PANDUAN PENULISAN FOLIO GURU Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550 ) 134 ( b ) Seseorang yang enggan mengemukakan mana-mana jadual waktu, sukatan pelajaran, rekod, buku , bahan, dokumen atau barang, atau enggan memberikan maklumat, dengan melanggar subperenggan 121 ( b ) ( ii ) 134(d ) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. 135. Penalti am (1) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukan dengan nyata, boleh, apabila disabitkan , didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. (2)Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan it u terus dilakukan.

Setiap guru tingkatan enam harus menyediakan empat jenis folio iaitu : 1. Folio Pengajaran dan Pembelajaran. 2. Folio Penyelidikan. 3. Folio penilaian dan taksiran 4. Folio Kokurikulum

Kandungan folio guru tingkatan enam harus dikendali dan diurus dengan memastikan komponen bagi setiap folio lengkap dan kemaskini. Komponen bagi setiap folio adalah seperti berikut. 1. Folio Pengajaran dan Pembelajaran Isi kandungan/ komponen folio ialah : 1. Butiran diri 2. Jadual waktu peribadi 3. Jadual waktu kelas 4. Sukatan Pelajaran 5. Perancangan pengajaran semester 6. Perancangan pengajaran harian 7. Bahan cetakan dan edaran yang digunakan dalam kelas 8. Nama murid bagi kelas yang diajar 9. Biodata murid bagi guru kelas 10. Lampiran

2. Folio Penyelidikan Isi kandungan/ komponen folio ialah : 1. Jadual waktu peribadi 2. Jadual waktu kelas 3. Garis panduan penyelidikan 4. Perancangan penyelidikan tahunan 5. Pelan tindakan (Carta Gantt) pelaksanaan penyelidikan murid 6. Jadual konsultasi dengan murid 7. Laporan konsultasi murid 8. Perancangan pembentangan murid/kolokium untuk diberi penilaian. 9. Borang pengesahan penghantaran hasil penyelidikan 10. Rekod kerja mingguan 11. Bahan-bahan rujukan penyelidikan 12. Bukti pembentangan dalam kolokium di peringkat sekolah/Daerah/Negeri/Antarabangsa 13. Senarai semak proses penyelidikan dilaksanakan 14. Lampiran

3. Folio Penilaian dan Taksiran Isi kandungan/ komponen folio ialah : 1. Jadual waktu peribadi 2. Perancangan penilaian dan pentaksiran tahunan 3. Analisis ujian/ peperiksaan 4. Jadual penggubal soalan sepanjang tahun 5. Jadual Spesifikasi Ujian 6. Soalan latihan/ujian/kuiz/peperiksaan 7. Skema permarkahan ujian/peperiksaan 8. Senarai nama murid yang diajar dan markah yang kemas kini\ 9. Borang markah/penilaian tugasan murid 10. Lampiran

4. Folio Kokurikulum Isi kandungan/ komponen folio ialah : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Surat lantikan sebagai penasihat aktiviti kokurikulum Jadual aktiviti kokurikulum tingkatan enam Senarai nama murid di bawah seliaan Perancangan Strategik aktiviti kokurikulum yang dipegang Laporan aktiviti kokurikulum yang telah dijalankan Laporan Program Khidmat Masyarakat yang diselia Rekod pencapaian murid di bawah seliaan. Rekod anugerah khas murid dari aspek kepimpinan ( jika ada ) Lampiran

PANDUAN PENYEDIAAN DOKUMENTASI PENGURUSAN


Dokumentasi atau sistem fail yang perlu disediakan untuk tujuan pemantauan ialah :

A. GPK Tingkatan Enam


1. Pengurusan dan Pentadbiran 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 1.9 1.10 1.11 1.12 1.13 Perancangan strategik Tingkatan Enam. Kertas Kerja pembukaan kelas Tingkatan Enam di sekolah. Perancangan takwim sekolah. Agihan tugas guru. Kursus dan latihan untuk guru. Waran kelulusan perjawatan. Data dan maklumat guru Anggaran belanjawan tahunan tingkatan enam. Kutipan / bayaran. Stok/inventori peralatan sekolah. Penilaian prestasi guru. Minit mesyuarat pengurusan / minit curai Surat menyurat / memo dalaman

2.

Kurikulum 2.1 Sukatan dan rancangan pelajaran tahunan 2.2 Perancangan tahunan mengikut Unit Matapelajaran 2.3 Peralatan dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran. 2.4. Laporan yang berkaitan dengan kurikulum. 2.5 Penilaian dan peperiksaan 2.6 Program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran 2.7 Jadual waktu kelas dan guru 2.8 Pencerapan pengajaran dan pembelajaran guru. 2.9 Mesyuarat kurikulum. 2.10 Penyelidikan dan Pembangunan guru 2.11 Panggilan dan Minit Mesyuarat Kurikulum Tingkatan 6 2.12 Surat menyurat.

3.

Pengurusan Hal Ehwal Murid Fail penyelarasan urusan berkaitan kaunseling,keselamatan, kebajikan dan kesihatan murid, biasiswa, penerbitan dan percetakan. 3.2. Fail aktiviti pembangunan, disiplin dan penampilan murid 3.3. Fail rekod dan maklumat murid. 3.3. Fail rekod pendaftaran, kemasukan dan penempatan, pertukaran dan menyemak buku kedatangan harian murid. 3.4 Fail Panggilan dan Minit Mesyuarat Hal Ehwal Murid 3.5 Fail Surat - menyurat 3.1.

4.

Guru Kokurikulum 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 Fail perancangan kokurikulum tingkatan enam. Fail jadual tugas kokurikulum bagi guru tingkatan 6 Fail laporan aktiviti kokurikulum murid tingkatan 6. Fail pemarkahan 10% kokurikulum murid Fail panggilan dan minit mesyuarat kokurikulum Fail surat-menyurat

5.

Guru Amali Tingkatan 6

5.1

Fail pengurusan makmal sains tingkatan enam, makmal komputer, dan makmal seni visual. Fail jadual penggunaan makmal sains tingkatan enam, makmal komputer, dan makmal seni visual.

5.2

Anda mungkin juga menyukai